Dari Mstar
Benarkah tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang MiG-29 yang bernilai ratusan juta ringgit tahun depan dipengaruhi ‘orang tengah’ yang bakal mengaut keuntungan hasil jual beli pesawat berkenaan
Itu persoalan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mempertikaikan pelupusan jet-jet yang berusia tidak sampai 20 tahun terbabit sedangkan India dan Rusia masih menggunakannya dalam tempoh lebih lama.
Bekas Perdana Menteri itu hairan bagaimana kerajaan mahu menggantikan pesawat pejuang pemintas itu dengan yang baru dalam keadaan ekonomi negara masih tidak menentu sekarang.
“Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta ringgit) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru,” tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini semalam.
Beliau mengulas keputusan kerajaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.
Ahmad Zahid memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.
Antara pesawat yang menjadi pertimbangan untuk menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.
Dr. Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya membaik pulih pesawat-pesawat berkenaan dengan menggunakan kepakaran Rusia dan India yang turut menggunakan pesawat pejuang yang sama jika tentera Udara Diaraja Malaysia (TUDM) tidak mempunyai kepakaran.
“Tak bolehkah kita baik pulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang,” tegasnya.
Kata beliau, banyak yang telah dibelanjakan untuk membeli dan menyelenggara jet-jet berkenaan, malah perbelanjaan akan bertambah jika kerajaan berhasrat membeli pesawat baru
“Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau lupuskan ratusan juta ringgit akan hilang,” jelas beliau.
Beliau berkata, walaupun pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat (AS) kononnya tahan lebih lama seperti pembelian FA-18 tetapi sebaliknya pembelian dengan negara itu tidak menguntungkan pertahanan Malaysia.
AS, kata Dr. Mahathir, mengenakan syarat yang sangat ketat sehinggakan pesawat FA-18 itu hanya boleh digunakan untuk pameran semata-mata.
“Mereka tidak beri source code yang mana ini mengehadkan kegunaan FA-18 untuk pameran sahaja,” ujar beliau.


















Ini hanya mengesahkan bahawa Najiblah sebenarnya pecacai Amerika…
http://anakperelihblog.blogspot.com/2009/12/pecacai-amerika-yang-sebenar-adalah.html
Reply
Buying and selling will only make those crony Richer and No one else…This is what we call Corruption At The Highest Level.
Time To Changed !
Reply
Apa yang jelas buata US memaqng bagus !! lihat Jet F 5 E Subsonic, telah digunakan hampir 40 tahun , lihat Nuri sebaya dengan Jet F 5 E masih berdaya tahan walaupun diguna secara padat dari zaman Komunus hingga ke zaman Ching Peng bersara!! tertapi NURI masih tidak bersara ini jelas Buatan US amat bermutu, cuma megalami kemalangan akibat cuaca dan muka bumi yang teruk (Sabah Serawak),
Lihat buata Negara lain? Pesawat Hawk sering kemalangan! sedangkan masih baru!! lihat MIG 29 masih baru tapi sudah nak di lucutkan akibat salah Perancangan Pembesar UMNO BN, Jelas pembelian senjata dilihat bukan pilihaqn ATM tertapi di monopoli oleh Pembesar UMNO BN.
Sebab Apa US kenakan syarat yang ketat? Mereka tudak mahu teknology persenjataan jatuh ke tangan para Penganas sebaqb itu mereka amat berhati hati, Bayangkan Enjin F 5 E telah hilang dari tangan kerajaan UMNO BN. ini amat menbinbangkan pihak pengeluar mereka telah menbangunkan Teknology tersebut dengan kos yang amat tinggi mereka tudak mahu Tek tersebut jatuh ketangan pesaing. ini cukup berbeza dangan Teknology Russia, tek Russia amat rendah russia kurang melakukan R&D kerana mereka kekurangan kewangan. lihat sahaja AK 47 dengan mudah di ciplak dan disadur di serata dunia. berbeza dengan Clot M16A model ini hanya boleh didapati dengan kebenaran Pentagon dan dewan senat untuk memastikan ianya tidak dijadikan bahan lambakan sebagai mana AK 47, apa bila jadi bahan lambakan maka harga akan jatuh, sebab apa senjata Russia murah sebab cukup mudah didapati dipasar malam (black market). Rasanya TDM suka guna jenama Cap Ayam kut, kenapa Rakyat harus dilindungi dengan senjata murah???? kalau gitu lagi baik UMNO BN beli Lastik !!! UMNO tak palah depa ada keris Rakyat ada apa???
