Oleh Amin Ahmad*
Saya tidak pasti sama ada untuk mengatakan ya atau tidak kepada usaha kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan berhubung latihan pegawai dan pelajar di bawah kuasa negeri itu untuk ke kursus seliaan Biro Tata Negara.
Semasa masuk ke universiti dulu, suasana politik Malaysia masih bergolak berikutan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Justeru, dikhabarkan oleh senior di kampus bahawa semua mahasiswa wajib mengikuti kursus BTN sebelum mereka bergraduat. Malah di universiti, ada persatuan yang rapat dengan BTN di mana mereka berpeluang menggunakan dana BTN untuk aktiviti persatuan di samping menyelitkan modul-modul ceramah BTN yang wajib sebagai syarat pelepasan peruntukan ini.
Saya pernah mengikuti kursus seliaan BTN melalui pelbagai penganjur. Namun, yang paling saya ingat tentu saja sebelum menyertai Pilihan Raya Kampus kerana yang lain-lain hanya berbentuk ceramah 1-2 hari di kampus.
Ketika di kampus, saya pernah bertanding di bawah tiket “pro-aspirasi universiti” yang dilihat sebagai pro-kerajaan. InsyaAllah saya akan jelaskan sedikit berkaitan isu pro-aspirasi universiti ini kelak.
Semua calon ini diwajibkan menyertai satu kursus seliaan BTN, pada waktu itu dibuat di Kem Bumi Jati dan saya dilantik menjadi imam yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal ibadat peserta seperti azan, imam, solat jemaah dan tazkirah.
Dalam ucapan pembukaan, penyelaras kem tersebut yang juga mantan mahasiswa di kampus saya telah memberi gambaran bentuk kursus yang akan dijalankan dan menyentuh sedikit tentang politik. Kebetulan, semua peserta yang hadir waktu itu memang untuk politik kampus dan jika tidak silap saya, hanya ada seorang sahaja pelajar bukan Melayu di dalam kursus tersebut. Itu pun kerana ‘terbawa’ selepas jumlah peserta tidak cukup berikutan cuti.
Untuk makluman, saya difahamkan bahawa kursus BTN menetapkan syarat kuantiti minima tertentu untuk boleh dijalankan kursus. Pada waktu itu, juga diadakan kursus antara pemimpin mahasiswa Malaysia dan Indonesia di satu tempat lain.
Ketika ucapan pembukaan tersebut juga, penyelaras kem tersebut mempertikai gelaran assabiyah yang selalu dilabel kepada UMNO-BN (baca: kerajaan). Beliau bertanya kepada saya “ustaz, mereka selalu kata kita assabiyah, cuba bagitau sikit pada kawan-kawan apa itu assabiyah?”.
Saya bukan ustaz dalam pengertian guru agama, dan saya tidak pasti “kita” yang disebutnya itu merujuk kepada siapa. Tapi saya menjawab “Dari satu hadis Nabi s.a.w., para sahabat pernah ditanya tentang apa itu assabiyah ya Rasulullah s.a.w.?”
Sebelum sahabat bertanya, Nabi s.a.w. berkata bahawa “bukan dari golongan kami mereka yang menyeru, berjuang dan mati kerana assabiyah”.
Nabi s.a.w. menjawab “assabiyah itu ialah golongan yang membantu saudara mereka dan pada masa yang sama menzalimi orang lain”
Saya dapat melihat pegawai penyelaras tersebut tidak senang dengan jawapan saya. Saya sedar, ramai yang cuba mengaitkan semangat assabiyah ini berdasarkan apa diungkap Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah yang merujuk kepada prinsip ta’awun atau kerjasama. Tapi saya fikir, ungkapan Nabi s.a.w. itu lebih utama untuk diketahui.
Saya memang seorang pelajar dan pengamal bidang rekreasi luar. Justeru, saya tidak banyak mengalami masalah berkaitan disiplin masa dan juga mengikuti aktiviti lasak yang ada. Malah sebahagian modul aktiviti lasak atau kawad yang ada itu memang pernah saya guna. Ketika rakan-rakan yang biasa tidur panjang sedikit liat untuk bangun Subuh, saya yang dijadikan imam mengejut mereka sambil mendengar keluhan jurulatih kem yang bersungut tentang “anak Melayu yang tidak ada disiplin dan banyak buat masalah”.
Saya mengerti bahawa jika tidak semua, sebahagian besar jurulatih BTN memang seorang yang bersemangat untuk cuba mengangkat maruah anak bangsa Melayu dengan mendisiplinkan mereka. Namun, niat yang baik tidak mesti menghalalkan cara.
Selain daripada aktiviti lasak, kawad, riadah dan sesi kemahiran kepimpinan melalui pelbagai aktiviti bersifat permainan atau pemikiran, kami juga dihadapkan dengan beberapa ceramah bersifat politik.
Dalam ceramah ini, agenda yang disuntik ialah berkaitan i) jangan terlibat dengan pertubuhan haram mahasiswa. Saya mempertikai sejak bila Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) diisytiharkan haram? Adakah kerana mereka banyak terlibat dengan tuntutan-tuntutan reformasi maka mereka menjadi haram? Ia jelas satu pandangan sempit yang terkait dengan sentimen politik kepartian.
Saya juga menolak definisi haram kerana saya menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang bersabit dengan persoalan kebebasan asasi rakyat. Malah, saya menolah sikap pentadbiran universiti yang mengongkong kegiatan mahasiswa yang berbaur politik. Perihal ini memang sudah diketahui pihak kampus, diketahui oleh bahagian keselamatan universiti malah siapa saja yang mengenali saya. Dalam pidato Pilihan Raya Kampus juga telah saya sebut dengan terang. Persoalan haram tidak timbul jika mereka boleh didaftarkan dan dibenarkan berpartisipasi dengan kegiatan masyarakat termasuk politik.
