31
Dec
09

‘Zaman Joli Katak Sudah Berakhir’

Dari Malaysia Kini

Oleh Aidila Razak

Zaman ‘joli katak’ sudah berakhir dan wang ‘loteri minyak’ makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

“Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

“Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita,” katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai “hak berdaulat” untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

“Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya,” katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

“Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

“Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga,” katanya lagi.


43 Responses to “‘Zaman Joli Katak Sudah Berakhir’”


  1. 1 DEMO!!! DEMO!!! Dec 31st, 2009 at 6:25 pm

    ALAH SETAKAT CAKAP JE AKU PON BOLEH!!!! MANE ACTION???? TEOH BENG HOCK DH DIBUKTIKAN MATI DIBUNUH, KENAPE SUNYI SEPI JE..MCM X DE PAPE JE???? INI SEBOK KECOH KES LIWAT..LIWAT..LIWAT..BOSAN AA..KERAJAAN PAKATAN TOLONGLAH BERTINDAK!!!! JGN TAKAT HEBOH2 JE KUTUK KERAJAAN BN…PASTU SIBUK PIKIR DIRI SENDIRI YG BETUL..SAME JE LU ORG NGAN BN..PATUTLA LU ORG SOKONG SISTEM DUA PARTI..DUE2 SAME JE..

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Keroni UMNO BN akan perah rakyat apa bila Dikoder baru ASTRO pelangan dikenakan RM20 tambahan kepada sistem baru ASTRO kita tungu !! perkembangan dari Astro satu lagi bebanan kepada Rakyat!! UMNO BN menberi astro bersetatus monopoli!! TV berbayar!! Dikoder baru akan muncul!!

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    banyakkan bersabar demo!!demo!!…PRU 13 nanti,kita berikan kuasa pada PR..kita lihat cara pentadbiran mereka..walaupun tidak berada di dalam parti mana pun,,adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat melaysia untuk mempunyai sebuah kerajaan yg telus dan adil.bukan kah pilihanraya tiap 5 tahun..dan rakyat yg menentukannya.tak perform..korup..rasuah kita tukar.

    Reply

  2. 2 zul Dec 31st, 2009 at 7:12 pm

    bro..pd aku ko bagus jd ketua pembangkang dah..sekarang harga minyak turun balik..yg senang rakyat..dpt minyak murah balik..hahaha..bagus2 la ni kan Babun2 Rakyat kita naa…

    Reply

  3. 3 diBawahBayu Dec 31st, 2009 at 8:08 pm

    Assalamu’alaikum wbt.

    Takut juga rasanya bila sumber pendapatan utama negara ni kering. Ke kita jadi macam indon dan filipin. Bah… inilah masanya kitaurang buang semua pemimpin yang korup dan tak berguna – sekadar melalak di TV dan akhbar. Dahlah daya saing semakin menurun, jenayah meningkat, rasuah meningkat… pelabur pun dah semakin menjauhkan diri dari Malaysia kerana ragu-ragu dengan kerajaan. Ayuh rakyat Malaysia… jangan jadi hangat-hangat tahi ayam. Sekali kita kata tidak, maka tidaklah untuk selamanya.

    Adakalanya kita ni terlalu sangat meletakkan harapan yang tinggi terhadap PR dan apabila harapan kita itu tidak dipenuhi “sepenuh-penuhnya” maka kita balik ke asal – tolak PR dan sokong BN. Bukan kerana kita nak sokong BN, tetapi kerana sakit hati dengan PR. Ingatlah PR baru mendapat kerusi yang agak selesa lebih 2 tahun. Agak mustahil MAGIK BOLEH BERLAKU. Dengan segala sekatan media dan kewangan, fitnah dan segala macam asakan, tapi PR masih bertahan.

    Tengoklah dengan parti-parti komponen BN, belum pun diasak dah berasak sesama sendiri. Itulah perangai BN – sembelih-menyembelih, disembelih dan tersembelih adalah lumrah. Kenapa…??? KERANA JAWATAN MENJANJIKAN SYURGA DUNIA. Harta yang terkumpul tak habis dimakan 7 keturunan.

