29
Dec
09

Malaysia Model Negara Islam Progresif?

Dari Harakah

Oleh Abdul Aziz Mustafa

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bersetuju dengan dakwaan Menteri Luar bahawa Malaysia adalah negara Islam progresif namun ianya wajar dilihat lebih mendalam dari sudut hakikat sebenar.

Mengulas dakwaan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain, Mahfuz berkata, perkara itu dinanti-nantikan.

“Kita juga ternanti-nanti negara membangun mana yang beria-ia hendak mencontohi Malaysia memandangkan Malaysia kini semakin hebat pada tempat ke 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) setelah berada pada tempat ke 47 dalam tahun 2008,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada negara yang akan mengambil Malaysia sebagai negara contoh yang progresif melindungi perasuah malah mencalonkan perasuah dalam pilihan raya.

Mahfuz yakin negara-negara membangun yang mencari-cari model yang wajar dicontohi tidak lupa kenyataan Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa politik wang “bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini”.

“Bukan sahaja melindungi rasuah malah menyediakan ruang-ruang untuk amalan rasuah seperti tender runding terus,” kata beliau.

Malaysia juga, katanya, boleh mengemukakan apa yang berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) sebagai model runding terus yang progresif dan wajar dicontohi.

“Keengganan kerajaan Najib menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ juga boleh dijadikan model progresif yang wajar dicontohi,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Malah lebih dari semuanya, kata beliau lagi, Malaysia juga mempunyai parti pemerintah, iaitu Umno, yang boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi apabila bekas presiden parti itu sendiri menyatakan “Umno sudah jadi parti perasuah”.

“Malah, Dr Mahathir juga menceritakan bahawa seorang bekas pemimpin kanan parti itu menyifatkan ‘Umno busuk hingga ke ususnya’. Semua itu boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi,” kata Mahfuz.

Cara para pemimpin Malaysia menangani tuduhan terhadap mereka juga boleh menjadi model progresif yang wajar dicontohi, katanya.

Walaupun dakwaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam begitu terperinci dalam mengaitkan Najib dan keluarganya dengan Altantuya, katanya lagi, tetapi mereka memperlihatkan sikap yang begitu selamba.

“Najib menyifatkan dakwaan yang begitu terperinci itu sebagai semberono, adiknya (Datuk Mohamed) Nazim (Razak) pula berkata ‘tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap’ dan yang paling hebat ialah isteri Najib, (Datin Seri) Rosmah (Mansor) berkata ’saya tidak ada masa untuk melayan mereka’.

“Memang benar-benar model negara Islam progresif yang wajar dicontohi,” kata Mahfuz.


33 Responses to “Malaysia Model Negara Islam Progresif?”


  1. 1 diBawahBayu Dec 29th, 2009 at 6:33 pm

    Assalamu’alaikum wbt.

    MODEL NEGARA ISLAM PROGRESIF??? Terus terang saja bila Malaysia disebut sebagai model, rasa jijik dan geli hati pun ada. Model apa…??? Kelapa sawit mungkin boleh… Bandaraya dan hartanah…???, mana kita boleh lawan Dubai. Politik…??? Hampeh…!!! Demokrasi ala Malaysia, boleh ada pembangkang tapi semua pembangkang dianggap salah, jumud dll seumpamanya. Boleh jadi pembangkang tapi harus jadi pak turut.

    Perkara yang paling saya tak suka dengan ialah bila menyentuh soal-soal agama, pembinaan insan (khususnya ahklak), peningkatan kualiti hidup dan pembelaan masyarakat terpinggir.

    Kita lihat sahaja soal agama – hukum Allah dianggap zalim untuk manusia – inilah kebuduhan UMNO yang paling nyata. Apabila tudung menjadi isu dan yang mengulas ialah wanita / puteri umno yang tak bertudung – palui betul. Langsung tiada rasa berdosa bila memperlekehkan hukum Allah.

    Apa yang berlaku bila pemimpin memperlekehkan hukum Allah…??? Lihat sajalah apa perlaku kepada remaja-remaja malah orang dewasa di Malaysia. Hilang identitinya. Nak kata Islam, tapi penampilan macam Yahudi…!!! Yang bergelar nenek berambut merah, baju dan seluat ketat macam p*****r. Negara Islam apakah kita…??? Geli hati aku. Paling malang lagi apabila tiada kesungguhan untuk menyelesaikan masalah akhlak di kalangan rakyat.

