Al Fatihah Buat Abdurrahman ‘Gus Dur’Wahid

30 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menerima khabar duka dari Indonesia tentang kembalinya ka rahmatullah Almarhum Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Gus Dur, mantan presiden Indonesia dan tokoh Islam yang tersohor.

Saya berkesempatan mengunjungi Almarhum di rumahnya bulan lalu dan juga di hospital. Meskipun beliau uzur, namun Almarhum kelihatan ceria dan prihatin bertanyakan ehwal saya dan Malaysia.

Persahabatan kami terjalin selama puluhan tahun. Almarhum selaku Presiden, menerima kunjungan Azizah di Istana Presiden sambil melahirkan simpati tatkala saya merengkok di rumah pasong Sungai Buloh.

Dua tahun lalu, Almarhum menyampaikan pidato khas dalam Kongres Keadilan di Seremban bersama Ibu Shinta. Beliau turut melapangkan masa tatkala kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas dan turut berkunjung ke rumah di Bukit Segambut.

Saya dan keluarga serta seluruh pimpinan Keadilan merakamkan ucapan takziah buat kaum keluarga Almarhum. Kami mendoakan agar ruh beliau dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan para solehin.

Al-Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site