Dari Harakah Daily
Oleh M Yarisman
Belum pun sampai setahun Datuk Seri Najib Razak berada di puncak kuasa, kini kepemimpinannya mulai kelihatan tergugat.
Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar.
Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi.
Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan.
Selain itu, konsep 1Malaysia dan Salam 1Malaysia yang dicipta perdana menteri juga dipertikaikan banyak pihak.
Difahamkan inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional terpaksa ditangguh berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan menteri Umno.
Keputusan penangguhan itu diputuskan ketika retreat khas yang diadakan di ibu negara Ahad lalu.
Selain itu ramai ulama mempertikai Salam 1Malaysia yang dianggap boleh menjejas aqidah seseorang Muslim kerana cuba merendah-rendahkan salam sedia ada dalam Islam.
Ulama terkenal, Datuk Dr Harun Din menyebut dalam tulisan seperti disiarkan Harakah minggu lalu – Salam 1Malaysia merupakan kerja-kerja sia-sia kerana tidak diberi pahala.
Bekas penyarah Akademik Islam, Universiti Malaya, Mohamad Mustafa juga menganggap Salam 1Malaysia seperti syirik nasional yang cuba menyembunyikan keindahan Islam dengan slogan ciptaan manusia.
“Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”.
“Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam Satu Madinah’.
“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna,” katanya.
Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan turut mempersoalkan konsep 1Malaysia kerana teras penyatuan yang cuba dibawa perdana menteri tidak mempunyai elemen Islam.
“Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State – satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, demikian juga dengan ‘United Malay’.
“Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik.
“Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak,” katanya yang juga Adun Demit.
Oleh itu katanya, pendekatan 1Malaysia menggambarkan kemuncak kepada ajaran nasionalisme yang meninggalkan agama dalam gerak kerjanya.
Begitu juga katanya, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan.
“Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang,” katanya.


















Salam Dato’ Seri,
Dalam kita mengatakan kerajaan BN hampir tumbang gara-gara kelebihan perbezaan 3 undi sahaja dalam kelulusan Budget ke-10 di Dewan Rakyat baru-baru ini, ke mana perginya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak berada dalam Dewan Rakyat.
Saya percaya kalau kehadiran ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat 100% pada ketika itu, nescaya akan tertolak lah Budget tersebut. Peluang keemasan seperti ini jarang sekali kita gapai, tetapi bila dah depan mata kita pula yang melepaskannya.
Mungkin Dato’ Seri boleh perjelaskan isu ini ?
Reply
Fairdinkum ,
next time around make sure the PKR lawmakers are there to grab these kind
of golden opportunities, as luck strikes once only.
Reply
ya tlg jelas, jelas sejelas jelasnya..
Reply
noh Reply:
December 18th, 2009 at 10:30 am
PENJELASANNYA BEGINI:
Dah menang 3 undi baru Pendekar Amin berani keluar kenyataan “KALAU TIDAK PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN DAN PRU BARU AKAN DIADAKAN”. Umno/BN tidak akan biarkan pemerintahannya dibubarkan. Apa cara sekalipun Umno akan ada saja helahnya untuk mempertahankan kuasanya. Cuba kalau PR majoriti dalam sesi itu, tak sepatah perkataan pun akan keluar dari mulut siAmin kerajaan Umno/BN dibubar dan PRU baru diadakan. Ini semua temberang mereka. Mereka hanya nak buat statement agar rakyat menyalahkan dan memperbodohkan MP-MP PR. Tak semena mena dengan kenyatan yang direka oleh Umno melalui Amin ini menjadi bualan rakyat dan mula menyoalkan kenapa MP-MP PR tidak sekata dan membiarkan ini belaku. Umno dah tahu mereka perlukan sedikit tambahan undi sahaja untuk menang, maka bergegaslah Najib dan Mahyudin meninggalkan majlis yang penting pada malam itu untuk hadir di Parlimen bagi menokok bilangan menjadi 3 undi lebih. Cuba kalau PR mejoriti 10 undi pada ketika itu, dah pasti Umno/BN akan sms untuk tambah sekurang-kurang 13 MP bergegas segera keParlimen untuk membantu.
