26
Dec
09

Enjin Hilang, Negara Boleh Hancur – Anwar Ridhwan

Dari Harakah Daily

Oleh Ismail Hashim

Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.

Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.

“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.

“Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi.

Sebelum itu, Dr Anwar mengucapkan terima kasih atas kesudian Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor menganjurkan majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10, semalam.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Raja Lumu, di Muzium Selangor dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A Samad Said yang turut menyampaikan ucapan, Bendahari Gapena, Haji Hamzah Hamdani yang yang menyampaikan ucaptama dipengerusikan oleh Dr Ibrahim Ghafar.

Turut menyerikan lagi majlis berkenaan adalah Penggiat sastera dan budaya Melayu, Prof Dr Siti Zainon Ismail, Abdul Ghafar Ibrahim, Dr Ami Masra, Ahmad Sarju dan ramai lagi termasuk penuntut-penuntut Universiti seperti MSU.

“Saya sebagai anak Selangor merasa bangga dan terharu kerana setelah nama-nama besar sastera dari lain menerima anugerah ini, saya memang tertunggu-tunggu, bilakah agaknya penulis dari Negeri Selangor akan menerima anugerah Sasterawan Negara ini.

“Syukur dengan keizinan Allah SWT saya telah terpilih untuk menjadi Sasterawan Negara pertama yang datang dari Selangor,” jelas Dr Anwar dengan perasaan terharu.

Majlis Bicara Tokoh Sasterawan Negara dan di sebelah petang diadakan Seminar Penulisan Kreatif dan Variasinya ini dirasmikan oleh Exco Selangor, Puan Rodziah Ismail dan penutup oleh Datuk Dr Hassan Mohd Ali.

Kedua acara ini adalah program pertama anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah naungan Sultan Selangor yang perasmian kewujudannya akan dilakukan pada Mac 2010 nanti.

Dalam pada itu, seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor dapat menghadiahkan sebuah rumah sebagai ganjaran kepada Datuk Dr Anwar sebagai sasterawan pertama dari negeri ini.

Untuk rekod, Datuk Dr. Anuar Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera pada 1973 dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya.

Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Kini sebagai Dekan di Aswara, Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.

Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

Novel itu dengan judul “Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto” diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Antara pencapaian beliau di bidang sastera adalah Hadiah Karya Sastera Malaysia – Cerpen Perjalanan Terakhir (1971), Hadiah Karya Sastera Malaysia – Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973), Hadiah Karya Sastera Malaysia – Cerpen Sesudah Perang (1976), Hadiah Karya Sastera Malaysia – Cerpen Sasaran.

Hadiah Karya Sastera Malaysia – Cerpen Sahabat (1982), Hadiah Karya Sastera Malaysia – Cerpen Menjadi Tua (1983), Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus dan Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan


46 Responses to “Enjin Hilang, Negara Boleh Hancur – Anwar Ridhwan”


  1. 1 Abdullah Dec 26th, 2009 at 1:08 am

    Saya bersetuju Malaysia akan menghadapi masalah besar dengan kehilangan ini. Pembelian senjata dan peralatan ketenteraan daripada Amerika ialah di bawah program Foreign Military Sales (FMS)iaitu Kerajaan Amerika mengawal setiap senjata/peralatan ketenteraan yang dijual kepada negara luar untuk menjamin ianya tidak terjatuh ketangan negara yang disenarai hitam oleh Amerika. Malaysia bertanggungjawab ke atas keselamatan dan pergerakan peralatan tersebut. Kehilaangan barang2 tentera kali ini amat banyak, termasuk log booknya sekali iaitu rekod penyelenggaraan peralatan tersebut. Malaysia boleh dituduh sebagai agen atau pusat penyeludup peralatan ketenteraan ke negara-negara yang dilarang oleh Amerika. Insaflah pemimpin BN, jangan bercakap besar dan jangan menindas rakyat sendiri. Sekarang bala akan jatoh ke atas kepala anda semua. Malangnya rakyat juga akan memikul sama.

    Reply

  2. 2 Boring Dec 26th, 2009 at 2:17 am

    The Word “Harapkan Pagar,Pagar Pula Makan Padi”…Incident like this not only affect the Moral and Integrity of the Govn of the day…It also affect the Country Security. I dont think this have ever happen to any country in the World.

    The Amy supposed to Defend The Country…How can such a thing could happened and how can we rely on them to defend us ?

    The Defend Minister “whoever” and the Jeneral…should be sacked and Court Marshal or shoot in some country…For Betrayal To The Country,The King And The People !

    Its a Shamed To The Country,The Govn If Whoever Responsible Are Not Brought To Justice !

    Nanti Kapal Selam Pun Hilang !

    Reply

  3. 3 BUYI Dec 26th, 2009 at 10:17 am

    Askm!

