23
Dec
09

Kontraktor OKU Punca Binaan Runtuh: NGO

Dari Malaysiakini
Oleh Salhan Ahmad

Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh, didakwa dimajukan oleh “kontraktor OKU (orang kuat Umno)”, syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuklah pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

“Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno,” kata presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Mohamad Fauzi Abu Samah.

“Kontraktor ini rapat dengan (orang) politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik,” katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Selain itu, bumbung sebuah masjid di Kemaman yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Pusat Akuatik di Batu Burok yang bernilai RM19 juta pula mengalami kebocoran kolam sehingga ia terpaksa ditutup Julai lalu.

Mohamad Fauzi menambah, kontraktor-kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sekiranya mereka didapati gagal mematuhi prosedur sehingga menyebabkan runtuhan struktur berkenaan.

“Apa lagi bila ini melibatkan soal keselamatan. Siasatan perlu dibuat sekiranya kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan,” katanya.

“Kita diberitahu kontraktor ini dapat kelulusan segera dan tidak ada pemantauan dibuat semasa pembinaan oleh pihak berkuasa.”

MAMPAT merancang membawa isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), seawal-awalnya minggu depan, selain sedang mengumpulkan maklumat mengenai kesemua projek BN yang berkualiti rendah dan menghadapi masalah di negeri tersebut.

Laporan tersebut dijangka turut memuatkan butiran mengenai projek 20 unit gerai di Batu Enam dekat Kuala Terengganu bernilai RM1.52 juta yang siap dibina Ogos lepas di atas rizab jalan seperti diwartakan dalam draf pembangunan kawasan berkenaan.

“Sekarang (struktur itu) sudah hendak diruntuhkan kerana jalan tersebut ingin diperluaskan (pada 2012). Jadi kenapa gerai ini perlu dibina (pada asalnya)?” katanya.

“Adakah ini projek untuk menghabiskan peruntukan semata-mata? Kalau kita tengok bahagian konkrit bangunan itu, (kebanyakannya) hanya pasir dan kawasan letak kereta pun tidak ada.”


13 Responses to “Kontraktor OKU Punca Binaan Runtuh: NGO”


  1. 1 gengis khan Dec 23rd, 2009 at 12:27 pm

    Ada terminal runtuh! ada stadium runtuh! ada jambatan gantung Runtuh! ada enjin jet hilang! Jambatan bengkok di JB tak menjadi, jambatan lurus kedua di Pulau Pinang pun tak menjadi!! apa nak jadi dengan UMNo ni!!!!!!!!!!!

    saya sebagai Rakyat telah hilang ‘kepecayaan kekal’ pada UMNO BN.

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    Padanlah UMNO BN sibuk nak sediakan BAS ada tempat duduk OKU, busstand yang ada laluan OKU, dan bantuan kepada OKU, rupanya untuk “Orang Kuat Umno” , astaga!!! selama ini Rakyat tertipulah!!!

    Ingatkan disediakan untuk orang cacat!! “apakah orang kuat umno cacat” kita percaya UMNO akan hilang upaya kekal.

    Reply

  2. 2 memangtakpandai Dec 23rd, 2009 at 7:17 pm

    En. Mohamad sila komen….

    Reply

  3. 3 Mohamad Dec 24th, 2009 at 4:46 pm

    Kepada En. Memangtakpandai, anda tahukah yang kontraktor berkenaan kroni UMNO? Anda ada buktikah? Tentang tuduhan anda kerajaan bersubahat, bersuhabah apa kebendanya? Pihak-pihak yang bertanggungjawab disiasat dan akan dihadapkan di mahkamah untuk pengadilan, sekiranya mereka didapati bersalah, mereka perlu membayar ganti rugi kepada kerajaan. Sila telitilah betul-betul setiap perkara sebelum anda menghentam orang. Sekian, terima kasih.

    Reply

    ADIL Reply:

    NAMPAK SANGAT OKU MAMAT MOHAMAD nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

    lurus & bengkok > Jambatan Reply:

    Bukti ada cuma saya tak boleh beritahu sebab akan mencemar Kes,dan apa sahaja bukti adalah rahsia OSA selagi dalam sisatan kita tak mahu mengangu siasatan,semua harus datang dari pejabat Peguan Negara. ini adalah peten negara kita semuanya harus dalam bentuk rahsia, Malaysia adalah sebuah Negara “RAHSIA”. takan u tak tahu kalau anak u mati dalam dalam lokap atau penjara mahu pun jatuh dari tingkat 14 pun dikira Rahsia, kecuali jatuh bilik air atau jatuh cinta atau jatuh katil itu muka depan akhbar arus perdana. Selama mana Rakyat mahu di tipu oleh UMNO BN lagi, ini zaman Youtiub!! bang mamat!!!!

