Arkib Tahun 2009

8 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

“PUBLIC FORUM : MYTH AND REALITY IN OCCUPIED PALESTINE”

Event Detail
Date: Friday, January 9, 2009
Time: 8:00pm – 10:00pm
Location: BAR COUNCIL AUDITORIUM, BAR COUNCIL BUILDING ,(behind Central Market Annexe Building)
Street: Jalan Leboh Pasar, Kuala Lumpur
Contact Person
Phone: 0124651671
Email: [email protected]

This forum aims not only to dispel the myths and false premises which have together created a flood of analyses on the so-called ‘Israel-Palestine’ conflict, but also aims to give an overview, historical and current perspective, on the issue.

Speakers:

1)Dr Rosli Omar
2)Hishamuddin Rais
3)Dr Farish A Noor
4)Professor Gurdial Singh Nijar

For more information clik here

8 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Video Ehsan TVAntara
Rakaman Ceramah DSAI di Kuala Terengganu pada 6 Januari 2009
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

7 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVAntara
Video Didalam
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan usul mendesak supaya satu sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membahas isu keganasan Israel di Palestin.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat memandang berat pergolakan di Semenanjung Gaza yang semkin meruncing , Kira-kira 500 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh akibat serangan rejim Zionis dalam tempoh seminggu.

Memorandum mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat diserahkan kepada kerajaan pagi tadi. Dalam memorandum itu, Pakatan Rakyat menggesa supaya rakyat diberi peluang membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel dan memberikan sokongan moral kepada rakyat Palestin. (more…)

7 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Oleh Muda Mohd Noor

Pakatan Rakyat memulakan kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan satu ceramah besar di Kampung Tanjung membabitkan empat tokoh utama PAS, PKR dan DAP.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkempen di depan hampir 10,000 orang malam tadi.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim turut menyampaikan ucapan ringkas.

(more…)

7 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Barisan Nasional (BN) perlu memberikan perhatian yang lebih kepada pengundi muda kaum Cina bagi memastikan golongan itu menyokong calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, golongan berkenaan berkecenderungan menyokong pembangkang berbanding pengundi matang berusia 35 tahun ke atas, yang mampu menilai jasa dan sumbangan kerajaan BN terhadap kehidupan mereka, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pemimpin pertubuhan Tionghua dan Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi, beliau berkata rasa penghargaan golongan matang bagaimanapun mungkin tidak dikongsi oleh golongan muda di kawasan parlimen berkenaan.

(more…)

7 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider

By Debra Chong

KUALA TERENGGANU, Jan 7 – Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim drew parallels tonight between the conflict in Gaza and what he called the sufferings of Malaysians as he hit the campaign trail at a mammoth rally attended by thousands here.

Attempting to touch a sensitive chord among the mainly Muslim constituency here, he accused Umno, the main party in the ruling Barisan Nasional (BN) coalition, of acting like Israel.

“The leadership is busy collecting wealth. While Israel is punishing the Palestinian people for choosing Hamas, it is no different from Umno punishing Malaysians for choosing the Pakatan Rakyat,” he told a ceramah here on the first day of campaigning for the Kuala Terengganu by-election.

(more…)

7 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider
By Debra Chong

KUALA TERENGGANU, Jan 7 — Pas candidate Abdul Wahid Endut may be a big man in the local political scene, but the Pakatan Rakyat front is not taking chances.

Amid a series of inter-party spats that are starting to grow into a national nightmare, the leaders sent out a signal that their union, formed less than a year ago, is far from breaking up.

Last night, the heavyweights from all three parties turned up at a mammoth beach rally in Pantai Tanjung, near the town centre here.

(more…)

6 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.

Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.

Saya dan Azizah melakukan sedayanya di sini dan kini dalam perjalanan pulang – fi amanilllah.

ANWAR IBRAHIM

5 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | Jan 5, 09

Datuk Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu – yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Kalau tidak ada orang (tokoh lain), bolehlah,” kata tokoh pejuang bahasa itu, yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagaimanapun, tambah Dr Hassan, butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.

Beliau menambah, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya – yang dikepalai pengarahnya Hasni Abas – Rabu depan.

