USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN 18(1)
Saya, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] akan mencadangkan.
“Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan ini membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang menunjukkan kejatuhan ketara pendapatan Petronas sebanyak RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas yang diumumkan semalam yang menjejas kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 Negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini sekarang.”
Petronas telah mengumumkan laporan kewangan setengah tahun pertama tahun 2009 (1 April 2009 hingga 30 September 2009) semalam, 9 Disember 2009. Daripada intipati laporan ini pendapatan Petronas telah jatuh dengan begitu ketara, RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas.
Dalam belanjawan 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendapatannya daripada cukai dan dividen Petronas. Laporan Kewangan Petronas yang diumumkan semalam menyebabkan bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan sekarang tidak lagi sesuai dan perlu diubahsuai untuk mengambil kira kedudukan kewangan semasa Petronas.
Oleh kerana kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendaptannya daripada cukai dan dividen Petronas, maka bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Ia melibatkan perbelanjaan dan perbekalan oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Ia juga menjejas warga peniaga yang berurusan dengan Petronas dan pengguna hasil keluaran Petronas.
Laporan kewangan Petronas ini mencemaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 negara yang perlu dibahas dengan segera. Ia bukan sahaja melibatkan kejatuhan pendapatan tetapi juga cukai, dividen, pelaburan semasa dan masa depan, kedudukan rezab carbon baik dalam dan luar Negara, dan strategi kerajaan dalam mengolah masa depan ekonomi. Kerajaan perlu mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak baik penyokong maupun pembangkang dalam menangani krisis ini.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


















Mendaknya keuntungan Petronas adalah kehendak UMNO BN yang mana Petronas dibebankan dengan subsidi GAS kepada IPP (Pengeluar tenaga Bebas) YTL Power,PowerTek Melaka, Genting Power,Malakof, dan banyak lagi. Ingakkan Subsidi hanya pada Rakyat mmiskin rupanya si kaya raya pun dapat subsidi!!
Permerintahan UMNO BN menuju ke alam karut!! Kekayaan negara di salurkan kekenalan UMNO BN, inikah yang dikatakan Rakyat didahulukan!!!!!!
Akibat dari pelindungan keatas IPP Rakyat menangung bebanan Tarif eletrik dan kemerosotan keuntungan Petronas ada lah akibat pelacauwan yang UMNO BN.
Kekayaan Negara berlegar disaku pembesar UMNO BN dan Keroni mereka, kekesalan serta lambang berkerutnya dahi peminpin UMNO tidak kelihatan telok kemang negeri sembilan, bukit melawati di selangor, pantai aceh, dan menara alor setar kedah darul aman. UMNO kaki busuk!!!!!
Reply
Zabidie Abas Reply:
December 15th, 2009 at 12:23 pm
http://amkj.blogspot.com
Kian ramai pimpinan UMNO-BN mempertikaikan pentadbiran dan pengurusaan dana negara. Terbaru lontaran keras Y.B Tunku Razali Hamzah mengenai royalti minyak di Kelantan.
Sudah pasti kerajaan BN menghianati perjanjian yang dimeterai pada tahun 1974.
Pembongkaran penyelewengan projek di Selangor pula tiada seorang pun pimpinan UMNO-BN menafikannya.
Lebih mengecewakan tiada siasatan daripada SPRM dan Polis . Pihak berkuasa berpeluk tubuh dan membiarkan penyelewengan berlaku.
Jika arus bertiup kencang beberapa pimpinan UMNO-BN ingin menyertai PKR, ia sepatutnya perlu berlaku.
Tindakan tersebut bukan untuk memperkuatkan PKR atau membalas dendam, tetapi ianya perlu bagi menunaikan hak rakyat marhaen.
Dikatakan sudah ada persetujuan sulit untuk melantik Khairi Jamaluddin untuk menyertai kabinet 1Malaysia.
Ia jelas memperlihatkan Datuk Seri Najib Razak ingin menambah ‘penyamun’ di Putrajaya.
Reply
M&M Reply:
December 16th, 2009 at 7:32 pm
SALAM DSAI,
PANDANGAN SAYA ELOKLAH KALAU DATO’ SERI DAN RAKAN2 PAKATAN DI PARLIMEN MENGURANGKAN2 SEDIKIT SERANGAN TERHADAP PETRONAS. DIKHUATIRI KELAK PENYOKONG2 PR DLM PETRONAS BERKECIL HATI LALU BERALIH ARAH MENYOKONG UMNO-BN.
PD HEMAT SAYA, YG MENJADI TUMPUAN SEPATUTNYA IALAH MEREKA YG BERKEPENTINGAN DLM PETRONAS DAN PEMEGANG2 SAHAM YG MENGAWAL URUS-TADBIR SYARIKAT TERSEBUT. KALAU NAK SALAHKAN PEKERJA2 DAN PENGURUS2, MEREKA HANYALAH GOLONGAN YG SEKADAR MENURUTI APA YG ADA DALAM MANUAL JABATAN MASING2.
DALAM PADA ITU, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYABAS BUAT DATO’ SERI DAN RAKAN2 DLM PR YG TERUS MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT KELANTAN. ADALAH SESUATU YG AMAT MENGAIBKAN JIKA ROYALTI BUAT NEGERI KELANTAN DINAFIKAN ATAU TIDAK DIBAYAR, SEDANGKAN PERKARA TERSEBUT SEWAJARNYA DIPATUHI TANPA MENGIRA SAMA ADA KERAJAAN KELANTAN DARI BN/PR ATAU KERAJAAN PUSAT SENDIRI PR/BN. KELAK DKHUATIRI PULA KERAJAAN PR MEMBUAT PERKARA YG SERUPA KPD NEGERI2 DI BWH BN SEKIRANYA BERJAYA MENAWAN PUSAT.
YANG SEDIHNYA MEDIA PERDANA TIDAK HENTI2 MELABEL NEGERI KELANTAN SBG NEGERI MISKIN. SDGKAN KEMISKINAN TERSEBUT ADALAH BERPUNCA DARI ROYALTI MEREKA YG TIDAK DIBAYAR (DLL SEBAB). BUKAN KERANA MEREKA TIDAK MEMPUNYAI WANG ATAU HASIL. CUMA MASALAHNYA HASIL MEREKA DISEKAT.
BUAT RAKYAT KELANTAN, MOGA ANDA SEMUA TERUS TABAH DAN SABAR MENGHADAPI SITUASI INI. MOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KPD MEREKA YG MENAFIKAN HAK SESAMA MANUSIA.
SEKIAN, WASSALAM.
Reply
checkmate Reply:
December 16th, 2009 at 8:43 pm
kuli sembang je…dia masih dlm umno
checkmate
Reply
wak sarji bin wak salji Reply:
December 15th, 2009 at 4:49 pm
Kebanyakan GLC dan perbadanan kerajaan di tugaskan selamat dan bantu Keroni UMNO salah satu Badan dana awam di paksa selamatkan Renung dalam isu Selamatkan Stadium Merdeka . pada asalnya RENUNG-UEM ketika itu di tugaskan menbena Stadium Bukit Jalil untuk sukan SUKOM 98 , sebagai kontranya Tanah dan Stadium Merdeka diberi pada Renung UEM. setelah terbiar oleh renung yang dah temenung apabila Halim Saad keluar dari Renung tanah tersebut tidak diusahakan, maka PNB diarahkan mengambil alih stadium tersebut.
Apa yang memeranjatkan PNB di bawah Ahmad Sarji dan Ahmad kama Mat Piah bercadang nak bena bagunan 100 tingkat???? diatas tapak tersebut! dan sedang mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah PNB. dalam pasaran harta tanah yang muram PNB mencari Nama dari wang Para pelabur dari bena Menara 100 tingkat lagi baik tapak tersebut di bena Pusat menbeli belah dan Taman Tema dalam bangunan. sekurang kurangnya dapatlah ruang niaga untuk Rakyat berniaga!! buat bangunan 100 tingkat hanya ada pada nama lihat sahaja Menara berkembar KLCC menjadi beban pada Petronas!! dari berbagai kos selangara dan sebagainya!
Ahmad Sarji kamu jangan nak buat kerja gila, kamu lupakah Projet di kampung kamu yang diusahakan oleh kamu terbengkalai Projet Universiti Komanwel di Tapah Road Perak yang mana kamu telah melarikan diri tak ingak ke??? berapa ribu ekar tanah orang kampung kamu ambil lepas tu Projet tersebut sepi!! sebuah u yang siap dengan lapangan terbang gi ceritanya!! keluasanya dari tapah ke bidor dan bidor ke langkap perak, dengan cerita sebahagian tanah tersebut di serahkan pula kepada UITM. kamu sarji jangan nak buat sesuatu lupakan Rakyat. pastikan buat Pusat pernigaan untuk rakyat bukan buat banguna 100 tingkat untuk nama para pembesar dan nama kamu sahaja!!! kamu kaki kelentong pada orang kampung kamu jangan nak kelentong pulak kat KL ni!!!! untuk makluman semua tanag arwah ibu saya turut di ambil angkara Ahmad Sarji.
Reply
fz1303 Reply:
December 16th, 2009 at 9:31 pm
ya Allah,
Kau jadikan lah hati Ahmad Sajri lembut untuk pulangkan harta yang dicurinya, jika tidak Kau pecahkan perutnya kerena kezalimannya. Amin..
Reply
kuda kepang STC Reply:
December 15th, 2009 at 10:44 pm
Janda baik, bukit tinggi dan Kuala pilah si milah!! dah kena Gempa bumi pun Wak Sarji dan che kama piah masih nak buat bangunan 100 tingkat??
Apa bangunan seratus tingkat tu kalis Gempa bumi ke??? wak oh wak mungkin guna teknology kalis gempa kut ada getah diletakan pada tiang atau pun letak tempe biji getah!! sebagai kalis gempa!! janganlah menbazir wang saham amanah rakyat!! ASB dan ASN. tak tahu berapa billion pulak akan di belanjakan untuk seratus tingkat ini!!
Buatlah pelaburan yang mendatankan manafaat kepada rakyat beli KTM ke?? Beli Astro ke?? Beli westport ke?? beli setelit measat ke?? yang buat bangunan seratus tingkat tu baut apa. kat KL ni dah berap banyak ruang pejabat kosong!! tiada panyewa sejak bertahun lampau!! selapas krisis kewangan 1998.
Reply
pakgah santan Reply:
December 17th, 2009 at 10:32 am
Bangunan MAS kat Jalan sultan Ismail yang di beli oleh PNB pun terpaksa di sewa oleh perbadanan syarikat kerajaan kalau tak bangunan tu pun kosong!!(Syarikat Perumahan Negara) ada niat nak buat bangunan 100 Tingkat gitu, sedangkan lembah kelang punya lebihan ruang pejabat yang masih tidak di sewa.
Kalau para lembaga pengarah PNB meluluskan 100 tingkat ini satu projet mega UMNO yang secara terang menbazir kan wang rakyat. ada baiknya jika tapak tersebut di bena Pusat menbeli belah dan indoor kota keriangan taklah rakyat bersusah payah panjat gunung untuk ke genting untuk bersuka ria.
serji oh sarji!! jangan nak capai langit kelak jatuh jatuh susuh!!!
Reply
tok kedehud Reply:
December 16th, 2009 at 10:14 am
Woi!!! Tan sri Halim saad bekas CEO dan Presiden Renong Bhd – orang kuat Tun Daim dan Tun Mahadey kembali semula persada niaga tempatan dengan Niat nak Beli “Jimah!! power” (IPP) sebab depa tahu Perjanjian IPP dengan TNB yang di cipta oleh TDM berat sebelah yang mana Perjanjian tersebut amat menguntungkan IPP. semua pihak gila talak untuk beli IPP. IPP bagaikan janda berhias! gitu.