    Itulah dia petunjuk, tak sampai 14 hari doa mereka yang teranaya diterjemahkan!, selepas teruk diputarbelitkan Be End!. Akhirnya doa itu maka terbukalah selepas 2 tahun tertutup kelemahan BELIAU yang didoakan kerana HENJIN JET sebesar lori 1 ton pun boleh lesap semasa beliau jadi MENTERI PERTAHANAN.

    ALLAH ITU MAHA BESAR LAGI AGUNG!

    Reply

  4. 4 pribumisabah Dec 26th, 2009 at 11:03 am

    MARUAH SEMUA PEMIMPIN DI MALAYSIA TELAH TERCALAR DI MATA DUNIA AKIBAT RASUAH !

    Reply

  5. 5 faziz ar Dec 26th, 2009 at 11:05 am

    dengan semnangat dan ketajaman pemikiran halus seorang bergelar seniman, bantulah perjuangan menentang kebatilan untuk menegak kebenaran seperti yang dipelopori DSAI

    Reply

  6. 6 perwira angkasa Dec 26th, 2009 at 11:11 am

    mari kita tngok per alasan krajaan bwah ppinan 1 mlysia,siapakah akan djdikan BlackGoat” kli ni…usah prbodohkan lgi rakyat…..2 thun ejin psawat hilang ngape lama sngt ambil masa..?
    23thun sya tburkan bakti dlm ATM..jdi mkin sdikit sbnyak sya tau sistem invotori” pyimpanan brg2 brharga…so sya bak tngok alasan pak2 mteri kli ni….mari kita lihat
    ‘Siapa yg kena…..”

    Reply

  7. 7 kulub amrin Dec 26th, 2009 at 11:17 am

    kalau wang Negara boleh di angkut keluar Negara oleh Para Peminpin UMNO BN apa peliknya Enjin Jet depa dapat kerjasama dari Toukeh Scrap tempatan dengan meletakan sebagai bersetatus Besi Buruk keatas Enjen tersebut. bergitu juga sebaliknya kepada wang depa dapat kerjasama dari taukeh Bank Negara, jadi apa yang di katakan “Malaysia Boleh” adalah satu kenyatan bukan hanya satu sebutan!!

    Kalau ‘Wang dan Senjata’ dan Perempuan (MP kena batangan) adalah mainnan Mereka (UMNO), apa lagi yang nak di harap oleh rakyat pada UMNO!!. malangnya rakyat sangup sidai kain, basuh pingan, tanak Nasik!!jaga rumah dan anak! UMNO pergi menjongkit. sebab itu Beras Negara di kawal oleh UMNO BN , saya tak beli dan tanak serta makan beras bernas!! beras kangkang UMNO.

    Reply

  8. 8 win win malaysia Dec 26th, 2009 at 11:58 am

    Enjin Hilang riuh 1malaysia apabende ni….

    Reply

    pakgah santan Reply:

    memang la ini bukan Enjin Honda cup cai!! yang mat rempit guna!!, ini enjin ada teknology jika jatuh kepada Negara Negara yang tak sepatutnya memilikinya mereka akan gunakan sebagai kajian dan sebagainya. UMNO akan dituduh pelindung kepada penganas antarabangsa!! padan muka!!

    Zahid hamidi berkata ada lagi barangan tentera yang hilang, jangan peluru Ecocet 40M hilang sudahla!!

    Reply

  9. 9 Mejar Raska Dec 26th, 2009 at 12:26 pm

    Telah direport hilang tahun 2007. Tanya pertama siapa kementerian pertahanan masa
    itu. Mengapa mendiam diri hanya serah pada yang baru. Mengapa sekarang General
    baru dipersalahkan sedang ,ia hanya di keluar bukan di hukum. Perkara berlaku
    hanya “Sack” atau “keluar” hanya perkara biasa bukan dihukum .
    Tolong check masalah pemimpin yang banyak sangat merosak negara kita ini. Mengapa
    Tun Rahman Yaakub terlalu bijak… semua ketua party dan peminpin serta ulama dpt
    diurus dengan baik termasuk Wan Azizah sendiri dan Najib Tun razak pun sekarang
    tidak berani dengan dia. Tun is mastermind among best Malaysian. Mafiapun susah nak
    menjatuhkan dia. His Empire is most strongest. Percayalah.