    Memanglah tidak semua pemimpin PR berpengalaman, berkarisma, berahklak mulia dan dihiasi dengan segala yang indah-indah seperti yang kita impikan. Tapi kita harus ingat, pemimpin BN telah lama melakukan kerosakan yang semacam tidak boleh dimaafkan. Dan harus kita ingat, sebahagian pemimpin PR adalah bekas orang BN / kerajaan. So, mentaliti itu masih ada. Tapi saya yakin ianya akan pupus, kerana RAKYAT MALAYSIA SUDAH DEWASA.

    Wassalam.

    Reply

  4. 4 cikgu Dec 31st, 2009 at 8:21 pm

    Tahniah Ku..Kami sokong perjuangan ku sejak dulu lagi..anak klate

    Reply

  5. 5 dulukini Dec 31st, 2009 at 8:30 pm

    saudara Mohammad…
    Zaman joli kerajaan BN ko dah berakhir. Gula mula naik esok 1Januari2010.
    satu lagi projek kerajaan rasuah BN Mohammad memcekik duit rakyat. kalau isteri
    tanya nape gula naik esok…mintak tanya kat PM Najib ko yang bedebah tu.

    Reply

    tamar jarjis Reply:

    Bila gula naik harga pada Januari 2010 dan pada 2011 GST !!

    ini satu lagi Projet menipu Melayu!! bila pada 2011 UMNO UMUN Gula tidak dikenakan cukai barangan GST rupanya depa dah kasi naikan sebelum 2011. pandai memang pandai UMNO menipu 1malaysia!!

    Reply

  6. 6 Neo Dec 31st, 2009 at 11:07 pm

    bagus Ku Li… pemimpin berjati diri seperti ini sukar dicari..

    Reply

  7. 7 Boring Jan 1st, 2010 at 2:56 am

    The Kalantan State Govn should consider suing the Federal Govn…or take it to the International Court !

    Reply

  8. 8 REFORMIS Jan 1st, 2010 at 7:08 am

    Assalamualaikum..

    En Mohamad minta awak tolong komen sikit boleh tak??? kami ni kurang maklumat..Sekian Terima Kasih

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En. Mohamad belum masuk opis. Hari Isnin baru dia reply. Dia tak dak duit nak beli laptop. Dia kata gaji pun cukup-cukup makan je di bayar oleh UMNO. Kalau nak gaji lebih bos dia kata dia kena kuat lagi kutuk orang-orang dalam blog ni.

    Reply

    ericind Reply:

    Mana pulak komen2 si mamat MAHA MAD tu,bola dah kecut?

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Mohamad minta tolong komen harga Gula !! sikit boleh tak!!

    “UMNO laksana GST sebelum laksana GST 2011″

    Harga gula telah dimasukkan hanga GST!! sebelun perlasanaan sebenar GST. ini bermakna jika harga gula pada 2011 dikenakan GST , ini bermakna akyat akan di kenakan GST berganda keatas barangan bergelah GULA!!

    Nanpaknya bukan sahaja semut benar benar akan maka kerana gula!!bahkan Rakyat akan mati kerana GST > UMNO “Gila Sudah Teruk”!!!!!!!!!

    Reply

  9. 9 win win malaysians Jan 1st, 2010 at 10:41 am

    Katak PR sudah tidak dpt melompat lagi,Sebab mereka tahu tahun 2010 adalah tahun kemenangan buat PR utk menerajui Sarawak dan Sabah sekaligus putra jaya….Perbelahan komponan2 dlm BN nyata memberi ruang dan mandat rakyat tidak memberi kepercayaan lagi kepada BARISAN NANGSIALL…kepada PAKATAN RAKYAT utk menerajui 1malaysia ni yg tak lama lagi ditukar nama jadi Harapan Baru Malaysiaku 1lain PM lain sistem dan slogannya,kami rakyat semalaysia berdoa dgn harapan Baru jitu agar PAKATAN RAKYAT terus maju jaya dipesada semua Negeri di Malaysia tahun 2010 seterusnya…..membentuk HARAPAN BARU UTK RAKYAT MALAYSIA….Amin…..

