Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor
Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.
Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.
Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.
“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.
“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.
“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”
Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.
“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.
“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”
Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.
Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.
Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.
Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.
Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.


















Bagi seseorang manusia yang tahu dan faham dengan perjuangan Islam seperti DR.Wahbah, terang lagi bersuluh bahawa apa yang sedang dilalui oleh DSAI adalah satu FITNAH yang sangat jahat dari pemerintah dan gerombolan pencacainya. Walaupun dalam negara yang hampir 99% badan-badan kerajaan seperti Mahkamah, SPR, SPRM dan PDRM yang sepatutnya telus, adil dan bebas dari telunjuk pemerintahan UBN, tetapi memilih untuk menjadi pencacai kerajaan UBN, DSAI masih memperjuangkan keadilan melaluinya tanpa berputus asa dan mempunyai kepercayaan bahawa masih terdapat sisa-sisa keadilan dari semua badan ini. Dari sini, seharusnya rakyat malaysia nampak dengan jelas perjuangan yang tulin dari seorang pemimpin jati anak malaysia, bahawa apa yang diperjuangkan oleh DSAI adalah kebenaran, keadilan dan kehormatan negara malaysia di mata dunia. Usah ditangisi dan disesalkan, jika apa yang terus dilakukan oleh pemerintah UBN yang ada sekarang, sebenarnya akan membawa negara malaysia ke arah kehancuran yang sangat dahsyat, lantaran menjadikan maruah negara dihina di mata dunia dengan kedangkalan semua tindak-tanduk badan berkecuali atas arahan pemerintahan UBN. DSAI tidak boleh berdiri seorang. Tidak hanya boleh berjuang bersama tenaga kerja dari seluruh jentera pakatan rakyat, tetapi harus dibantu oleh seluruh rakyat malaysia untuk mengangkat martabat keadilan dan maruah negara melalui sokongan terhadap semua perjuangan yang dirancang, digubal, diwartakan, sama ada yang sedang dijalankan malahan seterusnya yang akan dilaksanakan kelak, melalui perjuangan PAKATAN RAKYAT. Agenda menumbangkan pemerintahan UBN yang ada sekarang, adalah agenda UTAMA yang harus ditanam dalam jiwa oleh seluruh rakyat malaysia pada PRU13 kelak. Lupakan perancangan Kerajaan Perpaduan, kerana melaluinya juga hanya satu tipu muslihat UMNgok untuk terus berkuasa dengan rakus. Kukuhkan ikatan dalam Pakatan Rakyat, kerana melaluinya sahaja, semua agenda itu Insya-Allah, akan ada sinar kejayaan kelak….
Reply
Darihal Kisah Nabi Yusuf as
Nabi Yusuf bermimpi, melihat matahari, bulan dan 11 bintang datang bersujud kepadanya, lalu mimpinya itu diberitakan kepada ayahandanya Nabi Yakub, lalu Nabi Yakub memberi nasihat kepada anaknya agar mimpi itu jangan diceritakannya kepada saudara saudaranya, takut kalau kalau saudara saudaranya itu akan berbuat berbagai upaya untuk mencelakannya. Namun meskipun Nabi Yusuf tidak menceritakan mimpi itu kepada mereka, nampaknya rasa dendam dan dengki sudah ada pada saudara saudaranya itu, sehingga sampai Nabi Yusuf dibawa oleh saudara saudaranya ke padang pengembalaan, lalu dilemparkan Nabi Yusuf kedalam sumur, sedang kepada ayah mereka, Nabi Yakub mereka katakan bahawa Nabi Yusuf telah meninggal kerana diterkam serigala
