Arkib Tahun 2009

17 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?


Video ehsan TVAntara

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kerusi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru.

Tahniah dan syabas saya ucapkan buat Abdul Wahid serta seluruh jentera Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.

Saya percaya Abdul Wahid Endut akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, bukan sahaja kepada warga Kuala Terangganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.

Makanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terangganu, rakyat menuntut perubahan. Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.

Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan.

ANWAR IBRAHIM

16 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider

JAN 16 – Menjelang jam-jam terakhir pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, dua peristiwa besar berlaku iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Terengganu. Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu Azilah Hadri berkata, beliau bertindak membantu Abdul Razak Baginda dengan arahan ADC (juru iring polis) kepada Timbalan Perdana Menteri,Dauk Seri Najib Tun Razak.

Di Kuala Terengganu pula, Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terenganu Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan.

(more…)

16 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Zainuddin Bakar menanyakan:

Assalamualaikum

Mengenai PPSMI saya rasa tak perlulah diperbesarkan. Saya tengok penggunaan bahasa inggeris bagi dua mata pelajaran ini ada kesan positif dia…Saya bukan lah mahir dalam bahasa inggeris jadi kalau boleh saya mahu anak saya mahir dalam bahasa inggeris. Nak ajar anak saya berbahasa inggeris terus terang saya tak mampu. Tapi alhamdullilah anak saya tak menghadapi masalah belajar dua matapelajaran ini dalam bahasa inggeris. Keputusan UPSR yang lepas anak saya dapat keputusan yang agak baik dalam dua mata pejaran ini.. Jadi saya tak nak kenapa isu ini diperbesarkan.

Saya bersekolah darjah satu selepas dua tahun penggunaan Bahasa Malaysia diwajibkan ke atas semua mata pelajaran kecuali inggeris. Jadi saya tak dapat merasa seperti mana bapa saya belajar menggunakan bahasa inggeris bagi semua mata pelajaran kecuali bahasa melayu dan agama islam. Saya malu juga kepada bapa saya dia lebih mahir berbahasa inggeris :)

Saya orang kuala kangsar jadi bapa saya selalu menceritakan budak sekolah clifford dan MCKK kalau berjumpa mereka sering berbahasa inggeris pada tahun 60 sehingga pertengahan tahun 70?an. Ini tak salah saya zaman DSAI semasa belajar di mckk kan.. Tapi apa yang saya dapati DSAI begitu baik dalam bahasa melayu begitu juga dalam bahasa Inggeris. Jadi apa masalahnya. lagi pun bukan semua mata pelajaran hanya dua mata pelajaran sahaja. Anak saya ada bagi tahu walaupun diajar dalam bahasa inggeris tetapi guru-guru tetap menyampaikan dalam bahasa melayu jika murid-murid tak faham. Begitu juga dengan soalan peperiksaan bulanan misalnya. Jika murid-murid tak berapa faham soalan dalam bahasa inggeris tersebut guru dengan senang hati menerangkan apa kehendak soalan tersebut.. Jadi pendapat saya bukan satu perkara yag perlu ditakutkan.

Banyak perkara saya menentang dan kurang bersetuju apabila kerajaan BN ingin melaksanakan sesuatu perkara. Tetapi dalam soal PPSMI saya tak nampak apa yang perlu ditakutkan atau ditentang. Bagi saya yang memang kurang mahir dalam bahasa inggeris jadi dengan adanya “pengajaran percuma” bahasa inggeris untuk dua mata pelajaran ini…merupakan satu perkara yang baik.

Memang betul kita perlu memertabatkan bahasa melayu seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan. Tapi tak bermakna kita perlu mengenepikan bahasa lain yang mana jelas memberikan manafaat kepada kita yang berbangsa melayu. Lagi pun kita tak akan jadi “orang putih” atau pelat berbahasa melayu hanya kerana PPSMI :) Seperti DSAI, saya tak nampak “kepelatan” bahasa melayu DSAI.. malahan adakalanya bahasa melayu DSAI begitu tinggi (terpaksa saya semak kamus dewan):) Kalau nak diikutkan zaman DSAI di MCKK penggunaan bahasa inggeris lebih hebat dari sekarang.

Jadi akhir sekali saya memohon maaf jika tulisan saya ni mungkin menyinggung sestengah pihak. Tapi saya berpendapat adakalanya kita terpaksa mengorbankan “prinsip” sekiranya perkara tersebut lebih mendatangkan kebaikan untuk kita dan anak bangsa kita sendiri. Sekian

—–

Saudara Zainuddin,

Tepat sekali telahan saudara, kita harus dan mampu menguasai lebih dari satu atau dua bahasa. Saya juga bersetuju agar pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Kendati begitu, usaha menguasai bahasa Inggeris janganlah dengan mengurbankan bahasa ibunda.

Saya syurkan agar saudara meneliti memoranda berkaitan; dasar pendidikan negara dan pendekatan terbaik meningkat penguasaan bahasa dan ilmu.

ANWAR IBRAHIM

15 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pagi tadi saya turut hadhir dalam majlis penyerahan memorandum bantahan pelan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) oleh tokoh akademia, Profesor Shaharir Md Zain kepada calon Pakatan Rakyat, Hj. Mohd Abd Wahid Endut.