Saya pernah memberikan salinan disket pembentangan BTN berkaitan isu ini kepada Khairul Anwar Zainuddin atau Jonah, aktivis mahasiswa yang pernah di-ISA-kan kerana beliau antara individu yang diburukkan dalam ceramah BTN.
ii) memburukkan pimpinan parti selain Barisan Nasional khususnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dato’ Seri Anwar menjadi subjek penting untuk dibelasah dalam siri ceramah BTN. Beliau digambarkan menjadi agen yang menggugat ketuanan Melayu dan negara. Saya mempunyai kepercayaan bahawa laman seperti www.aidc.com diuruskan oleh mereka yang punya kaitan rapat dengan BTN kerana jenis-jenis gambar dan propaganda yang dimainkan adalah sama sebagaimana yang dilakukan dalam kursus-kursus yang ada. Sebenarnya sebelum itu lagi, laman idealis mahasiswa sering saya kunjung dan berdebat tentang pelbagai isu di sana. Justeru, sebilangan pegawai BTN memang mengenali saya.
iii) gambaran tentang nasib orang Melayu dan bagaimana kaum lain menguasai ekonomi negara sejak dulu. Sebelum berceramah, penceramah bertanya sama ada pelajar bukan Melayu ada di dalam dewan atau tidak. Dalam sesetengah kem, mereka diasingkan untuk slot tertentu. Dalam kem saya, kerana yang ada hanya seorang, mereka izinkan dan cuba menjustifikasi bahawa orang Cina ada suara melalui MCA dan Gerakan.
Yang lucunya, tajuk ceramah yang diletakkan misalnya Politik Matang dan Erti Kebijaksanaan. Dalam kaedah mantik yang mudah, pegawai-pegawai BTN hanya perlu meyakinkan peserta bahawa menyokong UMNO-BN adalah pilihan yang matang dan erti kebijaksanaan. Graf yang paling popular ditonjolkan ialah graf daya saing negara kepada peserta, sebagai bukti Malaysia sedang diuruskan dengan baik dan statistik lain yang tidak sesuai tidaklah ditonjolkan misalnya tentang rasuah, kebebasan media dan lain-lain.
Pulang ke kampus, sebaik saja menang Pilihan Raya Kampus dengan undi tertinggi pada waktu itu, saya ditawar menjadi Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar oleh Timbalan Naib Canselor dan pegawainya. Saya menolak dengan kata “Saya tidak kisah mendapat EXCO Tugas-Tugas Khas yang ke-5 (maksudnya jawatan paling bawah dalam MPP) pun asalkan Majlis Perwakilan Pelajar bebas menguruskan siapa yang layak memimpin mereka dan menjalankan urusan kami”.
Jawab balas yang saya terima ialah “No, for President I will decide”. Selebihnya akan saya kisahkan dalam pengalaman saya berkaitan kepimpinan mahasiswa.
Saya juga masih ingat ketika diamanahkan menjadi Pengarah Kongres Mahasiswa Nasional yang menggunakan dana BTN sebelum ditarik balik jawatan selepas Timbalan Naib Canselor memanjangkan satu pesanan ringkas dari pegawai BTN yang mendakwa saya sedang mengaturkan pertemuan MPP seluruh negara dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya hanya menjawab kepada Timbalan Naib Canselor bahawa beliau boleh bertanya dengan mana-mana MPP untuk pengesahan dan saya tegaskan bahawa sebagai manusia bebas, Dato’ Seri Anwar berhak bertemu mahasiswa dan mahasiswa berhak bertemu beliau. Sebenarnya ada kisah di sebalik tuduhan ini di mana seorang rakan saya “menjerat saya” dengan mengusulkan agar saya mengatur satu pertemuan MPP dengan Dato’ Seri Anwar. Saya menganggap ia bagus tetapi tidak bersetuju menjadikan ia medan indoktrinasi.
Saya juga kemudiannya tidak diizinkan mengikuti Kongres Mahasiswa Nasional dalam realiti universiti saya sebagai penyelaras dan bilangan wakil pimpinan pelajar dari kampus saya juga tidak cukup. Saya sendiri mendengar dari panggilan telefon rakan kepada Timbalan Naib Canselor untuk membenarkan saya ikut serta. Dalam percakapan mereka yang telah dikuatkan suaranya “buat apa kita nak ajak mereka yang baik dengan pembangkang?”.
Kursus BTN untuk saya, lebih kepada mengenal-pasti pelajar yang pro-kerajaan di kampus dan mengenal-pasti pelajar yang perlu dipantau.
Melalui ceramah yang ada, pelajar digalakkan bertanya soalan di mana biasanya tidak ramai pelajar yang mahu bertanya kecuali mereka yang kritis. Saya mengambil kesempatan ketika pembentangan untuk meluruskan sikap saya dan peserta terhadap lambakan doktrin yang ada.
Paling buruk tentu saja sikap pegawai dan jurulatih BTN yang ada kala melekehkan pemikiran dan keupayaan anak muda Melayu yang mampu bersaing dengan kata “kamu dapat ke luar negara kerana kerajaan tetapkan kuota Melayu, bukan kerana kamu layak”.
Saya dan rakan-rakan juga pernah mengendalikan satu program BTN untuk pelajar sekolah. Daripada modul-modul bersifat politik yang rakan saya sifatkan tidak sesuai untuk pelajar sekolah menengah, kami jadikan ia modul kepimpinan dan motivasi bagi meningkatkan harga diri pelajar, berbanding meremehkan mereka.
Umumnya, BTN bergerak dengan objektif sendiri di mana ia adakalanya berbeza dengan kemahuan orang politik. Memang ada pegawai BTN yang bersifat angkuh mengatakan “jika Perdana Menteri atau Menteri datang kursus kami pun kami lanyak serupa” tetapi untuk saya ia hanya penyedap halwa telinga. Malah ada juga yang mendakwa bahawa mereka boleh menaik atau menjatuhkan mana-mana tokoh politik yang mereka mahu!
