28
Dec
09

Lagi Sekutu BN Dilanda Krisis

Dari EraPakatan

Oleh Masdar Wahid

Krisis berterusan yang melanda sekutu rejim BN di semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan, kini menyeberangi Laut Cina Selatan apabila satu lagi sekutunya di Sarawak turut menerima nasib yang sama.

Terbaru, Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menyaksikan perpecahan dalaman apabila Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) parti itu pada 28 Disember ini menyaksikan pertembungan hampir di semua peringkat termasuk jawatan Timbalan Presiden dengan drama ugutan, ancam keselamatan calon bertanding dan ‘Senarai calon pilihan Presiden’ mewarnai pertandingan itu.

Timbalan Ketua Pemuda SPDP, Philip Ngo, mendakwa menerima sejumlah khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon yang mengancam keselamatan dirinya sejak beliau mengishtiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah Philip turut didesak oleh Sembilan bahagian parti itu agar menarik diri bagi memberi kemenangan percuma kepada penyandang sejak tahun 2003, Peter Nyarok Entrie.

“Sejak diketahui akan mencabar kedudukan Timbalan Presiden, saya banyak menerima panggilan dan SMS, ada yang memberi galakan dan ada yang berbaur ancaman.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menarik diri semata-mata kerana ancaman yang diterima. Saya kekal dengan pendirian, komited dan fokus dalam tindakan yang dilakukan,” katanya yang tidak teraga-agak membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan ‘pihak’ yang dimaksudkannya, sama ada daripada ahli di peringkat bawahan atau atasan dalam parti.

Philip, 45, seorang ahli perniagaan dan juga ahli jawatankuasa eksekutif Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat akan mencabar Nyarok, 67, dalam TGA pada 28 Disember ini.

Walaupun Presiden parti itu, William Mawan Ikom sejak Julai lalu merayu agar calon-calon tertentu menarik diri bagi mengelakan perpecahan dalam parti yang baru berusia tujuh tahun itu, namun ia gagal mengekang nafsu ahli SPDP daripada merebut jawatan.

Turut menyaksikan pertembungan ialah bagi jawatan Naib Presiden yang menyaksikan empat calon bagi merebut tiga kekosongan manakala jawatan Majlis Tertinggi yang hanya memerlukan 14 orang direbut oleh 35 calon.

Tertekan dengan masalah itu, Mawan menerusi satu mesyuarat parti baru-baru ini mencadangkan senarai nama untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam badan induk parti itu.

Ia dikenali sebagai ‘Senarai Presiden’

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda SPDP, Tiong King Sing turut disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.

Tiong ialah antara nama yang terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

SPDP ditubuhkan pada tahun 2002 selepas krisis kepimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Beberapa pemimpin SNAP yang menubuhkan SPDP selepas itu menyertai BN manakala SNAP menjadi pembangkang walaupun sebelum itu SNAP merupakan salah satu sekutu rejim BN di Sarawak.


55 Responses to “Lagi Sekutu BN Dilanda Krisis”


  1. 1 Mohamad Dec 28th, 2009 at 4:52 pm

    Kalau begitu lebih baik En. Philip Ngo berkenaan buat laporan polis kerana ia berkaitan kes jenayah ugutan. Perebutan kuasa dalam parti memang keterlaluan, patutnya pihak yang nak bertanding perlu menilai diri berdasarkan keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab. Jangan terlalu tamak haloba tak bertempat hingga menyebabkan perpecahan dalam parti. Malahan kalau ada pihak yang reputasinya sudah terjejas seperti Y.B. Tiong King Sing yang mempunyai masalah berkaitan PKFZ, tak payahlah nak menjadi liabiliti kepada parti. Tindakan ini dengan segera diambil kesempatan oleh Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional, tapi Pakatan Rakyat juga perlu lihat sama di PKR, ketika ini bergelora di sana sini, malah lebih teruk dari SPDP, perlu nilai diri sendiri dahulu sebelum hentam orang. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Kenny Reply:

    Sekali lagi, yang Mohamad ini betul.
    Tapi Mohamad ini tidak faham dan tidak hendak nak faham yang:
    -> Barisan Nasional = UMNO SPR Polis C4 Mahkamah Rayuan – MCA – MIC – SPDP – Gerakan – PPP —

    Seperti DSAI yang pernah kata,
    —> MCA sudah tak apa-lah
    —> MIC pun sudah tak apa-lah
    Sekarang tinggal UMNO-BN yang nyawa-nyawa ikan berduri.
    Terbukti Parti perkauman sudah, dan sudah-lah di zaman ini.

    Mesti diingatkan yang Dato Onn Jaafar, adalah “Bapa Berbilang Kaum” pertama.
    Parti berbilang kaum PKR, DAP, dan parti agama PAS adalah kerajan pimpinan rakyat di masa depan.
    Sokong islam, Agi Idup Agi Ngelaban!!!

    Reply

    jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:

    Manusia yang bernama mohamad yang tak berani memperkenalkan diri . nasihat saya tak payah lah jadi kaki bodek di blog dato seri anwar ini, tak payah lah tunjuk baik, tak payah lah tunjuk pandai. kami ahli keadilan tulin menyampah dengan kaki bodek ni. tak payah lah awak tolong jawab tulisan atau soalan orang di blog ini, siapa bagi awak kebenaran untuk jadi tolong jawab.biar dato seri sendiri jawab jika dato seri rasa ia elok di jawab.awak tak payah jadi kuli batak tunjuk pandai di sini.

    Ok lah buang masa saya sahaja melayan kuli batak macam awak bodeknakmampos.kalau awak rasa tak puas hati silalah bertandang ke bukit bintang. biar kita bersilat secara jantan.okies.

    Reply

    zulalarm Reply:

    Kita memerlukan orang seperti mohammad…..kerana ia merupakan propaganda BN atau senjata pro BN. Tetapi senjata ini adalah senjata makan tuan, lebih banyak dia komen Pakatan Rakyat maka lebih banyak dia tonjolkan kelemahan BN itu sendiri….saya pun tak pasti siapa dia ini….yang pasti ia berjaya membuatkan orang benci pada UMNO dan BN itu sendiri…..

    Reply

    Mohamad Reply:

    Ini adalah provokasi untuk menghalang saya bersuara, minta maaf saya bukan jenis orang yang mudah diprovokasi, saya akan tetap menulis dan menentang kemungkaran di blog ini. Meskipun saya seorang, anda semua telah gelabah, kalau makin ramai pihak atas pagar masuk blog ini, mereka juga akan sependapat dengan saya, jadi berubahlah sebelum anda semua diubah oleh rakyat nanti. Sekian, terima kasih.

    jef Reply:

    Pergilahhhh mrampus, hari-hari tulis yg bukan-bukan kononnya macam penulis berita semuanya tau mcm ini jadi penasihat B.N tuliskat suratkhabar B.N senang takde org marah cik mohamadddddd.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    bergaduh gaduh dahulu..bersenang senang kemudian
    satu untuk SPDP
    dua untuk UMNO
    satu untuk MIC
    lima untuk UMNO
    dua untuk MCA
    lapan untuk UMNO
    satu untuk PBS
    tiga untuk UMNO
    setengah untuk PPP
    sebelas untuk UMNO
    rakyat mati tak makan..pemimpin BN mati kekenyangan…SOKONG LA LAGI

    Reply

    abid Reply:

    walauapapun saya tetap sokong pakatan rakyat…………..
    saya sokong anwar ibrahim………….
    dari dulu sampai sekarang…………
    semoga suatu hari nanti anwar ibrahim akan menjadi perdana menteri malaysia yang ke-7….
    insyallah…………….amin………..

    Reply

  2. 2 PAK LONG COT Dec 28th, 2009 at 5:11 pm

    Perpaduan terbina atas landasan yang benar serta adil. Kebenaran dan keadilan tegak di atas peraturan. Ramai manusia gagal kerana langgar peraturan.

    Peraturan amat penting dalam kehidupan. Jika anda tidak percaya, cuba anda pandu kereta anda selaju-laju dan jangan ikut peraturan. Siapa susah kesudahannya ?

    Pergolakan Parti Politik dalam BN perlu dijadikan pengajaran kepada diri, keluarga, parti, masyarakat dan negara.

    Perbalahan berlaku berpunca daripada pertentangan matlamat serta cara. Jika matlamat dan cara menjurus kepada ‘Keadilan’, insyaAllah akan mulia hidup anda, parti dan negara. Sebaliknya, jika masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian mengikut selera dan cara sendiri, rosak binasalah cita-cita dan harapan !

    Setiap manusia ingin berjaya. Malangnya, matlamat dan cara menjurus kepada ‘Kepentingan Diri’ ! Jika demikian keadaannya, sejarah kejatuhan empayar zaman lalu akan berulang dan terus berlaku dalam kehidupan mana-mana masyarakat. Lantas, kealpaan yang demikian membawa kerugian. !

    Semua manusia tidak suka rugi. Tapi, matlamat dan cara hidup yang salah menjerumuskan mereka kepada kerugian. Maka jelaslah, kegagalan bermula daripada ‘kezaliman diri’ atau ‘Penting Diri’ !

    Kejayaan terbina atas maufakat. Bukan cara perpecahan ! Maka, jika anda di dalam sengsara semaklah kesilapan diri, parti atau cara anda menjalankan pentadbiran !

