SYARAHAN PERDANA
Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Oleh Ulama Tersohor
Sheikh Yusuf Al – Qaradhawi
Di Masjid Negeri Shah Alam
(MASJID SULTAN ABDUL AZIZ SYAH)
SABTU, 19 DISEMBER 2009
Program Bermula Dengan Solat Maghrib, Seterusnya Pengenalan Oleh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim


















Salam,
InsyaAllah I will attend. May Allah bless us all.
Reply
asdsd Reply:
December 17th, 2009 at 11:47 am
mana satu betul ni ? 20 haribulan atau 19? kalau 19 tak sempat la.
Reply
alan77 Reply:
December 17th, 2009 at 4:38 pm
SHEIKH YUSOF QARDHAWI AKAN MENYAMPAIKAN SYARAHAN PADA SABTU 19 DISEMBER SELEPAS SOLAT MAGHRIB, BERTEMPAT DI MASJID NEGERI SHAH ALAM.
TARIKH YANG DIUMUM OLEH PIHAK MASJID NEGERI YAKNI 20HB DISEMBER ADALAH TIDAK TEPAT. PIHAK MASJID TELAHPUN DIMAKLUMKAN AKAN KESILAPAN TERSEBUT DAN AKAN MEMPERBETULKANNYA MALAM INI.
OLEH YANG DEMIKIAN SUKACITA DIULANG SEKALI LAGI, TARIKH SYARAHAN TERSEBUT ADALAH 19HB DISEMBER 2009 SELEPAS SOLAT MAGHRIB!
SEKIAN
Reply
asdsd Reply:
December 17th, 2009 at 10:50 pm
Aduh. Tak dapat la. melepas!
asdsd Reply:
December 18th, 2009 at 12:47 am
Salam Admin,
Sebab saya mungkin tak dapat hadir, mohon rakam dan letak di web. Kalau boleh, kalau tak boleh tak apa.
Zabidie Abas Reply:
December 17th, 2009 at 6:20 pm
http://amkj.blogspot.com
DSAI : Penghijaran Demi Memertabatkan Negara
Setelah beberapa kali Bakar Komando* meminta kebenaran daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar majikannya diselamatkan/ dilarikan dari ditangkap oleh Polis. Anwar Ibrahim dengan tegas menegahnya.
Peristiwa itu berlaku pada penghujung 1998 selepas Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Akhirnya Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan yang tidak diketahui sehingga hari ini.
Penghijrahan dan pengorbanan besar dari tampuk kekuasaan ke penjara demi memperjuangkan hak marhaen dan keadilan bersinar di Malaysia tercinta.
Anwar Ibrahim sanggup dibelasah dan dipenjarakan dari terus bersama pimpinan UMNO-BN merompak harta dan memperkosa keadilan negara.
Datuk Seri Nazri Aziz lupa apa yang berlaku tahun 1998, apabila beliau mempertikaikan status Anwar Ibrahim ketika menjawat TPM di Dewan parlimen kelmarin.
Penghijrahan itu diratapi dan disokong jutaan rakyat Malaysia dan puluhan jutaan penduduk dunia. Telahan Nazri Aziz kelmarin merupakan sesautu yang memalukan dan berunsur emosi.
Pencatat terharu bila membaca laporan Anwar Ibrahim meminta maaf kepada Dewan bila Nazri menyentuh ‘Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas semasa menjawat TPM’.
Apabila Nabi S.A.W bersabda, “Tiada lagi hijrah selepas ini” (dari mekah ke Madinah). Pencatat merestui penghijrahan Anwar ke penjara demi memertabatkan Agama dan bangsa.
Kerajaan UMNO-BN wajib-mesti ditumbangkan demi menegakkan kebenaran dan menobatkan keluruhan perlembagaan negara.
* Pengawal peribadi
Reply
(Maaf Dato Seri, saya diluar tajuk)
PARTI BARU CINTA SABAH
Dari Kacamata Halik Zaman
SERINGKALI kedengaran keluhan dari beberapa orang Bumiputra Sabah yang ekstremis yang menyatakan, “sayangnya tiada parti pembangkang Bumiputra di Sabah. Kononnya rakyat Sabah terlalu mengharapkan dan bergantung kepada parti-parti politik yang di import dari Semenanjung seperti PKR, PAS dan DAP.”
Rungutan dan rintihan sebegini acapkali kedengaran kerana golongan ini menyifatkan PKR, PAS dan DAP adalah parti parti tersebut merupakan parti politik yang di import dari Semenanjung.
Pada hakikatnya di Sabah adalah suatu perkara yang amat sukar untuk mendapatkan seorang tokoh pemimpin Bumiputra Sabah yang berjiwa pembangkang yang berwibawa, berkarisma dan berketrampilan serta di sokong pula dengan kemampuan kewangan. Sekiranya ada pun seorang dua pemimpin Bumiputra yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang sempurna, namun mempunyai obstacle dari segi kedudukan kewangan mereka. Tanpa kewangan yang kukuh, agak sukar bagi seseorang pemimpin untuk bangkit dan membela nasib rakyat.
Ada juga terdapat pemimpin Bumiputerra Sabah yang berkemampuan, namun piawai politiknya tidak menepati kehendak rakyat. Walau kewangan kukuh, namun semangat juang kesadaran tidak ada, tidak mungkin mampu mendapat kepercayaan rakyat.
Rakyat Sabah kini semakin pintar menilai seseorang pemimpin, kalau pemimpin yang hanya bersandarkan ’sesuatu harapan peribadi’ tanpa usaha murni memperjuangkan nasib rakyat, akhirnya akan menemui jalan buntu tanpa halatuju.
Banyak contoh-contoh parti politik Bumiputra yang dapat kita lihat sebelum ini seperti parti Pasok pimpinan Kanul dan rakan rakan, parti Setia pimpinan Datuk Penggeran Othman Raub dan Bersekutu Presidennya berganti ganti. Kesemua parti-parti politik tempatan yang terwujud ini akhirnya di ibaratkan ‘hidup segan mati tak mahu’. Ianya terjadi apabila kesemua parti-parti ini gagal melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan berketerampilan disamping mempunyai masalah kewangan. Akhirnya, parti yang di tubuhkan hanya tinggal nama tanpa punya fungsi apa-apa kepada rakyat Sabah.