Sejak Tun Pak Lah bersara Tun Mahadey naik tocang!! dan toceng!! semua Kroni TDM kempali ke Naik kepantas untuk memegang watak sebagai Proksi!!Nominis!!Runner!! dan sebagainya. nanpaknya Malaysia kembali semula ke era apa yang dipangil suatu ketika dahulu “era keronisma” yang pernah di gemburkan oleh Menteri Pertahanan kini yang ketika itu dia sebagai ketua pemuda UMNO Malaysia ‘Zahid Hamidi’.
Apakah Pakatan Rakyat sangup siarkan semula ceramah ceramah Zahid sewaktu dia menetang TDM??? mungkin tidak PR tak sebagai mana TV3 suku dan RTM. Pakatan Rakyat masih waras!
Reply
Seharusnya usul royality minyak perlu dibahaskan.Pasti ada penyelewengan yang dilindungi.Apakah rakyaat terus terusan dibohongi dan dikhianati.Ingatlah perompak wang rakyaat….dunia ini tidak kekal untuk selama lama nya dan kita yang hidup ini harus jadikan kematian mengejut raja pop micheal jackson sebagai ikhtibar.
Reply
Sometimes I feel like enough of you doing sacrifices for the people. You will not get into jail if you dont oppose the Government. I wonder why you still care about these people, and to the extent of putting yourself to shame. Will we win ? I dont think we will, they will do anything as long as they can stay in power. Fight against them, you will go to jail. I saw it myself. Think of yourself for once. Is it worth your sacrifice if you get to be called names, and insults?
Reply
Resit Rasmi Reply:
December 15th, 2009 at 1:50 pm
itu lah kebenarannya..
semoga dilindingiNya..
Reply
(Maaf Dato’ Diluar Tajuk)
FORMULA DATO SERI ANWAR TIADA SIAPA YANG KALAH
Dari Kacamata Halik Zaman:
TIADA siapa yang menang. Tiada siapa juga yang kalah dalam pertelingkahan perebutan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah. Satu formula sudah dikeluarkan oleh Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dalam melantik jawatan jawatan dalam Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah untuk mentadbirkan cabang cabang PKR di seluruh Sabah. Dilihat dari mata kasar ia mungkin dapat diterima oleh semua pihak.
Siapa pun yang menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, itu tidak penting. Paling penting ialah pencapaian kepimpinan yang membawa erti kemenangan kepada PKR Sabah, untuk itu semua pihak mesti ‘bersatu dalam satu badan kerja’ bersama membawa kefahaman ’setia kawan’ dalam satu perjuangan untuk menjana kemenangan perjuangan PKR keseluruhannya.
Dibawah kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baru, tugasnya mengarahkan kepada semua Ketua Ketua Cabang PKR seluruh Sabah untuk turun padang mendapatkan ahli ahli baru disetiap kawasan pilihanraya dan setiap Ketua Ketua Cabang PKR bertanggungjawab mengenalpasti remaja remaja tempatan membantu mereka yang berusia 21 tahun untuk didaftarkan sebagai pengundi.
Prestasi Ketua Ketua Cabang mesti diambil kira setiap bulan pencapaian mereka untuk mendapatkan ahli ahli baru, tanpa ada usaha membanyakan ahli ahli parti disetiap cabang maka ia tidak dapat merubah keputusan Pilihan Raya di Sabah pada 2008 yang lalu. Pencapaian untuk menambah ahli ahli biasa disetiap cabang menjadi nadi kekuatan PKR diSabah, ini adalah tanggungjawab Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri untuk mengawasinya.
Kalau semua berjalan lancar tanggungjawab pengerusi maka baru bisa bicara pasal kemenangan pilihanraya. Tanpa ada usaha ia tidak akan merubah apa apa selain menghadapi kekalahan berterusan. Jika mahu menang PRU semua pihak mesti bersatupadu berkerja secara berpasukan dalam ertikata ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.
Kita menganggap semua orang penting dalam PKR Sabah termasuk Datuk Dr.Jeffrey, Thambrin Jaini, Ansari Abdullah, Datuk Kong Hong Ming dan lain lain ahli parti, mereka mesti saling berpaut dan sandar menyandar satu sama lain demi untuk kemenangan PKR bukan bercakaran kalau mahu menang PRU.
Rakyat Sabah patut juga berterima kasih dengan Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim kerana tidak merasa bosan dengan kerenah pemimpin pemimpin PKR Sabah dan satu pujian harus diberikan kepada semua Majlis Tertinggi Kepimpinan Pusat yang berusaha mencari jalan memperbaiki keretakan kepimpinan PKR di Sabah. Kita rasa formula perlantikan jawatan PKR Negeri Sabah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat diterima oleh semua pihak. “Tiada lautan yang tidak berombak dan tiada hutan yang tidak bernyamuk” hadapi lah dengan penuh kesabaran, itulah perjuangan namanya.
Reply
kalau dah mak bapak anak beranak sedara mara kawan kawan dorang(umno)yang mentedarah duit petronas ni banyak mana pun tak cukup.
Reply
Terima kasih Datuk Seri, kerana sentiasa memperjuangkan nasib kami rakyat Malaysia. Kami doakan kesejahteraan Datuk Seri dan keluarga serta untuk kita semua rakyat Malaysia.
Reply
Kepada semua pihak sekalian, kejatuh pendapatan Petronas adalah kerana kejatuhan ekonomi semasa, malahan harga minyak mentah juga jatuh menjunam. Mengapa nak dipersalahkan Petronas pula, bukannya suka-suka hati mereka nak jatuhkan harga minyak hingga pendapatan mereka jatuh.
Kepada En. Haji Mokhtar, sungguh tidak sesuai status haji anda jika anda bercakap buruk sedemikian, di manakah moral anda sebagai orang yang telah menunaikan haji, sepatutnya anda bertindak dengan berhemah kerana telah menunaikan haji, tapi ini lain pula. Tak baik kata orang buat itu dan buat ini tanpa usul periksa, kalau salah maka anda fitnah, anda pernah nampakkah yang pemimpin Barisan Nasional mengambil duit rakyat sesuka hati, berapa ringgit dia ambil? Kalau tiada bukti ia boleh dikatakan fitnah, anda sendiri lebih faham dari saya yang belum berpeluang ke Mekah menunaikan haji.
Kepada En. Halik Zaman, sepatutnya para pemimpin Pakatan Rakyat di Sabah mencontohi sikap pemimpin kerajaan Barisan Nasional di Sabah yang sentiasa mendekati rakyat meskipun di kawasan pedalaman. Pihak Barisan Nasional tidak hanya bercakap tetapi lebih buat kerja berbanding bercakap. Tetapi lihatlah apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Sabah, banyak bercakap sahaja, semua perkara tak kena pada mata mereka, entah yang macam mana mereka hendak tak tahulah. Tapi tiada cadangan atau jalan penyelesaian yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat di Sabah, yang adanya hanyalah banyak berpolitik dan mencari isu untuk menghentam Kerajaan Negeri, sikap apakah orang seperti ini? Dulu selalu tuduh keluarga Kwan ada sijil anak negeri palsu bila mereka memajukan tanah anak negeri, tetapi lihatlah apa yang berlaku pada Adun Sri Tanjung, Y.B. Jimmy Wong, beliau juga ada sijil anak negeri yang sepatutnya ada pada peribumi sahaja, mengapa pihak Pakatan Rakyat buat-buat tak nampak perkara ini.
Berfikirlah dengan jelas apa yang saya tuliskan, rakyat telah lama memerhatikan gelagat Pakatan Rakyat, mereka sudah muak dengan sikap politik kotor dan mengainaya orang yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, janganlah sampai anda semua ditolak sepenuhnya pada pilihanraya nanti sudahlah, beringat sebelum kena, itu pesan orang tua-tua, sekian, terima kasih.
Reply
Nick Reply:
December 16th, 2009 at 12:13 am
Agak baik juga anda berada di laman ini agar anda boleh mengumpul ilmu dan rahsia kejahatan dan kekejaman BN UMNO yang anda agung-agungkan selama ini mudah- mudahan anda akan sedar betapa menyesalnya anda sebagai pengampu yang tak tahu membezakan antara kaca dan permata.
Reply
Mat Reply:
December 16th, 2009 at 11:26 am
Kami pun dah muak campur meluat dengan gelagat UMNO selama tempoh 50 tahun belakangan ini.
Reply
dina Reply:
December 16th, 2009 at 3:34 pm
En Mohamad mungkin tersalah tafsir. Memang tulisan di atas tidak menyalahkan Petronas tetapi belanjawan 2010 menjadi tidak realistik lagi disebabkan oleh kemerosotan pendapatan Petronas.
Sesuatu tindakan harus diambil untuk memastikan bahawa belanjawan tersebut idak membawa masalah disebabkan oleh pengurangan pendapatan negara terutamanya dari Petronas.
Kebergantungan ekonomi negara terhadap petronas merisaukan kita kerana ianya akan membebankan rakyat jika pendapatan tersebut berkurangan.
Kerajaan yang hebat sepatutnya dapat menjana sumber lain hasil dari keuntungan Petronas tersebut. Bukannya berterusan bergantung kepadanya sahaja.
Sampai ke hari ini kerajaan BN tidak menunjukkan kecekpan dalam mengendalikan kewangan negara dengan baik. Apakah yang akan terjadi kepada negara apabila sumber minyak kita habis kelak?
Inilah yang dimaksudkan dengan PR dengan permasalahan ini.
Reply
Zzjebat Reply:
December 17th, 2009 at 12:13 am
Kewujudan Pakatan Rakyat (dengan izinNya), sedikit sebanyak mengurangkan Kudis dan
kayap wujud dipermukaan politik dan ekonomi tanahair.
Pembangkang juga membantu MENGURANGKAN Kebusukan/kehanyiran..tembelang yang diwarisi
selama 52 tahun dibawah naungan pemerintah sediaada.
Tak dinafikan kewangiaan diwujudkan TETAPI Kebusukan lebih menghantui rongga2 hidung
rakyat jelata.
Usah terpedaya kabarberita arus perdana (utusan/berita/rtm/tv3/tv13…)..tugasnya
umpama tudung saji menutup bangkai membusuk.
fikir2 dan insaflah bangsaku menuju kearah kebenaran…..Cukuplah kita dibodoh dan ditipu dahulu, kini dan selamanya….
ingatlah perkara yg paling hampir ialah MATI. yg terlanjur buat2lah TOBAT.
Reply
anti poyo Reply:
December 19th, 2009 at 8:26 am
en mohamad ni ckp poyo la…ntah ap2 la yg die ckp…org cmni bg la 100 fakta ke, die tetap la kate takde bukti la, jgn main tudh2 la..piirahhhh….