Reply
Ini kerana pesawat2 pejuang di Malaysia di gunakan pada tahap maksimum. Pesawat2 tentera kita menjangkau usia 1000 jam penerbangan pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan negara2 Maju yang lain. Ini kerana kuantiti pesawat yang kita ada adalah kecil, oleh demikian ia sentiasa di terbangkan utk tujuan operasi, rondaan, latihan dan lain2.
Tidak hairanlah pesawat Malaysia perlu di tukar pada kadar yang lebih cepat banding negara lain kerana, Usia pesawat di kira melalui kerangkanya (Airframe). Enjin dan Avionik boleh ditukar. Tetapi Airframe hanya boleh di panjangkan jangka hayat untuk beberapa kali sahaja sebelum sampai tarikh luputnya(di kira ikut jam penerbangan).
Reply
EN Mohamad 3X, mai sini cepat!. hang patut tulih sesuatu pasal komen Tun nih!. Hang kalu tak komem mmg komporm BALACI UMNO pasai aku tengok time hang reply semua komen orang dari pukul 10am sampai pukul 6pm.
Depa dah lantik hang jadi editor provokasi ke kat blog anuar nih?
Reply
Saya setuju cadangan Tun Mahathir kerana atas alasan-alasan berikut:
i. Jika 1 hengen F5E teknologi 1968 berhanga RM 50 juta maksudnya 2 henjin jet tersebut dengan avionik dan airframe sekurang2nya berharga RM 150 juta. Jadi kos penyelenggaraan F18 sahaja sebuah busuk2 pun sudah dalam tangan RM 150 juta sebuah utk 1000 jam penerbangan atau 3 tahun (1jam terbang sehari) kosnya ialah RM 2.4B. Manakala penyelenggaraan untuk 16 buah pesawat MIG memerlukan perbelanjaan RM 258 juta setahun (statement Dr. Menteri Pertahanan), bermakna untuk 3 tahun dengan 1000jam penerbangan baru RM 774 juta.
2. Ada logiknya pesawat MIG 29 cepat perlu diselenggara kerana Malaysia adalah negara pengguna MIG 29 pertama yg menggunakan pesawat tersebut sehingga 1000 jam (buat macam teksi beb). same gak dengan Super lynx TLDM dah cecah 1000 jam dah dapat sijil pun LIMA 09 aritu, british pun belum sampai 1000 jam.
3. Nak kata pesawat Rusia tak tahan pun tak logik. Pesawat MIG 21 keluaran akhir 1960an pun masih boleh dipertingkatkan dan digunakan dengan negara2 bekas Eropah Timur sehingga hari ini.Mengikut pemerhatian pakar2 ketenteraan barat pesawat RUSIA adalah yang paling tahan lasak dan mudah diselenggara berbanding pesawat blok barat. Tapi Menteri Pertahanan kita kata susah dan mahal, jadi kalu susah buat apa beli dulu kan ke bengong tu!.
4. Dalam beberapa siri Latihan dengan Australia, F18 Australia telah banyak kali ditewaskan oleh Mig 29 TUDM dan ini bermaksud pesawat tersebut adalah setanding dengan F18. Sila lihat youtube type F/A-18 hornet vs Mig-29 Fulcrum (video US F18 lwn Mig 29 Malaysia – Lambang Tedug Selar pada ekor).
Dalam hal ni, saya sokong Tun Mahathir. Kalu nak ganti sangat kasi ganti NURI dulu, NURI lagi lama dan ramai dah panggil NURI ni sebagai KERANDA TERBANG!
Reply
Tak pa..Tak pa Tun…Malaysia Boleh! Jual MIG lagi baguih dapat duit. Nak repair dok buat apa? Tak dapat duit. Dia orang pun nak buat duit. Takkan TUN je…Slogan baru TUN sekarang ni ‘Malaysia Boleh Jual’…Enjin Jet dah jual…MiG tengah jual….Scorpene dok congak bila nak jual. Amacam Tun baguih tak Malaysia Boleh version 2?
