31
Dec
09

Perutusan Tahun Baru 2010

Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan Perubahan sahaja tidak lah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan. Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.

Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat. Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa Perubahan. Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan. Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.

Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan. Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan. Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.

Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

ANWAR IBRAHIM


47 Responses to “Perutusan Tahun Baru 2010”


  1. 1 wah Dec 31st, 2009 at 4:49 pm

    Selamat Tahun Baru 2010. Kami rakyat mendoakan semua ahli politik PR mempunyai azam baru untuk berkhidmat lebih tekun bersama kedatangan 2010. Apa tabiak buruk mesti dibuang sebelum dibuangkan rakyat pada PRU 13. Pengundi dan rakayt sekarang mempunyai keupayaan untuk menghakim prensentasi semua Adun. Kita mahukan jentera kerajaan yg betul-betul bertugas dengan adil dan tidak bertalam dua muka.
    Selamat menyabut tahun 2010 kpd semua suadar-saudari ku anak Malasyia. Semongga semua berada dalam keadaan sihat dan selamat.Jumpa lagi dalam 2010.

    Reply

    rossi ehse chairman Reply:

    semoga tahun depan dapat kaut duit lebih lagi…he..he..

    Reply

    M&M Reply:

    Salam DSAI,

    Moga 2010 membawa lebih banyak kebaikan dan kejayaan buat Pakatan. Apa yg lebih penting, pastikan pendaftaran dgn ROS utk menubuhkan Pakatan menjadi kenyataan.

    Dan yg lebih mustahak, usaha memperkasa Pakatan hendaklah terus digiatkan. Marilah kita bersama2 menambah ilmu penegtahuan dan bersiap siaga agar segala cabaran yang ada akan dpt ditempuhi dgn jayanya.

    LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!

    Sekian, wassalam.

    Reply

  2. 2 farid Dec 31st, 2009 at 6:10 pm

    salam dsai, sy ingin usulkan kpd yb agar menukar logo parti yg mirip kpd “all seing eye” kpd logo yg lain. Ini krn ianya sering menimbulkan fitnah bg mereka yg memahami arti logo tersebut. tima kasih

    Reply

  3. 3 windofchange Dec 31st, 2009 at 8:16 pm

    salam..3 4 jam lg nk masuk tahun baru dah ada hadiah baru dari kerajaan..gula pulak naik harga..esok tah ape lagik..harap2 tahun baru ni PR terus bekerja keras utk menjaga kebajikan rakyat yg semakin hari semakin tidak didahulukan ni

    Reply

  4. 4 diBawahBayu Dec 31st, 2009 at 8:31 pm

    Assalamu’alaikum wbt.

    Salam Tahun Baru untuk semua pemimpin PR dan rakyat Malaysia yang menyokong PR. Teruskan sokongan anda, mudah-mudahan Harapan Baru Untuk Malaysia tercapai jua. Bila…??? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tapi ingatlah, dalam sejarah peradaban manusia, TIADA KEZALIMAN DAN PEMERINTAH ZALIM YANG KEKAL SELAMANYA. Lambat-laun tengelam juga ia seperti tenggelamnya Firaun dan Qarun. Mudah-mudahan kita diberikan kesempatan untuk menyaksikan tenggelamnya firaun-firaun dan qarun-qarun ala 1Malaysia. Amin ya Rabbal Alamin.

    Wassalam.

    Reply

  5. 5 mohamad Dec 31st, 2009 at 9:31 pm

    salam semua, PR buang tabiat buruk mu itu, sila jadi ahli UMNO ku sayang, sekian, terima kasih.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    UMNO ku sayang ape bendanya.
    pertama kali ditipu..kita boleh kata tidak tahu,
    kedua kali ditipu..BODOH la namanya.
    tapi kalau dari 1946 ditipu…paham je la.
    dah boleh boleh la En mohamad fikirkan…

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    jika PR menegur demi kebaikan itu digelar tabiat buruk..yang merampok wang rakyat..yg merampas projek projek untuk kroni.yg melesapkan enjin jet..yg mengabihkan duit petronas tu….TABIAT UMNO bukan kah begitu EN mohamad.

    Reply

    dina Reply:

    Salam semua…

    Sepatutnya en Mohamad ni kita hantar sekali dengan engine jet yang hilang hari tuu..kalau boleh kita tembak je denga Najib ke Bulan dengan enjin rocket ke…atau masukkan dalam kapal selam yang dua tuu…

    Reply

  6. 6 joe Dec 31st, 2009 at 9:37 pm

    salam sejahtera..,

    selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua,terutama kepada tuan punya blog;-)dato seri anwar ibrahim.semoga perjuangan diteruskan dengan selamat.
    apabila seorang pemimpin berucap,dia menyeru supaya rakyat keluar untuk mengundi.tiap kali pilihan raya ramai rakyat keluar mengundi.akan tetapi dengan tak sedar bahawa yang mengundi itu adalah orang yang sama setiap kali pilihan raya tiba.apabila seseorang itu rambut beruban boleh dikenalpasti tua ataupun muda walaupun rambut telah diinai;-)..
    diluar sana masih ramai segelintir golongan yang masih belum mendaftar hak sebagai pengundi.harapan saya untuk tahun baru ini semoga saya tidak akan menetap dalam sebuah negara pelarian di masa akan datang.
    mohon maaf jikalau ada salah silap saya pada dato seri sekeluarga di tahun 2009 ini.

    askm..joe_26

    Reply

  7. 7 muhamad Dec 31st, 2009 at 9:54 pm

    selamat tahun baru. terima kasih.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    jangan tahun je baru..minda mesti baru..pemikiran pun baru..parti yg baru.
    yang penting sekali KERAJAAN baru..baru rakyat maju..tak ke begitu kawan2.

