“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.
Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.
Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”
- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009
PETALING JAYA, Dis 23 — Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.
“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.
“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.
“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.
Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.
“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?
“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.
Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.
Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.
Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.


















Salam semua.Isu Dsai bawa kot mana pun hukum Alam, Hukum agama, hukum lojik, mengatakan DSAI benar kecuali di Malaysia. Sabar, Nabi Yusof (AS) pun masuk penjara, ramai lagi ulama tersohor masuk penjara. Penjara kan buatan manusia, jadi sesiapa sahaja boleh dimasukkannya. Seseorang yang diberi kesusahan oleh Allah bukan bermakna ia jahat dan begitulah sebaliknya. Takdir Allah tidak terjangka oleh kita., Apa yang penting lawan tetap lawan . Selebihnya hak Allah. Oleh itu mari lah semua pakat doa, itu lah senjata terakhir kita, Insyaallah doa orang yang di zalimi pasti makbul. Ameen.
Reply
DSAI….LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA KE TITISAN DARAH
TERAKHIR….REFORMASI…REFORMASI…RAFORMASI…RAFORMASI…RAFORMASI…ALLAHU ..AKBAR…ALLAHU..AKBAR…ALLAHU..AKBAR..ALLAHU ..AKBAR..HANCURKAN SEMUA FITNAH DAN KAUM MUNAFI…AMIN..AMIN..AMIN
Reply
I also remember Ziauddin Sardar mentioned Anwar in his book Skeptical Muslim: Desperately Seeking Paradise. Sardar apreciated Anwar so much.
Reply
wlaupun sy masih muda..
tp sy tdak mmprcayai fitnah yg diterima oleh DSAI..
dn sy hrap msalh ini akn di slesaikn dgn baek…
dn hrap DSAI slalu trun JB…
pecah kn kubu kuat JB…
Reply
Propeller kapal TLDM yang bapak punya besar 5 x ganda dari enjin jet F-5E pun pernah hilang…, tak caya tanya lah budak2 navy. Cuma tak ada org yang nak repot kat paper jer…
Nanti akan ada pula kapal navy yang hilang lepas ni..
Reply
Apollo 2020 Reply:
December 25th, 2009 at 12:29 pm
lepas nie kapal selam plak hilang. alasannya ikan paus telan.
Reply
salam untuk semua,
Saya selakju rakyat malaysia yang cintakan keamanan ingin menyeru kepada semua alim ulamak, tolong lah renung sejenak kenyataan ulamak tersohor tu. dalam hal ini kita tidak boleh berdiam diri, jangan lah kita pentingkan dunia semata-mata terutama yang bercakap berdekah-dekah dalam forum perdana tu, sila tampil buat komen terhadap kenyataan ini, kut-kut ilmu kita tu tu tinggi dari dia. silakan tan sri harussani, jamil khir baharum, dato noh gadut komen!
Reply
salam. Sebagai seorang muslim kita tau yang mana betul dan salah atau dosa dan pahala tapi kenapa kita masih nak melawan hukum hakam tersebut. jawapannya mudah….DUIT DAN KUASA.Apa yang dikesalkan kenapa susah sangat pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk kembali kepangkal jalan. Tak cukup ke lagi kamu nak mengumpul kekayaaan dan menzalimi rakyat yang tak berdosa.Rakyat miskin seharian menangis mengenang nasib anak mereka yang kehidupannya terlalu daif. Ibu bapa mana yang tak bergenang air mata melihat anak anak kecil mereka berhenti sekolah dan mencari nafkah untuk keluarga. pagi,petang hingga ke malam mencari sesuap nasi untuk keluarga disaat ibu bapa tidak mampu keluar bekerja. Tolonglah kasihani mereka. Hanya kita sahaja yang mampu menolong mereka tetapi tidak berlaku malah ada pemimpin lebih rakus menidak hak mereka. Kepada pemimpin yang zalim , dengarlah seketika tangisan derita dan azab yang ditanggung oleh rakyat miskin untuk meneruskan kehidupan mereka. Semoga anda diberi peluang kali ke dua oleh Allah SWT dan seterusnya menyesali perbuatan yang lampau. Percayalah rakyat akan memaafkan anda. insyAllah…
Reply
DSAI
Kebenaran akan tegak akhir-nya. Tidak akan kemana dongeng tukang karut pemerintah !
Reply
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Hairan, mahkamah syariah yang kita begitu harap cepat bertindak atas tuntutan anda macam tidak berani membicara dakwaan Saiful ke atas anda. Ada persepsi macam tunggu dan lihat dahulu apa keputusan mahkama civil, baharulah mahkamah syariah bertindak. Apalah mahkamah syariah kita!
Lawan tetap lawan!
Reply
Segala ketentuan Allah SWT tiada siapa yang dapat menafikan hakNya utk memberi takdir kpd hambaNya. Bersyukurlah kerana terpilih. Bersyukurlah! Bersyukurlah! Bersyukurlah! Allah hu Akhbar!
Reply
Allahu akbar….semoga kebenaran akn segera muncul..
Reply
I was called upon to really give my response for the very first time in DSAI’s website despite following it for some time now. This is because I can’t any longer bear all the hypocrites that happen all around us today… including defamation of DSAI… In brief I found it very clear now by supporting DSAI as a true and genuine leader who always fight for the rights and fairness to all in the name of Islam.. For me, it is very very clear now that even Prof Dr Yusof also declared his full support for DSAI esp in the case of qazaf…. may the truth reveals.. insyaALLAH. Lastly, I was impressed by the quote from ‘dibawah bayu’ who said that ALLAH will not see us with what we have but with our ‘taqwa’….