    Reply

  10. 10 charlie Dec 26th, 2009 at 4:17 pm

    Friends, our nation is indeed in a big mess. Dont you agree? Honesty and integrity is totally missing even jet engines can disappear into thin air. What is happening to this nation, Who is the captain running this nation. Where is accountability? Our economy is now totally stagnant, crime is rising, foreign investment is declining, high unemployment among graduates, low wage structure , migration of talents and professionals and some 2 million aliens around. Is this the Malaysia we want to see? Is change possible? With BN, and from past history, this is not possible. So Malaysians please arise and change as change rests in the peoples hand> So right thinking Malaysians > please do your part, Let us make a commitment to change in 2010 – change our mindset and attitude. Good luck Malaysia

    Reply

  11. 11 suri Dec 26th, 2009 at 6:36 pm

    kalau benar seperti yg Dr.Anwar Ridhuan katakan semamngnya ini isu yg sangat besar x boleh di pandang ringan…dah lah ramai tentera udara dan darat hilang nyawa gara2 helipkoter NURI ..peralatan kapal pula boleh hilang sewenang-wenangya…ni mesti kes nak dapat laba besar semua pun nak kaya cepat…semuanya pasal duit…duitlah yg merosakkan orang…beli kapal selam dengan budget yg tinggi…hantar angkaswan ke langit pun budget tinggi…tapi semua guna duit rakyat..yg kaya raya diorg juga bukanya rakyat..

    Reply

  12. 12 ali Imran Dec 26th, 2009 at 9:37 pm

    salam

    robbis rahli sadri wayassirli amri…

    slm sejhtera DSAI dan seluruh pimpinan pakatan rakyat yg hanya ada prinsip oerjuangan kepada rakyat….
    mana-mana pemimpin pakatan rakyat yang tiada prinsip dan pentingkan diri sendiri boleh berambus dan sokonglah amanu dan BE END….

    DSAI dan seluruh pemimpin pakatan rakyat….kehilangan injin untuk sistem pertahanan negara adalah simbol lemahnya tahap keselamatan negara….senang senang je musuh nak menyusup masuk dan pasang bom dan hancurkan sistem pertahanan negara….

    DSAI…bila sistem pertahanan tubuh badan kita dah lemah maka semua jenis kuman akan dtg serang sistem dlm badan dan kita jadi lemah maka kita akan tumabng rebag kebumi di mamah musuh….ini ibarat mcm kene kuman HIV…kene AIDS….sistem imun badan hancur makan seluruh kuman akan serang tubuh bdn kita…

    DSAI dan seluruh pemiompin pakatan rakyat…..adakah semua pegawai tentera kita yang berpangkat tinggi tak cukup gaji atau gaji tak tinggi maka maruah negara boleh di jual sesuka hati….malunya kita pada negara jiran yang mengetahui sistem pertahan kita lemah dan bocor…

    DSAI dan seluruh pemimpin pakatan rakyat…masda makin suntuk…gerak kerja untuk tawan seluruh negeri di malaysia harus di gerakkkan sekarang…..gendang perang saraf sedang di palu oleh AMANU dan BE END….jgn pekak kan telinga…gendang perang pakatan juga harus di palu….

    DSAI dan seluruh pemimpin pakatan rakyat….WALK THE TALK NOW…dont waste time dengan ceramah sana sini…rakyat yg susah tak mkn bukan boleh kenyang dengan dengar ceramah….?

    Reply

  13. 13 Anak Malaysia Dec 26th, 2009 at 10:45 pm

    Kerajaan bukan bodoh! Mungkin dalam keadaan tertentu berpura-pura sebagai sebodoh boleh selamatkan diri!
    Cuba fikir, sudahpun setahun lebih tiada siapa yang tahu berkenaan “kehilangan” kapal terbang. Tiba-tiba kerajaan membongkar sendiri kehilangan yang memalukan. Mengapa?? Cuba kaji maklumat yang dihulurkan untuk rakyat menelanya. Pertama, satu engine jet hilang, kemudian lain barang hilang, lepas itu 2 enjin, lebih banyak hilang; enjin itu “dijual” kepada Argentina, tetapi sekarang mungkin kapal itu berdestinasi Eropa ..dan kemungkinan Timur Tengah!! Pada masa yang sama duta Amerika ke Malaysia menyuarakan mereka prihatin pembangunan kerana khuatir technologi peperangan yang diharamkan untuk ekspot kepada negara tertentu mungkin terguling kepada mereka yang dikhuatiri!!!
    Semua loceng kecemasan seharunya bunyi sekarang! Adakah Malaysia menjadi saluran senjata senjata teknologi canggih dihantar kepada negara tertentu? Dari sudut ini maka apa yang disandiwarakan menjadi cerah.
    Oh, cuba tanya..mengapa kerajaan dapat tangkap pembuat bom di Kelantan selepas PM Najib dijemput ke Thai selatan? Adakah polis kita semua tidur? Takanlan polis tidak buat tanggapan bahawa tentunya ada pihak yang menyifatkan tanah melayu selamat untuk bina bom dari Thailand? Jika ada bagaimanakah mereka ini dapat menjalankan “tugas” mereka dengan sewenangnya?
    Bangunlah semua. buka lah mata, celakkan akal…kerajaan bukan bodohlah. Ada permainan bahaya ditempat-tempat tertinggi.