    Rakyat terpinggir selalu menjadi mangsa. Bila dibagi pilihan antara “tauke” dengan rakyat maka mereka (umno) lebih rela mencium bontot tauke daripada membantu yang rakyat terpinggir. Seringkali rakyat menjadi mangsa – tanah tergadai, hak dinafikan, diperbodohkan dll. Entah apa nak jadi dengan Malaysia ni…

    Wassalam.

    Reply

    kublai khan Reply:

    Bukan Negara Islam tetapi negara Selam ! sebab beli Kapal selam tidak ada akad!! ikut cara Inggeris!!

    Reply

  2. 2 DEMO!!! DEMO!!! Dec 29th, 2009 at 8:33 pm

    APECER MBPJ ROBOH DEWAN MENGAJI????!!!!

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Ini lah bahana apa bila banyak orang UMNO dalam PBT dan GLC Selangor.

    Khalid tolong lakukan pembersihan orang UMNO dalam PBTT dan GLC Negeri Selangor.

    Reply

    Mohamad Reply:

    politik balas dendam namanya itu, inilah sikap sebenar Pakatan Rakyat. Apa nanti semua penyokong Barisan Nasional akan dibuang negara kerana takut Barisan Nasional menang pilihanraya lagi selepas Pakatan Rakyat berkuasa. Mungkin nasib Barisan Nasional akan seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir dan penyokong Barisan Nasional akan menerima nasib seperti orang Kurdis di Turki yang ditindas sewenang-wenangnya. Buatlah pembersihan berkenaan, naikkan lebih ramai ahli politik DAP dalam kerajan Selangor, lepas tu tekan orang melayu cukup-cukup supaya tidak mampu melawan lagi. Boneka DAP. Sekian, terima kasih.

    Reply

  3. 3 kba Dec 30th, 2009 at 12:10 am

    Sememangnya Malaysia negara Islam yang progresif dari kacamata negara Arab Saudi. Negara-negara Arab tidak melihat rasuah suatu kecacatan kepada pentadbiran/kerajaan. Bagi mereka itu amalan biasa, hanya ianya tidak digambarkan sebagai rasuah di Negara-Negara sendiri, tetapi yuran perkhidmatan (service fee). Ini yang mengelirukan dunia. Kerajaan Arab berdasarkan budaya Arab. Jauh bezanya dengan ciri-ciri keIslamannya.

    Reply

  4. 4 Lembing tumpul Dec 30th, 2009 at 2:38 am

    Yang Model Progresif rasuah,baik dah tu utk senang hati aje contohlah wajarlah kita ikut swing mereka sebab rakyat tak boleh cakap dah,ikut je umno bn buat…..

    Reply

  5. 5 Anak Tok Ayah Dec 30th, 2009 at 11:20 am

    Nak jadi Islam, perlu pegang dan praktik Tuntutan Syahadah ! Negara Malaysia, tak betul Syahadah ! Pelik sikit bunyinye kalu asyik ‘dabik dada’ kononnya Islam tapi pilih-pilih mengamalkan Islam.

    Kena pikir panjang sikit !

    Reply

  6. 6 Mohamad Dec 30th, 2009 at 12:21 pm

    Kepada En. Anak Tok Ayah, bapa anda Tok Ayah ranting mana? Mana ada amal Islam pilih-pilih dalam pentadbiran kerajaan, kalau benda salah dihukum benda baik disokong. Pengamalan Islam di Malaysia adalah lebih baik di Malaysia jika dibandingkan dengan negara jiran kita yang terlalu longgar hinggakan kes murtad di sana berleluasa, malah kahwin lain agama pun boleh. Tapi di Malaysia tidak sebegitu, aktiviti murtad ditentang habis-habisan, malahan dalam enakmen syariah negeri dan dalam perlembagaan negara menghalang penyebaran dakyah agama lain selain dari Islam kepada orang Melayu dan Islam dari bangsa lain, malahan adalah menjadi kesalahan jika mengedarkan risalah atau ceramah untuk mempengaruhi orang Islam menyertai agama lain. Ini adalah jelas dalam negara kita. Malahan bagi orang Melayu yang telah murtad, beliau kehilangan semua keistimewaan sebagai bumiputera mengikut undang-undang, malahan mereka tidak diiktiraf sebagai orang Melayu lagi, kerana telah menjadi pegangan turun temuran dan menjadi peraturan di Malaysia bahawa agama bagi sesorang Melayu itu mestilah Islam dan tidak boleh agama lain, sebab itulah orang Melayu Kristian di Filipina tidak dipanggil Melayu tetapi dipanggi Filipino atau Mestizo (campuran Sepanyol dan Filipino). Mereka bukan orang Melayu lagi kerana telah melanggar peraturan Melayu itu sendiri iaitu mesti beragama Islam. Ini adalah pegangan turun temurun orang-orang Melayu sejak beratus tahun dahulu terutama sekali di Malaysia.