    Reply

  8. 8 Halik Zaman Dec 31st, 2009 at 11:47 pm

    2010 IS NOT HONEY-MOON FOR SABAH PKR

    By: HALIK ZAMAN (Kota Kinabalu)

    WHY are we still waiting? Never ever be waited leader. Year 2010 is not the honey-moon year for all PKR Sabah’s member and leaders. PKR Chief Information Officer must start approach the young peoples. Find those whoever that already entitle to vote or whoever that already 21 years old, enroll them to be the voters.

    PKR Sabah’s Chief Information Officer in has 25 Divisional Chief Information in all Sabah. It is the best way to sit together and constitute Information Bureau. The function of this bureau committee is to search from house to house and look for a 21 years old teenage and register them as voters.

    As a PKR State’s Chief Information Officer, it is a part from the duty to brief the rest of divisional chief information to arrange outdoor and indoor activities. A sports sub committee should be set up in each and every division throughout Sabah which mean that every division should have their own football/futsal/valleyball/netball teams. Later on, we could organize friendly match amongst the divisional sport’s teams.

    We also should constitute Arts and Literature Bureau. This bureau is mainly to those party’s member that has interest in singing etc. Once in a while a karaoke competition should take place. I believes this will attrack more young people in PKR.

    Other thing is, make a time for the Information Bureau to identify voters locations. Arrange some talks and discussion amongst the voters. Talks and discuss about the high living cost that all of us is facing now. Discuss with them from heart to heart. From the discussion make a resolution from them to demand the Government to reduce the high living cost for the sub-urban people.

    The state’s Chief Information should appoint those young people to be the ‘Monitor Bureau’ which their function is to monitor the increament of the school’s fees or PIBG fees. This bureau too will go and explain to the parents that the fees are suppose to be beared by the Government.

    The unsatisfied feeling from the sub-urban voters from various aspect such as high-cost living pressure etc and this is that’s why they wants to change the government. Chief Information duty is not only giving statements or explanation to the mass media but the main duty is to approach people with dignity.

    And for the 25 divisional Chief Information, make an initiative to form Bureaus from the young peoples, Give them an opportunity to identify the villagers problem and give them space approach the villagers and brief the villagers on the present issues. Let the villagers alert towards what is happening in our country.

    When this strategy is success there shouldn’t be any problem to gain their trusts in PKR and at the same time no doubt they will joint PKR instead.

    And off course all the said activities needs funds. As a divisional chief information, any activities/match/competitiom organized, it must be under the name of the villagers. Look for a sponsor such as Tenom Coffee factory, Sabah Tea or other merchandiser such as Coca-Cola, Gardenia/Pepsi. Get them to sponsor the activities or their banner.

    One thing for sure, in order to achieve in PRU, the key person to make it happen, actually is the Party Chief Information Officer. Their responsibilities to embark information and to gain people’s trust in PKR. The state Chairman is not the only person to bear the responsible. Without hard-work and work-together from the Chief Information Officer, don’t ever dream to win the election.
    HZ

    Reply

  9. 9 Halik Zaman Dec 31st, 2009 at 11:51 pm

    APA MUSLIHAT SPR PANJANGKAN 3 HARI PENAMAAN CALON?

    Dari Kacamata Halik Zaman:

    Hari ini terpapar di dada-dada akhbar satu lagi ‘usaha suci dalam debu’ UMNO/BN dalam merangka suatu perubahan kepada sistem pilihanraya yang memang tidak dapat di sangkal bahawa ‘keuntungannya’ pasti berpihak kepada UMNO/BN yang kini dalam situasi yang amat parah.

    UMNO/BN menerusi ‘hidden agent’nya iaitu SPR mencadangkan beberapa pindaan Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981 yang kononnya bertujuan untuk menghindar kekecohan dan keganasan para penyokong parti-parti bertanding. Antara pindaan yang bakal di laksanakan kerana kita tahu UMNO/BN pasti akan meluluskan cadangan ini kerana segala pindaan pastinya for the sake of UMNO/BN, iaitu tempoh bertenang telah di’panjangkan’ kerana ianya akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

    Cadangan kedua pula ialah SPR ingin memanjangkan tempoh penamaan calon kepada tiga hari dengan alasan supaya tidak berlaku pertembungan penyokong parti-parti bertanding. Mungkin sahaja SPR beri ruang untuk UMNO main ‘sorong papan tarik papan’ dalam tempuh 3 hari itu?

    Kedua-dua alasan diatas secara terang dan jelas membayangkan suatu alasan yang tidak munasabah. Kita nyatakan disini kerana sepanjang PRU yang lepas-lepas, kita tidak pernah ternampak ada berita penyokong parti terbunuh masa hari penamaan calon. Bertegang urat tu biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit.

    Tetapi biasalah bila ada pergaduhan kecil berlaku, penyokong parti Pakatan Rakyatlah yang akan dipersalahkan. Segala tohmahan di lemparkan kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Semua kepincangan di humban kepada Pakatan Rakyat. Tapi walau hakikatnya, penyokong-penyokong UMNO/BN yang mulakan.