Reply
Reply artikel di The Star ( http://bbcatlover.blogspot.com )
Ooo sedar rupanya pemimpinku ini. ingat seperti kata mahathir celaka melayu mudah lupa. separuh yanga da di sekeliling dato seri sekarang adalah pengampu , pembodek , pengipas pongong je dato seri , saya pun hairan dah kena teruk sampai macam ni pun dato seri boleh tertipu boleh terkena lagi.tengok si saiful gayboy tu.cam mana boleh dekat dengan dato seri.apa tak fikir ke. sorry cakap la. kebanyakan pemimpin keadilan yg menang tempoh hari jamil tak pernah tengok pun waktu dato seri dalam penjara.
Manusia-manusia yang dulu tak ambik tau pasal dato seri, orang-orang yg tak pernah merasa sepakan fru, pancutan air asid , tak pernah di maki hamun tetapi sangat pandai mencari peluang.keluar sahaja dato seri dari penjara mereka menampal muka mulit babi datang menunjukan yang sokongan kuat untuk datos eri. dan sebagai melayu yang mudah lupa dato seri menerima mereka dengan hati yang terbuka sebab dato seri kata sifat dato seri pemaaf , lupakan yg lepas-lepas, tetapi dato seri itu bukan masaalahnya. that is your atitude. bukan sifat kami. kami tak pandai berlakun untuk sokongan.
Kami teruk dari mula, di hina di caci , di maki , di anaktirikan , di inaya , di buang kerja tetapi demi keadilan yang mana mungkin di masa hadapan cerah untuk kami anak pinak , kami rela menanggung kesusahan. dengan harapan apabila dato seri sudah kami berjaya keluarkan tidak akan melupakan kami. tetapi rupanya tidak ,dato seri lebih suka pengampu dan pengipas dari orang yg tak pandai mengampu tetapi ikhlas. saya tidak kisah kalau di terajang dari parti kerana tulisan saya ini tetapi saya tak pandai kipas ponggong orang.biar bahasa saya kasar tapi saya ikhlas,
Siapa pemimpin keadilan yang berani bawa kenderaan yang mempunyai tanda-tanda orang kuat anwar ibrahim di zaman mahathir celaka.
Saya bukan macam separuh dari pemimpin keadilan yang sekarang ada jawatan , yang dulu entah di mana tiba-tiba dengan muka tak malu datang mengendeng , dengan beberapa pemimpin keadilan yang dulu bercampur gaul dengan semua orang .tetapi bila dah ada jawatan dalam parti , jawatan adun , atau ahli parlimen ,orang yg dulu hidangkan makan untuk mereka , kawan berkongsi rokok , kawan seperjuangan tetapi sekarang berselisih pun tak bertegur. betullah orang kata kalau dah dari darah jijik umno tu di campak ke mana pun darah jijik umno tu masih ada lagi. sifat dan hati budi perangai unmo tu masih ada lagi.
Buat dato seri anwar , ya jamil memang manusia kecil bagimu dato seri tetapi nasihat jamil berhati-hatilah dengan manusia sekelilingmu. tak mengapalah kalau tak mahu ambil peduli pasal jamilkucing pun, sebab siapa jamilkucing , hanya manusia kecil , jamil yang di fithnah kerana rapat dengan keluarga anwar ibrahim , jamil yang cuba di keluarkan dari wajah reformasi , oleh melayu celaka yg mempunyai hati busuk , yang boleh di jadikan kuli dulu. pedulikan jamil kucing ,tapi ingatlah manusia boleh bertukar apabila $$ depan mana , cuba lihat di perak , di selangor
Siapa pemimpin keadilan yang berani bawa kenderaan yang mempunyai tanda-tanda orang kuat anwar ibrahim di zaman mahathir celaka tunjukan kepada jamilkucing. semuanya bacul, pengecut dua kali lima pemimpin umno gak. tapi kami orang reformasi hanya takutkan allah sahaja.
Pasti akan ada yang marah , mengamok , mengutuk , ada lak yang akan kata apa kena jamilkucing ni, gila kah , sakit kah , atau kepingin jawatan. sorrylah ko orang kata begitu sebeb hati budi ko orang seperti itu. bukan aku, aku jamilkucing tak pandai mengampu , menjilat , membodek , dato seri anwar paham apa yang aku tulis ,dato seri anwar mengerti kenapa aku tulis , dato seri anwar tahu mengapa aku tulis , dato seri anwar sedar kenapa aku menulis begini. so kalau ko orang yang tak tahu apa-apa aku minta tolong satu je duduk diam-diam, ko orang nak bodek , nak kipas ponggong , nak mengampu itu ko orang punya pasal. jangan sesekali samakan aku dgn ko orang. kesian aku tengok banyak penyokong reformasi yang dulu bertungkus lumus di lupakan oleh mereka. selalu aku jumpa di bukit bintang. kesihan .
