23
Dec
09

Ke Arah Muafakat Kebudayaan Baru

Dari Jalan Telawi
Oleh Hasmi bin Hashim

Saya tengok dengan mata saya sendiri hari ini, saya rasa seperti berada dalam dunia baru… dunia yang sesuai dengan pendirian saya, dengan akidah dan agama saya.~ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah “Muafakat Kebudayaan Baru”.

~ Anwar Ibrahim.

Di celah-celah keriuhan dan pidato dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 19 Disember 2009 (Sabtu) lalu, Anwar sempat melontarkan kepentingan untuk semua pendukung Agenda Perubahan dan rakyat amnya agar menyedari keperluan dan kepentingan kebudayaan.

Adalah penting–selain asyik dengan ucapan bergegar para pemimpin–keperluan untuk meneliti, menyemak dan mengupas keseluruhan 4 perkara di dalam “Dasar Pakatan Rakyat”. Demi menyahut saranan tersebut, maka perlulah kupasan terhadap apa yang ditandakan sebagai “Muafakat Kebudayaan Baru” dilakukan.

Tiga ikrar yang turut termeterai oleh ketiga pemimpin utama Keadilan, Pas dan DAP adalah menyentuh soal kebudayaan, yang terlakar di bawah teras “Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan”. Ia meliputi:

1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.

2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.

3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

Secara tidak langsung, ketiga ikrar tersebut adalah kebijakan yang pro-kebebasan, yang sesungguhnya menolak campur tangan politik-kekuasaan yang keterlaluan ke atas lapangan kebudayaan sepertimana yang sering berlaku selama ini.

Saban tahun, kita bukan sahaja mendengar campur tangan keterlaluan seperti dalam kes pengharaman konsert, filem, teater, pengharaman bahkan sehingga wujudnya pembakaran buku atau biblioclasm. Persoalan sensor dan tapisan yang keterlaluan adalah persoalan pertama yang menghalang proses kreativiti dan perkembangan fikrah bangsa kita.

Muafakat Kebudayaan Baru (MKB) nampaknya mempunyai secebis semangat yang berlawanan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)–dasar yang tidak pernah disemak sejak dirumuskan pada 1971. Memang aneh bahkan malang apabila tak pernah berlaku proses muhasabah yang serius terhadap DKK walaupun selepas 39 tahun di kalangan budayawan, cendiakawan mahupun ahli akademik. Saya tidak fikir, dengan itu, DKK adalah laksana kitab budaya yang maha sempurna.

Semangat yang menjadi perbezaan besar antara DKK-dengan-MKB ialah menyentuh soal teras falsafah kebebasan lawan kongkongan.

DKK, dengan teras atau gaya utamanya yang memainkan sentimen “kebudayaan Melayu”, “Pribumi” (terbias dalam Kongres Akar-akar Pribumi, 1973) dan “Proses Islamisasi” sejak pertengahan 1980-an secara tidak sedar telah membentuk semacam acuan yang mengongkong kreativiti; yang sesungguhnya berlawanan dengan fitrah kejadian.

Betapa Melayu dan Bumiputra sepertimana setiap bangsa dan kaum manapun di dunia ini tetap berkesempatan mewarisi fitrah keinsanan sebagai resam penciptaan manusia oleh Penciptanya. Kedua; acuan DKK juga andai diamati, amat sukar dipertahan dengan hujah agama sekalipun apabila DKK, misalnya telah berlawanan pula dengan kebenaran agama (khususnya Islam sendiri) yang bersifat inklusif. DKK, dengan hegemoni adi-budaya jelas menjadi sebagai dasar yang cenderung eksklusif.

Memang ada segelintir pengkarya tetap tegar mendakwa kononnya wujud ‘kebebasan’ berkarya dengan mereka ‘beriman’ dengan DKK. Tetapi dengan DKK yang mendukung konsep hegemoni budaya, yang menjadi bahagian daripada Dasar Kerajaan selama ini adalah juga secara tak langsung bertentangan dengan Pemashyuran Kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan.