Majlis tersebut turut dihadhiri Ustaz Hj Hadi, Sdr Azmin, Sdr Gobalakrisnan, Sdr Mustafa Ali, mantan Menteri di JPM Zaid Ibrahim dan juga bekas pimpinan Abim Dr. Sidek Baba.

Acapkali saya tekankan betapa mereka yang bertindak meneruskan hatta menyokong PPSMI adalah kalangan yang khianat kepada perjuangan Melayu. Justeru bagaimana mereka yang tegar menyokong PPSMI diteruskan saban waktu mengaku pejuang melayu tulen? Mereka bisa menyinga dalam soal papan tanda di Pulau Pinang, tetapi terus menikus bila memperjuangkan bahasa melayu dalam sistem pendidikan. Aduhai!

Kesemua kesatuan guru seluruh Malaysia membantah, apa lagi indikator yang mahu digunapakai Umno-BN untuk mempertahankan PPSMI?

Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal perjuangan Bahasa. Pakatan kekal komited dengan agenda mengembalikan Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu tanpa mengabaikan sama sekali bahasa ibunda bangsa lainnya sesuai dengan tuntutan Perlembagaan. Ketiga-tiga kami termasuklah Ustaz Hadi dan Sdr Kit Siang sama-sama mempersetujui perkara ini untuk diletakkan sebagai agenda utama Pakatan Rakyat sebaik saja kita menawan kerajaan persekutuan.

InshaAllah, jika diumumkan sebagai Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu Sabtu ini, Hj. Mohd Abd Wahid akan menggegar Parlimen dengan membahaskan memorandum ini di dalam Sidang Dewan!

Usai beberapa program kempen bersama pimpinan Pas sebelah petang, saya mengisi ruang selepas solat Maghrib untuk hadhir ke Restoran Ocean di kawasan DUN Bandar bagi program ramah mesra bersama masyarakat Tiong Hua setempat. Kehadhiran lebih 2000 orang dalam restoran yang berkapasiti 500 orang pastinya bukan petanda baik untuk kempen ugut-mengugut anjuran Umno-BN!

Alhamdulillah majlis turut dihadhiri Hj. Mohd Abd Wahid, YB Husam Musa, Sdr Zaid Ibrahim dan Raja Petra.

Dalam ucapan sebentar tadi saya tekankan mesej muafakat bersama Pakatan Rakyat untuk melindungi semua kaum. Isu yang diseleweng media arus perdana dijelaskan sebaiknya. Isu tanah di Perak misalnya, diserahkan kepada rakyat yang susah. Demikian juga keadaan di Selangor tatkala kerajaan negeri bertindak memberi tanah untuk melicinkan pembinaan sekolah agama rakyat, sekolah cina dan tamil.

Perlu ditekankan bahawa tidak ada keperluan untuk hudud diragui oleh mana-mana pihak, dalam keadaan ia jelas tertakluk kepada orang Islam semata-mata. Kita perlu halusi budaya menghormati tuntutan antara satu agama dengan satu agama lain. Perbezaan pendapat diakui wujud, tetapi itu bukan penghujung. Di sinilah lahirnya keharmonian dan perpaduan yang bertitik tolak dari konsep toleransi dan hormat-menghormati.

Berbeza dengan amalan Umno di mana MCA, MIC dan sekutu lainnya dipaksa mengikut telunjuk pimpinan rakus demi memuaskan tembolok masing-masing. Disuruh angguk, angguk, disuruh geleng, geleng.

ANWAR IBRAHIM

15 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | Jan 15, 09

After a three-month lull, PKR de facto leader Anwar Ibrahim has again raised the possibility of Barisan Nasional MPs defecting to the fledgling Pakatan Rakyat coalition.

The opposition leader has avoided the topic since failing to topple the BN federal government by Sept 16 last year.

However, he hinted at a ceramah in Pasir Panjang near Kuala Terengganu last night that eight BN MPs might join Pakatan.

“As you know we want to increase our numbers. But as the Kelantanese say kohol-kohol, bit by bit, one by one,” he said.

(more…)

15 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Khamis, 15 Januari 2009

10.30-11.00 pg: Majlis penyerahan Memorandum oleh NGO membantah PPSMI (Bilik Gerakan utama KeADILan)
11.30-12.30 tgh: Sidang Media (Bilik Gerakan utama KeADILan)
12.30-1.00 ptg: Bersama PAS , Pelancaran stiker kereta di Perkarangan Pasaraya Mydin
5.00-6.00 ptg: Hi-Tea anjuran Wanita KeADILan dan Muslimat
7.00-8.00 mlm: Solat Mahrib dan tazkirah bersama PAS
8.00-9.00 mlm: Makan malam bersama Masyarakat cina di Restoran Ocean (DUN Bandar)
9.00-10.00 mlm: Pentas Pemuda, Nesan 4 (DUN Bandar)
10.00-11.00 mlm: Ceramah Pentas PAS, Jalan Kenanga (DUN Batu Burok)
11.00-12.00 mlm: Ceramah Pentas PAS, Durian Burung (DUN Wakaf Mempelam)

—-

Jumaat, 16 Januari 2009

10.30-12.30 tgh: Program dialog bersama warga pendidik (bilik gerakan utama KeADILan)
1.00-2.00 ptg: Solat Jumaat di Masjid Kg. Bukit Besar
5.00-7.00 ptg: Serangan kemenangan di sekitar Shah Bandar dan Batu Buruk disertai PKR,PAS,DAP (DUN Bandar & DUN Batu Buruk)
8.30-11.30 mlm: Lawatan ke markas-markas PPN

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

14 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya dan Azizah merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Pongal buat semua rakyat Malaysia berbangsa Tamil yang menyambutnya. Thai piranthaal vali pirakkum!