Untuk merealisasikan sebuah parti politik tempatan yang baik, kita memerlukan sumber kewangan yang seharusnya baik dan kukuh. Ianya berdasarkan beberapa peruntukan asas yang agak besar kosnya.
Peruntukan pertama adalah peruntukan sewa pejabat, perabot dan peralatan pejabat seperti computer, mesin cetak, mesin fotokopi dan alatan tulis/kertas.
Manakala peruntukan kedua pula ialah peruntukan gaji untuk Setiausaha Kerja. Di mana seseorang Setiausaha Kerja itu amat penting bagi melancarkan perjalanan urusan pentadbiran sesebuah parti politik.
Peruntukan ketiga ialah peruntukan program dan latihan, di mana sesebuah parti politik itu harus mempunyai peruntukan yang kukuh untuk segala perbelanjaan seminar, kursus-kursus dan mesyuarat agung tahunan bahagian dan cawangan.
Peruntukan keempat ialah peruntukan perjalanan dimana peruntukan ini diperuntukkan untuk mana-mana AJK atau ahli-ahli yang menguruskan sesuatu perkara bagi parti. Maka peruntukan petrol dan elaun juga perlu disediakan.
Itu belum lagi di kira bila tiba musim pilihanraya. Wang deposit calon-calon juga harus di sediakan. Dan yang pastinya itu bukan suatu jumlah yang boleh di anggap enteng. Di tambah lagi dengan elaun serta gaji-gaji pekerja sementara yang bekerja di markas-markas atau di bilik-bilik gerakan parti. Malah tanpa kewangan adakalanya pula keranah dan attitude ahli-ahli yang bekerja juga adakala sering memberikan masalah kepada kepimpinan.
Oleh yang demikian, pada pandangan kita, nak di wujudkan parti CInta kah, parti Asmara kah, buat sahajalah. Itupun sekiranya di rasakan segala peruntukan kewangan dah mencukupi sepenuhnya tanpa terganggu elaun untuk anak-isteri di rumah. Kerana kalau nak harapkan derma yang di kutip dari ahli-ahli, adalah lebih baik tidur dirumah sahaja, pagi-pagi bangun cari makan. Janganlah nak diharapkan derma dari ahli-ahli, setakat seorang RM2-3 mungkinlah, untuk lebih dari itu saya kurang yakin.
Jika di lihat parti-parti pembangkang dari Semenanjung yang ada pada hari ini adalah merupakan parti-parti pembangkang yang sudah establish, seperti PKR, PAS dan DAP. Kemungkinan untuk menang adalah cerah sekiranya semangat perpaduan dan kerjasama terjalin erat antara ahli dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Semangat tabah dan sabar, ikhlas, tidak racialist dan semangat setiakawan berpasukan andai digarapkan dengan baik bakal menghasilkan pulangan istimewa pada PRU yang akan datang. Dan tidak mustahil UMNO/BN hanya akan tinggal sejarah di negeri di bawah bayu ini.,
Suatu perkara yang pasti, andai kita merasakan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang baru tidak mencakupi kewangan yang sedia ada, mengapa kita harus menentang dasar parti dan membantah atasan@Taukey ? Alangkah baiknya jika kita terus mengikut arus kesatu arah aliran sahaja yakni dengan tekad untuk menumbangkan UMNO/BN ?
Harus juga di iktikadkan di hati bahawa, tujuan kita untuk menentang UMNO/BN bukanlah untuk menjadi Ketua Menteri tetapi untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Andainya Pakatan Rakyat beroleh kemenangan, bukanlah juga ertinya membawa maksud perebutan jawatan Ketua Menteri, akan tetapi sebuah kemenangan rakyat di negeri ini
Kita penuh berharap, agar semua pemimpin sedar hakikat ini, yang penting bukan jadi calon, bukan jadi Menteri atau Ketua Menteri. Yang penting wujud persefahaman, kerjakuat untuk kemenangan Pakatan Rakyat. Baru bicara pasal siapa jadi Ketua Menteri, siapa jadi Menteri Menteri. “Jangan sampai ayam terlepas semua tangan berbahu tahi” baru padan muka. Jadi beringatlah.
Reply
Salam..
Kalau dapat upload kuliah beliau dalam web ni…
Reply
anak selangor Reply:
December 17th, 2009 at 1:13 am
setuju~
Reply
anak mak Reply:
December 18th, 2009 at 12:58 pm
setuju !!!
Reply
Kebarangkalian Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi ditahan oleh JAIS kerana berceramah tanpa permit adalah 50% :)
Reply
mufti vs ulamak Reply:
December 16th, 2009 at 5:38 pm
Ceramah dalam bahasa apa ?? TDM galakan guna BI unrtuk tampak maju kononya!! Tapi Najib galak guna mandrin dipetik dari Malaysiakini !! Pening kepala Rakyat malaysia!! persoalanya malaysia dah ada dua PM!!.
Reply
Sheikh Yusuf Qardhawi pernah berjanji tidak akan ke Malaysia selagi Anwar Ibrahim di Penjara oleh Kerajaan. Kini setelah Anwar Ibrahim bebas (walau masih terdapat usaha mahu memenjarakannya kembali) Sheikh Qardhawi mula menjejak Malaysia.
Inilah bukti betapa akrab dan kukuh kepercayaan ulama tersohor dunia tersebut terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.
Takbir!
Reply
cuba baca artikel ini
Dr M slams Najib’s ‘pro-US’ policy
Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has expressed his disappointment at what he described as a change in Malaysia’s foreign policy to back the United States, following a recent flap over how the country voted against an International Atomic Energy Agency (IAEA) resolution criticising Iran for its nuclear programme.