Di samping bapa-bapa kemerdekaan–bersama dengan setiap kaum dan bangsa-bangsa–telah berikrar untuk menjamin kedudukan Melayu sebagai pribumi, itu tidak bermakna satu bentuk budaya daripada kaum pribumi berhak menindih atau mendominasi paras rupa kaum lain secara paksaan politik-kekuasaan.

Kita sama sekali tidak boleh mendukung pembinaan bentuk budaya nan satu, tunggal dan assabiyah sehingga meleburkan kemajmukan dan keragaman budaya di Malaysia. Kepelbagaian wajar dilihat sebagai kekuatan, dan bukannya ancaman.

Barangkali kerana menyedari persoalan sedemikian, maka hal kebudayaan di dalam Dasar Pakatan Rakyat telah dimulai dengan penyataan:

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil tanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain.

Saya cuba memahami dan mengenengahkan contoh bagaimana budaya Melayu itu sendiri tidak mempunyai ciri yang tunggal. Misalnya tetap wujud perbezaan antara Melayu Johor dengan Kedah, dengan Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan sampai ke Champa sekalipun; dan adalah mustahil untuk paksaan dilakukan; paksaan yang bertujuan untuk melahirkan apa yang disebut sebagai “hegemoni adi-budaya”.

Dengan konspirasi dan paksaan lembut atau soft oppression politik-kekuasaan, maka kesan negatif daripada acuan DKK bukanlah dengan luputnya amalan budaya kaum-kaum, tetapi ketandusan dan kemuraman kreativiti ke atas bidang kebudayaan itu sendiri. Tidakkah disedari betapa semakin hari, terasa semakin banalnya lapangan seni-budaya nasional?

Kita dapat senaraikan bagaimana bentuk yang sering diangkat sebagai “karya nasional” oleh pemerintah hanyalah kepada bentuk yang bersifat keMelayuan dan keIslaman. Tidak kiralah dalam medium apapun, atau apapun judul karya itu.

“Kemelayuan” dan “keIslaman” yang saya maksudkan adalah “Melayu” dan “Islam” yang secara muthlak dikawal dan ditafsir oleh institusi pemerintah, elit yang berkuasa serta agen-agen mereka; dan bukannya di kalangan alim dalam bidang kebudayaan itu sendiri. Dengan yang demikian, Melayu dan Islam juga lazimnya ditafsir hanya dengan matlamat kepentingan politik-kekuasaan dan bersifat kulitan. Melayu dan Islam “yang lain”, yang lebih kaya daripada hanya Melayu dan Islam ala-pemerintah; akan ditekan, terbiar dan tercecer.

Maka tidak hairanlah bagaimana saban tahun, karya yang memenangi pelbagai genre hanya daripada bentuk-bentuk dominan dan yang bersifat menguasai (hegemoni). Seniman, budayawan dan sasterawan yang sering diberi pengiktirafan adalah di kalangan mereka yang dipercayai akan menjadi agen demi menjaga kepentingan nuansa ‘kebudayaan’ pemerintah.

Dalam waktu yang sama, perlu segera saya sebutkan bahawa tragedi seumpama ini bukan pula salah Melayu dan bukan juga salah Islam. Keterlanjuran kalaupun hendak dituding adalah ke atas kecuaian para penyiap dokumen DKK, 39 tahun lalu, sehingga ia umpama pucuk dicita ulam mendatang kepada pemerintah yang memang mencari dalih daripada aspek kebudayaan sebagai justifikasi sifat otoritarian (kuku besi) mahupun totalitarian (kemuthlakan).

Walhasil, kita yang hidup pasca-DKK akan boleh dianggap lebih berdosa andai terus gagal menyemak dan mempersiap suatu kebijakan dan muafakat baru kebudayaaan, lanjutan dasar yang sudah usang dan semakin ketinggalan zaman.