Semuga dengan kehadhiran bulan baru ‘Thai’ ini akan meningkatkan lagi iltizam kita dalam usaha memperkasa keharmonian dan keamanan bersama. Saya turut berharap semuga limpahan rezeki terus subur dan dapat dinikmati dengan penuh kebahagiaan.

Buat semua yang meraikannya, saya ucapkan Pongum Mangalam Engum Thanguga!

ANWAR IBRAHIM

13 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?


Rakaman Perbahasan DSAI berhubung isu Palestin dan sidang media di Parlimen Malaysia pada 12 Januari 2009.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Transkrip Ucapan Perbahasan Usul Sidang Khas Gaza:
(more…)

13 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya resah sebaik meneliti lapuran terbaru dari Citigroup Global Market yang menunjukkan bahawa Malaysia, bermula pada suku keempat tahun 2008 atau pada suku pertama tahun 2009 akan mula mengalami kemelesetan teknikal.

Apa yang menghairankan, tatkala negara berdepan dengan prospek ekonomi sejagat yang malap, juga dengan pelbagai lapuran ekonomi dari pelbagai agensi kewangan antarabangsa serta pengakuan kerajaan Singapura bahawa mereka sudahpun dilanda kemelesetan teknikal, Kementerian Kewangan Malaysia masih lagi kekal untuk berada di dalam sindrom penafian!

Sikap sebegini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masih lagi menafikan bahawa kedudukan ekonomi kita kini berada di tahap yang tidak selesa buat rakyat.

Kementerian Kewangan sewajarnya telus di dalam hal ini, apatah lagi dengan Menteri Kewangan yang baru, halatuju pengurusan ekonomi negara semestinya jelas. Rakyat berhak untuk tahu apakah langkah-langkah yang berkesan bagi menangani kemelesetan ini.

ANWAR IBRAHIM

13 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

KUALA LUMPUR, Jan 13 — Citigroup Global Market forecast that Malaysia will go into a technical recession likely in fourth quarter of 2008 and first quarter of 2009.

It also downgraded its gross domestic forecast (GDP) for 2009 to 0.5 per cent from 3.1 per cent.

The government official GDP forecast is 3.5 per cent.

(more…)

13 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

“Tiada pilihan, kerajaan mesti batalkan terus PPSMI!”

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja mencabar tokoh bahasa bahkan turut mendapat bantahan kalangan badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, individu prihatin, juga ibu bapa. Mereka mahukan bahasa Melayu kembali didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam pengertian sebenarnya.

Wartawan Harakah, NYZA AYOB menemu bual Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dato’ Baharuddin Zainal, yang lebih dikenali sebagai Baha Zain mengenai isu yang hangat diperkatakan ini, Selasa, 6 Januari lalu.

HARAKAH: Sehingga kini apa tindak balas kerajaan terhadap bantahan pelaksanaan PPSMI ini?

BAHA ZAIN: Nampaknya tidak ada respons daripada pihak kerajaan. Sessi persekolahan telah pun dibuka dan sistem PPSMI ini masih diteruskan. Tiada perubahan.

HARAKAH: Ada badan penulis yang mahu mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana meneruskan PPSMI. Sejauh mana perkembangan terkini mengenai hal tersebut?

BAHA ZAIN: Persatuan-persatuan penulis akan bekerjasama dengan Gapena bagi mengambil tindakan berkenaan. Sekarang ini nampaknya Gapena bukan sahaja mendapat sokongan badan gabungannya tetapi NGO di luar gabungannya. Gapena sedang mengatur langkah untuk mengambil tindakan undang-undang. Pada 15 Februari akan datang, Gapena akan mengadakan satu perhimpunan dan jika pada waktu itu kerajaan masih tidak memberi sebarang respons sewajarnya, Gapena akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang. Jadi, sebagai badan gabungan, Pena akan memberi kerjasama kepada Gapena.

(more…)

13 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider
By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Jan 12 – As Parliament continued to censure the Israeli and United States governments over the Gaza conflict, PKR today mooted the idea of a regional Islamic body to flex its political muscle in the Muslim world.

MPs had expressed frustration over the powerlessness of the public to compel the United States and Israel to bring a halt to the Israeli attacks on Palestinians in the Gaza strip that has continued for nearly three weeks.

Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said that “throwing shoes cannot stop Tomahawk missiles,” to illustrate the lack of a political solution.

(more…)

Switch to our mobile site