22
Dec
09

Kes Big Skop Buktikan Mahkamah Rayuan Berat Sebelah

From Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair tengah hari tadi mendakwa Mahkamah Rayuan bersikap berat sebelah apabila menolak kes anak guamannya disebabkan kertas prosiding menggunakan bahasa Inggeris.

Penjelasan Sankara itu sebagai respon pada keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang tetap menerima prosiding Big Scope pagi tadi, walaupun kertas prosiding kes tersebut menggunakan bahasa Inggeris.

“Ini menunjukkan seolah-olah (keputusan) berat sebelah di Mahkamah (Rayuan)…kes Anwar ditolak disebabkan (kertas prosiding) menggunakan bahasa Melayu,” jelas Sankara.

Beliau berkata, sesuatu prosiding seharusnya dilihat mengutamakan soal menegakkan prinsip keadilan dari menitikberatkan sesuatu ketetapan mahkmah yang bersifat teknikal.

Ujarnya lagi, Mahkamah Rayuan seharusnya tidak memandang terlalu serius kertas prosiding anak guamannya yang menggunakan bahasa Inggeris.

“Sepatutnya Mahkamah (Rayuan) tidak terus menolak kertas prosiding kita disebabkan menggunakan bahasa Inggeris walaupun ia dibangkitkan,” jelasnya.

“Ini menunjukkan perkara mengfailkan (kertas prosiding) dalam bahasa Inggeris tidak serius sangat, sehingga kes (saman Mahathir) tersebut ditolak.”

Beliau turut memuji keputusan Hakim Datuk Hinshawati hari ini menerima perbicaraan kes Big Scope walaupun kertas prosiding kes tersebut menggunakan bahasa Inggeris.

“Inilah (Mahkamah menerima kes Big Scope) suatu cara yang benar dan betul di Mahkamah,” jelasnya

Tambahnya lagi, Mahkamah Rayuan sepatutnya memberikan suatu tempoh masa tertentu kepada pasukan Peguam yang mewakili Anwar untuk mengfailkan semula kertas prosiding menggunakan bahasa Melayu.

“Mereka (Mahkamah Rayuan) sepatutnya memberikan suatu masa untuk kita mengfailkan semula kertas prosiding menggunakan bahasa Melayu,” jelasnya.

Walaupun Mahkamah Rayuan tidak mengarahkan demikian, beliau memaklumkan bahawa pasukan Anwar kemudiannya tetap menghantar kertas prosiding menggunakan bahasa Melayu.

“Kita (peguam) memang sudah mengfailkan semula dalam bahasa Melayu kemudiannya selepas ianya dibangkitkan, tetapi Mahkamah Rayuan tetap menolaknya.”

Ujarnya lagi, pasukan Anwar petang tadi turut mengfailkan semula saman tersebut di Mahkamah Tinggi Persekutuan.

10 Oktober lalu, Hakim Abdul Malik Ishak menolak rayuan Anwar selepas berunding bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma’ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad demi mempertahan kedaulatan penggunaan bahasa Malaysia dala prosiding perundangan.

Ketika-tiga Hakim tersebut berpendapat kertas prosiding Anwar adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses Mahkmah berdasarkan Perkara 152 (Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 110 Peraturan-Peraturan Mahkamah Rayuan 1994.

Sebelum pada itu, kes Anwar pernah ditolak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pada 4 Julai 2007 lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkan mengfailkan saman fitnah ke atas Mahathir pada 26 Januari 2006 lalu ekoran bekas Perdana Menteri itu menggelarkannya sebagai homoseksual sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lebih sedekad yang lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, sekiranya rayuan Anwar diterima kelak, bermakna Sankara Nair dibantu Karpal Singh akan menentang VK Lingam dab R. Thayalan yang mewakili Mahathir.


8 Responses to “Kes Big Skop Buktikan Mahkamah Rayuan Berat Sebelah”


  1. 1 Boring Dec 23rd, 2009 at 12:54 am

    The Justice System in this Country is a sinking ship or call THE KOREK KOREK SYSTEM !

    Reply

  2. 2 haji mokhtar Dec 23rd, 2009 at 7:15 am

    ya allah ya tuhan kami,hanya pada mu kami memohon, sesungguhnya kau maha adil dan maha menggetahui,kau berikan lah mereka2 yang zalim dan pengkhianat ini dengan balasan didunia dan diakhirat….amin

    Reply

  3. 3 Pro-Reform Dec 23rd, 2009 at 9:35 am

    Apa saja yg boleh dibuat untuk mengenakan Anwar akan dibuat….they are hiding behind the law to face Anwar – bukan berminat nak mencari keadilan…

    Reply

  4. 4 pangkor boy Dec 24th, 2009 at 5:42 pm

    Mahkamah Rayuan ni sebenarnye
    untuk rayuan UMNO saje.
    Kalau rayuan Pakatan Rakyat,
    memang siang-siang dia tak nak dengar.

    Reply

  5. 5 suri Dec 24th, 2009 at 10:29 pm

    PERHATIAN KEPADA RUANGAN TAJUK INI!!!!..

    SILA AMBIL PERHATIAN!!!!!

    SEBELUM PESAKIT MENTAL YANG TELAH TERLEPAS DRP HOSPITAL BUKIT PADANG KOTA KINABALU IAITU EN MOHAMAD sontoloyo MENYERANG BLOG INI SILA BERHATI2 DAN GUNAKAN SARUNG TANGAN SEMASA MENAIP DAN PENUTUP MULUT KERANA DI KHUATIRI MOHAMAD POSITIF HENFLUENZA TAHAP 3…

    BELIAU YANG SEPATUTNYA KINI DALAM RAWATAN HPKK (RAWATAN SAKIT MENTAL) BUKAN SETAKAT TERLEPAS DAN MENGHURU HARAKAN BLOG DSAI..TETAPI TELAH DI SAHKAN ADALAH PEMBAWA PENYAKIT INFLUENZA TAHAP 3 YG MENYERANG MELALUI LAMAN MAYA..

    SEMOGA WARGA PR TIDAK TERJANGKIT OLEHNYA..MOHAMAD SONTOLOYO..

    SETIA DGN PR…

    Reply

  6. 6 gorgoroth Dec 26th, 2009 at 7:16 am

    Kepala angguk kamu..duduk pun dalam bangunan yg dipanggil “palace of justice” nak cuba pertahan bahasa ibunda..

    Reply

  7. 7 Mohamad Dec 28th, 2009 at 9:45 am

    Iyalah tu, kalau ianya memenangkan Pakatan Rakyat, ia akan berbunyi lain pula, keadilanlah, itulah inilah, tapi kalau tak memihak kepada Pakatan Rakyat terus hentam. Barisan Nasional tak bersikap macam itu pula, Pakatan Rakyat sahaja, jenis kiasu perangai macam ini. Tau nak menang sahaja, apa cara tak kisah janji menang, betul salah belakang kira, janji menang. Sikap begini amat menakutkan. Entah apa-apalah sikap anda ini, sekian, terim kasih.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Kes Big Skop Buktikan Mahkamah Rayuan Berat Sebelah at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 22nd, 2009 at 4:08 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031