    Bermacam-macam pembangunan Islam diadakan di Malaysia dari segi pendidikan, perniagaan, perbankan, hiburan, riadah dan lain-lain lagi. Anda perlu lihat dengan realiti, bukan dengan mata hati yang penuh perasaan dengki dan iri hati. Lihatlah dengan jujur dan ikhlas baru boleh lihat perkara sebenar. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Anak Tok Ayah Reply:

    One Question : Apa Hukum Tertinggi yang diguna pakai dalam Malaysia, Mohammad ? Hukum-Hakam Manusia lebih hebat ke daripada Hukum Tuhan ?

    Islam Lebih Tinggi dan tidak ada yang lebih Tinggi daripadanya. Melayu itu bangsa ! Islam itu Panduan Hidup Sempurna daripada Tuhan.

    Sayid Qutb pesan : Nak Islam ambil semua. Jika tidak, tinggalkan semua ! Tolong hentikan hujah keliru anda ! Tuhan menilai ‘kemuliaan’ berdasarkan ketinggi Iman. Erti Iman, Allah dan Rosul lebih dicintai daripada segala-gala !

    Lord Ridg Tu Tuhan ke ?

    Reply

    Mohamad Reply:

    Mana ada Lord Ridg itu saya kata tuhan, memandai betullah kamu ini. Tak pernah kerajaan kata hukum Islam itu teruk dan tak guna, cuma bila kita nak laksanakan pemakaiannya kita mesti pada masa yang sesuai, akan tiba masanya nanti kalau sama-sama berusaha dan bukannya nak bertelagah tak bertempat dan tak sabar-sabar sangat. Mana ada Islam separuh-separuh, semua yang Islam, semua kita ambil. Tapi dalam hukum Islam sendiri ada hudud dan qisas, boleh pilih mana yang lebih sesuai mengikut keadaan, bukannya tak boleh langsung qisas dan kena ambil hudud juga dalam sistem perundangan, Datuk Seri Hadi Awang sendir pernah kata berkenaan hal ini dulu. Anda pergi tanya beliau semula kalau tak puas hati. Apa ingat kalau Pakatan Rakyat dapat kuasai Putrajaya, senang-senang hatikah DAP dan golongan bukan Islam dalam PKR nak setuju dengan negara Islam PAS, ada seorang pemimpin tinggi dalam DAP pada awal dekad 1990an pernah kata, langkah mayat beliau dulu sebelum buat negara Islam. Tak tahulah samada anda sudah lahir atau belum masa itu, mungkin anda masih bayi lagi kot? Anda lihat di Selangor, undang-undang untuk haramkan arak dan judi di Shah Alam pun selepas tentangan DAP, terutama ADUN Pandamaran, pimpinan pusat PAS termasuk Mursyidul Am terus paksa Pesuruhjaya PAS Selangor, Y.B. Hassan Ali tutup mulut, malahan kegiatan Y.B. Hassan sentiasa dipantau supaya tidak bertentangan dengan kehendak DAP. Apa ini, kalau ini pun tak boleh buat, macam mana nak buat di seluruh Malaysia, buat lawaklah anda ini, anda yang sepatutnya pergi masuk Gelanggang Raja Lawak bersama En. Kenny, En. Hj. Mokhtar, En. Publicboyz, En. Lembing Tumpul, En. Ezanee, En. Jamilkucing, En. Memangtakpandai, En. Demo!! Demo!!, Saudari Suri, En. Wan Simunjan dan lain-lain, buat sketsa berkaitan kes arak dan judi di Shah Alam, mana tahu kot-kot boleh jadi johan. Sekian, terima kasih.

