21
Dec
09

PKR Sabah Terus Mara Demi Perjuangan

Dari Malaysia Kini

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri ini.

Anwar berkata mereka telah menerima banyak maklum balas daripada para anggota yang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telah menjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.

“Saya gembira menyatakan pada hari ini sekarang, mereka (para anggota) menyokong barisan kepimpinan parti di negeri ini, dan pada masa yang sama kita mahu menentukan pucuk pimpinan kebangsaan yang termasuk Dr Jeffrey Kitingan, Christina Liew dan Ansari Abdullah, diberi peluang memberi khidmat di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PKR Sabah 2009 di Penampang semalam.

Dr Jeffrey, bila ditanya mengenai perkara itu, turut menyatakan bahawa semua perkara telah selesai.

Dalam dua bulan lepas, PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Okt, kerana tidak puas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti.

Sejurus selepas itu, Christina Liew turut meletak jawatan sebagai anggota majlis tertinggi (MT) PKR. Sabah mempunyai seorang lagi wakil di MT iaitu Ansari Abdullah.

Bagaimanapun, parti tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Disember, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.

Anwar dalam ucapannya, berkata walaupun pelantikan Ahmad Thamrin mencetuskan kontroversi, tetapi ini mandat diberikan kepada Ahmad Thamrin, sama seperti pucuk pimpinan pusat parti lakukan kepada bahagian-bahagian di Sarawak dan Semenanjung.

Beliau berkata rasionalnya ialah untuk mengangkat barisan pelapis ketika tokoh-tokoh veteran membantu membimbing mereka, seperti mana dilakukan di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.

Anwar juga berkata Dr Jeffrey selaku naib presiden yang mengurus hal-hal parti itu di Sabah dan Sarawak, memerlukan kerjasama dari pucuk pimpinan parti kedua-dua negeri itu, begitu juga sebaliknya – bekerja sebagai satu pasukan.

“Dr Jeffrey sebagai naib presiden, kita tahu keupayaan dia… Jadi kita tidak mahu lagi orang pertikai (apa-apa keputusan), yang lepas biar berlalu, dan sekarang kita bergerak ke depan sebagai satu pasukan,” kata Anwar.

Beliau memberi amaran bahawa parti tidak akan membiarkan anggota yang terlibat dalam pembentukan sebuah parti baru, atau memainkan sentimen perkauman atau menolak dasar perbezaan agama.


14 Responses to “PKR Sabah Terus Mara Demi Perjuangan”


  1. 1 sabahan Dec 21st, 2009 at 8:52 pm

    teruskan perjuangan demi membela hak2 rakyat sabah. harap dsai dimasa hadapan tidak melakukan kesilapan dalam melantik kepimpinan peringkat negeri dan kebangsaan. hidup pkr!!!

    Reply

  2. 2 udin Dec 22nd, 2009 at 8:49 am

    Satu kesilapan untuk tunduk kepada orang-orang seperti jeffrey dan christina.PKR Sabah akan membayar harga yang sangat mahal.Pemimpin yang sejati di belakangi dan mereka yang tidak mementingkan diri didahului.

    Reply

  3. 3 diNawahBayu Dec 22nd, 2009 at 9:32 am

    Assalamu’alaikum wbt.

    Sebagai orang Sabah rasanya saya mau reply. Janganlah ada “mentaliti kuno/BN” dalam parti baru/PKR. Nda’ puas hati pigi sana BN atau buat parti baru. Tinguklah orang kadazan/dusun sampai ada 3 parti, cina pula ada dua parti. Ini kerja palui…!! Minta maaf aa.. terpaksa guna perkataan ini. Ini saja cara untuk menggambarkan mentaliti “orang-orang kuno”. Sampai bila kita boleh berfikiran seperti orang Jepun atau lebih baik lagi para khalifah-khalifah terdahulu.

    Ada seorang khalifah (lupa namanya) kelihatan lesu selalu semenjak menjadi khalifah. Maka satu hari bertanyalah pembesarnya. “Ya khalifah, kenapa kehilatan lesu?”. Jawab khalifah “kerana terlalu banyak solah tahajjud, semenjak menjadi khalifah solat tahajjud saya dua kali ganda berbanding semasa menjadi rakyat biasa”. “Kenapa?” tanya pembesarnya. Jawab khalifah “untuk MENUTUP DOSA yang telah dan bakal dilakukan”.