    Reply

  10. 10 tok_uban merah Jan 1st, 2010 at 11:02 am

    Lagu tiga kupang saku penuh padi enam ekor burung masuk dalam kuali…bila sudah makan burung nyanyi saja tentu sedap makan beri pada raja…raja dalam rumah buat kira-kira…

    Reply

    Najibun Reply:

    suri dalam dapur makan roti gula…gula yg naik harga..ha har har…

    Reply

    ulam batar Reply:

    Lagu Rakyat!!!

    Jang jang jala !! jala itek jala!! ayam berapa lubang Mahadey seratus billion, singgah dayang singah makan sireh !! mulut rasuah!!

    Reply

  11. 11 shift Jan 1st, 2010 at 12:34 pm

    Sbb tu budget Najib RM10 hanya bernilai RM10 saja.

    Reply

  12. 12 haji mokhtar Jan 1st, 2010 at 12:51 pm

    syabas dan tahniah YM,walaupun YM dari pihak kerajaan..nampaknya dalam isu royalti ni..YM lebih berpihak kepada rakyat.sifat dan tanggung jawab seperti ini la yang dituntut oleh agama kerana selain dari membela bangsa,royalti ini sepatutnya siserahkan pada yg berhak(rakyat kelantan).apa gunanya umno melaungkan seluruh dunia kononnya umno la pembela bangsa..dalam masa yg sama umno juga la yg menkhianat kepada bangsanya sendiri.bukan kah majoriti rakyat kelantan ini orang melayu yg beragama islam..mana perginya pemimpin kelantan yg lain seperti Mr K(katak)yg selama ini kita lihat kononnya memperjuangkan anak2 kelantan.jangan hanya pandai menubuh kan pertubuhan peribumi..tapi malangnya anak2 peribumi(kelantan)sendiri yg teraniaya.semua maklum yg orang2 kelantan ini terlalu kuat sentimen kenegeriannya..tapi apabila dikuasai duit dan kuasa mula la lupa pada asal usulnya..

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Betul Haji. Ini menunjukkan yang YM bukan pengkhianat bangsa.

    Reply

  13. 13 4RAKYAT Jan 1st, 2010 at 2:58 pm

    yeah, i kinda miss ‘mohamad’ here also…

    my friend, where are you?

    4RAKYAT

    Reply

  14. 14 masaklemakciliapi Jan 1st, 2010 at 3:14 pm

    Tahniah Ku Li, Mu meme anok kelate jati. Hidup Ku Li dan terus berjuang membela nasib oghe Kelate yg hidup mundur di ngeghi sendir seh tapi berjaya kala niago d tmepat oghe.

    Reply

  15. 15 REFORMIS Jan 1st, 2010 at 7:53 pm

    Assalamualaikum..
    Mana En Mohammad nii???dah lama aku tunggu komen dia tak timbul pun??apsal dia ni???En Mamat awak pegi tanya idea YB Menteri mana pulak nii??

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    kalau otai umno pun dah menyampah dengan parti dia..si mohd ni nak kata apelagi.mesti dia tenggah terkejut berok tu..senyap je.

    Reply

  16. 16 ray Jan 1st, 2010 at 9:33 pm

    i nak tanya,adakah kamu yakin dgn calibre barisan cabinet sekarang?

    soalan ini amat penting,kerana apa-apa jua keputusan dari masalah-2 rumit negara ini,mereka yang buat keputusan!!!

    kalau fikiran mereka setengah masak,racist,extremist,tak adil,korap,suka mengamal cronosm,suka kahwin banyak isteri………

    seluruh rakyat akan menerima kesan buruk keputusan mereka yang hanya ada agenda tersendiri!betul?

    negara lain maju ke hadapan,kalau kita mau trend yang sama,kita perlu juga buang ahli-ahli politik ini yang sempit fikiran,tapi tamak hatinya!

