19
Dec
09

Transkrip Ucapan Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT
19HB DISEMBER 2009
AUDITORIUM MBSA.

I. KEYAKINAN KEPADA RAKYAT
Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan Pas. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-Bn, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung.

Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut. Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.

Maka kita mengadakan konvensyen ini bukan untuk mencerca dan mengkritik BN dan Umno. Pemerintahan yang ada sekarang sudah kehilangan keabsahan moral, legitimasi moral mereka sudah terhapus. Kita berada di sini untuk mengungkapkan dasar dan kebijakan Pakatan Rakyat, bukan sekadar sebagai gabungan parti-parti politik, tetapi juga sebagai gerakan politik. Pakatan Rakyat is not merely a political alliance, it is first and foremost a political movement.

Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.

Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi kita kini berada di persimpangan zaman. Kita tidak berjuang sekadar untuk mengganti satu kekuasaan dengan kekuasaan yang lain. Kita tidak berjuang untuk membuat perubahan runcit-runcitan. Kita berjuang untuk membuat perubahan besar, big change, fundamental change. Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. Maka kita perlu ada keberanian kebenaran, the courage of truth, keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people.

II. FALSAFAH KEBANGSAAN
Apa yang hendak kita lakukan adalah tidak lain dari membina semula sebuah bangsa dan sebuah Malaysia yang berteraskan kekuatan moral rakyat. Dan kekuatan moral rakyat adalah berteraskan prinsip karamah insaniah, kemuliaan darjat insaninya “walakad karamna bani Adam.” Prinsip ini turut diungkapkan oleh seorang pejuang kemanusiaan dan rakyat; Martin Luther King, “A nation where its people will not be measured by the color of their skin but by the content of thier character.” Rakyat sudah merdeka 50 tahun, dan rakyat mahu keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit.

Maka yang mendasari segala dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi. Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita meninggalkan perkauman sempit ini:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras. Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga.

Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai moral resources, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah. Inilah yang dituntut oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah apabila ditanya mengenai persaudaraan sesama insan:
Akhukum fil Insaniah(Persaudaraan sesama insan) yang mana turut bergema dalam tradisi tamil: ontre kulam oruvane thevan( satu jiwa kerana kemanusiaan) dan juga dalam tradisi cina yang diungkapkan oleh mahaguru Kung dalam kitab Lun Yu,“si hai zhi nie jie xiong di” yang membawa maksud (empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara)

III. MENJANA MUAFAKAT
Saya menghargai keringat dan buah fikiran rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang sanggup berbincang secara terbuka dan ikhlas. Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Maka hari ini kita mencipta sejarah. Bukan mudah untuk sampai kepada suatu muafakat yang boleh disebut sebagai overlapping consensus sepertimana yang diungkapkan oleh filasuf John Rawls. Proses perbincangan yang intense dan rancak dari kalangan yang berbeza latar, fahaman dan kepercayaan. Kita menghormati falsafah perjuangan parti-parti masing, yang punya sejarah gemilang dan getir melawan kerakusan kuasa dan mengalami pelbagai bentuk penindasan. Kita berbincang secara terbuka dan ikhlas. Perkara-perkara yang selama ini dianggap sensitif kepada parti masing-masing dan kaum-kaum tertentu. Kerana ada kejujuran maka kita berjaya mencapai muafakat.

Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh berrgerak ke hadapan mengharungi abad ke 21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan. Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat.

IV. EKONOMI
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara adalah dalam sektor ekonomi. Jika ekonomi lembap, kesejahteraan rakyat akan terhakis, ramai rakyat akan hilang pekerjaan. Dasar-dasar yang ada sekarang menyebabkan negara kita jauh ketinggalan dengan negara-negara di rantau ini seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Pakatan Rakyat ingin merangka satu dasar yang akan mengembalikan Malaysia di barisan pertama dengan negara-negara termaju di rantau ini. Kita mesti melakukan satu reformasi ekonomi yang mampu meransang daya saing, kecekapan dan produktiviti.

