Dari Harakah Daily
Oleh M Khaleel Kas
Kerajaan digesa untuk menubuhkan dengan segera Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kehilangan dua buah enjin kapal terbang tempur F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Hal ini ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai isu tersebut di majlis jamuan Hi-Tea sempena Krismas anjuran The Mar Thoma Syrian Church of Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Anwar skandal kehilangan enjin pesawat merupakan suatu perkara yang sangat serius dan tidak sepatutnya dipandang ringan.
Sehubungan itu beliau dan parti-parti pembangkang menuntut penubuhan satu Suruhanjaya diRaja untuk menanganinya.
“Kita menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal ini,” tegasnya ketika ditanya wartawan.
Sebelum ini,Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.
Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.
“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.
“Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi dalam majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10 oleh Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Mhafuz Omar pula persoalkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas kegagalan agensi itu menyelesaikan siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet pemintas F-5E seperti yang dilaporkan baru-baru ini.
Mahfuz yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah di Pejabat PAS Pokok Sena baru-baru ini berkata, beliau difahamkan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 4 Ogos 2008 yang lalu dan nota pemakluman kepada Jabatan Peguam Negara (AG) hanya dihantar pada Mei 2009.
“Persoalannya, kenapa PDRM perlu ambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat insiden yang sebegini serius dan penting?
“Sembilan bulan bukannya tempoh yang singkat, itu pun masih tidak boleh selesai, perlu kepada lanjutan tempoh siasatan, ini yang meragukan dan rakyat persoalkan,” katanya.
Menurut Mahfuz, kerajaan perlu menyatakan bentuk tindakan yang telah diambil terhadap syarikat yang memonopoli kerja-kerja penyelenggaraan enjin pesawat pejuang milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu AIROD SDN BHD.
“Kejadian enjin jet F-5E hilang itu dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari pengkalan TUDM di Butterworth ke AIROD untuk diselenggarakan, sudah tentu ada kaitannya dengan syarikat itu,” katanya.
Beliau turut mengulangi desakannya supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan peringkat Parlimen yang diyakini lebih bersifat terbuka, berintegeriti dan telus dalam usaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.
Mahfuz berkata, perletakan jawatan seorang pegawai berpangkat Briged Jeneral dan tindakan memberhentikan perkhidmatan 20 anggota lain yang dikatakan tiada kaitan dengan kes ini turut mengundang keraguan masyarakat yang melihat seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan dengan kes ini.
Ini sekaligus menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berjanji tidak akan menyembunyikan siasatan kes dari pengetahuan umum.
Mahfuz menuntut Kementerian Pertahanan mengemukakan alasan ke atas tindakan memberhentikan kerja 20 anggota tersebut dan menyatakan alasan perletakan jawatan pegawai tinggi itu kepada masyarakat umum untuk mengembalikan keyakinan mereka.
“Kalau betul mereka terlibat, kerajaan perlu mengheret mereka ke mahkamah terbuka dan bukannya dakwa mereka di mahkamah tentera yang sudah tentu perbicaraannya tidak akan didedahkan kepada pengetahuan umum,”tegasnya.


















This is very bad for the image of Malaysia at an international platform.
The credibility of the country is at tentrehooks.
Reply
Salam Semua.. buat malu Negara Malaysia aje… Kalau pertahanan negara dah tak selamat macam nie mampuslah kita… apa nak jadi dgn Malaysia skg…??? siasat betul – betul terutamanya Pak Menteri yang menjaga Pertahanan negara ini, kalau takat TUDM tak keluar enjin tu beb… nie mesti melibatkan org atasan @ Menteri berkenaan… Mari kita ubah kerajaan nanti lagi banyak Harta & aset negara Malaysia yang tercinta ini akan berada di luar negara… Takbir!!!! Allahuakhbar!!!!!!! Hidup PR.. Hidup DSAI!!!! Lawan tetap lawan!!!!!
Reply
kung fu panda Reply:
December 27th, 2009 at 11:44 am
kalau enjin sebesar itu boleh dilarikan oleh Tentera UMNO BN, mungkin satu hari nanti UMNO BN sewakan kapal selam Negara pada Osama atau pengikut Mat Top, lepas misi Osama Pulangkan mungkin kira jam, atau kira kong,UMNO ni asalkan jadi wang depa sapu. kita binbang US akan kenakan Negara sekatan senjata atau sekatan Ekonomi masa tu baru parah!! Simpag 44 jangan kena sekatan ekonomi US dah le!! macam mana nak makan KFC dan Md, depa tarik lesen jenama!!!tak lalu hari hari makan sambal belacan petai dengan ikan pekasam!!!