    Inilah contoh orang-orang yang sedar bahawa jawatan adalah amanah dan bukan sebagai peluang untuk menumpuk harta. Pada zaman itu jawatan ditangisi kerana takut menjadi beban di akhirat dan takut menjadi bahan bakar api neraka. Tetapi kini manusia kebanyakannys lupa konsep jawatan sebagai amanah Tuhan. Yang ramainya kalau naik pangkat maka rianngnya bukan main, bukan ditangisi tetapi dirai dengan pelbagai kenduri. Bila dah naik pangkat menjadi malas, haya tahu marah, mengarah dan menyalahkah orang lain. Sepatutnya kita menjadi lebih rajin, kerana setiap sen yang kita masukkan ke dalam perut adalah amanah. Sesuatu yang akan ditanya di kemudian hari.

    Sedarlah wahai para ahli politik Sabah. Carilah jalan berkompromi bukan konfrontasi. Carilah jalan muafakat bukan cantas-mencantas dan sembelih-menyembelih seperti yang diamalkan oleh BN. Tunjukkanlah kebaikan kita dan bukannya menunjuk keburukan orang lain supaya kita nampak baik.

    Wahai pada ahli politik dunia tidak akan “kiamat” tanpa kehadiran anda. Mungkin ada yang sebaik anda atau mungkin lebih baik sebagai pengganti. Buanglah ego dan kepentingan peribadi ketika berploitik fikirkan soal amanah manusia dan paling penting amanah Tuhan.

    Wassaam.

    Reply

  4. 4 suri Dec 23rd, 2009 at 9:41 am

    setuju dengan udin dan dibawahbayu…

    memang betul seperti yg kamuorg cakap tu…

    siapa yg tidak kenal jeffrey kitingan..org sabah saja yg tahu ini org suka lompat-lompat ..prinsip pun kabur2…sekejap BN sekejap Pembangkang sekejap mahu buat parti sendiri..x tahulah apa niat dia ni masuk politik..kalau org mcm ni jadi KM sabah adihhh…hancur sabah silap haribulan kena ambil oleh philipine tergadai balik tanah sabah ni…

    mungkin ini satu kesilapan DSAI kerana memilih kembali Jeffery ke PKR…Jeffery sebenarnya kurang pengaruh di Sabah ..di kenali pun sebab dia adik pairin kitingan…saya pula tidak kenal siapa Thamrin tapi kalau dia terbaik syukur jugalah..tunggu dan lihat sajalah…percatuan dlm kepimpinan PKR di sabah…

    Reply

  5. 5 akmal Dec 23rd, 2009 at 7:46 pm

    sy baru sje brumur 16 tahun…
    tp sy amat mminati politik…

    Reply

  6. 6 Rakyat Berdaulat Dec 24th, 2009 at 11:15 am

    BENARKAH pergeseran politik dalaman PKR Sabah sudah selesai seperti yang dinyatakan pemimpin ‘de facto’ PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selepas konvensyen PKR Sabah baru-baru ini?

    Mungkin juga kenyataan DSAI itu ada kebenarannya jika semua kem yang bertelagah dalam PKR Sabah mempunyai kesediaan untuk menghormatinya dan mereka bertaut lalu membentuk satu perjuangan demi mengutamakan misi dan visi perjuangan mereka untuk mencapai objektifnya.

    Antara ungkapan itu sering bermain di kepala setiap pemikir politik negeri mahupun nasional bahawa mungkinkah selepas ini kem-kem tersebut mampu berbuat sedemikian seperti yang disangkakan. Malahan ada di antaranya yang sudah terlajak perkataan sebelum ini merasakan terlalu berat mengangkat muka untuk bertegur sapa dengan kem sebelah.

    Sementara bahtera UMNO/BN semakin seronok dan ketawa apabila melihat kelibat dalaman PKR Sabah yang bercakaran dan berperang sesama sendiri sebelum menghadapi di medan pertempuran iaitu pada PRU13. Apa tidaknya mereka tewas dengan sendirinya sebelum menghadapi lawan kerana taktik cantas mencantas kepimpinan dalaman itu sendiri.

