16
Dec
09

Laungan 1 Malaysia Najib Hanya Sekadar Retorik

Dari Malaysian Insider

Oleh Shen Yee Aun

Perdana Menteri Malaysia keenam Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah melaungkan dan memperkenalkan konsep 1 Malaysia dari hari pertama beliau berkuasa sehingga hari ini. Laungan ini terus diulangi di mana-mana sahaja. Semasa saya mewakili Universiti Malaya untuk Debat Perpaduan 2009 yang berlangsung di Unimas, Sarawak pada 19 hingga 23 May 2009 dan berjaya menembusi peringkat akhir Debat Perpaduan 2009 dan pada ketika itulah saya mengenali konsep 1 Malaysia dengan lebih luas dan terperinci. Hal ini disebabkan saya terpaksa bertungkus lumus mencari dan menganalisis fakta. Lebih-lebih lagi terdapat banyak usul yang berkaitan dengan konsep 1 Malaysia.

Dalam konsep ini terdapat tiga teras utama yang ditekankan oleh Najib iaitu Penerimaan, Kenegeraan dan Keadilan Sosial. Ketiga-tiga teras ini pula akan diperkukuhkan dengan tujuh nilai yang diperkenalkan.

Nilai 1: Budaya Cemerlang

Nilai 2: Ketabahan

Nilai 3: Rendah Hati

Nilai 4: Penerimaan

Nilai 5: Integriti

Nilai 6: Kesetian

Nilai 7: Meritokrasi

Nilai 8: Pendidikan

Teras 1: Penerimaan

Persoalannya kini bagaimana Najib boleh memperkenalkan konsep yang bercanggah dengan perjuangan dan perlaksanaannya? Beliau mahu mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Namun begitu bagaimana konsep ini hendak dicapai sekirannya dasar pecah dan perintah halus Najib terus memecahkanbelahkan masyarakat berbilang bangsa di negara kita? Barisan Nasional sering melaungkan dasar dan idelogi politik mereka adalah sistem politik perkongsian kuasa namun sebenarnya sistem tersebut adalah sistem politik dasar pecah dan perintah dimana ada parti-parti tertentu khas untuk memperjuangkan nasib dan hak kaum masing-masing. Biasanya kita hanya mengenali dasar pecah dan perintah ekonomi British dimana dikatakan Melayu di kampung sebagai petani, Cina di bandar sebagai pedagang dan India di estet sebagai penoreh getah. Oleh itu, apakah bezanya kalau parti Umno untuk Melayu , parti MCA untuk Cina dan parti India untuk MIC? Dasar pecah dan perintah bukan sahaja boleh wujud dalam sistem ekonomi tetapi juga dalam politik.

Teras 2: Kenegaraan

Pada 28 April 2009 Najib mengingatkan mana-mana pihak agar jangan terlalu taksub terhadap tuntutan hak dan melupakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara kerana kewarganegaraan bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab serta di bawah konsep 1 Malaysia, tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan.

Pertama siapakah golongan kaum yang dikatakan terlalu taksub menuntut hak mereka dalam pemikiran Najib? Namun tanpa perlu hurai lebih lanjut kita masing-masing sudah sedia maklum tahu kaum manakah yang dimaksudkan Najib. Jawapannya kepada Najib pula kalau seseorang itu diberikan makanan yang secukup dan sebaiknya dan sudah kenyang adakah orang tersebut akan meminta makanan lagi sedangkan perut sudah kenyang? Berbanding pula dengan orang yang perut mereka lapar sehingga perlu taksub meminta makanan.

Keadaan tersebut menandakan keadaan kaum tertentu yang hak mereka tidak lagi dipenuhi. Jangan hanya sebut tanggungjawab rakyat tetapi tanggungjawab kerajaan dan Perdana Menteri juga penting. Jangan hanya tahu suruh orang tidak menuntut tetapi sendiri tidak juga cuba sedaya upaya memenuhi segala keperluan yang diperlukan rakyat. Bunyi tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan cukup kelakar kerana rakyat di negeri Pakatan Rakyat sudi atau tidak kerajaan bantu? Kita mengkaji rentetan isu dan peristiwa yang berlaku antara Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan kerajaan persekutuan sudah boleh menilai sejauh mana kenyataan Najib retorik atau tidak.

Teras 3: Keadilan Sosial

Keadilan sosial rakyat atau keadilan sosial Umno? Kita lihat setelah 52 tahun negara kita merdeka namun segala dasar dan pembahagian yang retoriknya untuk rakyat tetapi akhirnya kroni dan ahli sendiri yang menikmatinya. Kalau benar di bumi bertuah ini ada keadilan sosial rakyat mengapa ramai graduan bijaksana semua berkhidmat di luar negara? Mereka mungkin dituduh tidak setia kepada negara tetapi adakah pemerintah adil kepada mereka?

Bagaimana keadilan sosial rakyat boleh tercapai sekirannya Najib terus memanipulasi hak yang ada pada kaum Melayu untuk terus menindakkan peluang dan hak kaum lain? Tidak pernah kaum lain mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu tetapi Umno sendiri yang selalu mengaburi mata rakyat dengan konsep ketuanan dan keistimewaan Melayu sehingga dipertikaikan tindakan mereka. Pertikaikan kaum lain terhadap tindakan Umno sangat berbeza dengan pertikaian terhadap hak dan keistimewaan Melayu. Kalau benar Umno benar-benar telus mempertahankan dan memperjuangkan keistimewaan orang Melayu mengapa pula ramai orang Melayu yang menentang Umno, ramai Melayu sendiri yang memangkah Umno dalam pilihan raya dan bilangan kaum Melayu dalam Pakatan Rakyat semakin hari semakin bertambah. Hal ini disebabkan perjuangan hak keistimewaan Melayu hanya sekadar laungan retorik dan manipulasi serta eksploitasi yang dilakukan oleh Umno. Mungkin benar ketuanan dan keistimewaan Melayu diperjuangkan tetapi bukan Melayu rakyat dan sebenarnya adalah Melayu Umno dan Najib.