Reply
Daniel Reply:
December 21st, 2009 at 1:39 pm
Salam n good day…
first of all…terima kasih banyak2 kepada semua warga petronas yg manjaga khazanah negara sebagai amanah untuk kesejahteraan rakyat malaysia..
kepada en mohamad semoga cepat kemekah agar terbuka pandangan…bukan nak fitnah tapi hakikatnya wakil rakyat sabah(BE-end) turun padang tp bukan nak fahami hati rakyat cuma sekadar ‘drive through’. berapa banyak peruntukan untuk pembangunan luar bandar’pedalaman sabah’ jgn kan kata pedalaman, pinggir bandar pun x nampak pembangunan. Sign board naik kiri kanan jalan utama…kata nak naik taraf infrastruktur tp x nampak pun perubahan sama saja, yg naik hutan rimba yg menutupi ’sign board’ pancingan PRU. Dalam dewan bukan punya main bising hentam wakil PR, tau-tau tempat sendiri masih dlm kemiskinan tegar… sedar lah.. nasib baik rakyat pedalaman sabah ada usaha untuk membangunkan ekonomi keluarga sendiri demi generasi yg akan datang. Nak harap bantuan kerajaan..jangan harap..abis2 dapat duit tambang cap dacing untuk turun mengundi…lepas tu x nampak batang idung (Be-end). Sebelum ni ya…mungkin boleh, tp tidak akan datang…anak2 pedalaman sudah ada pengetahun ilmu IT..sudah terbuka minda mereka… Kepada Datuk Seri dan khususnya Wakil sabah ambil peluang dan kesempatan ini untuk berjumpa dan dekati rakyat… sama-sama kita berganding bahu mencapai harapan baru untuk rakyat malaysia keseluruhanya x kira agama dan bangsa.
Insan pedalaman sabah..
Reply
Oleh : penarik-beca
Malam tadi, Pakatan Rakyat (PR) kalah lagi dalam undian di Dewan Rakyat. Dalam perbahasan mengenai Kementerian Dalam Negeri, kalah satu undi. Dalam meluluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2010 pula, kalah tiga undi.
Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap dan tidak ada dalam Dewan itu.
15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Saya tak tau berapa dari PKR dan berapa dari DAP.
Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian. Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.
Apa pun, syabas PR atas apa yang terjadi itu. Buatlah lagi lain kali !
Read more: http://loveperak.blogspot.com/2009/12/bodoh-punya-mp-pakatan-sepatutnya.html#ixzz0ZjTntxHw
ZIK:Sayang seribu kali sayang!BN menang majoriti 3 undi saja!Kalaulah semua MP PR ada..tumbang dah UMNO hari ini!!
Reply
PAS AKAN LANCAR KEMPEN “UMNO PENGKHIANAT RAKYAT” Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen ‘Umno Pengkhianat Rakyat’ pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.
Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.
“PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.
“Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.
“Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA,” katanya.
Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.
Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.
Reply
Salam…
Malaysia di khabarkan dengan berita gembira dengan kebangkitan skuad bola sepak Malaysia dan memberi sinar kepada semua peminat tempatan.
Dalam masa sama ada yg temenung memikirkan nasib diri. Jika berlaku banjir, PM @ menteri turun melawat, jika tragedi bencana turun hulur bantuan dan sumbangan, jika tanaman musnah lawatan dan pampasan diberi, jika masalah2 setempat ada perkhabaran diterima, dipohon agar isu kakitangan kontrak for service agar diberi maklum balas. jika tidak dari PM, wakil dalam pasukan kabinet sudah memadai untuk menunjukkan pemimpin prihatin terhadap masalah setempat..
60,000 orang (anggaran bukan jumlah yang kecil), jika tiada kata putus yg dapat, mohon agar mana ahli parlimen bangkitkan diparlimen. Bukan untuk menunding jari kearah siapa, tetapi untuk sama-sama berfikir, apa yang terbaik dan termampu untuk membantu golongan ini..
Buat masa terdekat, ucapan @ response berkenaan isu terbabit dari pihak yang terbabit ditunggu2. Mohon agar disampaikan maklumat atau pendirian berkenaan isu ini dengan segera..
sekian.
Reply
Salam YB DSAI,
Tolong sahkan kebenaran email yg saya dapat ini….benarkah ini satu lagi bentuk penipuan oleh kerajaan BN??
Remember during Budget 2008 announcement last yr, our
> Finance Minister cum PM) announced that in order to assist
> KWSP members to reduce the burden in housing load repayment,
> KWSP will allow monthly withdrawal from members’ A/C II
> for the purpose?
> Sounds like a nice goodies!
>
> When you apply for the monthly withdrawal, you only need to
> provide KWSP yr housing loan & installment details from
> yr bank and the bank a/c # you like KWSP to bank the
> monthly withdrawal into it. KWSP will approve yr application
> based on the available amt in yr A/C II and compute the
> withdrawal period by dividing the approved amt with the
> monthly installment amt.
> Application process
> takes about a month and you will receive the monthly payout
> promptly into yr bank a/c!
>
> Well everything appear to be nice and good. It was indeed a
> noble plan until you take to close look at yr KWSP
> Statement!
>
> This is how the so-called KWSP SCAM works…….
>
> Assuming you have RM100,000 in yr A/C II and yr housing
> loan’s monthly installment is RM2000/mth.
> KWSP will approve yr application of withdrawal from yr A/C
> II of RM100,000 and pay you Rm2000/mth for the next
> 50mths.
>
> Everything appears to be in order BUT…….
> What KWSP didn’t highlight to you is that when the
> application was approved, the TOTAL AMT (RM100,000) is
> removed from A/C II! It appears to be transferred to an
> unknown a/c to effect the monthly payment from therein.
>
> The impact to the member are as follows :-
> 1. You just lost RM100,000 from yr A/C II. Assuming the
> KWSP Dividend is 5%, you
> will lose RM4,000 in dividend during the 1st year.
> Based on the above example you will lose RM10,000 over
> the 50 mths period!
>
> 2. There is no statement to account for the amt approved
> vs.. amt paid, hence you would need to keep the
> monthly payment voucher to reconcile against the approved
> amt over the 50mths period to ensure there is no
> missing amt!
>
> Assuming there are 100,000 members who innocently fell prey
> to this SCAM, based on the above example, KWSP
> would have cheated the members of 100,000 X RM10,000 =
> RM1,000,000,000 (that’s RM1 BILLION) over the period!
>
>
> Furthermore, if you discovered this SCAM early and intend
> to stop the plan, KWSP would not allow any
> cancellation of the plan until at least 1 year. That would
> mean, once the application is approved, based on the above
> example, you would have lost RM4,000.
>
> 100,000 members would have lost 100,000 X RM4,000 =
> RM400,000,000(RM400 MILLION) in One Year!!!
>
> If you’re a victim of this KWSP SCAM, would suggest you
> call yr MP to raise it up in Parliament!
>
> For others who have not fallen into this SCAM, pls continue
> to watch out and alert yr family & friends about this.
>
> HOW COULD THE GOVERNMENT ALLOW ITS AGENCY TASKED WITH
> SAFEGUARIDNG ITS CITIZEN’S HARD EARNED MONEY
> TO CHEAT ITS MEMBERS IN THIS MANNER???
>
> Pls spread this
> message around.
Reply
haisara Reply:
December 17th, 2009 at 2:08 am
This is something new to me. Can someone verify this
Thks for the info.
Reply
Kepada En. Rakyat Berdaulat, daripada PAS membuat Kempen UMNO Pengkhianat Rakyat, lebih baiklah PAS dan Pakatan Rakyat buat kempen lain yang lebih berfaedah seperti kempen kebersihan, gotong royong, acara sukan, hiburan Islam, pertandingan bercerita dan lain-lain yang lebih berfaedah. Apa yang UMNO khianat pada rakyat? UMNO telah menjalankan tugasnya bersama-sama parti-parti komponenn lain dalam Barisan Nasional dengan gigih untuk pembangunan negara samada dari segi material dan rohani. Siapa pengkhianat sebenarnya? Apa yang Pakatan Rakyat buat untuk pembangunan negara? Pakatan Rakyat hanya memporak perandakan negara dengan perkara-perkara yang bukan-bukan hingga keadaan politik tidak stabil, ekonomi menjadi tergugat dan keselamatan umum terancam oleh demontrasi ganas dan tindakan provokasi perkauman dan keagamaan yang melampau. Pakatan Rakyat mesti ingat, undi yang anda perolehi dari pengundi atas pagar yang memenangkan anda di peringkat negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor serta beberapa kerusi parlimen yang anda menangi adalah bertujuan untuk berkhidmat pada rakyat dan membangunkan negara. Tetapi lihatlah apa yang anda lakukan? Anda mengkhianati amanah rakyat yang mengundi anda supaya anda membangunkan negara, tetapi anda semua asyik dengan agenda politik tamak yang mahu cepat berkuasa dengan pelbagai strategi kotor yang tidak melambangkan sifat mulia. Pakatan Rakyat sangat teruk, berkali ganda lebih teruk dari Barisan Nasional, Pakatan Rakyat tiada hala tuju jelas dalam pembangunan dan kesejahteraan negara, hala tuju Pakatan Rakyat boleh berubah bila-bila masa mengikut kepentingan politik mereka, bukannya kepentingan rakyat. Rakyat perlukan agenda pembangunan untuk mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga, bukannya perbuatan keji seperti fitnah, demontrasi ganas, mencaci orang dan suka menyalahkan orang, tetapi diri sendiri tak tahu apa nak buat. Apa jenis manusia sebegini? Sungguhpun saya tidak terkejut jika saya dimaki hamun oleh peminat setia Pakatan Rakyat dengan pelbagai gelaran yang tidak sopan, tetapi saya amat terkejut dan bimbang dengan tingkah laku Pakatan Rakyat yang sudahlah tiada hala tuju yang jelas dalam pentadbiran, mentadbir sebuah negeri pun sudah tunggang langgang jadinya. Macam mana mereka hendak mentadbir sebuah negara yang pelbagai kaum di Malaysia?
Rakyat terutamanya peminat setia Pakatan Rakyat perlu sedar akan hal ini, tak guna kita berceramah itu dan ini, tetapi apa yang penting ialah samada perkara itu boleh dibuat atau tidak? Buat apa berceramah itu dan ini sekiranya ianya hanyalah cakap-cakap kosong kerana ia adalah teori yang tidak munasabah dalam dunia sebenar. Lihatlah sesetengah negara yang terpengaruh dengan ceramah teori kosong orang-orang bersikap idealis, apa terjadi kepada negara mereka? Negara mereka terhimpit oleh masalah keselamatan, masalah ekonomi, masalah pendidikan, masalah itu, masalah ini, apa ini semua? Sebelum ini mereka membenci pemerintah yang kononnya dituduh zalim dan tidak berperikemanusiaan, tetapi di masa pemimpin yang dituduh zalim itu memerintah, ekonomi mereka baik, rakyat hidup sejahtera, tiada kekacauan keselamatan yang melampau, tetapi selepas mereka dipimpin oleh orang-orang yang kononnya penegak keadilan dan demokrasi itu, barulah mereka tahu yang kata-kata penegak keadilan dan demokrasi itu adalah kata-kata kosong yang bersifat umpan politik untuk mendapat kuasa, selepas berkuasa, mereka lebih kuku besi dan mentadbir dengan lemah hingga negara porak peranda, ekonomi merosot teruk, pendidikan rakyat terabai, kegiatan pengeboman tempat-tempat awam berleluasa, rakyat ketakutan dan industri pelancongan di negara-negara berkenaan merudum dan peniaga-peniaga kerugian. Sekarang barulah mereka sedar bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan janji manis tetapi kosong oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, sehingga kini telah berapa orang presiden memerintah walaupun baru 10 tahun pemimpin yang dituduh kejam itu dijatuhkan. Baru kini mereka sedar kebaikan pemimpin yang mereka tuduh zalim itu, tetapi semua telah terlambat. Kita perlu mengambil iktibar di atas perkara, ini, janganlah kerana tidak puas hati kerana kehendak kita tidak dipuaskan, maka kita memperjudikan masa depan kita pada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kehendak kita tidak dapat dipuaskan kerana sumber yang terhad dan bukannya secara suka-suka kita dinafikan perkara berkenaan. Berfikirlah dalam-dalam tulisan saya ini, semoga anda mendapat maklumat dan pengajaran dari tulisan ini. Sekian, terima kasih.