Reply
Betultu,Jenama Amerika class dari Russia lindungilah rakyat dgn senjata yg qualitinya cukup hebat,kalau tak dpt beli yg mahal,pakai meriam buluh apa takut kita ada keris umno utk tindakan lawan musuh,wa caya mohamad kuali pemcacai najis tu boleh cabut keris…
Reply
eh mana si Mohamad senyap lak dia..bila bos dia komen macam ini…
Reply
Sebab apakah Pakatan Rakyat suka kontroversikan semua benda gamaknya? Semua perkara dikontroversikan meskipun tengah buat siasatan, tengah bicara, sudah diambil tindakan pun kontroversikan lagikah? Patutnya buatlah hal yang baik, macam acara sukankah, program gotong royongkah, membersihkan kampung atau taman perumahankah, pertandingan mewarnakah, hari keluargakah atau lain-lain perkar yang berfaedah. Ini tidak 24 jam asyik cari kelemahan orang saja, semua benda salah pada mata Pakatan Rakyat meskipun kesalahan sendiri buat-buat buta. Apalah jenis sikap sebegini? Pelik sunggguh, sebab itulah pembangunan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor terbengkalai, asyik dengan program ceramah maki hamun dan demontrasi saja, pembangunan untuk kesejahteraan rakyat entah ke mana lesapnya. Baru-baru ini di Selangor, balai raya untuk aktiviti penduduk pun dirobohkan sampai penduduk tak boleh membuat aktiviti seperti kelas memasak, menjahit, mengaji agama dan lain-lain. Kerajaan prihatinkah kalau begitu? Selama ini tuduh Barisan Nasional zalim, tapi tak pula kerajaan Barisan Nasional tutup Tadika PASTI (tadika parti PAS) di negeri-negeri tadbiran Barisan Nasional, tak pernah Barisan Nasional rampas markaz PAS, begitu juga tempat-tempat perjumpaan DAP dan PKR, tak pernah lagi Barisan Nasional rampas dan menggunakan pihak berkuasa tempatan mengambil alih tempat berkenaan. Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bertindak sedemikian, nanti kalaulah dapat berkuasa di peringkat pusat, akan berlaku penindasan terhadap ahli-ahli dan penyokong Barisan Nasional pula. Ketika ini pun dah nampak taring dan kuku mereka menggigit dan mencakar penduduk yang tidak sehaluan dengan mereka di negeri-negeri tadbiran mereka terutama di Selangor dan Pulau Pinang. Rakyat patut sedar sikap sebenar Pakatan Rakyat, mereka sebenarnya kuku besi dan penindas seperti rejim Bolshevik di Soviet Union dulu. Tapi sepanjang pentadbiran Barisan Nasional, rakyat hidup aman damai semua parti politik bebas bergerak, kalau Pakatan Rakyat berkuasa parti-parti politik yang tidak sehaluan akan ditekan seperti yang berlaku di Mesir dan Algeria yang bersikap keras terhadap pembangkang di sana. Tapi masa ini, majoriti rakyat masih bersama Barisan Nasional, sokongan makin kuat, harapan dan impian Pakatan Rakyat untuk berkuasa di Putrajaya akan menjadi mimpi ngeri buat mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, Barisan Nasional akan terus berkuasa kerana dasar-dasar pentadbiran yang baik dan berkualiti. Kepada Pakatan Rakyat, berubahlah, jangan berkelakuan rakus dan kuku besi lagi, cuba contohi sikap profesional Barisan Nasional, baru anda boleh menjadi pesaing Barisan Nasional, kalau anda masih bersikap seperti sekarang ini, anda akan menjadi melukut ditepi gantang sahaja pada pandangan rakyat. Kepada Barisan Nasional, tahniah, perbaiki segala kelemahan yang ada dengan sepenuh hati, singkirkan ahli politik murahan dan kakitangan awam perasuah, mereka inilah yang menconteng arang kepada Barisan Nasional. Semoga berjaya Barisan Nasional, anda harapan Malaysia ke arah Malaysia maju dan sejahtera. Sekian, terima kasih.