    Reply

    Mohamad Reply:

    Saya menyokong kenyataan En. Pak Long Cot, matlamat dan cara yang mejurus kepada kepentingan diri adalah tidak baik. Malahan rakyat biasa yang menjadi mangsa permainan politik buruk berkenaan. Kalau suka mengikut hati dalam bertindak akan musnahlah cita-cita dan harapan generasi terdahulu yang bersusah payah berjuang hingga kita memperolehi pemerintahan sendiri. Sesuatu perkara yang dibuat hendaklah dilihat dalam semua sudut seperti yang saya selalu utarakan sebelum ini, pada satu sudut kita nampak baik dan kita terus terkam ambil, kita kena berhati-hati pada sembilan sudut lagi yang tengah menunggu masa untuk mengkeroyok kita habis-habisan. Begitu juga pada satu sudut kita nampak tidak cantik, tapi sembilan sudut lagi membawa harapan, kemajuan, kesejahteraan dan lain-lain untuk kita dan masyarakat. Perkara ini sering diabaikan oleh golongan idealis yang lebih terpengaruh dengan teori-teori falsafah yang pelik dan tidak berpijak di bumi nyata. Ada sesetengah masyarakat yang mengamalkan teori-teori falsafah pelik berkenaan, keadaan masyarakat mereka caca marba, budaya entah ke mana, akhlak entah ke mana, agama entah ke mana, yang dipentingkan ialah individu dan material. Lihatlah di sesetengah negara, pelacuran boleh jadi perniagaan atas dasar hak asasi manusia, kononnya orang hendak melacur, malahan bukan setakat pelacur dari kaum perempuan sahaja, tapi lelaki juga menjadi pelacur yang dilanggan oleh perempuan dan lelaki sendiri. Selain itu ada sesetengah masyarakat yang begitu menjaga hak individu kononnya boleh membiarkan pasangan kekasih yang tiada ikatan perkahwinan berasmara dana dan berbuat seks di tepi jalan, di dalam kenderaan awam, di kerusi taman bunga dan lain-lain tempat terbuka atas alasan hak asasi manusia. Apa telah jadi dengan dunia kini? Dunia tidak jadi apa-apa, sebab ia tetap sama macam dulu juga bentuk sfera, tapi sikap manusia yang mencemarkan permandanan indah dunia dengan peperangan, penindasan, pergaduhan, perbuatan fitnah, demontrasi, maki hamun, seks bebas, hisap dadah, ajaran sesat, dan macam-macam perkara mungkar lagi. Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dari hal-hal ini, kerana sesuatu perkara yang baru itu adalah bidaah, tapi tak semua bidaah itu buruk ada yang hasanah (baik) dan ada yang dololah (buruk). Ancaman terhadap nilai-nilai manusia bertopengkan hak asasi manusia mesti kita waspada, golongan ini mahu memusnahkan budaya dan adat resam kita yang murni sejak beribu tahun dahulu dengan teori-teori sesat mereka. Semoga kita bangga dan menyanjung tinggi budaya Asia yang berbudi bahasa dan berpekerti mulia. Sekian, terima kasih.

    Reply

    JACKSON 4 Reply:

    sdr mohamad,semalam YAB PM baru berucap dimajlis SPDP dan menyatakan YB2 BN jangan pandang kebelakang lagi kita harus pandang hadapan utk rakyat didahulukan masaalah rakyat,rakyat sekarang sudah cerdikpandai..jika kita(YB) pandang kebelakang alamat rakyat mendahului kita,so sdr mohamad beria2 nak pandang generasi terdahulu,so matlamat YAB PM tak sama dgn sdr mohamad,sdr dah ketinggalan politik kuno sdr…yg mana nak rakyat dgr,itulah sdr mohamad telinga kuali beranggapan sdr saja yg pandai bodoh tak mengaku…bantailah kau LABU…….

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    umno adalah sebuah parti bagi orang2 melayu yg ditubuhkan pada 1946.dengan adanya wardah perjuanggan ni maka dapat la orang2 melayu bersatu untuk sama2 membela,mempertahan dan mempertabatkan hak2 orang melayu..malangnya setelah lebih 50 tahun memerentah yang menuai hasilnya adalah pemimpin2 umno diperengkat atasan.yg ahli2 biasa masih lagi terkial kial mencari arah hidup..seperti yg kita lihat didalam akhbar2 dan tv.yang pemimpin berpangkat,menduduki rumah jutaan ringgit..kereta mewah dijalanan dan dirumah..anak bersekolah elit.
    yang menyokong dan yang mempertahan kan parti selama ini macam mana.pantang disentuh parti ini pasti ramai yg melenting sambil melaungkan kata2 keramat dengan sanggup bermandi darah kononnya.hakikatnya…hakikatnya mereka2 ini lah yg masih ramai hidup segan mati tak mau.merempat meneruskan hidup..mereka ini la yg banyak tinggal disetinggan setinggan,setiap kali mulanya musim sekolah dan menyambut perayaaan,mereka ini lah yg menggemis minta simpati..belum lagi bill api dan air..roadtax kereta dah mati..pihak bank nak tarik kreta..belanja dapur dah habis..anak nak kahwin..terlalu banyak untuk dituliskan dan sedih untuk dikenangkan.kerana mereka ini masih lagi mengharap sinar untuk membela hidup mereka dari parti umno(kononnya)orang2 seperti ini la yg patut saudara bela,bukannya pemimpin2 yg rakus menggaut kekayaan untuk keluarga sendiri.tapi dari kata dan hujah2 yg saudara tulis diblog ini,menampakan yg saudara juga adalah dari golongan yang mewah dan hidup senang dari titik peluh orang bawahan yg bermati matian mempertahankan kuasa yg ada.jangan hipokrit..kerana inilah kenyataan yg berlaku dalam umno.menggaut kekayaan dengan memperbodohkan bangsa sendiri.jangan la bertopengkan DEB jika hanya untuk mengenyangkan pemimpin yg korup dalam umno.
    p/s dulu saya adalah pemimpin umno diperingkat bahagian dan cawangan..tapi sekarang lebih tenang dengan meninggalkan umno..kerana tidak sanggup bersubahat memperbodohkan bangsa sendiri.BIAR KHIANAT PADA PARTI TAPI TIDAK PADA BANGSA.
    dan pada ahli2 umno berapa abad lagi kah untuk diperbodohkan…salam

    Reply

    Mohamad Reply:

    Siapa yang khianat pada bangsanya sendiri? Anda lihat semula kelakuan Pakatan Rakyat, nilailah sendiri, saya tak pastilah anda ini golongan tua atau golongan muda sebab nama ada haji, nampak macam orang sudah berumur, tapi komen macam usia 20an, tapi apa pun bersikap rasionallah, jangan keterlaluan sangat, nanti diri sendiri pula yang diperalatkan sebagaimana yang terjadi pada penduduk Kg. Buah Pala, kampung hilang, nasib penduduk diabaikan nasib baiklah Barisan Nasional membantu penduduk meskipun sebelum ini penduduk berkenaan benci pada Barisan Nasional, lihat antara Protagonist (hero) dan Antagonist (penjahat atau bajingan). Kalau anda orang yang telah berumur jarang akan berkelakuan begini, tapi apa pun bersikap bermorallah, anda sudah haji bukan budak-budak punk, skin head,. Manusia sepatutnya menasihatkan dengan penuh kebenaran dan kesabaran seperti dalam surah Al Ikhlas, ayat akhir sekali. Tentu anda sebagai haji mengerti akan hal ini. Minta maafalah kalau kecil hati, tapi saya tak kecil hati pun bila anda maki saya macam-macam, saya maafkan anda, sekian, terima kasih.

    akutakkuasa Reply:

    Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan tuan Mohamad ni. Tapi dari perspektif penyokong PR macam saya ni.
    “…suka mengikut hati dalam bertindak akan musnahlah cita-cita dan harapan generasi terdahulu yang bersusah payah berjuang hingga kita memperolehi pemerintahan sendiri.”
    -> Ayat biasa yg kita dengar dari org UMNO, dari perspektif PR, kemusnahan inilah yg kita cuba elakkan, kerana sekarang morality pempmpin umno sudah jatuh, pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa dll. Kalau tak ada PR seperti sekarang alamat dah lama dah kita musnah disebabkan samberono UMNO sekarang ni memerintah.
    “Lihatlah di sesetengah negara, pelacuran boleh jadi perniagaan atas dasar hak asasi manusia, kononnya orang hendak melacur, malahan bukan setakat pelacur dari kaum perempuan sahaja, tapi lelaki juga menjadi pelacur yang dilanggan oleh perempuan dan lelaki sendiri.”
    -> Saya harap tuan Mohamad ni sedar Malaysia juga termasuk dalam “sesetengah negara” tu. Tak caya senang ajer, tengok je kat 999 ke, kat 360 ke, dan banyak lagi. Takkan tak perasan kot, ke tengok berita ajer. Cuma mentality org umno ni, dia ingatkan Malaysia ni tak ada tu semua, baik dari negara lain. Pada saya sebagai seorang Islam, adalah menjadi tangjungjawab saya menegakkan hukum Allah bukan memperlekehkan hukum tersebut. Mertabat kan lagi mahkamah syariah. Masih tak cukup lagi dengan apa yg kita ada. Orang UMNO pula kata, mudah saja “Kita teruskan dengan aper yg kita ader” (ke Khairi jer yg kata?). Pemimpin UMNO masih lagi bercirikan sekularisme, masih jauh (saya tak kata UMNO itu yg sekular). Sepatutnya menjadi tanggung jawab kita sebagai org Islam menerangkan hukum hudud ini kepada yg bukan Islam bukannya memberikan gambaran yg salah. Jadi nak salahkan siapa lagi ni tuan Mohamad?
    “Semoga kita bangga dan menyanjung tinggi budaya Asia yang berbudi bahasa dan berpekerti mulia”
    -> Setuju. Tapi tak boleh bangga ajer kena la juga usaha. Seperti bepekerti mulia tu banyak tu, tiada rasuah, adil, telus, rajin (productive) dan yg paling penting beriman. Usaha, kita masih jauh lagi. Index rasuah masih memalukan lagi. Saya takut sekali bila melihat pengikut UMNO merasa bangga, sebab mereka bangga sehingga lalai (tak peka).