Dalam waktu yang sama, saya tidak fikir bahawa muafakat baru berkenaan akan mencetuskan ketegangan sepertimana di antara puak pendukung Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) dengan seniman Manifesto Kebudayaan (Manikebu) di Indonesia, kira-kira 50 tahun lalu. Kalaupun keduanya itu nanti (DKK dan MKB) bakal menimbulkan sedikit sebanyak polimik, ia tetap sahaja positif andai dapat menjadi medan pertembungan pandangan dan buah fikiran. Proses pembodohan sekian lama di bawah sistem dan dasar sediakala, tak bisa dibenarkan terus.

Mangsa sebenar daripada DKK bukanlah di kalangan pengkarya atau seniman Melayu-bumiputra atau seniman kaum-kaum lain di negara ini. Mangsa sebenar, adalah di kalangan orang Melayu dan Bumiputra keseluruhannya itu sendiri apabila sekian lama kita dipandu oleh karya dan paras rupa kebudayaan nasional yang mengatasnamai nilai tradisi bagi menutup ketidak-yakinan-diri; yang selalu tergambar dengan penolakan apa sahaja nilai budaya luar.

Ketertutupan minda merebak luas, terutama sejak dua atau tiga dekad lalu apabila umumnya orang Malaysia, juga khususnya orang Melayu sering menaruh prejudis antara-kaum di dalam negara. Kedua, prejudis ke arah tamadun dan bangsa-bangsa lain di muka dunia ini juga begitu menebal dan kadang-kala tidak berasas dan hanya dipandu oleh sentimen keterlaluan.

Kuasa kerajaan Umno-BN selama ini juga berdiri di atas prejudis yang dipupuk, terutama selepas 13 Mei 1969. Perlu dinyatakan bahawa sepertimana Dasar Ekonomi Baru (DEB), DKK juga dilahirkan selepas peristiwa rusuhan 13 Mei itu. Ia bolehlah dikatakan semacam pelengkap DEB. DEB bertujuan menjadi senjata ekonomi, dan DKK sebagai senjata kawalan ke atas akal-budi bangsa. Umno-BN bermaharajalela di atas kedua sistem kawalan (kongkongan) utama itu.

Di dalam ucapan pembukaan yang sama, Anwar juga dipetik sebagai berkata: “Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi-one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar ‘bangsa-ekonomi’, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan.”

Sama ada Anwar–atau pemimpin lain terutamanya di dalam Pakatan Rakyat–mengucapkan kesedaran sedemikian atau tidak, tugas mengepal Muafakat Kebudayaan Baru adalah tugas anak zaman ini. Bukan terbeban atau teramanah kepada yang lain. Kecuali kepada kita dan harus disegerakan demi, dengan memakai kata-kata Nik Abdul Aziz akan wujudnya “sebuah dunia baru” yang sesuai dengan “pengajian” (ilmu) dan “akidah” (iman).

Sekurang-kurangnya dengan kesedaran sedemikian, Pakatan Rakyat harap-harap muncul bukan sekadar “parti politik” tetapi sewajarnya sebagai “gerakan politik”. Bagi semua, ya… bagi kita yang hidup hari ini, untuk sama berperanan dalam proses penciptaan tamadun, kita perlu sisi kebudayaan dan pemikiran. Hanya dengan itu maka akan lahir pula sebuah Gerakan Zaman.

Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.


14 Responses to “Ke Arah Muafakat Kebudayaan Baru”


  1. 1 jamilkucing Dec 24th, 2009 at 3:44 am

    Reply artikel di The Star ( http://bbcatlover.blogspot.com )

    Ooo sedar rupanya pemimpinku ini. ingat seperti kata mahathir celaka melayu mudah lupa. separuh yanga da di sekeliling dato seri sekarang adalah pengampu , pembodek , pengipas pongong je dato seri , saya pun hairan dah kena teruk sampai macam ni pun dato seri boleh tertipu boleh terkena lagi.tengok si saiful gayboy tu.cam mana boleh dekat dengan dato seri.apa tak fikir ke. sorry cakap la. kebanyakan pemimpin keadilan yg menang tempoh hari jamil tak pernah tengok pun waktu dato seri dalam penjara.