BTN seharusnya berfungsi sebagai satu saluran untuk memupuk penghargaan terhadap demokrasi di mana peserta bebas memilih aliran pandangan yang mereka suka dan berbincang secara objektif dalam kursus tersebut tanpa perlu pegawai BTN menetapkan siapa benar dan siapa salah.
Saya mahu katakan bahawa cara BTN mengembangkan keinsafan Melayu untuk bangkit berdikari dan berusaha itu salah. Ia terlalu banyak disaluti kepentingan politik bersifat kepartian. BTN wujud sebagai satu badan indoktrinasi dengan biaya negara. BTN hanyalah sebuah lagi institusi yang gagal memisahkan persoalan eksekutif dan legislatif, malah parti dan kerajaan.
Ramai yang berkata dulu Dato’ Seri Anwar pernah terlibat dengan BTN. Apa yang tidak ramai ungkapkan, dulu modul agama di BTN itu jelas dan ia dibawa juga oleh mereka yang jelas dengan prinsip agama saat mengembangkan faham Melayu-Islam berpaksikan keadilan (nilai) dan bukan perkauman (watak) meskipun mungkin ada beberapa hal yang boleh didebatkan, mungkin.
—–
*Penulis merupakan bekas Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia.


















Assalamualaikum kpd yang membaca dgn hati yang terbuka.
Benarlah apa ya dikatakan oleh penulis ’saya dan BTN’, bkn niat untuk memburukkan program tersebut, tetapi ternyata modul-modulnya dan pengisiannya merupakan satu pembohongan semata-mata.
Kisah saya ketika di Universiti Tenaga Nasional,merupakan pelajar lepasan SPM dan telah menjadi mahasisiswa pada 28 Jun 2009. Pada semester 1, saya merupakan antara batch atau kumpulan pertama yg telah terpilih untuk BTN. Saya bertuah kerana ada pegawai dari tempat saya memberi sedikit gambaran mengenai BTN, namun cepat saja saya menangkap motif utama BTN, berdasarkan apa yang saya baca dari akhbar2 dan sebagainya.
Maka, hari kursus pun tiba. Seperti yang diceritakan oleh sdr Amin, begitu jugalah kami. DSAI menjadi topik hangat, dan pembangkang menjadi ’side dishes’ nya. Namun, ada kisah menarik sebenarnya, ketika pegawai BTN bertugas untuk memberi ceramah yg saya gelar ceramah ‘Tuduhan tidak berasas merupakan percakapan orang kurang bijak’, ramai rakan seperjuangan telah letih dan bosan. Saya percaya, kaum belia kini lebih bijak menilai berbanding zaman sdr Amin cuma kami tidak bersifat begitu kritis. Tetapi, tidak bagi saya. Berbekalkan pengetahuan yg serba daif, sy bertanyakan soalan2 spt mengapa Tun Mahathir memendekkan pengesahan sultan berhubung sesuatu polisi atau perkara dari 60 hari kpd 30 hari tidak dijawab. Penceramah tersebut tidak berdebat, tetapi mengalihkan kpd topik lain. Saya dapat lihat, rakan2 sy bosan dengan ceramah dan soalan sy mula tersedar bahawa soalan2 yg diajukan adalah mudah dan lebih berbentuk ‘ingin bertanya dan ingin tahu’ tetapi disalahtafsirkan sbg soalan pembangkang.
Selebihnya, cerita saya adalag lebih kurang sama dgn sdr Amin. Sy takut pegawai BTN terlampau taksub hingga lama kelamaan mereka menutup minda mereka dgn hujah yg tidak diketahui kebenarannya. Berani saya katakan, dengan jiwa muda saya yang berumur 18 tahun ini, “padan muka siapa yang terasa dgn soalan2 aku!”
BTN memerlukan satu modul baru, bak kata YAB Najib akan diteliti dan akan disesuaikan dengan peredaran zaman.
Reply
hak kesamarataan akan mennyebabkan semakin hilang identiti sesuatu kaum..
andaikata pimpinan negara bertukar tangan,semestinya kouta bumiputera ke ipta bakal terhapus..
Reply
noordin Reply:
December 16th, 2009 at 2:39 pm
Kalau kita layak,tak perlu kuota. sampai bila kita nak harap kuota. kenapa tak kita baiki diri kita supaya kita layak? bangsa lain pun manusia yang sama sama membangunkan malaysia ni.
Reply
dina Reply:
December 16th, 2009 at 2:50 pm
Bagaimanakah anda boleh beranggapan begitu. Perlembagaan negara akan tetap didokong walau parti manapun yang memerintah. Sampai bila kita harus berada dikedudukan dimanja, dibelai sehingga malas untuk berusaha.
Manusia akan lebih maju jika mereka berada di dalam kedudukan tersepit atau susah sedikit. Adakah kita sekarang maju dengan sistem yang telah wujud selama berpuluh-puluh tahun sebelum ini. Jawapannya ada pada ahli pemikir sendiri.
Kaji pula bangsa lain yang pada awalnya susah tetapi oleh kerana usaha dan kepayahan merek membolehkan mereka jauh lebih maju dari orang lain.
Sistem mungkin bagus tetapi perlaksanaannya tidak kesampaian. Maka, cukuplah setakat ini kita memberikan peluang kepada UMNO dan BN. Sudah terlalu jemu dan jelek dengan corak pemerintahan UMNO dan BN.
Berfikirlah dengan matang…kita berada ditahap ini masih boleh bertahan kerana minyak atau dokongn Petronas. Apabila minyak kita habis maka negara kita akan kembali sukar jika tidak bertindak dari sekarang.