    Sebagai rumusannya, yelah sama juga macam tuan Mohamad, kami ni penyokong PR mahukan yg terbaik untuk negaraku Malaysia ni. Mahukan malaysia ini aman damai selama lama mananya untuk generasi anak-anak kami, cucu-cucu kami. Cuma pada saya adalah lebih elok tuan Mohamad ni tarbiyah sikit kat blog2 UMNO tu sendiri. Sbb kalau nak menegakkan benang yg basah kat sini, lagi meluatkan kami pada pepimpin2 BN @ UMNO ajer. Betul ni tak tipu. Lebih baik nasihatkan pemimpin2 UMNO tu sendiri. Dan nasihat saya pula nanti jangan putus asa pula. Mungkin tuan Mohamad boleh meneruskan perjuangan DSAI dalam UMNO suatu ketika dahulu, siapa tahu mungkin berjaya. DSAI dah cuba (TPM dulu tu… bukan calang2 org tu). Tuan Mohamad boleh cuba, tuan Mohamad Boleh, Malysia Boleh.

    PS# Saya sayangkan UMNO, saya hormati pengorbanan mereka dahulu, tapi pemimpin UMNO (tak semua, hampir semua) lah yg memusnah kan UMNO dihati saya.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kamu ini menentang membuta tuli, saya beri komen untuk dijadikan iktibar tapi anda memperalatkan komen saya untuk menghentam saya pula, tapi hentam balas anda itu kosong dan tak guna. Memang maksiat pelacuran perempuan dan lelaki ada, tapi kerajaan tak pernah galakkan atau luluskan lesen pusat pelacuran pun. Malahan serbuan kerap dibuat dan pesalah samada pelanggan dan pelacur ditahan, setahun beribu-ribu orang ditangkap atas kesalahan melacurkan diri, melanggan pelacur dan menjadi bapa ayam serta ibu ayam jahat, selain itu beribu-ribu orang diselamatkan dari pusat pelacuran haram dari segi undang-undang dan agama. Berkenaan budaya Asia, Melayu dan Islam, itu lihatlah apa yang berlaku semasa demontrasi Hindraf, GMI, dan lain-lain demontrasi yang menyebabkan anggota keselamatan disakiti dengan lontaran batu, botol dan objek keras yang berbahaya, selain merosakkan harta awam dan menakutkan masyarakat yang nak berniaga dan membeli belah serta beriadah. Siapa pelakunya? Anda tetap degil kepala batu juga meskipun dinasihatkan berkali-kali, ikut suka andalah nak buat macam mana pun, jangan sampai menyusahkan orang ramai sudahlah. Sekian, terima kasih.

    memangtakpandai Reply:

    UMNOlah yang ‘melacurkan’ bangsa melayu untuk kepentingan diri.

  3. 3 kba Dec 28th, 2009 at 10:10 pm

    TAK SETUJU kalau ada pertandingan dalam parti ianya mencerminkan bahawa parti dilanda krisis. Pertandingan jawatan di semua peringkat termaktub dalam perlembagaan semua organisasi termasuk parti politik. Ianya melambangkan sikap terbuka dan semua ahli berkelayakan menyertai pertandingan dan memegang jawatan. Apakah lebih baik semua jawatan dalam parti dilantik oleh Presidennya?

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kalau begitu dalam PKR, bagi semua jawatan dari Presiden hinggalah ahli jawatan kuasa di peringkat cawangan adakan pertandingan lebih-lebih lagi jawatan presiden dan penasihat umum bagi 100 orang bertanding bagi kedua-dua jawatan tersebut untuk buktikan demokrasi dalam PKR. Sekian, terima kasih.

    Reply

  4. 4 YusriZakaria Dec 28th, 2009 at 11:27 pm

    bermuhasabah atas setiap perkara supaya jalan yang benar terus dilalui…

    Reply

  5. 5 dulukini Dec 29th, 2009 at 12:18 am

    begitulah membusuknya parti BN nie sehingga hampir semua parti komponennya
    berbalah sesama sendiri dan ini mungkin juga hasil dari doa Nik Aziz terhdap parti
    yang banyak memperbodohkan rakyat iaitu Barisan Tak Rasional. (BN).

    Reply

    Mohamad Reply:

    Masalah dalam Pakatan Rakyat juga bersepah, cuma buat-buat buta, nak pujuk diri sendirilah katakan. Sikap Barisan Nasional lebih rasional dari sikap emosi keterlaluan Pakatan Rakyat, sikit-sikit saman, sikit-sikit doa buruk kat orang, selalu maki dan cerca orang. Sikap apa ini? Tapi Tun Mahathir, Datuk Seri Najib dan lain-lain pemimpin Barisan Nasional, meski pun dicaci, dimaki, gambar mereka dipijak, dituduh itu dan ini, sentiasa tenang buat tak tahu sahaja, yang penting bagi mereka kerja keras untuk pembangunan negara. Jadi sebenarnya siapa yang tak rasional sebenarnya, atau mungkin anda sendiri yang tak rasional sampai merapu pasal hal ini. Semoga Barisan Nasional akan menang dengan majoriti besar pada pilihanraya akan datang. Angin perubahan kencang bertiup di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan, Pakatan Rakyat makin gelabah, Barisan Nasional tetap tenang, rakyat berdiri teguh di belakang Barisan Nasional, parti yang membawa kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan pada Malaysia dan rakyatnya serta juga imigran yang mencari rezeki di Malaysia. Syabas Barisan Nasional. Sekian, terima kasih.

    Reply

    zulalarm Reply:

    Assalammualaikum Encik Mohammad

    Melihat cara anda berkempen dan mempertahankan BN sepanjang tulisan-tulisan yang dicatatkan di sini langsung tidak nampak apa-apa keistimewaan yang cuba di pertengahkan. Gaya tulisan politik anda masih di tahap lama. Kalau beginilah caranya, anda sebenarnya mencipta senjata untuk memusnahkan BN sendiri.Cuba fikirkan sedalam-dalamnya kenapa rakyat begitu berani menggundi pembangkang yang ketika itu bukannya kuat sangat….berterabur…bagaikan pasir yang bertaburan.
    BN menguasai Media Perdana, Kewangan dan Pihak-pihak berkuasa tapi masih gagal untuk mencipta sejarah laman kemenangannya yang silam.Pembangkang bersatu bukan kerana mereka mahu bersatu tetapi rakyat yang berani mahukan mereka bersatu ini dinyatakan dengan undi kemenangan Pembangkang sehingga lebih 80 kerusi Parlimen. Hari ini Pakatan Rakyat di tubuhkan dengan begitu toleransi, sesuatu yang tak pernah dimimpikan. Apabila rakyat menolak BN, mereka betul-betul susah bukannya suka-suka atau pun melepas geram tetapi kepercahayaan masih lagi diberi di peringkat pusat dengan harapan masih ada perubahan jika BN sayangkan rakyat. Dunia dah berubah Encik Mohammad…..kalau anda melawan pembangkang dengan cara pembangkang…anda sebenarnya menikam diri sendiri atau pun anda sengaja membuka kelemahan BN bagi kemenangan Pakatan Rakyat.
    Kalau Pakatan menghadapi masalah 40 peratus tetapi BN mengahadapi masalah 100 peratus. FIKIrkan
    sendiri….Kalau mahukan kemenangan.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Siapa 40% dan siapa 100%, sebelum ini Angkatan Perpaduan Ummah, berkubur pada tahun 1995, lepas itu Barisan Alternatif, berkubur pada tahun 2000, sekarang Pakatan Rakyat pula, tak lama lagi terkubur jugalah, tunggulah saja. Masalah Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor makin parah, anda sendiri sahaja yang tak tahu sebab bangkai gajah berkenaan diletakk di kebun bunga, nanti baunya akan diketahui juga. Tak apalah tunggu sahajalah pada Pilihanraya Ke13 akan datang, kita lihat, siapa badut, siapa pelawak, siapa pengkhianat dan siapa pejuang, siapa yang berusaha untuk kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

    zulalarm Reply:

