20
Dec
09

Dasar Bersama Pakatan Rakyat

Dari Malaysiakini

Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak – di mana pengaruh Pakatan tidak kuat – dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Agihan ekonomi negeri

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasr luar negara.


19 Responses to “Dasar Bersama Pakatan Rakyat”


  1. 1 Boring Dec 20th, 2009 at 4:59 am

    Please Do It…Time To Changed !

    Reply

  2. 2 metesh mavani Dec 20th, 2009 at 5:07 am

    i love it….fight 4 justice….

    Reply

    adibeta Reply:

    Tuan,
    1.Tak ada bezanya dengan dasar BN..

    2.Mana perginya Negara Islam dan Hukum Hudud !!!!!

    3.Dulu bising pasal Negara Islam dan Hukum Hudud kerana belum bersama DAP dan PKR…sekarang ni tahula….

    4.UMNO dikatakan SEKULAR….DAP dan PKR tu tak sekular ke…Tolongla jgn gadaikan segalanya utk POLITIK.

    5.Dahla tu rentikanlah berpolitik…Rujuk je SINGAPURA..mana ISALAM dan MELAYU..

    6.Kenapa perlu percaya pada yang berpengalaman !!!!

    adibeta,
    kubang kerian,kelantan..

    Reply

  3. 3 kannukaran Dec 20th, 2009 at 8:21 am

    Dasar-dasar mantap yang bersesuaian dengan kehendak dan inspirasi rakyat. Sekarang ini terpulanglah kepada masing-masing kita, sebagai rakyat, memainkan peranan merialisasi dan membantu melaksanakan dasar-dasar ini melalui sokongan dan pemilihan yang betul ketika sampai masanya nanti.

    Reply

  4. 4 midham Dec 20th, 2009 at 9:04 am

    Dictate the good , the bad and the ugly. Identification is important,whatever the sectors are!!! At the end of the day human beings are governed and served happily ever after.

    Reply

  5. 5 Sham Dec 20th, 2009 at 4:12 pm

    “dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.”

    DSAI,

    Saya ingin mendapat lebih penerangan mengenai perkara diatas.

    Terima kasih.

    Reply

  6. 6 dina Dec 20th, 2009 at 7:49 pm

    this is the right time…the perfect plans and move forward for rakyat.

    we will support all out for our own future…

    Reply

  7. 7 mustafa Dec 21st, 2009 at 12:09 am

    Semoga Allah SWT menunujukkan karamahNya seperti pada 1999 & 2008. marilah kita perbaiki amalan kita & saling mengingati.

    Reply

  8. 8 Mohamad Dec 21st, 2009 at 7:55 am

    Iyalah tu, semuanya janji manis sebelum berkuasa, tapi bila sudah berkuasa, janji lepas entah ke mana. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor yang dijanjikan itu dan ini, tapi sampai kini tak nampak habuk pun kecuali air percuma 20 m3. Macam mana dengan kampung Buah Pala, tiada langsung inisiatif yang diberikan terhadap penduduk kampung, kalau diikutkan meskipun kerajaan Barisan Nasional mengambil tanah berkenaan sebelum ini, tetapi penduduk diberikan pampasan dan bantuan sekiranya mahu mendapatkan kediaman baru, tetapi apa yang “Khalifah Lim Guan Eng” buat untuk penduduk kampung berkenaan? Mereka hanya diperlukan semasa Pakatan Rakyat perlukan undi sahaja, lepas itu semua dibuang ke longkang. Mana dia janji bantuan RM 1000 bagi isi rumah yang bergaji kurang dari RM 1500 seperti yang dijanjikan semasa kempen pilihanraya lepas di Pulau Pinang? Bukan setakat RM 1000, 10 sen pun tak bagi.

    Di Selangor, janji untuk negeri kebajikan, tetapi sewa rumah murah untuk rakyat miskin dinaikkan. Begitu juga dengan janji RM 1000 bagi pelajar yang berjaya ke universiti, bukan setakat RM 1000, 10 sen pun tak nampak. Begitu juga janji berkaitan kanak-kanak tadika berhubung pembiayaan bulanan, semua itu hanya kata-kata kosong, janji manis di mulut, sampah di tangan. Kalau nak menuduh Barisan Nasional sebagai munafik dan jahat berkaitan kes liwat berkenaan, macam mana dengan tingkah laku Pakatan Rakyat yang selalu menipu rakyat, menyebarkan fitnah, menyebarkan hasutan, mengganggu urusan pembangunan dengan demontrasi sana sini, kerajaan bermati-matian membangunkan negara, tetapi Pakatan Rakyat buat apa? Hanya pembangunan ceramah sahaja, pembangunan jalan-jalan cari isu tanpa jalan penyelesaian, pembangunan menyaman orang, pembangunan menghina dan mencaci orang, pembangunan demontrasi dan lain-lain perkara merapu, pembangunan untuk rakyat, tiada, hanya pembangunan mengarut untuk kepentingan politik Pakatan Rakyat sahaja.