Tukarlah cara berfikir anda agar ianya lebih maju kehadapan.
Reply
kung fu panda Reply:
December 16th, 2009 at 5:44 pm
Di US peminpin bertukar tangan dari kulit putih ke kulit hitam saya tak nanpak pun kulit putih di hantar ke afrika atau jadi hamba kunta kente!!. di IPTA US kulit putih tak dapat masuk U.
Reply
Melayu Reply:
December 17th, 2009 at 10:52 am
Apa nak dikecohkan dengan kesan kesamarataan sedangkan rata-rata bangsa kita di peringkat atasan memperlekeh kebolehan dan ilmu bangsa kita sendiri.
Lihat sahaja GLC dan konglomerat besar mudah-mudah sahaja membeli syarikat-syarikat kecil negara luar yang mempunyai teknologi yang tak seberapa canggih dan mengatakan itulah hasil R&D mereka selama ini. Sedangkan hakikatnya jurutera dan saintis bangsa kita hanya dilantik samada sebagai pengguna “bodoh-bodoh”, penglipur lara atau pengkelentong. Bukannya diangkat sebagai penyelidik dan pencipta dalam erti kata sebenar, menggunakan segala ilmunya untuk menghasilkan warisan teknologi kita sendiri.
Mungkin anda tak pernah lagi lihat jurutera konglomerat besar hanya bertugas baca manual dan jadi penglipur lara kepada teknologi yg “kononnya” dibangunkan syarikat mereka bertahun-tahun. Malangnya, syarikat sebeginilah yg dijulang kerana “lakonannya” telah mantap sekian lama hasil “pelaburan melobi” yg besar. Akibatnya, penyelidik dan jurutera kita hanyalah sebagai pencacai bergaji lumayan hasil titik peluh pembayar cukai. Amat memalukan…
Malangnya, saintis dan jurutera “tulen” kita amat mudah dicantas politik syarikat2 besar sebegitu. Tak hairanlah ramai bijak pandai yg berMARUAH dan menghargai nilai ilmunya lebih selesa diluar negara. Maka rugi besarlah bangsa dan negara kita…
KESIMPULANNYA, ADAKAH CUKUP SETAKAT “BERKUOTA” SAHAJA BOLEH TERCAPAI MATLAMAT UNTUK MENJULANG MARUAH DAN TARAF HIDUP BANGSA KITA JIKA AKHIRNYA LULUSAN TINGGI HANYA JADI PENCACAI KEPADA PERASUAH-PERASUAH DIBUMI SENDIRI?
Reply
terima kasih kepada saudara penulis dengan penerangan yang amat padat terhadap isu pengharaman BTN ini .
Reply
saya dah ikuti kursus tu….tak da kaitan langsung ngan politik..
jgn la temberang bukan2…saya cuma nak tau apa yang akan diperkatakan..
dan jelas itu tak benar sama sekali…politik tak habis2…
Reply
Bro,
1968 lagi, mamak tu dah berkunjung ke Harvard Business School menyertai Summer Program kelolaan Henry Kissinger …..sehingga kini, hubungan intim ini masih berterusan!.
Baca buku biografi Henry Kissinger…..dia ada menyatakan hakikat perhubungan ini sejak 1968 DAN Henry Kissinger dalam buku itu ada menyatakan juga (DENGAN BANGGANYA!), beliau (Henry Kissinger) boleh masuk ke pejabat Dr M (PM ketika itu) pada bila2 masa saja yang saya mahu! (I can walk into the office of the Prime Minister of Malaysia, Dr M anytime I so WISHED!!!)
Henry Kissinger ini adalah TOKGURU REALPOLITIK!….iaitu Politik Machiavellian….matlamat MENGHALALKAN CARA!!!…..dia Yahudi, perkara halal haram ni mainan mereka….Tempias fahaman Yahudi ini lah yang sudah SEBATI dengan Mamak tua ni…..lihatlah apa yang sudah terjadi dengan negara ini.
Sekarang, dia sibuk PUT BLAME ON OTHERS….paklah yang paling teruk kena belasah…..Anwar jangan cakap lagilah …..tapi kenyataan dan hakikat sebenar sudah nyata hari ini…..Allah pun saksikan siapa mamak ini…..dia kutuk yahudi depan kita tetapi membawa ramai orang umno BERSUJUD dengan yahudi…..1994, saya di Chicago MENYAKSIKAN nazri botak bawa berpuluh budak2 mentah pemuda umno dalam perjalanan ke Washington dc untuk menyertai satu political gathering!…gathering sahaja atau membuat ‘baiah’ dengan Yahudi?
BTN ni adalah alat umno dengan pertolongan yahud mengubah orang Islam/melayu jadi ‘ikut cara kami’…..maka hari ini ramailah orang melayu yang berani melanggar hukum agama…..ini cerita orang politik….orang2 pegawai gomen bagaimana?…..tak payah kita berdebat apa2 lagi…kita semua orang Islam/Melayu tanya diri sendiri….nak ikut siapa?….Ikut IMAN yang Allah sudah kurniai kepada kita melalui usaha para ambia berkurun lalu atau hendak ‘ikut cara hidup kami’….iaitu orang2 yahudi, nasara dan majusi…..persoalan ini Allah sudah bentang di dalam Al Quran untuk dipilih….supaya kamu menjadi UMAT2 YANG PALING MULIA DISISIKU!….hanya MUKMIN mendapat pengiktirafan ini dari Allah swt.
Jalan sesat iblis dan syaitan yang sentiasa MENUNGGANG Yahudi, Nasara dan Majusi itu perlu lah orang2 yang mengaku Islam/mukmin tinggalkan……kita tidak boleh ikut mereka atas apa2 nama pun….dan ianya adalah HARAM!!!