    Jawapan untuk tuan Muhammad
    1. Angkatan Perpaduan Ummah berkubur pada tahun 1995
    - Pembangkang tak pernah berkubur, jiwa demokrasi mereka masih terus hidup, yang berkubur adalah semanggat 46 saki- baki sepihanan UMNO itu sendiri,Parti DAP terus ada dan Parti Pas juga terus ada malah dengan Angkatan Perpaduan Ummahlah, Pas berjaya menakluk Kelantan dan menjadi titk mula serta bertahan hingga ke hari ini.
    2. Barisan Alternatif berkubur pada tahun 2000
    - Barisan Alternatif tidak pernah berkubur malah mereka terus berjuang hingga pada PRU ke 12, hanya selepas PRU 12 barulah Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi memantapkan gabungan mereka dengan satu document dan deklarasi bersama.Gabunggan ini akan daftarkan sama seperti BN. Ini tidak pernah terjadi sebelum ini.
    3. Masalah Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor
    - Bila anda menceritakan Masalah Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor ia seperti menyimbah air sebaldi ke muka BN sendiri,kuat sangat ke UMNO di pulau Pinang,Bergerak laju ke Gerakan,percahaya betul ke orang-orang India pada presiden MIC,Baguslah tenang betul MCA.
    4. Pilihanraya KE 13
    - Baguslah yakin betul anda BN akan menang besar pada PRU 13….teori ini sama seperti teori DR Goebel pakar propaganda Nazi German.Apabila tentera pakatan telah hampir ke Berlin dan mengepung German….Dr Geobel berkata kita masih kuat, tak perlu risau dan dalam proses kemenangan. Ia BN sekarang kuat,parti-parti dalam BN harus bersenang lenang. Sebaliknya Pakatanlah yang perlu bekerja keras.
    5. Siapa badut dan Pelawak
    - Unit-unit propaganda BN seperti media perdana dan anda sendiri.
    6.Siapa berusaha untuk kesejahteraan Rakyat
    - BN yang sedang berusaha untuk ksejahteraan rakyat seperti Jambatan Bengkok, PKFZ, enjin jet TUDM,Kenaikan Harga gula….dan tak lama lagi GST serta lain-lain lagi.
    7. Siapa Pengkhianat
    - Syarikat consultant yahudi yang menjadi penasihat.
    8. Siapa pejuang
    - Kami orang-orang muda yang akan berjuang membantu Pakatan Rakyat tanpa bosan dan Jemu….tanpa di bayar apa-apa sogokan atau wang ringgit…tanpa di kerah atau di paksa untuk kemenangan reformasi disetiap tempat hati orang-orang muda.Ingat kami tak gagalkan reformasi yang bermula di perkarangan Masjid Negara pada 1998.Ingat peristiwa itu masih segar lagi…DSAI kamu tidak keseorangan….REFOMASI..REFOMASI….REFOMASI….

  6. 6 wan simunjan Dec 29th, 2009 at 1:45 am

    Semakin terserlah bagaimana percaturan politik REJIM TAIB/BN Sarawak di mata rakyat. Selama ni pemerintahan dan pengurusan Rejim Taib/BN sebenarnya adalah golongan DIKTATOR yang tidak mahu memberi ruang dan peluang kepada kedudukan mereka dicabar. Kenapa polisi calon PILIHAN PRESIDEN ni dipraktikkan di dalam semua pemilihan komponen BN di Sarawak ? Ini kerana mereka mudah untuk menipu dan melaksanakan agenda kepentingan diri mereka senang dilaksanakan secara lancar tanpa dapat disedari oleh rakyat. Justeru itulah SEMUA KEPIMPINAN PARTI-PARTI KOMPONEN BN SARAWAK ADALAH TERDIRI DARIPADA GOLONGAN KORUPSI DAN PENIPU RAKYAT.

    Kekuasaan mereka tidak boleh dicabar seolah-olah hanya mereka yang LAYAK memegang jawatan dan menentukan suara rakyat. Sedangkan golongan yang mereka pilih sebagai penganti adalah GOLONGAN ANJING YANG SANGGUP MENCIUM DAN MENJILAT TAIK TUANNYA.

    Lihatlah bagaimana seorang PEMIMPIN YANG TELAH MENIPU WANG RAKYAT DALAM PKFZ diberi pujian dan tetap diangkat sebagai seorang pemimpin. Adakah golongan yang benar-benar bersih dan membela rakyat sanggup untuk menyimpan dan mengangkat golongan PENYANGGAK/PENJAHAT untuk menjadi pemimpin. SESUNGGUHNYA HANYA GOLONGAN GANGSTER YANG MAHU KUMPULAN MEREKA DIPIMPIN OLEH SEORANG GANGSTER. HANYA GOLONGAN PENIPU YANG MAHU DIRI MEREKA DIPIMPIN OLEH GOLONGAN PENIPU. Justeru itulah dalam setiap pemilihan parti REJIM BN DI SARAWAK semuanya menyekat suara rakyat Sarawak yang bijak dan benar-benar berjuang untuk rakyat.

    Justeru itulah sekiranya RAKYAT SARAWAK MAHU MENGETAHUI DAN MEMBONGKAR SEGALA PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN REJIM BN DI SARAWAK MAKA RAKYAT HARUS BERANI MEMBUAT PANGKAH PADA PAKATAN RAKYAT ATAU MEMILIH PEMIMPIN BARU DALAM PILIHANRAYA DUN AKAN DATANG ( 2010 ). UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DAN RAKYAT AKAN DAPAT MENGETAHUI BETAPA BURUKNYA SIKAP DAN SIFAT PEMIMPIN BN YANG SELAMA INI MENGUMPUL KEKAYAAN DENGAN MENIPU DAN MERAMPAS HAK RAKYAT.

    Kepada Pakatan Rakyat. ayuh! Gerakkan segera jentera Pakatan Rakyat menyedarkan rakyat Sarawak tentang penipuan dan penyelewengan serta penyalahguaankuasa oleh pemimpin-pemimpin BN ini. Sesungguhnya kini semakin ramai rakyat Sarawak yang bijak serta mampu menilai yang mana benar dan yang mana salah. Kebijaksanaan dan kematangan rakyat Sarawak akan terserlah pada pilihanraya DUN 2010 akan datang. Yakin dan percayalah bahawa rakyat Sarawak juga akan mendokong perjuangan yang benar-benar membela dan menjaga hak rakyat.

    Kepada rakyat Sarawak serta generasi muda, sedarlah dan lihatlah tentang penindasan dan penipuan pemimpin-pemimpin BN dalam kehidupan kita seharian. Akibat penipuan dan penyelewengan inilah yang menyebabkan kehidupan rakyat tidak berubah seperti yang sepatutnya walaupun sumber ekonomi Sarawak begitu banyak telah diusahakan. Apa yang berubah ialah kehidupan PEMIMPIN-PEMIMPIN REJIM TAIB DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI REJIM BN. Segala kekayaan dikumpul dan dimonopoli oleh mereka sendiri. Sarawak menjadi LAMBAT MAJU tetapi KEHIDUPAN PEMIMPIN REJIM TAIB/BN SEMAKIN BERTAMBAH SENANG LENANG. Undi dan kepercayaan rakyat dalam memilih mereka sebagai YB atau pemimpin telah digunakan oleh mereka untuk mengumpul kekayaan diri sendiri sedangkan kehidupan kita tidak berubah walau sudah 10 tahun YB/Pemimpin tersebut memimpin kita. AYUH! MULAI SEKARANG BUANG SAJA PEMIMPIN-PEMIMPIN REJIM TAIB YANG PENIPU INI. JANGAN BERI PELUANG KEPADA MEREKA TERUS MENIPU DAN MENGUMPUL KEKAYAAN NEGERI SARAWAK INI UNTUK KESENANGAN DAN KEKAYAAN MEREKA SAHAJA. KITA RAKYAT LEBIH BERHAK UNTUK MENIKMATI KEKAYAAN SUMBER SARAWAK UNTUK KESENANGAN DAN KEMAJUAN KITA BERSAMA. KEKAYAAN SARAWAK ADALAH HAK RAKYAT SARAWAK DAN BUKANNYA HAK PEMIMPIN REJIM TAIB/BN.

    PEMIMPIN REJIM BN TAKUT KEHILANGAN KUASA KERANA TAKUT MEREKA TIDAK BERPELUANG UNTUK MENGUMPUL LEBIH BANYAK HARTA DAN KEKAYAAN DIRI MEREKA SENDIRI. PEMIMPIN REJIM TAIB/BN SARAWAK ADALAH PENIPU DAN PEMERAS RAKYAT SARAWAK.

    Reply

    JACKSON 4 Reply:

    Kenapa TAIB and empirenya berebut2 nak kaya dari sekarang sebab pru2010 negeri nanti rakyat tidak akan mengundi BN…sekarang masadah sontok utk mengaur harta rakyat sarawak,kami percaya pru2010 negeri nanti Pakatan Rakyat akan mendapat mandat dari rakyat,sekurang2nya 25kerusi BN akan tumbang,rakyat sarawak yg sokong pakatan rakyat,melayu 55%,iban 58%,cina 84%,bidayuh 41%,org ulu 33%,dan melanau 21% justru kajian ini dapat membuahkan hasil YB2 Pakatan Rakyat utk terus turun padang lihat masaalah rakyat….Kerana masa ini YB2 BN lagi berebut harta utk bekalan bila dihanyutkan dilaut cina selatan nanti apabila PAKATAN RAKYAT menguasai DUN SARAWAK 2010 gah kat tepi sungai sarawak tu…..so renung2………