Reply
Rakyat Berdaulat Reply:
December 16th, 2009 at 8:14 pm
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat mengadakan rapat umum besar-besaran berhubung isu pemberian royalti minyak.
Katanya, rapat umum yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur itu akan menjemput kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Satu daripada cadangan kita untuk mengadakan majlis rapat umum ceramah besar-besaran dengan penyertaan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bersama dimulakan dengan Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Pidato Rakyat bertajuk Antara Royalti dan Ehsan: Siapa Pengkhianat Bangsa, semalam.
Husam berkata, Kelantan berhak menerima royalti minyak yang disumbangkan kepada perindustrian petroleum Negara setelah menandatangani perjanjian pada 1975 selepas Akta Petroleum 1974 dibentangkan.
Katanya, mengikut seksyen 4 akta ini menyatakan bahawa segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum yang diserahkan kerajaan negeri kepada Petronas akan menerima bayaran wang tunai.
“Dalam seksyen 4 menyatakan segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum ini diserahkan oleh kerajaan negeri kepada Petronas dan Petronas mesti membayar wang tunai kepada kerajaan negeri yang berkenaan,” katanya.
Husam berkata, royalti yang diterima ini juga bukan sahaja untuk Kelantan tetapi juga boleh digunakan untuk membentuk satu model penggunaan wang kekayaan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Beliau turut mendesak bakal Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed lebih telus menangani isu rasuah.
“Kita minta pesuruhjaya SPRM yang baru ini lebih adil dalam cara dia menangani isu-isu dalam negara kita dan tidak membiarkan isu-isu yang tebrengkalai katanya.
Reply
razack Reply:
December 16th, 2009 at 10:41 pm
entah la Encik Mohammad kalu benar sepeti yg awak kata apasal nak terang panjang berjela biarla rakyat yg tentukan kebenarannya….Ni ,macam TAKUT ja knp ya….
Reply
pkr ngok Reply:
December 20th, 2009 at 7:38 pm
sy setuju dgn encik mohamad..
terang pjg berjela salah, tak terangkan pun salah.. pkr je la yg betul kan…
Reply
b0leh sape3 bagitau ape sebab kalah 3 undi. mana pg MP pakatan pergi kate mewakili rakyat. macam ini ekonomi boleh lingkup kami yang muda-muda lepas ni makan pasir la
Reply
Kepada En. Pemuda Bangsa, janganlah anda emosi sangat, jika kerajaan kalah dalam pengundian semalam, natijahnya ialah kita perlukan pilihanraya baru yang memerlukan kos beratus atau mungkin berbilion ringgit dari segi keselamatan, prasarana, kertas undi, bayaran petugas SPR, dan lain-lain lagi. Keadaan negara ketika itu adalah kritikal. Meskipun pada pandangan saya, Barisan Nasional boleh menang lagi pilihanraya jika diadakan semula berdasarkan prestasi semasa kerajaan dan sikap melampau Pakatan Rakyat, tetapi kerajaan bukan takut kalah, tetapi kerajaan bimbang dengan kedudukan kewangan negara, apa akan jadi dengan rakyat. Malahan kerajaan akan dihentam lagi kerana kurang dana akibat pilihanraya baru. Berkenaan keadaan Malaysia sekarang ini adalah baik dari segi ekonomi dan keselamatan, tiada ancaman berbahaya lagi setakat ini, meskipun begitu pihak berkuasa samada PDRM dan ATM sentiasa berwaspada terhada ancaman subversif yang mahu memporak perandakan negara. Apa yang tak kena lagi dengan anda ini En. Pemuda Bangsa, kerajaan telah mengemukakan pelbagai bantuan dan subsidi untuk rakyat. Keadaan ekonomi makin pulih. Kalau kamu masih belajar, teruskanlah dengan belajar kamu itu, nanti boleh lagi dapat kerja, atau kalau kamu susah dapat kerja, kerja sendiri, bantuan bersepah-sepah kerajaan bagi, pinjaman itu, geran ini, bantuan itu, bantuan ini, macam-macam ada, cuma samada kita nak usaha gigih atau menjadi anak manja yang disuap sampai bila-bila sahaja. Orang yang gigih berusaha akan berjaya, tetapi kalau kita duduk dirumah, goyang kaki sambil tonton televisyen, malas tolong ibu bapa, suka berfoya-foya dengan rakan-rakan dengan aktiviti yang tak berfaedah, maka kita akan susah. Tapi kalau kita rajin usaha, mahu belajar dari bawah, sanggup bangun awal pagi sebelum subuh dan pulang selepas senja, maka kita akan berjaya. Tetapi apa-apa pun agama jangan dilupa, disamping berusaha gigih, tanggungjawab pada agama hendaklah diselarikan kerana tuntutan agama lebih penting dari urusan dunia. Mohon anda telitikan tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.
Reply
Rakyat Berdaulat Reply:
December 16th, 2009 at 5:30 pm
ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata ditambah dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tidak mustahil Kelantan menjadi negeri terkaya dengan hasil royalti yang ada.
“Hak rakyat Kelantan yang berhak menerima 5 peratus royalti minyak dan kita percaya dengan kepimpinan amanah tok guru Nik Aziz royalti ini sudah cukup menjadikan rakyat Kelantan termewah kerana setiap sen, setiap peratus hasil daripada royalti itu akan dicurahkan semula kepada rakyat,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pidato Rakyat: Antara royalty dan ehsan: Siapa pengkhianat bangsa?
Saari berkata, keyakinan itu timbul kerana Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz tidak menghadapi sebarang masalah rasuah, penyelewengan dan tiada ketirisan dalam pentadbiran
Katanya, situasi ini sangat berbeza dengan pimpinan pusat di bawah Barisan Nasional yang melakukan pengkhianatan dengan menyekat royalti minyak Kelantan sehingga memaksa Nik Aziz berdoa atas penganiayaan tersebut.
“Kezaliman yang sedang dilakukan dalam Umno, Barisan Nasional khususnya di bawah pimpinan Najib Tun Razak yang mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai, digubal oleh ayahandanya sendiri, Tun Razak bin Hussein. Tentang perjanjian petroleum di negeri-negeri yang pesisir pantainya ada minyak. Dia sendiri mengkhianati perjanjian yang dibuat ayahandanya sendiri,”katanya
Reply
razack Reply:
December 16th, 2009 at 10:47 pm
bagusla kalu memang niat kerajaan mcm tu tp persoalanya siapa yg lebih byk menikmati kesenangan dan kemewahan itu kalau bukan org2 mcm mohamad ni yg jd kroni umno knp ni mohamad takut hilang hasil ke kalau bn tumbang nti……………..
Reply
anti poyo Reply:
December 19th, 2009 at 8:41 am
mohamad yg poyo..ckp ibarat tak berpijak di bumi yg nyata..ni la org yg membutakan mate, memekakkan telinge sampai tak tau ape perkembangan semasa sekarang…syok sendiri jek..
Reply
encik mohamad..
yang saudara tulis sekarang ini , itulah sebenarnya yang terjadi ke atas BN sekarang sekarang…kerajaan juga asyik buat sidang media/kenyataan itu ini/janji itu ini tapi sampai sekarang x ada hasil.
saya tergelak bila terikir karenah saudara dlm mempertahankan Barisan Nasional ini…tahukah encik mohamad tahap kemelesetan ekonomi hari ini?…saudara ada berkata jika PKR ambil alih negara ini akan porak peranda , ekonomi merudum dan peniaga akan mengalami kerugian?
encik mohamad , saya seorang peniaga seorang usahwan , pemilik kepada sebuah perniagaan…sebagai seorg yang terlibat secara langsung dgn ekonomi negara saya sangat merasa betapa teruknya dan melesetnya ekonomi kita pada hari ini…tiada komitmen kerajaan dlm mempertahankan ekonomi negara….bajet dlm belanjawan tempoh hari semuanya ‘OMONG KOSONG’…umpama apa yg di perkatakan oleh saudara kepada PR yg asyik buat ceramah tapi cakap kosong…realitinya kerajaanlah yang suka cakap kosong suka buat janji tapi x juga buat2…ini kewajipan mereka kerana sekarang mereka masih berkuasa….
susahlah org mcm encik mohamad ni..kalau setakat fikir ikut logik semata2 tanpa tahu fakta inilah yang berlaku sokong buta tuli..
sebagai seorang peniaga saya menjangka melalui keadaan sekarang dan prestasi petronas yang jatuh merudum …tahun 2010 ekonomi di jangka berada di tahap getir…sikap kerajaan yang terlalu bergantung dgn hasil pertonas dlm setiap pengurusan ekonomi negara pasti menjejaskan sekali lagi setiap usul belanjwan yang di bentangkan…sumber eksport negara juga semakin merosot di tambah kenaikan cukai yang tinggi.
encik mohamad kerajaan dia x akan bagi tahu semua ni pada rakyat…tapi kerajaan harus bersyukur kerana ada seoarng yang bernama encik mohamad yang masih menyokong padu buat BN..yang masih merasa betul setiap tindakan kerajaan ..yang masih ego dengan pendirian terhadap kerajaan tukang fitnah tukang carut dan tukang dlm segala tukang memperbodohkan rakyat.
Reply
razack Reply:
December 16th, 2009 at 10:49 pm
betul tu suri mohamad ni takut hilang kesenangan dan kemewahan yg dia dpt dr projek kroni umno tu..
Reply
Saya mencadangkan agar kerajaan UMNO/ BN yg genius lagi bijaksana melancarkan PROGRAM ANGKASAWAN NEGARA KE-2. Objektifnya ialah mencari sumber minyak di planet Marikh. Kita boleh menggunakan kepakaran saintis-saintis muda Malaysia Boleh yang cemerlang dalam keputusan SPM. 10 A, 12 A, 16 A, 17 A, 18 A, 20 A dan juga 22 A kalau digabungkan kesemua A mereka, kita telah mempunyai barisan ahli sains yang handal.
Kita juga mempunyai ramai saintis-saintis yg bergelar DR. PROF., DATO’ DR. Professor dan bermacam-macam lagi untuk berganding bahu dalam menjayakan misi mencari minyak di planet Marikh.
Tapi selepas bertahun-tahun kita mengatakan kehebatan sistem pendidikan kita, tiada seorang saintis/ jurutera mampu mencipta sebuah prototaip roket. Hal ini timbul kerana sistem pendidikan Malaysia hasil ciptaan UMNO/BN adalah semata-mata menghafal dan mengejar A.
52 tahun UMNO perintah Malaysia, apa dah jadi dengan ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain hal dlm negara. Yg peliknya ada lagi yg masih membabi buta menyokong UMNO seolah-olah mereka ini lebih intelek dan professional.