Nilai 1 — Budaya Cemerlang

Bagaimana seorang penculik dan perompak negara boleh mewujudkan budaya yang cemerlang sedangkan segala tindakannya sudah memaparkan budaya sesat? Kita lihat bagaimana wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat diculik oleh seorang pemimpin negara dan kita juga lihat bagaimana seorang pemimpin negara merompak hak, undi dan demorkrasi rakyat di negara Perak. Adakah perbuatan ini menandakan satu budaya yang cemerlang atau sebaliknya? Kalian tepuklah dada dan tanyalah selera.

Bagaimana budaya yang cemerlang mampu diwujudkan apatah lagi dicetuskan apabila seorang Speaker dewan ditarik keluar menggunakan kuasa polis yang sudah menodai kemuliaan sesebuah dewan tersebut? Bagaimana budaya cemerlang mampu diwujudkan apabila perlembagaan negara terus diperkosa demi memuaskan hati dan nafsu seorang pemimpin dalam rampasan kuasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dalam zaman pemerintahan kelima-lima Perdana Menteri negara?

Bagaimana budaya cemerlang mampu diwujudkan apabila Cina di China terus disembah tetapi Cina di Malaysia bagaimana pula? Bak kata pepatah Melayu hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri dan lebih baik di negara sendiri. Namun tindakan dan perjuangan pemimpin negara tidak berlandaskan kepada pepatah Melayu ini. Sepatutnya Cina China yang emas dilayan seperti batu tetapi Cina Malaysia batu dilayan seperti emas.

Bagaimana kita hendak mewujudkan budaya cemerlang sedangkan negara demokrasi yang bertunjangkan kepada hak kebebasan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu digantikan dengan pemerintahan ala komunis? Chin Peng komunis ditentang sekuat hati tetapi tindakan komunis yang menyekat hak kebebasan berhimpun, berparti dan bersuara disekat. Rakyat demi rakyat ditangkap seperti Ang San Su Kyi yang ditahan bawah pemerintahan Junta Tentera. Adakah di Malaysia pula pemerintahan Najib tentera hendak terus diamalkan?

Kalau kesemua persoalan di atas menandakan budaya yang cemerlang maka Malaysia akan cemerlang, gemilang, terbilang dan tidak terbilang.

Nilai 2 — Ketabahan

Barisan Nasional tidak belajar daripada sejarah. Bencana tsunami politik Mac 2008 tidak mampu membangkitkan mereka daripada tidur lena dan alpa mereka. Adakah mereka tabah menghadapi dugaan rakyat? Adakah mereka tabah menerima hakikat perubahan dan transformasi politik yang pertama kali berlaku dalam sejarah tanah air negara? Atau sebenarnya mereka masih terus leka dan lalai dalam mimpi indah mereka?

Adakah seseorang pemimpin negara tabah menunggu proses peralihan kuasa atau sebenarnya tidak sabar-sabar hendak berkuasa sehingga meja bekas Perdana Menteri Umno ada juga benda-benda jampi? Apakah maksud jampi tersebut dan siapakah yang melakukannya? Mungkin hanya Tuhan yang tahu.

Adakah pemimpin Umno tabah menerima kelemahan bekas Perdana Menteri Malaysia kelima dan sanggup terus berjuang bersamanya sehingga agenda rakyat dipenuhi dan luka Barisan Nasional diubati? Jawapannya tidak kerana ramai pemimpin yang sudah menunjukkan belang mereka meminta dan menyuruh Pak Lah kesayangannya negara meletak jawatan dan mempercepat proses peralihan kuasa. Sedangkan apabila Pak Lah baharu memegang kuasa suatu ketika dahulu disembah dan dijilat namun pada ketika Pak Lah paling lemah disebabkan kelemahan pemimpin bawahannya belang-belang sudah mula timbul untuk meludah dan memaksa Pak Lah ke jalan buntu dalam karier politiknya.

Adakah Samy Vellu tabah mengharungi perubahan yang melanda negara? Adakah Samy Vellu belajar daripada perubahan undi mendadak kaum India terhadap Pakatan Rakyat dan termasuk PAS berbanding MIC? Jawapanya tidak. Kita lihat bagaimana seorang demi seorang dilucutkan jawatannya apabila mereka bangkit hendak menentang Uncle Sam dalam merebut kerusi Presiden MIC. Siapa yang memecahkan masyarakat India daripada dahulu MIC kepada wujudnya IPF? Siapa yang memecahkan masyarakat India yang dahulunya sebelum merdeka hanya satu kepada puak A dan puak B apabila Subramaniam terus dipinggirkan walaupun layak demi memenuhi kepentingan peribadi dan politik seorang individu?

PPP tidak tabah menerima hakikat parti mereka semakin lemah. PPP tidak belajar bagaimana pepecahan dalam parti yang akhinrya mengundang kepada kekalahan seorang Presiden parti di Taiping. Mereka jauh lebih ekstrem apabila wujudnya PPP A dan B yang kedua-dua pihak mendakwa mereka merupakan parti PPP yang sah. Pergolakan kuasa dalam PPP baru-baru ini bagaikan gambar Hindustan yang mungkin akan mendapat lebih banyak anugerah daripada “Slumdog Millionaire” yang mendapat lapan anugerah antarabangsa.

Gerakan juga tidak tabah menghadapi dugaan yang menimba mereka. Mereka telah cedera dengan parah dan ada juga ramai penganalisis politik berpendapat mereka tidak mampu bangkit menawan Pulau Pinang selama-lamanya. Namun ahli mereka terus dimaki dan ditekan apabila bersuara memperjuangkan sesuatu isu yang melanda negara.