Kalau Si Amin ini ikhlas kenapa mesti tunggu Najib dan Mahyudin tiba dan waktu malam pulak tu, terus sajalah umumkan keputusannya. Ini semua main wayang, semuanya ada dalam poket, nak cari jalan bagaimana terselit difikiran rakyat perkara negetif terhadap PR.
Apa cara sekalipun Umno tak mahu ditanggalkan dari kuasa permerintahan. Bukti dah banyak, berbagai cara dan helah untuk mengekalkan kuasanya. Kalau tidak kenapa Perak maseh tidak ketentuan dan DUN milik Umno di Pasir Puteh, Kedah maseh dipertahankan oleh Umno dengan membelakangkan kuasa Speaker dan berdaleh dengan memanupalisi makamah dan perlembagaan negeri.
Disinilah Allah mempamerkan kuasanya; manusia merancang dan Allah juga merancang, rancangan Allah lebih tepat sasarannya. Umno/BN menukil seperti yang tersurat, Allah mengilhamkan makhloknya mencanai apa yang tersirat.
Reply
Jika kehadiran ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat 100% dan tolak Budget tersebut, Kerajaan BN tetap tidak akan dibubarkan. Kerana ia “HANYA” berdasar kepada konvensyen negara berparlimen dan mereka itu menguasai Makahmah Rayuan; seperti mana belaku dekat PERAK.
Insiden kali ini bertanda kesan daripada dosa-dosa BN.
Hari BN penghakiman tetap akan datang.
Reply
TDM tentu seronok dengar Najib mula tergugat. Kerana TDM berperanan juga untuk mengugatkan Najib, kalau tidak tak kan dia kata Umno dah busuk. Kenapa zaman Najib dia kata busuk walhal dia yang menjadikan Umno busuk. Apabila ahli-ahli Umno dengar Umno dah busuk, secara sepontan mereka menoleh ke Najib. Kenapa Najib ni, hingga menjadikan Umno busuk. Disinilah matalamat TDM agar ahli-ahli menurunkan Najib dari pucuk pimpinan dan digantikan dengan Mahyudin. Secara tak langsung anaknya Mukriz boleh naik bertapak di barisan presiden, mungkin menendang keluar Hishamuddin kerana regu kuat Najib. Dulu TDM tendang orang-orang bawah supaya kerusi yang diduduki tidak direbut oleh timbalan-timbalannya. Sekarang dia berperanan untuk menendang orang-orang yang di atas dari kedudukan anaknya Mukriz. Perkara ini tidak mustahil kerana TDM cukup berpengalaman dalam hal begini. PM Dolah Hadari pun terjerut dibuatnya ini kan pulak Najib yang memang telah tercemar dengan berbagai karenah. Mahyudin pun tak boleh berangan dapat duduk lama bila dapat kerusi PM nanti. Begitulah kisahnya PM Mukriz in the making.
Reply
ini adalah petanda baik buat PR. Jelas BN benar-benar tergugat sekarang ini. Teruskan perjuangan, pasti mencapai kemenangan.
Pasti di PR 13 akan datang keputusannya lebih cemerlang. Rakyat sedang menunggu sahaja dengan penuh kesabaran untuk menumbangkan BN serta UMNO.
Bersabar dan atur strategi juga perancangan teratur sebelum mengambilalih kuasa. Fikirkan apakah yang membolehkan rakyat hidup senang, aman dan damai keseluruhannya.
Hari itu pasti datang, InsyaAllah.
Reply
Alahai sayangnya ahli parliment pembangkang tak hadir 100… =(
Reply
Kenama perginya ahli ahli pakatan Rakyat dalam sidang Kelulusan Budget ke-10??? Boleh ker DSAI Jawab???
Saya Undi PKR…..
Reply
Pandai PR buat gempak, Eh. korang nampak En. Mohamad tak? atau dia tengah cari fakta kenapa ramai pemimpin BN tak hadir mensyuarat? Tu la En. Mohamad lain kali jangan ponteng mesyuarat Parlimen.
