Dari Harakah
Oleh Abdul Aziz Mustafa
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bersetuju dengan dakwaan Menteri Luar bahawa Malaysia adalah negara Islam progresif namun ianya wajar dilihat lebih mendalam dari sudut hakikat sebenar.
Mengulas dakwaan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bahawa Arab Saudi menganggap Malaysia sebagai model negara Islam progresif yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun lain, Mahfuz berkata, perkara itu dinanti-nantikan.
“Kita juga ternanti-nanti negara membangun mana yang beria-ia hendak mencontohi Malaysia memandangkan Malaysia kini semakin hebat pada tempat ke 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) setelah berada pada tempat ke 47 dalam tahun 2008,” katanya. (more…)
