    Pakatan Rakyat mesti jujur dalam tindakannya, meskipun anda semua menghina dan menuduh Barisan Nasional jahat, munafik, zalim, itu dan ini, tetapi ingatlah tentang diri anda sendiri, pembalasan terhadap perbuatan tidak bermoral dan keji anda akan tiba, berpolitiklah secara berhemah, kalau anda berpolitik secara jujur dan tidak gelojoh, saya yakin anda semua boleh berjaya, tetapi sekiranya sikap anda masih tidak berubah dan masih dengan tingkah laku begini, saya berasa amat bimbang jika anda memerintah berdasarkan prestasi sebenar anda sekarang ini, buat masa ini, meskipun Barisan Nasional ada masalah tersendiri dalam pemerintahan, tetapi ia jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat. Sekian, terima kasih.

    Reply

  9. 9 wah Dec 21st, 2009 at 10:55 am

    Perubahan dan perjuangan untuk rakyat 1 Malaysia. Malaysia Boleh! Pakatan Rakyat Boleh ! Lawan dan Tawan Putrajaya. Kemenangan rakyat 1 Malaysia.

    Reply

  10. 10 Setia Menanti M'sia Terbaru Dec 21st, 2009 at 10:59 am

    Dato’ Seri… kita baru jer terlepas peluang untuk bubarkan Kerajaan BN pada pembentangan kelulusan Budget 2010 kerana ketidak hadiran Ahli Parlimen PR seramai 20 org…….aaarrgghh rugi sungguh rasanya dan saya perhati masih tiada respon Dato’ Seri tentang perkara ini…

    Mungkin apa yg berlaku ini…satu hikmah pengajaran yg cukup bernilai untuk Ahli Parlimen PR bila dah benar-benar berkuasa membentuk kerajaan pusat, jika mereka benar-benar menginsafi.

    Mungkin peristiwa yg berlaku terhadap undi kelulusan budget 2010… satu petanda… kuasa ALLAH menentukan segalanya…..tetapi seakan berkait rapat dengan doa Tok Guru Nik Aziz berkenaan royalti minyak Kelantan ….. tiba pada tepat pada masanya!

    Reply

  11. 11 cikai Dec 21st, 2009 at 12:03 pm

    itu hari gua dtg nk tgk, diorang x bg masok..yg bleh masok perwakilan je..gua igt ni program utk rakyat..patotlah gua tgk x penoh auditorium..

    Reply

  12. 12 DEMO!!! DEMO!!! Dec 21st, 2009 at 12:06 pm

    dh konvensyen pon..bile nk demo GST?

    Reply

  13. 13 Mohamad Dec 21st, 2009 at 4:38 pm

    Dasar bersama Pakatan Rakyat semasa pilihanraya, lepas itu bercakaran semula.

    Reply

  14. 14 Mohamad Dec 21st, 2009 at 4:44 pm

    Kalau Pakatan Rakyat berkuasa Malaysia mungkin jadi seperti negara jiran, sebelum ini sebelum berkuasa, keadilan, demokrasi itu dan ini, tapi lepas berkuasa semua lesap entah ke mana. Demontrasi hari-hari diadakan sebab pertentangan dasar (PAS – Negara Islam, DAP-Malaysian-Malaysia, PKR-Entahlah). Berlaku kekacauan hinggakan golongan minoriti menjadi mangsa kerana tak adil kononnya. Sekarang bolehlah kata itu dan ini, tapi kalau lihat di Perak telah huru hara, Pulau Pinang api pekauman membara dengan provokasi dari pihak tidak bertanggungjawab, begitu juga di Selangor. Telitilah dalam-dalam tulisan saya ini, sekian, terima kasih.