Reply
fizal Reply:
December 30th, 2009 at 1:15 am
apa la kung fu.. kalau lu cina takpa makan mcd ke kfc tapi kalau lu melayu jangan palahap sgt makan makanan YAHUDI tu.. sapa suruh lu hari hari makan petai dgn sambal belacan, macam macam makan ada kat malaysia ni yang bole dimakan.. jangan agungkan YAHUDI.
Reply
kung fu panda Reply:
December 30th, 2009 at 3:16 pm
Sembelihan Yahudi dibolehkan dimakan orang islam , apa salahnya kita makan KFC dan MD, tahukah u pendapatan Iklan di TV dan Radio dan sebagainya dimalaysia disumbangkan dari KFC dan MD kepada industri pengiklanan di malaysia ini?. ya!! macam macam makanan ada dimalaysia ni tetapi depa UMNO pilih “makan rasuah”, aku tengok yang ramai makan KFC dan MD adalah Melayu Islam. Petai punca Gastrik (Angin) Belacan Punca (Kenser),kita harus ingat bukan semua yahudi itu jahat begitu juga di malaysia bukan semua melayu itu jahat cuma melayu UMNO sahaja yang anu!!!.
Takkan kita tolak Yahudi kita kena tolak Jenama Mereka, bergitu juga saya jika saya tak suka cina takan kita tolak DAP !! DAP cuma Jenama!! tapi cara u berbeza cukup berbeza jika you tak suka melayu you tolak UMNO ‘Jenama’ ini dikira cukup bagus!!
bukannya BAD lagi,ini la pengkhianat bangsa dan negara yg sebenarnya..mana peginya TPM,diam membisu,macam sama2 buat je..bila menggata DSAI pengkhianat bukan main lagi,semua tukang angguk mcam burung belatuk pun nak menyampuk,sampai rakyat muak la hari2 keluar kat tv ngan paper.negara yang lebih teruk tahap rasuahnya pun tak gadai maruah negara..takde sorang pun orang umno nak komen,senyap..membisu..menikus..berebut rebut la ngan cacing nak masuk lubang menyorok.dasar hampeh..kalau tak dia la pembela negara,siap cabut keris lagi tu..cakap cakap kenapa tak cakap..mana peginya ketuanan melayu..sebenarnya buat malu melayu je..bangsat..memalukan bangsa betul la korang ni.
Reply
InsyaAllah, didoakan Allah s.w.t memelihara dan melindungi kita Muslimin Muslimah & Mukminin Mukminah khasnya drpd kejahatan dan kesesatan olih Iblis laknatullah & Syaitan manusia, Amin, didoakan kemenangan dan kejayaan seterusnya kapada pejuang pejuang wadah Pakatan Rakyat, demi kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya,Amin,didoakan semoga dikurniakan Taufiq & Hidayah drpd Allah s.w.t.juga kpd Pemimpin2 Islam keseluruhannya,Amin
Reply
baru lah bole guna i.s.a
Reply
Kalau kes begini tak ada pun simohamad komen….woi..Mohamad keluar kamu,bagi komen diblog ni,takut kena bantaikah???????kelambu betul simohamad ni…..
Reply
sistem yg terlalu lemah higgakan enjin pun boluh hilang nanti klcc pun boleh hilang agaknya DSAI ur the best terus maju demi negaramu dan demi rakyatmu
Reply
Sebetulnya kejadian ini adalah bala untuk Najib dan UMNO/BN.Tiap2 hari media pro UMNO baik cetak atau eletronik cerita pasal kesalahan Pakatan Rakyat saja . Ada saja jadi isu buat mereka.Ada saja isu mau pecah belah kan PR.Tiada cerita lain.Berbelit belit cerita mereka.Tapi syukur kehadirat Ilahi, rakyat Malaysia matang lagi bijak. Tidak mudah tertipu dengan agenda tersembunyi UMNO/BN.Nah bila Allah tunjuki busuk mereka hingga ke usus, media pro UMNO/BN diam seribu bahasa. Apa dah jadi etika kewartawanan media media ini baik Utusan Moloyak atau TV3 suku atau RTM1/2(setengah)?. Dipersada dunia, Malaysia jadi bahan gelak dan gurauan. Sememangnya Allah maha bijak lagi berkuasa.Saya rasa UMNO/BN tak akan serik serik dengan perbuatan zalim mereka. Mereka ini tak percaya pada kebesaran dan kekuasaan Allah.Nampaknya doa orang2 yang dizalimi UMNO/BN dimakbul Allah secara “slow and steady”.Macam Allah ajar Firaun dan pemerintahannya.Oleh itu, PR jangan sekalikali berlaku zalim terhadap rakyat samaada musuh/lawan atau kawan.Ambil itibar daripadah pengajaran Allah kepada UMNO/BN.Banyak lagi bala akan menimpa UMNO/BN dan konco konconya.Tunggu dan lihat.