Reply
dina Reply:
December 30th, 2009 at 8:32 pm
betul ke en Mohamad…
Saya tengok aman damai dan bahagia semua penduduk di bawah Pakatan Rakyat. Tiada sebarang masalah yang timbul. Kita lihat negeri Kelantan walaupun dianaktirikan oleh kerajaan pusat, tetapi saya lihat rakyatnya aman dan bahagia malah semakin ramai yang kaya raya..berkat dari Illahi.
Malah semakin maju, semakin bersih dan sejuk sahaja hati saya bila di sana. Semakin ramai yang membuat rumah batu yang besar-besar. Malah keputusan peperiksaan yang terbaik adalah datangnya dari anak-anak Kelantan.
Walaupun jika diikutkan dari segi logik kemiskinan adalah Kelantan tetapi semakin hebat negeri Kelantan sekarang ini. Mungkin berkat di atas pentadbiran tanpa rasuah agaknya.
BN depan kita nampak baik, tetapi yang dia orang mengaut wang rakyat tuu tak nampak ke Mr Mohamad. Sekali lagi kita nyatakan rakyat bukannya bodoh untuk selama-lamanya. Macam en Mohamad
ni, berapalah agaknya kontrak atau imbuhan yang diperolehi…
Maka, banyak sangat kepincangan BN ni sebab itulah kita tidak henti-henti menyatakan perkara ini kerana tiada usaha untuk diakukan sesuatu…walaupun berbillion RM yang terlibat…masih lagi tiada orang atasan yang ditangkap atau meletakkan jawatan.
JAdi apa lagi cara yang rakyat boleh suarakan Mr Mohammad…melalui laungan-laungan, tulisan-tulisan kecil seperti ini, dan juga berterusan tanpa jemu. Hendak guna TV atau surat khabar, Mr Mohamad sedia maklumkan…
Jika kita tidak berjuang habis-habisan, maka pemimpin anda BN dan UMNO akan terperasan bagus sampai bila-bila.
Terlalu bodoh serta hina, kejap kenal kejap tak kenal…mintak pinjaman biasiswa terus dengan PM lah…ini semua logik ke Mr Mohamad. Rakyat tiada otak ke hendak memikirkan perkara yang sebegitu mudah untuk ditafsir.
Kita hendak harapkan Mahkamah, sudah jelas akan kepincangannya, SPRM? yang sepuluh sen dua puluh sen dia kejar sampai mati tetapi yang berbillion RM bodoh macam itu sahja. Kita hendak biarkan sahaja ke perkara ini.
Jadi bagaimana kita boleh merubah perkara besar seperti ini selain dari kita merubah, merombak, memilih serta menumbangkan kepimpinan bodoh BN serta UMNO ini dan kita pilihlah Pakatan Rakyat yang jelas tampak akan kewibawaan serta kecemerlangannya.
Maka, cukuplah Mr Mohamad menyatakan yang rakyat masih menyokong BN. Saya adalah rakyat, kawan-kawan saya adalah rakyat, keluarga saya adalah rakyat, jiran-jiran saya adalah rakyat, teman sekerja saya adalah rakyat, masyarakat sekitaran saya adalah rakyat dan semua rakyat-rakyat ini yang tiada kepentingan diri dengan BN atau UMNO semuanya telah bersatu hati untuk merubah kerajaan BN & UMNO ini kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Dalam Blog ini pun cuma pencacai UMNO/ BN seperti Mr Mohamad seorang sahaja lagi yang masih buta menyokong BN…tidak perasan ke?
Kami semua adalah rakyat yang inginkan perubahan terbaik untuk masa depan anak cucu di generasi akan datang. Kalau dibiarkan BN & UMNO ini berterusan memerintah, negara ini akan hancur lebur…di musnahkan oleh BN.
Terima kasih.
Terima kasih.