    Reply

    kublai khan Reply:

    Ini jelas malaysia bukan sahaja sebagai transit manusia, bahkan sebagai transit senjata suatau ketika dahulu sebuah syarikat Malaysia telah menhantar “part” untuk buat senjata kepada Iran, sekarang hilang teknology Enjin F 5 E.

    Malaysia adalah

    1. Transit Senjata
    2. Transit Manusia
    3. Transit Wang Haram (Bank Persisir Labuan)
    4. Transit & Reka dan Bena Cetak Rompak (menbekal VCD haram ke Hong Kong dan China)
    5. Transit Dadah ( Jumpa dalam kontena di Johor & sekatan jalan di Pahang suatu ketika dahulu)
    6. Dah penat nak cerita!! pasal Transit harap UMNO turun dari tahta!!!

    Reply

    guni setahil Reply:

    UMNO BN ni Bas Pun di Transit , Bas Transit, Bas di lembah kelang di monopoli oleh Pasarana Negara kalu semuanya Kerajaan nak berniaga habis tu macam mana Rakyat Nak berniaga, sepatutnya lembah kelang diadakan berberapa Syarikat bas dupaya akan ujud persaingan “sihat” secara tidak lansung mendatangkan kenaikan kepada rakyat, jika semuanya dimonopoli oleh perbadanan kerajaan UMNO BN.harap pulangkan semula hak Rakyat cadangan saya Bus Mini di Ujudkan semula supaya Rakyat menpunyai ini pilihan , sudahlah bersuara tak di benarkan Rakyat Nak berjalan pun di monopoli???

    tapi yang paling menbinbangkan “Transit Pelacuran” semoga VOA di mansohkan VOA (Visa Waktu Ketibaan) adalah Jambatan bengkok yang di gunakan oleh Para Pelacuran untuk memasuki malaysia secara mudah! lepas tiga bulan depa keluar.

    Segala bapak Transit adalah anjuran UMNO BN. jika lagi lama UMNO perintah hancur Negara !! ingat UMNO rakyat Negara ini ada Maruah jangan nak samakan UMNO dengan Rakyat.!!!!!!!!!!!!

    Reply

  14. 14 Rakyat Malaysia Dec 27th, 2009 at 9:27 am

    Semakin besar kuasa semakin banyak salah guna kuasa dan penipuan besar.
    Siapa yang bertanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan ketika itu harus letak jawatan sejajar doktri menteri.

    Reply

  15. 15 harimau malaya Dec 27th, 2009 at 10:21 pm

    engine lost all malaysians need to concern,what else lost and goverment importantly defence ministry need apologise and punish the culprit.But will this take place?????

    Reply

  16. 16 memangtakpandai Dec 27th, 2009 at 11:53 pm

    Wah apa lagi En. Mohamad? takkan nak biarkan mereka-mereka ni menghentam orang parti yang anda paling sanjungi….’sumbang’kan pendapat anda cepat dengan ‘fakta-fakta’ separuh masak anda..atau..entah-entah anda pun dah hilang?

    Reply

    Kenny Reply:

    Kapada Kawan “Memangtakpandai”

    Jangan kata macam itu, En.Mohamad tak akan hilang. Pernah tak? anda dengar orang BN hilang? Kali ini memang kamu yang silap.

    Setahu saya, dia hanya belum dapat elaun untuk minggu ini.

    Sila tunjuk ajar, saya budak baru politik yang memang tak pandai, tetapi saya erti kebenaran dan keadilan.

    Reply

  17. 17 AS Dec 28th, 2009 at 12:14 am

    Tahniah kepada Najib, ahli silap mata termasyur dunia. Ahli DUN, wang rakyat, tanah kerajaan, kayu balak, Pulau Batu Putih, PI Bala, buku catitan pegawai SPRM, enjin jet dll. semua beliau berjaya hilangkan entah ke mana. Bila agaknya UMNO-BN akan dihilangkan oleh rakyat buat selama-lamanya?

    Reply

  18. 18 Maverick Dec 28th, 2009 at 9:47 am

    Fairdinkum ,
    what else out there are we going to loose in this coming 2010 ? Perhaps
    the misleading bn and the slapsticks………

    Reply

  19. 19 Mohamad Dec 28th, 2009 at 10:15 am

    Kalau setakat enjin hilang, tak semestinya negara boleh hancur, tapi kalau rakyat yang tak patriotik dan tamak kuasa politik hingga sanggup buat apa sahaja, negara lebih berkemungkinan besar boleh hancur sebab demontrasi ganas, hasut menghasut yang memecah belahkan rakyat, apa ini tak menghancurkankah? Kamu semua bercakap atas kepentingan politik bukan atas kepentingan negara, sepatutnya kamu yang patut insaf atas kelakuan buruk anda itu. Diakui bahawa memang salah kehilangan enjin berkenaan, tapi lebih buruk lagi pihak yang memperalatkan rakyat, membesar-besarkan isu, memainkan api perkauman dan kedaerahan, dan bersubahat dengan pihak asing demi kepentingan politik. Kerajaan telah menyiasat, kita tunggulah keputusannya nanti, jangan jadi seperti tikus membaiki labu pula, pandai cakap itu dan ini, tapi bukan boleh selesai masalah, menambah masalah sedia ada pula. Terpulanglah anda semua nak berfikir macam mana, keikhlasan yang penting, sama ikhlas atau ada agenda yang tersirat. Sekian, terima kasih.