    Malah ada kalangan pemimpin UMNO/BN yang menyifatkan tampuk kuasa kerajaan UMNO/BN terus kekal selepas PRU13, kerana UMNO/BN tidak perlu menggunakan taktikal rumit untuk mempertahankan jentera mereka dari serangan PR (PKR,DAP &PAS) di Sabah yang lemah dan kecut.

    Kem Dr Gapari Kitingan dengan senjatanya sendiri apa yang dinamakan kuasa autonomi politik Sabah, Deklarasi Tambunan dan 20 Perkara memang terbukti bahawa senjata itu boleh digunakan untuk mengalih sokongan masyarakat KDM memihak kepada pembangkang sekaligus dapat menggugat kekuatan gagasan UMNO/BN.

    Namun kesilapannya, Dr Gapari seharusnya menggunakan senjata itu untuk menyerang gagasan UMNO/BN bersama-sama dengan kesukuan yang lain dalam PKR, sebaliknya bukan pula menggunakan senjata itu untuk menumbang tunggak kekuatan Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah, iaitu sebelum menyerang pihak seteru yang sebenarnya.

    Mengeruhkan lagi keadaan itu, ada pihak lain yang tidak sehaluan politik dengan Dr Gapari mengambil kesempatan di dalam situasi bergelora dalam PKR Sabah ini, untuk terus meng’orkestra’kan pelbagai isu peribadi Dr Gapari yang direkabentuk khas dan diperhalusi seni ukirannya agar ia dapat diterima pakai pucuk pimpinan PKR pusat yang mengibaratkan bahawa Dr Gapari seolah-olah seorang nasionalis yang tidak ada nilainya.

    DSAI bukanlah jenis pemimpin yang gemar dibuai dengan sandiwara ‘wayang kulit’ yang di‘orkestra’kan oleh pemimpin tertentu, tetapi DSAI lebih faham dan mengerti kewibawaan Dr Gapari yang sudah terkenal dengan pengalamannya mantan tahanan ISA selama 3 tahun kerana perjuangannya membela hak asasi rakyat dan perjuangannya menuntut demokrasi tulen demi keadilan sejagat.

    Sesungguhnya keputusan DSAI untuk tidak melepaskan Dr Gapari dan kuncu kuncunya di dalam kem sebelah, mempunyai kewajaran yang perlu diterima oleh semua pihak kerana kekuatan PKR Sabah pada PRU13 banyak bergantung kepada undi masyarakat KDM, di mana undi masyarakat Bumiputra Islam akan terus berpaut dengan Umno/BN dan mungkin bilangan kecil dari golongan itu akan mengundi PKR jika calon di sesuatu kawasan DUN itu mempunyai banyak kelebihan dari calon Umno/BN.

    Dalam ertikata yang lain, sama ada kem Dr Gapari atau kem Ansari mahupun kem Thamrin, mereka haruslah berpaut tangan dalam satu tujuan untuk mencapai matlamat misi dan visi PKR untuk memenangi PRU13. Tiada perkara yang mustahil yang tidak boleh dilakukan oleh mereka itu jika mereka mengutamakan perjuangan parti daripada soal keperibadian masing masing.