Reply
Pak Hj Ali unta Reply:
December 31st, 2009 at 1:03 pm
sdr Mohamad,
Saya tak kata menyebelahi dimana2 pihak,secara logiknya Kerajaan BN sememangnya baik selama 52tahun memerintah malaysia,banyak pembangunan infrutaktur yg dilaksanakan darisegi kebudayaan,sukan,penindustrian dan sosio ekonomi pun pesat,namun ada cacat cela yg kita rakyat biasa nampak namun tak ada kuasa nak tegur,merujuk jambatan mrr2,jambatan p.pinang,jambatan bangkok,jambatan labuan(seandainya diluluskan) dll yg menelan belanja beratus2 juta,ini duit rakyat dan kerajaan diamanahkan mentadbir,saya nak kongsi pendapat darisegi perlaksanaan urustadbir adakah perancangan nak membina disetuju kedua2 pihak iaitu kerajaan dan rakyat,ini membabitkan keselamatan/diut/ekonomi parliment akan meluluskan projek so tender dikeluarkan,Q-siapa yg meneliti kualiti pembinaan dari peringkat A-Z sehingga siap,adakah ianya benar2 kualiti,kebelakangan ini banyak masaalah timbul roboh stadiumlah,jalan retak,tanah runtuh dll adakah JKR selalu disalahkan dlm hal ini,munkin JKR tak cukup pegawai kelas has utk memantau keadaan sedemikian
Reply
Shift Reply:
January 1st, 2010 at 6:24 pm
Jangan Muhamad nak jadikan pegawai perkhidmatan awam sebagi kambing hitam, perangai perasuah ni mana datangnya kalau dari pemimpin UMNO, kalau pol;itik wang dianggap sebagai kesalahan tenikal, lama-kelamaan menjati ikutan ramai orang. Nasib baik pergerakan reformasi selama 10 tahun ini sebagai mengejutkan rakyat dari hayalan yang dimainkan oleh UMNO selama lebih 50 tahun. tiap kali ada projek pembngunan, kerajaan UM akan letak lebel “satu lagi projek kerajaan BN’ seolah-olah semua projek ini dibiayai dari poket ahli-ahli UMNO. Perangai kerajaan UMNO selama lebih 50 tahun tidak berubah, mereka meengemgam kuasa untuk memungut haisl cukai pendapatan dan cukai koprat dari semua negeri di Malaysia termasuk negeri-negeri di bawah PR yang menjadi penyumbang besar kepada dana negara. Masalahnya UMNO dan BN ini perangai seperti lanun, sepatutnya dana ini diserahkan kembali kepada negeri-negeri penyumbangnya di dalam jumlah yang berpatutan tanpa mengira mana parti yang menjadi kerajaan. Jadi jangan nak salahkan Pakatan Rakyat yang akan terus mengkritik kerajaan BN selagi hak mereka tidak dilayan supaya dengan dana yang mencukupi dapatlah pentadbir-pentadbir di bawah kerajaan PR ini meneruskan pembangunan dan perkhidmatan yang menjadi terlalu mahal kosnya akibat dari perbuatan kerajaan sebelumnya. Tenguk saja kerajaan PAS kelantan akan terus mempertahankan hak terhadap sumber dana dari royalti minyak yang dikebas oleh kerajan BN, kerajaan BN tidak pernah dapat menerima kenyataan dan realiti dari perubahan politik tanah air, tapi mereka masih berperangai seperti lanun. Kalau betul Najib nak membawa perubahan, perangai seperti ini mesti dihentikan. Kalau kerajaan BN kata hanya mereka mampu membawa pembangunan kerana mempunyai dana yang cukup, kerajaan PR di negeri di bawah pemerintahan mereka juga mampu melakukannya, sekiranya dana dari perbendaharaan kerajaan persekutuan di berikan secara sama rata kepada negeri-negeri penyumbangnya. Sekiranya ini berlaku, saya percaya segala politiking yang tidak reda sejak berakhirnya PR12 akan terhenti dengan segera.