Reply
joe-kedah Reply:
December 24th, 2009 at 10:50 pm
sdr jamil kucing, tulisan mu amat tepat sekali demgan wajah-wajah pura-pura.Ini lah yang dikatakan setia, tulus ikhlas mengingatkan kawan yang pernah kena terajang. kalau ini lah peringatan yang dicurahkan dari hati yang ikhlas, saya berharap dato seri harap ambil perhatian dan selalu lah menghubungi sdr jamil. Jangan lah jadi kacang lupa kulit, melepas anjing yang tersepit. Walau pun saya anak jati kedah, dulu saya memang hormat orang bernama mahathir, tetapi dengan konspirasi yang dirancang menjatuhkan anuar, saya tidak hormat lagi kepada mahathir selagi dia tidak memohon maaf kepada anuar. saya rasa dengan umur mahathir sudah melebihi 85 tahun rasa nya dia patut insaf diri dengan perbuatan yang dilakukan sewaktu berkuasa. dengan pengalaman yang rasanya agak lama, saya rasa tepat seperti mana yang dikatakan jamil tu. Datuk seri anuar kena berhati-hati dengan manusia-manusia yang seperti musang berbulu ayam, sentiasa bertindak berhati-hati dengan penuh kesabaran dan ketenangan. terima kasih jamil kucing atas keikhlasan anda.
Reply
pengkhianat ni semua,selagi belum terima bala dari allah swt mana dorang ni nak sedar.mana dorang ni nak fikir pahala atau dosa.
“Ya allah ya tuhan ku,engkau balaskan la pada mereka2 yang zalim ni seksaan yang amat sangat didunia dan diakhirat..amin
Reply
DSAI…saya mencadangkan supaya pakatan rakyat buat demo kebawah Duli yg Maha Mulia (Agong) supaya perdana menteri dipecat..terangkan kepada rakyat tentang kehilangan dua injin pesawat tentera yang hilang itu..desak agong..kerana PM tak pandai tadbir negara.. biar pakatan yang ganti tadbir malaysia…ini kalau dibiar boleh memudaratkan negara..kehilangan dua injin itu bukan main main, ini isu besar..bayangkanlah kalau injin sampai ketangan pihak pelampau dan pengganas dan digunakan untuk menyerang malaysia macamana..tentunya bangsa bangsa bersatu akan menghentam malaysia akibat kecuaian pemerintahan sekarang. sebelum terlambat bagus desak agong.
Reply
mana dier org2 fasiq yg mbuat tuduhan songsang thdp anwar? berani tampil bhadapan dgn yusuf qardhawi…ada beranin? klu berani, silakan?
Reply
kalau si saiful di pihak yg benar, die sewajarnya berjuang di Mahkamah Syariah. kenapa takut – bukankah cakapnya berdegar2. kamonlah. berani kerana benar. adakah beliau takot membawa kes ke Mahkamah Syariah kerana di pihak yg salah?
Sebenarnya si saiful tahu die bersumpah dusta & buat laporan palsu. sudah pasti tidak menang di menerusi Mahkamah Syariah.
Fokus & masa rakyat Malaysia banyak dibazirkan dek fitnah si saiful.
Isu2 fitnah tiada tempat di hati orang Mukmin.
Reply
saya ucap tahniah buat saudara jamilkucing atas semangat anda, saya dapat merasai apa yang saudara jamilkucing tulis sbb saya pun melalui saat saat yang dalam tulisan saudara. LAWAN TETAP LAWAN. REFORMASI ….TAKBIR.
Reply
Kepada En. Jamilkucing sebelum ini ada hati nak berpakat dengan Datuk Seri Najib untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat seperti yang anda komen dalam blog 1Malaysia, tapi kini anda nak hentam kerajaan Barisan Nasional pula, apa masalah anda ini, anda ini tukang mengapi-ngapikan orang sahaja. Bertaubatlah, jangan bertindak begini lagi, tak baik jadi talam dua muka, pisau dua mata, dan macam-macam lagi pepatah kepada orang yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. Sekian, terima kasih.
Reply
jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:
December 24th, 2009 at 8:36 pm
hantu yang mengunakan nama mohamad nak minta jamilkucing bertaubat. mungkin diris endiri talam dua muka. penjilat jubur. tetapi bukan jamil dia hidup tak pernah menjilat jubur mana-aman ahli politik seperti anda mohamad kutty
Datos eri sorry kasars ebab saya paling benci pengampu
Reply
anti poyo Reply:
December 25th, 2009 at 12:49 am
ko jgn nk mengarut kat cni gak..sekali aku lempang, berjoget kang…
Reply
jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:
December 25th, 2009 at 9:35 pm
Kepada mohamad anda lah sebenar nya mansuiatalam dua muka bukan saya. saya berpakat dengan najib untuk menjatuhkan pakatan rakyat hahahaha , wowo kuat juga ya jamilkucing ni. di sini sudah menunjukan kebodohan kamu. jamilkucing bukan pemimpin , atau pimpinan en mohamad bodoh. saya tulis kerana datos eri sendiri mengaku ada pemimpin keadilan yang teruk mungkin awak salah seorang.( tengok keratan akhbar di blog jamilkucing )
Najib tun razak adalah perdana menetri malaysia samaada kita terima atau tidak , saya memohon untuk berjumpa dia kerana dia perdana menteri,saya nak minta sokongan dia untuk membuka atau membuat sebuah tempat menyelamatkan kucing-kucing terbiar wahai en mohamad bodoh. kalau dato seri anwar ibrahim perdana menteri saya jumpa dato seri anwar ibrahim la. en mohamad bodoh.
Kalaus aya berjumpa atau dapat berjumpa dengan najib sekalipun tidak ada kena mengena dengan politik, habis saya selalu ke rumah tun shuhsaila hussein bonda dato seri hishamuddin bekas boss saya. dan saya selalu juga ke rumah dato seri hishamuddin kenapa awak tak nak tuduh saya berpakat dengan dato seri hishamuddin untuk menjatuhkan pakatan rakyat.