    Reply

    zamy Reply:

    mohamad…mohamad….mmg semua undang2 tu ade tapi itu hanyelah political cosmetic je…..atau lain kate…..ludah yg keluar dulu…dijilat balik…..dulu kate pAS gune Islam utk politik ttp sekarang Umno pulak gune……Pas gune Islam utk politik dia buat betul2…istaqamah…..yg umno pulak..saje2 nak tunjuk dia guna islam ttp..atas paper je…..spt sy kate diatas…cosmetic je….
    cthnye…..hukuman sebat kpd model indonesia TU…SAMPAI SEKARANG…..tangguh2….ade yg kate tak payah…sbb hak asasi…..hak asasi kpd hotak die…..itu undang2 Allah…..ttg tutup aurat…Allah telah berfirman….Jgn kamu dekati zina…..kalu kita huraikan dgn terperinci…ia termasuk menutup aurat( benar2 bertudung bkn bertudung ikut fesyen)….menutup aurat adalah salahsatu perkara yg termasuk dar senarai perkara yg mencegah dari pendekatan melakukan zina…cuba kaji dan selidik…….ape die zina….zina adelah persetubuhan haram (memasukkan alat kelamin lelaki kedlm alat kelamin perempuan secara haram)…..mengape terjadi zina…sbb hawa nafsu telah di’trigger’ oleh2 perkara yg menyebabkan die ‘trigger’…..zina…ade secara rela dan secara paksa….secara pakse itu dinamekan rogol…..jadi perkare2 yg mentriggerkan hawa nafsu tu dikatekan perkare2 yg menyebabkan berlakunye zina….cthnye…menonton video lucah…pergaulan bebas…..tak menutup aurat….(spt sekarang ade yg bertudung ttp ade aurat lain yg terbuke)….itu sbb Allah menyuruh jgn hampiri zina….iaitu jgn melakukan perkare2 yg membuat kite terjerumus kpd zina……..iaitu suatu pencegahan…..elok mencegah dari mengubati……cth sekarng byk kes2 rogol……itulah punce2nye sbb kita tak mengikut firman Allah…..”JGN KAMU DEKATI ZINA”……

    Reply

    farid Reply:

    Dah terang lagi bersuluh.. harap anda faham maksudnya.

    Reply

    farid Reply:

    sy rasa semangat perkauman en mohamad sgt menebal melebihi islam. Tahukah saudara perkara murtad sgt berleluasa di kalangan melayu muslim? Cuma di media pro BN shj yg tidak menyiarkannya. Sudahlah en mohamad, buka mata dan hati anda. Berfikirlah..

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En. Mohamad ni dah melalut ke murtad pulak…orang cerita pasal Islam di Malaysia. Yang negara lain tu dia punya pasal la..kalau nak ikut standard islam ikutla negara Saudi tu…Ini melalut ke Filipina la..negara kafir nak dijadikan pedoman buat hapa..Inilah mentaliti penyokong UMNO. Kang nanti pentadbiran negara sekarang dia kata bagus compare to Zimbabwe…nak tergelak pon ada..

    Reply

  7. 7 ezanee Dec 30th, 2009 at 12:34 pm

    haha…mohamad lagi…interesting…haha haha(kept laughing till death – sigh…lastly got some comedy feeds here) aku terhibur baca tulisan tak tentu hala mohamad kaka…

    Reply

  8. 8 ezanee Dec 30th, 2009 at 12:36 pm

    aku tak de keje hari ni mohamad….terbaca komen mu disana sini aku yang tak pernah menulis ni pun rasa nak menulis…sah mu pelawak nombor 1 malaysia…kakaka( laugh again and again)

    Reply

    Mohamad Reply:

    Ikut suka andalah En. Ezanee, anda nak jadi apa pun, saya tak rugi atau tak untung apa-apa pun. Saya akan terus menentang Pakatan Rakyat jika perkara yang bukan-bukan dibangkitkan secara tidak jujur hingga menyebabkan rakyat berpecah belah dan mengancam keselamtan negara. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kesian kamu, tak pernah menulis, sekolah kamu dulu pakai komputerkah sampai tak perlu menulis? Saya lagi lawak baca tulisan kamu ini, nak pujuk diri sebab tak dapat pertahankan Pakatan Rakyat lagi. Hakikat sebenar telah ada, terima sajalah, ubah diri, Pakatan Rakyatkah, Barisan Nasionalkah, siapa yang lebih rasional dan berwawasan dan bersikap betul dalam pentadbiran, akan disokong, tapi kalau bersikap merapu tak bertempat, siapa pun tak mahu. Sekian, terima kasih.

    Reply

    ezanee Reply:

    oh..kesian aku, hahaha..lawak sungguh, sebijik kena kat muka aku..nok ssuko sunggoh, kakaka.