Dan unsur bersepadu daam reformasi tersebut adalah menjaga kepentingan rakyat melalui satu kerangka keadilan sosial. Kita perlu memastikan pengagihan yang saksama dan menumpukan pertolongan kepada anggota masayarakat yang paling lemah, tanpa mengira kaum atau kumpulan. Kita akan mengadakan kerangka-kerangka dan kebijakan-kebijakan untuk menarik pelabur asing demi meransang pelaburan tempatan. Kita akan mesra dengan usahawan dan memastikan penyertaan bumiputera di dalam ekonomi.

Saya menegaskan di sini sebagai satu Pakatan Rakyat, hati nurani tidak boleh membiarkan sesiapapun di kalangan rakyat tidak memperolehi taraf kehidupan yang manusiawi, seperti rumah, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain perkara asas. Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya, usahawan kita berdaya saing dan produktif. Pekerja-pekerja rajin dan tekun dan kita mempunyai penjawat-penjawat awam yang berdisiplin. Dengan gabungan kesemua ini tidak mustahil dalam masa 15 tahun, Malaysia akan kembali ke barisan pertama negara-negara maju di rantau ini.

V. WANITA
September yang lalu telah terbit kajian yang berjudul The Female Economy dalam makalah Harvard Business Review. Menurut kajian makalah tersebut, ketakjuban ekonomi terkini bukanlah ekonomi China ataupun India, ataupun ekonomi kedua-duanya digabungkan. Ketakjuban ekonomi itu ialah ekonomi kaum hawa. Pendapatan kaum hawa seluruh dunia untuk tahun 2009 sahaja berjumlah USD 13 trillion, lebih besar dari gabungan KDNK China dan India untuk tahun ini; masing-masing sekitar USD 4.4 trillion dan USD 1.2 trillion. Pada masa 5 tahun akan datang jumlah jumlah pendapatan kaum hawa dijangka mencecah USD 18 trillion, manakala gabungan KDNK India dan China hanya pada angka sekitar USD 8.4 trillion. Maka seperti gejala globalisasi, kebangkitan ekonomi hawa adalah satu gejala yang tidak boleh dihentikan atau diterbalikkan(unstoppable dan irreversible). Oleh itu dalam dokumen Dasar Pakatan Rakyat, terdapat khusus satu bab mengenai wanita.

VI. GOLONGAN MUDA
Golongan muda seharusnya mempunyai serta memperlihatkan keyakinan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Pakatan Rakyat sedar bahawa golongan muda memainkan peranan penting demi memastikan kejayaan pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat menyedari untuk mengeratkan lagi hubungan antara generasi dan demi merapatkan jurang tersebut, perlu ada satu keputusan berani, bertanggungjawab dan meyakinkan. Kini kita lihat ramai pemimpin muda yang muncul, samada sebagai ahli parlimen mahupun sebagai adun.

Namun ini tidak seharusnya menjadikan anak-anak muda khususnya yang bersama Pakatan Rakyat cepat berpuas hati. Kita mempunyai agenda yang lebih penting, iaitu menterjemahkan janji-janji serta dasar-dasar yang kita ungkapkan. Oleh demikian pemimpin muda Pakatan, di semua peringkat, perteguhkan tekad, kefahaman serta gerak kerja berdasarkan garis besar perjuangan Pakatan Rakyat. Kita mesti meyakinkan golongan muda betapa Perubahan merupakan perkara asasi, fundamental, bukan sahaja untuk generasi sekarang, juga untuk generasi masa depan.

VII. ALAM SEKITAR

Tatkala kita merumuskan dasar Pakatan Rakyat ini, sedang berlangsung Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen. Persidangan yang lebih dikenali sebagai COP 15 itu sungguh mustahak bagi mendapatkan persetujuan serta kesanggupan masyarakat antarabangsa untuk memastikan kelangsungan bumi yang kita diami ini.