En mohamad bodoh yang tak berani memperkenalkan diri . nasihat saya tak payah lah jadi kaki bodek di blog dato seri anwar ini, tak payah lah tunjuk baik, tak payah lah tunjuk pandai. kami ahli keadilan tulin menyampah dengan kaki bodek ni. tak payah lah awak tolong jawab tulisan atau soalan orang di blog ini, siapa bagi awak kebenaran untuk jadi tolong jawab.biar datos eri sendiri jawab jika dato seri rasa ia elok di jawab.awak tak payah jadi kuli batak tunjuka pandai di sini.
Ok lah buang masa saya sahaja melayan kuli batak macam awak bodeknakmampos.kalau awak rasa tak puas hati silalah bertandang ke bukit bintang. biar kita bersilat secara jantan.okies.
Dato seri tolong paparkan balasan saya ini
terimakasih
JAMILKUCING
Reply
Salam saudara Ron..
Saya tak pasti tetapi mungkin sahabat yg lain bolih mengingatkan bahawa kan sebelum
ini telah dimaklumkan olih pihak yang bertanggung jawab bahawa kes mahkamah syariah
akan dimulakan selepas selesai kes dimahkamah jenayah..mengapa sekarang hendak di
bangkitkan balik..maaf kalau saya tersilap..
Reply
Akum… Sy doakan semoga DSAI sekeluarga sihat2 hendaknya…. utk Saiful budak hingusan nie… sy nasihatkan bertaubatlah sebelum terlambat…
Reply
PERHATIAN!!!!!!!!…PERHATIAN!!!!!!!
SEMUA WARGA BLOG DSAI SILA AMBIL PERHATIAN!!!!!!…
MENGIKUT MAKLUMAT PERISIKAN HPKK KOTA KINABALU (HOSPITAL BUKIT PADANG KK)…(HOSPITAL RAWATAN MENTAL)…TELAH MENGELUARKAN NOTIS KEPADA ORG RAMAI BAHAWA SALAH SEORANG PESAKIT MENTAL YANG MASIH DLM RAWATAN TELAH MELARIKAN DIRI DAN TELAH MEMBUAT HURU HARA DI SEBUAH BLOG PEMIMPIN PEMBANGKANG TERKENAL DATO SERI ANWAR IBRAHIM.
BERKENAAN HAL INI HPKK TELAH MENGELUARKAN NOTIS KEPADA ORANG RAMAI AGAR SESIAPA YANG TERJUMPA SILA KEMBALIKAN KE HPKK DENGAN SEGERA DI SEBABKAN PESAKIT TERSEBUT SEMASA MELARIKAN DIRI TIDAK SEMPAT MAKAN UBAT YANG JIKA DI BIARKAN AKAN MENGANGGU KETENTERAMAN AWAM.
DI KHABARKAN JUGA ANTARA PUNCA PESAKIT INI MELARIKAN DIRI DI SEBABKAN BELIAU TELAH TEWAS TANPA SEBARANG UNDIAN DAN DI KIRA HANGUS DLM PERTARUHAN WANG DEPOSIT SEMASA PILIHANRAYA MEMILIH CALON YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH DI SALAH SATU KAWASAN ADUN NEGERI SABAH..DI FAHAMKAN PESAKIT TERSEBUT BERTANDING ATAS TIKET CALON BEBAS..YG MANA PADA MULANYA BELIAU SEPATUTNYA MENJADI CALON BN TETAPI TEPAKSA DI TOLAK KEPIMPINAN ATASAN BN KERANA TIDAK ADA SEBARANG SIJIL DARJAH 6/UPSR…SRP MAHUPUN PMR…DAN TIDAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM..OLEH KERANA FAKTOR DI ATAS BELIAU SANGGUP MENJADI CALON BEBAS KERANA SEMANGAT JUANGNYA TERHADAP POLTIK…WALAUBAGAIMANAPUN BELIAU TETAP KALAH KERANA TIDAK ADA UNDIAN DI BUAT KE ATASNYA KETIKA ITU….
KEKECEWAAN TERSEBUT MENYEBABKAN BELIAU DI SERANG SAKIT MENTAL SHINGGA MEMAKSA ISTERINYA MEMBAWA BELIAU KE HPKK UNTUK MENDAPAT RAWATAN LEBIH LANJUT…NAMUN APA YG MENGEMPARKAN SELEPAS PRELUD KE 12 APABILA BN HAMPIR2 TUMBANG ..PESAKIT INI TELAH MELARIKAN DIRI KERANA TERLALU TERKEJUT DAN KECEWA SETELAH APA YANG TERJADI…
MENGIKUT DALAM LAPORAN PESAKIT ITU BERNAMA MOHAMAD SONTOLOYO…SEKIRANYA ADA SESIAPA YANG TERSEREMPAK ATAU TERJUMPA SILA HUBUNGI HPKK SEGERA.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH..
EHSAN UTUSAN/BERITA HARIAN/TV1/TV2/TV3..
Reply
Yaa Allah, tunjukkan jalan kebenaran dan jalan yang lurus kepada tukang fitnah, kerana fitnah akan menghancurkan negara…. Dan hancurkan tangan-tangan manusia yang khianat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Amiin.
Reply
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…cukup untuk memberi salam kepada semua.