    Reply

  7. 7 Mohamad Dec 24th, 2009 at 1:32 pm

    Apa ini En. Rakyat Berdaulat? Ada sampai tiga kem dalam PKR Sabah, macam mana nak perintah kalau masing-masing tak sekepala. Bukan sekadar undi sahaja yang diperlukan tapi kena tengok sumbangan apa yang boleh diberi. Kalau sekadar berjanji palsu seperti yang dibuat di Pulau Pinang dan Selangor, lebih baik tak payah, tak guna dan tak bermoral berbuat demikian. Kamu tuduh Barisan Nasional jahat dan kejam terhadap Sabah dan Sarawak, tapi lihatlah pembangunan samada dari segi ekonomi, pendidikan, prasarana dan lain-lain yang makin berkembang pesat. Di Semporna, atas inisiatif Y.B. Datuk Seri Shafie Apdal, diwujudkan kebun rumpai laut untuk memajukan ekonomi kaum bajau laut yang sebelum ini ketinggalan, begitu juga projek perikanan sangkar di Pulau Gaya, projek ternakan kupang di kuala sungai Kalumpang di Tawau adalah untuk membangunkan rakyat dari segi ekonomi terutama di kawasan luar bandar. Begitu juga projek ternakan ikan air tawar di Empangan Batang Air, Projek Perikanan di Tanjung Manis dan pengwujudan pusat perindustrian di Bahagian Kucing, Bintulu dan Miri. Tetapi apa yang Pakatan Rakyat sumbangkan di Sabah dan Sarawak? Mereka hanya tahu pecah belahkan masyarakat dengan isu-isu perkauman, kedaerahan, berjalan-jalan cari isu untuk hentam kerajaan negeri tapi tak bagi jalan penyelesaian dan menghasut penduduk menentang usaha pembangunan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Sikap jenis apakah ini. Kerajaan Barisan Nasional telah berusaha untuk memajukan Sabah dan Sarawak meskipun terdapat halangan dari pihak yang dengki seperti Pakatan Rakyat, tetapi dengan usaha gigih ia berjaya juga dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

    Reply

  8. 8 suri Dec 24th, 2009 at 8:03 pm

    ..BARU SAYA TAHU MOHAMAD INI ORANG BN SABAH PALUI!!!!

    RUPANYA KAMU LAH YG MENANGKAN BN TEMPOH HARI YA……SAYA PERCAYA KALAU AWAK BERADA DI TANAH SEMENANJUNG AWAK X AKAN BERFIKIRAN TERTUTUP BEGINI…

    YA SABAH MEMANG ADA PEMBANGUNAN…TAPI BUKAN INI YG ORG MCM SAYA MAHU..APA YG KAMU JELASKAN BELUM CUKUP KUAT UNTUK SABAHAN PEOPLE…

    SEPATUTNYA!!!!!…NEGERI SABAH ADALAH NEGERI PALING KAYA DI MALASYIA MENGATASI SELANGOR DAN SARAWAK..TOLONG BUKA MINDA SIKIT ENCIK MOHAMAD…SAYA X MAHU DENGAR RUMPAI LAUT..SAYA X MAHU DENGAR SANGKAR IKAN………SAYA X MAHU DENGAR KUPANG DI PULAU GAYA….ITU SEMUA TEMPAT ORANG2 BAJAU FILIPNA…BUKAN SETAKAT ITU YG ORG SABAH MCM SAYA MAHU TOLONG DENGAR RINTIHAN HATI SAYA…

    SEKALI LAGI..SEPATUTNYA SABAH ADALAH NEGERI TERKAYA DI MALASYIA…TANAH KITA LEBIH LUAS DARI SELANGOR..TAPI KENAPA KITA DI IKTRAF NEGERI TERMISKIN DI SABAH…

    SELEPAS PERKARA 20 MENJADI PERTARUHAN KEMASUKAN SABAH KE MALASYIA…PERSEKUTUAN TELAH MEMUNGKIRI JANJI…HAK2 YG SEPAUTUNYA KITA DAPAT KITA X RASA…TAHUKAH KENAPA SELANGOR NEGERI TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN RAKYAT MENDAPAT PERSAMAAN DARI SEGI TARAF HIDUP MEREKA…RAKYAT SELANGOR MAJU DLM BERFIKIR..MEREKA BERKUALITI DLM SEGALA TINDAK TANDUK..SEMUANYA KERANA KEUTAMAAN PENDIDIKAN….