Di sisi Allah, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA…..ini adalah konsep REALpolitik Machiavellian yang merupakan asas pegangan henry kissinger yang dituruti sepenuhnya oleh Dr M……Segala apa yang Dr M buat, dia hanya menjalankan fahaman ini…..ITU SAJA!!!
The MIND!!!
Reply
haji mokhtar Reply:
December 17th, 2009 at 8:31 am
dah semua rakyat tahu yang mentedarah rasuah ni siapa, menghalalkan yang haram ni siapa,mengenyangkan kroni dan anak beranak ni siapa,menghabiskan duit rakyat ni siapa kalau bukannya umno.nak berdalih apa lagi.PRU 13 nanti tukar kerajaan pastu seret penyangak2 ni kemakamah,kalau tak bersalah..lepas,kalau bersalah sumbat dalam jel..rasanya semua ke jel.
Reply
BTN gagal.! terlalu kucar kacir dlm penerangannya
Reply
saye suke pegi btn. mcm tgk muvi lawak. atau tgk sarkis. kah kah kah alip mim nun waw=sarkis..
Reply
Akhi,
Bukan smeua kursus BTN perlu ditolak. Ada kursus yang bagus dan bermanfaat. Terutamanya untuk pelajar sekolah dan dalam hal ini berbilang bangsa menyertainya. tetapi apabila melibatkan orang-orang dewasa, ada sesetengah penceramah yang memang anti pembangkang dan menyalahkan pembangkang. Mungkin penceramah ini tidak faham konsep demokrasi dan lebih selesa dengan konsep satu parti seperti sistem komunis di China. Perkara inilah yang perlu dirombak supaya generasi muda yang telah terdedah dengan pelbagai maklumat tidak bosan dengan cara lama tersebut.
Reply
Hidup MPP UPM!!! :)
Reply
maksud btn bukannya Biro Tata Negara. sebenarnya ialah Barisan Tengah Nazak.
Reply
Salam
Buat saudara Amin Ahmad, syabas saya ucapkan. Saya mengharapkan akan lahir banyak graduan yang dapat berdiri teguh dengan prinsip-prinsip yang baik. Teruskan lah menjadi seorang yang kritis kerana orang muda mesti tegar memperjuangkan prinsip walaupun mungkin terlalu ideal. Orang muda mesti berani dan kedepan dalam memperjuangkan isu yang mereka fikirkan benar. Asal landas diletakan pada yang hak InsyaAllah ia nya akan menjadi satu kebaikan. Jangan tutup fikiran sehingga condong kearah satu aliran terutama dalam pendekatan politik. Fikiran mesti terbuka untuk mencerap kebaikan. Perkara yang baik walaupun datang dari pihak yang kita tentang patut kita akui dan yang salah walau dari pihak yang kita sokong harus ditegur.
Saya masih ingat kami pelajar di MC boleh menjemput ketua pembangkang untuk menyampaikan ceramah di dewan Hargreaves. Kita dapat faham apa yang dia berhasrat nak buat untuk negara kita. Tak ada masaalah langsung. Seperti kata YM Tengku Razaleigh Hamzah kita ada sekolah yang baik tetapi sekarang bukan saja pelajar di sekolah menengah, bahkan di universiti telah dibendung untuk menjadi pak turut yang disuruh angguk., angguk disuruh geleng., geleng. Polarisasi kaum jelas di mana-mana universiti. Hasilnya kita salahkan para graduan yang tidak dinamik dan tohmahan yang lain. BTN versi umno ini telah dijadikan alat propaganda umno kepada para pelajar untuk mereka berkuasa yang sinonim kononnya dengan penguasaan orang Melayu. Sebenarnya ia telah merobohkan orang Melayu itu sendiri.
Tentang pelajar diluar negara dari pengamatan saya,walaupun mereka kena melalui kursus BTN, mereka dapat faham dan menentukan arah mereka sendiri. Semasa saya, melalui ‘informal loose connection’ melawat mereka terutama di Eropah keadaan mereka dapat diterima. Kita pun tak pernah asuh mereka supaya membenci kerajaan BN tetapi kita ‘challenge’ mereka untuk berfikiran terbuka dan kritis dalam konteks yang lebih luas menjankau isu dalam dan luar negara.
Tapi kita lihat apabila orang umno yang pergi mereka sentiasa mencuba memberi acuan mutlak terhadap pemikiran pelajar kita. Contohnya seperti kunjungan zambry dan rombongan nya di UK. Penerangan mereka penuh dengan ‘You must know this you must know that’ ‘You should not.. this you should not..that’ tapi biasa lah mereka pun bukan bekas scholar cuma buat doctorate di luar negara saja.
Saya doakan saudara terus maju jaya.
Reply
Jika BTN adalah penting, maka banduan di penjara dan penjenayah akan tukar selepas menghadirinya kemudian.
Gunalah keuntungan sumber minyak kita dengan bijak. Kerajaan harus menyediakan kemudahan latihan untuk rakyat untuk bersaing di dunia. Seperti galakan untuk keusahawanan, teknik temuduga untuk car kerja kelak, kuasaan Bahasa Inggeris dan peningkatan kreativiti. Pemerintah yang bijak dan baik tidak akan menghapiskan wang supaya Melayu memukul bukan Melayu, dan bukan Melayu memukul Melayu.
Jika rakyat Malaysia berjaya di dunia, ia akan memperolehi kesempatan kerja bagi semua rakyat Malaysia. Jika Melayu memperolehi penciptaan yang memberi sumbangan besar kepada manusia, semua rakyat juga akan manfaat. Hakikatnya, sesiapa di Malaysia yang boleh mendapat pengiktirafan di dunia, ia akan menguntungkan semua rakyat sekitar dan meningkatkan taraf hidup di Malaysia dan akan dikagumi oleh dunia.