Reply
Salam, bersama kita renungkan- 2 ulama tersohor didunia memberi suntikan semangat untuk perjuangan kita bersama…ana dari golongan marhain, x pandai bicara. Cuma apa yg ana nampak dgn sistem politik kita.. undi adalah senjata utama.. seharusnya PAS/Keadilan menumpukan segala usaha dan tenaga untuk “tarbiah & tabligh” semua peringkat lapisan masyarakat..kerana ramai lagi yang tak sedar ape yang berlaku di sekeliling mereka.. terutama remaja yg pentingkan keseronokankan duniawi, golongan marhain yg masuk kilang 7am-balik 7pm-hampir 7 ari seminggu-langsung x peduli ape yg berlaku..bg mereka semua itu politik kotor..sedang undi mereka amat penting, walhal undi mereka lah yg menentukan hala tuju politik tanah air.. di ceruk pekan & desa masih ada wak2 yg tak tau apa itu PAKATAN RAKYAT?? Yang mereka dapat maklumat dari TV3 suku, Berita Hairan & Utusan Meloya…website..??? Comform ada yg tak pernah jumpa or x sempat nak buka..
Alhamdulillah- dok selangor muktahir ini..agak penuh masjid dan surau.. tapi ana percaya mereka tu memang penyokong tegar perjuagan islam..tapi klu nak dikira majoriti yg langsung tak ambil tahu pasal perjuagan islam..COMFORM..kita x selesa..Ayuh marilah bersama kita menjalankan dakwah secara tabligh bersama..senag je.. buat macam system jualan langsung MLM..1 orang cari 5, and so on…
Reply
Apa ini Saudari Suri, sampai begitu anda nak fitnahkan saya, tak baiklah begitu. Kamu dah tidak ada maklumat nak patahkan hujah sayakah sampai kamu buat tuduhan sebegitu. Saya boleh saman kamu kerana ia boleh disifatkan sebagai fitnah atau “defamation”. Untuk makluman anda defamation boleh wujud apabila terjadi tiga perkara ini, pertama perkataan atau ayat atau lakaran, atau isyarat yang boleh disifatkan untuk menjatuhkan maruah seseorang, kedua ia ditujukan kepada orang yang tertentu yang dinyatkan namanya atau sifat orang berkenaan, yang ketiga ialah ia telah menyebarkannya kepada pihak ketiga. Anda telah melakukan ketiga-tiga perkara berkenaan dalam tulisan anda itu. Sekirannya saya dapat membuktikan bahawa saya tidak dalam keadaan seperti yang anda tuliskan itu, maka anda boleh disabitkan dengan melakukan kesalahan fitnah atau “defamation”. Kalau anda kata saya tipu, anda boleh tanya Y.B. Karpal Singh sendiri samada ia betul atau tidak, beliau juga akan sependapat dengan saya berkaitan hal ini. Tapi tak apalah, saya bukannya jenis orang yang suka menyaman orang sesuka hati, terpulanglah orang nak kata dan tuduh saya itu dan ini, paling kurang pun saya sudah dapat debentur yang akan matang di akhirat nanti, dapat pahala orang yang caci maki dan buat benda yang tak elok pada saya. Anda semua, saya berhujah dengan tidak memaki orang dan menghina orang sebab tidak mahu menghina orang, tapi anda semua bukan berhujah, tapi suka memutar belitkan kenyataan di samping suka memaki orang. Sikap apakah jenis ini? Patutnya sebagai manusia yang dewasa dan berfikiran yang matang, tak bolehlah bersikap sedemikian, meskipun kita tidak sependapat dengan seseorang, tak perlulah kita nak maki hamun dan menghina orang sesuka hati. Saya dalam blog ini pun bukan suka menjatuhkan hukum pada orang pun, tapi saya minta supaya dibicarakan dan kalau ada kebenarannya, kita terimalah sebab ia adalah keputusan mahkamah. Tapi apa yang anda semua buat, keluarkan kenyaatan yang berbelit-belit dan bersikap tidak tahu bersyukur atas apa yang anda nikmati sekarang. Terpulanglah, samada anda nak terus maki hamun saya atau apa pun anda nak buat, tetapi saya akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran. Sekian, terima kasih.
Reply
jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:
December 29th, 2009 at 1:29 am
En mohamad bodoh yang tak berani memperkenalkan diri . nasihat saya tak payah lah jadi kaki bodek di blog dato seri anwar ini, tak payah lah tunjuk baik, tak payah lah tunjuk pandai. kami ahli keadilan tulin menyampah dengan kaki bodek ni. tak payah lah awak tolong jawab tulisan atau soalan orang di blog ini, siapa bagi awak kebenaran untuk jadi tolong jawab.biar datos eri sendiri jawab jika dato seri rasa ia elok di jawab.awak tak payah jadi kuli batak tunjuka pandai di sini.
Ok lah buang masa saya sahaja melayan kuli batak macam awak bodeknakmampos.kalau awak rasa tak puas hati silalah bertandang ke bukit bintang. biar kita bersilat secara jantan.okies.
Reply
Mohamad Reply:
December 31st, 2009 at 11:27 am
Nama saya dah terang-terang tulis Mohamad, bukan macam Kenny, Layman, Memangtakpadai, Demo !! Demo dan lain-lain lagi yang kamu pun lagi tak tahu apa nama mereka ini, pergi tanya mereka. Kamu adalah pembodek besar, tulisan anda menampakkan sikap pembodek tahap raksasa anda. Insaflah, sekian, terima kasih.