    Reply

    BUYI Reply:

    Adoi… yai En. Mohamad!, dah masuk sini plak. Yg bongkar cerita henjin F5E hilang ni awalnya NST, depa yg start besar2 kan cerita. Lepas tu dtg Menteri Pertahanan (Dr.) buat statement, dah lah tak study case lepas tu memandai2 buat statement menyebabkan cerita jadi meletup.

    Sekarang dia kena hantar laporan ke US camne boleh hilang!. Sekarang siapa tunduk pada kuasa asing?, Kerajaan Malaysia… jugak dan UMNO serta kucu2nya. Saya tak tahu lawak apa pulak Menteri Pertahanan nak cerita kat dia orang (CIA).

    Tapi saya bangga dgn saudara kerana akhirnya mengaku bahawa kehilangan henjin itu mmg salah. Kalu tak hilang kan bagus!, tak de lah modal orang nak hentam dan tak perlulah Menteri Pertahan pegi hantar report ke US. Saya dah katakan dulu sure US akan mintak explaination punye, budak darjah 6 pun tahu benda ni En. Mohamad, Kerajaan Malaysia, Menteri Pertahan dan saudara saja tak tau, pasal SLOW…SLOW…SLOW….

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Betul tu BUYI, kalau tidak tatak buyi punya..

    Reply

  20. 20 Dayang Nushantara Dec 28th, 2009 at 10:58 am

    Bangunlah rakyat Malaysia, kalau kita terus vote BN maka inilah hakikatnya.

    Peminpin BN yang kaya-raya, tinggal di rumah besar, melancong & mebeli belah di luar negara dengan lantang, senang-senang menggunakan duit rakyat & menghisap darah rakyat dengan kepentingan mereka sendiri.

    Rakyat jelata pula sensara and menderita. MONEY NOT ENOUGH

    Reply

  21. 21 Mohamad Dec 28th, 2009 at 1:24 pm

    Apa ini Saudari Dayang Nushantara, apakah anda tak lihat kemajuan yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini? Kerajaan Barisan Nasional tak bertindak seperti yang kerajaan kolonial Belanda semasa menjajah pulau Jawa dan Indonesia yang memeras tenaga dan harta benda penduduk melalui sistem tanaman paksa di mana 4/5 hasil tananam diserahkan pada Belanda dan 1/5 untuk kegunaan penduduk Jawa hingga mencetuskan Perang Jawa hingga menyebabkan lebih dari sejuta penduduk Jawa dan askar Belanda terkorban. Di Malaysia tidak begitu, rakyat bebas bekerja, mengumpul harta, berbelanja di sana sini selagi tidak membeli barangan yang salah dari segi undang-undang, bebas melancong ke sana ke mari, bebas beriadah ke sana ke mari. Selain itu, peluang kerja bersepah-sepah di Malaysia, samada sanggup bekerja dari bawah atau tidak sahaja. Malahan orang Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Bangladesh, kalau boleh mereka nak jadi rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin yang berwawasan dan prihatin pada rakyat, tapi apakan daya, mereka tak bolehlah sesuka hati nak jadi rakyat Malaysia kerana kepentingan penduduk asal dan rakyat Malaysia sedia ada perlu dijaga. Kamu mungkin telah hidup dalam zon selesa, sebab itulah suka menyalahkan itu dan ini tapi kamu sebenarnya tidak melihat gambar di sebalik kejayaan ini yang penuh dengan dugaan, para menteri dan kakitanan awam yang bekerja siang malam, berhempas pulas menyiapkan kertas kerja, mengadakan perbincangan, membuat kerja itu dan ini untuk memastikan pembangunan berjalan lancar di Malaysia. Tapi anda bukan nak terima kasih, tapi tuduh pula mereka hisap darah rakyatlah, melancong guna duit rakyatlah, itulah inilah pula. Mereka ke luar negeri untuk cari pelaburan, mencari peluang eksport barangan Malaysia, apa anda ingat senangkah nak eksport barang ke luar negara? Ia bukan macam kita beli dekat kedai runcit, tapi ia perlukan banyak prosedur, persetujuan pengeksport, meningkatkan kenyakitan pembeli di luar negara dan hal-lal kastam negara pengimport dan lain-lain prosedur seperti pengangkutan, pembungkusan dan macam-macam lagi yang rumit. Anda seperti peminat setia Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik, menghina, mencaci, memaki hamun, menuduh itu dan ini, tapi anda sendiri tak tahu betapa besarnya pengorbanan pihak yang anda tuduh itu untuk memajukan negara di mana anda juga mendapat manfaat dari usaha berkenaan. Terpulanglah bagaimana anda hendak berfikir, tak kena pada batang hidung sendiri, maka sedap mulut sahajalah kita bercakap, tapi bila sudah melaksanakan tanggungjawab berkenaan, maka barulah kita tahu betapa sukarnya pihak-pihak yang kita caci sebelum ini melaksanakan tugas dalam keadaan yang tertekan kerana disamping bebanan tugas demi kemakmuran negara, terdapat pula pihak yang tidak berhati perut dan tak reti apa-apa tapi pandai-pandai hina dan kritik mereka. Saya beri contoh pada kamu tentang situasi sekarang di mana anak muda begitu mewah dan mendapat berbagai kemudahan selalu minta pada ibu bapa, nak telefon bimbitlah, nak komputer ribalah, itulah inilah, tapi tahukah bagaimana sukarnya ibu bapa bekerja, mereka tak tahu sebab mereka tak lihat dan tak rasa apa yang ibu bapa buat untuk mendapatkan rezeki, sebab itulah bila tak beri apa yang diminta dituduh ibu bapa kedekutlah, tak sayang anaklah, itulah inilah. Terpulanglah anda nak berfikir macam mana pun, mungkin kalau kini anda tak faham apa yang saya terangkan pada anda kerana anda masih belum merasainya, mungkin satu hari nanti anda akan tahu juga apa yang saya katakan ini, umur akan mematangkan manusia, waktu muda orang suka bergembira, masa dewasa bila kita ada komitmen barulah kita sedar susah senangnya sesuatu perkara. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Kenny Reply:

    Mohamad, Anda mungkin hidup di planet “Pandora”, tak tahu yang planet bumi ini sangat bahaya, sebab
    -> BN hanya nak mencari-gali keuntungan “unobtanium”
    -> rakyat bumi sedar dan akan mempertahankan keadilan “Eywa”
    -> PR pula mempertahankan hak rakyat “Na’vi”,
    Akhir-nya seorang drpd BN (bernama Jake Sully) yg sedar akan kejahatan BN
    beliau dan lalu mengetuai PR untuk cuba tumbangkan BN.
    Akhir-nya pada zaman PR013, BN hancur sebelum planet bumi
    Hidup Avatar!

    Reply

    BUYI Reply:

    En. Mohamad,

    Sekali lagi saudara memberi hujah budak Darjah 6 disini. Kenapa bandingkan sekarang 2009 dengan penjajahan Belanda di Indonesia abad ke 18 tu!, Itu satu perbandingkan budak tadika contoh umpama bandingkan PROTON SAGA dengan kerata pertama ciptaan HENRY FORD, slow.. slow… lagi saudara ni.

    Apabila Belanda menjajah Indonesia saudara cakap mereka penjajah!, tapi apabila EMPAYAR MELAKA menjajah Sumatera, Riau dan lain2 saudara kata MELAYU HEBAT, HIDUP MELAYU! dan itu bukan penjajahan. Apa ni En. Mohamad, lu sekolah kat mana? itu juga penjajahan. Zaman tu mmg zaman penjajahan, siapa yang banyak menjajah, meraka yg berkuasa. Sekarang duit!, siapa yg banyak duit dia berkuasa, tetapi kita mesti jadi Insan yang bertanggungjawab pada agama barulah tidak terlalu terpedaya dgn duit.

    Saya berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana menyekolahkan saya dan hasilnya saya mampu berfikir secara rasional, menilai sesuatu keadaan dan membuat keputusan. Jika perkara itu betul saya sokong dan kalau salah saya bangkang mengikut penilaian saya. Ini tak bermaksud saya tak berterima kasih!

    Sebagai contoh, siapa yang menyekolahkan Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahatir, Tun Pak Lah dan Najib, bukankah British dan bukankah ada antara meraka belajar sampai ke UK, sehingga sekarang pun anak2 dan cucu2 mereka ke sana?. Siapa yag bina MCKK, Victoria Institution, Penang Free School, Bukit Mertajam High Scholl (sekolah Tun Pak Lah), Kolej Sultan Abdul Halim (sekolah Tun Mahathir) dan lain2. Habis kenapa lawan British dan mintak Malaya Merdeka. Kenapa Tun Mahathir pernah istihar ‘BUY BRITSH LAST’, tidak kah mereka ini tahu bersyukur dan berterima kasih kerana British membantu mereka menjadi seorang yang berguna dan mampu memimpin!

    Sebenarnya, yang tak tahu bersyukur dan berterima kasih adalah En. Mohamad kerana tidak tahu menggunakan akal fikiran yang dikurniakan tuhan untuk berfikir dengan waras dan membawa kebaikan kepada mereka disekitar En. Mohamad!