Jika Melayu perlu menbentangkan isu perkauman agar berjaya, adakah ianya bererti dunia manusia juga perlu mengajar anak-anak mereka untuk menjadi perkauman kemudian mudah-mudahan semua kaum akan bersatu dan berjaya? Mustahil. Hanya ada bergaduhan berdarah dan kesengsaraan. Itulah matlamat UMNO.
Begitu banyak orang berjaya dengan penciptaan dari negara maju, seperti Microsoft, Pemenang Hadiah Nobel, eksplorasi angkasa NASA, Kanker kajian dan kebangkitan negara China. Meraka tidak perlu menghadiri BTN. Tiada ketegangan kaum diperkenalkan agar rakyat berjaya. Adakah anda memilih untuk menghadiri BTN atau kursus latihan kemahiran antarabangsa?
Saya percaya UMNO menggunakan sentimen Melayu untuk kedudukan mereka sendiri. Apa itu “Supremasi Melayu”? Kerajaan rasuah, kehakiman rasuah dan polis rasuah. Universiti Tempatan kedudukan 200 di dunia. Yang baik, kedudukan terendah di dunia. Yang buruk, kedudukan tinggi di dunia. Miskin dan kadar pengangguran tertinggi. Rakyat tiada kemampuan untuk tugasan ke luar negeri. Hospital yang berkualiti rendah. Kelak kena bersaing dengan Afrika dan Myanmar. Hanya boleh kagum negara jiran bertambah makmur dan Moden. Adakah anda inginkan generasi masa depan Supremasi ini? Saya hanya nampak geng UMNO memiliki rumah yang lebih besar, kereta besar dan keuntungan berbilion-bilion. Semua keluarga UMNO dapat menerus pendidikan dan rawatan perubatan ke luar negeri yang berkualiti tinggi. Kehidupan keluarga BN yang mewah dan keselesaan.
Indonesia dan Filipina cepat memenangi Malaysia. Jika Melayu masih percaya hanya kerajaan BN ini berkeupayaan melindungi hak “tempatan” mereka di sini, maka 50 tahun kelak, Malaysia akan mengambil alih Indonesia sebagai pengeksport pembantu utama. Pasti ada “Malay Supremacy”, bersama-same dengan “Maid Supremacy”. Tentu juga, bukan Melayu juga akan terpelihara dibawah “Maid Supremacy”. Seperti yang diperjuangkan oleh Presiden Filipina Aroyo. Kerana undi kamu.
Anda mungkin tidak percaya. 50 tahun dahulu, Filipina dan Indonesia juga tidak percaya bahawa generasi masa depan mereka akan menjadi pengeksport pembantu utama. Sekarang mereka tidak lagi memukul sesama kaum, kerana mereka akan dipukul oleh majikan asing.
Reply
Kau orang nampak En. Mohamad tak?
Reply
Salam semua..memang betul..semasa saya di UiTM BTN memang banyak isu politik.Selamatlah UiTM ini semua melayu..Kalau ada kaum lain mesti jadi haru biru bila mendengarnya.Tolonglah jangan guna BTN unutk agenda politik.
Dalam BTN saya ikuti itu banyak memburukkan DS Anwar yang dikatakan agen Amerika&Yahudi.Tolanglah wahai2 orang BTN janganlah tipu kami yang kononnya masih mentah dalam politik.Kami sebagai pejuang generasi muda akan tetap menyokong sesiapa yang ingin melhat rakyatnya dalam keadaan aman bukan kucar kacir dengan dakyah perkauman.Janganlah bebankan kami dengan GST yang bakal buatkan rakyat terus menderita.KPI jenayah akan meningkat malah gejala sosial akan terus naik.Zaman Najib Zaman menghalalkan yang haram menidakkan yang halal..Pasti kerajaan ini akan tumbang juga dengan teruk pada PRU 13.
Reply
umno bazirkan duit rakyat dgn program2 btn. btn menghasut melayu bencikan bukan melayu, juga menyemai kebencian peserta terhadap pemimpin2 Pakatan Rakyat. kita sudah dgr byk cerita, sesiapa yg pernah pergi btn boleh tampil memberi bukti & jd saksi.
konon memupuk semangat cintakan negara tp modul kenegaraan hanya x sampai 10% selebihnya 90% agenda politik umno menakut2kan melayu dgn bangsa lain. perkauman sgt tebal dlm btn. ya semuanya perkauman & kebencian terhadap sesuatu kelompok dsb. hasilnya hanya memecahbelahkan rakyat, sedangkan perpaduan jauh dr nyata.
ada peserta yg akirnya menjadi pelajar & pegawai kerajaan yg berjaya. tp itu takde kene mengena dgn keberkesanan btn. mereka sememangnya individu yg baik & berusaha keras utk mencapai kejayaan. tanpa btn, masih ramai rakyat yg berjaya dlm setiap bidang yg diceburi.
btn yg berbaur politik & menyimpang adalah sampah masyarakat.
Reply
salam,
syabas kpd amin ahmad atas pendedahan ini. sememangnya saya tak pernah mengikuti kursus BTN semasa di ipt kerana saya sering mengelak. tetapi bila dah memasuki perkhidmatan awam saya terpaksa juga mengikutinya. saya fikir modul utk penjawat awam lebih kurang sama saja dgn modul di ipt. pembangkang khususnya nama2 seperti DSAI, khalid jaafar, azmin ali, kamaruddin jaafar sering diulang2 sebagai petualang negara dan ejen yahudi. gambar DSAI bertemu paul wolfowitz sering diulang tayang. gambar sahaja tidak membawa apa2 makna tapi kalau dah diselit dgn kata2 hasutan maka ia akan menjadi lain.