Penghujung bulan lalu, sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang sepakat menganjurkan demonstrasi besar – digelar “Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu” – bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Hasni Jumaat lalu berkata, memorandum tersebut antaranya, memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.

Umno harus sokong

Sementara itu, Dr Hassan ketika diminta mengulas pelaksanaan dasar kontroversi yang diperkenalkan tujuh tahun lalu itu berkata:

“Saya ini sudah menyampah. (Kerajaan) timbulkan masalah… kerajaan pandai buat masalah tetapi tidak pandai selesai masalah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

“Dulu semasa keputusan (memperkenalkan PPSMI) dibuat, tidak minta pandangan orang lain.”

Mengulas lanjut, beliau yang juga pengerusi Yayasan Karyawan berkata, desakan bagi memansuhkan PPSMI “harus datang dari dalam Umno” sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Tambahnya, sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkang pemilihan agung parti itu (Mac depan) hanya tinggal dua bulan lagi.

Dr Hassan turut menyuarakan rasa kecewanya kerana dalam Umno sekarang ini, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya, lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Pertemuan esok

Parti-parti pembangkang juga digesa lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

“Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau PKR bersuara, kuat,” kata Dr Hassan.

Hasni ketika dihubungi, mengesahkan pertemuan beliau dengan Dr Hassan bagi membincangkan bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI.

Menurutnya lagi, pertemuan itu yang asalnya dijadualkan esok, terpaksa ditunda ke hari Khamis depan memandangkan ada ahli jawatankuasa yang tidak dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Mengulas perkembangan terkini penyertaan terhadap kempen itu, Husni berkata, 13 NGO dan sayap Pemuda pembangkang – PAS dan PKR – telah pun menyatakan kesediaan mereka terlibat dalam bantahan itu.

NGO terbabit, antaranya, Kesatuan pekerja DBP,Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia dan Angkatan Sains Islam Malaysia (Asasi)

4 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sehari saya dan Azizah di Istanbul menyambung perbincangan mengenai isu semasa utamanya keganasan regim Israel di Ghazza. Saya diminta mengulas isu tersebut di TV Turki disamping isu perdagangan dan hubungan antara Malaysia dan Turki.

Saya tertarik dengan kesungguhan pentadbiran PM Taib Erdogan mengangkat mutu pendidikan dan membuka ruang bebas wacana dan penyelidikan.

Kami akan ka Ankara dalam rangka pertemuan dengan rakan-rakan dan akan berlepas pulang esok inshaallah.

ANWAR IBRAHIM

4 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kita bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Umno, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walaupun tarikh penamaan calon ialah 6hb Januari, Bn yang diketuai Umno telahpun memulakan kempen. Dibantu media arus perdana, propaganda bersifat tohmahan dan fitnah digembleng sedemikan rupa, terutamanya bagi memperlihatkan adanya keretakan dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa Pakatan Rakyat akan berdiri teguh menyokong Mohd Abdul Wahid Endut dan akan berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat ini terpilih mewakili rakyat di Parlimen kelak. Kita yakin dengan pengalaman beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat di Wakaf Mempelam selama lima penggal, inshaallah kemenangan akan berpihak kepada kita.

Umum mengetahui kempen akan berlangsung selama 10 hari dan keputusannya nanti akan ditentukan pada 17hb Januari 2009. Pakatan Rakyat berharap proses pemilihan kali ini akan berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan aman. Adalah diharapkan pihak berkuasa akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, profesional dan tidak prejudis terhadap penyokong Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

4 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini menggesa rakyat Malaysia bersiap sedia menghadapi krisis ekonomi berpanjangan berikutan kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan yang teruk sekarang.

“Bagi tahun-tahun mendatang, ancaman kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan teruk terus menghantui fikiran kita semua.

“Kesannya terhadap ekonomi domestik tidak dapat dielakkan dan ini dicerminkan dalam langkah persediaan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menghadapi jangkaan kegawatan ekonomi domestik,” titah baginda semasa berucap di persidangan Rotary International District 330 ke-74 di Ipoh, lapor Bernama.

(more…)

Switch to our mobile site