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada En. Wan Simunjan, anda pergi tinggal di negeri lainlah kalau anda tak puas hati dengan Sarawak, pergi tinggal di Kelantan, negeri pimpinan tok guru kesayangan anda itu. Sudah bersepah kemajuan dibawa ke Sarawak, cuma samada kita nak merebut peluang atau tidak sahaja. Orang Cina di Sarawak berlumba-lumba mencari harta tapi orang Melayu di Sarawak asyik bertelagah hal politik, macam mana nak maju kalau macam ini? Masing-masing dengki dan iri hati, pemimpin Melayu di Simunjan pun boleh bantu anda kalau anda nak mula perniagaan, bukan dia beri modal percuma, tapi bantuan mengikut prosedur seperti latihan di MECD (pusat latihan usahawan), latihan pengkhususan seperti di Giat Mara, IKBN, Kolej Komuniti, Kolej Pertanian, dan lain-lain sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan dengan kemahiran yang berkaitan, bantuan pinjaman dari Tekun, MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain lagi. Sebenarnya banyak kemudahan dan peluang yang dibuka oleh kerajaan samada kerajaan negeri atau kerajaan pusat, cuma ada sesetengah pihak yang tak mahu ambil tahu saja yang tak tahu, tapi pandai-pandai kritik itu dan ini pula. Bumiputera di Sarawak boleh berjaya, Sarawak negeri luas kecil sedikit sahaja dari saiz Semanjung dan lebih dari dua kali ganda lebih besar dari Sabah. Peluang bagi bumiputera Sarawak sebenarnya bersepah-sepah, cuma keengganan untuk menjadi majikan tetapi lebih suka menjadi pekerja sahaja yang menghalang kemajuan penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak. Sindrom ini juga terdapat di kalangan Bumiputera di Semenanjung termasuk orang Melayu, tetapi ia makin berkurang di Semenanjung di mana kekuatan bumiputera dalam ekonomi makin meningkat selepas mendapat penjelasan dan maklumat yang betul dari pihak berkaitan yang boleh membantu, selain itu mereka mengambil peluang yang ada samada kecil atau besar untuk berjaya, seperti kata-kata Dr. Rusli, pengetua Institut Latihan Anjung Utara di Daerah Hulu Selangor dalam sebuah buku motivasi beliau, kalau nak berniaga, kena ikut kemampuan diri, biar kecil tapi berhasil jangan besar tapi bubar. Perniagaan jual burger, goreng pisang, keropok lekor, air, kad top up, jual di pasar malam dan lain-lain pun boleh berjaya jika kita kreatif dan tidak bersikap dengki mendengki dalam perniagaan, bersaing boleh tapi jangan dengki mendengki. Semasa di Semenanjung saya melihat golongan belia mereka menjual burger, ais kacang, kuih, nasi lemak, keropok lekor, jual di pasar malam dan berbagai perniagaan kecil, mereka gigih berusaha dan sanggup berniaga hingga lewat malam dan berusaha menarik pelanggan dengan sikap yang berhemah, bukan setakat dibandar, dikampung-kampung pun situasinya sama. Ada satu perniagaan burger di Semenanjung jenama Otai (Organisasi Tempat Ambil Ilmu), peserta perniagaan burger dibantu dari segi mengajar cara memasak burger, penyediaan bahan mentah dan tempat berniaga, ia rangkaian burger yang berkembang pesat di sana. Tetapi suasana sebegini jarang kedapatan di Sabah dan Sarawak, kalau ada pun oleh pendatang, sepatutnya golongan belia bumiputera di Sabah dan Sarawak mengambil peluang dari dasar-dasar pembangunan yang memberikan peluang besar kepada bumiputera ini untuk meningkatkan taraf hidup mereka, banyak tempat tumpuan penduduk di Sabah dan Sarawak samada di bandar besar atau di kawasan perlancongan, misalnya di Kota Kinabalu sendiri, saya lihat di Terminal Wawasan ramai orang di sana setiap hari, kalau ada usaha untuk bertemu wakil rakyat untuk meminta bantuan supaya mereka mendapat kebenaran berniaga di kawasan berkenaan, ia adalah berpotensi besar, ketika ini hanya warung-warung jualan makanan sahaja yang ada, perniagaan seperti jualan burger, keropok lekor, kuih, air kurang meskipun ia sebenarnya dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding berniaga di warung. Begitu juga di Pantai Tanjung Aru, ramai orang di sana, ada potensi juga. Di Sarawak pun sama, di Kuching Waterfront, ramai orang lalu lalang, boleh berniaga di sana juga, tapi seperti biasalah, kena minta kebenaran dahulu dari pihak berkuasa, begitu juga di Pantai Damai, ramai pengunjung di sana, boleh berniaga di sana juga. Semuanya tengah menunggu belia bumiputera Sabah dan Sarawak, cuma kita sahaja yang membiarkan peluang itu direbut oleh bangsa lain dan pendatang asing. Ia bukan salah kerajaan negeri, kerana kerajaan negeri bersedia membantu, tetapi kita sendiri yang tidak mahu membantu diri sendiri, apa boleh buat. Saya berharap golongan muda berubah, jangan tumpukan makan gaji sahaja, banyak peluang dari segi perniagaan yang menunggu di luar, selain memberikan pendapatan yang tinggi, ia juga boleh membuka peluang pekerjaan kepada belia-belia lain. Bidang pertanian, penternakan, akuakultur, makanan jajaan, bahan kitar semula, dan macam-macam lagi, antara hendak atau tidak sahaja. Semoga anda dan Saudari Suri boleh mengambil iktibar dari tulisan saya ini, ini kerana anda berdua begitu lantang menghentam kepimpinan negeri dengan pelbagai tuduhan itu dan ini, tetapi anda berdua tidak melihat perkara berkenaan dalam sudut lain yang lebih besar penerangannya, tetapi anda lebih suka mendengar hasutan dari Pakatan Rakyat, terpulanglah anda hendak terima atau tidak, ia adalah pada diri anda, saya tidak rugi apa-apa dalam hal ini kalau anda tidak mahu terima dan saya juga tidak untung apa-apa kalau anda terima dan ambil iktibar hal ini, tapi saya gembira kalau anda berdua berubah sikap ke arah kemajuan. Sekian, terima kasih.

    Reply

  7. 7 Boring Dec 29th, 2009 at 2:05 am

    Time To Changed !

    Reply

    Mohamad Reply:

    Yes, time for change, for Pulau Pinang, Selangor, Kedah and Kelantan people also in Federal Territory of Kuala Lumpur people, change you state government, vote Barisan Nasional in the next general election. Throw out the liar politician anda vote for Barisan Nasional candidates. May Allah bless Barisan Nasional and win with huge majority in the next general election. Thank you.

    Reply

    lostboys Reply:

    ya mohamad…nama ente macam nama jujungan nabi saya,rasullulah S.A.W,tp ente tak macam orang islam…ente islam ka?ana mau tanya sama ente la..najib sembahyang 5 waktu ka? big mama rosmah al lanun si tak tutup aurat ,bole dalam islam ka?..ente masuk islam dulu la..ya mohamad..!!!

    Reply

    Mohamad Reply:

    Sikap orang Islamkah suka hina orang, malahan orang yang anda hina itu tak pernah maki dan hina anda pun. Kamu tutup auratkah? Kamu tak pernah buat maksiatkah? Kamu tak pernah pegang tangan orang yang berlainan jantina dengan kamukah? Kamu tak pernah main cintakah? Kalau diri sendiri pun tunggang langgang, jangan suka hina orang, orang yang kamu hina itu lebih baik dari kamu, sebab paling kurang dia tak hina kamu balik. Muhasabah diri anda kembali, sekian, terima kasih.

  8. 8 haji mokhtar Dec 29th, 2009 at 8:38 am

    patutnya nasihat ni tujukan pada umno dan barisan nasional..kononnya pembela melayu..melayu umno je la.melayu islam tak ikut BN ni.sebab kami tak menderhaka pada bangsa dan negara.melayu umno je yg jual maruah negara(enjin jet)

    Reply

    Mohamad Reply:

    Saya memberi komen di sini sebab saya menyampah sikap suka cari kelemahan orang dan suka menghasut Pakatan Rakyat. Apa ni, pembangunan entah ke mana, asyik nak kejar jawatan perdana menteri sahaja. Tapi kalau menang entah siapa nak jadi perdana menteri, apakah Penasihat Umum PKR akan diberi jalan mudah oleh PAS dan DAP, mereka pun teringin juga tinggal di Seri Perdana, Putrajaya. Sepatutnya baiki dulu pentadbiran tunggang langgang di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, di Selangor misalnya rakyat yang tidak sokong Pakatan Rakyat digigit dan dicakar dengan ganasnya. Apa tidaknya, balai raya dirampas, pusat aktiviti penduduk dirobohkan, penguatkuasaan peraturan untuk menghalang aktiviti judi dan arak di Shah Alam dihalang, exco yang mempertahankan penguatkuasaan tersebut dipaksa tutup mulut, kegiatan mengganggu operasi penguatkuasa oleh exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan macam-macam lagi perlu diberi perhatian, jangan nak hasut rakyat dan menggagalkan usaha kerajaan Barisan Nasional untuk membangunkan negara, sedangkan diri sendiri pun tak tahu apa nak buat apa, sikap apakah jenis ini En. Hj. Mokhtar? Anda cakap demokrasi, keadilan, agama, itu dan ini, tapi siapa yang bersifat kuku besi sebenarnya? Siapa yang membuli rakyat yang tidak mahu pangkah Pakatan Rakyat? Siapa yang menghalang pelaksanaan peraturan untuk menyekat aktiviti judi dan arak? Siapa merobohkan pusat kegiatan harian penduduk? Siapa yang merampas balai raya? Siapa yang janji nak bagi RM 1000 pada pelajar yang layak ke universiti, tapi sampai kini bukan setakat RM 1000, satu sen pun tidak ada, macam-macam alasan yang diberi, siapa En. Hj. Mokhtar? Inikah keadilan, demokrasi, agama dan itu dan ini bagi kaca mata Pakatan Rakyat? Sungguh ngeri mengenangkan hal ini. Semoga Selangor akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang, sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Apa kurangnya UMNO? Di selangor rakyat dapat air free RM20. Masa BN memerintah dapat hapa? Siapa yang pergi Disneyland? Rakyat selangor?..EN. Mohamad…En. Mohamad….Sekian Terima Kasih.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Paling kurang di Selangor semasa Barisan Nasional memerintah menjadi negeri yang makmur, perindustrian bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Pakatan Rakyat cuci kaki sahaja ambil alih Selangor. Apa pembangunan yang Pakatan Rakyat buat di Selangor selain dari ceramah dan demontrasi, kalau prasarana pun terminal Klang Sentral, paksa penduduk dan pengusaha bas menggunakan Klang Sentral yang 10 kilometer lebih jauh dari terminal asal. Sedangkan terminal asal lebih mudah digunakan meskpun tiada bangunan penghawa dingin hanya sekadar macam dataran dan ada khemah besi. Saya pernah ke sana, sebab itulah saya komen. Janganlah kamu nak pujuk diri untuk terima maklumat salah, yang salah tetap salah, yang betul kena terima. Pasal pergi Disneyland, anda peduli apa siapa yang pergi, rakyat Selangorkah, rakyat Zimbabwekah, atau siapa saja yang pergi, mereka bukan pergi buat maksiat di sana, yang anda terlompat dan terlolong di sana sini apa hal? Biarlah mereka. Semoga anda insaf dan telitilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.