    Manusia-manusia yang dulu tak ambik tau pasal dato seri, orang-orang yg tak pernah merasa sepakan fru, pancutan air asid , tak pernah di maki hamun tetapi sangat pandai mencari peluang.keluar sahaja dato seri dari penjara mereka menampal muka mulit babi datang menunjukan yang sokongan kuat untuk datos eri. dan sebagai melayu yang mudah lupa dato seri menerima mereka dengan hati yang terbuka sebab dato seri kata sifat dato seri pemaaf , lupakan yg lepas-lepas, tetapi dato seri itu bukan masaalahnya. that is your atitude. bukan sifat kami. kami tak pandai berlakun untuk sokongan.

    Kami teruk dari mula, di hina di caci , di maki , di anaktirikan , di inaya , di buang kerja tetapi demi keadilan yang mana mungkin di masa hadapan cerah untuk kami anak pinak , kami rela menanggung kesusahan. dengan harapan apabila dato seri sudah kami berjaya keluarkan tidak akan melupakan kami. tetapi rupanya tidak ,dato seri lebih suka pengampu dan pengipas dari orang yg tak pandai mengampu tetapi ikhlas. saya tidak kisah kalau di terajang dari parti kerana tulisan saya ini tetapi saya tak pandai kipas ponggong orang.biar bahasa saya kasar tapi saya ikhlas,
    Siapa pemimpin keadilan yang berani bawa kenderaan yang mempunyai tanda-tanda orang kuat anwar ibrahim di zaman mahathir celaka.

    Saya bukan macam separuh dari pemimpin keadilan yang sekarang ada jawatan , yang dulu entah di mana tiba-tiba dengan muka tak malu datang mengendeng , dengan beberapa pemimpin keadilan yang dulu bercampur gaul dengan semua orang .tetapi bila dah ada jawatan dalam parti , jawatan adun , atau ahli parlimen ,orang yg dulu hidangkan makan untuk mereka , kawan berkongsi rokok , kawan seperjuangan tetapi sekarang berselisih pun tak bertegur. betullah orang kata kalau dah dari darah jijik umno tu di campak ke mana pun darah jijik umno tu masih ada lagi. sifat dan hati budi perangai unmo tu masih ada lagi.

    Buat dato seri anwar , ya jamil memang manusia kecil bagimu dato seri tetapi nasihat jamil berhati-hatilah dengan manusia sekelilingmu. tak mengapalah kalau tak mahu ambil peduli pasal jamilkucing pun, sebab siapa jamilkucing , hanya manusia kecil , jamil yang di fithnah kerana rapat dengan keluarga anwar ibrahim , jamil yang cuba di keluarkan dari wajah reformasi , oleh melayu celaka yg mempunyai hati busuk , yang boleh di jadikan kuli dulu. pedulikan jamil kucing ,tapi ingatlah manusia boleh bertukar apabila $$ depan mana , cuba lihat di perak , di selangor
    Siapa pemimpin keadilan yang berani bawa kenderaan yang mempunyai tanda-tanda orang kuat anwar ibrahim di zaman mahathir celaka tunjukan kepada jamilkucing. semuanya bacul, pengecut dua kali lima pemimpin umno gak. tapi kami orang reformasi hanya takutkan allah sahaja.