Kita juga lihat bagaimana MCA yang terus berdrama seperti wayang TVB Hong Kong antara Presiden dan Timbalan Parti yang tidak ada pengakhiran sehingga hari ini. Kita lihat bagaimana seorang Presiden parti cuba sedaya upaya menjatuhkan Edison Chen Johor Malaysia berbanding memulihkan kembali undi dan kepercayaan kaum Cina yang semakin hari semakin luntur dan pudar.

Tidak apa. Kita anggap sahaja kesemua tindakan Barisan Nasional ini sebagai bentuk nilai ketabahan mereka dalam mengharungi transformasi politik yang melanda negara. Teruskan.

Nilai 3 — Rendah Hati

Bagaimana Umno yang sombong boleh mencadangkan satu nilai yang tidak mungkin diamalkan oleh mereka? Kita lihat bagaimana seorang sepupu Perdana Menteri yang menghunus keris kepada kaum bukan Melayu supaya tidak mencabar kewibawaan Melayu? Persoalannya kini adakah keris itu satu mesej supaya jangan cabar Melayu atau jangan cabar Umno dan dirinya sendiri?

Kita juga lihat laungan perkongsian kuasa retorik Umno selama ini yang tidak penah memberi sebarang tempat kepada parti lain memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Negara. Perkongsian kuasa apa yang dilaungkan oleh mereka?

Ketua Menteri Melaka dengan suara lantang menyeru PPP keluar daripada perkongsian kuasa Barisan Nasional dan juga kenyataan Tuhan juga tidak mampu tengelamkan Umno. Kelakarnya tidak lama kemudian tidak perlu kuasa Tuhan pun dengan kuasa rakyat Umno hampir nyawa-nyawa ikan dalam pilihan raya lepas.

Rendah hati tidak bermaksud wayang yang dilakonkan oleh seorang pemimpin turun ke padang ke tempat awam dan seterusnya surat khabar memaparkan segala kejadian tersebut.

Nilai 4 — Penerimaan

Adakah Umno sedia menerima demokrasi rakyat yang mahukan perubahan politik apabila rakyat di Perak dicantas demokrasi mereka? Adakah Umno sanggup menerima hakikat di sebuah negara demokrasi rakyat bebas bersuara dan berhimpun secara aman apabila mereka terus melakukan penangkapan dan penahanan?

Bagaimana Umno hendak menerapkan nilai penerimaan sekirannya suara dan undi ahli Umno sendiri tidak dilayan apabila perwakilan memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda mereka namun individu yang kalah pula yang dipilih menjadi menteri.

Setahu saya Umno hanya menerima hakikat rakyat sudah tidak mahukan mereka lagi. Oleh sebab itu, mereka tidak berani bertanding di pilihan raya kecil Penanti. Mereka sudah menerima hakikat kekalahan mereka sebelum bertanding.

Nilai 5 — Integriti

Integriti apa sekiannya polis terus menyalahgunakan kuasa mereka yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan negara melakukan tindakan yang tidak menghormati Dewan Undangan Perak? Kita lihat bagaimana kematian boleh berlaku di penjara negara tercinta sendiri.

Kita juga lihat indeks rasuah Malaysia yang semakin hari semakin teruk. Apakah rasuah itu lambang integriti? Kita lihat bagaimana Umno sendiri mempertikaian perlantikan Menteri Besar Terengganu dan adakah tindakan ini berintegriti kepada instutisi beraja? Lihat juga bagaimana mereka cuba mengherat institusi beraja ke kancah politik di Perak dan mempolitikkan isu Kesultanan Perak.

Adakah seorang pemimpin Umno setelah 52 tahun negara merdeka berkata Cina adalah penumpang di negara ini merupakan satu tindakan yang berintegriti?

Cina dan India adalah penumpang tetapi itu adalah Cina dan India dahulu. Dahulu sebelum perkongsian kuasa wujud. Dahulu sebelum kontrak sosial wujud. Dahulu sebelum perlembagaan negara digubal. Cina dan India kini lahir dan mati di tanah ini juga maka kita bukan sahaja penetap tetap bahkan merupakan rakyat Malaysia yang sah dan tulen seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan dan seperti mana yang diperjuangkan oleh teras 2 Satu Malaysia iaitu kenegaraan.

Nilai 6 — Kesetian

Siapa yang tidak setia dalam isu yang melanda negeri Perak? Siapa yang menjadi punca kepada rakyat mempertikaikan tindakan Raja? Sebenarnya tindakan rakyat bukan menentang Raja tetapi menentang tindakan Umno yang mengherat Raja ke kancah politik.

Mereka tidak setia pada perlembagaan. Mereka tidak setia pada rakyat Malaysia berbangsa Melayu , Cina, India, Kadazan, Iban dan kesemuanya. Mereka tidak setia pada demokrasi. Mereka tidak setia pada hak asasi. Mereka tidak setia pada dewan.

Kesetian apa yang hendak mereka wujudkan lagi?

Nilai 7 — Meritrokrasi

Adakah Dasar Ekonomi Baharu yang terus bernyawa di negara kita menandakan keadaan meritrokrasi? Selaku rakyat Malaysia bukan niat saya untuk mempertikaikan dasar yang menguntungkan kaum Melayu tetapi penentangan saya ini kerana dasar tersebut gagal menguntungkan Melayu.

Dasar tersebut hanya dan terus menguntungkan Melayu Umno dan Melayu tidak mampu berdirikari sekirannya mereka masih hendak berpaut pada Dasar Ekonomi Baharu. Ramai Melayu yang bijak-bijak belaka dan untuk terus membantu mereka adalah penghinaan kepada mereka yang mampu bersaing dengan semua kaum dan dunia tanpa sebarang polisi dan dasar untuk membantu mereka.