    Reply

    Ahmaad El-Salam Reply:

    en.ray,izinkan saya menegur untuk kebaikkan kita bersama,mengenai komen anda,komen bab separuh masak, extremist dan yang lain2 tu ok la..tapi bab kawin byk isteri tu bende baik tu..tolong betulkan persepsi kita bab poligami ni..sunnah Rasulullah S.A.W tu

    Reply

  17. 17 anti Jan 1st, 2010 at 10:46 pm

    salam, aku x tau la knp susah sgt nak bg royalti dkt kelantan tuh. Dah la, jumlah yg nak diberikan sedikit, malahan ditukar pula dgn wang ihsan. hurm..mcmmane la budget 2010 oleh najib banyak org x suka, sebab 1 billion digunakan utk promosi F1 dan 100 juta utk projek sekolah pintar bini die. apekejadahya duit rakyat sebanyak tu dihabiskan utk program yg belum tentu menjanjikan hasil utk negara. Sedangkan banyak lagi tempat di sekitar sabah dan sarawak serta sebilangan kecil kawasan di semenanjung yg hidup ibarat kais pagi mkn pagi, kais ptg makn ptg tidak terbela. banyak lagi kwsan di sekitar sabah dan sarawak yg masih tidak mempunyai bekalan asas seperti elektrik dan sumber air. Baru-baru ini timbul pula isu sekolah yg sepaatutnya siap, tetapi tidak dpt disiapkan utk sesi perrsekolahan 2010. Banyak lagi isu rakyat yg perlu diambil kira, bukan hanya membazirkan duit rakya dgn sewenangnya2. Berbalik kpd isu minyak, seperti semua sudah ketahui semuanya telah termaktub di dalam Development Petroleum Act 1976, di mana setiap negeri yg mempunyai minyak berhak mendapat royalti hasil daripada bumi mereka sendiri. Jangan kerana perbezaan fahaman politik, rakyat pula yg menderita..seperti zaman tun mahathir dgn pak lah di mana royalti minyak di sekat kepada kerajaan kelantan. negeri terengganu juga turut menerima tempiasnya apabila tidak diberi royalti yg penuh kpd rakyat negeri mereka..Alahai janganlah pemimpin2 umno yg buta perut sanggup mengkhianati bangsa dan rakyat mereka sendiri dengan menipu duit rakyat. Astaga..

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    anti maaf mencelah..
    jika royalti tu diberikan pada kerajaan negeri maka semua permasalahan dalam pembanggunan dikelantan akan dapat diselesaikan satu persatu.selama ini tanpa ada royalti pun kerajaan negeri masih dapat membanggunkan negeri walaupun perlahan.kalau jumlah royalti melebihi 2b itu diberikan..maknanya semua cawangan umno boleh ditutup..dan pemimpin umno yg ada akan mula berpindah randah kenegeri yg diperintah BN..percayala..bila wang ehsan..semua peruntukan ini akan diberi kepada ketua2 bahagian umno untuk dibuat gula2 kepada rakyat supaya kembali kepada umno.lepas tu menyalak kununnya PAS tak boleh mentadbir.pemimpin PAS orang islam…pemimpin umno pun orang islam(kalau lah) berikan royalti tu pada PAS dan tunggu pilihanraya akan datang..kalau duit habis dan pembanggunan tak nampak..rasanya rakyat sendiri akan tukar..itu pun kalau pemimpin umno yg ada masih lagi anak jantan..kalau anak 50-50..susah la.

    Reply

  18. 18 ron Jan 2nd, 2010 at 1:28 am

    Kelantanese must get united & together support Kelantan Govt in this royalty claim, irrespective of political course. It’s not about any party; it’s your state & generation future. it lies with your single act today. Go & support State Govt. Sue BN for treason & betrayal -> to the ICJ. dont waste time in Malaysian court. our judiciary is unreliable. doctrine of separation of power clearly doesn’t exist. GO TO THE ICJ you have a strong case.

    BN decision in not giving royalty to Kelantan is a blessing in disguise in short-term; it certainly will backfire. It unites people under Pas to fight for this legitimate right. In the long-term, BN will never win Kelantanese vote for lifetime – not any more.

