Archive for December 16th, 2009

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas. (more…)

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysian Insider

Oleh Shen Yee Aun

Perdana Menteri Malaysia keenam Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah melaungkan dan memperkenalkan konsep 1 Malaysia dari hari pertama beliau berkuasa sehingga hari ini. Laungan ini terus diulangi di mana-mana sahaja. Semasa saya mewakili Universiti Malaya untuk Debat Perpaduan 2009 yang berlangsung di Unimas, Sarawak pada 19 hingga 23 May 2009 dan berjaya menembusi peringkat akhir Debat Perpaduan 2009 dan pada ketika itulah saya mengenali konsep 1 Malaysia dengan lebih luas dan terperinci. Hal ini disebabkan saya terpaksa bertungkus lumus mencari dan menganalisis fakta. Lebih-lebih lagi terdapat banyak usul yang berkaitan dengan konsep 1 Malaysia.

Dalam konsep ini terdapat tiga teras utama yang ditekankan oleh Najib iaitu Penerimaan, Kenegeraan dan Keadilan Sosial. Ketiga-tiga teras ini pula akan diperkukuhkan dengan tujuh nilai yang diperkenalkan. (more…)

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

SYARAHAN PERDANA

Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Oleh Ulama Tersohor

Sheikh Yusuf Al – Qaradhawi

Di Masjid Negeri Shah Alam

(MASJID SULTAN ABDUL AZIZ SYAH)

SABTU, 19 DISEMBER 2009

Program Bermula Dengan Solat Maghrib, Seterusnya Pengenalan Oleh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh Amin Ahmad*

Saya tidak pasti sama ada untuk mengatakan ya atau tidak kepada usaha kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan berhubung latihan pegawai dan pelajar di bawah kuasa negeri itu untuk ke kursus seliaan Biro Tata Negara.

Semasa masuk ke universiti dulu, suasana politik Malaysia masih bergolak berikutan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Justeru, dikhabarkan oleh senior di kampus bahawa semua mahasiswa wajib mengikuti kursus BTN sebelum mereka bergraduat. Malah di universiti, ada persatuan yang rapat dengan BTN di mana mereka berpeluang menggunakan dana BTN untuk aktiviti persatuan di samping menyelitkan modul-modul ceramah BTN yang wajib sebagai syarat pelepasan peruntukan ini.

(more…)