Arkib Tahun 2009

24 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kunjungan Syeikh WahbahKunjungan Syeikh WahbahKunjungan Syeikh WahbahKunjungan Syeikh Wahbah

Beruntungnya kami sekeluarga kerana minggu ini dirahmati dengan kunjungan dua orang ulama tersohor; Syeikh Yusuf al Qaradawi dan Syeikh Wahbah al Zuhaili, ulama asal Syiria. Syeikh Wahbah, pengarang tafsir Al Munir yang terkenal itu, mendoakan saya dan pendokong keadilan lainnya untuk terus istiqamah dengan perjuangan bagi membawa kemaslahatan buat rakyat keseluruhannya.

Ujian terhadap mereka yang ingin melawan kebatilan sebenarnya dirasai malah dikongsi oleh para pendokong kebenaran baik dari timur hingga ke barat. Beliau malah menyeru agar terus bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan negara ini ke haluan asalnya; agar rakyat merdeka dari kebobrokan.

Syeikh Wahbah menukilkan pesanan Syeikh Rashid Redha buat renungan hadirin sekalian agar bekerjasama di atas apa yang kita sepakati dan meminggirkan apa yang kita perselisihkan. Saya sangat menghargai keperihatinan beliau terhadap fitnah yang menimpa. Syeikh Wahbah bertegas agar fitnah terhadap saya ditentang habis-habisan. Pesan beliau seseorang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain maka perteguhkan lah tekad demi membenam kebejatan yang mendatang.

Nabi Yusuf a.s dijadikan iktibar kerana baginda menjadi mangsa fitnah namun tetap beriltizam membuktikan kebenaran dan menyampaikan yang hak. Syeikh Wahbah menasihati bahawasanya ujian fitnah itu, insyaallah akan menjadi pelantar buat kita melonjak lebih jauh demi kesejahteraan negara yang dicintai. Di akhir majlis, beliau pohon hadirin bersama menunaikan solat hajat khas – membebaskan saya dari penindasan dan mengangkat ke tempat sewajarnya.

ANWAR IBRAHIM

23 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

Dari The Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.

(more…)

23 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Jalan Telawi
Oleh Hasmi bin Hashim

Saya tengok dengan mata saya sendiri hari ini, saya rasa seperti berada dalam dunia baru… dunia yang sesuai dengan pendirian saya, dengan akidah dan agama saya.~ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah “Muafakat Kebudayaan Baru”.

~ Anwar Ibrahim.

Di celah-celah keriuhan dan pidato dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 19 Disember 2009 (Sabtu) lalu, Anwar sempat melontarkan kepentingan untuk semua pendukung Agenda Perubahan dan rakyat amnya agar menyedari keperluan dan kepentingan kebudayaan.

(more…)

23 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Sun Daily

by Meena L. Ramadas

PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it “wasteful” and “illegal”.

“The MMA believes such clinics in urban areas would be redundant and shortchange the rakyat,” its president Dr David K.L. Quek said in a statement today.

“Furthermore, getting unregistered medical doctors to man these clinics is also wrong and undermines the healthcare service which leads to a possible poorer standard of care,” he said.

(more…)

23 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?


Dari Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 23 — Pakatan Rakyat (PR) perlu memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengembalikan maruah kepada perjuangan politik negara ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang kini bersama Parti Keadilan Rakyat, salah satu komponen PR berkata, cabaran ikatan itu sekarang ialah membuktikan muafakat sejati di antara pelbagai kaum.

Dengan merujuk kepada kejayaan penganjuran konvensyen sulung PR Sabtu lalu, Zaid berkata PR perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama.

“Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua,” kata beliau dalam blognya.

Beliau menambah setiap kaum di negara ini juga perlu membuktikan bahawa mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

“Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina. (more…)

23 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Sebanyak 18 daripada 86 projek infrastruktur kesihatan di seluruh negara bernilai RM5 juta gagal siap seperti yang dirancang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kelewatan melaksanakan projek-projek itu disebabkan oleh ketidakupayaan kontraktor dan masalah tanah, katanya selepas melawat tapak projek Klinik Pergigian Jalan Rasah di Seremban hari ini.