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kalau ada bukti, minta tolong Zaid Ibrahim, Karpal Singh, dan Nga Kor Ming, mereka itu peguam, buat pendedahan di mahkamah, kalau anda melalak ditepi jalan seorang diri, siapa nak peduli? Tapi awas, kalau anda nyatakan keterangan palsu, anda boleh didakwa dan dipenjarakan atas tuduhan fitnah dan memberi keterangan palsu dan disiasat di bawah akta keterangan dan kanun keseksaan. Jangan cuma dengar kata-kata orang yang tak tahu hujung pangkal terus terima, di akhir zaman ini memang banyak orang yang dengki tak tentu pasal, lihat di Palestin, Israel dengki dengan orang Arab, di Iraq dan Afghanistan, Amerika dan kuncu-kuncunya dengki dengan orang Arab dan Pashtun, di Malaysia, Pakatan Rakyat dengki dengan Barisan Nasional, tak habis-habis cari pasal, tapi nasib baiklah Barisan Nasional tak layan karenah Pakatan Rakyat, kalau tidak huru hara negara dengan pergaduhan di sana sini. Lihatlah siapa perosak keamanan sebenarnya dan siapa yang senantiasa bersabar meskipun dibuli dan dihina sesuka hati oleh pihak-pihak yang tidak berhati perut dan tidak ada budi bahasa dan moral yang bagus. Semoga anda buka mata anda luas-luas, lihat betul-betul dan fikirkan dalam-dalam. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Janganlah emotional En. Mohamad, saya tak tuduh kroni UMNO tapi En. Mohamad yang kata. Kalau duit ehsan untuk projek pembangunan Terengganu tentulah disalur ke OKU, takkan kontraktor PR pulok? Kan semua papan tanda projek adalah ‘PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL’. Inilah akibatnya jika semua projek dengan duit rakyat memerlukan ‘chop UMNO/BN’. Saya dah nampak kegusaran rakyat dan kerajaan negeri Kelantan dalam hal ini.

    Reply

  4. 4 faziz ar Dec 26th, 2009 at 11:12 am

    sprm setakat siasat je lah tapi outcome nya tak ada.. kalau sprm siasat kerajaan PR samapai ada yang mati…disiasat sampai jam 3 pagi…. kes pkfz dalam siasatan…kes enjin jet dalam siasatan…kes rumah toyo dalam siasatan, kes altantuya dalam siasatan..kes penyelewengan madet tak boleh disiasatpun.. betapa kebalnya dia…

    Reply

  5. 5 tok_uban merah Dec 27th, 2009 at 10:26 am

    Pada pandangan tok..hal OKU ni tidak penting tp masalahnyng dibea OKU tidak menggunakan kepercayaan diberikan sehingga masalah ini terjadi…klu masalah ini tak terjadi kita semua tak merungut pun kan….kepada OKU yang diberikan kepercayaan tu gunalah sebaik2 nya kepercayaan tu kerana bukan senang nak jadi OKU nie kalau ia bukan dari ALLAH SWT..

    Reply

  6. 6 iza Feb 9th, 2010 at 7:50 am

    janganlah mempersalahkan sesama sendiri,jangan gila pangkat,ingatlah generasi akan datang.kamu adalah contoh kepada kami.jadi fikirlah yang terbaik untuk negara dan generasi akan datang.contohilah pemerintahan NABI Ddahulu.

    Reply

  7. 7 FARHAN BIN ZAUL Jun 16th, 2011 at 11:11 pm

    SYE NAK BERLAJAR DENGAN MEREKA DI SEKOLAH CHERAS JAYA BERSAMA KAWAN DENGAN BANYAK CIKGU DI SEKOLAH CHERAS JAYA DENGAN MKN SEDAH

    Reply

  1. 1 uberVU - social comments Trackback on Dec 23rd, 2009 at 12:37 pm

Leave a Reply