Reply
Mohamad Reply:
January 4th, 2010 at 12:39 pm
Mana ada saya kambing hitamkan pihak perkhidmatan awam, anda semua yang suka mengkambing hitamkan perkhidmatan awam sebagai mana yang anda buat pada TUDM, PDRM dan SPRM serta mahkahmah. Berkenaan iklan projek, kalau kamu lihat di mana-mana pun syarikat perumahankah pun buat macam itu, kalau tak buat tak tahu pula hantu mana yang buat projek berkenaan. Sepatutnya Pakatan Rakyat yang perlu ubah sikap, sikap mereka sekarang ini tak akan membawa kita ke mana-mana. Seperti tajuk siktom popular tahun 1980an dan 1990an dulu “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”. Apakah kualiti yang anda lihat dalam pentadbiran Pakatan Rakyat, negeri-negeri tadbiran mereka tunggang langgang, teruklah Barisan Nasional nanti kerana terpaksa memperbetulkan tingkah laku tunggang langgan ini pada pilihanraya akan datang. Tapi sebagai parti yang berkualiti, ia akan dilaksanakan juga. Kita lihatlah nanti, di Pulau Pinang Lim Guan Eng akan digantikan oleh pemimpin Gerakan, di Kelantan Datuk Mustapa Mohamad akan ambil alih kerusi Menteri Besar, di Kedah, Datuk Ahmad Bashah mungkin calon yang sesuai, tapi Datuk Mukhriz juga berkelayakan juga, di Selangor, Dr. Amran Kasimin pun berkelayakan juga. Tak kisahlah apa pun, tetapi Barisan Nasional akan ambil alih semua negeri dalam pilihanraya akan datang dengan sokongan padu rakyat, Pakatan Rakyat akan tenggelam bersama si luncai dan labu-labunya. Sekian, terima kasih.
Reply
BUYI Reply:
January 1st, 2010 at 7:38 pm
Adoi yai……, apo ko dungu na ko ni Mohamad. Yg kecoh2 pasal nak jual MIG 29 si Dr. tu! dan yang komen habis2an dalam forum ini POMOMPIN DIHATI EN MOHAMAD!. Kes siasatan tu kes HINJEN F5E hilang, dalam ni coriti nak JUAL MIG 29. Hang ni tau membaca tak Mohammad oooiii……………
Ko tulis sepatutnya ko gasak Tun Mahathir, pasai dia yg komen marah jual MIG 29, ni tak PR lak yg kena. Kalu ANAK JANTAN ko balun Tun Mahathir tengok untuk defend Najib ngan Dr.(???) Zahid kat sini tengok.
Reply
shift Reply:
January 3rd, 2010 at 11:40 am
Kiranya Muhamad ini graduan siber UMNO, tapi yang melatihnya mempunyai akal singkat, akal graduannya lagi singkat.
Reply
ah haha…lucu en mohamad ni…(kept laughing till gone mad)
Reply
Mohamad Reply:
December 30th, 2009 at 2:53 pm
You are right, Mr. Ezanee, laughing till gone mad. Are you already crazy or not yet Mr. Ezanee? I hope before you become crazy, you should stop laughing till gone mad before you become a mad person. Thank you.
Reply
ezanee Reply:
December 30th, 2009 at 10:10 pm
oh..can write in english, your a genius..kakaka..im mad oledi kakaka..crazy to merapu to a guy like u wakaka(warning:please read while laughing..giggle – not allowed)..teruk we all kena belasah kat mohamad yang know-all and holier than thou kakaka…anyway which dictionary u used, the one with malay translation is it
Reply
memangtakpandai Reply:
January 1st, 2010 at 2:22 am
Aku pon nak tergelak he..he..hee pagi pagi buta ni…Yang keluarkan statement MIG ni si Zahid orang kuat UMNO…bila PR terbabit?…Amacam Hari Keluarga hari tu En. Mohamad?…ha…ha…betul kata kau ezanee LOL..with this UMNO joker name ‘Mohamad’.
Jet pejuang juga macam kereta F1 cuma ada beberapa kelebihan iaitu ada sistem pendawaian elektrik, digital sistem, mekanikal sistem seperti enjin, minyak, air, kuasa jet, sistem hidrolik, sayap, tayar dan lain-lain komponen elektronik. Yang menghairankan dimanakah alat yang selalu mengalami kehausan kalau pesawatpun jarang diterbangkan kecuali untuk latihan. Jadi dimanakah punca yang mneybabkan perbelanjaan sehingga sekitar RM 200 juta setahun kos penyelenggaraannya. Tentu ada buku log penyenggaraan yang menunjukkan kekerapan pesawat perlu dibaikpulih atau diselenggarakan. Atau ada udang disebalik batu. Fikir-fikirkanlah!!!
Reply
Raven Reply:
December 31st, 2009 at 2:10 pm
@ Broarm
Bukan kelebihan yang ada pada Pesawat pejuang dengan F1 sperti saudara katakan. Jauh beza dan jauh lebih banyak teknologi “State of the art” yang terkandung dalam sebuah pesawat pejuang moden.
