Archive for December 24th, 2009

24 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Sepanjang tahun ini kita menyaksikan akibat buruk kesan dari krisis kewangan yang melanda dunia. Malaysia dan rakyatnya tidak terkecuali dari menerima kesan tersebut. Episod ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap dari kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street ataupun tempat lainnya, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri. Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal; A Christmas Carol.

Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya. Karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan. Pun demikian ianya juga membawa maksud Perubahan tidaklah mustahil. Scrooge yang tamak haloba itu, pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

ANWAR IBRAHIM

24 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysia Kini

Did former Chief Justice Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim play a role in deciding the outcome of Anwar Ibrahim’s defamation suit against former premier Dr Mahathir Mohamad at the High Court two years’ ago?

This question was mooted following allegations in an anonymous letter that High Court judicial commissioner Tengku Maimun Tuan Mat had struck out Anwar’s libel suit after meeting Ahmad Fairuz several times before delivering her verdict.

Judges are bound by a strict code of ethics and must be absolutely impartial in their judgments, and not be swayed by pressure from the executive, legislature or by senior members of the judiciary. (more…)

24 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.

Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan. (more…)

24 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kunjungan Syeikh WahbahKunjungan Syeikh WahbahKunjungan Syeikh WahbahKunjungan Syeikh Wahbah

Beruntungnya kami sekeluarga kerana minggu ini dirahmati dengan kunjungan dua orang ulama tersohor; Syeikh Yusuf al Qaradawi dan Syeikh Wahbah al Zuhaili, ulama asal Syiria. Syeikh Wahbah, pengarang tafsir Al Munir yang terkenal itu, mendoakan saya dan pendokong keadilan lainnya untuk terus istiqamah dengan perjuangan bagi membawa kemaslahatan buat rakyat keseluruhannya.

Ujian terhadap mereka yang ingin melawan kebatilan sebenarnya dirasai malah dikongsi oleh para pendokong kebenaran baik dari timur hingga ke barat. Beliau malah menyeru agar terus bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan negara ini ke haluan asalnya; agar rakyat merdeka dari kebobrokan.

Syeikh Wahbah menukilkan pesanan Syeikh Rashid Redha buat renungan hadirin sekalian agar bekerjasama di atas apa yang kita sepakati dan meminggirkan apa yang kita perselisihkan. Saya sangat menghargai keperihatinan beliau terhadap fitnah yang menimpa. Syeikh Wahbah bertegas agar fitnah terhadap saya ditentang habis-habisan. Pesan beliau seseorang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain maka perteguhkan lah tekad demi membenam kebejatan yang mendatang.

Nabi Yusuf a.s dijadikan iktibar kerana baginda menjadi mangsa fitnah namun tetap beriltizam membuktikan kebenaran dan menyampaikan yang hak. Syeikh Wahbah menasihati bahawasanya ujian fitnah itu, insyaallah akan menjadi pelantar buat kita melonjak lebih jauh demi kesejahteraan negara yang dicintai. Di akhir majlis, beliau pohon hadirin bersama menunaikan solat hajat khas – membebaskan saya dari penindasan dan mengangkat ke tempat sewajarnya.

ANWAR IBRAHIM