Reply
ape bende la mohamad ni.. Reply:
December 29th, 2009 at 8:11 am
yang ko tu tuduh DSAI mcm2, ap citer? poyola mohamad bengong ni..skali aku lesing, lebam bijik mata ko…
Reply
Salam 2 all.
Akhir-akhir ini saya melihat ada dikalangan kita sudah saperti orang kehilangan kewarasan aqal apabila orang lain menegurnya atau punya perbezaan pendapat.
Dan dengan begitu mudah teguran orang atau perbezaan itu diberikan pelbagai macam label: pengkhianat, pelampau, fanatik, nak masuk UMNo, pembuka pekung, dan macam-macam lagi cacamerba.
Apabila mendapat tahu Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi mempertahankan dan membela DSAI, ada yang menuduh Sheikh Al Qordawi mungkin pernah berliwat dengan DSAI. Apabila WAMY, Sheikh Dr. Wahbah Azzuhaili, Dr, Tariq Ramadhan bersimpati dengan DSAI, mereka dituduh ejen CIA.
Apabila Nik Amalina menegur golongan tertentu yang tidak kelihatan mempertahankan ayahandanya Tok Guru Nik Aziz, terus dia diberi pelbagai macam label dan jenama. Golongan yang dulunya kaki cium tangan Tok Guru, yang kentut Tok Guru pun dikatakan sewangi kasturi, hari ni melenting sakan bila ditegur oleh Nik Amalina. Apakah dosa dan salah Nik Amalina membela dan mempertahankan ayahandanya Tok Guru Nik Aziz.
Saya sendiri pun hairan dengan segelintir spesis ni, yang bila perlu Tok Guru akan diperah sehampas mungkin, bila madunya sudah habis, serban Tok Guru menjadi kain lap pinggan jer!!
Saya sendiri diberi pelbagai macam label dan jenama apabila ada perbezaan pendapat atau menegur mana-mana pihak. Malahan untuk membisukan saya, maka dibawa tohmahan dan fitnah karat yang saya nak masuk UMNo..habis cerita. Setengah golongan ni bukan apa, asal dengar perkataan UMNo dia punya fobia dan histerikal macam giler babi..babi giler pun tak macam tu!!
Bukan dia nak kaji hujah dan pandangan orang lain, atau membalasnya dengan hujah berbentuk ‘ilmiah dan berfakta, tapi cukup dengan maki hamun, fitnah dan labelkan dengan pelbagai nama dan jenama.
Mutakhir ini sahabat saya Al Fadhil Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin diberi pelbagai macam tohmahan, label dan tuduhan. Sejak saya mula menyiarkan pandangan dan tulisan beliau, ada segelintir yang memberi pelbagai macam nasihat minta saya jauhkan diri. Ada yang label dia wahabi, ada yang label dia sesat, ada yang mempertikai aqidah beliau, ada yang tuduh Dr. Asri talibarut UMNo, dan nak memperkuatkan dakwaan, mereka mengaku pernah dengar sendiri Dr. Asri bercakap begitu begini. Tapi bila saya minta fakta tarikh, waktu dan dimana Dr. Asri bercakap sebagai yang dituduh, samada penuduh-pemfitnah ini senyap terus, atau memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tak selayaknya keluar dari mulut orang yang mendabik dada memperjuangan Islam, yang kononnya dah bertakbir sampai malaikat tak larat nak kira dah, yang derma jihadnya sampai kereta Santa Klaus pun tak larat nak bawak katanya!!
Sebab itu, saya tertarik dengan tulisan terbaru Dr. Asri yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini 10 Muharram/27 Dis 2009. Saya perturunkan tulisan tersebut sebagai renungan kita bersama. Moga kita mendapat menafaat daripadanya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Muharram 1431
27 Dis 2009
Reply
Pemerhati Reply:
December 29th, 2009 at 10:38 pm
BERBEZA BUKAN BERERTI MENGHINA
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
(Mingguan Malaysia)
Sikap fanatik kepada sesuatu pegangan atau jumud pemikiran boleh menatijahkan beberapa akhlak yang buruk. Antaranya, ia menyebabkan seseorang itu selalu berfikiran negatif terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Ini seperti menuduh orang yang berbeza pendapat dengannya itu sebagai jahat, musuh dan seumpamanya. Bahkan lebih buruk daripada itu mereka yang berpenyakit fanatik ini sering cenderung membuat fitnah dan tuduhan palsu kepada orang lain apabila mereka kehilangan hujah dan alasan bagi mempertahankan apa yang mereka pegang. Mereka akan mengada-adakan tuduhan palsu agar orang ramai terpengaruh dan tidak mendengar hujah pihak yang berbeza dengan mereka. Di Malaysia umpamanya, apabila ada pihak yang menyatakan ‘tiada dalil yang sahih yang menyatakan dikhususkan malam Jumaat untuk membaca Surah Yasin’, maka golongan yang tidak dapat menerima perbezaan ini membuat cerita bohong kepada orang ramai kononnya ‘puak tersebut menyatakan haram membaca Yasin’. Tentu mereka yang terpengaruh dengan tuduhan ini akan marah dengan kenyataan yang seperti itu. Mana mungkin haram untuk membaca Surah Yasin sedang itu salah satu surah dalam al-Quran?! Lihat bagaimana mereka mengubah kenyataan dan fakta sehingga orang menjadi keliru dan bersalah sangka terhadap maksud asal kenyataan. Demikian juga apabila ada yang membuat kenyataan menyatakan ‘tiada sebarang solat khusus untuk malam Jumaat’. Mereka yang pantang berbeza pendapat itu memberitahu orang ramai ‘puak itu kata haram solat sunat malam Jumaat’. Padahal maksud tiada solat khusus itu ialah tiada solat khas sempena malam Jumaat sahaja, adapun solat-solat sunat yang biasa tiada halangan. Ini disebut oleh baginda Nabi s.a.w: : “Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa” (Riwayat Muslim).
