30
Dec
09

SPRM Jangan Guna Alasan Lama

Dari TV Selangor

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.
SPRM hari ini dipetik berkata Bala perlu tampil memberi kenyataan kepada badan itu berhubung dakwaan pembabitan kerabat keluarga Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes Altantuya Sharibuu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Bala sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPRM. Beliau hanya meletakkan syarat mahukan soal siasat itu dijalankan di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia.

“ Saya mendesak SPRM jangan berhelah dan menggunakan tektik yang lama. Iaitu mengalih tumpuan dengan memberikan alasan-alasan yang kosong dan tidak munasabah”.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor sebagai respon daripada kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

Bala sebelum ini membuat kenyataan kepada peguamnya bahawa beliau disogok wang dan diugut oleh adik Najib dan kenalan rapat isteri Perdana Menteri supaya menafikan sebarang hubungan antara Altantuya dan Najib.

Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda pada tahun 2006 untuk membayangi Altantuya ketika warga Mongolia itu berada di Malaysia.

Razak, kenalan rapat Najib, dituduh bersubahat dengan dua pegawai polis membunuh Altantuya. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.

Menurut Shamsul, SPRM tidak perlu mencipta pelbagai alasan bagi melengahkan kes tersebut sedang SPRM telah menerima surat daripada peguam Bala, Americk Sidhu.

“ Sepanjang pengetahuan saya, Americk Sidhu telah pun menulis surat bahawa beliau sedia membawa Bala dan sepatutnya perkara ini menuntut satu jawapan daripada SPRM. Dan bukannya komen sebegitu” tambahnya lagi.

Shamsul kesal kerana SPRM tidak mahu berdepan dengan Bala atau menyiasat dakwaannya terhadap pembabitan isteri Perdana Menteri Nazeem Razak dan penjual permaidani Deepak Jaikishnan.

“ Malah saya pertikai mengapa sehingga sekarang, saksi-saksi seperti Deepak, seperti Nazeem Razak dan Rosmah Mansor, kalau boleh kita gunakan kerana dalam CD tersebut namanya disebut, tetapi tidak dipanggil”.

Bala sebelum ini mendakwa beliau ditawarkan rasuah 5 juta ringgit dan diugut meninggalkan Malaysia selain menafikan Perdana menteri mempunyai sebarang hubungan dengan Perdana Menteri yang ketika itu menteri pertahanan


4 Responses to “SPRM Jangan Guna Alasan Lama”


  1. 1 dina Dec 30th, 2009 at 7:55 pm

    Janganlah kita hairan dengan SPRM yang tiada kekuatan sendiri untuk menjalankan amanah. Semua yang memimpin badan kerajaan telah diarahkan untuk mengikut telunjuk pemerintah.

    Semakin ramai yang telah buta mata dan buta hati. Terlalu jelas kepincangan jentera kerajaan ini. Orang yang tidak ke sekolah pun boleh menilai perkara ini.

    Perkara penting yang perlu dilakukan oleh rakyat semua ialh dengan menumpukan perhatian terhadap perubahan agar PR yang akan memerintah selepas PR 13 kelak.

    Semua rakyat bersatu hati dan kuatkan azam untuk bekerja dengan kuat merubah kerajaan BN kepada PR.

    Kumpulkan pemikir-pemikir hebat untuk merancang, implementasi serta mengumul maklumat perkembangan senasa rakyat mengenai pilihan mereka untuk kerajaan yang akan memerintah di masa hadapan.

    Bertindak dari sekarang dan saya yakin dan percaya rakyat inginkan perubahan dengan cara sukarela dan sanggup mengeluarkan wang ringgit sendiri demi pembangunan mereka di masa hadapan.

    Reply

  2. 2 kulub amrin Jan 2nd, 2010 at 4:51 pm

    Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih diatas ehsan pihak TVS (TVSelangro.com) diatas keizinan petikan berita dari TVS, TVS telah berjaya menjunjung nilai nilai RAKYAT!! semoga TVS terus kukuh dan tulin dalam berita yang dilaporkanya. TVS yang pernah dilabel oleh Rais Yatim sebagai TV haram kian meranduk usia yang hampir mejangkau setahun pada MAC 2010 nanti, diberitakan TVS akan megadakan Karnival sempena setahun pada MAC nanti. apa yang merisaukan terdapat seketul dua yang berhaluan kiri (fahaman UMNO BN) didalam TVS yang harus dipantau demi memastikan tidak berlakunya rencatan dalaman TVS, semoga Sdr Mohd Fauzi dipantau oleh pengurusan TVS. harap maklum.

    “dari rakyat untuk rakyat”

    Reply

  3. 3 minang Jan 7th, 2010 at 9:25 am

    SPERMA ni kerja untuk OKU je dah bebal nak buat mcm mana?

    Reply

  1. 1 Tweets that mention SPRM Jangan Guna Alasan Lama at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 30th, 2009 at 3:39 pm

Leave a Reply