    Tapi itu kita tolak tepi, yang pentingnya ‘keberangkalian’ di sebalik cadangan-cadangan tersebut, jika kita selami maksud tersirat banyak yang ‘tersurat’ pasti terungkai. Kita semua amat maklum UMNO/BN sedang menghadapi suatu tempoh kegawatan yang amat payah. UMNO/BN sedang kehilangan kepercayaan dari rakyat jelata.

    Jadi ekoran kebimbangan akan kehilangan kuasa yang selama ini di dominasi oleh UMNO/BN maka pelbagai usaha-usaha mereka lakukan demi untuk memastikan mereka kekal berkuasa. UMNO/BN juga mengerahkan agent-agent mereka untuk turut sama berkompromi menjayakan agenda-agenda ‘kotor’ UMNO/BN.

    Hasilnya terjadilah pelbagai pindaan dan cadangan-cadangan yang tidak masuk akal. Cadangan tersebut boleh di realisasikan seandainya setiapkali PRU maka berlakunya pergaduhan yang mengakibatkan kematian atau kemusnahan bandar atau perkara-perkara yang boleh mengakibatkan darurat. Maka bilamana cadangan ini di adakan, ianya selaras dan seimbang. Masuk diakal.

    Di mana-mana negara di seluruh dunia ini, perkara-perkara seperti pergaduhan antara penyokong adalah suatu perkara yang tidak mustahil. It’s a tradition of election day. Kalau nak suasana yang aman damai, jangan benarkan ada pembangkang bertanding. Senang cerita.

    Keberangkalian lain ialah tempoh penamaan calon di panjangkan 3 hari semasa hari penamaan calon. Untuk apa ? Apa fungsi sebenarnya ianya di panjangkan ? Apakah akan ada ‘orang-orang’ tertentu yang di tugaskan untuk ‘memujuk dan membeli’ calon-calon Pakatan Rakyat ? Akan adakah ‘orang-orang tertentu’ yang akan menawarkan ‘ganjaran dan imbuhan’ yang bisa membuatkan maruah seseorang tercabar ?

    Kemungkinan-kemungkinan diatas tidak mustahil tidak akan berlaku. UMNO/BN memang sudah kita semua amat maklum mampu melakukan apa sahaja apabila keadaan terdesak. Kerana itulah pelbagai senario tercipta, adegan tolak-menolak di bangunan kerajaan, adegan curi-mencuri enjin jet, adegan rampas-merampas negeri dan pelbagai lagi kekejaman dan kemusnahan yang UMNO/BN lakukan demi mengekalkan kuasa di tangan mereka.

    Sebagai pengundi, nilaikanlah apa yang berlaku kini. Terpulang pada anda sama ada masih mahu ber’ketua’kan seorang yang ‘unstable’. Undi di tangan anda.

    Reply

    mat marang (orang Kg TGHH) Reply:

    halik zaman,

    cetek nya ilmu saudara sehingga sanggup mendedahkan kelemahan sendiri.Sorong papan tarik papan apa.colon kita yang dipilih tu memang dah confirm tak boleh dibeli.saudara ingat calon2 Pas boleh dibeli ke.kalau cam tu….ramai calon BN yang akan asuk kem kita (PR) kita nak beli pun mereka tak nak.lagi la kalau calon Pas umpamanya di kelantan…..salah tu ……..

    Reply

    Halik Zaman Reply:

    Mat Marang

    Saya tidak bermasud calon PAS, yang nyata diSabah calon PKR seperti kawasan DUN Gum Gum Sandakan dan calon PKR DUN Senalang Semporna dan calon Parlimen Kelabakan Tawau.

    Jadi, anggapan sdra saya cetek itu, ternyata salah. Kerana ‘happening diSabah. Membaca posting seseorang itu biarlah dengan ‘fikiran Mat Marang terbuka’.
    HZ

    Reply

    makan gaji Reply:

    halik zaman saya cadangkan balik zaman dinasor lah..
    pemikiran kalut dan melalot.. bagi tempoh panjang pon kate ada muslihat bila masa pendek kate tak adil.. tahun baru jgn jadi pemikiran sempit.. berpikiran terbuka tapi kene cerdik sikit..

    PENDAPAT,
    -selalu masa pilihanraya pihak pembangkang banyak buat hal suka cari pasal harap tahun baru ni berubah perangai.

    -MINTAK MINTAK SANGAT TAHUN 2010 MEMBERI KESEDARAN PADA SEMUA JANGAN LA BERDEMOSTRASI DI TEMPAT AWAM KERANA MENYUSAHKAN ORANG AWAM.

    -memberi pandangan buat la demostrasi di padang ke mana mana la tempat yang tak menyusahkan orang.

    -agenda pembangkang tolonglah banyak banyak BANTU ORANG MELAYU jangan banyak memberi laluan pada bukan bumiputra.

    SELAMAT TAHUN BARU.

    Reply

    zulalarm Reply:

    UMNO tak akan berubah kerana motonya….DULU…KINI….DAN SELAMANYA yang berubah ialah
    1.Rasuah milion kepda bilion..
    2.Dulu naikkan harga barang pakai sen sekarang puluh sen.
    3.Dulu di pimpin oleh orang yang bijak sekarang tarak….