    Reply

    Mohamad Reply:

    Inilah sikap generasi muda sekarang, lupa daratan sebab telah bersepah-sepah kemudahan ada, kalau Malaysia di bawah British lagi, keadaan kita mungkin akan masih setaraf Myanmar, Bangladesh, India dan tanah jajahan British di Afrika. Kalau kamu hidup pada tahun 1950an dahulu baru anda tahu keadaan bangsa Melayu, keadaan peribumi di Sabah dan Sarawak apatah lagi, jauh terpinggir. Tapi selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan seterusnya penubuhan Malaysia pada tahun 1963, pembangunan pesat terus berlaku, Dasar Ekonomi Baru, ilham Tun Abdul Razak bin Hussien, telah meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera, dasar-dasar perindustrian pada pentadbiran Tun Dr. Mahathir telah melimpah ruahkan peluang pekerjaan di Malaysia, peduduk Malaysia tidak lagi pergi ke Singapura atau ke luar negara untuk bekerja, bersepah-sepah peluang pekerjaan di Malaysia, usahawan bumiputera samada kecil atau besar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan selepas kita merdeka atas sumbangan RIDA dan kemudiaannya MARA untuk membantu rakyat meningkatkan ekonomi negara. Kerajaan Barisan Nasional dari dahulu sampai sekarang berusaha untuk memajukan rakyat, tapi apa yang dibuat oleh PAS dan DAP dan kemudiaan ditambah lagi dengan PKR, demontrasi, ceramah maki hamun, hasut menghasut bercambah bagai cendawan selepas hujan, sebelum tahun 1990an, politik pembangkang agak gentleman juga, tak seteruk pada tahun 1990an dan makin parah pada tahun millenium ini. Sedarlah, sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En Mohamad ni dah ketinggalan zaman BUYI. Macam saya katakan mula-mula lurus lepas tu nak tegakkan benang basah, lidah dia bercabang pulak. Sekarang ni dia dah melalut-lalut akibat tak tahan kena hentam dalam blog ni. Nak sorok mana lagi En. Mohamad?

    Reply

  22. 22 zaffran penuntut keadilan Dec 28th, 2009 at 7:00 pm

    salam saya sebagai bekas peyokong kuat umno merasakan kenyatan cik mohamad itu hanyalah sebagai katak dibawah tempurung . keluarlah cik mamat oi lihatlah apa yang dibuat oleh umno itu hanyalah tingalan tun m sahaja adakah pemimpin sekarang lakukan dgn konterector okunya sedangkan injen jet inipun hilang di zaman pemimpin yang kau agungkan itu menjadi menteri pertahanan . masihkah kau ingin menjadikan beliau sebagai tokoh pemimpinmu sedarlah wahai cik mamat kalau dizaman belanda dahulu itu dikatakan kekejaman kerana dizaman itu penduduk jawa tidak bersekolah tetapi di zaman it ini ini lah dinamakan kekejaman lihatlah dunia ini dari luar tempurung wahai muhammad

    Reply

  23. 23 ppsmi haram Dec 28th, 2009 at 11:03 pm

    dh jelas dh…KERA-Kerajaan BN jual negara, khianat!!

    Reply

  24. 24 Mohamad Dec 29th, 2009 at 7:15 am

    Hebat betu anda En. Kenny, di mana Planet Pandora itu, tak pernah dengar pun. Lepas itu perkatan pelik “unobtnium” “eywa” “na’vi” yang entah apa maksudnya itu. Bahasa Planet Pandorakah? Jake Sully itu siapa ketua kampung di Planet Pandorakah? Jangan suka tengok kartun sangat, anda sampai berfantasi berlebihan pula. Kalau tengok kartun memanglah anda hidup dalam fantasi macam cerita Dragon Ball itu, entah berapa kali mati Goku itu, malahan sampai dalam alam barzah pun boleh berlawan lagi, lucu betul. Anda perlu keluar dari kepompong kartun anda itu dan lihat dunia sebenar, negara kita maju dan aman damai, mana ada keganasan seperti yang anda mengarutkan di atas. Orang asing berebut-rebut datang ke Malaysia untuk cari rezeki, rakyat di negara asing rasa kagum dengan Malaysia yang mempunyai pemimpin yang berkualiti tinggi seperti Tun Mahathir yang berjaya dengan usaha jentera kerajaan serta bantuan rakyat membentuk Malaysia yang maju. Tapi ada segelintir orang Malaysia sendiri yang tak reti bahasa dan suka tengok cerita fiksyen sampai hal nyata pun mereka terbawa-bawa dengan hal fikysen dalam cerita yang mereka tonton itu. Apa ini, sedarlah sikit, jangan sampai lupa hari, tarikh entah-entah nama pun boleh lupa sebab suka fiksyen sangat. Moga Malaysia akan lebih makmur dan aman sejahtera. Terima kasih Tun Mahathir, Tun Hussein, Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman kerana memimpin Malaysia hingga menjadi berjaya. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Kenny Reply:

    Betul cakap Mohamad.