Reply
Nak tunggu apa lagi yang ‘hilang’?. Atau ada sekelompok ahli UMNO yang cuba menjatuhkan kredibiliti Presidennya? Atau Presidennya dah ‘lost touch’ dengan komponennya? Atau cuba mengatur serangan balas ke PR? sebagaimana ada ‘kumpulan’ PAS di Selangor yang menghendaki PAS keluar dari PR …tapi kenapa mereka yang dalam gambar TV3 tu cuba menutup muka dengan sepanduk dan tidak seperti gelagat penyokong PAS yang ‘ori’ iaitu berani tampil sambil sepanduk selalu di dada?..Atau cuba menimbulkan isu?..atau cuba melaga-laga PAS dan DAP? Selepas ini Media BN akan meminta pandangan DAP tentang isu ini dengan harapan mereka akan melenting…licik sungguh mereka ni….Siapa Ketua Perhubungan UMNO Selangor sekarang?…aku ingat-ingat lupa namanya. Harap PAS tetap teguh setelah di serang di Kelantan dan kini mula di Selangor.
Reply
Pakatan Rakyat tak habis-habis nak hentam kerajaan, anda ini tak faham atau sengaja tak nak faham atau anda memang tak reti bahasa bahawa kes itu telah disiasat, apa yang anda hendak lagi? Jangan bersikap tolol begini, anda pun bukannya tahu dari A hingga Z perkara berkenaan, tapi pandai-pandai nak tuduh itu dan ini. Tak reti bersabarkah, bukankah bersabar itu separuh dari iman, tunggulah siasatan selesai dan perbicaraan di mahkamah untuk mencari kebenarannya. Jangan jadi tikus membaiki labu, kononnya pandai itu dan ini tapi akhirnya melingkupkan banyak benda lain pula. Terpulanglah anda nak berfikir macam mana, tapi saya akan mempertahankan apa yang sepatutnya dipertahankan dan menentang apa yang sepatutnya ditentang. Satu lagi En. Hj. Mokhtar, orang yang sudah pergi mekah buat tunai haji, bila balik tak berkelakuan begini, cakap kena berhemah, jangan tunjukkan teladan yang tak baik kepada orang lain lebih-lebih lagi golongan muda. Sekian, terima kasih.
Reply
BUYI Reply:
December 29th, 2009 at 12:48 am
En Mohamad,
Jgn pertikaikan HJ orang, itu antara dia dengan tuhan!. Saudara tak da kena mengena, kalau tidak puas hati nasihat secara berhemah sikit. hentamlah sikit2 tapi kenapa nak hentam Hj dengan pi Mekah tu?
Itu hak dia nak cakap pasal hilang henjin tu, U kalu tak puas hati boleh ke lamam Che Det kat situ tak de siapa cerita pasal hilang henjin tu cam kat sini. Kat situ kena sangat dengan U pasal suka perlekehkan keselamatan negara.
Reply
jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:
December 29th, 2009 at 1:33 am
Manusia yang bernama mohamad yang tak berani memperkenalkan diri . nasihat saya tak payah lah jadi kaki bodek di blog dato seri anwar ini, tak payah lah tunjuk baik, tak payah lah tunjuk pandai. kami ahli keadilan tulin menyampah dengan kaki bodek ni. tak payah lah awak tolong jawab tulisan atau soalan orang di blog ini, siapa bagi awak kebenaran untuk jadi tolong jawab.biar dato seri sendiri jawab jika dato seri rasa ia elok di jawab.awak tak payah jadi kuli batak tunjuk pandai di sini.