    Reply

  10. 10 win win malaysians Jan 1st, 2010 at 12:01 am

    Selamat Tahun baru 2010,semoga ditahun ni PR mendapat mandat penuh dari rakyat dan tak ada lagi katak melompat dimana2 parti,cukuplah pahit manis 2009,YB DSAI hal begini harus diambil sebagai iktibar jatuh bangunnya seseorang YB lebih2lagi YB PKR.YB DSAI jgn bagi muka jika ada yg megapu DSAI utk dia nak dicalonkan,kaji background keseluruhan jgn sampai mcm 3katak ceruit tu,pilih yg benar2 tulen perjuangan rakyat,kita jumpa di sarawak PRU negeri 2010….selamat maju jaya Pakatan Rakyat,mudah2an kita disokong oleh rakyat2 Sarawak utk menuju ke DUN SARAWAK 2010….aviosssss……

    Reply

  11. 11 Biaqpila Jan 1st, 2010 at 2:04 am

    SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PEJUANG REFORMASI…

    IKHLAS DARI biaqpila.blogspot.com

    Reply

  12. 12 clair Jan 1st, 2010 at 7:38 am

    tahun 2009 diakhiri dengan penghinaan mahkamah tinggi terhadap masyarakat islam.aku rasa terhina bila orang bukan islam mempermain-mainkan islam.bodoh sangat kah orang islam ni?aku pun bley tukar nama tuhan ikut suka hati aku lepas ni.beza sangat solat dan sembahyang.perbuatan yang hampir sama,tapi sebutan lain2.orang islam sahaja sebut solat.cukup la islam saja panggil Allah,diorang panggil la nama lain.

    Reply

  13. 13 Syah.. Jan 1st, 2010 at 9:25 am

    SELAMAT TAHUN BARU DATO’ SERI.. Semoga Maal Hijrah dan Tahun baru ni memberi sinar baru buat Malaysia yang dah pun dapat hadiah kenaikan harga gula hari ni.. Minyak pulak entah2 tak lama lagi.. Cuma harap Dato’ Seri dapat meneliti keputusan Mahkamah Tinggi semalam membenarkan penggunaan perkataan “ALLAH” dalan majalah katolik.. Hak kita tetap hak kita.. Semoga ALLAH SWT sentiasa bersama kita..

    Reply

    J.R.D Surian Sebastian Reply:

    saudara syah..sia tidak setuju dgn pemikiran sempit anda tentang penggunaan perkataaan atau kalimah Allah..mengapa nak persoalkan lg? sia terus terang kpd anda bahawa sia ialah penganut agama kristian katolik sejak dari kecil lg dan telah lama mendengar penggunaan kalimah tersebut dalam agama kami untuk tujuan keagamaan. Selama ini tidak ada rungutan tentang itu khususnya di sabah dan dapat diterima ramai pun. Hatta di negara Indonesia yang berpuluh juta penduduk Islam pun tidak menyekat penggunaan Allah oleh penganut kristian disana serta percetakannya di dalam kitab suci kristian.Malahan di negara rantau Arab yg penganutnya beragama kristian menggunakan Allah sedangkan ia perkataan itu sendiri dari Arab. Jangan kita cuba timbulkan ketegangan berhubung soal agama sedangkan setiap agama membawa dan menyeru ke arah kebaikan bersama. Apa maksud kamu hak kita tetap hak kita? Allah itu adakah hanya utk golongan kmu? Ingatlah kita yg hidup sekarang sebagai manusia di muka bumi ini siapa yg cipta? Allah bukan? Jadi bukankah Allah itu milik semua kita..sedarlah syah yg x ada hasilnya kita mempolemikkan isu ini.

    Reply

    voice of future Reply:

    DSAI korang ni sokong jer penggunaan nama Allah tu..dats why no comment dr dia..org PAS plak dh mesyuarat n kater org kristian bleh jer pakai nama Allah tu..so korg2 nie xyhla nk bermimpi bahawa PR ni akan melindungi ape yg dinamakan ‘HAK’ korang sume. sedarlah bahawa PR hanya pandai menabur janji shj!

    Reply

  14. 14 friday Jan 1st, 2010 at 11:09 am

    Sama-sama Datuk Seri. Yang jelas, saban hari rakyat Malaysia menunjukkan keberanian untuk berubah. Berubah sebelum parah dan berubah demi maruah.Untuk berjaya kita kena berani berubah.Kita dah terlalu lama dibuai kezaliman tersembunyi UMNO/BN.Bak kata orang orang tua di kampung “Malaysia dah lama merdeka tetapi rakyat masih menderita sengsara.Kezaliman UMNO/BN tambah membara.Apalah erti merdeka?”

    Reply

    think positive! Reply:

    “Malaysia dah lama merdeka tetapi rakyat masih menderita sengsara. Kezaliman UMNO/BN tambah membara. Apalah erti merdeka?”