Reply
kalo UMNO/ BN jatuh pasal hal nie, konfem penyokong2 UMNO seluruh negara buat rusuhan hingga tercetusnya kejadian seperti 13 mei. pastu buat MAGERAN dan akhirnya UMNO kembali berkuasa. Media diorg pegang mcm2 cerite boleh reka. nie baru hal kecik je…
Reply
Kenapalah x tukar kerajaan lagi, aku dah bosan dgn BN, ni..mane pegi wakil Pakatan Rakyat..issshhhh. BN dgn skandal PKFZ saje dah makan berbillion duit rakyat..lepas ni Najib nak cover PKFZ lost naikkan pulak cukai…hampehhhh.arghh geramnyer aku..TUKAR CEPAT GOVT.umno DAH JADI NANAH…BUSUK…rasuah x abis abis..
Reply
DSAI,
Saya cukup kecewa bila dapat tau yg wakil rakyat PR tak hadir dlm sidang dewan,sebelum ini kita dok kata YB BN yang tak hadir sessi dan sekadar nak kutip elaun saja,sekarang dah merebak pada ahli PR pulak,rakyat dah bagi kepercayaan,bila rakyat dah tahu,saya yakin mereka tak lagi bagi undi PR lagi 2×5 je.sila pastikan semua ahli PR berada dlm dewan sepanjang sessi samada sebulan or setahun diparlimen,segala urusan peribadi perlu diketepikan,soal tak sihat selagi tak perlu masuk hospital perlu hadir sidang dewan,segala urusan berkaitan dgn rakyat perlu diserahkan pada ADUN dan YB Parlimen boleh hadir pada hari lain,yang penting adah reschedule your activities supaya tidak bertindih dgn sidang dewan…kalau ini ceritanya tak pasti lagi saya bagi 2 undi untuk PR dlm PRU 13.
Reply
pr kena lah berwaspada setiap masa dan tidak melepaskan peluang keemasan walaupun seketika dimasa depan dalam mengatur strategi mengarap kemenangan.biarkan najib n rosmah dengan retorik mimpi disiang harinya……bukan semua orang um=no/b-end sukakan perangai buruk mereka berdua itu.semuga ALLAH memberkati perjuangan RAKYAT.
Reply
Kehadiran PR Lawmaker adalah baik memandangkan hampir 80% mereka hadir di Parlimen. Tetapi, kehadiran Ahli Parlimen BN adalah amat teruk memandagkan kurang dari 50% kehadiran diParlimen. Ini adalah satu perkara yang amat diluar jangkaan.
Bagi saya ini adalah peluang terbaik bagi rakyat membuka mata behawa Ahli Parlimen BN adalah tidak beretika aka makan gaji buta.
Dalam hal ini, kita tak boleh salahkan Ahli Parlimen PR, kerana mereka tentunya tidak menjangka yang kehadiran AP BN adalah dibawah 50%. Kalau 55% kehadiran AP BN, walaupun kehadiran Ahli Parlimen PR 100%, bajet akan lulus juga.
Walaupun terlepas peluang untuk menidakkan bajet BN, tetapi apa yang pasti, kita tahu masalah disiplin yang amat teruk dihadapi oleh AP BN. Jika tidak, mumgkin juga tohmahan AP BN memboikot PM bajet tahun ini adalah betul.
Kita tak boleh salahkan AP PR, tapi apa yang pasti, masa depan PR adalah cerah. Saya harap semua penyokong PR bersikap positif dan terus menyokong. Kita terlepas satu peluang, InsyaALLAH banyak peluang lagi akan menyusul.
Reply
arabkia Reply:
December 18th, 2009 at 10:16 pm
Saya setuju…
Saya adalah penyokong tegar PR tetapi walau begitu, saya tetap tidak menyenangi kegagalan YB-YB Pakatan untuk menghadiri sidang. Semoga kritikan penyokong akan menyedarkan mereka.
Yang turut menyedihkan adalah ketidakhadiran yang teramat ketara ahli-ahli parlimen dari puak BeEnd ni, sedangkan mereka telah dilantik dan diberi amanah oleh rakyat untuk mewakili mereka.
Memang sah dah salah pilih wakil… hampa.
Reply
Rasa terkilan juga bila dengan tahu PR kalah hanya dengan 3 undi.
Tetapi saya tetap sokong PR sebab BN sudah semakin membusuk.
Reply
Boleh tak jangan babitkan agama dengan poliik…menyampah aku…sebab orang macam korang nilah Malaysia jadi mundur dan hipokrit…Cmon la Malaysia ni negara berbilang bangsa dan agama…skrg ni zaman mellinium bukan macam zaman dulu,,,,masa berkempen tu sebutlah benda pasal pembangunan agama bukan pasal agama…kalau ikut kata2 korang tu lingkup dunia…menyampah dengan telatah korang…jgn lebih la.