    MOHAMAD BERI TAHU SAYA DLM JUTAAN ANAK SABAH…BERAPA ORG JADI DOKTOR…BERAPA ORANG JADI PILOT..BERAPA ORANG JADI PENGARAH2 SABAH MENGETUAI SETIP KEMENTERIAN DAN PENTADBIRAN…BERAPA ORG ORANG SABAHAN YG BERJAYA DALAM PERNIAGAAN…MIRZA??? AWANG BINTING???? DIA DAH KURUS KERING BIISNES TUTUP KERANA SALAH JALAN…NAMUN SAYA MENDOKAN YG TERBAIK UNTUKNYA…
    ..SEMUANYA BOLEH DI BILANG DENGAN JARI X RAMAI ANAK2 SABAH LAHIR DENGAN JATI DIRI UNTUK MENJADI YG LEBIH BERJAYA…JIKA DI SEMENANJUNG ADA JUTAWAN SYEIKH MOKHTAR AL BUKHARY YG SENTIASA MEMBANTU ANAK2 MELAYU DI SANA KITA DI SABAH ADA SIAPA????

    KITA TEWAS DARI SEGI MODAL INSAN DAN PEMBANGUNAN DIRI DI SABAH..KERANA ITU ANAK SABAH LEBIH RAMAI JADI PENAGIH SYABU…KERANA ITU ANAK SABAH LEBIH RAMAI KE SINGAPURA MENCARI KERJA …KERANA ITU RAMAI ANAK SABAH LARI KE SEMENANJUNG MENCARI SESUAP NASI WALHAL SABAH ADALAH PEMILIK HASIL BUMI YG PALING SUBUR DI MALASYIA…

    INILAH RINTIHAN HATI SAYA…BANGUNAN TINGGI..JALAN RAYA…JAMBATAN….SEMUA IITU X AKAN MEMBUKA MINDA ANAK2 SABAH…KITA TEWAS OLEH SATU KUASA YG TELAH MERAMPAS HAK2 ORG SABAH..KITA JUGA SEPATUTNYA MENDAPAT ROYALTI MINYAK DARI DULU ZAMAN MAHADIR SEHINGGA SEKARANG..TAPI PROJEK2 MEGA SEMUA DI BUAT DI SEMENANJUNG…APA ORG SABAH DAPAT HASIL DARI BN ENCIKMOAHAMAD?????

    HASILNYA CUMA …BN DAPAT MENGHASILKAN PENGIKUT2 BODOH BAHLUL MCM ENCIK MOHAMAD!!!

    Reply

  9. 9 Mohamad Dec 28th, 2009 at 8:00 am

    Kepada En. Suri, apahal anda nak tuduh saya begitu, apakah semua orang Sabah tak berpengetahuankah seperti orang di Semenanjung? Setahu saya semua rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan untuk memajukan diri tak kiralah dia dari Sarawakkah, Sabahkah, atau Semenanjungkah, masing-masing pergi ke sekolah dan belajar untuk menjadi orang yang baik.

    Pembangunan jenis apa lagi yang kamu mahu? Apa yang kamu tak puas hati lagi? Anda tahutak di negara luar, keadaan sebegini tak berlaku, kawasan pedalaman malahan kawasan minoriti dan jauh dari kerajaan pusat kurang diberi perhatian. Tetapi di Malaysia, lain, semua negeri, daerah, kampung dan isi rumah diberikan perhatian, masing-masing dibantu oleh kerajaan untuk memajukan diri sendiri, terpulanglah samada orang itu hendak berterima kasih dan menggunakan kemudahan yang ada untuk memajukan diri atau hendak bersuka ria kini dan susah di masa hadapan.

    Kerajaan banyak memberikan bantuan dan galakkan, belia-belia di Sabah diberikan pendidikan pertanian di Sekolah Latihan Ulu Dusun untuk membangunkan tanah keluarga masing-masing, selain itu pusat penternakan di Ranau, Beluran, Keningau dan lain-lain daerah menyediakan bantuan baka-baka ternakan yang berkualiti. Anda tidak boleh tuduh kerajaan negeri dan pusat sezalim ini, tapi lihatlah diri sendiri, apakah kita mahu berusaha atau goyang kaki tunggu bantuan? Anda kalau betul anda prihatin dengan masalah rakyat dan mahu memajukan negeri, sepatutnya anda berganding bahu dengan agensi-agensi terlibat untuk mewujudkan sifat daya usaha di kalangan belia negeri ini dan bukannya melolong di sana sini tak tentu hala, tapi sekadar itu sahaja, itu tidak akan membantu generasi kita. Orang yang pandai cakap tak semestinya tahu buat benda berkenaan, ia perlukan kesungguhan dan ketekunan dan bukannya tahu nak menyalahkan orang sahaja.

