Archive for December 28th, 2009

28 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Barry Wain; penulis buku Malaysian Maverick, bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke empat telah melesapkan sejumlah RM 100 billion khazanah negara dan juga isu yang memalukan apabila enjin pesawat milik tentera udara didapati hilang tidak sewajarnya dipandang remeh.

Kedua-dua isu tersebut ternyata berkepentingan umum dan rakyat berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar dan memperolehi penjelasan yang munasabah. Malahan kesudian mantan perdana menteri untuk disiasat oleh Suruhanjaya Di Raja perlu disambut pentadbiran sekarang. RM 100 billion bukanlah sedikit jumlahnya.

Sungguh pun sudah ada beberapa tindakan susulan, misalnya penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu, rakyat sebenarnya meragui kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya. Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas. Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa.

Oleh itu saya memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar. Tidak semena-mena “whistle blower” pula yang menjadi sasaran. Sekonyong konyong sahabat saya Lim Guan Eng disiasat di bawah Akta Hasutan. Ini bukanlah kali pertama Guan Eng berhadapan dengan rencana sebegini. Sebelumnya kerana bermaksud melindungi maruah seorang anak gadis Melayu, beliau terpaksa merengkok dalam penjara.

Turut dukacita apabila gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada bulan Disember tahun lalu ,Dr Munawar Ahmad Anees hari ini sekali lagi gagal dalam usaha membersihkan namanya dengan memohon agar dipadamkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah liwat yang membabitkan beliau. Beliau mencabar keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadapnya pada tahun 1998 kerana beliau telah dipaksa supaya membuat pengakuan dalam kes tersebut.

Sepatutnya institusi keselamatan dan keadilan menumpukan usaha untuk membanteras jenayah demi menjamin keamanan rakyat keseluruhannya. Tidakkah kematian dan kehilangan anak anak kecil kita mengetuk keinsafan pimpinan tertinggi pihak polis terhadap kelalaian mereka. Sedarlah rakyat bukan musuh anda! Rakyat sebenarnya sudah mual dengan kebobrokan yang berlaku. Mereka tidak mahu institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan mereka bersekongkol dengan pimpinan umno-bn menutupi pekung busuk.

ANWAR IBRAHIM

28 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysia Kini

The call for a royal commission to investigate claims that two former prime ministers had squandered hundreds of billions of ringgit during their tenure has received the backing of an anti-corruption watchdog.

Both Dr Mahathir Mohamad and his successor, Abdullah Ahmad Badawi, should be subjected to the investigations to restore credibility to the government, said Gerak chairperson Mohd Nazree Mohd Yunus.

“If these claims are not investigated, Gerak is concerned that the incidence of irregularities and corruption will be common practice in the future among national leaders, said Nazree in a statement issued today.

While integrity in the management of the country’s resources was crucial to the stability of the economy, the trust that foreign investors have towards the economy would also erode if political figures were allowed to get away with corruption and mismanagement, he added. (more…)

28 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari EraPakatan

Oleh Masdar Wahid

Krisis berterusan yang melanda sekutu rejim BN di semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan, kini menyeberangi Laut Cina Selatan apabila satu lagi sekutunya di Sarawak turut menerima nasib yang sama.

Terbaru, Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menyaksikan perpecahan dalaman apabila Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) parti itu pada 28 Disember ini menyaksikan pertembungan hampir di semua peringkat termasuk jawatan Timbalan Presiden dengan drama ugutan, ancam keselamatan calon bertanding dan ‘Senarai calon pilihan Presiden’ mewarnai pertandingan itu. (more…)

28 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Khalil Idham Lim

Media arus perdana yang pro-kerajaan hari ini semacam secara terancang mula menyiarkan dan membesar-besarkan berita mengenai sekumpulan yang saya anggap sebagai pelakon upahan baru bagi menjayakan rancangan licik bagi melemahkah Pakatan Rakyat.

Tindakan sekumpulan sekitar 20 orang yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran kononnya dari rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya. (more…)

28 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

By Hazlan Zakaria

Without mincing his words, political analyst Abdul Aziz Bari likened those who hold the reins of power in Malaysia to a bunch of ‘thugs’.

According to him, these individuals do as they please without proper regard for the law of the land and the percepts laid down in the federal constitution.

“We are like Zimbabwe, just with another name!” stressed the law expert.

Zimbabwe under President Robert Mugabe has earned international infamy over it’s questionable policies and use of the legal system and laws to prop up the government. (more…)