Tidak lama Nabi Yusuf dalam lobang sumur, kerana ia ditolong musafir dari Mesir yang menimba air dari sumur itu dan Nabi Yusuf dapat dikeluarkan dengan selamat. Setelah sampai diluar Nabi Yusuf dibeli oleh pegawai tinggi Mesir. Saudara saudara Nabi Yusuf yang berada mengembala kambing disekitar sumur itu, mereka telah menjual Nabi Yusuf dengan harga murah, lalu diapun dibawa oleh yang pegawai itu ke Mesir dan dipelihara baik baik dalam rumahnya dan dianggap sebagai anak
Kian lama Nabi Yusuf kian membesar dan menjadi dewasa. Bentuk badannya yang gagah dan tampan, menyebabkan isteri dari ayah angkatnya itu tergila gila jatuh cinta kepadanya. Suatu hari perempuan muda itu tidak dapat lagi menahan nafsunya sehingga Nabi Yusuf ditariknya dengan kasar supaya dapat melakukan kehendak nafsunya, tetapi sesampai di dekat pintu rumah, tiba tiba suami perempuan itu tiba. Maka dengan helah perempuan itu memfitnah dengan menuduh Yusuf lah yang hendak memegang dan melakukan perbuatan tidak senonoh kepada dirinya, tetapi satu anak kecil Yang masih dalam ayunan, atau seorang lain yang terlindung sehingga tidak kelihatan oleh mereka, menyaksikan kejadian itu, lalu dia menjelaskan dan berkata, bahawa jika baju Yusuf koyak disebelah hadapan, tandanya nabi Yusuf yang bersalah, tetapi kalau koyak disebelah belakang perempuan itulah yang bersalah, kerana menarik bajunya, kebetulan bajunya koyak disebelah belakang. Maka nyatalah bahawa perempuan itu yang bersalah, sebab dia yang menarik Nabi Yusuf. Dengan demikian Nabi Yusuf telah menjadi mangsa fitnah oleh seorang isteri yang kejam dan durhaka kepada suaminya, Kemudian itu untuk menjaga keamanan, nabi Yusuf dipenjarakan sehingga hampir 9 tahun lamanya. Didalam penjara itu dia selalu menolong mentabir mimpi dua orang hamba sahaya raja, kemudian raja sendiri bermimpi dan nabi Yusuf juga yang menolong mentabirkan mimpi itu. Oleh kerana tabir mimpinya sangat berkenan kepada raja. Lalu nabi Yusuf dibebaskan dari penjara dan langsung diangkat menjadi Raja Muda Mesir
Setelah itu pula nabi Yusuf dilantik menjadi Menteri Kewangan merangkap Raja Muda Mesir. Nama Nabi Yusuf pun dibersihkan dari tuduhan fitnah yang tidak semena mena itu. Selepas itu keadaan dalam negeri Mesir mulai ditimpa bahaya kebeluran lalu datang saudara saudaranya mencari makanan ke negeri Mesir. Mereka datang membeli makanan ke Mesir ketika itu, nabi Yusuf telah memegang kekuasaan. Disanalah bertemu hal yang mengharukan, kerana nabi Yusuf tahu saudara saudaranya itu semua, sedang mereka tidak seorang pun yang mengetahui siapa sebenarnya Raja Muda tempat mereka akan membeli makanan itu. Setelah mereka menawar makanan gandum yang akan mereka bawa pulang nabi Yusuf tidak memungut bayaran dan berjanji akan menjual makanan itu lagi kepada mereka, asalkan mereka datang kali kedua kelak membawa saudara mereka yang bungsu, iaitu saudara kandung yang seibu dengan nabi Yusuf, kalaulah saudara itu datang kelak, baharulah kepada mereka akan dijual makanan itu.
Maka setelah mereka pulang ke kampong menemui ayah mereka (Nabi Yakub) mereka menceritakan tentang bayaran yang tidak diterima dan barang makanan yang dihadiahkan oleh Raja Muda itu, dan akan menjuall makanan itu, kalaulah ada saudara (bongsu) mereka yang belum datang menghadapnya. Dengan hati yang berat ayahnya Nabi Yakub menyatakan keberatan kalau anaknya yang bongsu itu dilepaskannya lagi. Dia takut akan kejadian menimpa nasib yang sama seperti anaknya (Yusuf) duhulu . Maka dengan janji yang teguh anak anak yang lain itu menjamin bahawa adik mereka akan pulang kelak dengan selamat.