    Samada jadi doktor, pilot, peguam, itu dan ini, ia bergantung kepada daya usaha orang itu sendiri, orang kaya pun kalau pemalas dan suka berjoli menghabiskan harta orang tua, akan miskin papa kedana juga akhirnya. Tapi kalau orang susah, merempat, sehelai sepinggang, kuli yang rajin berusaha dan berjimat cermat akan jadi orang yang kaya raya meskipun masa itu dia telah tua, tapi ia berbaloi hasil usaha yang boleh nikmati bersama oleh generasi beliau akan datang. Saya ceritakan kepada kamu tentang kisah Tan Boon Siew, seorang cina dari Tanah Besar China datang ke Tanah Melayu pada usia belasan tahun sehelai sepinggang, beliau bekerja kuli, membasuh bas, membaiki basikal dan akhirnya berjaya membuka bengkel membaiki basikal sendiri tapi bila ada peluang dari syarikat Honda yang mencari francaisi untuk memasarkan motosikal keluaran syarikat berkenaan, beliau mengambil peluang berkenaan dan berusaha bersungguh-sungguh hingga menjadi salah seorang pengedar kenderaan yang berwibawa di Malaysia. Satu lagi kisah Tan Sri Arshad Ayub, bekas ketua pengarah pelajaran Malaysia, beliau anak orang susah, ayahnya bekerja membuat garam di Melaka, makan pun bercatu, tapi beliau rajin belajar, rajin berusaha dan tidak bersikap terlalu bergaya yang tidak bertempat, malahan ketika beliau masuk sekolah Inggeris, beliau pakai baju yang dibuat dari kain cadar sebab keluarga beliau tak mampu beli kain, tapi beliau tak kisah sebab yang penting bagi beliau ialah usaha gigih untuk berjaya, pakaian adalah untuk menutup tubuh badan sahaja selagi ia tidak mejolok mata dan teruk sangat, kira oklah. Beliau pernah gagal untuk masuk ke MCKK (Malay College Kuala Kangsar), tapi bukan kerana beliau gagal periksa, tapi untuk MCKK bagi negeri Melaka ketika itu ada satu kekosongan sahaja lagi dan beliau serta rakan-rakan lain bersaing dalam ujian matematik, dari awal hingga peringkat separuh akhir, beliau bejaya mengatasinya, meskipun rakan-rakan lain adalah anak pekedai, anak pegawai kerajaan dan anak orang kaya, tapi beliau berusaha untuk buktikan bahawa kekayaan dan pangkat ibu bapa bukan pengukur kejayaan seseorang, tetapi yang penting ialah usaha gigih. Dalam peringkat akhir pun beliau dan rakannya masih seri sampai dua tiga kali ujian masih seri, maka keputusan ditentukan dengan lambungan syiling yang tidak memihak kepadanya, tapi kerana kepintaran beliau, meskipun tidak ke MCKK, beliau mendapat tempat di Malacca High School, beliau terus berusaha hingga berjaya ke universiti dan seterusnya menjawat jawatan penolong pegawai daerah, tetapi disebabkan beliau sayangkan dunia pendidikan, beliau sanggup lepaskan jawatan penolong pegawai daerah dan masuk maktab. Beliau jadi guru, kemudian beliau dilantik menjadi penolong pengarah pendidikan negeri Pulau Pinang, kemudian Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan pada usia 28 tahun, beliau adalah pengarah pendidikan termuda. Beliau terus berusaha hinggalah berjaya menjawat jawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan seterusnya salah seorang ahli lembaga pengarah UiTM.