semasa sesi latihan dalam kumpulan (LDK), fasilitator sering menggalakkan kami utk berbincang tentang topik yg beliau tentukan. saya kira ia bagus kerana dapat menggalakkan kreativiti peserta dan keberanian utk bercakap. namun pada saya, fasilitator sebenarnya berperanan utk mengenalpasti siapakah penyokong pembangkang & siapa penyokong umno. drpd jawapan peserta fasilitator boleh mengagak mereka ini di pihak mana. saya masih ingat fasilitator merendah2kan dua jenis peserta; iaitu peserta dari UIA dan peserta yang berasal dari kelantan. menurut beliau dua jenis orang ini golongan yg tidak sehaluan dgn kerajaan terutamanya UIA. di sebaliknya beliau memuji2 graduan uitm yg didakwanya pejuang melayu sejati yg mempertahankan hak melayu. tetapi ada satu insiden di mana fasilitator termalu sendiri bila beliau mengemukakan persoalan murtad. satu peserta yg merupakan lulusan uitm dgn bangganya menyebut beliau bersetuju dgn tindakan lina joy utk murtad (no offence to uitm students ye?) walhal sebenarnya modul fasilitator itu ialah utk menghentam golongan murtad. saya lihat bekas pelajar2 UIA lah yang membantah kenyataan graduan uitm itu. saya lihat fasilitator itu termalu dgn tindakannya menghentam lulusan uia tapi rupanya student uia lah yang mempertahankan hak agama Islam ini. lulusan uitm yg totok melayunya itu tidak sensitif langsung dgn gejala murtad. dapatkah anda bayangkan perasaan fasilitator itu?
dlm hal kelantan pula, fasilitator membangkitkan isu kelantan tidak mendapat apa yg sepatutnya seperti lebuhraya & sebagainya kerana mereka bukan penyokong kerajaan. selanjutnya beliau bertanya kpd kami perlu atau tidak pembangkang dlm parlimen kerana MP BN sekarang pun berani mengkritik kerajaan & tak perlu pembangkang lagi. saya dgn selamba menjawab isunya bukan ada pembangkang atau tidak, tapi isunya ialah tanggungjawab kerajaan pusat utk mengagihkan bantuan secara sama rata kpd setiap warga. wujudnya pembangkang ialah kerana mereka tak setuju dgn cara kerajaan yg pilih kasih dlm memberikan bantuan. kalau semuanya diberi secara adil takkan ada pembangkang. fasilitator dgn cepat bersetuju dgn saya kerana beliau tersedar beliau tersalah soal. saya juga lihat fasilitator cuba sedaya upaya bersikap kritikal tetapi kantoi juga di akhirnya.
kesimpulan saya, peserta BTN terpaksa menghadirinya kerana ia merupakan syarat utk sah dlm jawatan. oleh itu mereka tidak berani membuka mulut utk berdebat dgn orang2 BTN, seperti juga saya. kalau sudah dicap penyokong pembangkang susahlah kami nak cari makan. sepanjang kursus memang penuh dgn provokasi bertujuan utk membakar perasaan orang2 kelantan & penyokong pembangkang, mujurlah kami semua penyabar dan pandai bermuka2 kononnya kami org kerajaan. saya juga bersimpati dgn pemimpin2 pembangkang kerana difitnah sedemikian rupa. pada zaman ini strategi itu sudah lapuk. ia akan ‘backfire’ kepada kerajaan. lihatlah apa yg berlaku dlm PRU 12. walaupun berbuih2 mulut jurulatih2 BTN memburukkan pemimpin pembangkang ia sebenarnya menarik simpati yg lebih kepada PAS, PKR dan DAP.
teruskan menggasak BTN, rombak modulnya segera. namun begitu, lain2 tentang BTN amat bagus utk diteruskan seperti semangat berpasukan, fitness test, kembara, solat berjemaah dsb utk pembangunan sahsiah diri peserta. dlm hal ini saya puji semangat bekas2 komando yg melatih kami. selain itu kalau dapat masukkan semula modul Islam di zaman DSAI dulu. penjawat awam kini x sensitif dgn isu agama Islam seperti dulu. sesuai dgn peredaran zaman, masukkan modul keharmonian antara kaum. modul yg membenci sesama kaum ialah tinggalan penjajah & warisan yahudi. bukankah yahudi yg membeza2kan jenis2 manusia? mereka kata mereka bangsa paling mulia, bangsa lain adalah hina. apa bezanya dgn konsep bangsa dlm umno?
sekian coretan saya.
Reply
Penulis telah update tulisan ini di http://aminahmad.com/?p=189
Reply
Iyalah tu, semua modul adalah pembohongan. Tapi sebelum ini, saya telah nyatakan bahawa kursus itu mencabar minda kita untuk menjadi lebih proaktif, isu-isu yang dibincangkan bukan untuk memecah belahkan masyarakat, tetapi sebagai cabaran terhadap minda kita bila kita berhadap dengan hal sedemikian. Kalau sebelum masuk program berkenaan, anda sudah ada perasaan curiga dan negatif, sampai keluar dan sampai bila-bilalah anda akan salah faham terhadap kursus BTN. Terpulanglah anda nak berfikir macam mana. Orang muda memang berfikiran pendek sebab gelojoh nak keputusan, tapi bila kita berumur kita akan lebih tenang dan berfikir panjang untuk mendapatkan keputusan yang baik. Sekian, terima kasih.