    Pasti akan ada yang marah , mengamok , mengutuk , ada lak yang akan kata apa kena jamilkucing ni, gila kah , sakit kah , atau kepingin jawatan. sorrylah ko orang kata begitu sebeb hati budi ko orang seperti itu. bukan aku, aku jamilkucing tak pandai mengampu , menjilat , membodek , dato seri anwar paham apa yang aku tulis ,dato seri anwar mengerti kenapa aku tulis , dato seri anwar tahu mengapa aku tulis , dato seri anwar sedar kenapa aku menulis begini. so kalau ko orang yang tak tahu apa-apa aku minta tolong satu je duduk diam-diam, ko orang nak bodek , nak kipas ponggong , nak mengampu itu ko orang punya pasal. jangan sesekali samakan aku dgn ko orang. kesian aku tengok banyak penyokong reformasi yang dulu bertungkus lumus di lupakan oleh mereka. selalu aku jumpa di bukit bintang. kesihan .

    Reply

  2. 2 Intan Sakinah Dec 24th, 2009 at 10:16 am

    Saya sangat setuju sebarang usaha muafakat yang membawa rahmat. Dan saya sokong budaya baru jika usaha demikian menjadi rahmat untuk semua.

    Budaya seumpama “Gagasan One Malaysia” yang lebih merupakan gimik dan menjurus kepada kepentingan peribadi serta puak tidak mendatangkan sebarang manfaat. Rasa loya jer !

    Dalam setiap usaha, kepentingan rakyat hendaklah dijadikan agenda utama. Bukan kepentingan individu yang rakus serta hasad. Saya tidak nampak “one Malaysia” sebagai jujur kerana amalan fitnah serta “cantas” yang diamalkan dalam Umno dan BN.

    Wallahu’alam.

    Reply

  3. 3 Mohamad Dec 24th, 2009 at 4:32 pm

    En. Jamilkucing anda ini orang yang suka mengambil kesempatan, dulu anda pernah nak berpakat dengan Datuk Seri Najib untuk menjatuhkan Penasihat Umum PKR seperti komen anda dalam blog 1malaysia, tapi kerana Datuk Seri Najib tak layan orang bersikap talam dua muka seperti anda, maka anda dengan muka tak malu terhegeh-hegeh masuk balik ke kem Pakatan Rakyat, tak payahlah anda nak berpura-pura dengan membodek orang itu dan orang ini, anda perlu insaf atas perbuatan anda ini, sekian, terima kasih.

    Reply

    jamilkucing Reply:

    Kepada mohamad yasng tidak tahu apa-apa kalau anda bodoh jangan tunjukan di sini, kalau anda nak mengampu itu anda punya pasal , taka ada kena mengena dengan saya. jangan main tuduh sembrono sahaj. mungkin juga anda keturunan bodoh. saya berkerjasama dengan najib kah kah kah, wow besar juga ya jamil kucing . permohonan saya untuk berjumpa najib ialah untuk meminta beliau menyokong saya untuk membuka sebuah tempat menyelamatkan kucing-kucing terbiar tak ada kena mengena dengan politik bodoh ( sorry kasar sikit sebab anda bodoh ) kalaus aya nak mengenakan dsai saya tak sokong la reformasi. saya kenal keluarga najib , hishamuddin bertahun. kalau saya jenis ambil kesempatan dah lama saya buat. kalau mohamad di tempat saya tak tahulah apa jadi.

    siapa yang terhegeh-hegeh , anda siapa di mana anda waktu anwar di penjara , di mana. anda mukin talam 10 muka. saya tak pernah meninggalkan pkr atau keluarga anwar ibrahim, saya jenis berpegang janji. janji saya anwar bebas saya mengundur diri. saya bukan macam anda mohamad kebulur jawatan, pengampu.

    DATO seri sorry kalau terkasar bahasa. ada orang nak mengampu di sini. jaga-jaga.

    Reply

    jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:

    Kepada mohamad anda lah sebenar nya mansuiatalam dua muka bukan saya. saya berpakat dengan najib untuk menjatuhkan pakatan rakyat hahahaha , wowo kuat juga ya jamilkucing ni. di sini sudah menunjukan kebodohan kamu. jamilkucing bukan pemimpin , atau pimpinan en mohamad bodoh. saya tulis kerana datos eri sendiri mengaku ada pemimpin keadilan yang teruk mungkin awak salah seorang.( tengok keratan akhbar di blog jamilkucing )

    Najib tun razak adalah perdana menetri malaysia samaada kita terima atau tidak , saya memohon untuk berjumpa dia kerana dia perdana menteri,saya nak minta sokongan dia untuk membuka atau membuat sebuah tempat menyelamatkan kucing-kucing terbiar wahai en mohamad bodoh. kalau dato seri anwar ibrahim perdana menteri saya jumpa dato seri anwar ibrahim la. en mohamad bodoh.