    Komen saya…
    rakyat mana yg masih menderita sengsara tu? berapa sangat jumlahnya kalau nk compare dengan dulu? salah kerajaan ke kalau mereka menderita sengsara kerana kelemahan diri sendiri? atau dlm erti kata lain ‘malas berusaha’ dan hanya menunggu duit jatuh dari langit atau kerajaan bagi mereka duit tanpa perlu bekerja?? sudah berapa banyak ringgit yang telah kerajaan keluarkan untuk membantu rakyat? sudah berapa byk plak subsidi dan program yg kerajaan lakukan untuk membantu rakyat? kenapa pembangkang jahil sgt sampai xnampak semua itu? atau hanya di sebabkan beberapa hal, habis semua usaha kerajaan dilupakan?!
    suka sy nk berkongsi dengan pembangkang mengenai segala usaha kerajaan malaysia untuk membantu rakyatnya ini, jauh lebih baik dari semua negara yg pernah saya lawati, yg lebih dahulu merdeka daripada malaysia!pd pendapat sy, kerajaan malaysia lah antara kerajaan yg begitu pemurah kepada rakyatnya!
    tapi sy xsalahkan penyokong pembangkang 100% kerana sy sedar minda mereka telah byk dipengaruhi oleh fakta yg telah byk diputar belitkan oleh pemimpin tertinggi mereka yg berselindung di sebalik agama dan keadilan!
    dan di mana pula zalimnya UMNO/BN itu? xkan hanya kerana nilai tambahan 20 sen untuk membeli gula dianggap zalim? xkan hanya kerana kes rasuah dia sana sini mereka di anggap zalim? harus diingat, bahawa tidak semua org yg terbabit rasuah itu adalah org UMNO/BN. dan tidak semua orang kerajaan itu pengundi atau penyokong UMNO/BN!dan harus di ingat juga, selangor di bwh pakatan pembangkang yg baru belajar untuk mentadbir negeri juga sudah byk kes rasuahnya!jadi suka sy untuk mengingatkan, rasuah boleh berlaku di mana2 parti skalipun!
    bukalah mata, telinga dan minda anda semua..janganlah hanya tau membuka telinga untuk mendengar ceramah yg suka membuat fitnah!

    Reply

  15. 15 Zabidie Abas Jan 1st, 2010 at 11:32 am

    Orang Tertua Di Malaysia Menyertai PKR
    http://amkj.blogspot.com

    PKR Johor dengan kerjasama erat Cabang Sekijang telah menerima keahlian ahli tertua iaitu Chin Fong yang lahir pada 28hb. Disember 1909.

    Beliau telah menyerah borang keahliannya pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke 101 tahun beberapa hari lepas.

    PKR Sekijang bersama-sama keluarga Chin Fong meraikan sambutan tersebut.

    Pengalaman sejak zaman dijajah British, Jepun dan awal Merdeka sehingga sekarang mendorong beliau menyertai Pakatan Rakyat terutama PKR.

    Penyertaan beliau melambangkan negara perlu ditukar pemerintahan. UMNO-BN sudah tidak lagi relevan bagi semua dan negara.

    Reply

  16. 16 joe-kedah Jan 1st, 2010 at 11:57 am

    SELAMAT TAHUN BARU 2010 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
    KEPADA DATO SERI ANUAR IBRAHIM, TERUSKAN USAHA, MANTAPKAN DIRI DIDALAM PERJUANGAN, TERUS KONSISTEN DARI DIRI MUDA HINGGA KE TUA. SEMANGAT DAN CITA-CITA UNTUK MEMARTABATKAN BANGSA DAN RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA INSYAALLAH DIMAKBULKAN.
    KEPADA AHLI-AHLI UMNO, TAHUN INI TAHUN MENCABAR, HARGA GULA MULA NAIK, TAK TAHU BARANG MANA LAGI YANG BAKAL NAIK TAK TAHU LAGI, JADI MUHASABAHLAH DIRI SEMUA KEPADA HIJRAH, JANGAN DOK TUNGGU LAGI DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA.
    KEPADA KATAK-KATAK, KATAK HORN, KATAK PISANG, KATAK UMPAN, MASA MERUBAH SENTIASA TERBUKA LUAS, KALAU NAK JAGA DUNIAWI DAN KELUARGAWI, PERIBADIWI TERUSKAN NIAT ANDA BIAR RAKYAT KAWASAN ANDA WAKIL SENTIASA SUMPAH PAGI PETANG SIANG DAN MALAM. KALAU OTAK ANDA MASIH INGAT HIDUP ITU LAWANNYA MATI DAN INGAT AKHIRATWI KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN DAN MOHON MAAF KEPADA SELURUH PENGUNDI ANDA.
    SEMUGA TAHUN 2010 JADI PETANDA LONJAKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.

    Reply

  17. 17 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Jan 1st, 2010 at 12:46 pm

    Selamat tahun baru buat presiden parti keadilan rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. eruskan memimpin parti dengan baik.

    http://bbcatlover.blogspot.com/2009/12/laman-suara-keadilan-apa-dah-jadi.html

    Reply

  18. 18 alan tan Jan 2nd, 2010 at 12:28 am

    Selamat Tahun Baru 2010..

    Hidup kuasa rakyat!

    Reply

  19. 19 wan simunjan Jan 2nd, 2010 at 1:36 am

    Selamat Tahun Baru 2010. Semoga pada tahun ini keserasian, kesejahteraan dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat akan terus diperkukuhkan dan diperkuatkan.

    Pada masa yang sama 2010 meminta semua pejuang reformasi dan pendukung perubahan mengerahkan minda dan tenaga untuk menjelajah ke bumi Sarawak yang akan mengadakan PR DUN pada bila-bila masa dari sekarang. Rakyat Sarawak memerlukan pendedahan demi pendedahan penyelewengan REJIM TAIK MAHMUD. Rakyat Sarawak memerlukan pendedahan demi pendedahan hak dan kuasa mereka di dalam undang-undang dan Perlembagaan negara. Rakyat Sarawak memerlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar mantap dan berkarisma untuk memimpin perjuangan MENJAHANAMKAN rejim Taik Mahmud pada PR DUN akan datang.