    zulalarm Reply:

    Assalammualaikum Encik Mohammad

    Melihat cara anda berkempen dan mempertahankan BN sepanjang tulisan-tulisan yang dicatatkan di sini langsung tidak nampak apa-apa keistimewaan yang cuba di pertengahkan. Gaya tulisan politik anda masih di tahap lama. Kalau beginilah caranya, anda sebenarnya mencipta senjata untuk memusnahkan BN sendiri.Cuba fikirkan sedalam-dalamnya kenapa rakyat begitu berani menggundi pembangkang yang ketika itu bukannya kuat sangat….berterabur…bagaikan pasir yang bertaburan.
    BN menguasai Media Perdana, Kewangan dan Pihak-pihak berkuasa tapi masih gagal untuk mencipta sejarah laman kemenangannya yang silam.Pembangkang bersatu bukan kerana mereka mahu bersatu tetapi rakyat yang berani mahukan mereka bersatu ini dinyatakan dengan undi kemenangan Pembangkang sehingga lebih 80 kerusi Parlimen. Hari ini Pakatan Rakyat di tubuhkan dengan begitu toleransi, sesuatu yang tak pernah dimimpikan. Apabila rakyat menolak BN, mereka betul-betul susah bukannya suka-suka atau pun melepas geram tetapi kepercahayaan masih lagi diberi di peringkat pusat dengan harapan masih ada perubahan jika BN sayangkan rakyat. Dunia dah berubah Encik Mohammad…..kalau anda melawan pembangkang dengan cara pembangkang…anda sebenarnya menikam diri sendiri atau pun anda sengaja membuka kelemahan BN bagi kemenangan Pakatan Rakyat.
    Kalau Pakatan menghadapi masalah 40 peratus tetapi BN mengahadapi masalah 100 peratus. FIKIrkan
    sendiri….Kalau mahukan kemenangan.

    Reply

    zulalarm Reply:

    Assalammualaikum Encik Mohammad

    Melihat cara anda berkempen dan mempertahankan BN sepanjang tulisan-tulisan yang dicatatkan di sini langsung tidak nampak apa-apa keistimewaan yang cuba di pertengahkan. Gaya tulisan politik anda masih di tahap lama. Kalau beginilah caranya, anda sebenarnya mencipta senjata untuk memusnahkan BN sendiri.Cuba fikirkan sedalam-dalamnya kenapa rakyat begitu berani menggundi pembangkang yang ketika itu bukannya kuat sangat….berterabur…bagaikan pasir yang bertaburan.
    BN menguasai Media Perdana, Kewangan dan Pihak-pihak berkuasa tapi masih gagal untuk mencipta sejarah laman kemenangannya yang silam.Pembangkang bersatu bukan kerana mereka mahu bersatu tetapi rakyat yang berani mahukan mereka bersatu ini dinyatakan dengan undi kemenangan Pembangkang sehingga lebih 80 kerusi Parlimen. Hari ini Pakatan Rakyat di tubuhkan dengan begitu toleransi, sesuatu yang tak pernah dimimpikan. Apabila rakyat menolak BN, mereka betul-betul susah bukannya suka-suka atau pun melepas geram tetapi kepercahayaan masih lagi diberi di peringkat pusat dengan harapan masih ada perubahan jika BN sayangkan rakyat. Dunia dah berubah Encik Mohammad…..kalau anda melawan pembangkang dengan cara pembangkang…anda sebenarnya menikam diri sendiri atau pun anda sengaja membuka kelemahan BN bagi kemenangan Pakatan Rakyat.
    Kalau Pakatan menghadapi masalah 40 peratus tetapi BN mengahadapi masalah 100 peratus. FIKIrkan
    sendiri….Kalau mahukan kemenangan.

    Reply

  9. 9 CheDET Dec 29th, 2009 at 7:49 pm

    PR bergelora cuma isu-isu semasa, dimana Kepimpinan Parti masing-masing masih kukuh.
    BN bergelora dengan masalah parti komponen yang kronik seperti.

    1. MIC – UMNO cuba tubuh parti alternatif (PMS) untuk selamatkan undi kaum India yang meleset
    dan tidak ambil peduli pandangan Presidennya.
    2. MCA – UMNO cuba jatuhkan Tee Keat supaya kes PKFZ berkubur dengan berkuburnya Tee Keat.
    3. PPP – UMNO cuba melaga-lagakan pemimpin PPP supaya parti ini diharamkan dan sokongan ahli
    pergi ke parti komponen lain.
    4. Gerakan – UMNO cuba melemahkan pengaruh Gerakan di P.Pinang dengan meminta jawatan Ketua
    Perhubungan negeri.
    5. UMNO – Orang-orang bawahan Pemimpin-pemimpin UMNO cuba melemahkan Najib dengan membuka
    kes-kes sensitif ke media yang menjurus ke arah kelemahan Najib sebagai pemimpin
    negara. Komen Nazri dan Muhyidin bertentangan tentang isu yang sama.

    Memandangkan kesemua parti utama mempunyai masalah atau liabiliti. Adalah sukar menyelesaikannya sebelum PR13. Oleh yang demikian jalan sebaiknya bagi BN adalah mengupah beberapa individu supaya membuat isu yang kronik kepada PR seperti.

    1. Selangor – Desak PAS keluar Pakatan dan kemudian join BN.
    2. P.Pinang – Menekan KM dengan isu-isu lapuk dan perkauman.
    3. Kelantan – Memberi tekanan dan masalah kepada Tuan Guru supaya berundur dan kemudian
    apabila UMNO ambil alih, masalah duit royalti dapat diselesaikan seperti di
    Terenganu.
    4. Kedah – Cuba mempolitikkan masalah bekalan air.

    Mereka gagal dalam cubaan di atas kerana pemimpin dan penyokong PR tidak cepat melatah.
    Alhamdulilah..

    Reply

    ron Reply:

    bn is in real ruckus, extremely chaotic. it’s the controlled media who blanket the issues & problems with cosmetics. to divert people attention, they black-heartedly disturb & sabotage Kedah, Kelantan Penang & Selangor.

    but people already know. bn wont be so lucky next GE. PR is just a better choice, they’re supported by like-minded multi-racial, urban & professionals.

    Reply

  10. 10 IBAN TERTINDAS Dec 29th, 2009 at 9:24 pm

    William Mawan dikhabarkan akan ke Sekaloh, Niah, Miri, Sarawak untuk menyelesaikan masalah NCR di mana penduduk berbangsa Iban telah mendirikan BLOCKADE (halangan) bagi menuntut hak mereka ke atas tanah NCR mereka yang telah dirampas dan diserahkan kepada Syarikat pada tahun 1998.Penduduk terpaksa mendirikan blockade kerana masalah mereka tidak dipedulikan.

    Mawan sebagai presiden SPDP akan ke sana pada 31.12.2009 ini jam 10.30am. Kalau masalah SPDP pun tidak selesai ; nak pergi selesaikan masalah rampasan tanah NCR? Semoga berjaya Mawan.

    Dengar khabarnya penduduk Iban tidak akan berganjak dengan permohonan mereka kali ini. KEMBALIKAN TANAH NCR MEREKA atau bayar sehingga jutaan ringgit atas kerugian yang dialami selama 10 tahun lepas….

    Reply

  11. 11 farid Dec 31st, 2009 at 10:57 am

    dah federal bn pegang, mcm mane nak develope state. peruntukan pun menteri sapu.. apara laa lu en mat..