Kita akui pembangunan sememangnya penting namun ini tidak bermakna kerusakan yang berlaku terhadap alam harus diiyakan sahaja. Makanya kebelakangan ini, laporan seumpama Stern Review, berupaya menjadi garis panduan melakar dasar nasional yang mengembalikan hala tuju pembangunan ke landasan yang tepat di samping memastikan agenda alam sekitar dan kelangsungan bumi tidak terabai. Pakatan Rakyat bersama dengan masyarakat antarabangsa yang prihatin menyatakan iltizam serta tekad untuk menangani isu perubahan iklim dan berusaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

VIII. KEBUDAYAAN
Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi-one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar bangsa ekonomi, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan. Justeru itu antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah Muafakat Kebudayaan Baru. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap lanjutan dari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

IX. PENUTUP
Hari ini kita mencipta sejarah. Tetapi ini hanyalah titik permulaan. Dasar Pakatan yang akan dimeterai sebentar lagi adalah garis besar perjuangan rakyat. Dasar-dasar ini adalah moral compass dalam perjungan politik kita. Pakatan Rakyat akan berlayar jauh, maka kita perlu ada kesatuan fikrah, kesatuan pemikiran dan sentiasa berada di garis tengah. Kita perlu mematuhi ethics of coalition, Etika Pakatan.

Setiap kumpulan punya tuntutannya sendiri dan mempunyai legitimasi dan keabsahannya. Tetapi kita juga perlu melihat urutan keutamaan kerana tidak semua tuntutan boleh ditangani dengan sekaligus. Maka kita tidak boleh melihat tuntutan political constituency masing-masing tanpa melihat dan mempertimbangkan political constituency rakan-rakan kita. Perlu ada sikap empathy, keprihatinan terhadap pelbagai sektor dan constituency rakan –rakan kita.

Justeru menjayakan agenda Pakatan Rakyat adalah menjadi prasyarat untuk mendapat dokongan penuh dan keyakinan rakyat. Hanya dengan keyakinan rakyat , bahawa rakyat yakin kita bersatu hati, kita akan memperolehi kemenangan. InsyaAllah.


15 Responses to “Transkrip Ucapan Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat”


  1. 1 bujal Dec 19th, 2009 at 9:58 pm

    taaakkbbiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr………….
    MAJULAH PARTI RAKYAT UNTUK NEGARA.

    Reply

    4RAKYAT Reply:

    let’s all re-read the speech and really understand its finer points.

    we do not want supporters who just support for the sake of support. we need quality supporters to understand the bigger message so that they themselves can amplify these finer, but crucial points, especially in regards to economics, to all and sundry.

    we do not have the advantage of the (biased) mainstream media. we can only use (and, as rpk so correctly advised, capitalise on) the internet and sheer hard work and foot work (word-of-mouth).

    there are altogether nine (9) parts to the speech.

    I. KEYAKINAN KEPADA RAKYAT
    II. FALSAFAH KEBANGSAAN
    III. MENJANA MUAFAKAT
    IV. EKONOMI
    V. WANITA
    VI. GOLONGAN MUDA
    VII. ALAM SEKITAR
    VIII. KEBUDAYAAN
    IX. PENUTUP

    pls re-read and understand (and amplify) these sections and really really really understand how, collectively, they can move malaysia forward.

    with all due respect,
    4RAKYAT

    Reply

    M&M Reply:

    SALAM DSAI,

    PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS PENGANJURAN KONVENSYEN PERTAMA PAKATAN RAKYAT.

    SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UTK BERSAMA-SAMA MENGAJAK PEMBACA2 WEBSITE INI AGAR BERSAMA2 BERDOA DAN BERUSAHA AGAR PERPADUAN DAN PERSEFAHAMAN YANG WUJUD DI ANTARA PAS-KEADILAN-DAP TERUS UTUH SEHINGGA PRU KE 13.