    Semoga 2010 juga akan menjadikan SIMUNJAN sebagai salah satu tapak PERTUMBUHAN PKR dan Pakatan Rakyat di Sarawak. Saya mendoakan agar kesihatan DSAI akan mampu menjejakkan kaki ke bumi bertuah Simunjan pada tahun ini untuk mengumpul kekuatan bagi membina kubu perjuangan Pakatan Rakyat di Sarawak.

    RAKYAT SIMUNJAN SENTIOASA MENANTI DAN MENUNGG BARISAN PEJUANG PKR DAN PAKATAN RAKYAT MENIUP SEMANGAT PERUBAHAN PERJUANGAN RAKYAT SIMUNJAN UNTUK MENJAHANAMKAN REJIM YB BN. INSYA ALLAH PKR AKAN MUNCUL DI SIMUNJAN DAN BN AKAN TUMBANG DAN LENYAP DI BUMI SIMUNJAN UNTUK HAK DAN KEMERDEKAAN RAKYAT SIMUNJAN.

    DOA DIIRINGKAN AGAR PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK PRU 13 AKAN TERUS MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT. HARI INI SEMANGAT GENERASI BARU HANYA UNTUK MENJAHANAMKAN PEMERINTAHAN BN YANG SEKIAN LAMA MEMANIPULASI DAN MENGGADAI PERJUANGAN RAKYAT DEMI KUASA DAN KEKAYAAN MEREKA.

    HIDUP PKR. HIDUP PAKATAN RAKYAT. PERGI JAHANAMLAH BN/UMNO.

    Reply

  20. 20 Dr Azam Jan 2nd, 2010 at 8:31 am

    Salam Untuk Malaysia;

    Barisan Nasional memberi hadiah untuk rakyat Malaysia sempena tahun baru 2010 iaitu dengan memberi kenaikan harga gula 20 sen sekilo. Selari dengan itu banyak benefit lain iaitu kenaikan harga barang barang lain. Taniah penyokong BN; kasihan rakyat Malaysia.

    Reply

  21. 21 Dalbinder Singh Gill Jan 2nd, 2010 at 8:41 am

    Dato’ Seri,

    Saya amat risau. UMNO sedang menggunakan pelbagai taktik untuk menghancurkan Pakatan Rakyat dan menggunakan sistem kehamikan dan Polis untuk menakutkan penyokong PR. Jadi, bagaimana kita sebagai rakyat dan penyokong PR dapat teruskan agenda perubahan kita dengan mengambil kira keselamatan keluarga di rumah. Saya juga amat risau bahawa DS Najib sedang menggunakan kuasa mutlaknya untuk memenangi kembali sokongan rakyat dengan menipu mereka, jadi, bagaimana kami sebagai rakyat yang cukup lapar untuk perubahan dapat tekadkan azam untuk terus mara ke arah perubahan. Dato Seri sendiri kemungkinan ditangkap tetapi orang yang mengarahkan pembunuhan Altantuya masih sedang merasai hawa kebebasan di luar sana malah rakyat yang menyokong PR dan lapar untuk kebebasan kemungkinan meringkuk di penjara, ingatlah kata-kata Menteri Dalam Negeri – I will make sure the Kamunting Camp is filled to the brinks.

    Reply

  22. 22 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Jan 2nd, 2010 at 12:49 pm

    Hari ini dalam sejarah penipuan Umno Celaka….

    (Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

    1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

    2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

    3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

    4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

    5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

    6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

    7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

    8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

    9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

    10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

    11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

    12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

    13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

    14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

    15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

    16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

    17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

    18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

    19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

    20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

    21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

    22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

    23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

    24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

    25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

    26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

    27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

    28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

    29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk (Nak tahu sila baca artikel tulisan wartawan MG Pillai yang saya sertakan dalam blog ini pada Dec, 2008).

    30) Pada tahun 2007, Dua buah enjin pesawat pejuang didapati hilang dan hanya diketahui rakyat pada penghujung tahun 2009, yang sekaligus menimbulkan banyak keraguan.

    1- Tentera Malaysia adalah penjawat awam yang paling murah gajinya berbanding dengan tugasnya yang lebih teruk dari buruh kasar.

    2- Tentera malaysia kalau mati dalam pertempuran atau latihan..akan hilang kisahnya begitu sahaja kecuali yang boleh menggugat politik negara, maka ia akan diambil berat, atau untuk tujuan publisiti.

    3- Tentera Malaysia tak serik2 menggunakan helikopter Nuri yang dah layak masuk muzeum, dan banyak mengorbankan nyawa secara sedar. Usaha menggantikannya pula memakan masa bertahun2 berbanding kecepatan prosess nak membaik pulih rumah menteri2.

    4-Tentera2 malaysia mempunyai set pakaian yang rendah kualitinya berbanding tentera Thai, Philipine dan Korea (amat berkualiti tinggi). Ini adalah akibat kontaktor yang membuatnya dalah kroni dan dapat “sikit” sebab duit banyak habis sepanjang jalan nak sampai ke kontraktor. Pakaian yg tdak selesa ini mengurangkan daya gerak tentera sbb panas, kasar, kasut yg keras dan tidak mesra pengguna.

    5- Tentera malaysia di anaktirikan oleh kerajaan berbanding polis, kerana tentera kurang memberi kepentingan politik kepada mereka.

    6- Tentera malaysia menerima potongan gaji yg banyak walau untuk urusan rasmi, dgn ertikata lain..mereka adalah penjawat awam yang paling dizalimi.