Saya rasa semua agama percaya kepada konsep pahala dan dosa. Semakin banyak kita berbuat baik maka peluangnya semakin cerah untuk bertapak di syurga. Semakin banyak yang berbuat jahat akan cenderung dihukum ke neraka. Begitu juga dengan sistem demoraksi. Semakin banyak kita berusaha dan bekerja maka semakin banyaklah peluang di depan mata kita.

Melayu kini tidak perlu lagi dasar Umno untuk membantu mereka kerana mereka sudah mampu berjaya dalam mana-mana bidang di negara kita dan ramai individu sudah membuktikkan keadaan ini. Mengapa hendak terus menjajah minda Melayu dengan DEB? Adakah Umno sedar apabila Melayu sedar mereka sudah mampu berdikari tanpa bantuan Umno dan pada ketika itulah riwayat Umno akan berakhir? Adakah disebabkan ini Umno terus ingin menjajah minda dan kehidupan Melayu supaya terus bergantung pada laungan Umno? Adakah tindakan ini demi memajukan Melayu atau meneruskan kelansungan Melayu Umno?

Nilai 8 — Pendidikan

Sistem pendidikan apa yang terus melahirkan golongan Mat Rempit yang akhirnya ditaja sendiri oleh Putera Umno? Sistem pendidikan apakah sekirannya kadar pengganguran dalam kalangan graduan semakin hari semakin bertambah? Sistem pendidikan apakah yang menyebabkan bekas Menteri Pelajaran sendiri tidak menghantar anak beliau sendiri belajar di bawah sistem yang dirangka dan dijaganya sendiri?

Kata Umno mereka adalah pejuang bangsa Melayu. Keris dihunus demi Melayu. Namun keris dihunus dan ditikam juga kewibawaan bahasa Melayu mereka sendiri apabila PPSMI tidak lagi diajar dalam bahasa Kebangsaan.

Kesimpulan

Akhirnya adakah konsep 1 Malaysia adalah 1 Malaysia Rakyat atau sebenarnya 1 Malaysia Najib dan Umno? Kesemua laungan hanya sekadar retorik politi semata-mata kerana perpaduan kaum tiada akan bermasalah sekirannya ahli politik sendiri tidak mempolitikkan isu kaum demi kepentingan politik mereka sendiri. Segala-galanya hanya fantasi semata-mata sekirannya semua tindakan dan kenyataan bercanggah dengan konsep yang diperkenalkan.

Najib menyatakan 1 Malaysia berbeza dan Malaysia Malaysian DAP . Realitinya sememangnya terlalu banyak perbezaan dan perbezaan adalah perbezaan perjuangan dan cerminan realiti negara. DAP tidak pernah lari daripada perjuangan dan tindakan mereka secara konsisten terhadap Malaysia Malaysian dan segala yang terdapat dalam Malaysia Malaysian merupakan cerminan realiti Malaysia. Itulah perbezaanya.


15 Responses to “Laungan 1 Malaysia Najib Hanya Sekadar Retorik”


  1. 1 Shen Yee Aun Dec 17th, 2009 at 12:08 am

    Salam

    Reply

  2. 2 Spy DAP Dec 17th, 2009 at 8:00 am

    sya setuju dgn penulis ttg pelaksanaan 1Msia, tp analogi yg di beri penulis terlalu tipis krn menjurus pd prgolakan politik kita. Pd hemat sya BANGSA MALAYSIA semolek nya di terap pd sanubari rakyat kita (Msia). bole kah org cina, memperkenalkan bangsa nya ” I am Malaysian” pd org luar. kebiasaan nya org cina prkenalkn bangsa nya cina pd org luar. knp malu kah mrk jika brbangsa Malaysia? kurang nya sifat patriotic ni maka agak sukar kita utk menyatukn bangsa di Msia. maka itu kita perlu seorg pemimpin yg bole myatukn bangsa Malaysia ini. Sya melihat Tengku Razaleigh ada kbolehn ini.

    Reply

  3. 3 zamy Dec 17th, 2009 at 10:44 am

    saya sgt bersetuju….sememangnye 1 Malaysia adalah ‘political cosmetic’ shj sbg KPI najib saje……not more than that…….tiada keikhlasan dlm usaha utk menzahirkannye…….