The Foreign Ministry was forced to recall the country’s envoy to the United Nations in Vienna after he voted against an IAEA resolution criticising Iran for ignoring UN Security Council and nuclear watchdog demands by continuing to build its enrichment programme.
It is understood that Wisma Putra and the administration are concerned over international public perception after Malaysia, along with Venezuela and Cuba, voted against the IAEA resolution.
But Dr Mahathir, known for his strident views about Western powers, criticised Datuk Seri Najib Razak’s administration today for changing the country’s foreign policy.
“We have changed. Previously we defended countries against oppression by the United States. Now we are backing the US in oppressing Iran,” he said in a posting on his blog today.
Foreign Minister Datuk Anifah Aman said this week that a decision will soon be made on whether action will be taken against the veteran envoy, Datuk Mohd Arshad M. Hussain.
Dr Mahathir is, however, unhappy that the envoy was recalled.
“Now our envoy is recalled and is being questioned for not backing America. Is this our new policy?” asked the former PM.
By not consulting with Wisma Putra before going ahead with the vote, the envoy had put Malaysia’s top diplomat Anifah in a difficult position.
Since his appointment Anifah has gained a reputation as the hardest-working Cabinet member, making regular trips round the world to put forward the country’s position on various issues and establishing Najib’s credentials as a reformist committed to international trade in Washington.
But the IAEA vote threatens to put Malaysia in the same category as Venezuela and Cuba, two countries well known to be at odds with Washington.
The IAEA resolution criticises Iran for defying a UN Security Council ban on uranium enrichment — the source of both nuclear fuel and the fissile core of warheads.
It also censured Iran for secretly building a uranium enrichment facility; and noted that it could not be confirmed that Teheran’s nuclear programme was exclusively geared towards peaceful uses, and expressed “serious concern” that Iranian stonewalling of an IAEA probe means “the possibility of military dimensions to Iran’s nuclear programme” cannot be excluded.
In criticising Najib’s foreign policy, Dr Mahathir is sending a strong signal to the prime minister that he wants the country to maintain his policies in dealing with the US.
The former PM suggested in his remarks, however, that Barack Obama had been disappointing because the US president had not changed his country’s foreign policy, and that Malaysia should not back Washington.
“Far from making changes, he is adding more troops to Iraq and Afghanistan. The Guantanamo detention camp also remains open,” said Dr Mahathir.
He added that it was the US and Israel which continue to use nuclear weapons.
“They are using depleted uranium from nuclear products. We allow it. Officially we are not protesting.
“India has nuclear weapons. So does Pakistan, Why not Iran?” he said.
Dr Mahathir’s comments could put Najib in a spot, especially among the more conservative front in Umno.
The Malaysian Insider understands that missteps such as the IAEA vote and the vocal stand of some Malaysian leaders like Dr Mahathir against the US have not helped in the Najib administration’s courtship of Obama.
When Obama expressed interest earlier this year to make an official visit to Indonesia, government officials here had started lobbying Washington for the US president to make a brief stopover here to meet with the PM.
Obama has since postponed his visit to Indonesia.
US officials are understood to be perplexed by Malaysia’s position on issues such as the recent IAEA vote.
Reply
Pengumuman di Mesjid Negeri Yusuf Qardhawi akan beri ceramah pada 20.12.09…ada kekliruan mengenai tarikh…mana yang betul.
Dr. Azlan Khalili
Reply
baim Reply:
December 17th, 2009 at 4:26 am
yelah… harap dato Seri ubah tarikh dlm blog ini kerana hari sabtu adalah 20/12/2009 bukan 19hb….
Reply
adli Reply:
December 17th, 2009 at 12:08 pm
Tarikh 19hb tu memang betul hari sabtu bro, x caya checkla kalendar. memang sah 19hb sheikh yusoff akan beri syarahan dan tarikh itu tepat serta tidak ada pindaan.mungkin masjid negeri yang silap kot.
adios!
Reply
agaknya JAIS. nak buat kepungan mcm DrMAZA kena haritu ke? menarik ni… Sultan Selangor dah perkenan ke belum? rasanya baru haritu Sultan bertitah nak beri kuliah diSelangor mesti apply tauliah dulu… harap PR applykan la tauliah utk Syeikh Yusuf..satg PR jugak dipersalah sbb tak ikut peraturan.. kalau ditanya Syeikh Yusuf, mintaklah fatwa dr Syeikh ttg peraturan yg ada tu.. alang2 mintak sekali fatwa ttg ISA…
Reply
Sebelum persaraannya pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama dua dekad, digelar sebagai “Bapa Pemodenan”.
Hari ini, beliau diberi gelaran baru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Beliau menggelar Dr Mahathir sebagai ‘bapa segala perkauman’.
Hari ini, Nazri meneruskan perang mulut dengan bekas presiden Umno itu berhubung kontroversi mengenai program Biro Tatanegara (BTN).
Menteri itu mahu kurikulum program tersebut dirombak semula, manakala Dr Mahathir pula mempertahankannya, dan berikutan itu, Nazri menuduhnya rasis.
Semalam, Dr Mahathir membalas balik dengan mencabar Nazri meletak jawtan dari Umno, yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan rasis.
Nazri pula menjawab, oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa Umno sebuah parti rasis, maka beliau (Dr Mahathir) adalah ‘bapa segala perkauman’ kerana menjadi presidennya selama 22 tahun
Reply
Perdana Menteri Malaysia keenam Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah melaungkan dan memperkenalkan konsep 1 Malaysia dari hari pertama beliau berkuasa sehingga hari ini. Laungan ini terus diulangi di mana-mana sahaja. Semasa saya mewakili Universiti Malaya untuk Debat Perpaduan 2009 yang berlangsung di Unimas, Sarawak pada 19 hingga 23 May 2009 dan berjaya menembusi peringkat akhir Debat Perpaduan 2009 dan pada ketika itulah saya mengenali konsep 1 Malaysia dengan lebih luas dan terperinci. Hal ini disebabkan saya terpaksa bertungkus lumus mencari dan menganalisis fakta. Lebih-lebih lagi terdapat banyak usul yang berkaitan dengan konsep 1 Malaysia.