    Semua maklumat diatas boleh disahkan dengan cara bertanya kepada pihak tentera sendiri….

    salam…

    30. Bom C4 dalam simpanan ATM hilang begitu sahaja, tetapi telah meletupkan badan perempuan Mongolia yang dikatakan menpunyai hubungan langsung dengan Najib

    #1. Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah

    Inilah bapak segala merdeka myths, ditulis dalam semua buku teks, reinforced setiap tahun sejak merdeka. Realitinya, ribuan gerila anti-British terkorban dalam anti-colonial war of independence melawan British. Ribuan askar Melayu terkorban dalam perang penjajah melawan komunis. Ribuan rakyat juga terkorban kat tengah-tengah…

    #2. UMNO pengasas perjuangan kemerdekaan

    Before UMNO (est. 1946), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (est. 1945) fought for merdeka oredi. Before PKMM, Kesatuan Malaya Merdeka (est. 1938) fought for merdeka oredi. Before KMM, Communist Party of Malaya (est. 1930) fought for merdeka oredi.

    #3. Tugu Negara simbol perjuangan kemerdekaan Malaysia

    Kita berjuang untuk kemerdekaan dari komunis atau dari British? Masa kecik, tugu ni buat aku confuse.

    #4. Perjuangan gerila komunis masa darurat bukan untuk kemerdekaan

    In 1948, gerila komunis & non-communists lancar revolusi angkat senjata untuk halau penjajah British dari Malaya.

    #5. Mamat yang design bendera Malaysia tak ciplak bendera US

    #6. UMNO-MCA-MIC mulakan kerjasama politik antara kaum untuk merdeka

    Putera-AMCJA dah start much earlier in 1946.

    #7. Malaysia bebas 100% dari penjajahan British masa merdeka

    Until 1970’s British controlled over 60% kekayaan ekonomi negara dan British military terus stay kat Malaysia sampai 1971!

    #8. Malaysia sebuah “negara Islam” sejak merdeka

    Sebenarnya Malaysia negara sekular dengan Islam sebagai official religion, bukan Islamic-state!

    #9. Kita ada “Social Contract” masa merdeka

    Where got? Idea kontrak ‘bukan-Melayu dapat citizenship in exchange for hak istimewa orang Melayu’ mula surface in the 80’s. “Ketuanan Melayu” also the same.

    #10. Lagu “Tanggal 31” dicipta oleh Sudirman

    Sudirman only covered lagu Ahmad C.B. from the 60’s & changed one line from the lyrics.

    5-P.Balasubramaniam telah hilang setelah sehari setelah membuat pengakuan bersumpah berkenaan isteri menteri. Kehilangannya lebih cepat dari enjin pesawat yg hilang pada 2007.

    Reply

  23. 23 bina badan Jan 2nd, 2010 at 3:11 pm

    selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…

    Reply

  24. 24 Zzjebat Jan 3rd, 2010 at 12:30 am

    Datuk Seri Selamat 2010 Semoga tahun ini PR lebih mantap dan digeruni pihak kawan

    dan lawan. PR rapatkan saf perjuangan, masa tak lama PRU13. Fokuskan matlamat dan

    tingkatkan usaha menuju matlamat. Ganyang perasuah…betulkan penzalim..dedahkan

    perompak politik…tingkatkan iman dan taqwa tentang syaitan2 dikeliling kita.

    Ya Allah selamatkan negaraku Malaysia dari dikuasai manusia berbadan syaitan.

    Amin..Amin…Amin.

    Reply

  25. 25 Kai Hau Jan 3rd, 2010 at 4:03 pm

    harap harap Ekonomi pulih… Jgn ada kes kes yg pelik

    Reply

  26. 26 Pejuang Jan 4th, 2010 at 10:33 am

    Berjuang dan terus berjuang demi kebenaran dan keadilan!

    Reply

  27. 27 Mohamad Jan 4th, 2010 at 1:06 pm

    Saya cadangkan ubahlah sikap, jangan berdemontrasi dan ceramah maki hamun serta fitnah lagi, berdosa semua itu. Jadilah manusia yang lebih baik, bangunkan negeri-negeri tadbiran anda, jangan berpolemik yang bukan-bukan lagi. Sekian, terima kasih.

    Reply

    makan gaji Reply:

    SAYA SOKONG????

    cube menyelami hati rakyat yang berniaga, nak bersiar-siar dan ingin aman damai.. demostrasi menyusahkan orang… cube selami hati dan perasaan seperti polis FRU yang sedang bertugas, polis FRU hanya menjalankan tugas dan menerima arahan sahaja tetapi orang-orang yang buat demostrasi yang perangai macam kere lepas kandang telah membuat dosa kering pada polis seperti memaki hamun anjing la, babi la tu semua perkara yang bukan budaya kita.. POLIS HANYA MENJALANKAN TUGAS KEPADA SESIAPA YANG MEMERINTAH..
    KEBANYAKAN POLIS ADALAH MELAYU kenapa bergaduh sesama melayu masa drmostrasi mana pegi bangsa lain..

    TERTANYA TANYA KENAPA TAK BUAT DEMOSTRASI DI BIKIT BINTANG KE DI PETALING STREET KE KENAPA??
    kenapa kawasan berniaga yang ramai melayu jadi sasaran?? KENAPA??
    fikirkan apa keburukan yang telah terjadi, PKR akan hilang sokongan jika budaya ini diteruskan lagi di masa akan datang..

