Dari Malaysian Insider
SHAH ALAM, Dis 19 – Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh tetap mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai ketua umum Pakatan Rakyat selepas pendaftarannya diluluskan kelak.
Anwar dilantik sebagai Pakatan Rakyat sejak ia dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.
“Anwar adalah pemimpin umum Pakatan Rakyat dan saya mahu beliau kekal sebagai ketua umum Pakatan Rakyat,” kata beliau berucap menutup Konvensyen Pakatan Rakyat yang julung kali diadakan di auditorium MBSA di sini hari ini, dengan duduk di kerusi roda.
Sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat, mengesyorkan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua umumnya.
Nik Aziz dan Anwar juga menyampaikan ucapan penggulungan.
Pakatan Rakyat juga kemungkinan menggunakan sistem giliran jawatan ketua menerajui ikatan itu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan pihak berkuasa.
Ia disyorkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw yang berpendapat kemungkinan itu boleh ditimbangkan oleh Pakatan Rakyat bagi menampakkan yang ia berbeza dari Barisan Nasional (BN).
“Kita mesti ada cara-cara dan saya rasa ini bukan suatu masalah kerana semua benda boleh dibincangkan.
“Mungkin kita ada giliran bagi jawatan itu,” kata Ahli Parlimen Kepong ini dalam temu bual dengan Fikrah menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat.
Karpal yang juga salah seorang anggota pasukan peguam Anwar dalam kes liwat yang dihadapinya sekarang berkata beliau akan menggunakan segala “keupayaan yang ada di tangannya” untuk membela ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
“Saya sebagai peguam, saya akan menggunakan keupayaan yang ada di tangan saya untuk melepaskan beliau dari pertuduhan kali ini,” katanya.
Dalam ucapannya Karpal mengakui wujud percanggahan pandangan antara DAP dan PAS ketika menggubal Dasar Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan idea mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
“Dalam soal melaksanakan idea pilihan raya kerajaan tempatan, memang ada perkara yang tidak dipersetujui oleh PAS dan DAP.
“Bagaimanapun Anwar akhirnya dapat menyelesaikan perbezaan yang wujud ini dan membolehkan dokumen ini (dasar) disediakan,” katanya.
Pada sesi penutup Karpal duduk bersebelahan dengan Nik Aziz.
Menyentuh soal itu, Karpal dalam ucapannya berkata “hari ini saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di tengah-tengah, di antara Nik Aziz dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).”
Karpal menjawab demikian secara berseloroh sambil memberitahu yang beliau telah ditegur oleh seorang pemimpin DAP ketika mesyuarat jawatankuasa pusat eksekutif Rabu lalu bahawa akan duduk di sebelah Nik Aziz.
Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika mempengerusikan sesi penutup memberitahu ini kali pertama Karpal dan Nik Aziz bertemu di pentas yang sama.


















YOU ARE A TRUE MALAYSIAN. WE SUPPORT YOU FOR THE GOOD OF THE RAKYAT. NOT LIKE UMNO/BN ASK SUPPORT FROM RAKYAT FOR THE GOOD OF THEIR LEADERS. HIDUP PAKATAN RAKYAT.
Reply
benda yang baik usah di tangguh lagi…
Reply
The very reason why Pakatan is still in existance today is obvious ie Anwar’s factor. Zaid is political maverick and he can change color anytime. He has no soul in Pakatan and he has no footprint in early Pakatan’ struggle. The very minute Anwar is sidelined, PR will be history. Be very carefull.
Reply
Tahniah buat Pakatan Rakyat. Rakyat menyokong gelombang perubahan dan juga arah tuju sistem politik dua parti. Ini dapat menjimatkan belanja berkempen dan juga kecekapan pengendalian pengundian kelak.
Pertandingan dua penjuru membolehkan negara ini akan menjadi lebih maju kerana setiap pemimpin di kedua belah pihak akan mengubah corak pemikiran serta melaksanakan tanggungjawab dengan lebih terkesan,
Syabas Pakatan Rakyat…berjuang untuk kemajuan Malaysia menghadapi dunia yang kian mencabar. Maju dan terus maju…semoga Allah memberkati usaha murni ini.
Kami akan menyokong dari dalam dan luar negara…
Reply
Power And Freedom come’s with Great Responsibility.Whoever become the Leader must be A God fearing Person !…Tarak Hancur Mankind Dan Dunia Ini…Just Like the Show 2012…Baru Tahu !
Reply
inilah usaha untuk menjadikan orang2 melayu bermusafir di negara sendiri……hidup melayu , hidup tanah melayu….
Reply
Kadang kala, apa yang kita lihat baik tu tak semestinya baik… sebab semua ada sebab musabab tertentu… jangan too liberal, nanti bila jadi anything .. kita akan dipertanggungjawab kelak
Reply
Salam DSAI, Setiap PUCUK tidak akan berada d tengah2 selamanya, Oleh yg sedemikian DSAI Tegakkanlah KEBENARAN. D samping itu juga DSAI bersedialah menempuh Gelombang PRU ke-13 dan persediaan untuk MEMBENTUK KERAJAAn pUSAT….kERAN pRINSIP pucuk tidak selama-lamanya d tengah inilqh yg seharusnyq WAJIB d jadikan MODEL memerintah sebuah Negara yg berbilang Kaum seperti negara Malaysia ini…
Reply
Kepada En. Tokwear Semey, sesuatu perlu dilihat secara menyeluruh, satu sudut kita nampak baik, tapi sembilan sudut lagi wajah-wajah ganas, seram, kejam, zalim dan macam-macam lagi tengah tunggu masa nak terkam dan keroyok kita habis-habisan. Jangan sampai dipergunakan orang sudahlah. Sekian, terima kasih.
Reply
aku mau dua-dua nik aziz dan anwar .
hampa bikin bagi dua-dua jadi pimpinan .
tapi yang lebih penting hampa buat kerja .
aku tak boleh terima pimpinan pakatan absent kes 66-63 !!!
Reply
Kepda En. Aku, kalau jadi dua perdana menteri, macam mana nak buat keputusan yang hanya perlukan satu keputusan sahaja. Macam sebuah kereta ada dua tiga orang pemandu, kalau masing-masing setuju nak ke arah sama tak apalah, tapi kalau seorang nak ke timur, seorang lagi nak ke selatan, yang seorang lagi nak ke utara, masing-masing berebut stereng, last sekali semua terkorban sebab terlibat kemalangan, malah kalau langgar orang ramai, orang ramai sekali jadi mangsa mereka. Ini samalah macam cadangan anda dua pemimpin berkenaan.
Reply