Reply
Salam Sdr Suri, yang saudara berjaya dalam perniagaan hari ini, datang dari mana? Bukankah dari hasil DEB, sedar diri sikit… bila perniagaan slow macam2 dolak daliknyer. Berfikirlah dengan waras…
Admin… jgn pilih2 msg yg dihantar… yg ’sedap’ jer didisplay…
Reply
anti poyo Reply:
December 19th, 2009 at 8:33 am
cube ko kire brp usahawan bumiputera yg bjaye selama berpuluh-puluh thn DEB dijalankan???? klu ko main ckp jek DEB berjaya, tak payah yek…
Reply
Kepada Saudari Suri, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini mulanya bertindak untuk memulihkan ekonomi dengan suntikan dana RM 7 billion, tetap dihentam oleh Pakatan Rakyat kononnya tak cukup dan perlu lebih, kemudian kerajaan tambah lagi RM 60 billion, Pakatan Rakyat hentam lagi katanya itu semua retorik, di mana kerajaan boleh dapat duit sebanyak itu. Apakah sikap Pakatan Rakyat ini? Mula-mula kata tak cukup lepas tambah lagi, kata tipu pula. Untuk makluman, untuk suntikan dana ekonomi RM 67 billion itu, kerajaan terpaksa membuat pinjaman domestik dengan pihak-pihak dalam negeri. Untuk makluman anda juga dana KWSP sahaja melebihi RM 250 billion ringgit dan lain-lain agensi kerajaan mempunyai dana ratusan billion lagi. Tetapi bukan suka-suka hati kerajaan ambil, kerajaan buat pinjaman dari mereka. Jadi untuk jumlah RM 67 billion itu, adalah munasabah dapat dibelanjakan oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi. Berkenaan hasil yang anda kata tak ada berkaitan usaha kerajaan, anda ini mungkin tinggal di hutan atau digua atau di pulau yang terpencil. Kadar pengangguran makin menurun, kadar pendaftaran syarikat baru makin meningkat, kadar pembangunan sektor hartanan makin bertambah, kadar eksport makin meningkat hasil dari suntikan dana RM 67 billion itu yang digunakan untuk membuat projek-projek pembangunan dan digunakan untuk memberikan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas oleh kemelesetan ekonomi sebelum ini.
Kerajaan cakap kosong apa kebendanya Saudari Suri, untuk membantu peniaga kecil dan pengusaha-pengusaha kecil dalam bidang penternakan, pertanian, dan pernternakan, kerajaan menyalurkan berbillion ringgit kepada bank-bank untuk digunakan sebagai dana membantuk pengusaha-pengusaha berkenaan memajukan perniagaan mereka. Itu tidak termasuk TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, Mara dan lain-lain agensi kerjaan yang memberikan pinjaman dan geran untuk peniaga memajukan perniagaan mereka. Tetapi masalah segelintir peniaga bumiputera ialah mereka gunakan pinjaman kerajaan bukan untuk membangunkan perniagaan, tetapi untuk hal peribadi seperti membersarkan rumah, membuat kenduri kahwin anak, membeli motosikal, membeli kereta untuk kegunaan peribadi, membeli barang kemas dan lain-lain hal yang tidak bersangkut paut dengan hal perniagaan. Kalau anda kata kerajaan tidak membantu pihak-pihak pengusaha kecil, anda salah, mereka sendiri yang tidak membantu diri mereka meskipun telah berbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan. Saya bercakap ini kerana saya telah melihat sendiri sikap peniaga-peniaga kecil di kampung-kampung yang menyalahgunakan dana TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk urusan peribadi yang tiada kena mengena dengan urusan perniagaan.
Berkenaan saya ikut logik, itu memang betul, tetapi saya ikut logik yang bersandarkan bukti dan fakta, bukan suka-suka hati saya bercakap seperti Penasihat Umum PKR semasa beliau berdebat dengan Datuk Ahmad Shabbery Cheek berkenaan harga petrol dulu. Kononnya boleh gunakan RM 5 billion untuk kurangkan harga petrol sebanyak 50 sen, cakap memang sedaplah didengar, tetapi bila difikirkan balik, cukupkah RM 5 billion itu untuk tampung kos subsidi minyak pada masa itu? Kini harga petrol turun lebih dari 70 sen hasil usaha kerajaan tanpa bercakap kosong.
Berkenaan ekonomi dalam keadaan getir, sebab itulah saya sarankan kepada Pakatan Rakyat supaya jangan keterlaluan sangat dalam merebut kuasa politik, pentingkan negara dan rakyat dahulu, politik kemudian. Tetapi bagi Pakatan Rakyat, mereka menganggap ini peluang besar mereka untuk mengenakan kerajaan yang terhimpit oleh masalah pembangunan ekonomi dan serangan melampau oleh Pakatan Rakyat. Perbuatan berdemontrasi jalanan dengan ganas hingga mencederakan orang serta ceramah maki hamun, fitnah, dan perbuat suka menyaman orang sesuka hati tidak akan membantu negara keluar dari kemelut ekonomi, malah ia akan memburukkan lagi keadaan. Saya berasa amat hairan kerana kerajaan Barisan Nasional bermati-matian berusaha untuk memulihkan keadaan ekonomi meskipun ada sesetengah tindakan memang tidak popular dari segi politik, tetapi bagi kepentingan negara dan rakyat lebih penting dari populariti politik berbeza dari sikap Pakatan Rakyat yang suka kepada populariti politik tetapi kebajikan negara dan rakyat pada jangka masa panjang diabaikan. Minta anda telitikan hal ini semula kerana saya bukan suka-suka hati nak tuduh, tetapi telah berlaku sebelum ini.
Berkenaan cukai, kerajaan perlu mengenakan cukai untuk menambahkan pendapatan kerajaan kerana terpaksa berbelanja lebih untuk menyelamatkan ekonomi negara ketika ini. Malah cukai GST yang dikenakan bukanlah bersifat menyeluruh, bukan semua barang kena GST, barang-barang ketegori mewah dan bersifah kehendak. Bagi barangan keperluan dan barangan kategori murah, tiada cukai GST dikenakan. Ini bermaksud golongan kaya sahaja perlu berkorban untuk golongan miskin, bukannya golongan miskin berkorban untuk golongan kaya dalam konteks GST ini. Tidak akan matinya rakyat Malaysia yang tak makan nasi dalam pinggan Arcopal (jenama mahal) atau menderita kesejukan kerana tidak pakai baju jenama Crocodile berharga ratusan ringgit. Kita makan nasi, bukan makan pinggan, begitu juga, baju jenama apa pun, harga apa pun, kalau ia boleh menutup aurat, kita terselamat dari masalah.
Rakyat Malaysia perlu bekerjasama dengan kerajaan bukan hanya sekadar memeras kerajaan memberikan kita itu dan ini tetapi kita tidak mahu menolong kerajaan dalam kesusahan. Tindakan ini sama seperti kanak-kanak kecil dan remaja zon selesa sekarang yang tidak mempedulikan kesusahan ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki siang dan malam tetapi mereka asyik bermain dan bersuka ria dan memaksa ibu bapa memenuhi kehendak mereka, tetapi bila ibu bapa minta tolong sikit, tuduh deralah, zalim, kejam terhadap anaklah, dan macam-macam lagi. Berkenaan hal ini juga saya ingin nasihatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak supaya mengerti kesusahan dan kesulitan supaya mereka tidak terkejut bila berhadapan dengan keadaan itu bila mereka berdikari nanti. Terpulanglah kepada Saudari Suri samada nak terus menghentam saya atau hendak menjernihkan keadaan supaya keadaan negara menjadi lebih aman dan damai serta makmur. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada Rakyat Berdaulat, bukan saya nak tuduh atau nak katakan yang Y.B. Nik Aziz itu rasuah, saya yakin beliau mungkin sukar untuk membuat rasuah berdasarkan sikap beliau, tetapi bukan hasil royalti minyak yang boleh menjana ekonomi Kelantan, hasil balak yang beratus juta ringgit setiap tahun itu entah ke mana? Ia juga boleh menjana ekonomi Kelantan, tetapi mengapa Kelantan tidak maju meskipun ada hasil balak yang menggunung tingginya? Sikap pentadbiran Kerajaan Kelantan yang terlalu bersikap seperti orang zaman dahulu itulah yang menjadikan negeri itu bermasalah. Malahan mungkin terdapat rasuah dalam pentadbiran negeri Kelantan, jangan dituding pada Kerajaan Barisan Nasional sahaja, sebab itulah negeri Kelantan masih kurang maju meskipun ada hasil balak, emas, besi dan macam-macam hasil galian, ke mana wang hasil itu beredar? Itu anda kena fikir sama, selama ini Pakatan Rakyat suka hati menuduh Barisan Nasional jahat, rasuah, dan itu serta ini, tetapi lihat sendiri sikap Pakatan Rakyat termasuk PAS yang juga bermasalah jika hal ini disingkap secara telus. Minta anda telitikan hal ini sejujurnya, sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Rakyat Berdaulat, lebih baik anda nasihatkan Y.B. Husam Musa itu dari dia membuat rapat umum untuk benda yang tek perlu, lebih baik dia kumpulkan orang ramai untuk membantu membaik pulih rumah orang susah, menguti sampah di sungai, membersihkan longkang-longkang, menanam pokok bunga di taman dan lain-lain perkara-perkara yang berfaedah. Ini kerana mengikut undang-undang, Kelantan memang tidak layak mendapat royalti minyak itu kerana kawasan tempat minyak itu diambil adalah hak milik kerajaan persekutuan, ia diluar milikkan Kelantan. Negara kita telah mengalami kemelesetan ekonomi dan kerajaan sedang berusaha bermati-matian menyelamatkan ekonomi negara, berpuluh bilion telah dibelanjakan untuk menyelamatkan ekonomi negara dan ia sedang menunjukkan hasil, maka jangalah bertindak keterlaluan lagi hingga ekonomi kita merudum kembali. Bukan agak pelik, tapi kini sungguh pelik sikap Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari jalan menyusahkan kerajaan, mereka ini sungguh dengki dengan kerajaan sampai sanggup tidak mempedulikan hal negara dan rakyat semata-mata demi kuasa politik.
Mana ada tentang pengkhianatan berkenaan perjanjian royalti minyak? Kalau anda telitikan kembali Akta Pembangunan Petroleum 1974 dalam artikel blog ini sebelum ini, maka anda boleh lihat sendiri kebenarannya. Jangan nak tuduh benda yang bukan-bukan. Pakatan Rakyat sudah terdesak untuk mendapatkan kuasa politik, sampai sanggup mempergunakan rakyat yang terpengaruh dengan mereka untuk mengainaya kerajaan. Jangan keterlaluan sangat, orang ramai sudah mula geram dan tidak suka dengan Pakatan Rakyat, sudah ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang keluar parti dan menyertai Barisan Nasional atau menjadi bebas. Pakatan Rakyat dahulunya berkata bahawa Barisan Nasional berada dihujung tanduk, tetapi kini Barisan Nasional telah mula berdiri kukuh dan Pakatan Rakyat sekarang berada dihujung tanduk pula menunggu masa untuk rebah dan menjadi seperti dahulu kembali, PAS, DAP, dan PKR, tiada lagi Pakatan Rakyat. Ini kerana perbezaan ideologi, perebutan kuasa, penyalahgunaan kuasa dan sikap cantas mencantas dalam Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan Rakyat tersungkur, bukan disebabkan Barisan Nasional. Fikirlah dengan teliti. Sekian, terima kasih.
Reply
Rakyat Berdaulat Reply:
December 17th, 2009 at 5:04 pm
Sumbangan besar Petronas sebagai sebuah syarikat gergasi minyak, yang menjadi sumber utama untuk membantu dan menampung ekonomi negara sangat diperakui.
Dana besar yang diperolehi bagi membantu menguruskan perbelanjaan negara tidak boleh dikatakan ia sebagai semata-mata hasil jasa Petronas.
Petronas hanyalah sebuah syarikat milik negara yang diberi amanah untuk mengeluarkan hasil minyak dan gas secara tunggal dari perairan negara dan antarabangsa.
Petronas diurustadbirkan secara profesional, namun ia dipertanggungjawabkan terus di bawah kuasa perdana menteri.
Apa pun, minyak dan gas di perairan negara dan yang dikongsi bersama beberapa negara jiran di perairan antarabangsa, adalah milik negara dan milik rakyat.
Justeru, segala hasil mahsul yang menghasilkan unjuran besar pendapatan Petronas adalah hak rakyat yang wajib diketahui rakyat.