    Reply

  4. 4 Mohamad Dec 17th, 2009 at 5:39 pm

    Apa yang retoriknya lagi, dalam negara Malaysia, setiap kaum diberikan kebebasan untuk mengamalkan agamanya tanpa paksaan, budaya kaum lain bebas diamalkan tanpa sekatan, setiap bangsa boleh pergi ke sekolah kerajaan, biasiswa diberikan kepada setiap kaum. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan kepada semua kaum tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Apa lagi yang tak kena, apa lagi yang anda mahukan, tak cukup lagikah apa yang anda nikmati selama ini. Kepada En. Spy DAP, apa yang anda hendak lagi? Jangan keterlaluan sangatlah, selama ini, kita hidup aman dan harmoni, kehadiran PKR dan seterusnya Pakatan Rakyat terus merentap keharmonian Malaysia. Maka untuk mewujudkan bangsa Malaysia, sekolah vernakular cina dan tamil mestilah ditukarkan kepada sekolah kebangsaan supaya ia menjadi lebih patriotik. Berkenaan Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri, saya percaya beliau juga akan dihentam sebagai mana setiap Perdana Menteri dari Barisan Nasional akan dihentam, dulu masa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Pakatan Rakyat puji Pak Lah, lepas Pak Lah jadi perdana menteri mereka hentam Pak Lah dan puji Datuk Seri Najib pula, lepas Datuk Seri Najib jadi perdana menteri, mereka hentam Datuk Seri Najib pula, kalau Tengku Razaleigh jadi perdana menteri pun mesti kena hentam juga. Mereka hanya tidak akan hentam lagi kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, Hadi Awang jadi Timbalan Perdana Menteri dan Lim Kit Siang serta lain-lain ahli politik Pakatan Rakyat jadi menteri dan timbalan menteri. Kalau ada salah laku pun mereka akan buat-buat buta dan akan salahkan Barisan Nasional atas salah laku berkenaan. Lepas itu sama-samalah kita lingkup dalam negara yang porak peranda. Saya ada baca kisah Sahidan Jaafar semasa beliau mengikut kursus motivasi di Pahang semasa zaman mudanya, beliau bercerita, ada satu sesi di mana setiap ahli kena ikat matanya dengan kain hitam dan memang mereka tak nampak sebab kain itu tebal dan hitam, lepas itu mereka beratur dan hanya ikut ketua berjalan, ketua itu pun sama kena ikat mata juga, mereka hanya ikut tanpa banyak bicara, tak beri nasihat kepada ketua pun, akhirnya semua kumpulan mendapat masalah, ada yang terjatuh dalam lubang, ada yang terjatuh dalam sungai, ada yang terlanggar pokok ada terlanggar pagar dan macam-macamm lagi. Selepas sesi itu, taklimat diberikan oleh fasilitator kursus berkenaan berkenaan rasional sesi itu. Menurut fasilitator, kalau kita mengikut membuta tuli pemimpin tanpa memberi nasihat dan hanya terima sahaja, kita sendiri akan mendapat musibah bila pemimpin itu memacu kita ke arah musibah. Jadi kita perlu lihat dengan jujur kenyataan kehidupan ini, jangan menyokong membuta tuli hingga sokong membawa rebah begitu juga menentang membuta tuli hingga menggagalkan usaha membangunkan negara.

    Kepada En. Zamy, Pakatan Rakyat itulah yang sebenarnya bersifat kosmetik. Nama Pakatan Rakyat adalah seperti iklah komersil untuk meraih jualan, maka Pakatan Rakyat untuk meraih undi. Pakatan Rakyat tak tahu mentadbir, tapi tuduh orang salah itu dan ini, lihat apa sudah jadi dengan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, semua tunggang langgang selepas Pakatan Rakyat memerintah, Kelantan dari dulu sampai sekarang, tak banyak perubahan sampai rakyat di sana terpaksa berhijrah ke luar untuk mencari kerja.

    Generasi muda adalah pelapis pemimpin masa hadapan, setiap pemimpin yang ada kini akan pergi juga akhirnya dari jawatannya samada bersara atau meninggal dunia. Sewajarnya generasi muda mempersiapkan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam serta bijak menangani konflik supaya setiap pihak yang berkonflik akan menerima dengan penuh ikhlas keputusan yang dibuat. Jika kita gagal untuk berbuat demikian, kita akan hancur kerana pertentangan yang berterusan akan melemahkan negara, pembangunan tergendala, pendidikan terjejas, pelabur takut datang, pelancong takut melancong, akhirnya kita akan bertelagah dalam tempoh masa yang panjang hingga memusnahkan negara. Kita tidak boleh beremosi membuta tuli, berfikiran singkat secara objektif sahaja, kita kena berfikiran subjektif dalam pelbagai hal. Empayar-empayar besar zaman dahulu berjaya dibangukan oleh pemimpin yang berjiwa kental dan bijak memimpin, mereka mendapat sokongan rakyat, tetapi kemusnahan empayar-empayar itu berlaku apabila ia dipimpin oleh orang-orang yang berfikiran singkat dan tidak berjiwa kental, mereka terlalu menekan dan membiarkan hingga rakyat berasa terancam dan memberontak, akhirnya empayar itu hilang dan hanya menjadi sejarah. Generasi muda kini perlu lebih berfikiran dinamik dan berwawasan dan bukannya menjadi pak turut dan hidup dalam kegembiraan semata-mata. Apa yang sudah jadi dengan generasi muda sekarang yang terlibat dengan dadah, maksiat, lumba haram, kumpulan sesat dan samseng, Pakatan Rakyat perlu sama-sama menyedarkan golongan ini dan bukannya memperli Putera UMNO yang mahu membimbing golongan bermasalah itu sebagai ketua mat rempitlah, itulah, inilah. Apa ini. Telitilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.

    Reply

    shift Reply:

    Mohamad mahukan generasi muda jangan jadi pak turut saja. Betul pak, sudah muncul generasi ini secara mendadak sejak 10 tahun lalu sehingga menjadi kejutan kepada individu seperti saudara dan akhirnya lima negeri kalah di tangan Pakatan Rakyat dalam PR ke 12 hingga dikatakan mencabar ketuanan Melayu UMNO, masalahnya UMNO dan BN enggan menerima kenyatan ini. Ya betul, untuk mentadbir dan menjalankan agenda pembangunan memerlukan bukan saja kata-kata, tapi dana yang besar dan diuruskan secara profesional, Ya pak kerajaan UMNO dan BN saja mampu menjalankan agenda ini kerana menggunakan dana yang dikumpul dari setiap ahli mereka, oh sori ya, dana yang terkumpul dari hasil pendapatan dan perniagaan serta sedutan minyak setiap hari. Tapi bila kerajaan PR terbentuk di 5 negeri, kerajaan persekutuan yang memegang amanah penyimpan dana tidak pula menyalurkan dana yang terkumpul dari negeri-negeri ini kepada kerajaan yang beru, takut pembangunan yang ditadbir oleh kerajaan baru ini tidak memberi projek kepada kuncu-kuncu mereka. Contohnya Negeri Selangor yang terkaya, saya di bekerja dan tinggal di negeri ini dengan rela hati membayar cukai pendapatan setiap tahun, katanya negeri Selangor menyumbangan hampir 30% kepada budget ke 10. Kalaulah setiap negeri diberi kuasa untuk memungut hasil-hasil ini sudah tentu Negeri Selangor dan juga Kelantan boleh membangunkan negeri masing-masing setanding dengan negeri-negeri di bawah BN. Jadi inilah sebenar perangai buruk UMNO dan BN bila sudah kalah.

