Dari Malaysian Insider
Oleh G Manimaran
Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam. yang sedang “diburu” pihak berkuasa berhubung pendedahan rakaman temu ramah terbaru berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, menyatakan kesediaan untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesediaan itu dinyatakan dalam surat yang dihantar kepada suruhanjaya itu minggu lalu.
Surat dihantar kepada SPRM beberapa hari selepas Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin diambil keterangan oleh pegawai bahagian siasatan Penguasa Abdul Rahman Bachok pada Dis 4 lalu.
Surat itu dialamatkan terus kepada Abdul Rahman.
Dalam surat itu, Americk Sidhu yang bertindak sebagai peguam kepada Balasubramaniam (gambar) berkata, Subramaniam telah melahirkan hasrat itu agar dimaklumkan kepada SPRM.
“Saya telah difahamkan bahawa anda mahu menemu bual Balasubramaniam berhubung aduan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar Mohd. Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan) pada Dis 3 2009.
“Dalam hubungan ini saya telah diarahkan untuk memaklumkan anda bahawa Balasubramaniam bersedia untuk membantu anda dalam siasatan anda dan bersedia untuk ditemu bual oleh anda sendiri,” kata beliau dalam surat itu yang salinannya diperoleh The Malaysian Insider.
Surat itu turut dimuatkan dalam blog Shamsul Iskandar.
Pada Dis 4 lalu Shamsul Iskandar yang membuat laporan dan menyerahkan rakaman temu ramah Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak kepada SPRM.
Balasubramaniam membuat pengakuan itu pada satu wawancara dengan tiga peguam terkenal di Singapura baru-baru ini.
Dalam perkembangan terbaru, selepas portal-portal utama menyiarkan temu bual itu selepas Raja Petra Kamarudin menyiarkan secara bersiri beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.
Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam surat dihantar kepada SPRM, Balasubramaniam mengenakan enam syarat antaranya temu bual harus dikendalikan di Singapura ataupun di London.
Selain itu, masa dan tarikh temu bual perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak terlibat, kesemua kos penerbangan ditanggung oleh SPRM termasuk yang membabitkan peguam mengiringnya dan begitu juga kos penginapan, sara hidup dan pengangkutan pihak-pihak terbabit.
Dua syarat lain ialah sebarang kenyataan dirakamkan daripada Balasubramaniam hendaklah dikendalikan dalam Bahasa Inggeris dengan satu salinan diberikan kepada anak guamnya dan membolehkan rakaman video dilakukan.









Salam Semua.Sekiranya benar SPRM penegak keadilan yang sebenar maka wajar Detektif Bala memberikan pernyataan tersebut dengan segera.PM boleh membersihkan namanya atau sebaliknya kerana keadilan mesti ditegakan, bukan disembunyikan. Sekiranya PM menyembunyikannya rakyat akan percaya bahawa perkara itu telah dan benar berlaku.
Reply
Ramalan saya, Bala akan jatuh mati sendiri di bilik air SPRM nanti.
Saya rasa, “bunuhan sendiri” adalah lebih mudah dilaksanakan di bangunan SPRM berbanding dengan di luar jalanraya Malaysia.
Reply
yes, anything to deal with be end must be in singapore or elsewhere.
Reply
lurus bendul Reply:
December 15th, 2009 at 10:25 pm
Kat singapore!!!??? sama ada bala jadi Natrah part 2 atau Manohara part 2. apa yang kita binbang Bala akan ditukar dengan Pasir atau Pulau pisang!! he !! he!!. UMNO segalanya mungkin!!! jalan terbaik kat Ulan bator!!.
Reply
Saya setuju sangat jika beliau berjumpa dengan SPRM untuk melaporkan salah laku yang telah dilakukan. Tetapi buat En. Bala, anda perlu nyatakan kebenaran dan bukannya kepalsuan untuk memburukkan kerajaan. Anda mempunyai maruah En. Bala, jangan biarkan maruah anda tergadai kerana parti politik. Saya tak kisah kalau Datuk Nazir Razak ditangkap sekiranya beliau memang bersalah, malahan jika Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bersalah sekalipun, saya amat bersetuju jika mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tetapi kalau mereka bersalahlah, dan saya menunggu-nunggu kebenaran tersebut.
Kepada En. Ken, jangan serkap jarang sangat, kes sebelum ini, Pakatan Rakyat juga boleh disyaki berdasarkan perkara-perkara yang belaku sebelum kematian saksi kes berkenaan. Bagi saya SPRM dijadikan kambing hitam untuk mengelakkan mereka yang terlibat ditangkap, kesannya Pesuruhjaya SPRM terpaksa meletak jawatan dan kerajaan terpaksa berhapan dengan tohmahan dan fitnah yang macam-macam. Tetapi tidak apa, kebenaran akan terungkai juga akhirnya. Saya amat menunggu-nunggu kehadiran hari berkenaan di mana kebenaran akan terungkai dan akan tahulah siapa yang besalah dan bersikap musang berbulu ayam berkenan. Sekian, terima kasih.