Reply
masihjahil Reply:
December 18th, 2009 at 10:33 pm
salam to PakTongkol..diharap bapak jgn jd tongkol..agama itu adalah politik..dan politik itu adalah agama..tak tahu kalu bapak ni seorg yg jahil..sy jahil juga..tp bapak seakan2 lebih jahil dr saya..tolong jangan pisahkan agama dan politik..sila tambah ilmu bapak sebelum bhujah atau bercakap mngenai sesuatu..sesiapa shj yang mnolak politik dalam Islam adalah sama seperti dia mnolak agama Islam..diharap bapak buleh btulkan pmahaman bapak skarang..supaya tak lari jauh dr akidah..
MasyaAllah bapak..sapa kata agama takleh membawa kemajuan?..siapa yang melimpahkan kemewahan kpd kita semua?..siapa yang menumpangkan kita di muka bumi ini?..siapa yang meminjamkan nyawa dan mnyalurkan oksigen utk kita bernafas?..adakah najib dan kuncu2 nye?..adakah UMNO yang diketuai najis tu ke?..jawapannye Allah swt..Allah tak mintak kita mngejar pembangunan dan kemewahan yang melampau di muka bumiNya..Allah mintak supaya kita jd khalifah sementara kita berada di bumi ini..so yang mnentukan kmajuan kita..kemewahan kita..pembangunan yang kita idamkan..semua tu kuasa Allah yang Maha Esa..
wahai bapak..tiada ungkapan ‘pembangunan agama’ dalam Islam..pembangunan ummah demi agama Allah ade la..maka utk membangunkan umah dr terus lalai haruslah sentiasa berpesan walau sepotong ayat..dan bkempen mnggunakan ayat al-Quran dan hadis dan menceritakan pasal agama amat digalakkan..kerana ia adalah sebahagian dr usaha dakwah..dan ketahuilah bapak,dunia ini takkan lingkup kerananya malah Allah makin syg kpd makhluk yang mnyampaikan agamaNya..semoga bapak dpt mnambah ilmu pengetahun bapak..jgnlah bapak kekal jahil kerana zaman jahiliyah telah berlalu..wallahu’alam..
Reply
Tajam Reply:
December 18th, 2009 at 10:45 pm
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
PakTogkol…
Nampak sangat saudara tak faham apa maksudnya Islam. Biar saya terangkan secara ringkas apa itu ISLAM sebenarnya.
Islam menurut pengertian syarak adalah KEPATUHAN, PENYERAHAN dan KETAATAN kepada ALAAH S.W.T dalam semua aspek iaitu pemikiran, pengetahuan, pertuturan,, akhlak, tingkah laku dan i`tikad. Sebagai Ad-din Islam adalah satu cara hidup. Ia adalah satu sistem yang merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dengan undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkan secara menyeluruh.
Perlaksanaan atau amalan ajaran Islam hendaklah secara menyeluruh dan bukannya sebahagian-sebahagian sahaja seperti mana ALLAH s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah 2:208 bermaksud:
“wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya.”
Dari ayat di atas, permulaan ayat menyebut “wahai orang-orang yang beriman….” maknanya jika orang yang membezakan atau mengasingkan Muamalat(aktiviti antara manusia dengan manusia)seperti ekonomi, sosial dan termasuk politik daripada ISLAM maka orang itu belum beriman lagi kerana ia hanya menganggap ISLAM itu cuma Mengucap , solat, puasa ,zakat dan menunaikan haji sahaja.
Kesimpulannya Islam itu Ad-din iaitu cara hidup tak kira di mana kita berada, apa yang kita lakukan sama ada hubungan kita dengan ALLAH s.w.t dan hubungan antara manusia dengan manusia Islam itu didahulukan itu sebabnya kalau kita nak buat apa-apa pun kena mulakan dengan bismillah…
Islam bukan membuatkan seseorang itu miskin atau membuatkan sebuah negara itu mundur tiada pembangunan tetapi penganutnya yang tak faham Islam itulah yang membuatkan diri mereka miskin dan sesebuah negara itu tiada pembangunan dan mundur.. WALLAHUALAM
Reply
MP BN dah bagi peluang akan tetapi dek kerana kebodohan dan kebebalan MP PR maka peluang keemasan terlepas begitu sahaja.Kepada penyokong2 PR tak payahlah timbulkan pasal MAGERAN atau apa pun untuk menidakkan kebodohan tersebut. Belum berkuasa dah jadi macam ni kalau dah berkuasa lagilah hampeh.