    Reply

    Mohamad Reply:

    Banyak caranya En. Farid, takkan nak harap kerajaan pusat saja. Indusrti di Selangor itupun kilang-kilangnya dibina oleh pihak swasta, kerajaan hanya bina prasarana seperti jalan raya, pelabuhan dan lain-lain keperluan saja. Takkan semua nak kena bagi. Duit royalti balak, lombong emas, lombong besi, lombang mangan, cukai tanah, keuntungan syarikat negeri buat apa? Kalau kerajaan negeri yang berwawasan, bekerjasama dengan swasta, membuat rangka kerja pembangunan dan menyediakan latihan dan insentif seperti sewa tanah murah pada belia untuk pertanian, tak mustahil boleh berjaya. Ini antara nak atau tak nak saja. Tetapi selalu yang saya lihat di Semenanjung, ialah program ceramah, boleh kata dalam seminggu tu paling kurang sekali, sampai tampal poster di sana sini. Tapi penyakit itu tak berjangkit lagilah di Sabah dan Sarawak kini, tapi tak tahulah kalau nak sebarkan juga wabak berkenaan ke kedua-dua negeri berkenaan. Seperti yang saya sarankan dari berdemontrasi, berceramah maki hamun yang menyusahkan orang dan dapat dosa, lebih baik buat gotong royong, aktiviti sukan, hiburan Islam, riadah, pertandingan melukis, mewarna, menyediakan rangka kerja pembangunan dan lain-lain yang berfaedah. Tapi ini tidak semangat untuk rampas kuasa dari Barisan Nasional lebih membuak-buak dalam sanubari Pakatan Rakyat meskipun mereka tahu sebenarnya mereka tidak setanding dengan Barisan Nasional, tapi disebabkan tamak, diteruskan juga agenda-agenda tidak bermoral berkenaan. Barisan Nasional telah terbukti berupaya membangunkan negara dan rakyat hingga menjadi negara yang dihormati, tapi apa sumbangan Pakatan Rakyat pada negara, Malaysia dituduh yang bukan-bukan oleh orang barat adalah kerana Pakatan Rakyat yang suka memburuk-burukkan imej kerajaan. Semoga anda sedar, jangan terlalu keterlaluan sangat dalam berbuat sesuatu, tak baik, bersederhana dan berusaha itu lebih berfaedah. Sekian, terima kasih.

    Reply

    ezanee Reply:

    yay mohamad buku teks…polite lagi dia ni..terima kasih sokmo…aku minat tulisan buku teks mu itu..wakaka..ulas lagi…tak banyak ulasan mu hari ni..why??letih dah..org mcm mu ini sehari dua lagi lenyap le kat sini..hangat2 tahik kambing je…pah ni hilang le tu..kakaka

    Reply

  12. 12 wan simunjan Jan 1st, 2010 at 7:44 pm

    Ternyata ulasan demi ulasan yang dipaparkan oleh sdr mohamad tidak ubah seperti tutur bicara kebijaksanaan SI PENJUAL UBAT JALANAN yang sentiasa berusaha untuk melariskan perniagaan mereka. Biar pun ubat yang dijual tu nampaknya tidak memberi apa-apa kebaikan namun semangat untuk mencari sesuap nasi akan memastikan golongan ini terus bercakap dan melobi kepada masyarakat tentang ubat yang mereka jual.

    Teruskan usaha anda kerana semakin banyak anda mengulas SEMAKIN KEBODOHAN ANDA TERSERLAH. Nak buat macamana keadaan dan zaman telah membuktikan bahawa gerombolan BN = Busuk Niatnya. Semakin rakyat sedar semakin BURUK BN/UMNO di mata rakyat.

    Daripada GOLONGAN BUSUK PEMIMPIN BN/UMNO MENDIAMKAN DIRI DAN MENGHILANGKAN SEGALA BUKTI YANG ADA LEBIH BAIK ADA MANUSIA SEPERTI SAUDARA YANG SANGGUP UNTUK MENELANJANGKAN SEGALA KEBURUKAN DAN KEBUSUKAN PEMIMPIN BN/UMNO DALAM MEMANIPULASI HAK DAN KEBEBASAN RAKYAT. TERUSKANLAH.

    Bagi saya di Simunjan dan anak-anak Sarawak yang SEMAKIN SEDAR di seluruh Sarawak ni pastinya pemimpin-pemimpin BN yang diterajui oleh REJIM TAIB akan mula merasakan balasan rakyat pada PRU DUN 2010 akan datang. Rakyat Sarawak tak sabar nak bagi pengajaran dan membalas segala ketidakadilan pemimpin-pemimpin BN pimpinan REJIM TAIB dikuburkan dari politik rakyat Sarawak. Insya Allah jika RASUAH sudah mula difahami dan projek mee segera bukan lagi keperluan rakyat maka sudah pasti kepimpinan YB yang mengumpul kekayaan dan merampas hak rakyat akan berjaya ditumbangkan. Semoga kesedaran rakyat terhadap hak dan keperluan mereka akan menjadikan semangat untuk MENGHANCURKAN REJIM TAIB akan terus bersemangat.

    HIDUP PAKATAN RAKYAT. HANCURKAN KEPIMPINAN REJIM TAIB YANG MERAMPAS DAN MEMANIPULASI HAK DAN KEBEBASAN RAKYAT ! BUDAYA MEMILIH YB BN UNTUK MENJADIKAN MEREKA KAYA RAYA DAN KRONI MEREKA SENANG LENANG TERNYATA MERUGIKAN KITA RAKYAT. 46 TAHUN DIWAKILI OLEH PEMIMPIN BN, HANYA YB YANG MAMPU MENGUMPUL KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN HIDUP DENGAN SEGALA PELUANG DAN RUANG DIMONOPOLI OLEH MEREKA SEDANGKAN RAKYAT MASIH MENJADI PEMINTA SEDEKAH YANG MENGHARAPKAN SUMBANGAN YB YANG PENIPU INI. RAKYAT DIBIARKAN MENJADI PEMINTA SEDEKAH DAN PENERIMA BANTUAH EHSAN SEDANGKAN YB REJIM TAIB SEMAKIN RAKUS MELUASKAN HUTAN DAN MERAMPAS TANAH RAKYAT UNTUK MENAMBAH SYER KELAPA SAWIT DAN MENGISI PERUT MEREKA.

    Kalau pun kita rakyat sarawak masih berada pada kategori BODOH tapi janganlah kita menjadi seperti KETURUNAN EN. MOHAMAD NI…..SUDAHLAH BODOH SANGGUP PULA DIPERBODOHKAN. MANUSIA SEPERTI INI PUNYA AKAL TETAPI MARUAH SUDAH TERGADAI. APALAH ERTINYA MENJADI SESEORANG MANUSIA KALAU MARUAH TIDAK LAGI MAMPU DIPERTAHANKAN?

    Kalau kita terus berada dalam kelompok BN maka Bangsat Nampaknya. Maka lebih baik kita masuk dalam kelompok PR = Pembela Rakyat !

    Reply

    Mohamad Reply:

    Yalah itu, saya ini penjual ubat jalanan, tapi paling kurang saya tak tipu orang, bukan macam sesetangah orang yang promosi pelaburan itulah, inilah, tapi semua penipu. Meskipun penjual ubat jalanan, tapi ada maruah dan harga diri, tapi promoter-promoter skim pelaburan palsu memang tak tahu malu tapi suka menipu orang sahaja. Lihatlah nanti macam mana Pembela Rakyat ini nak membela, takut pula kalau bukan membela tapi perampas hak rakyat pula jadi Pembuli Rakyat. Sekian,terima kasih.

    Reply

  13. 13 4JJluZ Jan 1st, 2010 at 11:50 pm

    Tuan-tuan yang budiman,
    Adakah bila adanya pertandingan didalam parti maka parti itu dianggap sebagai bermasaalah? Kalau betul baguslah..Tukar TAMPOK lama kepada yang baru.Macam kereta lama yang diperbaiki sepenohnya maka perjalananya akan bertambah lancar. Tidak bersalahan jika adanya pertandingan tetapi biarlah berhemah.

    Kalau setakat krisis dalam MCA tu bukan lah besar sangat.. Nama nya pun parti POLITIK..Fahamilah apa yang tersurat dan tersirat..Kenapa dan mengapa…

    Kepada tuan hj mokthar,
    Apa yang tuan lakukan adalah amatlah bertepatan sekali, dimana setelah mengecapi kekayaan dan kesenangan dari UMNO, tuan keluar dan membantu mereka yang didalam kesusahan dari PR..Tahniah ..Setidak tidaknya tuan merasa juga sedikit apa yang disediakan oleh UMNO dahulu. Tak perlulah nak dinafikan.Itulah kenyatannya.Kebiasaannya orang2 yang meninggalkan UMNO adalah terdiri daripada orang-orang yang kecewa ..samada tidak mendapat layanan istimewa atau kepentingan peribadi terabai..

    Reply

    abid Reply:

    jangan tuduh tuan haji mokhtar begitu……
    beliau keluar dari umno kerana dalam parti umno banyak maksiat…………..
    itu adalah pilihan yang tepat……………
    bagus tuan haji mokhtar………………….

    Reply

  14. 14 Pemimpin yang Dipimpin Jan 3rd, 2010 at 1:34 am

    bagus semua ahli SPDP jadi presiden kalau macam tu…jadi semua hasil rompakan dapat dibahagikan sama rata…kalau tidak pun semua ahli SPDP masuk KEADILAN atau PAS atau DAP…habis cerita…cakap orang dewasa tapi fikiran macam darjah dua mau rebut2 jawatan tinggi….otak GoBlog..