    Kalaus aya berjumpa atau dapat berjumpa dengan najib sekalipun tidak ada kena mengena dengan politik, habis saya selalu ke rumah tun shuhsaila hussein bonda dato seri hishamuddin bekas boss saya. dan saya selalu juga ke rumah dato seri hishamuddin kenapa awak tak nak tuduh saya berpakat dengan dato seri hishamuddin untuk menjatuhkan pakatan rakyat.

    En mohamad bodoh yang tak berani memperkenalkan diri . nasihat saya tak payah lah jadi kaki bodek di blog dato seri anwar ini, tak payah lah tunjuk baik, tak payah lah tunjuk pandai. kami ahli keadilan tulin menyampah dengan kaki bodek ni. tak payah lah awak tolong jawab tulisan atau soalan orang di blog ini, siapa bagi awak kebenaran untuk jadi tolong jawab.biar datos eri sendiri jawab jika dato seri rasa ia elok di jawab.awak tak payah jadi kuli batak tunjuka pandai di sini.

    Ok lah buang masa saya sahaja melayan kuli batak macam awak bodeknakmampos.kalau awak rasa tak puas hati silalah bertandang ke bukit bintang. biar kita bersilat secara jantan.okies.

    Dato seri tolong paparkan balasan saya ini
    terimakasih

    JAMILKUCING

    Reply

  4. 4 wan simunjan Dec 26th, 2009 at 10:54 am

    Sesungguhnya selalu bermuhasabah akan menjadikan kita semakin mengenal akan kelemahan dan kekuatan diri untuk terus hidup. Perbetulkan segala kelemahan agar ia akan menjadi kekuatan untuk terus bertahan sekaligus mengekalkan kuasa.

    Kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat ingatlah roh dan semangat perjuangan DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT. Sesungguhnya perjuangan rakyat telah mengangkat kita menjadi pemimpin yang agung. Dan rakyat juga mampu untuk menjahanamkan kita menjadi pemimpin yang hina. Justeru itu sentiasalah menghargai dan menghormati sokongan rakyat yang telah kita raih hari ini. Sesungguhnya rakyat akan menentukan kuasa yang bakal Pakatan Rakyat miliki untuk menghancurkan Dinasti BN pada PRU 13 akan datang.

    Kepada penyokong Pakatan Rakyat dan perjuangan DSAI pula, teruskan semangat perjuangan yang ada. Kita sekadar golongan manusia yang diciptakan oleh Allah bukan untuk menjadi pemegang jawatan atau pengumpul kekayaan melalui budaya ampunisme. Jadikanlah diri kita sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini yang sentiasa menegakkan kebenaran dan menentang sebarang ketidakadilan. Jawatan dan pangkat hanya akan menjadikan kita manusia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Biarlah kita tetapkan hati untuk memilih atau menyokong PERJUANGAN RAKYAT dan menjahanamkan PENIPU RAKYAT. Tanpa jawatan dan pangkat kita punya kuasa yang cukup besar untuk mengangkat dan menjatuhkan seorang pemimpin. Ingat Kuasa di tangan kita. Justeru itu sekiranya kita mendapati perjuangan pemimpin itu menjurus kepada penganiayaan, penipuan dan penyalahgunaan kuasa maka JANGAN TAKUT untuk menghancurkannya sebelum rakyat menjadi korban penganiayaan mereka.