    Reply

  19. 19 Wan Simunjan Jan 2nd, 2010 at 1:58 am

    Kalaulah tuan empunya badan yang memegang pen untuk menurunkan tandatangan pada perjanjian Petronas ini sudah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan pengunaan sumber minyak negara telah dimanipulasi dan dieksploitasi demi menutup kelemahan BN/UMNO maka kalau sesiapa sahaja tidak mempercayai kenyataan ini maka lebih baik jadi binatang ajelah. KU LI sekian lama memendam rasa untuk memberi peluang dan penghormatan pada kerajaannya tapi semakin KU LI mendiamkan diri semakin naik junjung kaduk negara untuk menipu rakyat.

    Kepada KU LI seandainya dirasakan masa perkhidmatan tu sudah hampir ke penghujungnya maka perbaikilah kesilapan tu dan berjuanglah untuk rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia. Mungkin perjuangan di saat akhir ini akan mampu menjadikan rakyat Malaysia lebih kritis pada masa hadapan. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin selama ini telah menipu dan memanipulasi hak dan kebebasan rakyat demi kesenangan dan kekayaan mereka sendiri. Sesungguhnya hari ini rakyat dahagakan pemimpin yang benar-benar membela nasib rakyat. Setelah 52 tahun di bawah BN/UMNO terlalu banyak hak rakyat digadaikan demi kekuasaan BN/UMNO. Rakyat Malaysia generasi baru sudah tidak mahu tertipu lagi oleh permainan pemimpin-pemimpin BN/UMNO bangsat ni.

    Reply

  20. 20 tok_uban putih Jan 2nd, 2010 at 11:01 am

    Syabaslah KuLi,memang patut kerajaan pusat,bagi sedikit royalti minyak pada KELANTAN dan Terengganu…………..saya sokong100%.Lagi satu Industri Minyak Negara,harus di kecapi oleh semua wargenegara Malaysia.Adakah sesiapa tahu laporAN audit PETRONAS yang di bentangkan di PARLIMEN……………

    Reply

  21. 21 ghimau Jan 2nd, 2010 at 1:19 pm

    Dengaq2 cerita dr sumber yg blh dipercayai, PETRONAS zaman B1N1 Najib Razak dah mula tawarkan VSS kpd staff PETRONAS.

    Duit dlm kantung PETRONAS dah mula susut ke??? Harap YB PR yg prihatin kemukakan isu ni dlm sidang parlimen akan datang.

    Teruskan desakan agar PETRONAS diletakkan dibawah PARLIMEN, agar aset/harta rakyat ini terus terjamin & terpelihara dr anasir pemimpin yg tamak haloba.

    Reply

  22. 22 suri Jan 2nd, 2010 at 9:40 pm

    …ada sesiapa di sini tahu cara2 buat gula secara traditional ?????????….boleh syer dgn saya. tq

    Reply

  23. 23 guna Jan 2nd, 2010 at 10:56 pm

    hai hampa tak sedarkah tengah dok sibuk pasal enjine hilang,gula naiklah,hakim hacks matilah,tok mat matilah ,perkataan allah di herald lah tapi jangan lupa pengakuan p i bala senyap je. korek korek balik jangan tak korek.

    Reply

  24. 24 Pemimpin yang Dipimpin Jan 3rd, 2010 at 3:21 pm

    En Mohamad ni takde komen plak…tau c Mohamad ni belum lagi dapat hidayah dari ORANG2 RASUAH…Komen la oi che Mohamad..

    Reply

  25. 25 PUTERI SANTUBONG Jan 3rd, 2010 at 9:22 pm

    KERANA GULA NAIK..AKU BUAT TEH TAK CAMPUR GULA..AKU LETAK DLM BEKAS..KALAU NAK GULA TAMBAH JER SESUDU..IDEA HUSBAND AKU….NAK BUAT MACAMANA DAH TERPAKSA………..