Denga hati berat Nabi Yakub melepaskan si bongsu pergi bersama abang abangnya dan setelah menghadap Raja Muda Yusuf, terjadilah tawar menawar makanan, setelah selesai tiba tiba datanglah berita dari istana bahawa Raja Muda kehilangan satu gantang daripada emas yang digunakan untuk menggantang makanan yang mereka beli. Kehilangan gantang itu diberitakan kepada mereka, mereka pun menjadi sangat cemas, lalu diadakan pemeriksaan, ternyata gantang emas itu terjumpa didalam karung kepunyaan saudara bongsu mereka. Dengan siasatan demikian berhaklah nabi Yusuf menahan saudaranya yang bongsu itu, kerana bukti cukup untuk menuduhnya. Saudara saudaranya dibolehkan pulang ke kampong untuk menemui ayah mereka, tetapi si bongsu bernama Bunyamin ditahan di Mesir.
Alangkah sedihnya perasaan Nabi Yakub kerana anak yang paling disayanginya tidak dibawa pulang, hanya yang lain sahaja yang pulang. Anak yang tertua yang pada masa dahulu mengepalai saudara saudaranya menjual Yusuf kepada orang Mesir, pun tidak berani pulang kembali sehingga lantaran itu Nabi Yakub kehilangan anak bukan lagi seorang nabi Yusuf tetapi telah menjadi tiga orang. Kerana sedih hati kehilangan anaknya ketiga tiga, mata Nabi Yakub menjadi buta, tidak dapat melihat lagi lantaran banyak menitiskan air mata, meskipun didalam jiwa Nabi Yakub tabah menghadapi ujian Allah SWT. Namun ketabahan dalam hati terkesan juga kepada penglihatan matanya kerana usia pun telah lanjut.
Ketika itu tidaklah nabi Yusuf dapat menahan hatinya, lalu dia berkata “apakah kalian masih ingat betapa hal yang telah kalian lakukan kepada saudara kandung kalian sendiri bernama Yusuf”. Saudara saudara nabi Yusuf tidak dapat lagi menahan hati mereka lalu keluarlah dari mulut mereka persangkaan dan dugaan yang telah ada selama itu, lalu mereka berkara “Engkaukah Yusuf itu barangkali”, nabi Yusuf menjawab : Ya, sayalah Yusuf”……Meniaraplah semua saudaranya itu memohon maaf diatas kesalahan mereka selama itu, kerana telah berlaku jahat kepada Yusuf. Keadaan sebaliknya pula berlaku, maka dengan jiwa besar nabi Yusuf menjawab “Tak ada lagi persoalan diatas kamu hari ini..moga moga Allah memberi keampunan kepada kalian” lalu nabi Yusuf menyerahkan kemejanya kepada mereka suruh hantarkan kepada ayahnya Nabi Yakub, dari jauh dia telah merasakan bahawa nabi Yusuf akan datang kembali, kerana telah tercium bau anaknya itu. Pada mulanya anak anak yang tinggal di kampong masih mentertawakannya, dengan duduk tegak nabi Yakub, ada bau disangkakan bau nabi Yusuf, tetapi hari itu memang datanglah pembawa kemeja nabi Yusuf itu, lalu dipegang dan diciumnya kemeja nabi Yusuf itu lalu matanya dapat melihat semula, tidak buta lagi