    Reply

    voice of future Reply:

    saya setuju sgt dgn en.mohamad nie! ayat2 yg digunakan sungguh kurang *** walaupun ceramah diberikan oleh orang yg mereka gelar uztaz or ulama! mcm inikah pemimpin islam yg diagung2kan? adakah islam itu mengajar kita untuk memfitnah? mungkin org yg sememangnya pro-pembangkang tidak akan merasai itu fitnah, sebaliknya pada mereka itu hanyalah kebenaran. Lebih mendukacitakan apabila setiap fitnah itu dijadikan bhn ketawa dlm ceramah mereka. tapi bagaimana dgn sy yg msh lg di tengah2? jauh berbeza bila sy pergi mendengar ceramah dari orang BN. walupun byk isu atau ‘fitnah’ yg boleh ditimbulkan, tetapi tidak plak dorang highlightkan dlm ceramah mereka. dalam byk hal, sy lihat, pemimpin BN lebih educated dan tidak emosi seperti pemimpin pembangkang.
    Wallahualam..

    Reply

  28. 28 Hajjah Hamidah Jan 4th, 2010 at 3:31 pm

    selamat tahun baru juga…

    Reply

  29. 29 dina Jan 4th, 2010 at 6:50 pm

    Selamat Tahun Baru buat DSAI serta keseluruhan pimpinan Pakatan Rakyat serta semua rakyat Malaysia.

    Biar apapun yang berlaku ditahun-tahun yang lalu, kita semua harus tetap bersabar dan terus berjuang dengan berkhemah dan bermoral agar kemenangan Pakatan Rakyat disanjung semua rakyat.

    Kapada yang beragama Islam tunjukkan kehebatan tingginya moral dan integriti Islam itu bersesuaian untuk semua bangsa. Tunjukkan yang orang Islam sebenarnya diajar oleh Rasulullah s.a.w. melalui tauladan dan budi pekerti yang tinggi nilainya.

    Baginda Rasullullah s.a.w. menunjukkan sikap untuk ditauladani dalam semua bidang, bidang perniagaannya, bidang peperangannya, kekeluargaan, kehidupan bermasyarakat, kehidupan rumahtangga, bersukan, kehidupan berjiran, menjaga negara, kesihatan, ekonomi dan seluruh aspek kehidupan manusia yang tiada cacat celanya.

    Keseluruhan perbuatan serta tindakan Baginda adalah menjadi tauladan dan ikutan seluruh umat manusia di dunia sehingga sekarang para cerdikpandai masih lagi mengkaji kehebatan Rasulullah s.a.w.

    Maka, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah merubah diri kita sendiri, keluarga dan juga masyarakat dengan pedoman yang telah ditunjukajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja untuk umat Islam malah Baginda diutus untuk seluruh makhluk di dunia ini.

    Marilah kita merubah ke arah kebaikkan. Buang atau hapuskan segala kepincangan. Pilihlah yang terbaik untuk negara Malaysia yang tercinta.

    Kesatuan dalam Pakatan Rakyat sahaja yang menampakkan kecemerlangan serta kebahagian rakyat Malaysia di masa akan datang. Kesepakatan dalam Pakatan Rakyat menunjukkan kewibawaan untuk membawa rakyat Malaysia ke arah perpaduan serta kegemilangan yang padu untuk menghadapi dunia akan datang.

    Kepimpinan yang ada iaitu UMNO dan sekutunya tidak lagi mampu untuk cemerlang kerana tradisi kepimpinan pincang yang teah menjadi kanser yang amat parah untuk menerajui negara tercinta kita. Kepincangan yang tanpa bicara kita semua sudah boleh mengiyakannya. Tiada keikhlasan dalam kepimpinan mereka. Mencipta pelbagai perubahan yang dicuba tetapi sayangnya asas nya adalah kepincangan maka BN tidak akan berjaya.

    Marilah kita satukan hati, tetapkan pendiriaan. Berilah mandat yang penuh kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara tercinta kita ini.

    Berjuang habis-habisan untuk tahun-tahun mendatang. Hidupkan Pakatan Rakyat.

    Reply

  30. 30 hajah munah Jan 4th, 2010 at 9:11 pm

    Untuk JRD Sebastian

    minta salam makcik nak lalu…maaf ye, jangan lah bandingkan Malaysia dgn Indonesia..kita serumpun tapi tak sama dlm melihat tentang isu yg sama. Kalau ikut sgt Indonesia yg ramai penduduk Islam, tetapi ramai yg kahwin campur tanpa mengira agama, ianya tidak perlulah kita tiru. Maka nya, kita enggan membenarkan org kristian herald tu menggunakan nama tuhan kita adalah perkara terbaik daripada meraban2 bercakap pasal hak yg tidak dalam konteks nya. My two sen..diam lebih baik jika kita tidak berapa smart… memang Allah yg membuat semua, tetapi apa yg dipanggil Allah oleh org herald tu adalah tuhan mereka yg ada anak pinak.. tidak sama dgn tuhan kita. Dan, nama am untuk god ialah tuhan. Cakap simple mcm tu kalau tak faham memang susah la.

    Reply

    Sebastian Reply:

    bukalah minda tu..Mak cik cuba datang Sabah..dah lama kami guna kalimah tu tp tiada masalah pun dengan yang beragama Islam. Dorang ok jak banding di semenanjung ni.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Perutusan Tahun Baru 2010 at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 31st, 2009 at 4:48 pm

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
4 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
14 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
17 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031