    Orang asing (Dunia ketiga) berebut-rebut datang ke Malaysia untuk cari rezeki.
    Lebih ramai orang Malaysia berebut-rebut keluar ke negara dunia pertama untuk cari rezeki.
    Kemajuan negara kita berhenti pada akhir zaman Tun Mahathir.

    Zaman R.A.H.M.A.N. telah ditentukan. PM yang last dari BN-UMNO pun muncul, tapi bukan dipilih malah dirampas drpd Tun Abdullah. (Ingat tak Tun Abdullah meet DSAI sebelum jawatan beliau dirampas? Siapakah penganti yang Tun Abdullah hendak?)

    Sinar cahaya zaman A.N.W.A.R. akan dipancar.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    EN.Mohamad ni dulu hidup dalam zaman ‘modal sehari, untung lima tahun’. Zaman tu dah tamat masa PRU12 tapi dia ni tak dapat terima hakikat. Tu yang jadi macam tu.

    Reply

    REFORMIS Reply:

    Mamat.ko ni layak jadi pak lawak laaa..aku da boring baca ko punya komen tau…kalau nak buat lawak pum biar la tengok tempat sikit…ni ko dok menyibuk kat blog DSAI ni buat apa???bole belah laaa

    NI nak bagi tau sikit ko ni memang jenis cerdik…tapi tak boleh ikut.aku tau ada manusia spesis ko niii…

    aku cuma nak minta tolong ko ajar aku yang dimaksudkan istilah KERAJAAN tu apa???cuba terang kat aku yang bodoh nii.sebab ko pandai sangat

    Nombor dua aku nak ko tau KOMINIS kat China pun KERAJAAN jugak tau…lebih hebat dai MAlaysia yang sekangkang kera niii..kominis kat sana pun jaga kebajikan rakyat juga..Bukan BN saja tau..LU PIKIR LAA SENDIRI

    TOLONG CEPAT SIKIT CIM MAT..

    Reply

  25. 25 zaffran penuntut keadilan Dec 29th, 2009 at 11:30 am

    apalah lu cik mat lu tak tau ka ini zaman it bukan zaman penjajah lagi lu nak bezakan degan zaman belanda akai adaka . yg lu katatu zaman tun m pembangunantu dibina bukannya zaman konterektor oku ni .wa pun penyokong be end juga dahulu tapi setelah wa tengok pemimpin2 baruni wa naik takut negara yang kucintai ini akan di jajah balik tulapasal wa tukar parti kita harus menilai apa yang sedang dan akan berlaku bukannya yang telah belaku sal kita terus kedepan bukannya kebelakang .enjin jettu pun hilang semasa pemimpin yang lu hormati itu jadi menteri pertahanan sedarla cik mat apa yang diaorang telah lakukan untuk kita hanyala kenaikan harga minyak kemasukkan pendatang2 asing yang menutup pintu rezeki kita wa cakap atas pegalaman wa sebagai pekerja kilang bukan ahli koprat tak taula lu mungkin ahli peniagan lu kena pikir apa akan jadi pada anak cucu lu kalau jorang tak pandai sekolah apa jorang nak keja .jangan kau lihat dunia dari dalam tempurung lihatla ia dari mata burung .

    Reply

  26. 26 minang Dec 30th, 2009 at 10:09 am

    kan dah ckp mohamad ni mmg dajjal yg nyata apa nk buat klu hati dah tak bersih………..

    Reply

  27. 27 minang Dec 30th, 2009 at 10:26 am

    mohamad ni mmg suka pd yg haram2

    Reply

    Mohamad Reply:

    Apa ini, tuduh yang bukan-bukan, entah-entah anda kaki 4D dan Damacai. Sekian, terima kasih.

    Reply

  28. 28 ezanee Dec 30th, 2009 at 12:47 pm

    gila sungguh..aku dok cari komen mohamad jah sini hari nih..kakaka…kau penghibur no 1 asia …

    Reply

    ezanee Reply:

    mohamad mano ko ni…(seeking attention)

    Reply

  29. 29 minang Dec 31st, 2009 at 3:25 pm

    tula mohd org ckp lain kau citer psl ekor kau yg main diam2 ajela?????ko dah lupake yg najib ckp klu rege minyak turun negara bankrup…

    Reply

  30. 30 berjuang habis-habis Dec 31st, 2009 at 4:57 pm

    mohamad teruskan hujah-hujah bernas anda agar mereka tidak lupa dan lalai!!!! agar mereka terjaga dari tidur yg lena!!!!

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Enjin Hilang, Negara Boleh Hancur – Anwar Ridhwan at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 26th, 2009 at 12:34 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031