    Reply

  5. 5 memangtakpandai Dec 17th, 2009 at 8:03 pm

    Dengan 1Malaysia rakyat yang tak sedar diri boleh ’sehati berdansa’ kat dataran merdeka. Yang habis, duit kita kena belikan baju peserta, mau ratusan ribu jugak tu organise bende macam ni. Ingat dengan ‘berdansa’ ekonomi boleh pulih? Inilah contah pembaziran duit rakyat. Lepas ni apa lagi aktiviti? 1Malaysia ‘merempit’ pulak?

    Reply

  6. 6 shift Dec 17th, 2009 at 10:07 pm

    Sbb setiap PM UMNO mesti ada jenama untuk memerangkap imaginasi rakyat dengan nila mukanya, tapi sudah terlambat, rakyat zaman sekarang lebih panjang akal, mereka mahu melihat apa ada di belakang muka Najib.

    Reply

  7. 7 wan simunjan Dec 18th, 2009 at 3:02 am

    Konsep 1Malaysia bukan hanya satu kosmetik, retorik malah ia sudah boleh dilabelkan sebagai KONSEP BODOHISME.

    Kenapa BODOHISME ?

    Selama ini SEBELUM NAJIB jadi PM…..

    1. Rakyat Malaysia sudah guna/naik segala kenderaan awam yang uzur tu secara bersama.
    2. Rakyat Malaysia dah saling bercampurgaul dalam majlis sambutan rasmi negara bersama.
    3. Rakyat Malaysia berkobar-kobar sokong pasukan negara dalam sukan secara bersama.
    3. Rakyat Malaysia duduk semeja makan/minum di kedai Mamak/ Warong Kopi / Restoran2.
    4. Rakyat Malaysia bergelut2 membeli tiket konsert artis barat bersama-sama.
    5. Banduan Malaysia bersama-sama hidup dalam penjara seluruh negara.
    6. Rakyat Malaysia semakin selesa menunggu giliran membeli nombor ekor.
    7. Rakyat Malaysia begitu teruja mendapatkan/menonton VIDEO SKANDAL CSL secara bersama-sama.
    8. Rakyat Malaysia bersama-sama diterajang POLIS dalam kempen mansuhkan ISA.
    9. Rakyat Perak/Kedah/Pulau Pinang dan Selongor bersama-sama membuang pimpinan zalim UMNO/BN.
    10.Rakyat Malaysia bersama-sama mengumpul derma/dana membantu mangsa Tsunami di Acheh.

    Kalau tidak kerana usaha seluruh rakyat dan bangsa yang berada di Tanah Melayu masakan British nak bagi KEMERDEKAAN. Kalau tidak kerana kesanggupan rakyat berbilang bangsa di Sabah dan Sarawak untuk hidup saling hormat menghormati masakan mampu negara MALAYSIA terbentuk pada 16 September 1963.

    1Malaysia Najib….MENANAM TEBU DI BIBIR MULUT. TIN SADIN KOSONG CAP DACING.

    Apakah golongan yang menyokong MEMBABI BUTA konsep 1Malaysia Najib ni bukan BODO NAMANYA. Apakah segenap ruang dan perlaksanaan sesuatu dasar atas konsep 1Malaysia Najib ni bukan BODOHISME NIATNYA. Sejak dari dulu lagi rakyat negara ini hidup saling hormat menghormati dan saling bantu membantu kini seolah-olah BARU SEKARANG nak dilaksanakan. Bukankah itu BODOHISME Namanya ?

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Betul kata kau wan. Patut bibir dia merah.

    Reply

  8. 8 tebuan madu Dec 18th, 2009 at 3:02 pm

    KALAU SAYA JADI PM SAYA NAK KEMUKAKAN GAGASAN MALAYSIA SEJAGAT.

    Reply

  9. 9 zul Dec 18th, 2009 at 7:56 pm

    Wan Simunjan.,
    Yang Bodoh Dan Mambabi Buta Adalah dari awak sendiri. Tak dapat membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Inilah padahnya apabila akal yang cerdik itu telah dibiarkan berkarat.
    Memang kelazimannya apayan baik dilaksanakan oleh kerajaan itu menjadi buruk dimata pembangkang. Bagaimana jika yang melaksanakan itu DAP ( konsep malaysian malaysia) adakah ianya baik untuk anda?
    …………..
    Penulis adalah seorang yang bijak akan tetapi tidak menggunakan kebijaksanaannya dengan cara yang terbuka. Mengapa mesti dipandang konsep PENERIMAAN dari sudut yang negatif. Adakah kerajaan sekarang masih lagi mengamalkan sistem pecah perintah. Kalau setakat UMNO untuk MELAYU, MCA untuk CINA, MIC untuk INDIA itu bukan pecah perintah namanya. Ini sistem kepartian mengikut kaum agar senang untuk ditadbir. Jadinya taklah bercelaru.

    Teras 2- Kenegaraan
    Apakah yang boleh kita fahami dari tajuk itu sendiri.Apakah perlu kerajaan melayani permintaan-permintaan yang tak sepatutnya diminta? Adakah kita yakin seseorang yang telah kekenyangan diberikan makanan yang baik tidak akan meminta lagi. Selagi manusia itu bernafsu maka permintaan demi permintaan akan terus diajukan. Bagi mereka yang kelaparan bukan kerana tiada makanan tetapi tak mahu makan. Oleh itu adakah kerana mereka tak mahu makan maka kerajaan yang mesti dipersalahkan ?