    HADIAH TAHUN BARU DARI NAJIB…
    AKU YG MINAT BUAT KEK LPIS SARAWAK NI PUN DAH SAKIT OTAK..DAHLAH AKU NI MENIAGA KEK LAPIS…
    MCAMANA AKU NAK CEKAU MODAL BILA TIME RAYA DTG..TEMPAHAN BYK PULAK//ADOI2 SABAR JERLAH ..RAKYAT YG TERANIAYA…

    SAPA NAK TOLONG KAME..TOK UBAN…NTAHLAH..TAK SABAR PR AMBIL KERAJAAN..MINTA2 KALAU PR MERINTAH..DAPATLAH BERI KESENANGAN PADA RAKYAT..JGN LAH MAKIN NYUSAHKAN RAKYAT

    Reply

  26. 26 ezanee Jan 4th, 2010 at 10:05 am

    salam semua…si Mohamad buku teks tak menulis kat mana-mana sehari dua nih…balik kg ke hapa dia nih rungsing aku…tak de tukang lawaklah kat sini nampaknya..ish ish..boleh jadi dia dah sedar kesalahan diri dia tu yang ameno tak habis tu, dah join PR doh tu rasanya, ALHAMDULILLAH syukur nikmat oooo.

    Reply

  27. 27 Wan Simunjan Jan 5th, 2010 at 2:40 am

    Tak payah nak cari……penasihat Tuan Sadiq Siga Raga……

    Biasalah penasihat macam ni bila berhadapan dengan FAKTA DAN BUKTI yang jelas lagi nyata……

    BAAAAAAAAAAAAAAAAAAAACUUUUUUUUUUL. BAAAAAAAAAAAAAACUUUUUUUUUL. BAAAAAAAAAAAAAAAAACUUUUUUUUUUUUUUL.

    Maka semakin terserlahlah PEMIKIRAN DAN PANDANGAN yang mahu menyesatkan orang.

    Rasa-rasanya dah kena jual kot. Cuba-cubalah periksa kat pasar seni, manalah tahu terjumpa penasihat en. mohamad ni. Kalau tak pun mungkin ikut kursus BTN nak bina kekuatan baru.

    Muda-mudahan gerombolan Umat Munafik Nusakkan Orang tidak mengharubirukan ruangan ini. Daripada menyusahkan lebih baik mampus sajalah.

    Reply

  28. 28 blackrose Jan 5th, 2010 at 5:52 am

    bn=barang naik,bila naik?kamu tak nampakah lagi banyak terang tak payah bersuloh,the slogan says it out loud, rakyat mesti didahulukan so rakyat must pay the price for voting bn/umno into office.kalau tak percaya kita akan dengar ahli cabinet akan minta allowance mereka naik sebab barang barang keperluan lain sudah naik tanpa & tentu tidak ada full stop untok tidak naik.nanti wakil wakil bn akan kata pada rakyat yang mengundi mereka kita tidak boleh bermewah lagi,cut sana sini,yang tak cut kemewahan mereka.kalau tak percaya turun padang do a survey,amat ketara sekali taraf kehidupan mereka dan kita,melainkan TUAN GURU NIK AZIZ amat dihormati tidak pernah menolak sesiapa walaupun dari kepercayaan yang berbeza[menerima bukan islam sebagai insan ciptaan tuhanya].apakah patut najib serta morons bn/umno membandingkan taraf kita dengan negara lain sedangkan kita adalah kita.lihatlah ptptn amat giat menghantar notis pembayaran balik berserta amaran tindakan undang undang walaupun pelajar tersebut belum mendapat pekerjaan atau pun masih melanjutkan pelajaran.lebih membingongkan ibubapa apabila setiap bulan anak mereka diberi notis kadar faedah yang dikenakan terhadap mereka yang masih belajar.LAWAN KITA AKAN TETAP LAWAN.

    Reply

  29. 29 TORRES Jan 8th, 2010 at 9:30 am

    mohamad celup terkena batang hidung sendiri mana nak ada klu mati biarkanlah???

    Reply

  30. 30 PUTERI SANTUBONG Jan 8th, 2010 at 11:36 am

    Cik Mohammad cuti …diapun nak berehat..cari idea nak nyakiti hati kitakan…>?

    Takpe sapalah dia tu sebenarnya?mcmana rupanyeer ye?hensem ke tak yea?putih ker itam yea?…….kalau hensem bolehlah buat laki..nanti kita bimbing dia..hahahaha..buang masa aku jer..baik ku buat kek lapis..ada gak faedahnyeerr

    Reply

  1. 1 Tweets that mention ‘Zaman Joli Katak Sudah Berakhir’ at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 31st, 2009 at 6:20 pm

Leave a Reply