Demikianlah kisah Nabi Yusuf dengan saudara saudaranya serta ayah bondanya, mereka pun datang sekeluarga ke Mesir, mendapati saudara yang dicintai telah memegang kekuasaan. Sesampai mereka di Mesir, disuruhhnyalah ayahnya dan ibunya duduk di atas singgana tempat dia duduk memerintah, lalu dia bersama kesebelas saudaranya itu duduk dengan hormat dan takzimnya menghadap ayah bondanya, lalu nabi Yusuf bersujud menurut adat istiadat ketika itu dan sambil berkata “ayahku inilah rupanya tabir mimpiku dahulu itu, sekarang sudah menjadi kenyataan. Dengan segala kerendahan hati budi Nabi Yusuf melaksanakan mimpinya, tetapi bukan dia yang disembah oleh matahari (ayahnya) dan ibunya dan 11 bintang, 11 saudaranya, melainkan ayahnya yang disembahnya yang duduk bersama ibunya, setelah selesai semuanya itu Nabi Yusuf lalu berdoa “ Ya Tuhanku telah engkau kurniakan kepadaku kerajaan dan telah engkau ajarkan kepadaku ilmu mentabir mimpi, wahai pencipta langit dan bumi, engkaulah pemimpinku di dunia dan diakhirat, biarkanlah daku meninggal dunia dalam keadaan Islam dan pertemukanlah akan aku dengan orang orang yang soleh”. Inilah doa penutup Nabi Yusuf setelah dia duduk dengan tenang dan aman diatas kursi kekuasaan. Berbagai ujian telah dirasakannya, masuk sumur dilemparkan saudaranya, tinggal dirumah orang kaya dan berkuasa, lalu digoda dan difitnah oleh isteri orang kaya tersebut, kemudian dibenamkan kedalam penjara bertahun tahun ( 9 tahun ). Dalam penderitaan demikian, masalah datang silih berganti namun nabi Yusuf tidak pernah mengeluh dan memohon kepada Allah SWT untuk dimatikan begitu sahaja kerana tidak sanggup lagi menahan penderitaan, tetapi setelah Nabi Yusuf aman dalam kekuasaan, berkumpul kembali dengan saudara saudaranya dan ayah bondanya, barulah Nabi Yusuf bersedia untuk menerima jika maut itu datang. TAFSIR AL -AZHAR
Reply
Ya, saya setuju, sekiranya Penasihat Umum PKR diainaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, maka biarlah hukuman akhirat yang menghukum pengainaya berkenaan. Tapi kalau pertuduhan ini benar, maka berdepanlah dengan hati yang tenang, paling kurang kesalahan yang dilakukan itu akan ringan sedikit dosanya kerana telah dapat hukuman dunia, dan kalau boleh bertaubatlah dan minta maaf pada mangsa, kalau takut reputasi jatuh, boleh buat sembunyi-sembunyi, janji ikhlas. Kuasa, pangkat, harta benda,pengaruh dan lain-lain kebanggaan dunia tak akan ke mana, kita akan tinggalkan juga bila kita mati nanti, tak boleh guna untuk kehidupan di alam barzah. Saya dari dulu tak kata yang Penasihat Umum PKR salah atau betul, tapi yang saya sarankan ialah beliau perlu menghadapi perbicaraan tersebut, kalau difitnah dan didapati bersalah, biarlah itu masa didunia, dunia ini singkat, tapi yang kekal abadi menunggu kita. Kalau boleh lihat filem Ayat-Ayat Cinta dalam babak Fahri dalam penjara dan beliau dimuhasabahkan oleh banduan dalam penjara berkenaan. Waktu Fahri terima surat dari Al-Azhar yang membuang beliau dari Universiti berkenaan, beliau begitu emosi, tapi banduan mententeramkan Fahri dengan berkata “Allah sedang berbicara denganmu Fahri” dan bagaimana banduan berkenaan menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. dan Zulaikha kepada Fahri untuk menyedarkan beliau tentang hakikat sesuatu kejadian. Kita boleh belajar sesuatu dari babak berkenaan, meskipunn ia filem tapi ia menyentuh hati berkenaan sabar dan ikhlas yang akan membawa manusia kepada kejayaan. Sekian, terima kasih.
Reply