    Reply

  15. 15 suri Dec 22nd, 2009 at 3:20 pm

    ee…elehhhhh aBN lah mohamad oi…

    cakapp sajalah apa yg awak rasa betul mana orang nak ambil kisah..ingat duniawi terusi encik mcm ni lah…takut huru hara dunia sahaja nak di ingatkan kita…ingatlah huru hara di hari kiamat nanti en mohamad ..kat akhirat nanti en mohamad mana ada org nak ambil peduli org lain punya hal..masing2 resah meningat dosa sendiri…saya ingatkan ini untuk saya dan teman yg lain juga..jadi kalau u rasa u betul x perlu nak jelaskan kita panjang2 di sini…kami warga PKR masih ingat Allah…itu sahaja..tq

    Reply

  16. 16 Mohamad Dec 23rd, 2009 at 1:21 pm

    Apa ini Saudara Suri? Kalau dah tak aman macam mana nak beramal ibadat, baru nak ambil wudhu’ dah kena tembak, kena bom, memanglah dapat pahala dan boleh kategorikan mati syahid, tapi macam mana pula dengan anak bini yang perlukan kita. Kita bukan berperang dengan musuh tapi bercakaran sesama sendiri, saudara seagama dan sebangsa dan paling kurang pun senegara kalau lain bangsa dan agama. Islam sendiri mengatakan bahawa dunia ini jambatan ke akhirat, maksud dia kalau nak berjaya di akhirat, kena berjaya juga di dunia, jadi kaya bayar zakat, jadi berkuasa tolong orang dan bangunkan negara, bukannya mencuri dan berdemontrasi di sana sini atau mengadakan ceramah maki hamun dan menghina orang sesuka hati, apa tak dosakah kalau berbuat demikian hingga ramai orang susah, ramai orang sedih bila dihina dan dikeji dengan kata-kata tidak senonoh? Anda muhasabah semula diri anda. Barisan Nasional telah buat yang terbaik untuk negara berdasarkan situasi semasa. Bukan Datuk Seri Najib seorang sahaja, tapi berpuluh menteri dan timbalan menteri serta sejuta lebih kakitangan awam yang berkhidmat untuk rakyat, tapi tak dinafikan ada juga musang berbulu ayam yang mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi, tetapi kerajaan telah berusaha untuk membenteras hal ini. Jadi tak payahlah orang yang tak tahu hal ini memperkecilkan orang lain sedangkan diri sendiri tiada sumbangan langsung untuk membentuk negara yang maju dan sejahtera. Sekian, terima kasih.

    Reply

  17. 17 abang kepada adibeta Dec 31st, 2009 at 1:33 am

    adik adibeta tersayang,
    soalan pertama, adakan anda islam?
    kalau ya sila rujuk ulasan kedua, jika tidak terus ke ulasan ke tiga.

    ulasan 2.
    tolong belajar lagi pasal islam, apa yg major priority dan minor priority in islamic rules.

    ulasan 3.
    be open-minded if you will to making the new era of change’s…

    Reply

  18. 18 awangmaser Jan 1st, 2010 at 11:22 am

    Assalamualaikum,

    mohamad , mengapa ingat negara huruhara bila BN kalah, takkan BN je boleh perintah, mengapa terlalu takut pada perubahan.Kita nak kan perubahan pemerintah kerana BN telah gagal,tau ! gagal! mengujudkan negara yang harmoni. makna harmoni bukan hanya rakyat kenyang berperut buncit dan kencing bernanah atau berkereta besar dan rumah bagaikan istana tapi duit songlap. Tau makna songlap , komisyen atas angin pihak atasan.
    Jangan ingat hanya BN yang boleh memerintah tapi orang lain tak boleh, pegangan tu jelas sesat, awak memberi pandangan yang serupa dilaungkan orang umno kampung aku setiap kali jumpa kat kedai kopi.
    BN telah gagal mempertahankan keunggulannya memenangi hati rakyat bukan melayu ,jadi janganlah salahkan dasar Pas atau PKR. Slogan Islam untuk semua menunjukkan Islam untuk dunia ( seluruh umat manusia ) bukan lagi untuk 1malaysia. Cik Mohamad boleh faham dah! belum lagi? Takpa nanti ansur-ansur fahamlah tu , ikhlaskan hati , jumpa orang Pas & PKR senyum kerana mereka tu saudara. Bila telah ujud rasa persaudaraan baru timbul persefahaman.

    Reply

Leave a Reply