Reply
razack Reply:
December 16th, 2009 at 11:14 pm
Bravo mohamad saya pun tidak sabar menunggu saat kebenaran itu…amin
Reply
Altantuya will continue to haunt them until justice is served. Credit to all involve for their efforts and sacrifice. I’m sure this time everything is being well planned. They are not getting out of this I think. Let’s see what idiotic reasons they have this time, got new boss maybe better.
Reply
It’s all written on the wall, the reactions of jib’s brother, rosie and jib’s defeaning silence. Common jib, someone is accusing you guys and you stand doing nothing. At one time even the name Altanyuna cannot be even mentioned.I guess not only Malaysia but the whole world is laughing.
Reply
YB DSAI,
Bala now in danger.He is out there somewhere in India.This Deepuki toyboy has his hand in India as we already know true Balas statement. He can pay some cash to gangsters in that so called country and put Bala to sleep.That country is known for these kind of activities.Im an Indian i knew the country well.
Bala must stay in some other country where tis fellow cannot harm him.If Bala doent exist than The Malaysian Academy of Corrupted Crook will say case close . No witness and evidence.Im they are working on it now already.
Bala must not step in this country until the Goverment change.But make sure Bala never take another UUUUUUUUUU turn after the Deepuki pay him all the balance money.
Reply
Dua tertingal “masa rakaman dipastikan waktu pejabat” dan rakaman di adakan di ground floor “bukan dari tingkat 14″. Rakyat Malaysia teruma dengan perkara ini.
Reply
Yes in S’pore and not in Malaysia if we want to see Justice & Security in place for everybody Safety…but however if they want to get you and capable of doing so…Si Bala safety and security is still Not Guarantee. If there is Any Insurance Company would accept his Safety Policy…I would like to purchased the policy at any amount the premium may Cost.
Good Luck and Take Care…To Everybody Who Are Involved.
For The Better Good Of Malaysia…God Bless You All !
Reply
Molek sangatlah tu. Berilah keterangan walau dimanajua tempat. Yang salah tetap salah tak boleh di benarkan. Kita biarkan kebenaran terungkai.
Kalau dah dasarnya pembelit tu pembelitlah juga..Macam ular walau diajar lurus macamana pun/… tetap bengkang-bengkok juga.
Reply
Apa yang dikuatiri apabila BALA menerima lebih dari pemberian pemulaan, berjuta berjuta, atau ugutan yang menakut dan mengerikan, maka jadilah macam bekas pemimpin pemimpin PKR yang lompat ke ke BN.
Maruah tidak ada apa lagi asalkan senang sementara.
Reply
apa akal SPRM? saya pastu SPRM tidak kurang akal atau hilang akal. kita tau objektif SPRM untuk menyelamatkan tuannya, taulah apa yang ia nak buat. saya tak fikir kalau SPRM sanggup melakukan siasatan secara telus intergeriti dan profisonal… atau terpaksa manghadapi tindakan pecat dari jawatan seperti yang diterima oleh hakim-hakim yang tidak mengikut telunjuk UMNO-BN
Reply
wld2073 Reply:
December 16th, 2009 at 11:22 am
jgn mcm tu
Reply
berani krn benar…..org berjuang hinnga keakhirnya unt kebenaran tapi bala lari menghadapi kenyataan….fikir fikirkan lah…..
Reply
Apa ini En. Tebuan Madu, anda menggelabah tak tentu pasal sampai menyengat orang yang tidak bersalah pula. Siasatan yang dijalankan adalah telus dan bertanggungjawab, orang yang menjalankan siasatan itu sendiri sedar yang dia mendapatkan rezeki dari kerja siasatan tersebut. Maka dia hendaklah menjalankan kerja siasatan dengan betul supaya rezeki yang diperolehinya halal. Mereka yang menjalankan siasatan berkenaan lebih tahu tentang tatacara mengendalikan siasatan berkenaan, jadi tak payahlah anda yang tak tahu apa-apa berkenaan hal tersebut gatal mulut nak menuduh itu dan ini. Kalau suruh anda buat siasatan tersebut nanti, anda sanggupkah? Macam mana anda nak kendalikan sesi siasatan tersebut yang selalunya dalam keadaan tegang tetapi perlukan kesabaran? Anda boleh jaminkah yang anda tak akan sakiti suspek yang mencabar emosi marah anda dengan tingkah laku buruk beliau? Kalau anda mampu lakukannya, maka syabas pada anda, anda layak jadi Pengerusi SPRM dan Ketua Polis Negara sebab boleh sabar sampai tahap begitu bila anda dimaki hamun dengan kata-kata kesat dan lucah, selain anda terpaksa berhadapan dengan pihak-pihak yang berdemontrasi hingga mengancam keselamatan negara dan merosakkan harta benda awam? Adakah anda dengan tenang akan memberikan penjelasan ini terhadap pihak atasan anda dan masyarakat? Apakah anda dapat berbuat mengikut teori hak asasi manusia yang tak berpijak di bumi nyata itu, macam mana anda nak berikan penjelasan jika selama bertahun-tahun anda tak dapat selesaikan satu kes, malahan kes lain berlambak-lambak tertunggak? Jangan suka-suka hati memperlekehkan dan mempertikaikan keupayaan orang lain sekiranya kita tiada keupayaan untuk bertindak lebih baik. Semoga anda meneliti tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.