    Reply

  9. 9 benar Dec 30th, 2009 at 1:58 pm

    bodoh punye mohamad..ko nak bodoh, sorang2 la..jgn nak membodohkan orang yg cerdik. orang gelak kat ko je. muahahahahahaha

    Reply

  10. 10 maw Dec 30th, 2009 at 7:02 pm

    tak tahu pulak malaysia negara model islam,siapa bagi tauliah?datuk sri anifah ni ada ke tauliah nak bercakap bagi pihak negara saudi ni?.dulu anak raja telah memberi tauliah satu juta pada wanita tersohor atas keterjumpaan barang anak raja dalam kapal anak raja.semacam ada kelangsongan pulak pada datuk sri yang malap ni.

    Reply

  11. 11 abe Dec 30th, 2009 at 10:38 pm

    Kesian pak mat tempe,dahlah bini pekak dirinya sendiri pengidap pekak badak.untuk masuk syurga tuhan hanya pilih orang muslim yang beriman dan beramal soleh sahaja.kalu setakat islam sahaja tanpa iman dan amal dan ihsan tengok dari jauh je syurga bila kiamat nanti.apa lagi setakat melayu,lagilah layu.islam bukan untuk tempelan je.islam merangkumi semua perkara.islam ajar umat dari sekecil-kecil perkara hingga yang sebesar-besar perkara.dari perkara yang dibuat dalam tandas sampai dalam kelambu.marilah kita sama-sama jadi manusia islam yang benar-benar tuhan akan bagi ganjaran dan rahmat…aamiiiiin

    Reply

  12. 12 masihjahil Dec 30th, 2009 at 10:43 pm

    salams to all..

    jangan dilayan si Mohamad ni..namenye je Mohamad tp keperibadiannya tak melambangkan keagungan nama tersebut..tp sblum tu kita uji Mohamad ni dgn soklan cepumas..mengapa kerajaan Be.End tidak mahu mlaksanakan hukum hudud?..sedangkan,dlm al-Quran sendiri mngatakan,yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir. (Al-Maidah: 44)..kita tgok sejauh mana en Mohamad ingin menentang hukum Allah kerana ini adalah kata2 dari Allah bukannya Tuan Guru Nik Aziz..silakan en Mohamad..

    Reply

  13. 13 suri Dec 30th, 2009 at 11:01 pm

    mohamad saya tidak tahu apa lagi nak ckp dengan kamu ni…

    di cakap bodoh sudah palui pun sudah tapi tidak mahu keluar dari sini juga..kalau kamu nak popular pergilah daftar ujibakat mana2 program realiti…kalau nak popular & nak berjuang dlm poltik pergilah jadi calon kawasan kamu…sanalah gelanggang sebenar kalau nak sedarkan orang tentang kebenaran hakiki bukan dlm blog …saya geram tau ada orang bodoh sombong terlebih pintar tapi otak kosong….kamu berani cakap tapi kamu dayus x berani perkenalkan diri..buat apa pintar bercakap tapi takut menerima kenyataan…bagi tahu saya kamu orang sabah sebelah mana??……saya perkenalkan diri suri dayang hj.said berasal dari beaufort ,sabah dan kini menetap di kota kinabalu…ini alamat rumah saya lot 28,lorong kelingking,taman antarabangsa, likas….sahut cabaran saya ..kalau awak mohamad di pihak yang benar sila perkenalkan diri…jumpa kalau berani x payah susah2 nak taip di komputer,,,kita semuka kalau itu lebih baik.

    kamu tahukah apa yg kamu cakapkan tu semuanya menunjukkan yg kamu ni kurang pengetahuan..belajar lah minat suka membaca…kalau luas pembacaan luas juga ilmu kita dapat..orang yg berilmu bila berfikir secara mendalam dia akan buat penilaian yang tepat….tentang islam di Malaysia..tolong kaji betul2..tahu kah awak kerajaan merahsiakan jumlah orang melayu yg murtad di malaysia…buat apa di perkenalkan banyak sistem tapi x mampu menangani situasi yg di kira gawat……awak tak pernah dengar kes lina joy..x pernah awak dengar bekas pelayar negara telah murtad keluar islam…ini antara kes2 yg pernah menggemparkan malaysia sebelum ini..belum lagi yg kita x nampak…tak sedarkah para mubaligh kristian dari eropah kini semakin ramai datang ke sabah..ini sabah saya x tahu kalau di semenanjung dan sarawak bagaimana keadaanya…rumah saya pernah di ketuk oleh mubaligh kristian dari britain semata2 nak berdakwah…peliknya kenapa di negara kita ..orang2 kita x ingin berdakwah seperti mereka????..nak harap tabligh je menegtuk rumah itupun yang masuk tabligh bukannya ramai pun..