Rakyat mahu mengetahui berapa jumlah sebenar yang diperolehi rakyat, berapa banyak royalti yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat, serta ke mana dan bagaimana ia diagihkan.
Namun sehingga kini tiada data jelas yang boleh diperolehi secara telus. Parlimen juga tidak dibentangkan akaunnya dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga tidak boleh mengauditnya.
Mengapa akaun Petronas disembunyikan, dilindungi daripada rakyat? Barangkali di sini bukan salah Petronas. Yang salahnya mengapa perdana menteri enggan membenarkan akaunnya diteliti secara telus.
Rakyat tidak mengetahui dengan jelas, di perairan negeri mana telaga minyak dan gas digali. Rakyat tidak diberitahu secara jelas dengan siapakah usaha pencarigalian itu dilakukan dan banyak mana minyak dan gas yang digali.
Jika Kelantan tidak menuntut hasil petroleum yang jelas digali dalam perairannya, nescaya tiada siapa yang tahu apakah isu sebenar yang berlaku.
Kerajaan negeri Kelantan, di bawah usaha exconya, Datuk Husam Musa berjaya melakukan pembongkaran yang mengejutkan.
Iaitu, hasil petroleum digali dari perairan Kelantan sejak 2004, tetapi hasilnya disembunyikan oleh Petronas yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.
Hasil royalti kepada Kelantan dianggarkan lebih RM1 bilion disembunyi dan didiamkan daripada Kelantan.
Mengapa mereka begitu jahat menyembunyikan hasil milik rakyat Kelantan? Di mana wang itu sekarang, dan ke mana ia dibelanjakan, akan tetap menjadi persoalan yang akan terus dibongkar.
Tidak dapat dinafikan, walaupun Petronas menjalankan urusniaga secara profesional, namun ia tetap tidak terlepas daripada diperalatkan oleh orang-orang politik, khususnya perdana menteri yang juga presiden Umno.
Sesiapa pun yang menjadi PM, boleh “mempunyai kecenderungan” untuk memanipulasikan Petronas, kerana agensi itu tertakluk sepenuhnya di bawah kuasa beliau.
Kemuncak manipulasi dan kejahatan yang paling besar dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, ketika PAS menerajui Terengganu (1999-2004).
Mahathir secara rakus menghukum rakyat Terengganu dan PAS dengan menarik balik royalti minyak selepas lebih 20 tahun dibayar kepada Terengganu secara tunai.
Royalti dibayar ketika Umno-BN menerajui kerajaan negeri, tetapi ditarik balik ketika PAS memegang tampuk kuasa.
Tindakan zalim ini tidak harus dimaafkan sama sekali. Hasil minyak bukan milik Umno-BN. Royalti minyak juga bukan duit milik Umno-BN.
Ia adalah milik rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat melalui kerajaan negeri yang sah dipilih pada setiap pilihan raya.
Hakikatnya Petronas bukan harta milik peribadi Umno-BN yang hendak dibidak sesuka hati mereka.
Justeru, kini rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Hasil yang digali Petronas menjadi bahan pertaruhan politik Umno-BN. Ia juga dijadikan bahan dendam politik terhadap PAS, dahulu di Terengganu dan kini di Kelantan.
Maka kita mengharapkan agar Petronas dan seluruh kakitangannya, supaya tidak menjadi alat politik Umno-BN, dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenar daripada rakyat.
Ingatkan hayat politik Umno-BN tidak lama. Mereka bakal ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN, menzalimi rakyat dari sudut politik dan ekonomi, akan menerima balasan yang setimpal.
Reply
Kepada En. Razack, betulkah saya ini kroni pemimpin Barisan Nasional? Dari mana anda tahu? Saya ini kroni siapa? Saya berjawatan apa dalam UMNO atau Barisan Nasional? Kalau saya ada jawatan dalam UMNO, di cawangan atau bahagian mana? Telah berapa juta atau bilion saya kebas duit rakyat dari hubungan kroni dengan Barisan Nasional? Projek apa yang saya buat? Lihatlah anda tidak kenal saya pun, tetapi anda pandai-pandai tuduh itu dan ini. Tak baik begitu, tetapi saya bukanlah orang yang hobinya suka menyaman orang, jadi saya tak marah dan tak kisah langsung dengan tuduhan anda itu. Saya tidak anggap anda berdosa pada saya. Tetapi janganlah keterlaluan sangat berprasangka terhadap orang tak baik begitu.
Anda perlu sedar bahawa negara kita adalah negara aman dan makmur sepanjang ditadbir oleh Barisan Nasional, malahan anda sendiri masih hidup hingga kini di Malaysia dan tidak merempat di negara orang dengan menjadi pendatang haram untuk mencari rezeki. Saya tak nak katalah yang anda ini kaya atau miskin atau sederhana sebab saya tak tahu keadaan anda, tetapi kalau anda telah senang kerana kemakmuran dan kesejahteraan negara, maka anda patut bersuyukur dan jangan keterlaluan bertindak secara idealis, orang idealis suka berkhayal, itu dan ini macam En. Apollo yang suruh cari minyak di planet marikh, buat apa? Kalau ada minyak di sana pun, kita nak bawa balik ke bumi macam mana? Kalau kita nak tinggal di sana pun, sukar juga kerana di sana atmosferanya tipis dan bahagian besarnya dipenuhi oleh karbon dioksida dan tak sesuai untuk kehidupan manusia. Kerajaan telah bersikap realis dengan membangunkan sektor biodeiesel untuk menggantikan bahan api fosil kepada bahan api dari tumbuhan. Paling kurang kerajaan berusaha juga untuk mengatasi masalah bahan api fosil ini, tetapi lihatlah Pakatan Rakyat kesayangan anda itu buat, dia buat apa? Berdemontrasi di sana sini, lepas itu selalu melaga-lagakan rakyat samada dari kaum yang sama atau kaum yang berlainan supaya sokongan kaum tersebut kepada Barisan Nasional menjadi kurang, sikap apakah ini? Lihatlah apakah sumbangan Pakatan Rakyat terhadap negara dan negeri tadbiran mereka, projek pembangunan apa yang mereka buat, hanyalah projek ceramah maki hamun, projek demontrasi ganas, projek saman orang, projek menjatuhkan orang itu dan orang ini, projek melaga-lagakan rakyat, semua itu tidak berguna dan tidak mendatangkan manfaat pada negara malahan ia memudaratkan negara. Pakatan Rakyat perlu bersikap realistik dan berusaha dengan bersungguh sungguh membangunkan negeri tadbiran mereka, tetapi ini tidak negeri-negeri tadbiran mereka tunggang langgang, masih lagi nak menyalahkan orang lain, seperti pepatah ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi dia jalan ke tepi, apa ini? Telitilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.
Reply
ericind Reply:
December 18th, 2009 at 2:02 am
jangan layan org mcm si mohamed ni,jenis royar buruk BN upahan…
Reply
anti poyo Reply:
December 19th, 2009 at 8:38 am
mohamad ni kayu ukiran amno..dh resmi kayu, klu dh diukir, susah nk padam..kayu ni kan klu kite ckp pun, die cmtu gak…ko bg la seribu penerangan dan fakta, die akn cmtu gak…hendak2 nye lah mohamad ni kene plak tindas dgn amno br die akan tau nati amno tu mcm taik…
Reply
mcm mana lah anak ketam terpaksa jalan ke tepi kalau encik mohamad dah potong jalan dia…nanti saya sponsor tiket kapal terbang air asia untuk encik mohamad terbang kat planet zuhal ye untuk cari minyak…tapi bukan minyak mcm petronas gali tu minyak urut jer untuk anak ketam tu…sure mak ketam tu ajar anak dia berjalan sampai kaki dia lenguh2 kan…kecian anak ketam…….
Reply
Are you all the Rakyat sitting ducks??
Najib The Ponzi Scheme Master
Posted by Simon Templar On Friday, December 11, 2009
Malaysia is close to bankruptcy.
The government has no more money. 2009 must have been a horrible year with little corporate taxes collected (and expected to be collected) due to the economic slowdown. Foreign investments have also slowed to a halt.
And yet Najib’s government is trying to spend their way out of the economy. Honestly, if carried out well, government spending is a key component in driving the economy up. But not in Malaysia. The leakages are too large. As a result, the expected multiplier effects do not maximise. The money disbursed end up in the pockets of those who least deserve it instead.
2009 must go on record as the year with the largest amount of government bonds issued.. Amanah Saham this and Amanah Saham that. I don’t have the statistics but I doubt 2009 will be too far off the numero uno spot even if it does not take the top spot. All sorts of bond were raised and for the first time, take-up quotas drawn along the usual racial lines have been removed.
What does that mean? The government is simply desperate for money. The amount that they could raise from the protected and preferred Malay race have simply maxed up. That left Najib with no choice but to loan from the desperate Chinese and Indians on the pretext of equality and sharing of wealth with all in the country. And at lower rates of returns too.
Malaysians are not well read people. And I bet you that most people do not understand what a bond is apart from it being an investment opportunity that generates interest income higher than that offered by FDs. Bonds are actually IOUs. It is a loan. When you buy a bond, you are actually lending money to the bond issuer and you get paid back upon maturity.
Upon maturity, paying back of bond money is an issue should the bond issuer (in this case the government of Malaysia) has no money to pay. But as the government, this can be solved via a few simple strategies at the expense of the rakyat.
The government may raise new bonds to pay-off the earlier bonds. And this can be done over and over again. The bet by the government is that the government’s income will improve in the future and one day, these loans from the public can be paid off. Theoretically, this sounds ideal. But do you genuinely accept that from the government of a nation whose corruption index ranking have been consistently falling to an embarrassing 57 now? Regardless of how much of the nations resources are depleted (our oil is running out by the way; palm oil isn’t that popular in the world market unless you are a sucker who believes in Utusan Malaysia; we do not have much rubber; we ran out of tin decades ago), the profit do not go back to the rakyat but the Swiss private bank accounts of our politicians.
So, the bonds will never get to be paid from the ideal profits. New bonds will be issued to pay off earlier bonds. And this will go on and on and on. Over time, with larger amount of bonds raised every time to cover for additional ‘nation building and development’, government debts will only continue to rise. This is what we call a Ponzi scheme.. Read Bernie Madoff. Read cheat. Read con.
The present government is passing it’s current problem to the future generation. An irresponsible government indeed. In developed nations, the people are able to appreciate this problem. Parliaments debate after debate on bond issuances. In Malaysia, the Prime Minister approves new bonds while he gobbles down his nasi lemak with ayam rendang and sotong sambal. The future is not his problem anyways. He has his hot seat to protect; lose it or he will get nagged to his death by the thing who sleeps next to him.
Has anyone actually thought that Najib knows that his days are numbered and he is maximising his personal dough collection? Think about it. Whatever he takes from the bonds will have to be paid back by the next government. If he is not going to be the next government, paying back will not be his problem.
But whatever he does now will still be a problem for the rakyat in the future. If BN continues, it will be BN’s repayment problem. If PR takes over, it will be PR who is faced with the same repayment headache. The only permanent fixture is that the rakyat is at the losing end.
Some may argue that all the government has to do is to print more money. Yes, that is true. A learned friend of mine once said that the government will never run out of money because it can just print more. That is a brilliant statement. But of course it has it consequences. The amount of paper money in circulation must correspond to the amount of gold held in reserves. If paper money exceeds the value of gold – which is what the US is facing right now – then the said currency’s value falls. Purchasing power declines. Inflation rises. And a whole lot of other negative economic terminologies.
So you see, printing money to repay government loans solves the loan issue but it brings the country to a whole new level of economic problems.
And yes, you got the message, the rakyat loses.