Dalam konsep ini terdapat tiga teras utama yang ditekankan oleh Najib iaitu Penerimaan, Kenegeraan dan Keadilan Sosial. Ketiga-tiga teras ini pula akan diperkukuhkan dengan tujuh nilai yang diperkenalkan.
Nilai 1: Budaya Cemerlang
Nilai 2: Ketabahan
Nilai 3: Rendah Hati
Nilai 4: Penerimaan
Nilai 5: Integriti
Nilai 6: Kesetian
Nilai 7: Meritokrasi
Nilai 8: Pendidikan
Teras 1: Penerimaan
Persoalannya kini bagaimana Najib boleh memperkenalkan konsep yang bercanggah dengan perjuangan dan perlaksanaannya? Beliau mahu mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Namun begitu bagaimana konsep ini hendak dicapai sekirannya dasar pecah dan perintah halus Najib terus memecahkanbelahkan masyarakat berbilang bangsa di negara kita? Barisan Nasional sering melaungkan dasar dan idelogi politik mereka adalah sistem politik perkongsian kuasa namun sebenarnya sistem tersebut adalah sistem politik dasar pecah dan perintah dimana ada parti-parti tertentu khas untuk memperjuangkan nasib dan hak kaum masing-masing. Biasanya kita hanya mengenali dasar pecah dan perintah ekonomi British dimana dikatakan Melayu di kampung sebagai petani, Cina di bandar sebagai pedagang dan India di estet sebagai penoreh getah. Oleh itu, apakah bezanya kalau parti Umno untuk Melayu , parti MCA untuk Cina dan parti India untuk MIC? Dasar pecah dan perintah bukan sahaja boleh wujud dalam sistem ekonomi tetapi juga dalam politik.
Teras 2: Kenegaraan
Pada 28 April 2009 Najib mengingatkan mana-mana pihak agar jangan terlalu taksub terhadap tuntutan hak dan melupakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara kerana kewarganegaraan bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab serta di bawah konsep 1 Malaysia, tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan.
Pertama siapakah golongan kaum yang dikatakan terlalu taksub menuntut hak mereka dalam pemikiran Najib? Namun tanpa perlu hurai lebih lanjut kita masing-masing sudah sedia maklum tahu kaum manakah yang dimaksudkan Najib. Jawapannya kepada Najib pula kalau seseorang itu diberikan makanan yang secukup dan sebaiknya dan sudah kenyang adakah orang tersebut akan meminta makanan lagi sedangkan perut sudah kenyang? Berbanding pula dengan orang yang perut mereka lapar sehingga perlu taksub meminta makanan.
Keadaan tersebut menandakan keadaan kaum tertentu yang hak mereka tidak lagi dipenuhi. Jangan hanya sebut tanggungjawab rakyat tetapi tanggungjawab kerajaan dan Perdana Menteri juga penting. Jangan hanya tahu suruh orang tidak menuntut tetapi sendiri tidak juga cuba sedaya upaya memenuhi segala keperluan yang diperlukan rakyat. Bunyi tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan cukup kelakar kerana rakyat di negeri Pakatan Rakyat sudi atau tidak kerajaan bantu? Kita mengkaji rentetan isu dan peristiwa yang berlaku antara Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan kerajaan persekutuan sudah boleh menilai sejauh mana kenyataan Najib retorik atau tidak.
Teras 3: Keadilan Sosial
Keadilan sosial rakyat atau keadilan sosial Umno? Kita lihat setelah 52 tahun negara kita merdeka namun segala dasar dan pembahagian yang retoriknya untuk rakyat tetapi akhirnya kroni dan ahli sendiri yang menikmatinya. Kalau benar di bumi bertuah ini ada keadilan sosial rakyat mengapa ramai graduan bijaksana semua berkhidmat di luar negara? Mereka mungkin dituduh tidak setia kepada negara tetapi adakah pemerintah adil kepada mereka?
Bagaimana keadilan sosial rakyat boleh tercapai sekirannya Najib terus memanipulasi hak yang ada pada kaum Melayu untuk terus menindakkan peluang dan hak kaum lain? Tidak pernah kaum lain mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu tetapi Umno sendiri yang selalu mengaburi mata rakyat dengan konsep ketuanan dan keistimewaan Melayu sehingga dipertikaikan tindakan mereka. Pertikaikan kaum lain terhadap tindakan Umno sangat berbeza dengan pertikaian terhadap hak dan keistimewaan Melayu. Kalau benar Umno benar-benar telus mempertahankan dan memperjuangkan keistimewaan orang Melayu mengapa pula ramai orang Melayu yang menentang Umno, ramai Melayu sendiri yang memangkah Umno dalam pilihan raya dan bilangan kaum Melayu dalam Pakatan Rakyat semakin hari semakin bertambah. Hal ini disebabkan perjuangan hak keistimewaan Melayu hanya sekadar laungan retorik dan manipulasi serta eksploitasi yang dilakukan oleh Umno. Mungkin benar ketuanan dan keistimewaan Melayu diperjuangkan tetapi bukan Melayu rakyat dan sebenarnya adalah Melayu Umno dan Najib.
Nilai 1 — Budaya Cemerlang
Bagaimana seorang penculik dan perompak negara boleh mewujudkan budaya yang cemerlang sedangkan segala tindakannya sudah memaparkan budaya sesat? Kita lihat bagaimana wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat diculik oleh seorang pemimpin negara dan kita juga lihat bagaimana seorang pemimpin negara merompak hak, undi dan demorkrasi rakyat di negara Perak. Adakah perbuatan ini menandakan satu budaya yang cemerlang atau sebaliknya? Kalian tepuklah dada dan tanyalah selera.
Bagaimana budaya yang cemerlang mampu diwujudkan apatah lagi dicetuskan apabila seorang Speaker dewan ditarik keluar menggunakan kuasa polis yang sudah menodai kemuliaan sesebuah dewan tersebut? Bagaimana budaya cemerlang mampu diwujudkan apabila perlembagaan negara terus diperkosa demi memuaskan hati dan nafsu seorang pemimpin dalam rampasan kuasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dalam zaman pemerintahan kelima-lima Perdana Menteri negara?
