23
Dec
09

Zaid: Pakatan Perlu Pulihkan ‘Maruah’ Politik Negara


Dari Malaysian Insider

PETALING JAYA, Dis 23 — Pakatan Rakyat (PR) perlu memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengembalikan maruah kepada perjuangan politik negara ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) yang kini bersama Parti Keadilan Rakyat, salah satu komponen PR berkata, cabaran ikatan itu sekarang ialah membuktikan muafakat sejati di antara pelbagai kaum.

Dengan merujuk kepada kejayaan penganjuran konvensyen sulung PR Sabtu lalu, Zaid berkata PR perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama.

“Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua,” kata beliau dalam blognya.

Beliau menambah setiap kaum di negara ini juga perlu membuktikan bahawa mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

“Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina.

“Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi.

“Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia,” kata beliau lagi.

Zaid menambah apa yang bakal menjadi cabaran kepada PR bukanlah menangani dakyah Umno semata-mata tetapi seperti kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi, “kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja.”

“Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut.

“Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza,” katanya.

Beliau menambah, Dasar PR sendiri yang dipersetujui tiga parti komponennya merupakan satu paradigma baru dalam politik negara.

“Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu Umno dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan.

“Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan. Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain.

“Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam,” katanya.

Pun begitu, kata beliau, yang paling ketara dan jelas ialah PR telah pun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok teras.


13 Responses to “Zaid: Pakatan Perlu Pulihkan ‘Maruah’ Politik Negara”


  1. 1 Rakyat Berdaulat Dec 23rd, 2009 at 1:45 pm

    Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

    Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.

    Reply

  2. 2 wah Dec 23rd, 2009 at 3:14 pm

    Datuk Zaid, saya juga berpendapat muafakat sejati antara kaum 1 Malaysia boleh membina satu tanahair yg maju dan harmoni. ‘Maruah” politik negara terlalu buruk pada masa kini kerana para ahli politik selalu menggunakan isu perkauman dan agama untuk menjaga memewahan diri dan parti masing-masing. Mereka telah lupa usaha dan harapan semua bangsa semasa menuntut Kemerdekaan dari British. Ahli politik terlalu gila kuasa diri sehingga sampai hati bermusuhan dengan Anak Malaysia yg sedaging sedarah bersama menetang serangan luar dalam masa jajahan Jepun dan British. Ikrar Perlembagaan Negara yg jadi petunjuk metadbir negara dengan adil,maju dan sepakat telah ditanam bawah tanah selepas berpuluh tahun merdeka.Mereka tidak lagi meunjukkan kasih sayang, semangat bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
    Ahli politik sekarang bila berdepan dengan rakyat pada PRU menyatakan mereka boleh bantu menyelesai masalah rakyat,pandai tadbir wang negara,negara akan maju , aman,cepat janji semua boleh tapi lepas undi , abuk pun tak nampak, apa pun tak jadi, hidup semakin susah, keselamatan semakin merosot,tekanan semakin kuat, ramai rakyat yg bunuh diri kerana tak tahan pikul beban harian. Kes rasuah ,rompak ,colek,rogol merosakkan sistem keselamatan negara. Ini sangat membimbangkan rakyat. Bukan rakyat miskin merasa susah hidup di negara ini, orang kaya pun rasa takut nak hidup dalam negara yg kurang aman, Sebab itu ramai rakyat telah berpindah ke negara lain.
    Maruah politik negara yg bermutu dapat memulihkan negara kita kepada suasana masyarakat yg penuh bertanggung jawab oleh setiap rakyat tampa kira kaum dan agama,
    kerana kami semua Anak Malaysia yg sayangkan negara tanahair kita. Kita mahu setiap rakyat yg dituduh dapat perbicaraan yg adil,semua orang berpelajaran ,bekerja,hidup selesa (selamat dan dapat makan),tiada pengemis , bebas beragama dan bersatu padu. Pedang dan senapang digunakan untuk mencegah musuh luar ,bukan membunuh rakayt yg tak bersalah.

    Reply

  3. 3 MALAYSIADREAM Dec 23rd, 2009 at 11:40 pm

    Selagi insan mulia yang seperti YB..yakinlah “Maruah dan Martabat Bangsa dan Negara” pasti kembali dikurnia-anugerahkan kepada “Pejuang Tulen Seluruh Rakyat Malaysia “yang berjiwa mulia bersatu hati bagi merealisasikan Harapan Baru Satu Malaysia..di mata dunia..!Insyaallah.!