Sikap ini akan terserlah buruknya apabila mereka pantang mendengar pandangan atau kritikan terhadap aliran mazhab yang mereka pegang sekalipun dalam keadaan yang ilmiah. Ada orang yang marah apabila saya memberitahu pandangan ulamak dahulu bahawa tempoh mengandung mungkin sehingga dua tahun, atau empat tahun, atau enam tahun atau lebih daripada itu tiada asas yang kukuh. Katanya, ‘dia siapa hendak berbeza dengan ulama-ulama dahulu yang lebih alim dan warak?! Dia lebih alim daripada merekakah?!”. Padahal soal tempoh paling lama mengandung yang disebutkan itu memang tiada nas yang sahih daripada al-Quran ataupun Sunnah. Sementara yang ada hanyalah andaian beberapa ulama dahulu berasaskan khabar yang mereka dengar dari beberapa wanita. Wanita–wanita itu mungkin tidak berbohong, tetapi sangkaan mereka bahawa mereka mengandung itu tidak benar. Apatah lagi ketika itu ujian kehamilan (pregnancy test) seperti sekarang belum wujud. Ahli perubatan moden menyatakan tempoh mengandung secara puratanya 266 hari atau sehingga 280 hari. Untuk sampai sehingga dua atau tiga atau empat tahun tidak menepati perkiraan saintifik. Justeru itu, seorang tokoh saintis muslim Dr Muhammad ‘Ali al-Bar menyifat kenyataan ahli fekah silam tentang tempoh mengandung sehingga tiga atau empat tahun sebagai riwayat yang khurafat (tiada asas) (lihat: ‘Umar Ghanim, Ahkam al-Janin fi al-Fiqh al-Islami, m.s 74, Beirut: Dar Ibn Hazm). Apatahlagi dakwaan itu boleh mempunyai kesan yang jelas dalam kehidupan. Umpamanya, dengan berpegang kepada pendapat yang menyatakan tempoh mengandung sehingga empat tahun membolehkan seorang wanita yang kematian suami dan melahirkan anak empat tahun kemudian mendakwa dia mengandung empat tahun anak arwah suaminya. Seterusnya menuntut harta pusaka. Maka pengkajian sains moden patut didahulukan. Menolak pendapat ulama yang lepas bukanlah bererti menghina mereka, sebaliknya berpegang kepada kajian dan ilmu. Namun golongan fanatik menganggap ini keluar mazhab dan tidak beradab.
Dalam sejarah perkembangan ilmu umat Islam berbeza pendapat dan kritikan ilmiah tidak pernah dianggap sebagai dosa dan jenayah melainkan mereka yang fanatik. Contoh al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) yang merupakan jaguh ilmu hadis yang agung dalam Islam ketika mengulas tentang al-Imam al-Ghazali r.h, beliau menyebut: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”. Kemudian al-Zahabi mengulas berbagai perkara mengenai al-Imam al-Ghazali, antara katanya: “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan. Sabda Nabi s.a.w: sesiapa yang berpaling dari sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku”. (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 19/339). Ini bukan permusuhan tetapi tugas kesarjanaan yang dilakukan oleh al-Imam al-Zahabi.
Tokoh ilmuwan besar al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (meninggal 463H) ketika mengulas pendapat tabi’i terkenal Mujahid bin Jabr mengenai maksud ayat 22-23 dalam Surah al-Qiyamah, beliau menyanggahi pendapat Mujahid bin Jabr. Padahal Mujahid merupakan anak murid sahabah ilmuwan besar dalam bidang tafsir iaitu Ibn ‘Abbas. Kata Ibn ‘Abd al-Barr : « Tetapi pendapat Mujahid ini ditolak dengan sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w, perkataan-perkataan sahabah dan mijoriti salaf. Pendapat Mujahid ini di sisi Ahl al-Sunnah adalah pendapat yang ditinggalkan. Apa yang menjadi pegangan Ahl al-Sunnah ialah yang sabit daripada Nabi mereka mengenai perkara tersebut (maksud ayat berkenaan). Tiada di kalangan ulama melainkan boleh diambil atau ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w” (Ibn ‘Abd al-Barr, Al-Tamhid, 7/157, Morocco: Wizarah ‘Umum al-Auqaf). Ini bukan bererti menghina Mujahid ataupun gurunya Ibn ‘Abbas.