Bagaimana budaya cemerlang mampu diwujudkan apabila Cina di China terus disembah tetapi Cina di Malaysia bagaimana pula? Bak kata pepatah Melayu hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri dan lebih baik di negara sendiri. Namun tindakan dan perjuangan pemimpin negara tidak berlandaskan kepada pepatah Melayu ini. Sepatutnya Cina China yang emas dilayan seperti batu tetapi Cina Malaysia batu dilayan seperti emas.
Bagaimana kita hendak mewujudkan budaya cemerlang sedangkan negara demokrasi yang bertunjangkan kepada hak kebebasan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu digantikan dengan pemerintahan ala komunis? Chin Peng komunis ditentang sekuat hati tetapi tindakan komunis yang menyekat hak kebebasan berhimpun, berparti dan bersuara disekat. Rakyat demi rakyat ditangkap seperti Ang San Su Kyi yang ditahan bawah pemerintahan Junta Tentera. Adakah di Malaysia pula pemerintahan Najib tentera hendak terus diamalkan?
Kalau kesemua persoalan di atas menandakan budaya yang cemerlang maka Malaysia akan cemerlang, gemilang, terbilang dan tidak terbilang.
Nilai 2 — Ketabahan
Barisan Nasional tidak belajar daripada sejarah. Bencana tsunami politik Mac 2008 tidak mampu membangkitkan mereka daripada tidur lena dan alpa mereka. Adakah mereka tabah menghadapi dugaan rakyat? Adakah mereka tabah menerima hakikat perubahan dan transformasi politik yang pertama kali berlaku dalam sejarah tanah air negara? Atau sebenarnya mereka masih terus leka dan lalai dalam mimpi indah mereka?
Adakah seseorang pemimpin negara tabah menunggu proses peralihan kuasa atau sebenarnya tidak sabar-sabar hendak berkuasa sehingga meja bekas Perdana Menteri Umno ada juga benda-benda jampi? Apakah maksud jampi tersebut dan siapakah yang melakukannya? Mungkin hanya Tuhan yang tahu.
Adakah pemimpin Umno tabah menerima kelemahan bekas Perdana Menteri Malaysia kelima dan sanggup terus berjuang bersamanya sehingga agenda rakyat dipenuhi dan luka Barisan Nasional diubati? Jawapannya tidak kerana ramai pemimpin yang sudah menunjukkan belang mereka meminta dan menyuruh Pak Lah kesayangannya negara meletak jawatan dan mempercepat proses peralihan kuasa. Sedangkan apabila Pak Lah baharu memegang kuasa suatu ketika dahulu disembah dan dijilat namun pada ketika Pak Lah paling lemah disebabkan kelemahan pemimpin bawahannya belang-belang sudah mula timbul untuk meludah dan memaksa Pak Lah ke jalan buntu dalam karier politiknya.
Adakah Samy Vellu tabah mengharungi perubahan yang melanda negara? Adakah Samy Vellu belajar daripada perubahan undi mendadak kaum India terhadap Pakatan Rakyat dan termasuk PAS berbanding MIC? Jawapanya tidak. Kita lihat bagaimana seorang demi seorang dilucutkan jawatannya apabila mereka bangkit hendak menentang Uncle Sam dalam merebut kerusi Presiden MIC. Siapa yang memecahkan masyarakat India daripada dahulu MIC kepada wujudnya IPF? Siapa yang memecahkan masyarakat India yang dahulunya sebelum merdeka hanya satu kepada puak A dan puak B apabila Subramaniam terus dipinggirkan walaupun layak demi memenuhi kepentingan peribadi dan politik seorang individu?
PPP tidak tabah menerima hakikat parti mereka semakin lemah. PPP tidak belajar bagaimana pepecahan dalam parti yang akhinrya mengundang kepada kekalahan seorang Presiden parti di Taiping. Mereka jauh lebih ekstrem apabila wujudnya PPP A dan B yang kedua-dua pihak mendakwa mereka merupakan parti PPP yang sah. Pergolakan kuasa dalam PPP baru-baru ini bagaikan gambar Hindustan yang mungkin akan mendapat lebih banyak anugerah daripada “Slumdog Millionaire” yang mendapat lapan anugerah antarabangsa.
Gerakan juga tidak tabah menghadapi dugaan yang menimba mereka. Mereka telah cedera dengan parah dan ada juga ramai penganalisis politik berpendapat mereka tidak mampu bangkit menawan Pulau Pinang selama-lamanya. Namun ahli mereka terus dimaki dan ditekan apabila bersuara memperjuangkan sesuatu isu yang melanda negara.
Kita juga lihat bagaimana MCA yang terus berdrama seperti wayang TVB Hong Kong antara Presiden dan Timbalan Parti yang tidak ada pengakhiran sehingga hari ini. Kita lihat bagaimana seorang Presiden parti cuba sedaya upaya menjatuhkan Edison Chen Johor Malaysia berbanding memulihkan kembali undi dan kepercayaan kaum Cina yang semakin hari semakin luntur dan pudar.
Tidak apa. Kita anggap sahaja kesemua tindakan Barisan Nasional ini sebagai bentuk nilai ketabahan mereka dalam mengharungi transformasi politik yang melanda negara. Teruskan.
Nilai 3 — Rendah Hati
Bagaimana Umno yang sombong boleh mencadangkan satu nilai yang tidak mungkin diamalkan oleh mereka? Kita lihat bagaimana seorang sepupu Perdana Menteri yang menghunus keris kepada kaum bukan Melayu supaya tidak mencabar kewibawaan Melayu? Persoalannya kini adakah keris itu satu mesej supaya jangan cabar Melayu atau jangan cabar Umno dan dirinya sendiri?
Kita juga lihat laungan perkongsian kuasa retorik Umno selama ini yang tidak penah memberi sebarang tempat kepada parti lain memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Negara. Perkongsian kuasa apa yang dilaungkan oleh mereka?