    itu soal murtad belum lagi masyarakat yg tahi judi…nombor ekor…minum arak..berzina..jadi gay..jadi lesbian..buang anak di sungai…sumbang mahram..bunuh orang..mencuri…rasuah…merogol..menagih dadah…mengedar dadah…semuanya membabitkan peratusn tertinggi masyarakat muslim di malaysia…soalnya sekarang apa sudah jadi dengan pembangunan islam yang di utarakan oleh mohamad????????????…..inikah hadiah 50 tahun malaysia merdeka…inikah buah tangan untuk slogan 1 malaysia????????????….sampai perkenalkan salam 1 malaysia yg di kira memperlekehkan UCAPAN ‘ASSALAMUALAIKUM’..inilah taraf jahil najib tun razak…inikah yg rakyat mahukan pemimpin yg merosakkan bangsa dan agama????????????

    kita negara islam tapi kehidupan x mcm org islam…saya sgt setuju dgn kenyataan teman2 yg lain..oleh itu en mohamad x payahlah nak compare sistem kita dengan negara jiran..x faedahnya pun itu urusan mereka sebab tu tanah tumpah jiran sebelah sentiasa di rundung malang sebab amalan hidup yg x berkat..nak kah kita mcm mereka di sana???……adalah satu kebenaran apabila kerajaan hari ini x mempedulikan soal pembentukan jati diri masyarakat dlm mengamalkan budaya islam..

    kesimpulanya en mohamad kalau nak menegakkan benang yan basah biarlah berpada2…seperti kata Tok Guru Nik Aziz orang malaysia kini dah bangun dari tidur…yes!!! saya akui kata2 pemimpin otai ini…semua orang dah bangun tinggal awak seorang je en mohamad yang masih terlelap bermimpi di siang hari berkhayal di waktu senja berangan di malam hari…moga2 awak sedar juga lah….kalau awak kata x akan putus asa untuk bagi komen di sini saya juga x putus asa untuk bagi ceramah free untuk awak…GOOD BYE!!!!

    Reply

  14. 14 Najibun Dec 31st, 2009 at 2:32 pm

    Mohamad ne tak mau jawab kot..sebab dia skolah pun tak hbs..mangkok tol..

    Reply

  15. 15 mohamad Dec 31st, 2009 at 9:38 pm

    ya saya kembali lagi dengan bergayanya. Anda semua tidak terjawab akan pemikiranku yang bernas-bernas lagi bijaksana. Aku cadangkan anda semua terjun parit kemudian naik sendiri. Sekian. Terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Kalau bijaksana kenapa cadangkan orang terjun parit? Bagilah nasihat yang bernas dan berilmiah sikit. Jawapan terjun parit ibarat pemikiran anda secetek parit. Kalau secetek parit janganlah lautan dalam hendak diduga.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Saya akan kembali sibuk beli barang sekolah anak setelah cuti tahun baru ULAM BATAR,Angkasawan Nasa,kulub amrin,guni setahil,tok kedehud,lurus bendul,engok alin,mak bonda,kung fu panda,kuda kepang STC,kublai khan,gengis khan,mongolian.

    Saya kan kembali setelah semuanya selesai kamu akan berdepan dengan hujah saya!! awas!! jangan mudah mendabik dada!!

    Reply

    F1 D.Bulan Reply:

    Kamuni kolot betul,siapa larang this blog is freezone,tungkuk betul….

    Reply

    Mohamad Reply:

    Ini penyamar mana pula ini, menggunakan nama mohamad sesuka hati dan buat komen yang bukan-bukan. Untuk makluman semua pengirim komen ini bukan saya, entah siapa yang menyamar nak memburukkan diri saya, ejaan pun berbeza kerana beliau menggunakan huruf M kecil tetapi saya M besar. Kepada En. mohamad palsu, jangan guna taktik kotor untuk kenakan orang, tak baik, takutkah sampai guna taktik kotor macam ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

  16. 16 Muslih Jan 3rd, 2010 at 6:15 pm

    En Mohamad… soalah mudah saya sebelum ini tak terjawab.. saya nak tambah lagi satu soalan mudah..

    Kenapa En Mohamad berseorangan disini? tidak adakah pejuang “kebenaran” lain yg ingin membantu En Mohamad.. atau En Mohamad seorang je tak sedar2 lagi..

    tp sebelum menjawab soalan ni jawab soalan saya yg sebelum ini.. jgn buat2 tak nampak.. T_T

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Malaysia Model Negara Islam Progresif? at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 30th, 2009 at 12:15 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031