Reply
shagrath Reply:
December 16th, 2009 at 6:10 pm
en mamat parang tompol….komen anda terlalu berbelit-belit dan tidak menuju ke matlamat asal…
kalau betul anda masih menggunakan akal anda dan maruah diri anda berada ditempat yang sebaiknya mari kita lihat beberapa persoalan secara terperinci dlm kes saudara TBH ini.
1) Kenapa tiada sebarang cap jari ditemui di tingkap yg disyaki jatuhnya mendiang…?
apakah pegawai forensik yg menjalankan tugas memang tidak jumpa kesan cap jari mangsa di tingkap tersebut kerana meraka berkata tiada bukti cap jari ditemui di kawasan tersebut….
oleh itu masih bolehkah di sahkan MANGSA MEMANG JATUH dr tingkap….
2) Kenapa mayat2 mangsa2 yang jatuh dari bangunan lebih dr 5 tingkat selalunya di basahi darah yg terpercik sana – sini…sedangkan mayat saudara TBH masih dalam keadaan cantik dan darah tidak memenuhi kawasan berdekatan seperti kebiasaannya…?
atas bukti apakah yg pegawai SPRM mendakwa mangsa jatuh dr tingkat 14 ke tingkat 7 sedangkan tiada bukti mangsa jatuh dari tingkat 14…kenapa meraka beiya-iya benar menyatakan mangsa memang jatuh dr tingkat 14…DAN boleh buat kesimpulan mangsa membunuh diri
3) Apakah penyelewengan sebanyak rm 2500 (masih belum terbukti )boleh membuatkan seseorang bertindak tidak waras dengan membunuh diri dan bertengkar dgn rakan sendiri .kalau anda menyeleweng sebanyak rm2500 sanggupkah anda membunuh diri atau membunuh rakan anda hanya rm2500 tersebut yg tidak sampai separuh pun gaji anda…..
4) kenapa pakar pembedahan forensik tempatan tidak jumpa kesan cerut di leher mangsa sepertimana yg dijumpai oleh pakar dari thailand dr porntrip…sedangkan bukti itu amat jelas dimata dr porntrip…
cik mamat …segala butir2 diatas jika diteliti memang ada kewajarannya kes ini hendak ditutup sebagaimana kes saudari Norita samsudin sebelum ini….ini kerana pembunuh sebenar masih bebas hingga ke hari ini kerana bukti DNA pembunuh itulah yg menyatakan bahawa beliau adalah orang terakhir bersama saudari NORITA….sedangkan orang yang ditangkap tidak dapat dibuktikan bersalah….adakah ini ulangan dari kes tersebut yg sehingga kini masih tidak dapat dicari pembunuh yg sebenarnya…walaupun DNA pembunuh tersebut sudah diperolehi tapi masaih gagal menangkapnya…inilah keupayaan yang dipertikaikan wahai cik mamat
Reply
razack Reply:
December 16th, 2009 at 11:20 pm
biasala dah namanya kroni mestilah sentiasa menyokong tuannya kan…kalau tak mana lg nak dpt hasil ya la apa nak takut takkan sprm nak siasat….
Reply
haji mokhtar Reply:
December 17th, 2009 at 8:07 am
En mohd,kalau tak sanggup pikul bebanan kerja dan tak larat dengan tekanan…berenti kerja duduk umah baca buku,ada masa lapang pergi la makan angin ngan keluarga ke memancing atau pun berkebun.awak tak sakit kepala,duit rakyat tak abis.dari awak bekerja tapi tak iklas buat ape kan.baik berambus je.awak ingat nak kerja yang senag je,sendiri jadi boss.tu pun kalau menyenangkan.