Ketua Menteri Melaka dengan suara lantang menyeru PPP keluar daripada perkongsian kuasa Barisan Nasional dan juga kenyataan Tuhan juga tidak mampu tengelamkan Umno. Kelakarnya tidak lama kemudian tidak perlu kuasa Tuhan pun dengan kuasa rakyat Umno hampir nyawa-nyawa ikan dalam pilihan raya lepas.
Rendah hati tidak bermaksud wayang yang dilakonkan oleh seorang pemimpin turun ke padang ke tempat awam dan seterusnya surat khabar memaparkan segala kejadian tersebut.
Nilai 4 — Penerimaan
Adakah Umno sedia menerima demokrasi rakyat yang mahukan perubahan politik apabila rakyat di Perak dicantas demokrasi mereka? Adakah Umno sanggup menerima hakikat di sebuah negara demokrasi rakyat bebas bersuara dan berhimpun secara aman apabila mereka terus melakukan penangkapan dan penahanan?
Bagaimana Umno hendak menerapkan nilai penerimaan sekirannya suara dan undi ahli Umno sendiri tidak dilayan apabila perwakilan memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda mereka namun individu yang kalah pula yang dipilih menjadi menteri.
Setahu saya Umno hanya menerima hakikat rakyat sudah tidak mahukan mereka lagi. Oleh sebab itu, mereka tidak berani bertanding di pilihan raya kecil Penanti. Mereka sudah menerima hakikat kekalahan mereka sebelum bertanding.
Nilai 5 — Integriti
Integriti apa sekiannya polis terus menyalahgunakan kuasa mereka yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan negara melakukan tindakan yang tidak menghormati Dewan Undangan Perak? Kita lihat bagaimana kematian boleh berlaku di penjara negara tercinta sendiri.
Kita juga lihat indeks rasuah Malaysia yang semakin hari semakin teruk. Apakah rasuah itu lambang integriti? Kita lihat bagaimana Umno sendiri mempertikaian perlantikan Menteri Besar Terengganu dan adakah tindakan ini berintegriti kepada instutisi beraja? Lihat juga bagaimana mereka cuba mengherat institusi beraja ke kancah politik di Perak dan mempolitikkan isu Kesultanan Perak.
Adakah seorang pemimpin Umno setelah 52 tahun negara merdeka berkata Cina adalah penumpang di negara ini merupakan satu tindakan yang berintegriti?
Cina dan India adalah penumpang tetapi itu adalah Cina dan India dahulu. Dahulu sebelum perkongsian kuasa wujud. Dahulu sebelum kontrak sosial wujud. Dahulu sebelum perlembagaan negara digubal. Cina dan India kini lahir dan mati di tanah ini juga maka kita bukan sahaja penetap tetap bahkan merupakan rakyat Malaysia yang sah dan tulen seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan dan seperti mana yang diperjuangkan oleh teras 2 Satu Malaysia iaitu kenegaraan.
Nilai 6 — Kesetian
Siapa yang tidak setia dalam isu yang melanda negeri Perak? Siapa yang menjadi punca kepada rakyat mempertikaikan tindakan Raja? Sebenarnya tindakan rakyat bukan menentang Raja tetapi menentang tindakan Umno yang mengherat Raja ke kancah politik.
Mereka tidak setia pada perlembagaan. Mereka tidak setia pada rakyat Malaysia berbangsa Melayu , Cina, India, Kadazan, Iban dan kesemuanya. Mereka tidak setia pada demokrasi. Mereka tidak setia pada hak asasi. Mereka tidak setia pada dewan.
Kesetian apa yang hendak mereka wujudkan lagi?
Nilai 7 — Meritrokrasi
Adakah Dasar Ekonomi Baharu yang terus bernyawa di negara kita menandakan keadaan meritrokrasi? Selaku rakyat Malaysia bukan niat saya untuk mempertikaikan dasar yang menguntungkan kaum Melayu tetapi penentangan saya ini kerana dasar tersebut gagal menguntungkan Melayu.
Dasar tersebut hanya dan terus menguntungkan Melayu Umno dan Melayu tidak mampu berdirikari sekirannya mereka masih hendak berpaut pada Dasar Ekonomi Baharu. Ramai Melayu yang bijak-bijak belaka dan untuk terus membantu mereka adalah penghinaan kepada mereka yang mampu bersaing dengan semua kaum dan dunia tanpa sebarang polisi dan dasar untuk membantu mereka.
Saya rasa semua agama percaya kepada konsep pahala dan dosa. Semakin banyak kita berbuat baik maka peluangnya semakin cerah untuk bertapak di syurga. Semakin banyak yang berbuat jahat akan cenderung dihukum ke neraka. Begitu juga dengan sistem demoraksi. Semakin banyak kita berusaha dan bekerja maka semakin banyaklah peluang di depan mata kita.
Melayu kini tidak perlu lagi dasar Umno untuk membantu mereka kerana mereka sudah mampu berjaya dalam mana-mana bidang di negara kita dan ramai individu sudah membuktikkan keadaan ini. Mengapa hendak terus menjajah minda Melayu dengan DEB? Adakah Umno sedar apabila Melayu sedar mereka sudah mampu berdikari tanpa bantuan Umno dan pada ketika itulah riwayat Umno akan berakhir? Adakah disebabkan ini Umno terus ingin menjajah minda dan kehidupan Melayu supaya terus bergantung pada laungan Umno? Adakah tindakan ini demi memajukan Melayu atau meneruskan kelansungan Melayu Umno?
Nilai 8 — Pendidikan
Sistem pendidikan apa yang terus melahirkan golongan Mat Rempit yang akhirnya ditaja sendiri oleh Putera Umno? Sistem pendidikan apakah sekirannya kadar pengganguran dalam kalangan graduan semakin hari semakin bertambah? Sistem pendidikan apakah yang menyebabkan bekas Menteri Pelajaran sendiri tidak menghantar anak beliau sendiri belajar di bawah sistem yang dirangka dan dijaganya sendiri?