    DGN PENUH RASA RENDAH HATI, SAYA INGIN MENCADANGKAN KPD DATO’ SERI AGAR BERMULALAH MEMBUAT PERANCANGAN DAN PENGIRAAN YANG RAPI UTK MENGHIDUPKAN DAN MELAKSANA JENTERA BG MENGHADAPI PRU KE 13. PERANCANGAN YG DI BUAT TERMASUKLAH DARI SEGI:

    1) PENGAGIHAN KERUSI DI ANTARA KAUM DAN AGAMA (TERMASUK DI SABAH & SARAWAK). MAAFKAN SAYA SEKIRANYA FAKTA POINT YG INI BERBAUR PERKAUMAN ATAU EKSTREM AGAMA. AKAN TETAPI BUKAN BEGITU MAKSUD SAYA. MAKSUDNYA DI SINI IALAH BG MEMASTIKAN KERHARMONIAN DAN KESEIMBANGAN YANG DIPERLUKAN AGAR KOMUNITI MASYARAKAT MALAYSIA TERUS HARMONI, SEPERTI YG DITEKANKAN DLM PERLEMBAGAAN NEGARA.

    2) BILANGAN CALON BERKEBOLEHAN DAN PEKERJA KEMPEN YG DIPERLUKAN. SAYA MENGAMBIL CONTOH SEJARAH TERDAHULU KETIKA BERLANGSUNGNYA PERANG DUNIA KEDUA DI ANTARA 3 AXIS DGN PASUKAN BERIKAT. DI WAKTU PERTENGAHAN PERANG, KEDUA2 PIHAK TELAH PUN MENAGALAMI KEHABISAN SUMBER, DARI BAHAN MENTAH UTK MEMBUAT ALAT2 PERANG DAN JENTERA. PIHAK JERMAN DAN JEPUN MENGGUNAKAN TENAGA HAMBA (DI NEGARA2 YG MEREKA JAJAH) UTK MEMENUHI KEPERLUAN INI. JIKA DIRUJUK SEMULA SEJARAH, MEREKA MELAYAN HAMBA2 INI DGN KASAR (DIPUKUL, SEKSA, MAKANAN YG AMAT SEDIKIT, TIDAK CUKUP REHAT) ASALKAN MATLAMAT MEREKA DPT DICAPAI.

    DI PIHAK BERIKAT, MEREKA MENYERU PARA SUKARELAWAN (TERMASUK LELAKI DAN WANITA) DAN SYARIKAT2 KEJURUTERAAN UTK MEMENUHI KEPERLUAN INI. GOLONGAN INI DIBERIKAN GAJI, MAKANAN DAN TEMPAT TINGGAL. PADA MASA YANG SAMA, MEREKA TERIKAT DGN SYIF DAN DISIPLIN YG TINGGI DI TEMPAT MEREKA BERKHIDMAT. HASILNYA PIHAK BERIKAT MENANG, KERANA ALAT DAN JENTERA PEPERANGAN YANG MEREKA BERJAYA HASILKAN MEMPUNYAI KUALITI YG JAUH LEBIH BAIK DARI PIHAK JERMAN DAN JEPUN. SELAIN ITU, KEJAYAAN PIHAK BERIKAT JUGA DISOKONG OLEH PAKAR2 STRATEGI YG TERDIRI DRI PARA JENERAL YG KOMPETEN.

    3) KEUPAYAAN KEWANGAN. SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, PARA PETUGAS KENPEN DLL MEMERLUKAN WANG UTK MEREKA MEMBELI MAKANAN DLL. TANPA KELIBAT MEREKA, CALON2 PAKATAN AKAN MENGALAMI KESUKARAN UTK MENANG, BIAR PUN DARI SEGI POPULARITI MEREKA LEBIH GLAMOUR DLL.

    SEMOGA DATO’ SERI TIDAK KEBERATAN UTK MEMPERTIMBANGKAN CADANGAN2 DI ATAS. AKHIR KATA JAGALAH KESIHATAN AGAR DAPAT DATO’ SERI TERUS DAPAT MEMIMPIN PAKATAN DGN CEMERLANG. PASTIKAN DATO’ SERI MENDAPAT RAWATAN PERUBATAN TERBAIK, SENAMAN YG OPTIMUM, TIDUR YG CUKUP SERTA PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN YG DIPERLUKAN.