Reply
Mereka ni semua bukanya tahu etika kerja. Yang mereka tahu hanya salahkan orang lain sahaja. Mereka ingat nak sediakan kertas siasatan tu macam buat karangan kat sekolah ke?
Reply
haji mokhtar Reply:
December 17th, 2009 at 7:53 am
saudara zul..yang salah tetap salah.kalau nak pertikaikan urusan kerja sendiri yang telah diamanahkan dan dibayar gaji oleh rakyat baik berenti je keje tu.bekerja ni bukannya perlukan tanggungjawab je,yang penting AMANAH duit yang dimakan sekeluarga tu duit rakyat.bukan duit umno ke atau pkr.ada aduan siasat..jangan pilih pilih,ini yang dipersoalkan oleh rakyat.cukai yang dibayar selama ini la yang menanggung semua urusan kerajaan,awak ingat gaji yang diterima tu dari parti parti politik ke.
Reply
zul Reply:
December 20th, 2009 at 3:45 am
Tuan Hj Mokhtar,
Minta maaflah , saya bukan orang sebagaimana yang awak jangkakan. Saya bekerja tanpa tuan.Maka apa yang saya dapat adalah dari hasil usaha saya sendiri. Bukan dibayar oleh parti atau pun pencen bulanan.
Reply
Kalau dah dibudayakan dengan nilai kerja tanpa etika maka semuanya akan menjadikan tugas dan amanah Allah tu menjadi tidak baik dan menimbulkan keburukan kepada masyarakat.
Macam mana nak salahkan rakyat atau menidakkan persepsi rakyat kalau BUDAYA AMPU DAN BODEK sudah dijadikan amalan untuk mendapatkan pangkat, kedudukan dan gelaran. Malah BUDAYA AMPU inilah dijadikan tiket untuk mendapatkan kesenangan dan kekayaan di kalangan sektor awam.
1. Menteri RASUAH, kalau kuat AMPU selamat sampai pencen.
2. Pegawai kerajaan kalau kuat AMPU cepat benar naik pangkat.
3. Pegawai kerajaan kalau jadi KAKI ADU sampai mati pun kena tekan.
4. Rakyat bila buang pemimpin BURUK kerajaan dengan pemimpin baru dalam pilihanraya DIANGGAP bodoh dan hak mereka dirampas dan disekat.
5. Semua perkara berkaitan PM Malaysia TIDAK BENAR dan PRASANGKA BURUK walaupun BUKTI telah nyata di depan mata. Kalau PM Malaysia suruh orang selak jobo pun betul.
Selagi Msia diperintah / dipimpin oleh UMNO tak usahlah rakyat nak mengharapkan keadilan dan kejujuran dalam hidup mereka. RASUAH DAN BODEK SUDAH SEBATI DENGAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN UMNO/BN. Nak lihat keburukan dan ketahui kebenaran BUANG PEMIMPIN UMNO/BN GANTI DENGAN PAKATAN. PASTI AKAN TERBONGKAR SEGALA RASUAH DAN PENIPUAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN UMNO/BN NI.
Reply
sprm x bersedia jumpa bala.
Reply
Iyalah tu En. Wan Simunjan, Barisan Nasional ini zalim, tak lama lagi kamu dan penduduk kampung/taman perumahan kamu akan dihalau dan harta benda anda dirampas oleh Barisan Nasional. Kalau betul Barisan Nasional jahat dan keji dah lama perkara yang saya tuliskan itu berlaku, tapi anda dan penduduk kampung/taman perumahan anda masih menetap di situ dengan aman damai, tiada peras ugut dari Pehin Sri Abdul Taib atau Datuk Seri Abang Johari atau Tan Sri Alfred Jabu atau Datuk Dr. George Chan. Kamu merendah-rendah kepimpinan negeri kamu, tetapi mereka lebih berjasa pada Sarawak berbanding kamu. Paling kurang mereka membawa kemodenan kepada penduduk Sarawa, tapi apa yang anda sumbangkan untuk Sarawak? Anda sepatutnya bersama-sama dengan kepimpinan negeri untuk memajukan Sarawak, bukannya bersubahat dengan pihak yang tamak kuasa untuk memusnahkan negeri anda sendiri. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Ron, SPRM tak sedia jumpa Bala atau Bala sendiri yang bimbang kenyataannya bercanggah denan Kumaresan sebelum ini? SPRM bila-bila masa sedia jumpa beliau untuk siasat kes Altantuya, Deepak Jaikishan, RM 50 juta, Datin Seri Rosmah, Datuk Nazir Razak dan Perdana Menteri. Semoga kebenaran akan muncul nanti, lihatlah siapa penipu dan pembohong sebenarnya. Sekian, terima kasih.
Reply