Kata Umno mereka adalah pejuang bangsa Melayu. Keris dihunus demi Melayu. Namun keris dihunus dan ditikam juga kewibawaan bahasa Melayu mereka sendiri apabila PPSMI tidak lagi diajar dalam bahasa Kebangsaan.
Kesimpulan
Akhirnya adakah konsep 1 Malaysia adalah 1 Malaysia Rakyat atau sebenarnya 1 Malaysia Najib dan Umno? Kesemua laungan hanya sekadar retorik politi semata-mata kerana perpaduan kaum tiada akan bermasalah sekirannya ahli politik sendiri tidak mempolitikkan isu kaum demi kepentingan politik mereka sendiri. Segala-galanya hanya fantasi semata-mata sekirannya semua tindakan dan kenyataan bercanggah dengan konsep yang diperkenalkan.
Najib menyatakan 1 Malaysia berbeza dan Malaysia Malaysian DAP . Realitinya sememangnya terlalu banyak perbezaan dan perbezaan adalah perbezaan perjuangan dan cerminan realiti negara. DAP tidak pernah lari daripada perjuangan dan tindakan mereka secara konsisten terhadap Malaysia Malaysian dan segala yang terdapat dalam Malaysia Malaysian merupakan cerminan realiti Malaysia. Itulah perbezaanya
Reply
salam.. mohon perhatian berlapang dada dengan kenyataan ustaz zaharuddin.. Takbir..
http://www.zaharuddin.net/content/view/895/72/
Reply
dato…sheikh yusuf sudah dpt tauliah dari JAIS kah? harharhar…
Reply
Mohon rakamkan program dan upload dlm web DSAI … Minta Sheikh kupas isu-isu semasa Malaysia dan Jemputlah tokoh2 Ilmuan Ulama Malaysia dan pemimpin2 negara, negeri dan ketua pegawai kerajaan semoga keinsafan terserlah!!!
Reply
Assalamualaikum
Gila apa mahu mengajar kena ada tauliah?kalau begitu logiknya,kenapa tak jemput je Pengarah Jais atau MAIS bagi kuliah setiap malam kat masjid seluruh negara?
wassalam
Reply
Assalamualaikum
Kita cabar JAIS tangkap DSAI dan Prof yusof malam tu jugak kat masjid shah alam jika tiada tauliah.baru umat malaysia bukak mata siapa sebenarnya jais ni
wslm
Reply
Assalamualaikum
Untuk lebih berlembut,aku cadangkan supaya penganjur memohon kepada Profesor Dr Yusof Qaradhawi berucap dalam Bahasa Arab manakala Pengarah Jais menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.Kita tengok mampu ke tidak si pengarah jais ni translate dari BA ke BM
Wassalam
Reply
http://www.irf.net gamba DSAI kat official website IRF (dr Zakir naik punye org)~
Reply
Semoga kita semua diberi kelapangan oleh Allah untuk mendengar ceramah beliau. Saya mendapat makluman, antara isu yang akan disentuh ialah persoalan amalan Bidaah yang kini dipersoalkan oleh beberapa pemimpin Wahabi di Malaysia. Antaranya ialah amalan mengadakan majlis tahlil, meraup muka selepas solat,bacaan doa Qunut, talqim dan amalan-amalan lain yang dikatakan tidak ada di dalam hadis atau Al-Quran. Begitu juga dengan amalan sambutan maal-hijrah, maulidul rasul dan sebagainya. Semuanya berkisar kepada kaedah bagaimana mendapatkan sumber hukum, iaitu bukanlah terhad kepada sumber hadis dan Quran sahaja, bahkan dikembangkan kepada ijmak ulama dan sebagainya. Justeru itu, insyaAllah marilah kita sama2 mengambil peluang besar ini, untuk sama-sama mendapat penjelasan dalam perkara ini. Kalau ada usaha untuk membuat liputan majlis tersebut lagi baik. Terima kasih.
Reply
assalamualaikum wbt
saya dapat tahu tarikh sebenarnya 20/12, bukan 19, yakni sebenarnya hari Ahad, bukan hari Sabtu.
Reply
Saya akan datang masjid Shah Alam sabtu ni…!!!
Reply
Umno kini dikemukakan dalam sesetengah blog dan media propembangkang sebagai mempunyai hubungan dengan “Yahudi.” Apa yang ditulis dan cuba diterangkan sebenarnya tidak jelas dan sangat superfisial, kerana tiada siapa yang dapat menunjukkan dengan terperinci bagaimana hubungan itu memberi kesan kepada dasar dan tindakan Umno dan Barisan Nasional.
Secara mudah, yang penting dalam mesej itu ialah mengaitkan Umno dengan Yahudi, memainkan sentimen naif dan tersasar sebahagian pembaca dan pengikut pembangkang yang bencikan Umno.
Ekoran tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak memanggil pulang wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria kerana mengundi menentang resolusi berhubung kawalan nuklear terhadap Iran, Malaysia dan perdana menteri mendapat kritikan banyak pihak.
Tindakan itu, yang menempatkan Malaysia bersama Cuba dan Venezuela itu telah mengejutkan kerajaan Malaysia kerana tidak selari dengan sikap Malaysia, yang seperti biasa tidak menunjukkan penentangan terhadap kuasa-kuasa besar.
Bagi sesetengah pihak, insiden ini dijadikan hujah menjelaskan pentadbiran Najib sebenarnya rapat dengan AS, walaupun Umno begitu keras dengan kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan “agen Amerika Syarikat/Yahudi.”
Hakikatnya, “Yahudi” seperti dikemukakan oleh banyak pihak dalam debat politik di negara kita tidak menjelaskan banyak perkara dan mungkin juga memberikan satu gambaran yang salah.
Banyak organisasi dan kumpulan masyarakat sivil dikuasai Yahudi (dan bukan mengikut maksud yang difahami oleh orang ramai), dengan matlamat yang berbeza-beza. Kumpulan ini mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin politik Malaysia.