If you are lucky to live short enough, the problem will not be yours. But your kids? You better leave them enough money to buy bananas at RM1 million per comb.
Reply
Encik Muhammad seorang yang tidak berpijak di bumi nyata.
Reply
semoga petronas terus kekal selamat dibawah pemimpin yang betul-betul jujur..amin
Reply
Alhamdulillah.
Reply
Penulisan saudara Mohammad terlalu dipengruhi oleh media benak UMNO sebab itu dia
tak dapat bezakan yang mane betul dah tidak.
Dia masih menganggap UMNO nie mcm agama yang mesti kekal sampai bila2 sebab dah terlalu
lama pikir UMNO.
Sekiranya saudara Mohammad ingin tahu dibawah pemerintahan UMNO lah isu agama dipandang enteng, rasuah jangan cakaplah sana sini berlaku. sekiranya PR tidak ade maka lebih banyak lagilah kemungkaran yang akan berlaku diMalaysia. P berceramah adalah untuk mendedahkan semua kemungkaran yang dilakukan oleh puak yang tak pernah puas nie(UMNO).
Nasib baik negara kita kaya dengan minyak jika tidak jangan ko mimpi malaysia nak jadi macam sekrang dan mungkin akan jadi ebih teruk. Kita boleh bertahan sebab sumber negara yang banyak yang menutup segala ketirisan yang berlalu selama bertahun tahun lamanya. Namun semua itu tidak mustahil akan kehabisan.
Ape Akta 1974 yang anda tahu cuba kemukakan dan kita hujahkan????jangan bercakap saja tapi tak tahu ape yang cuba ditegakkan???
Reply
hujah mohammad nampak banyak tapi bila dibaca isi hampas sebab anda hanya baca media UMNO.
Reply
mohamad nie dh memang mengarut.kt jgn dok pening psl dia.dia ni blh dikatakn penulis jalanan yg diupah oleh barua negara ( BN ).dia tak tau psl ekonomi umpama burung kakaktua padai ckp tp apa pun tak tau…
Reply
kepada mohamad psl tuntutan royalti jgn nk temberang lbh,yg buta undang2 adalah awak mohamad..dlm akta 1974 yg dimaksudkn adalah negeri punya perairan bknnya 3 batu nautika yg telah memperbodohkn mohamad sendiri.perairan itu milik kelantan jd kelantan ada hak tuntut royalti ada faham..
Reply
betul rakan2,Mohamad terlalu bijak dalam bekata2.Syabas.Tapi en. Mohamad tidak berada dimana saya berada.saya dudduk telah hampir 30 tahun di kawasan jajahan BN.Tiada pembangunan,pekan koboi,ADUN tak nampak muka,pergi kerumah minta tanda tangan nak masuk Universiti ditutupnya pintu.Kerajaan dari dulu selalu saya dengar RM 200 juta,RM 20 billion,pakej rangsangan dan macam2 lagi lah.Setakat sebut saja saya pun boleh.Tapi sampai sekarang dimanakah buktinya?kita lihat sahajalah di Sarawa,telah berkurun lamanya BN memerintah tapi masih ramai pengangguran dan kemiskinan tegar.Orang di Sarawak bekata kepada saya sendiri, Sarawak ini tak akan lebih membangun selagi tiada pembangkang yang akan mencabar kedudukan mereka. Org Sarawak pun sudah muak dan jelek dengan BN kebanggaan En. Mohamad tu.En Mohamad, pergilah ke pelusuk kampung, tanyalah mereka. Kalau ditanya anak2 kita contohnya guru,kalau mereka dihantar berkhidmat di Sarawak semua akan kata tak nak.Kenapa? Kerana Sarawak kurang maju. Line tlefon pun takda, tepaksa naik bot,jauh dipedalaman.Faham tak En. Mohamad? Fikirlah.Jangan terlalu bangga dengan RM jutaan ringgit tu je.Ya memang benar BN banyak buat bangunan tinggi. tapi bukan itu yang rakyat PERLUkan,itu cuma kemahuan.Apa yang belaku kini hanyalah KEMAHUAN melampaui KEPERLUAN. Baru sekarang inilah ita dengar pasal Sabah Sarawak dalam TV.adakah ini UMNO BN yang anda banggakan?Tak mengapalah,mungkin anda berada di zon selesa bersama BN kesayangan anda.Hidup umpama roda,sekarang anda diatas,maka apabila anda berada dibawah pasti anda akan rasa kesal dengan semua pernyataan anda disini sebelum ni.
saya harap EN Mohamad lain kali bercakapla bukan ikut sedap mulut,tapi hati yang ikhlas. Sya harap En. Mohamad dapat iktibar dan jadikan sebagai pedoman. Renung2kan dan selamat beramal…
Reply
mane perginye mp pakatan rakyat semasa kalah 3 undi ari2 pertanyaan sye masih belum terjawab persoalan disini adalah ketelusan, saya x kisah menang atau kalah tetapi yang penting disini setiap bende yang berlaku mesti bersebab MP dilantik oleh rakyat yang mengundi jadi sila tolong beri sebab musabab kepada rakyat ini penting bagi menunjukkan ketelusan pakatan rakyat terhadap rakyat jelata.klu DSN boleh datang ke parlimen walaupun sibuk mentadbir tetapi manepergi MP pakatan yang masih belum mentadbir negara.. isu disini jelaskan pada rakyat itu sahaja.
Reply
kawan2 semua nak tahu tak kenapa MP PR tak ada dalam parlimen tempoh hari ?
Ini adalah arahan dari PR agar disokong belanjawan 2010 secara tak langsung.
Dari sumber2 yang layak dipercayai, Ramai MP PR berada dikawasan sekitaran. Kalau nak datang boleh sangat.
Reply
anti poyo Reply:
December 25th, 2009 at 12:17 am
sumber tu nenek ko, tu yg ko pcy tu..
Reply
En. Kayuapi, anda betul-betul tolol, cuba anda sukat jarak dari pantai dengan telaga minyak yang diterokai itu, kurang dari tiga batu nautikakah? Siapa yang tak faham kini, anda atau saya. Anda yang bersikap katak bawah tempurung yang hanya baca media penipu Pakatan Rakyat telah ditipu bulat-bulat oleh pihak Pakatan Rakyat, kalau anda lihat balik kenyataan Penasihat Umum PKR sendiri pun dia sendiri mengaku hal ini dan dia cuba kononnya untuk pinda Akta itu sebab kini Barisan Nasional berkuasa, tapi bila Pakatan Rakyat dapat kuasa ia akan dipinda balik seperti dulu yang mana kerajaan pusat akan dapat royalti berkenaan. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Dulukini, isu agama tak dipandang tepi jalan oleh kerajaan Barisan Nasional, berbagai usaha pembangunan Islam dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti Penerapan Nilai-Nilai Islam, Bank Islam, Universiti Islam, Institut Kefahaman Islam, Tabung Haji, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Pertandingan Bacaan Al-Quran, Sekolah Agama, dan macam-macam lagi.
Ceramah Pakatan Rakyat bukannya untuk menguraikan kekusutan tetapi menambah kekusutan, ceramah menegakkan kebenaran apakebendanya kalau memaki hamun, mencaci, menghasut dan menghina orang? Apakah ini boleh mendatangkan faedah? Sepatutnya Pakatan Rakyat membuat suatu formula yang berkualiti, tetapi penyelesaian tak pernah ada diungkapkan oleh Pakatan Rakyat, tetapi hanya menimbulkan isu itu dan ini yang kebenarannya tidak pasti lagi. Sikap apakah seperti ini? Sepatutnya menasihatkan dengan kebenaran dan kesabaran seperti yang disarankan oleh agama, tetapi apa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ialah memaki hamun dengan kata-kata tidak sopan dan penuh gelojoh hingga semua pihak mendapat musibah. Apakah pemikiran dan kelakuan seperti ini? Saya tidak sokong Pakatan Rakyat bukan sebab saya telah ‘dibeli’ oleh Barisan Nasional, tetapi mengenangkan sikap Pakatan Rakyat yang keterlaluan dan melampau itu menyebabkan tak teringin saya menyokong tingkah laku tidak sopan dan tidak senonoh yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat itu. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional, meskipun tidak sempurna seratus peratus, tetapi ia lebih baik dan bersikap bermoral dan senonoh berbanding Pakatan Rakyat. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Fazli Salleh, kalau saya tak bepijak di bumi nyata, saya pijak di mana? Kalau saya di bulan atau planet lain, mampukah saya berinteraksi di blog ini? Saya melihat setiap isu yang dibangkitkan samada dari pihak kerajaan atau Pakatan Rakyat dari pelbagai sudut, yang penting ialah kepentingan agama, negara dan rakyat diutamakan. Kalau kamu lihat salah pada satu sudut, tapi satu sudut lain ia benar untuk kepentingan umum, mana lebih penting, kepentingan individu atau umum yang lebih penting? Kerajaan bertindak rasional, tetapi Pakatan Rakyat sahaja yang tidak melihat secara tidak rasional tindakan kerajaan itu. Misalnya bila kerajaan tidak mahu adakan pilihanraya semula di Perak kerana faktor kewangan dan situasi politik yang kacau bilau, terus Pakatan Rakyat tuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan kerana Pakatan Rakyat rasa boleh tangguk di air keruh berkenaan. Inilah sikap Pakatan Rakyat yang suka menjerat orang dengan pelbagai cara semata-mata demi kuasa politik. Telitilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Jeevan Subramaniam, anda ini pun satu, orang barat memang dengki dan cuba kuasai negara Malaysia ini, tapi kerana sikap berwaspada dan berfikir panjang pemimpin negara, tindakan mereka sering digagalkan.
Pakej rangsangan ekonomi adalah bertujuan untuk mengalirkan kembali wang mengikut putaran asal kerana pada masa ini sebahagian besar wang telah berhenti bergerak. Kecairan yang tinggi dapat membantu ekonomi negara membangun dengan lebih pesat. Penulis Si Simon Templar itu kalau dia warga Amerika, lihat dahulu sikap organisasi perniagaan di sana, bila pakej rangsangan lebih 700 billion dollar dikeluarkan oleh kerajaan pusat Amerika Syarikat, apa yang syarikat besar sana buat? Mereka bayar bonus pengarah dan perbelanjaan yang bukan-bukan, tapi di Malaysia tidak begitu, dana yang keluar dari sumber kerajaan digunakan untuk aktiviti pembangunan, bukannya untuk bayar pengarah yang membankrapkan ekonomi negara seperti di Amerika Syarikat.
Mengenai kebocoran yang dituduh oleh penulis Simon Templar itu pula, lebih baik dia lihat negara dia sendiri yang merosakkan ekonomi dunia dengan menyerang negara orang. Ekonomi dunia rosak disebabkan mereka. Belanja untuk bunuh orang, sudahlah jahat, bodoh dan tolol lagi negara-negara barat itu. Amerika berhutang lebih dari satu beratus billion dollar dengan pelbagai pihak dan kini hutang itu etah mencecah lebih dari satu trillion dollar. Mereka gunakan untuk tindakan keji seperti peperangan yang memberikan faedah pada syarikat minyak mereka dan syarikat senjata mereka, tapi ekonomi dunia terutama negara yang diserang hancur. Sila kamu fikir dengan otak yang bernas dan bukannya dengan tolol En. Jeevan. Orang begini anda nak percaya? Entah esok anda dan keluarga anda diainyana mereka pula.
Berkenaan skim cepat kaya (Ponzi Scheme), Malaysia tidak rosak ekonomi sebab skim berkenaan, tapi Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang tamak yang melabur dalam skim penipu berkenaan hingga negara mereka hampir bankrap, negara sendiri buat salah, tak nampak, cari kesalahan orang pula. Inilah sikap Barat yang dengki dengan Malaysia.