Oleh kerana bilangan Pesawat Pejuang yang kurang di Malaysia, Pesawat Pejuang Malaysia di antara Pesawat yang paling kerap di gunakan. Sebab itu kerap di hantar utk penyelengaraan dan akhirnya perlu di ganti lebih cepat jika dibanding dengan negara lain.
Tetapi soal kos penyelengaraan itu perlu di persoal dan di siasat. Kerana ia di kendalikan oleh Firma pertahanan tempatan yang pada kebiasaanya akan “Overcharge”.
Reply
mohamad..mohamad (sambil mengucap 4x)..bilo kao nak insaf ni nak ooi..seluruh kaum keluarga kita termasuk jiran2 tetangga semuanya menyokong pakatan rakyat cuma engkau ni saja yang degil keras kepala (sambil mengetuk kepala mohamad dengan kuat sekali ‘pang’ pang’…dengan buntut kawah kenduri). Kenapa engkau jadi macam ni mohamad..?? nak jadi ahli parlimen BN ker..toksah mimpi la mohamad..gadis idaman kau si zizi ezzete tu pun dah kawin dah..dengan datuk bung mokhtar. dia takkan pilih orang macam kau mohamad. Mari lah ikut kami mohamad..pilih pakatan rakyat.
Reply
ezanee Reply:
January 1st, 2010 at 3:31 pm
wkakakakaka lucu sungguh tak terjawab si mohamad buku teks tu…
Reply
Mohamad Reply:
January 4th, 2010 at 12:41 pm
Sudah tak ada modal nak hentam saya lagikah, patutnya anda berhujah dan berbincang dengan berhemah, bukannya bertindak merapu sebegini, inilah yang dikatakan kalau guru kencing berdiri murid kencing berlari, anda telah dijangkiti penyakit ini. Muhasabahlah diri, sekian, terima kasih.
Reply
Ini la pemikiran rakyat Malaysia.
Always talking without thinking first..
Tak ker menggamarkan kebodohan diri sendiri
Politic is not standing on itself..
Related dengan semua baik dari segi kewangan, kebajikan, pendidikan, ekonomi apatah lagi pertahanan negara…
Dan semua itu didasari oleh Islam tu sendiri.
Dalam Islam, kita pon tak disuruh terima satu bende tu bulat2
Tapi at least stadi la dulu topik2 yang kite bace.
Ni nak hentam semborono jer..
Tu yang relate plak ngan emosi..
Dok ckp hentam pakatan rkyat cari salah la.. kaut duit la bla..bla..bla..
Paham ker isu yang dibangkitkan tuh..
Kalo tk tau.. or tak faham dengan jelas n mendalam.. or takder ilmu…
tak perlu la nak melalut2…
Blog ni pada saya bukan lebih bersifat politik semata2
As a student,
saya melihat blog ni sebagai perkongsian ilmu
kurang2 melatih kita menuju ke arah minda kelas satu
Saya lebih suke kalo comment kat cni lebih bersifat ilmiah.
Saya lebih suka org yang paham n arif
menjelaskan isu2 yang berbangkit supaya kita sama2 faham
tak semua arif n minat dalam fighter engineering
so lebih baik kita guna blog ni sebagai medan ilmu.
medium untuk kita sama2 meluaskan pengetahuan
disamping menyelitkan unsur2 politik
saya rasa itu bukan satu kesalahan
becoz kita berbicara soal negara
Yang tak patut bile kita lari topik
Wallahua’lam
Reply
Nampaknya Kementerian Pertahanan sudah jadi ibu rasuah, sejak Najib menjadi bapaknya. Jet F5-E ni tiada pernah bebas dari rasuh sejak dari peringkat pembelian. Kalau engin dah hilang, mana pergi badan-badannya pula, minyak, tayar dsb. Bila menterinya sudah dikaitkan dengan rasuah, macam mana nak mengajar orang-orang di bawah dari kakitangan tentera hingga yang bertaraf awam. Bapak borek, isteri gambang, anak-anak rintik.