Hubungan baik pentadbiran Najib dengan Barat dan “Yahudi” juga tidak secara automatik bermakna parti-parti lain anti-Barat dan tidak mempunyai hubungan dengan “Yahudi.”
Gambaran-gambaran seperti “Barat,” “dikuasai Yahudi” dan sebagainya hanya memperbodohkan lagi rakyat Malaysia yang mengikuti wacana politik di media, terutama yang menelan segala yang dikemukakan oleh media yang mereka percaya sebagai ayat-ayat suci.
Hal yang sama melibatkan istilah “Barat.” Kritikan Mahathir tidak bermakna pentadbiran beliau dulu tidak sehaluan dengan Barat, terutama AS, kerana Mahathir sendiri mencapai satu perjanjian ketenteraan dengan AS semasa pentadbirannya.
Dasar luar ialah satu ruang politik yang pragmatik yang sentiasa mempunyai hubungan dengan politik dalaman. Dasar luar mudah digunakan untuk keperluan politik dalaman, dan mudah juga ditutup daripada audiens dalam negara.
Contohnya, ucapan-ucapan pemimpin negara di PBB memberikan impak yang kecil di sana, tetapi dikemukakan dengan gah kepada audiens dalam negara untuk keperluan politik dalaman.
Parti-parti politik Malaysia juga mengendalikan pelbagai isu global, contohnya Palestin, berdasarkan keperluan masing-masing. Ada parti yang menunjukkan kesungguhan dan ada yang mengabaikan isu tersebut.
Kuala Lumpur, semasa di bawah pentadbiran Mahathir, menyokong usaha AS menyerang Iraq melalui persetujuan Majlis Keselamatan PBB, walaupun pada masa sama mengambil sikap kritikal kepada AS.
Tidak ada yang mudah dalam hubungan antara negara, disebabkan kepentingan-kepentingan lain yang berkait. Malaysia tidak akan mengambil sikap yang bertentangan dengan AS, tetapi pada masa sama berbangga dengan kedudukannya sebagai anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Kedudukan Malaysia dalam NAM dan OIC tidak secara automatik menjadikan sikap Malaysia sentiasa sehaluan dengan semangat dua organisasi ini. Beberapa minggu lalu, perdana menteri sendiri mengeluarkan kenyataan pendek menyokong Arab Saudi dalam tindakan ketenteraannya ke atas sebuah kumpulan di utara Yaman.
Kenyataan itu tidak mengandungi saranan usaha damai tetapi hanya menunjukkan sokongan penuh kepada Arab Saudi.
Satu tindakan atau kenyataan – atau tulisan di blog – tidak memberikan gambaran sebenar tentang dasar sesebuah kerajaan. Setakat ini, hubungan kerajaan Malaysia – sama ada di bawah Mahathir atau Najib – berada pada tahap yang rapat dengan AS, dan tidak kelihatan beza yang besar melibatkan kerajaan pada masa ini dengan pentadbiran-pentadbiran sebelumnya.
Yang pasti ialah dasar luar kekal sebagai satu ruang politik yang mempunyai hubungan jelas dengan politik dalaman, dan akan sentiasa berdepan manipulasi untuk kepentingan politik tertentu
Reply
mohon supaya seluruh program bersejarah ni dirakam secara digital dan di’upload’ ke youtube dan dipaparkan di blog DSAI. terima kasih…
Reply
Salam,
Menarik seorang tokoh ulama wasotiah tersohor. Cuma dah dapat TAULIAH ke dari JAIS ke? Takut nanti pegawai penguat kuasa tahan Dr Yusof ni buat malu Selangor (Malaysia) aja. rasanya Dr Yusof ni tak mengikut mazahab Shafie tambahan pula banyak fatwa/pendapat beliau digunakan oleh Dr Asri.
WalLahu a’lam
Reply
Di khuatiri Sheikh Yusuf Al – Qaradhawi ni tidak ada “tauliah”…mintak JAIS pantau segera…mungkin lebih sesuai jika kita minta tokoh agama terkenal negara kita untuk ganti syarahan tersebut…saya cadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin…ilmu agama dia tingii sikit…(ayat2 standard BE END)
Reply
Assalamualaikum,
InsyaAllah saya akan pergi..tp just nk tanye, die bg ceramah dlm bahasa apa ye?
Klu bahasa Arab..huih, letih jugak tue.. ;|
Reply
assalamualaikum dato’ seri
saya sudah tidak tahu kemana hndak di adukan maslah ini
sudah tidak sanggup lgi saya melihat islam dihina.. sperti dalam video ini
bce lah juga komen2 disitu http://www.youtube.com/watch?v=HJ56zhR_3ZI&feature=related
(hariznasir@rocketmail.com)
harap tindakan segera diambil
Reply
assalamualaikum.tuan tuan.saya dapati banyak soalan bodoh yang dipersoalkan oleh saudara saudari.kita berterima kasih kepada semua kerajaan yang ada kerana telah berusah membawa seorang ulama ulung di dunia ini ke negara kita.Kita yang bodoh jangan banyak mempersoal perkara yang membawa kebaikan kepada diri kita sendiri.Jangan memperbodohkan diri sendiri dan jangan nyatakan kebodohan kita kepada orang lain.Sekh Yusuf menyarankan danb menitik beratkan kita umat islam bagaimana penghijrahan nabi berlaku dan kesimpulan yang terdapat.Sekh Yusuf menekankan bahawa kosep berjemaah ,maufakat adalah penting dalam kehidupan kita.
Beliau adalah seorang Ulama tersohor dan adalah pengerusi ulama sedunia.kita apa ada ? Ilmu pendek.Akal Pendek .Kekayaan di dunia tak dapat kita kongsi dengan orang lain.Hidup kita ala kadar.Cakap saja pandai.Kerja tak tahu.Muhasabah lah diri wahai anak muda.Hidup mu sekejap.Bukan boleh menungkat dunia.
Reply
zul Reply:
December 24th, 2009 at 2:16 am
betul tu. Saya sokong pandangan tersebut.
Reply