    Keaddilan sosial
    Apakah keengganan graduan luar negara pulang kemalaysia maka kerajaan dipersalahkan? adakah itu dinamakan keadilan? Itu hak mereka. Kalau dah taknak berkhidmat untuk negara mengapa perlu dipaksa. Masih ramai lagi rakyat malaysia yang tahu mengenang jasa.
    Hak Keistimewaan Orang Melayu tak perlu dipersoalkan. Itu memang dah termaktub. DAP memerintah.. yang pertama sekali dibuat ialah menghapuskan hak2 orang melayu..Contoh :- Adakah dengan mengagihkan bantuan kepada orang melayu di tokong boleh dikatakan
    keadilan sosial?
    Walaupun UMNO telah memperjuangkan dan memewahkan orang-orang melayu tak semua yang tahu menghargai dan mengucapkan terima kaseh.
    UMNO/Kerajaan tidak akan dapat memuaskan hati semua orang dan itu adalah hak masing-masing. Mereka mungkin akan kembali kepada kerajaan walau pun tidak melalui parti tetapi melalui UNDI.

    Nilai 1 Budaya Cemerlang
    Dengan menghina seseorang dengan kata kata yang hina memang mudah.Akan tetapi dimana kesahihannya.Pemikiran yang cerdik janganlah dijumudkan. Takut nanti menjadi Bebal macam MP yang gagal menghadirkan diri baik dari BN mahu pun dari PR. Kecemerlangan yang sepatutnya diraikan dilepaskan begitu sahaja.
    Anda memperkatakan BN merompak HAK rakyat Perak.Dimana kebenaranya.
    Cukupkah dengan mengatakan ADUN yang keluar dari PR telah dibayar oleh BN. Barisan Nasional tidak berdemonstrasi apakala negeri2 dibawah pemerintahannya tewas dalam PRU 12. Mereka menyerahkanya dengan redha. Mereka menerima kekalahan dengan lapang dada. Tidakkah itu salah satu budaya cemerlang?
    Apabila ADUN 2 keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional yang mana telah menyebabkan PR disingkirkan secara hina dari pemerintahan Negeri Perak, mengapa tak boleh nak terima? Kalau dah sokongan majoriti dah tak memihak kepada PR, serah tugas sahaja lah.
    Berbudaya Cemerlangkah PR apabila bersidang dibawah pokok?
    Berbudaya Cemerlangkah PR apabila penyokongnya baring diatas jalanraya menghalang kereta Pemangku Sultan.
    Adakah Demonstrasi itu satu budaya cemerlang?
    Fahamilah erti sebenar Budaya Cemerlang itu sendiri.

    Nilai 2 Ketabahan
    Kerana ketabahan lah Barisan Nasional Terus Memerintah.Walau dihina dicerca dimakihamun disaman atau apa sahaja tekanan yang diberikan mereka terus tabah menghadapinya.

    Nilai 3 Rendah hati
    Kerana adanya rasa rendah hati , maka perkongsian kuasa masih lagi diamalkan.

    Nilai 4 Penerimaan
    Adakah Sdr Khairy memberontak kerana tidak diberikan jawatan dalam kabinet? Pernahkah Sdr Khairy mengeluarkan kenyataan tidak puashatinya terhadap perlantikan dato mukhriz? Kerana adanya penerimaan yang baiklah maka ini semua boleh terjadi. Tidak timbul soal kerajaan membelakangkan rakyat.Tak payahlah dipertikaikan soal penerimaan dalam Barisan Nasional.
    Yang tak reti arti penerimaan adalah PR di Perak. Ditendang keluar tapi tak dapat terima

    nILAI 5 iTEGRITI
    Integriti POLIS tidak dihargai apabila menembak mati penjenayah. Integriti POLIS di kecam apabila indeks jenayah meningkat. Jadi kalau penjenayah dipertahankan jangan persoalkan integriti POLIS.
    Salahkan diri sendiri apabila polis bertindak terhadap mereka yang berarak macam orang gila. Mencegah adalah lebih baik dari mengubat.
    Integriti SPRM diperlekehkan hanya kerana tidak memihak kepada pembangkang sehinggakan mati terjun bangunan pun Integriti SPRM dipersoal.
    Mempersoalkan Integriti orang lain adalah mudah. Perlaksanaan untuk meningkat Integriti bukanlah kerja mudah.Faham-fahamkan lah.

    Nilai 6 Kesetiaan
    Berbaik semula ke ISU Negeri Perak. Yang tak setia bukannya dari Barisan Nasional. Yang keluar dari parti pun tak boleh diklasifikasikan sebagai tak setia. Mereka ini sebenarnya dah tak dapat membohongi diri sendiri. Mereka dak tak dapat menerima konsep PR. Di Perak sebelum 3 orang dari pr keluar parti siapa dulu yang terlebih dahulu melompat? BN melompat ke PR. Masa tu semua pemimpin kata boleh , bagus, dan segala pujian untuk YB BN yang pergi PR. Tapi apabila Dia lompat semula dan bawa bersama 3 orang lagi kenapa semua mempertikaikan?

    Nilai 7 Meritokrasi
    Dasar Ekonomi Baru bukan sahaja menguntungkan orang-orang melayu sahaja.DEB sebenarnya menguntungkan semua bangsa.Cuma kelebihan dan keistimewaan shj untuk org melayu.
    Dalam soal Syurga dan Neraka…Tak semestinya orang baik kesyurga dan orang jahat keneraka..Kena fahami dgn lebih mendalam lagi.
    Apa yang dapat disimpulkan dari tulisan sdr hanyalah untuk mengucar kacirkan pemikiran orang-orang melayu.

    Kesimpulannya adalah mudah . Pengamalan kefahaman pemikiran politik yang sempit dan tidak terbuka maka rencana-rencana seperti ini timbul. Oleh itu bersikap rasionallah sikit. Tak semua yang dilaksanakan oleh pemerintah itu tak baik dan tak semua yang dirancang oleh pembangkang itu baik. Ada pro dan ada Cont..