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

  2. 2 Wan Nuril Anwar Dec 19th, 2009 at 10:23 pm

    Tahniah kepada Datuk Seri kerana mengalih bahasa arab ke bahasa melayu ketika Ulama Tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi memberi ceramah di masjid negeri tadi..
    Semoga Datuk Seri dan Pakatan Rakyat di Rahmati Allah.
    Amin….

    Reply

  3. 3 Wan Nuril Anwar Dec 19th, 2009 at 10:43 pm

    Terima Kasih kepada Datuk Seri kerana mengalih bahasa dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu ketika Ulama Tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi memberi ceramah di Masji Negeri Shah Alam tadi..
    Semoga Datuk Seri dan Pakatan Rakyat senantiasa di Rahmati Allah hendak-Nya…
    Amin….

    Reply

  4. 4 THAM KIT SING Dec 19th, 2009 at 10:52 pm

    Konvensyen PR nampaknya sudah berlalu dengan jayanya. Saya selaku penyokong PR mengucapkan syabas serta tahniah kepada semua pimpinan PR serta berterima kasih kepada semua penyokong PR. Bermula dari saat ini kita semua harus berganding bahu untuk menguatkan ikatan PR serta harus menawan BN pada PRU yang akan datang dan memerintah negara Malaysia ini yang selama ini dijankiti dengan pelbagai skandal, rasuah, kroninisme dan lain-lain. tk.

    Reply

  5. 5 asdsads Dec 19th, 2009 at 10:53 pm

    Alhamdullilah! fuh. ada jugak rakaman

    Reply

  6. 6 ron Dec 20th, 2009 at 1:00 am

    syabas Pakatan Rakyat. ketika umno masih leka memekatkan ramuan perkaumannya menjelang PRU yg akan datang, PR nampaknya telah maju setapak ke hadapan.
    syabas

    Reply

  7. 7 salimostan Dec 20th, 2009 at 1:27 am

    DSAI dan rakan2 YB dan yangtak YB PAKATAN RAKYAT,,,
    yang sedia maklum sepatutnya langkah kearah ini sudah lama di laksanakan..walau bagaimana pun belum terlambat dan sedang2 baik memandangkan PRU13 pun tak lama lagi…Selamat berjuang dan semuga berjaya..rakyat mengharapkan pembilaan…

    Reply

  8. 8 khalib Dec 20th, 2009 at 2:38 am

    Alhamdulillah, Syabas!!. Niat yang baik, tindakan ikhlas, InsyaAllah berhasil segala harapan rakyat. Selamat PR.

    Reply

  9. 9 ali Dec 20th, 2009 at 10:33 am

    Tahniah>>>>>>>>>>>.

    Reply

  10. 10 harun ahmad Dec 20th, 2009 at 12:26 pm

    Tahniah kepada Pakatan Rakyat selesai mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat. Betul kata DSAI sebelum 08/03/2008 tidak ada rakyat percaya 5 negeri dan hilang majoriti BN/UMNO dalam parlimen dalam PRU yang lalu. Dalam PRU akan datang Pakatan Rakyat hendaklah bermula dari sekarang bekerja untuk rakyat agar rakyat memilih Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian DSAI selalulah datang ke Sabah untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat di Sabah. Di Sabah terlalu banyak masalah contohnya, sekolah, jalanraya, tenaga letrik, yang kaya tambah kaya yang miskin tambah miskin disebabkan masalah salah tadbir kerajaan masa kini.

    Reply

  11. 11 Inderaloka Dec 21st, 2009 at 6:14 am

    Tahniah buat Pakatan Rakyat di atas penganjuran konvensyennya yang pertama dan penuh makna ini.

    Reply

  12. 12 Rakyat Berdaulat Dec 23rd, 2009 at 4:30 pm

    Yusuf Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim Ke Perhatian Dunia Islam
    Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

    Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

    “Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

    “Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

    Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.

    Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

    “Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

    “Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

    Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

    “Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Transkrip Ucapan Sempena Konvensyen Pakatan Rakyat at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 19th, 2009 at 8:55 pm

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
2 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
11 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
14 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031