    Reply

  4. 4 Mohamad Dec 24th, 2009 at 7:51 am

    Kepada En. Wah, siapa yang mainkan isu perkauman? Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Siapa yang menyokong dan dan menjadi dalang isu Hindraf yang kononnya orang bangsa India diainaya dan mengalami penghapusan etnik oleh kerajaan sampai tercemar nama negara di dunia hinggakan kedutaan-kedutaan Malaysia di terpaksa memberikan penjelasan berkenaan tuduhan palsu Hindraf itu? Mana ada orang India diainaya di Malaysia, tak ada orang India yang dibunuh beramai-ramai di Malaysi, kalau kes PCO Boy itu, mereka terlibat jenayah dan cuba menentang polis, jadi mereka ditembak matilah, apa yang tak kenannya? Lihatlah orang India meskipun kurang dari 10% dari penduduk Malaysia diberikan jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan, malahan kawasan-kawasan majoriti Melayu juga ditandingi dan mendapat sokongan orang Melayu seperti di Tenggaroh, Tapah, Sungkai dan lain-lain.

    Itu orang India, orang cina pula, kerajaan tak anak tirikan orang cina pun, mereka bebas berniaga, bekerja, mendapat pendidikan, mendapat kemudahan kesihatan dan lain-lain seperti orang bumiputera. Orang india pun sama bebas mendapatkan dan melakukan perkaran berkenaan juga, mana ada diskriminasi. Kamu ini En. Wah, memang tak sedar diri dan tak tahu bersyukur tuduh orang sesuka hati, untuk makluman kamu kalau UMNO dan kaum bumiputera nak berkuasa sendirian dalam Malaysia ini tanpan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen bukan bumiputera, ia adalah dalam kemampuan UMNO kerana sokongan kuat orang Bumiputera pada UMNO jika UMNO berkerjasama dengan parti-parti bumiputera lain seperti PBB di Sarawak dan parti-parti bumiputera lain di Sarawak.

    Kamu ini saya agak orang DAP yang suka bangkitkan isu yang bukan-bukan tanpa memikirkan persetujuan semasa memperolehi pentadbiran sendiri pada tahun 1957 dahulu. Tak tahu malu dan tak tahu mengenang budi bila diberikan kerakyatan dan perlindungan sebagai rakyat Malaysia. Tak payahlah anda nak berdrama dengan Datuk Zaid Ibrahim ini, beliau pun sama idealis sampai sanggup ketepikan soal kepentingan bangsa semata-mata hal politik. Terpulanglah anda nak maki hamun atau nak setuju dengan saya, saya memberikan pandangan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Sekian, terima kasih.

    Reply

    jef Reply:

    mohamad kau ini saya agak sudah tua,di Malaysia siapakah yg membayar cukai pendapatan yg banyak sekali dan memdapat pulangan kurang sekali (terutama sekolah rendah cina/india) salah-salah kau ini tak bayar cukai ? kalau nak jadi 1 Malaysia jgn pertikaikan isu perkauman biar kita sama sama menuju kearah genarasi baru tak kira bangsa.

    Reply

  5. 5 Top 10 Dec 24th, 2009 at 2:10 pm

    Saya setuju Pakatan mengorak langkah membersihkan politik cemar yang diterajui oleh BN dan Umno. Landasan kebenaran dan keadilan patut dijadikan panduan.

    Reply

  6. 6 mbavision Dec 25th, 2009 at 10:21 am

    Continue two party system
    Look for Anwar’s replacement as he has been planned to be framed by Govt.next year

    Elect new leader to lead Pakatan Rakyat!Do it now!

    Dato’ Zaid Ibrahim shld be the right person!Any other suggestion?

    Reply

  7. 7 Apex72 Dec 25th, 2009 at 10:23 pm

    Majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat.. Insya Allah, kita menanti PRU 13 nanti..
    Pastikan bila memerintah kelak semua perasuah dan tali barut mereka yang bersekongkol di heret ke muka pengadilan dan dihukum seberat beratnya!!!
    Hidup keadilan!!!