Ketentuan telah menunjukkan bahawa ANWAR masih belum layak untuk menerajui MALAYSIA. Itulah hakikat yang perlu diterima.
Walau apa pun ini juga merupakan amaran kepada MP BN. Jangan contohi kebebalan dan kebodohan MP PR. Nanti ditakuti menangis tak berlagu. Ingat bebal bodoh = DUNGU. Masa tu ijazah berjela pun dah tak berguna.
Reply
Pak Tongkol,
Apahal cakap macam tu/? mengapa politik dgn agama mesti dipisahkan? boleh jelaskan hujah anda? dan agama islam tidak menyebabkan kemunduran..boleh jelaskan kenapa kamu kata kalau gabungkan agama dan politik, rakyat dan negara akan mundur?
Reply
Kalau berjayapun, kita takkan kemana, BN akan menggunakan pelbagai helah untuk terus memerintah. Mungkin mereka akan mengenakan perintah Darurat.
Reply
Kenapa pulak takut dengan agama. Itu sebabnya politik umno ni kotor, penuh dengan maksiat, tak ada pertimbangan dosa dan pahala. Apabila agama diketepikan dunia ni disangka umno yang punya dan boleh dibuat apa yang dia suka. Itu sebab tauke umno, TDM, kata Malaysia Boleh. Boleh buat sesuka hati dia, diperlekeh dan dicantasnya apa yang ada kaitan dengan agama. Dia ingat Islam ni bapak dia punya. Islam ni Allah yang pelihara. Jangan cuba nak mempertikaikan agama, buruk padahnya.
Reply
tak ada rezeki nama ya tu, baru tok guru gempak sikit dah kelam kabut belum doa lagi,klau tok guru doa hancus parti bangang negara tu,he he.Kalau lah jadi undian menpihak ke pr pasti darurat akan di istiharkan oleh musa hassan dan gani pataail, hati-hatilah dgn manusia hati yg gelap tu, doa lah kita ramai2 supaya negara kita tdak di perintah oleh pemimpin yang zalim,tahgut,rasuah dan lemah.
Reply
????????????????
??????????????????????????????????
Pokok Sena (PAS) Mahfuz Omar:
Baru balik dari Indonesia, beliau tidak menduga kerana pengundian MP tentang Bajet tidak ditetapkan sebelum ini.
??????????????
??????????MIDA??????????
Bagan (DAP) Lim Guan Eng:
Menyertai rombongan MIDA ke Amerika untuk tujuan mencari pelaburan disana.
??????????????
????????
Puchong (DAP) Gobind Singh:
Dilarang untuk menghadiri sidang Parlimen.
????????????????????????
??????????????????????????????????????
????????????????????????????????????????????????????????1??????????
Seputeh (DAP) Teresa Kok:
Saya telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama dengan Sultan Selangor bersama-sama dengan TS Khalid. Telah mendapat persetujuan daripada Sultan Selangor untuk meninggalkan majlis kerana mengetahui pengundian dijalankan di Parlimen. Tetapi belum sempat meninggalkan Istana, pengundian telah habis dijalankan dan BN menang dengan majoriti 1 undi.
??????????????
??????????????????????????????????????????????????????????9?????????????????????????????????????????????
Kapar (PKR) Manikavasagam:
Saya telah menghadiri sidang Parlimen sebelah pagi tetapi meninggalkan Parlimen pada jam pukul 2 petang kerana dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan. Tetapi hanya bermula selepas pukul 9 malam.
?????????????
??????????????????????????????
Gombak (PKR) Azmin:
Baru saja balik dari Mekah, dan menghidapi selsema, maka tidak dapat menghadiri sidang Parlimen.
????????????????
???????????????????????????????????????
Tawau (SAPP) Chua Soon Bui
Saya dan MP Sepanggar, Enchin Majimbun telah menghadiri perjumpaan parti di Kapit, hanya tiba di Kuala Lumpur pada 15 Dec.