Bahkan kita dapati dalam sejarah ilmuwan, pandangan sahabat Nabi s.a.w ada yang dikritik. Bukan tanda benci atau tidak hormat, tetapi tanggungjawab keilmuwaan. Umpamanya al-Hafizd Muhammad bin Tahir al-Qaisarani (meninggal 507H) ketika menceritakan ketokohan sahabat Nabi yang mulia lagi dicintai, ‘Abd Allah bin Mas‘ud, beliau mengulas : Sesungguhnya beliau (‘Abd Allah bin Mas‘ud) adalah antara tokoh sahabah, jaguh ilmuan dan pemimpin kepada hidayah. Namun begitu beliau memiliki qiraat dan fatwa yang tersendiri yang disebut dalam kitab-kitab ilmu. Setiap imam itu boleh diambil dan ditinggalkan pekataannya, kecuali imam golongan ahli taqwa, yang benar lagi diakui kebenarannya, yang amanah lagi maksum (RasululLah) selawat dan salam ke atasnya. Alangkah hairannya, apabila seseorang alim menjadikan agamanya mengikut diri seseorang imam dalam setiap apa yang diucapkan, sedangkan dia tahu wujudnya nas-nas nabawiyyah (sunnah) yang menolak mazhab imamnya.Tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH jua”. (Muhammad bin Tahir al-Qaisarani, Tazkirah al-Huffadz, 1/16, Riyadh: Dar al-Sumai’i).
Dalam dunia ilmu, berbeza pandangan tidak pernah dianggap jenayah. Namun golongan yang fanatik selalu mencari jalan permusuhan dengan mengandaikan sesiapa yang berbeza dengan tokoh tertentu maka dia menghina dan tidak beradab. Selagi pandangan itu diberikan dalam lingkaran ilmu dan perbincangan ilmiah tanpa maki dan cerca, maka itu adalah dunia ilmu yang patut diberikan haknya. Jangan kerana kita begitu rakus agar semua cakap kita didengari apabila ada orang berbeza dengan kita, dia dianggap musuh. Marilah kita belajar menilai pandangan dan menghormati perbezaan. Berbeza bukan bererti menghina. Kata al-Imam al-Zahabi juga: “Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/15
Reply
Kepada En. Jamilkucing, kalau anda nak bersilat, sesuai sangatlah dengan En. Anti Poyo itu, dia nak berjoget. Kamu berdua bersilat dan berjogetlah puas-puas, . Apa ini nak lempang oranglah, nak bertumbuklah, apa ini, sikap apa jenis ini. Orang beri komen sahaja, anda nak lebih-lebih apa hal pula. Tak baik buat begini dari lempang orang lebih baik anda buat kuih lompang atau lempeng. Ia boleh makan, lempang orang dapat dosa, tapi lompang dan lempeng boleh makan, kenyang. Kalau nak bersilat, silat gaya apa? gayung fathani, cekak hanafi, gayung malaysia, silat kura-kura, silat olahraga, silat harimau berantai. Nak bersilat itu tak salah kalau nak pertahankan diri dari ancaman keselamatan dari segi fizikal oleh orang yang mahu menainaya kita, seni pertahanan diri bukan untuk menunjuk-nunjuk ia untuk keselamatan diri atau untuk menjaga kesihatan. Jangan sampai kata nak bersilat, tapi bila tengok main cak lempong, tarian zapin atau tarian sumazau atau tarian 1Malaysia sudahlah, tapi ia martabatkan seni Melayu, bagus juga. Sekian, terima kasih.
Reply
INI BUKAN FITNAH LAH…TAPI KALAU AWAK TERASA NAK BUAT MCM MANA KAN..SAYA MEMNAG GERAM DGN ORG2 MCM AWAK…..
Reply
Mohamad Reply:
December 30th, 2009 at 10:28 am
Saya tak terasa pun, itu sebablah saya tak maki orang seperti pihak peminat setia Pakatan Rakyat yang suka maki saya kerana mereka yang terasa dengan tulisan saya ini, tapi bukan tuduhan melulu yang saya tulis, ianya kebenaran, cuma anda dan rakan-rakan anda yang tak dapat terima kenyataan, itu sahaja. Terpulanglah pada anda, saya akan terus menentang kemungkaran tersebut. Sekian, terima kasih.
Reply
tahap palui punya orang suka perasan satu orang!!!!!!!…syok sendiri punya manusia..pencacai!!
Reply
Salam 2010,
Lillahitaala’, “penghujahan menggunakan aqal semata- maka terdorong oleh nafsu syaitan laknatullah”. DSAI- dan semua, maafkan ana jika pandangan ini x dpt diterima.. Waima apa pun, sebagai muslim, kita kena pastikan yg berjuang bersama kita -akidahnya, tekad nya dan nawaitu nye.. mesti berpaksikan menegakkan Daulah islamiah..Utk itu ana rasa amat perlu kita pastikan mereka cukup di tarbiah.. bukan setakat fahaman politik.. bahkan yg lebih utama..ilmu walakhirat.. kesedaran sebenar tentang islam..Perlulah kita mengetahui sejarah dakwah rasullulah..hijrahnya..kerana ana percaya.. bila kita mendalami ilmu agama.. secara langsung akan membentuk dan membimbing segala langkah urusan didunia..Saudara semua, jgn lah buang masa berkelahi dgn benda yg bukan2.. seolah mempermainkan kezahiran blog DSAI nie.. Seharusnya bersama kita berikan buah fikiran yg bernas bagaimana harus kita membantu DSAI.. bukan cakap merapu..ana lihat something going wrong, bila ada yg buang masa nak berkelahi.. buka lah kitab..didiklah hati.. Perjuangan untuk diberkati.. perlukan para pejuang yg tulus hati.. ambil ikhtibar dari sirah rasul s.a.w.. dalam perang badar, perang uhud.. Ambillah kisah iskandar zulkarnain.. bagaimana beliau memilih tenteranye untuk pergi berjuang.. hayatilah dan ambillah pengertian sebagai panduan dlm perjuangan hak dan batil…wallahua’lam.
Reply