Berkenaan kerajaan Malaysia yang dituduh oleh Simon Templar yang akan membebankan generasi akan datang, lebih baik dia lihat negaranya sendiri yang hampir muflis itu. Paling kurang, hutang kerajaan Malaysia tidak seteruk Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah hinggakan mereka bertindak jahat menceroboh negara orang untuk merampas minyak supaya ekonomi mereka bangkin kembali. Tindakan mereka ini mengingatkan Sistem Tanaman Paksa yang diamalkan di Indonesia atau Hindia Timur Belanda pada abad ke-19 dahulu hingga menyebabkan berlakunya Perang Jawa yang mengorbankan hampir sejuta rakyat peribumi Indonesia serta askar Eropah Belanda dan askar upahan Asia Belanda. Negara Belanda di Eropah hampir muflis kerana berperang dengan Peracis di Eropah, tetapi untuk menyelamatkan ekonomi Belanda, peribumi Jawa diainaya bila perlu menyerahkan 4/5 hasil tanama kepada Belanda dan 1/5 untuk kegunaan peribumi berkenaan. Sikap apakah jenis ini, nak makan apa kalau dapat hasil sedikit, ramai yang kebuluran ketika itu. Orang Barat mengamalkan semula tindakan keji berkenaan dengan menyerang Iraq untuk mendapatkan minyaknya, menyerang Afghanistan untuk membuat saluran minyak dari Asia Tengah ke Lautan Hindi dan membiarkan kekacauan di Asia Barat supaya kebergantungan terhadap Amerika dan Barat makin meningkat. Simon Templar perlu melihat hal ini sebelum beliau memfitnah kerajaan Malaysia.
Berkenaan mencetak wang berlebihan, ia tidak diamalkan oleh Malaysia, tetapi Amerika mengamalkannya semasa Perang Vietnam pada tahun 1970an dahulu kerana mereka tak cukup duit biaya perang berkenaan mereka secara curang bertindak sedemikian. Tetapi sebagai pembalasannya, mereka telah kalah di tangan Tentera Vietcong dan dihalau keluar dari Vietnam dengan cara yang memalukan. Tapi dalam filem, tipu kata Amerika hebat kalahkan Vietcong, tapi hakikatnya mereka yang kalah dan bertindak zalim terhadap penduduk Vietnam dengan menyembur gas Orange, sejenis gas beracun untuk mengalahkan Vietcong, tetapi bukan setakat Vietcong, orang awam disembur dengan gas berkenaan juga.
Berkenaan pembelian sesikat pisang berharga RM 1 bilion, itu akan terjadi jika negara kita mendengar kata dan meminjam dari IMF dan Bank Dunia pada krisis kewangan tahun 1997-98 dahulu. Tetapi mujurlah kerajaan pimpinan Tun Mahathir ketika itu sedar kelicikan IMF dan Bank Dunia mahu memporak perandakan ekonomi kita dan menjadikan negara kita kerbau dicucuk hidung oleh mereka. Kalau di kalau anda nak beli benda-benda dengan harga macam itu, saya sarankan anda pergi ke Turki yang telah menjadi kerbau dicucuk hidung oleh IMF dan Bank Dunia, mata wang Lira Turki telah dinilai semulakan oleh IMF dan Bank Dunia hinggakan nak beli sayur pun bawa sebakul wang kertas. Kalau nak beli lori, bawa selori wang lira Turki. Penyamun di Turki pun tak tergamak nak menyamun wang lira Turki sebab susah nak bawa, kalau setakat 1 beg bimbit, baru boleh beli ayam seekor buat apa. Tapi di Malaysia keadaannya tidak begitu sebab pemimpin kita tahu membezakan mana yang baik dan buruk.
Anda bersikap idealis, sebab itulah selalu terpengaruh dengan teori manis umpan dari pihak Barat itu. Idealis itu boleh tapi biar bertempat, kita beridealis benda yang realistik tiada masalah, tapi kalau idealis benda yang mustahil dan alam kayangan seperti cerita dongeng dahulu kala, ia adalah bermasalah bagi kita dan orang lain. Saya lebih mengutamakan Malaysia dari parti politik. Apa-apa tindakan yang boleh mengancam Malaysia, saya tak dapat terima dan saya akan tentang habis-habisan. Sebelum bertindak, tidak apalah, tapi kalau sudah bertindak, tidak akan berpatah balik lagi sehingga ia berjaya dilaksanakan. Biar hilang nyawa dari hidup dalam keadaan terhina dan tidak berguna dan dipijak-pijak oleh orang. Bukan setakat Pakatan Rakyat, kalau Barisan Nasional bertindak mengancam keberadaan Malaysia ini pun, saya akan tentang habis-habisan. Bagi saya Malaysia mesti dipertahankan meskipun apa yang berlaku. Apakah anda dan rakan-rakan lain di Pakatan Rakyat akan bertindak perkara yang sama demi Malaysia? Terpulanglah pada anda untuk memikirkannya. Sekian, terima kasih.
Reply
Alahai Encik Mohamad, macamana Encik buat penilaian kalau encik tak faham knp Pakatan Rakyat berdiri sebagai satu entiti politik pilihan ? kalau benar-benar Encik Mohamad faham tentang kerajaan sekarang apa kata encik yang pd pandangan saya cuba melihat dari sudut yang positif terhadap kerajaan cuba pula melihat tentang peranan sebenar pihak pakatan rakyat, jangan kerana cuma tengok di permukaan dan mendengar ceramah pakatan rakyat, encik rasa encik dah faham apa yang pakatan rakyat buat, prinsip penubuhannya dan peranannya kepada kebangkitan dan kesedaran rakyat…mintak maaf cakap,..encik sudah jauh ketinggalan. sorii.
Reply
Kalau Audit Negara sendiri puji pengurusan kewangan Negeri Selangor, Kedah dan Penang…macamana encik Mohamad boleh kata Pakatan Rakyat tak buat kerja? cuma tahu bagi ceramah maki hamun,..ish..ish..kesian encik Mohamad ni memang dah tertinggal bas.
Reply
tu lah si mohamad ni memang tolol…baca pula kenyataan si wacaraa tu bagaimana?????
Reply
Apalaa… ini Mohamad?! apa yg dia ckp semua ada tulis dlm suratkhabar Utusan dgn Berita Harian..he..he org sudah tak mau baca lo.
Reply
Kepada Saudari Seri Dewi, apa yang tak fahamnya, Pakatan Rakyat entiti politik pilihan, luculah anda ini, pilihan apa kebendanya kalau bertindak melulu dan menyusahkan rakyat dengan tingkah laku tak senonoh. Saya bukan tengok dari permukaan Pakatan Rakyat sahaja, kerana kalau saya tengok dari permukaan, saya dah lama sokong Pakatan Rakyat, tapi setelah lebih dari sepuluh tahun saya memerhatikan dan mengkaji PKR, DAP dan PAS, mereka saya dapati suka berpura-pura dan tak reti mentadbir, tapi suka mengkritik dan menghentam orang. Sikap jenis ini tak bagus, tak bermoral, kalau tak tahu buat cara tak tahu, jangan bertindak macam orang pandai, tapi pandir, buat apa kalau macam itu? Anda yang perlu lihat kerajaan hingga ke dasarnya bukannya hanya melihat dari permukaaan berdasarkan cerita dongeng dalam akhbar nyamuk Pakatan Rakyat supaya anda boleh nilai sesuatu dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.
Reply
mohamad, ko menulis dok menampakkan semakin tak pandai nye ko ni..semakin pekak, semakin nampak ketololan ko…tulis mcm bagus tp banyak andaian semata mate..dh la tu..harap2 hendaknye ko plak akan rase ditindas amno penyangak tu nati…
Reply
sdr mohamad…bercakap sebiji pROF dR….Buat kerja/komen seimbanglah mohamad,kitani sama2 rakyat yg inginkan kesejahteraan pada negara,seimbanglah buat komen tu pada Pakatan rakyat dan Barisan Nasianal,kau dah tahu yg timbang BN statig,jgn dok senggetkan lagi,saya yg sokong BN pun turut benci dgn cara ini……sekian terima kasih.
Reply
Mohamad baik kau ganti Dato Seri Musa Aman di sabah sebab sdr suka cakap air pasang pada pembaca/rakyat,kalau air surut sdr menghilang….tak baik tu kita org umno perlu tunjuk cerita baik jgn cakap bercalaru sekejap betul sekejap tak boleh saya ikut perkembangan blog ini,saya tak seperti sdr main lajakje ini membuat si pembaca menilai persepsi sdr termasuk parti umno dan BN,sdr fikirlah dgn sebetulnya,ini menimbulkan kebencian rakyat pada parti kita,sehingga parti menerima akibat mulut sdr ini…..sedarlah mohamad.
Reply
Kepada Hj. Boh, saya bukan menyokong sebelah pihak sahaja, tapi kelakuan Pakatan Rakyat telah keterlaluan, mereka suka menimbulkan isu yang bukan-bukan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Samada anda nak sokong Barisan Nasional atau tidak terpulanglah pada anda, ia bukan dalam kawalan saya. Kepada Mohd Taib, Datuk Seri Panglima Musa bin Hj. Aman sudah jadi Ketua Menteri Sabah, ketika ini banyak kemajuan dibawa di bawah kepimpinan beliau. Seperti yang saya katakan tadi, saya bukan suka-suka hati nak bela atau hentam mana-mana pihak, tapi kalau benda tak betul yang boleh memecah belahkan rakyat, takkan kita nak terima? Apakah anda berdua juga adalah peminat setia Pakatan Rakyat yang menyamar semata-mata mahu menutup mulut saya. Kalau dilihat dalam komen saya, saya tidak maki orang, saya tak hina orang, malah orang lain yang hina dan maki saya habis-habisan, tapi saya tak balas balik pun cacian dan makian mereka itu. Sepatutnya anda menasihatkan mereka dan bukannya nak melemahkan saya, saya orang yang sukar dipengaruhi, saya apabila telah berpegang kepada sesuatu, saya akan pertahankannya meskipun terpaksa berhabis harta, tenaga, keringat dan lain-lain kerana saya yakin dengan perjuangan berkenaan, tapi kalau benda yang merapu dan merosakkan keamanan, saya tak dapat terima dan saya akan tentang habis-habisan. Samada anda berdua nak bersetuju atau tidak terpulanglah pada anda, sebagaimana saya tidak dapat mengawal tingkahlaku anda berdua, begitu juga anda tidak dapat mengawal tingkah laku saya, masing-masing ada pendapat dan terpulanglah kita yang menerima pendapat itu nak terima atau tidak, saya tidak pernah memaksa orang terima pendapat saya, biarlah orang maki dan caci saya, saya tak kacau orang pun, malahan saya maafkan segala cacian dan makian itu, mereka yang caci itu jangan risau anda tidak berdosa pada saya, saya maafkan anda semua dunia sampai akhirat, saya bukan jenis pendendam tak tentu pasal, saya dapat terima orang kritik dan marah saya kerana saya terbuka dalam banyak hal, tapi dalam hal-hal yang tak boleh dikompromi maka tak bolehlah saya terbuka pula bahaya itu. Sekian, terima kasih.
Reply
pencacai!!…org semakin geram dgn kamu tapi kamu masih2 x keluar2 juga dari blog ni…perasan bagus!!!!!!!…muka tak tahu malu!!!!!…kamu lah punca warga blog ni terpaksa mengeluarkan kata2 kesat…dah tahu orang memang x boleh terima kata2 kamu terus juga buat2 menyibuk di sini…pencacai tak tahu malu!!!!
Reply