Reply
Yang tanda soal tu sebab tulisan Cina tak compatible masuk comment sini.
Reply
Najib tak boleh bertahan. UMNO akan mencari pemimpin baru. Siapa? Tak nampak siapa pun yang mempunyai ketokohan. Yang ada hanya dalam PAKATAN. NIZAR, ANWAR, ZAID, KHALID, DZULKIFLI…. cukup ramai. Alhamdulilah. Malah Razaleigh oleh ditarik masuk ke dalam Pakatan.
Reply
Kemungkinan besar, ahli-ahli Parlimen PR dengan sengaja menakutkan BN, sebab sekiranya sebuah budjet tidak di luluskan, bayangkan apakah implikasinya? Bolehkah kakitangan kerajaan mendapat gaji mereka dan segala yang telah dirancangkan dari segi pembangunan untuk desa and bandar akan tergendala.Oleh itu, besar kemungkinan taktik ini dipergunakan oleh DSAI untuk menakutkan BN dan menghantar mesej bahawa PR bukanlah suatu gabungan yang boleh diperlekehkan malah mereka boleh mengambil alih jika rakyat menghendakinya.
Reply
ALAS!!!!!
WHAT A SAD STATE OF AFFAIR ! ! ! !
we voted for THESE MEMBERS OF PARLIAMENT, we are paying them.
both the ruling and opposition MP had / have failed miserablly in their responsibility and accoutanbility and priciples in ACTS.
WHY STAY ON AS MOs, when you HAVE MORE IMPORTANT AFFAIRS than us.
THEY SHOULD RESIGN Lah.
HAMBA
Reply
Tuan2 / Puan2
Sebagaimana yang telah kita semua sedia maklum, kegagalan MP PR hadir ke Parlimen ketika meluluskan Budget 2010 telam memberikan kemenangan secara total kepada BN. Apa yang nak dipertikaikan lagi?
Kebebalan Kebodohan = DUNGU.
Samalah juga dengan MP dari BN kerana leka dan terlalu yakinlah maka semuanya diambil mudah. Biar kalah bertanding jangan kalah secara pondan.
Kemungkinan2 mengapa perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan :-
> Sengaja memberikan kelulusan untuk BUdget 2010 memandangkan ianya sesuatu yang baik untuk rakyat. Nak terima secara terbuka…Malu . Jadi terpaksalah memberi persetujuan secara tak langsung.Kan dah memang jadi dasar pembangkang tidak akan menyetujui apa yang baik dibuat oleh kerajaan.
>Tapi bila fikir semula takkanlah PR sanggup melepaskan peluang keemasan yang tak mungkin akan menjelma dimasa-masa mendatang.Itulah yang dikatakan HAKIKAT yang mesti diterima dan ditelan meskipun pahit. Tak payah lah kita mengiyakan tentang DOA nik ajis atau apa pun. Yang pastinya ALLAH masih BELUM menyetujui untuk PR & ANWAR menerajui negara ini. Itulah ketentuannya.Janganlah nak dinafikan lagi.Kita hanya merancang Allah yang Menentukan.
Kepada SDR Masih Jahil,
Pada Tulisan SDR mengenai AGAMA adalah POLITIK dan POLITIK adalah AGAMA serta MENOLAK POLITIK DALAM ISLAM bersamaan dengan MENOLAK ISLAM.Bagaimanakah pemahaman sdr tentang perkara tersebut.Saya tidak boleh menerima dan menolak sembarangan.
Pemahaman saya dari apa yang ditulis adalah.. Mana ada agama POLITIK.Oleh itu huraikanlah apa yang sdr tulis agar tidak timbul keraguan dan ketidakmusabahan.
Menolak POLITIK DALAM ISLAM bersamaan dengan MENOLAK ISLAM.. Dimana kebenarannya.Apa yang maksudkan POLITIK dalam ISLAM dan ISLAM dalam POLITIK? atau mana yang lebih baik? saya tak menyalahkan sdr tentang apa yang ditulis memandangkan kemungkinan sdr punya alasan-alasan yang tersendiri untuk ungkapan-ungkapan tersebut. Dan dengan menggunakan nama MASih Jahil pun saya nak tahu juga masih jahil untuk apa… POLITIK kah atau UGAMA??
Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama belajar, berbincang dengan ikhlas agar diri kita dapat keluar dari kejahilan… INSYALLAH
Reply
saudara zul dan masih jahil….minta maaf ya..
kalau mengulas sesuatu tetntang agama untuk tunjuk pandai dan kalah malu baik x payah joint berbincang di mana2 blog politik….nanti terpesong akidah kerana cetek agama ..sila rujuk balik ulasan saudara ‘tajam’…jelas apa yang cuba di fahamkan beliau..itulah yang sebenarnya..kita mahukan semua urusan dunawi ini di lakukan tanpa melupakan Allah S.W.T, kita datang daripada-NYA dan tempat-NYA juga kita akan kembali…itu kita kena ingat…
politik adalah nadi dan nyawa dalam menentukan kepimpinan dunia hari ini..di mana sahaja..tanpa politik mana ada sistem pengundian rakyat untuk memilih pemimpin yang memimpin negara…kerana kita umat islam dengan agama islam sebagai agama rasmi Malaysia..maka patut sangatlah penerapan nilai2murni islam itu di masukkan dlm tata cara berpolitik dan sistem pentadbiran yg ada….sekiranya kita berpolitik tanpa menyelitkan nilai2 islam maka itulah kedengaran rasuah dlm politik…nak dapat kuasa semua pakai duit…sebab x mahu campurkan nilai islam maka akan ada satu alasan yg boleh menyeleweng akidah ..boleh rasuah dlm politik sebab islam x di amalkan dlm politik..bukan berdosa juga kita sebagai hamba Allah kalau beginilah keadaanya..rosaklaj masyrakat…
berkenaan kekalahan MP PR di dewan rakyat tempoh hari…memang sayang sekali kerana terlepas tetapi kita kena reda sebab itulah namanya bukan rezeki…mungkin tiba saatnya nanti perkara yg warga PR tunggu2 akan menjelma dalam keadaan yang kita tak sangka…BN juga x sangka MP nya ramai yg x hadir ketika itu…sama2 salah kerana cuai dlm melaksanakan tanggungjawab mereka di dewan rakyat..ini pengajaran untuk mereka agar merebut segala peluang yg ada dalam keadaan yang ada masanya tidak terduga.
walaubagaimana pun tahniah kepada kepimpinan PR dan seluruh warga PR saya mneyaksikan banyak kemajuan dalam mencari titik persamaan sesma gabungan parti pembangkang…karpal sing pun semakin terbuka dgn Anwar Ibrahim..TG Nik Aziz pula dah boleh berbincang dgn Lim Kit Siang..senangkah nak tundukkan otai2 pembangkang yang sangat jauh prinsip ini namun TAHNIAH DSAI…bukan sahaja dpt menyatukan mereka tetapi seluruh warga PR …tahniah juga buat teman2 warga PR di sini..teruskan sokongan ada sinar harapan di hadapan kita..insyaallah.
Reply
Apa ini Saudari Suri, anda yang tolol tak bertempat, semua yang Pakatan Rakyat kata semua anda yes sir, yes sir sahaja. Kalau Barisan Nasional terus anda tentang jahat, zalim, kejam, itu dan ini. Entah apa-apalah Saudari Suri, berfikirlah sama, kata suka membaca, tapi jangan hanya suka baca akhbar nyamuk pembangkang yang suka menipu itu, baca semua benda, barulah minda kamu boleh berkembang dan tidak menjadi katak bawah tempurung lagi. Kepada En. Zul, teruskan usaha anda, pendedahan hal sebenar yang berlaku kini perlu dilakukan supaya rakyat tidak terpedaya dengan wayang kulit dan wayang gambar dari Pakatan Rakyat ini. Merek suka peralatkan rakyat dengan isu-isu perkauman dan kedaerahan serta suka memaki hamun dan mengadakan demontrasi di sana sini atas nama keadilan kononnya, tapi sebenarnya semua itu sebab tamak kuasa dan kemaruk nak jadi perdana menteri meskipun baru memerintah beberapa negeri sudah nampak kepincangan dan tunggang langgang di negeri-negeri berkenaan. Semoga rakyat terus sedar dari penipuan ini dan bersama-sama dengan kerajaan untuk membentuk Malaysia yang lebih berjaya. Sekian, terima kasih.
Reply