Ok lah buang masa saya sahaja melayan kuli batak macam awak bodeknakmampos.kalau awak rasa tak puas hati silalah bertandang ke bukit bintang. biar kita bersilat secara jantan.okies.
Reply
Kenny Reply:
December 29th, 2009 at 10:36 am
Mohamad bodoh lar..
kes itu telah disiasat sejak 2007, apa hasil-nya?? ikan-ikan bilis (Askar pangkat bawahan) yang buat kerja ini?
Keperluan untuk melarikan dan jual 2 Engin Jet (Satu tan) adalah:
-> Orang diplomat yang kuat supaya dapat pembeli gelap antarabangsa.
-> Orang dasyat supaya pembeli gelap antarabangsa sanggup membayar-nya selapas dapatkan-nya
-> Orang berkuasa supaya kakitangan kerajaan buka jalan, seperti “Kastam” dan shipping company
-> Orang yang boleh hilangkan catatan log book untuk pihak berkuasa tentera dan kastam
-> Orang yang berkemampuan keluar masuk negara tanpa record.
Keperluan diatas tidak ada pada pengawai pangkat bawahan (a.k.a. Lain-lain pangkat)
Cukuplah Mohamad, kamu sabar dan suka kerajaan BN tak habis habis.
Reply
fizal Reply:
December 30th, 2009 at 1:29 am
apalah lu kenny.. kes ni timbul baru je 2 minggu bukan 2007.. tunggu la siasatan sapa yang betol dan sapa yang salah atau sapa yang kuat NAJIB ka ZAHAID HAMIDI??? pasal enjin hilang masa NAJIB jadi menteri pertahanan takan masa time hilang NAJIB tak tau atau buat buat tak tau… tapi menteri macam ZAHID mesti ada agenda kenapa membuka kelemahan kerajaan mesti nak tunjukan sesuatu.. mungkin bukan arahan NAJIB mungkin PAKLAH suruh…
Reply
memangtakpandai Reply:
January 1st, 2010 at 2:52 am
So fizal, you suggest ada perebutan kuasa dalam UMNO? atau Zahid nak ambik cue dari Liow MCA?
Pemimpin yang Dipimpin Reply:
January 3rd, 2010 at 1:49 am
U ni mohammad betrep jer lebih…kalau NAJIB hilang duit RM100 tak tau berapa tahun PDRM siasat….
Reply
salaman Reply:
January 3rd, 2010 at 6:20 pm
mohamad, aku sokong you. Org PKR hanya tahu membantah..masalah kena abused masa kecik2 dulu kot. Depa tak cukup kasih sayang..hasilnya jadi mcm ni la.. too critical dan tak reti nak rule negara. Biar negara tergadai asal nafsu dpt dicapai.
Reply
la mmg betoi pa………….krjaan lani x ble pkai,pkiaq la,lani plak mcm2 jd,entah pa lg y krajaan sembunyikan dr rakyat pn x tau la,rakyat lani dah sedaq dah bkn mcm dlu la…..,berani krana benar takut krana salah.sedaq la,klu mcm ni la negara,pa nk jd 10thn,20thn akn dtg,lg byk la korup,rasuah,kepimpinan hancur.mana keadilan y sebenarnya,org y zalim diagong-agongkan,org y dianiaya dipijak-pijak,pemimpin x elok ank buah lg la x elok.mcm mn generasi muda nk ikut?x jd contoh lgsung,ini bkn demokrasi mcm ni.mana kebebasan bersuara?rakyat pham sgt la,krajaan putaq belit,itu la ini la,x lama dah,krajaan akn termakan racun sendiri jgk,smpai bla nk klentong rakyat?yang mana rasa menyimpang 2 blek la jln y benar,jgn la dok sokong krajaan y menipu rakyat idup2,dmi agama bangsa dan negara y tercinta.Generasi muda pemimpin akn datang……………….
Reply
Lepas ini tak tahulah entah apa lagi suruhanjaya mereka nak buat? Suruhanjaya siasat orang yang suka maki dan jadi dalang demontrasi tak nak buatkah? Itu pun kena ambil tindakan juga, mengancam keselamatan negara.
Reply
memangtakpandai Reply:
December 29th, 2009 at 6:40 pm
Betul En. Mohamad, apasal geng En. Mohamad tak buat? Terutama yang demontrasi halang EN. Karpal kat Parlimen tu. Itu yang afdal. Tak ke Hj. Mokhtar?