    Kamu lihat dan fikirlah dua kisah berkenaan, daripada orang susah, tidak berharta, tapi kerana sifat daya usaha yang gigih untuk berjaya, orang yang miskin pun boleh jadi kaya dan berjaya dan dihormati. Saya sarankan pada anda, jika anda betul sayangkan anak bangsa, anda tidak perlu hentam orang lain dan tuduh itu dan ini, tapi anda boleh membuat inisiatif sendiri dengan menaja buku,akhbar,majalah untuk perpustakaan, menaja kelas tambahan, membiaya pembelian alatan pembelajaran dan lain-lain yang perlu. Ini kerana ada sebelum ini mengatakan bahawa anda adalah ahli perniagaan, sewajarnya anda bersama-sama masyarakat anda untuk memajukan anak bangsa sendiri. Tak perlulah sampai seluruh Sabah atau sumbangan sampai berjuta-berjuta ringgit, kalau satu sekolah atau dua tiga ribu ringgit pun sudah memadai, tetapi yang penting ia adalah ikhlas dan untuk kemajuan anak bangsa sendiri. Tapi kalau dapat bagi lebih pun lagi bagus, lebih ramai akan dapat dibantu. Terpulanglah anda nak berfikiran macam mana pun, yang penting ialah anda perlu selari dengan apa yang dikata dan apa yang dibuat. Sekian, terima kasih.

    Reply

  10. 10 beluran Jan 11th, 2010 at 12:18 pm

    nah..apa ko rasa suri..oren..kanapa sakrang baru ko bising2..dulu c jefiri memerintah sabah tidak pun ko sakap dia ..c anwar pun pernah merintah juga kenapa dulu ko x minta dia..pun ko tidak sakap sama dia juga..sakarang in baru ko sibuk2 sakap..telambat uda suri..bgs lagi sakarang ni ko masuk satu2 kg. ko pi ajar budak2..jadi akan datang ada model insan sabah..kalau ko tidak harap guru2 yang mengajar la..

    Reply

  11. 11 Pemuda Sabah Aug 18th, 2010 at 3:42 pm

    Perkara 20 harus Di perjuangkan……

    Reply

  12. 12 PKR SEMPORNA Nov 3rd, 2010 at 9:44 am

    wahai saudara ku sekalian janganlah kamu bergaduh dalam hal ini…..tiada jua jalan penyelesaiannya yang penting skg…..kita kuatkan barisan kita……sama ada pihak pembangkang@umno……klo sudah kita bagi kesederan tapi tak ikut jua baik kita diam…atur langkah mencari perpaduan…ingatlah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak ada gunanya….ingatlah allah swt sentiasa melihat setiap pergerakan kita,,,sama ada di jalan yang benar ataupun yang salah….setiap yang betul tu ada jua kesilapan dan kelemahannya,begitu jua bagi pihak yang salah,setiap keselahan tu ada jua sedikit kebenarannya…sehinggakan rakyat binggung memikirkannya……oleh itu berhati-hatilah jika memberi komen….jangan sampai hancur satu negara ekoran isu-isu yang bisa mengundang kehancuran…….fikir-fikirkanlah….”DEMI MASA DEPAN BANGSA DAN NEGARA”

    Reply

  13. 13 suh..ahli pkr semporna Nov 7th, 2010 at 3:01 pm

    JANGANLAH SALAHKAN C JEFFRI,DASI, DAHULAU SI JEFFRI DLM BN TAK BOLEH BUAT NAK BUAT SESUATU PERUBAHAN UNTUK RAKYAT SABAH SEMUA DI TEKAN OLEH PIHAK PUSAT…SEBAB ITULAH SI JEFFRY KELUAR DRIPADA BN…PEMIMPIN2 BN SEMUANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI….TAK PERNAH MEMIKIRKAN MASALAH RAKYAT SABAH>>>>>>>>>

    Reply

  14. 14 payung2.P189 Nov 11th, 2010 at 12:26 pm

    saudara….DR.JEFFRY…berpolitik sekadar mempertahankan hak2 rayat sabah….itu semua untuk kebaikan semua kaum di negeri sabah…..sebab itulah sdr DR.JEFFRY keluar BN masuk PKR…kerana rakyat sabah itu sendiri….ia merasakan hanya PR sahajalah yang bisa membawa perubahan pada rakyat sabah……(ingat2lah perkara 20)….itu saja, kamu taulah sdr.Jeffry….saya tak menekan saudara2…terserah pada saudara2 seklian unuk memikirkannya….DDRJEFFRY..PKR SABAH….SAYONARA UNTUK SEMUA….

    Reply

Leave a Reply