“Kementerian memandang serius dengan apa yang berlaku,” kata Liow.

(more…)

23 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Salhan Ahmad

Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh “kontraktor OKU (orang kuat Umno)”, syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

“Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno,” kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

(more…)

22 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair tengah hari tadi mendakwa Mahkamah Rayuan bersikap berat sebelah apabila menolak kes anak guamannya disebabkan kertas prosiding menggunakan bahasa Inggeris.

Penjelasan Sankara itu sebagai respon pada keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang tetap menerima prosiding Big Scope pagi tadi, walaupun kertas prosiding kes tersebut menggunakan bahasa Inggeris.

“Ini menunjukkan seolah-olah (keputusan) berat sebelah di Mahkamah (Rayuan)…kes Anwar ditolak disebabkan (kertas prosiding) menggunakan bahasa Melayu,” jelas Sankara. (more…)

22 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From NST

Not one but two jet-fighter engines, each worth RM50 million, were stolen from the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Sungai Besi.

Both engines served as powerplants to the F-5E Tiger II fighter and RF-5E Tigereye reconnaissance jets.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail said the two engines were discovered stolen in May last year. RMAF had lodged a report with the police on Aug 4 last year.

Gani, speaking to the New Straits Times, said police investigation papers would be returned to the Federal Commercial Crime Investigation Department today with additional directives. (more…)

22 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysia Kini

‘What else will go missing? The country?’

Missing jet engine: PM promises no cover-up

Raja Rajan: Back in 1995, then prime minister Dr Mahathir Mohamad was quoted as saying ‘lama-lama kapalterbang pun hilang juga’ when he was asked on a gold heist at the Subang airport. Well 14 years on, nothing much has improved in terms of national security. It has worsened.

Alright, it’s only an aircraft engine, not a plane yet. But the government has always said it was thwarting an imminent threat to national security whenever it arrested its political opponents under the ISA, how come it missed these guys at the Sungai Besi RMAF airbase? (more…)

22 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Mstar Online

Oleh WANI MUTHIAH

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, pakatan itu kini memiliki formula tersendiri yang kolektif dan pendirian yang sama.

“Akan ambil masa lama sikit untuk mendaftarkan pakatan ini,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar bahasa Cina yang memetik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Anugerah Demokrasi 2008 daripada Persatuan Perunding Politik Antarabangsa (IAPC). (more…)

21 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

International Association of Political Consultants merupakan sebuah organisasi yang dianggotai ramai tokoh politik serta penasihat hal ehwal pentadbiran. Ahlinya berjumlah lebih dari 100 orang, merupakan mereka yang gigih memperjuangkan demokrasi dan berasal baik dari benua Asia, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Setiap tahun organisasi tersebut menganugerahkan Pingat Demokrasi kepada individu yang dirasakan layak kerana kegigihan memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman. Antara mereka yang diberi pengiktirafan sebelum ini ialah Nelson Mandela diikuti dengan Morgan Tsvangerai masing – masing dari Afrika Selatan ,Seterusnya Martin Lee dari Hong Kong dan paling akhir pada tahun 2007 untuk rakyat Indonesia diterima oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Makanya dengan rasa penuh syukur dan sadar, saya berbesar hati apabila IAPC menganugerahkan pingat tersebut kepada saya. Pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan kepada seluruh pejuang demokrasi dan keadilan di Malaysia yang tidak pernah mengenal lelah. Ianya juga menjadi pendorong kepada saya untuk terus berusaha membawa Perubahan kepada yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam itu dihadiri juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Azizah, ahli majlis mesyuarat negeri, ahli parlimen, dan pegawai kerajaan negeri. Majlis pastinya lebih bermakna sekiranya rakan saya dari IAPC, sdr Robert Murdoch, turut sama meraikannya.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site