    Reply

  8. 8 charlie Dec 26th, 2009 at 11:10 pm

    congratulation on your effort in formulating the CPF. Its a great start towards putrajaya. Well the road to putrajaya is going to be very tough with land mines planted along the way. There must be total unity among the 3 parties in PAKATAN to move forward quickly. As we all know the country is in a big mess. Men in uniform are supposed to defend the nation. Now these men can even make jet engines disappear putting David copperfield to shame. A minister shouted there will be no cover up. What does it means when the news is only revealed now when the engines has been missing some months ago. this is sheer hypocrisy in our nation which is the trade mark of our leadership. we all know the seeds of failures were sowed years ago and now Malaysia is reaping the ills of what was sown in the past. A failed and stagnant economy is hurting all malaysians. With Crime rising,high unemployment among graduates, declining foreign investment, falling education standards ,migration of young and professional talents,and urban poverty rising, Malaysia is now classified as a failed state. Mega scandals dot the headlines and with some 2 million aliens around, one wonder how safe are we on the streets. This is the legacy left by the previous administration. Is change possible now ? We better change fast before further destruction is done to our nation. History has now proven that the BN policies have failed miserably. Good luck Malaysia

    Reply

  9. 9 tok_uban merah Dec 27th, 2009 at 10:20 am

    peliharalah dan hayatilah 5 asas prinsip rukun negara dan perlembagaan malaysia maka seluruh rakyat faham apa itu perpaduan satu malaysia.Jadi sebagai rakyat malaysia yang sudah matang dalam senario politk malaysia ambilah sikap FAHAM-FAHAM SAJALAH.

    Reply

  10. 10 Celik Dec 27th, 2009 at 7:59 pm

    Semakin hari semakin gawat pentadbiran negara ini. Slogan tinggal slogan. Segala-galanya datang dari Allah yang telah melihat akan keangkuhan manusia yang dijadikanNya. Kembalikan kepada ajaran ISLAM, agar semua selamat. Untuk mengubah kini amat sekar dan memakan masa yang lama. maklumlah keterlajuran yang sekain lama, untuk balik kepangkalan jalan memerlukan tarbiah yang menyeluruh dan perjuangan yang kental.

    Anwar, anda jadi pembangkang bukan kerana anda lompat, tapi anda dihina, dicerca, diaibkan dan macam-macam lagi. Anda teruskan perjuangan ini bagi menentang kezaliman. Bukan seperti ada sebahagian rakan-rakan anda yang dahulunya dalam parti UMNO tu, tak dapat pangkat cabut dan masuk pembangkang, lepas tu dah menang kena ugut lompat semula ….. tapi saudara Anwar anda perlu terus berjuang hingga ketitisan darah terahkhir, selagi Allah masih memberi usia untuk anda. Saya tetap menyolong anda. …

    Reply

  11. 11 Mohamad Dec 28th, 2009 at 9:59 am

    Apa ini En. Jef, apa kena mengena pula komen saya sebelum ini dengan pengainayaan terhadap orang Cina dan India, mereka diberikan kerakyatan, perlindungan keselamatan, peluang itu dan ini sebagaimana yang diperolehi oleh golongan bumiputera. Anda ini terlalu idealis dan tak melihat kepada asas-asas sejarah, sebab itulah anda sedap mulut nak kata itu dan ini. Sesekali kita perlu menoleh ke belakang terutama bila menghadapi masalah, kerana apa yang telah berlaku boleh memberikan panduan dan petunjuk terhadap tindakan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan sesuatu. Sekian, terima kasih.

    Reply

  12. 12 observer Dec 28th, 2009 at 11:42 am

    A great man indeed. Zaid is the man. They can trap Anwar. Pakatan has Zaid, Nizar and many others. What’s more important is: THE PEOPLE ARE WITH PAKATAN. THE WORLD IS ALSO WITH THE MALAYSIAN PEOPLE WHO WANT A BIG CHANGE. Insya Allah, there will be a big change.

    Reply

Leave a Reply




chairulpw: @anwaribrahim datuk, I heard you are one of 'a man behind' anti-malaysia demonstration in jkrta. is that true?
5 hours ago
AnwarIbrahim: Blood money! @elicoopter_asi: CitJ @IanEMassey, 192flw: Kabul Bank bailout.Corruption at the highest Afghan Govt. http://bit.ly/arHgzf.#fb
5 hours ago
tunfaisal: Justice delayed is justice denied! Keadilan utk Saiful :) RT @anwaribrahim: 9pm: short appearance - Message: our land;justice for all.#fb
8 hours ago
za_ahmad: @bertsly56 @tengkusani @anwaribrahim Perjuangan rakyat apakebenda? Cacing kepanasan!
9 hours ago
bertsly56: RT @tengkusani: Anwar PENGKHIANAT dan bacul dah blok saya RT @za_ahmad: @tengkusani @anwaribrahim Motivated by perso ... http://tmi.me/13Ztd
10 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031