    Pengalaman 52 tahun di bawah pemerintahan dan telunjuk golongan pemimpin yang memperjuangkan kepentingan diri telah menjadikan kita penyambung warisan negara ini masih lagi terkial-kial dalam menentukan halatuju dan jati diri sebagai sebuah bangsa yang merdeka. Kita masih terjajah di bumi sendiri dan kita dibayangi agenda perjuangan sempit yang semakin menjahanamkan generasi kita pada masa depan.

    Sedarlah bahawa pemimpin-pemimpin UMNO dan Dinasti BN telah memenjarakan kita selama 22 tahun. Era Maha Zalim telah menjahanamkan kita ke lembah kehancuran. Kehidupan kita hari ini semakin terdesak dan tertekan kerana dasar MAHATHIRISME yang telah terbina sejak 22 tahun yang lalu. Justeru HAPUSKANLAH PEMIKIRAN YANG TELAH TERDIDIK DAN DIACUANKAN OLEH MAHA ZALIM INI.

    Kita sebagai rakyat HARUS BERANI DAN YAKIN bahawa kita berhak memilih pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan membuang serta menjahanamkan pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Golongan pemimpin cukup CEPAT BERUBAH. 5 – 10 TAHUN MENJADI KAYA RAYA DENGAN TIMBUNAN HARTA KEKAYAAN. TETAPI RAKYAT SUDAH 52 TAHUN MERDEKA DAN BERGELUMANG DENGAN TITIK PELUH MASIH LAGI TERHIMPIT DAN TERUS DITEKAN UNTUK SESUAP NASI.

    Kepada DSAI, jangan hampakan impian dan harapan rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih terjamin hak dan kebebasan mereka. JANGAN PERJUDIKAN NASIB RAKYAT YANG TELAH MENGANGKAT MARTABAT PAKATAN RAKYAT SEBAGAI WADAH PERJUANGAN BANGSA MALAYSIA YANG BARU. SELAMAT BERJUANG PAKATAN RAKYAT.

    INSYA ALLAH SARAWAK JUGA AKAN BERJUANG MENENTANG KETIDAKADILAN, KEZALIMAN DAN PENIPUAN PEMERINTAHAN REJIM TAIB MAHMUD PADA PR DUN AKAN DATANG. PASTI PERTAMBAHAN KERUSI PAKATAN RAKYAT SEMAKIN KETARA DI SARAWAK.

    Reply

  5. 5 suri Dec 27th, 2009 at 7:01 pm

    baru padan muka kau mohamad ..x putus2 org menyampah dengan tahap kebodohan kau…lepas ni muhasabah diri selalu sebelum nak menyibuk di blog pembangkang..

    Reply

  6. 6 Mohamad Dec 28th, 2009 at 7:00 am

    Kepada En. Jamilkucing, tak payahlah anda nak bermuka-muka lagi, siapa yang ingin berjumpa Datuk Seri Najib untuk kepentingan politik? Anda dalam komentar anda dalam blog 1Malaysia berkenaan tidak nyatakan pasal kucing terbiar, anjing terbiar atau orang terbiar pun. Jadi kenyataan anda yang mahu berjumpa beliau berkenaan kucing terbiar adalah tidak munasabah, sebab anda boleh jumpa jabatan haiwan, pusat perlindungan haiwan dan lain-lain pihak berkaitan, dan tuduhan anda bahawa saya bodoh adalah tidak tepat dan salah, ini kerana anda mahu menutup kecurangan yang anda mahu lakukan. Saya tak bodek Penasihat Umum PKR, ada anda nampak saya bodekkah? Saya selalu tidak sependapat dengan Penasihat Umum PKR, jadi macam mana anda kata saya nak bodek beliau? Adakah orang bodek dengan tidak menyokong seseorang yang nak dibodek itu, anda belajar di mana?