    Reply

  15. 15 suri Jan 3rd, 2010 at 5:31 pm

    kepada 4JJluZ…mcm mana awak boleh kata krisis MCA bukanlah besar sangat????????….ianya bukan setakat kes besar malah boleh mengucar kacirkan parti itu sendiri dan Barisan Nasional amnya…………bila2 saya baca komen saudara nampaknya sebiji mcm mohamad…ntah2 awak ni mohamad kot???????????????????

    Reply

  16. 16 PUTERI SANTUBONG Jan 4th, 2010 at 4:25 pm

    MOHAMMAD 23X..KO TO BENGAP KER APA

    AKU BUKAN APA KO BUKAN TINGGAL KAT SARAWAK KALAU KO TINGGAL KAT SARAWAK…BARU KAU TAU…
    AKU YG SEJAK AZALI NI PUN TERASA AZABNYA PEMERITAHAN TOK UBAN TU..GILA KUASA..SEGALA2 NYER NYUSAHKAN RAKYAT..

    AKU PERNAH MENGHADIRI SEMINAR SUHAKAM MENGENAI TANAH DAN ORG2 ASAL YG TERANIAYA AKIBAT PEMBUATAN EMPANGAN..TOK UBAN NAK 12 EMPANGAN GILA KER..YG ADA SEKARANG PUN DAH CUKUP..PENDUDUK ASAL SENDIRI MENGADU..MCM2 …MANA PEMIMPIN BN YG PERIHATIN MANA2?

    SIAP ADA TV3..ALIH 2 DALAM BERITA UTAMA..TAKDER SATUPUN PERMASALAHAN DI BUAT…ORG SARWAK NI DIAM2 TUNGGU PR U 2010..ABES KO TOK UBAN..

    CIK MOHAMMAD KO DTG LAH SARAWAK AKU JEMPUN KO KAT AIRPORT NANTI AKU BAWAK KO ROUND SARAWAK..NAK TAK?BARU KAU TAU PERMASALAHAN RAKYAT…TPTKU KAT LAWAS LAWAS TAU TAK SEMPADAN DGN SABAH…APA YG ADA..?KO DTGLAH…

    Reply

    Mohamad Reply:

    Anda yang tak tahu bersyukur sebenarnya, baca balik tulisan saya sebelum ini, Sarawak sebenarnya berpotensi besar terhadap penduduknya, tetapi kesempatan ini tidak diambil oleh penduduk, malahan membiarkan orang bukan bumiputera menguasainya. Tanah penduduk boleh diusahakan dengan berbagai tanaman, ubi kayu, keledek, nanas, kelapa, sayuran, pisang dan lain-lain tanaman yang berdaya maju. Penduduk boleh mengadakan koperasi untuk membeli tanaman penduduk dan mengusahakan industri makanan pula, contohnya ubi kayu kayu dibeli dan dibuat kerepek, keledek boleh dijadikan tepung keledek, pisang boleh buat kerepek, dan macam-macam lagi. Kerajaan negeri berusaha ke arah itu, tetapi kalau penduduk tidak mahu berusaha apa yang boleh dibuat? Berkenaan empangan, perkaran ini dipolitikkan sebenarnya, banyak faedah yang akan diperolehi oleh Sarawak hasil empangan untuk hidroelektrik, kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri industri, oleh itu bekalan tenaga penting untuk menjana mesin-mesin di sektor industri. Apabila industri wujud, peluang pekerjaan kepada penduduk akan ada, malahan sektor perniagaan juga boleh diceburi oleh penduduk. Pihak-pihak yang menentang usaha ini adalah pihak yang telah senang hidup mereka, kononnya alam sekitarlah, penduduklah, haiwan liarlah dan macam-macam lagi alasan mereka. Apakah mereka mahu penduduk masih tinggal di dalam kemiskinan? Mengharapkan hasil hutan semata-mata. Anda sebagai peribumi Sarawak, jangan termakan hasutan dan tipu daya pihak-pihak ini, mereka hanya mahu penduduk Sarawak ketinggalan supaya senang mengekalkan kuasa politik mereka. Selama ini pun pembangunan yang dibuat oleh kerajaan negeri juga memikirkan hal alam sekitar, penduduk, haiwan liar dan lain-lain, bukan suka-suka hati nak buat sesuatu saja. Bagi golongan penentang ini, mereka mungkin suka dengan kehijauanlah, sungailah dan itu ini, tetapi mereka telah senang, gaji beribu-ribu, tapi penduduk hidup susah, gaji dua tingga ringgit sehari hasil jualan hasil hutan yang bukan boleh ambil hari-hari. Anda perlu fikirkan hal ini, jangan hanya indah khabar dari rupa sahaja. Pihak yang suka mengeksploitasikan hal ini memang keterlaluan, kebajikan penduduk jangka panjang tidak dihiraukan oleh mereka, yang penting ialah kuasa politik. Saya terkilan dengan keadaan ini, saya mahu Sarawak dan Sabah maju seumpama negeri-negeri di Semenanjung, tetapi pihak-pihak yang berkepentingan dalam politik suka mengeksploitasikan benda yang bukan-bukan serta menuduh kerajaan negeri sesuka hati hinggakan pembangunan terjejas. Apakah selamanya anda mahu peribumi Sarawak hidup dalam kemiskinan, hidup berdasarkan hasil hutan dan sungai? Saya pernah pergi ke Sarawak, dan salah satu bandar yang saya kunjungi adalah Miri, di sana saya dapati pembangunan makin pesat, banyak kedai-kedai, hotel-hotel dan bangunan-bangunan tinggi yang menempatkan pejabat, bank, pasaraya dan lain-lain kemudahan. Jadi tuduhan bahawa Sarawak adalah mundur adalah keterlaluan sebenarnya. Lihatlah di kawasan pedalaman di Bakelalan di daerah Lawas, ada kebun epal, di Malaysia di sini saja ada kebun epal. Selain itu kemudahan internet di Bario, meskipun jauh di pedalaman, tetapi kerajaan negeri tetap mengambil berat dan berusaha untuk membantu penduduk. Penduduk kawasan pedalaman juga dilengkapi oleh sistem pengangkutan udara kerana kesukaran untuk membina laluan darat berdasarkan topografi muka buminya yang bergunung ganang. Anda perlu lihat betul-betul apa yang berlaku dengan apa yang dimomokkan kepada anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apakah mereka mampu memajukan Sarawak sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri ketika ini? Kalau nak janji, macam-macam boleh janji, tapi bolehkah ditunaikan? Kalau anda ingat lagi kisah Pak Kaduk yang merasaan ayam raja lebih hebat dari si Biring, ayamnya beliau bertukar ayam dengan ayam raja, tetapi akhirnya si Biring yang menang dan berjaya menewaskan ayam raja. Tapi beliau terlompat terlolong hingga carik baju kertasnya itu. Keadaan yang saudara hadapi sekarang ini pun samalah, kalau kita ambil pihak yang kita tak tahu kemampuannya memerintah, maka akan jadi seperti ayam raja itu tadilah, tengok macam hebat, tapi lebih hebat benda yang kita lepaskan sebelum ini. Terpulanglah anda nak berfikir macam mana, sekian, terima kasih.

    Reply

    Wan Simunjan Reply:

    Hujah kau ni Mohamad macam jawab soalan SPM je. Patut kau ni jual GAMBIR SARAWAK je.

    46 tahun di bawah pemerintahan BN kemajuan Sabah dan Sarawak baru sekitar tahun 2000 di ber perhatian sewajarnya. Singapura dan Brunei yang keluar daripada Malaysia dan seusia Sabah dan Sarawak berlimpah ruah kemakmuran hidup rakyatnya.

    46 tahun rakyat Sarawak di pimpin oleh BN hanya rumah dan kekayaan pemimpin atau YB BN yang berlimpahruah. Tapi rakyat hanya dapat RM10 – RM 20 ringgit sahaja untuk membenarkan mereka YB BN terus mengaut keuntungan dan kekayaan hasil bumi Sarawak. Rasa-rasanya di Sabah pun begitu juga.

    Cuba kau lihat kehidupan pemimpin-pemimpin BN yang memerintah Sabah tu. Mereka bertambah kaya tapi rakyat menyokong mereka sampai hari ni masih minta ehsan minta bina jalan bertar, bekalan air paip, bangunan sekolah baru, bekalan elektrik dan minta kawalan harga barang. Nak naik gaji atau penetapan gaji minuman untuk kesejahteraan rakyat sampai hari ini kerajaan tak mampu nak bagi. Kehidupan rakyat semakin terhimpit, kehidupan YB BN pula semakin senang lenang.

    Kalau kau masih sanggup jadi penyokong golongan penipu BN/UMNO tu kau sokonglah. PRU 13 nanti kau lihatlah bagaimana manusia seperti kau ni akan dilemparkan dengan taik ke muka. Muka manusia tak tahu malu dan tak mahu mengasihani orang lain dengan menyokong kepimpinan yang menyapu hak dan kekayaan rakyat ni memang layak dicampak dengan taik dari usus pemerintahan yang busuk hingga ke ususnya ini. Bangsat !

    Reply

    abid Reply:

    sy sokong puteri santubong………

    Reply

  17. 17 abid Jan 18th, 2010 at 1:48 am

    kepada mohamad , saya cuma nak tanya awk sesuatu awk tahu tak apa yang diperjuangkan UMNO dan kenapa awk sokong sangat UMNO…………?
    terima kasih…………..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Lagi Sekutu BN Dilanda Krisis at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 28th, 2009 at 1:48 pm

Leave a Reply




mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
2 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
5 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago
zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031