Reply
jbkahar Reply:
December 24th, 2009 at 12:20 am
saya juga pernah mengikuti kursus btn. memang modul kursus ada menyentuh isu-isu kaum namun ianya bukan berbentuk perkauman. ianya bertujuan untuk mendedahkan setiap kaum siapa diri mereka sebenar. kerana kita selalu lupa siapa diri kita. sebab itu kita perlu disedarkan. modul btn bukan satu pembohongan. ianya merupakan realiti. contohnya ketuanan melayu bermaksud bahawa kepulauan melayu dari zaman srivijaya lagi telah diperintah oleh melayu namun semua kaum berhak menikmati kekayaan kepulauan melayu ini. namun peribumi perlu dipelihara agar mereka tidak menderita di bumi sendiri. manakala lagu warisan mengisahkan betapa orang melayu amat mundur di negara asal mereka – ini adalah realiti. kalau bn perkauman sudah tentu 10 orang terkaya di malaysia adalah kaum melayu. namun pada hakikatnya 10 orang tersebut adalah bukan melayu – siapa yang memberi lesen perniagaan, sudah tentu bn yang perkauman yang dipimpin oleh kaum melayu. jika saudara boleh berdikari tanpa di manja saya cabar saudara menjadi salah seorang 10 terkaya di malaysia. satu lagi yang saudara perlu ingat isteri kedua tidak semestinya lebih baik daripada isteri pertama. satu lagi persoalan saya, saudara menderita sangatkah di negara malaysia yang indah ini? contoh-contoh yang dipaparkan tentang penderitaan rakyat iraq akibat kejatuhan kerajaan saddam di tangan us juga dipaparkan untuk memberi kesedaran kepada peserta betapa penting memelihara keamanan negara tidak disentuh dalam bicara saudara. apakah bukti yang boleh saudara tunjukkan bahawa kerajaan yang memerintah merosakkan generasi melayu. sedangkan orang melayu sendiri yang bersalah – diberi lesen di ali babakan. apakah bukti pemerintah sekarang hanya memberi kekayaan kepada kroni-kroni. jika saudara menjadi perdana menteri siapakah yang saudara bantu dahulu, adik saudara yang menganggur atau kawan saudara yang menganggur. sekian terima kasih dengan pendapat yang amat baik dari saudara-saudara sekalian. akhir kata, berfikirlah dengan kritis dan setiap kenyataan mesti ada bukti yang kukuh.
Reply
Saudara sekalian,
Saya telah membaca komen-komen saudara sekalian. Namun demikian, saya dapati bahawa keyataan segelintir saudara sekalian masih dapat dipertikaikan. Ini disebabkan kursus yang dianjurkan oleh BTN mendedahkan realiti yang berlaku di negara kita yang berkaitan dengan semangat patriotisme. Kenyataan segelintir saudara terlalu melampau dengan menyatakan kursus BTN satu pembohongan. Jika DSAI adalah pembangkang adakah itu satu pembohongan? Adakah saudara sekalian faham maksud patriotisme. Patriotisme bermaksud taat dan setia kepada tanah air dan kerajaan yang memerintah. Secara kebetulan yang memerintah ialah BN, justeru, ketaatan harus pada pihak BN. Jika BA yang memerintah maka ketaatan harus kepada BA. Dengan itu, tiada pembohongan dalam kursus BTN. Satu lagi bukti tiada pembohongan ialah lagu ‘Warisan’ realitinya orang melayu memang mundur di negara sendiri, tetapi lagu tersebut tidak mengajak kita membenci orang cina, namun, bertujuan menyedari hakikat sebenar. Orang melayu terlalu dimanjakan disebabkan itu melayu mundur. Adakah ini benar? Saudara sekalian jangan lupa taktik pecah dan perintah penjajah, dimana orang cina diberi lesen berniaga, orang melayu tidak dibenarkan berniaga dijadikan petani mundur-adakah melayu dimanjakan penjajah, nyata yang dimanja adaalah orang cina, namun jangan benci mereka itu bukan salah mereka. Manakala orang India diletakkan di estet-estet. Orang melayu diberikan lesen tetapi dialibabakan. Adakah ini salah kerajaan yang memerintah? “tepuk dada tanya selera”. Orang cina pandai memanfaatkan peluang tetapi tidak melayu, keadaan ini menyebabkan orang melayu mundur. Dengan itu, kursus BTN patut diteruskan kerana ianya penting untuk semua kaum di Malaysia khususnya orang melayu. berfikiran kritis amat penting saudara sekalian. Banyak lagi hendak dibicarakan tetapi ruang terbatas. Assalammualaikum dari bumi kenyalang. Jagalah kepentingan kaum melayu tetapi jangan menindas kaum lain. sekian terima kasih
Reply
Saya sokong pendapat En. JBKahar, sepatutnya kita perlu berusaha bukannya bercakaran dan menyalahgunakan bantuan kerajaan. Terdapat juga petani-petani yang diberi baja dan racun rumpai bukannya nak gunakan untuk tujuan pertanian tapi jual kepada orang lain, mamcam mana kita nak maju. Tapi tak semualah berperangai sedemikian, segelintir sahaja. Apapun sikap bertolak ansur dan berbudi bahasa penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman damai. Sekian, terima kasih.
Reply
poyo la ko mohamad…org pekak dgn banyak tido jek yg tak prasan program unsur perkauman dan sifat membenci kaum lain yg banyak ditanam pada peserta2 kursus..yg btol sume kerajaan..yg nk bangunkan negara digelar pengkhianat..ko tau ke ape tu pengkhianat??? mcm ko ni yg ade skit2 unsur pengkhianat sbb menyokong kaum2 amno pengkhianat!!
Reply
salam.. perkenalan semua…
mengenai kita kena taat pada pemimpin saya satuju…
tapi PEMIMPIN YANG MACAM MANE??
syaratnya, pemimpin tu kenalah pegang pada 2 sumber ISLAM yakni QURAN dan HADITH…
jika engkar kita tak wajib taat…
macam parent kita…
kita kena taat jika mereka taat perintah ALLAH…
ada kisah sahabat tu, semasa ayah dia tak masuk islam, anak dia tak tegur pun…
tapi sebaik sahaja ayah dia masuk islam, anak dia terus peluk ayah dia…
just perkongsian… kita kena faham ayat quran tu dengan betul (lihat tafsir), supaya kita fahamui dengan betul makna sebenar…
wassaslam…
Reply