    Saya bukan penyokong Pakatan Rakyat dan kes penjara Penasihat Umum PKR, ia adalah kes mahkamah, bukan saya yang buat keputusan nak penjarakan beliau. Anda tak boleh nak tuduh sembarangan, lagipun takkan saya nak duduk di penjara sekali, buat apa? Ia adalah kes mahkamah, jadi tak payahlah nak memandai nak putar belitkan kenyataan pula, tak teringin saya nak terhegeh-hegeh duduk dalam penjara.

    Berkenaan anda pergi ke rumah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, saya tak tahulah pula, anda nak pergi rumah siapa pun, apa hak saya nak halang, ikut suka andalah. Tapi dalam kes anda untuk berpakat dengan Datuk Seri Najib berkaitan hal politik, ia telah terang-terangan anda tulis dalam blog 1Malaysia itu, nak tipu apa lagi? Anda baca balik apa yang anda tulis di blog berkenaan: http://www.1malaysia.com.my/index.php?option=com_myblog&show=facebook.html&Itemid=54&lang=en&cpage=70. Saya tidak fahamlah dengan anda ini, apa yang anda nak sebenarnya? Bersikap jujurlah pada diri, tak payahlah kita bermuka-muka kerana orang boleh tahu berdasarkan tingkahlaku kita itu. Malahan Datuk Seri Najib sendiri tak sanggu berkerjasama dengan anda kerana beliau bimbang kerana kalau Pakatan Rakyat pun anda boleh kesampingkan sekejap, apatah lagi beliau. Terpulanglah anda nak berifkir macam mana pun, saya tidak kisah, ikut suka hati andalah. Sekian, terima kasih.

    Reply

    kenny Reply:

    Mohamad bangang lah. memper-SIASUI-kan bangsa Malaysia

    Reply

  7. 7 minang Dec 30th, 2009 at 10:02 am

    ape nk kesah kan mohamad tu kaki jilat mkn yg bkn2

    Reply

  8. 8 Mohamad Dec 30th, 2009 at 10:22 am

    Kamu kena lihat pada kenyataan En. Kenny, siapa yang bangang sebenarnya, saya menentang perkara yang tak betul, bukannya tak berasas tentangan saya itu. Saya hairan juga dengan sikap sesetengah orang yang boleh jadi kuda kayu terima itu dan ini tanpa berfikir tentang baik dan buruk, semua terima saja dan semua tentang saja tanpa fikir panjang, sikap apakah ini? Sebagai rakyat yang berpendidikan dan berpelajaran, kita sepatutnya tahu menilai buruk dan baik sebelum tentang dan sokong supaya benda yang betul sahaja dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

    Reply

    ericind Reply:

    Hoi,en mahamad,org dah muak dgn komen2 yg menyampa kat blog ni,hang ni betul2 keras kepala,mcm kayu jamban,busuk lagi degil,aku ni bkn penyokong PR tapi selagi org mcm kau berada di bn.sampai mati pun tak sokong bee end…

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Ke Arah Muafakat Kebudayaan Baru at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 23rd, 2009 at 3:09 pm
  2. 2 uberVU - social comments Trackback on Dec 23rd, 2009 at 5:48 pm

Leave a Reply




jonsonchong: Cai @BiroAgamaPKR ni? @anwaribrahim @syedhusinali @onnabubakar @nordinismail @azminali @leeboonchye @latheefakoya @shamsuliskandar @tianchua
26 minutes ago
chairulpw: @anwaribrahim datuk, I heard you are one of 'a man behind' anti-malaysia demonstration in jkrta. is that true?
6 hours ago
AnwarIbrahim: Blood money! @elicoopter_asi: CitJ @IanEMassey, 192flw: Kabul Bank bailout.Corruption at the highest Afghan Govt. http://bit.ly/arHgzf.#fb
6 hours ago
tunfaisal: Justice delayed is justice denied! Keadilan utk Saiful :) RT @anwaribrahim: 9pm: short appearance - Message: our land;justice for all.#fb
9 hours ago
za_ahmad: @bertsly56 @tengkusani @anwaribrahim Perjuangan rakyat apakebenda? Cacing kepanasan!
10 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031