Reply
Mohamad Reply:
January 4th, 2010 at 12:47 pm
Pada pandangan kamu, semua berkaitan dengan kerajaan adalah rasuah, zalim, jahat dan macam-macam lagi, tapi kalau berkaitan dengan Pakatan Rakyat, kacau operasi pihak berkuasa pun boleh jadi mulia lagi, halang kuatkuasakan haramkan judi dan arak pun mulia juga, robohkan pusat kegiatan penduduk dan rampas balai raya pun adalah sikap mulia kelas tertinggi bagi ada. Inilah pemikiran anda sudah kritikal, kalau dicuci dengan febreeze, sabun cuci Dynamo, dicampur klorok dan pelembut downy serta soflan pun mungkin susah nak hilangkan lagi keterukan pemikiran anda. Anda mungkin boleh sedar bila anda sudah menerima tempias dan balasan buruk atas sikap tolol anda ini, baru anda boleh sedar. Sekian, terima kasih.
Reply
Nampaknya Kementerian Pertahanan sudah jadi ibu rasuah, sejak Najib menjadi bapaknya. Jet F5-E ni tiada pernah bebas dari rasuh sejak dari peringkat pembelian. Kalau engin dah hilang, mana pergi badan-badannya pula, minyak, tayar dsb. Kalau siapa yang masih ingat, tahun 1979 dulu, pembelian mee meggi pun jadi bahan rasuah, 5 tahun selepas kes rasuah jet F5-E. Bila menterinya sudah dikaitkan dengan rasuah, macam mana nak mengajar orang-orang di bawah dari kakitangan tentera hingga yang bertaraf awam. Bapak borek, isteri gambang, anak-anak rintik.
Reply
bila lagi lanun2 ni nak rompak duit rakyat klu bukan skrg bab diaorang dah tau pru13 nanti tetap tumbang so blh rompak habis-habisan macam ayam katek 2,lepas tumbang d pru13 nanti lanun2 ni lari keluar negara utk melarikan diri dari d tahan oleh sprm pakatan rakyat mungkin ke somalia jadi lanun d laut
Reply
shift Reply:
January 5th, 2010 at 11:21 pm
Ai say Beb End, berapa banyak dah lanun PR boleh merompak dalam masa tak sampai 5 tahun dengan tidak terkira banyaknya lanun UMNO merompak selama lebih 50 tahun. Sebab tu mamak Mahathir kata sampai sekarang orang Melayu terpaksa berjalan dengan tongkat, kaki orang Melayu pun dah dirompak oleh UMNO.
Reply
sof Reply:
January 6th, 2010 at 7:56 pm
Ini adalah kata-kata nista yang paling bodoh!
Reply
shift Reply:
January 5th, 2010 at 11:21 pm
Ai say Beb End, berapa banyak dah lanun PR boleh merompak dalam masa tak sampai 5 tahun dengan tidak terkira banyaknya lanun UMNO merompak selama lebih 50 tahun. Sebab tu mamak Mahathir kata sampai sekarang orang Melayu terpaksa berjalan dengan tongkat, kaki orang Melayu pun dah dirompak oleh UMNO.
Reply
SOF Reply:
January 10th, 2010 at 8:26 pm
Yang saya tahu jangan-jangan SHIFT sendiri seorang perompak tak?
Reply
bukan saja kaki org melayu tapi kerusi roda pun d rompak supaya org melayu tdk blh berjalan utk kejar lanun2 umno
Reply
Mig 29 adalah pesawat pejuang yang agak ampuh..Ini membuktikan Russia juga berkemampuan dalan menghasilkan pesawat pejuang yg mampu menandingi pesawat barat..Sayang sekali perkhidmatan Mig akan di tamatkan..Rasenye pesawat-pesawat tersebut blh diupgrade dr segi radar, sistem navigasi ataupun persenjataan..Pembelian pesawat Mig 29N oleh malaysia pd thn 1993, sekaligus mengangkat martabat kita sebagai sebuah angkatan udara yg disegani..Malah turut menimbulkan kebimbangan dikalangan negara serantau terutamanya Singapura dengan kehadiran Mig 29..Faktor kos memang menjadi masalah, namun bagi isu keselamatan negara, wang sepatutnya tidak menjadi isu..pembelian Mig 29 bukan satu pembaziran, tetapi ia merupakan satu sistem persenjataan yg unggul..
Reply