    Reply

    tieeya Reply:

    betul tu saya setuju! apa yang dilancarkan oleh kerajaan sebenarnya adalah untuk menyatupadukan semua kaum yang mungkin tak sependapat seperti yang amat berhormat pembangkang tu. tak baik nak buruk sangka kepada pihak kerajaan. seharusnya, walaupun anda seorang pembangkang kita tidak wajar meletakkan yang negatif sahaja kepada pihak lawan. seharusnya kita bersaing secara sihat dan tidak busuk hati sesama sendiri. jadi, saya cadangkan anda yang menulis blog ini banyak-banyakkan bersabar jika terguris perasaan kerana kerajaan. lebih baik kita bersatu bersama-sama dalam membangunkan negara. ikutilah konsep 1 Malaysia.

    Reply

  10. 10 Mohamad Dec 21st, 2009 at 2:29 pm

    Peristiwa Pilihanraya ke-12, ia bukannya kerana keterukkan Barisan Nasional, tetapi sikap politik kotor pembangkang yang memainkan isu-isu perkauman membawa ke pada berlakunya hal ini. Selain kelemahan pentadbiran Tun Abdullah yang mentadbir secara skema dan dipengaruhi oleh geng tingkat 4 dengan idea-idea pelik hingga merugikan negara telah menyebabkan musibah berkenaan kepada Barisan Nasional. Tetapi kini dibawah pimpinan Datuk Seri Najib, ianya sedang diperbaiki dan ditambah baik untuk merawat penyakit yang menyerang semasa pentadbiran Tun Abdullah. Sokongan rakyat kini telah beralih arah semula kepada Barisan Nasional selepas pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri tadbiran mereka tunggang langgang disebabkan tidak mahir mentadbir dan mentadbir berdasarkan populariti tanpa mempedulikan kesan jangka panjang. Isyarat telah diberikan di Manek Urai dan Bagan Pinang, selepas ini, semua negeri dalam Pesekutuan Malaysia akan beralih ke Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan rebah jika tidak merubah sikap menjadi pihak yang berhemah dan tidak bertindak melulu hingga menyusahkan ramai pihak. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Mohamad Jr Reply:

    SebelUM PRU12, “Kita RRAWAT Kelantan!!!”(TV3)
    NO

    SelePAS PRU12, “Kita akan merawat keadaan Barisan Nasional”(TV3)
    Disokong pula kenyataan Mohamad di atas: (Tetapi kini dibawah pimpinan Datuk Seri Najib, ianya sedang diperbaiki dan ditambah baik untuk meRAWAT penyakit yang menyerang semasa pentadbiran Tun Abdullah.)

    Hujah saya, kenapa baru sedar? Kalau dah sedar pun, masih tak nak mengaku lemah… Ingat! Abdullah jadi PM, selepas itu menang besar dalam PRU. Najib dibayangkan jadi PM, selepas itu kalah besar dalam PRU. Kalau awal-awal dah merundum, payah untuk naik mendadak semula. Jadi, jangan la bercerita macam naik mendadak.

    Kalau Mohamad kata semua itu salah Abdullah, nampak sangat Mohamad tak suka Islam, sebab menolak idea tingkat 4 iaitu ‘Islam Hadhari’ bawaan Abdullah. Kami pula nak memperbetulkan KONSEP Abdullah supaya menjadi Hadharah Islamiyah.

    Reply

  11. 11 Mohamad Dec 21st, 2009 at 2:41 pm

    Kepada En. Wan Simunjan, siapa yang tanam tebut dibibir? Mana janji-janji Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor? Mana dia negeri kebajikan jika sewa rumah murah untuk golongan susah dinaikkan? Mana dia pembelaan untuk Kg. Buah Pala? Masa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Gerakan, penduduk diberikan pampasan dan bantuan untuk mencari kediaman baru, tapi masa Pakatan Rakyat berkuasa, apa yang mereka buat, ambil duit premium RM 2 juta, tapi penduduk dibiarkan tanpa pembelaan, nasib baiklah Barisan Nasional memberikan perhatian terhadap penduduk meskipun penduduk tidak mengundi Barisan Nasional sebelum ini. Mana dia Adun Bukit Gelugor, Y.B. Karpal Singh? Di parlimen, berdegar-degar berhujah itu dan ini, tapi di parlimen sendiri, penduduk Kg. Buah Pala diabaikan, sikap apakah ini? Selain itu janji Pakatan Rakyat untuk beri bantuan RM 1000 bagi isirumah yang berpendapatan kurang dari RM 1500 sebulan, entah ke mana lesapnya, bukan setakat RM 1000, satu sen pun tak bagi. Begitu juga di Selangor, janji nak berikan RM 1000 pada pelajar yang dapat masuk universiti, tapi satu sen pun tak bagi, macam-macam alasan diberikan oleh mereka. Itu baru sikit banyak lagi janji manis yang dibuat-buat lupa oleh Pakatan Rakyat seperti isu pembiayaan kanak-kanak tadika di Selangor, isu Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, isu agama di Selangor dan macam-macam lagi. Fikirlah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd penganjur dan rakan2 London-sokongan memberansangkan.#fb
3 hours ago
anwaribrahim: Univ Lect:ybTeng;ybMalek began-Selangor,Penang issues.My presentation:issue of governance,national unity,loss of competitiveness.#fb
3 hours ago
anwaribrahim: Ziarah Hashir Faruqi,bekas editor Impact,selepas pembedahan jantung;bersama aktivis Islam KamalHelbawi.Doa sembuh #fb
9 hours ago
anwaribrahim: BBC:with ZeinabBeidawi-tough intelligent quests.Later brief discussions on Sudan,Afghanistan #fb
10 hours ago
anwaribrahim: London:terharu dgn kenyataan sokongan ProfAmatyaSen "serangan biadab terhadap sdr";"harab sdr berjaya".#fb
10 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031