Reply
BUYI Reply:
December 29th, 2009 at 6:50 pm
Ya En. Mohamad, tubuhkan Suruhanjaya Penyiasat yg menyiasat tindak tanduk agensi berkuasa yg gagal dalam menjalankan tugas dengan sempurna. Ahli lembaga penyiasat seperti yg disarankan oleh Tun Mahathir, sila lawat blog Che Det!
Reply
Betul Cakap Reply:
December 29th, 2009 at 10:46 pm
Encik Mohammad ni ahli Cybertrooper Umno nampaknya. Dibayar untuk buat kacau dalam laman blog.
Reply
mohamad ni ckp mcm org tak skolah aje tp lagak pandai mcm tau smua hal negara???
Reply
Kepada En. Buyi, kita patut nasihatkan orang kalau buat salah supaya insaf dan berbuat baik, bukannya menggalakkan orang berkenaan berterusan membuat maksiat. Tak kisahkah Hajikah, Hajahkah, Tan Srikah, Datukkah, atau siapa pun, kita perlu menyedarkan orang berkenaan. Memang itu urusan dia dengan tuhan, tapi sebagai manusia seagama, wajib kita beri nasihat. Entah apalah sikap anda ini menggalakkan perkara mungkar pula, ubahlah sikap, jadilah manusia baik. Sekian, terima kasih.
Reply
BUYI Reply:
December 30th, 2009 at 11:36 pm
Itulah En. Mohamad ni baca separuh2. Kan saya kata nak hentam boleh tapi hentam dengan berhemah sikit Hj. dgn pi MEKAH tu tak de kena mengena, itu antara dia dengan tuhan. Saya tak pun menggalakkan kemungkaran dan saya tak mempertahankan dia MACAM SAUDARA MENYATAKAN SAUDARA AKAN MEMPERTAHAN BN HABIS2AN! sebeleum ni. Walaupun BN sendiri ada kemungkaran.
Kenapa suruh saya jadi manusia baik, sebelum ini saya jahat sangat kah! ATAU SAUDARA DAH MENGANGGAP DIRI SAUDARA MAKSUM ATAU TUHAN KERANA MENTAFSIR SAYA JAHAT?. NAMPAKKAH DOSA SAYA LEBIH BERAT DARI KEBAIKAN SAYA?
Nampaknya saudara membalas semua kritikan dan saya dapati semuanya masa tersebut amat rapat sekali, saya tahu saudara bukan sendirian dalam membalas semua kritikan ini En. Mohamad yg saya kenali sebelum ini tak de isi2 bernas macam Mohamad sekarang ni yg ada sedikit isi2 penting.
Walaubagaimanapun isi-isi saudara masih longgar dengan contoh2 yang tak sesuai, saudara ni menulis seumpama Prof. Nordin Kardi, bunyi je hebat tapi isi……, malas saya nak sebut!
Reply
Mohamad Reply:
January 4th, 2010 at 8:15 am
Iyalah tu, nilailah diri saudara sendiri, selama ini pun saya tak maki pun siapa-siapa yang tak sependapat dengan saya di blog ini, tapi saya telah dimaki habis-habisan, termasuklah saudara sendiri. Selain itu, saudara yang pandai-pandai kutuk dan tuduh kerajaan macam-macam, apa cerita ini, macam dah sah kerajaan salah pula bila anda dan rakan-rakan tuduh itu dan ini. Janganlah macam ini, lihat apa yang berlaku, jangan terlalu idealis, nanti diri sendiri yang susah, sekarang ini, kita hidup aman damai, makan cukup, hidup selesa, kerajaan yang ada sekarang ini pun prihatin pada rakyat, bukannya bersikap zalim dan merampas hak rakyat. Anda perlu lihat kenyataan yang wujud, bukannya berteori tak tentu hala, jangan sudah terantuk baru nak terngadah, sudahlah. Sekian, terima kasih.
Reply
Do we still get excited over RC ?
What we need is a total reform and total change !!!
Reply
mmg btl nasihatkan org tu lg baik tp kau sokong benda yg salah ape citer…..
Reply
semenjak kedatngan mohamad ni..semua forum kena romoved sebab rply yang ekstream sgt kut.
Reply
pesal c mohammad ni back in kerajaan??I rasa U ni mohammad ada share la hasil rompakan enjin tu….brapa U dapat??GoBlog
Reply