14
Dec
09

Siapa Sentuh Tok Guru Nik Aziz Akan Dapat Tentangan – Anwar

Dari Harakah Daily

Oleh Ali Hashim

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

“Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

“Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

“Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

“Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka,” katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

“Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

“Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka.”

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.


36 Responses to “Siapa Sentuh Tok Guru Nik Aziz Akan Dapat Tentangan – Anwar”


  1. 1 Adnan Saidin Dec 14th, 2009 at 8:51 am

    Datuk Seri, kasi service kuda sama lipat gunting dengan semua depa tu penyamun tarbus negara.

    Reply

  2. 2 tebuan madu Dec 14th, 2009 at 9:12 am

    ana setuju dengan DSAI, UMNO dan kuncu-kuncu JANGAN CUBA JOLOK SARANG TEBUAN. KITA AKAN SERTA TUAN GURU NIK AZIZ UNTUK BERDOA AGAR SESIAPA YANG CUBA MENGHALANG USAHA MENEGAK KEBENARAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN KITA DIA SAMPAI PECAH PERUT….

    Reply

  3. 3 tebuan madu Dec 14th, 2009 at 9:19 am

    ana setuju dengan DSIA, UMNO dan kuncu-kuncu JANGAN CUBA JOLOK SARANG TEBUAN. KITA AKAN SERTAI TUAN GURU NIK AZIZ UNTUK BERDOA AGAR SESIAPA YANG CUBA MENGHALANG USAHA MENEGAK KEBENARAN DAN MENCEGAH KUMUNGKARAN KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT… KITA YAKIN 3 GOLONGAN YANG DOANYA MUSTAJAB IA ITU 1. DOA PEMIMPIN YANG ADIL. 2. DOA ORANG YANG DIZALIMI DAN 3. DOA ORANG YANG BERPUASA..

    Reply

  4. 4 Maverick Dec 14th, 2009 at 10:43 am

    Fairdinkum ,
    the highly revered cleric The Honourable Menteri Besar of Kelantan
    should be respected and protected at all cost.

    Reply

  5. 5 Sewel Dec 14th, 2009 at 1:43 pm

    Jangan ‘gabrah’ abang Anwar, kita memang kan ‘TKO’ si Najib dan samsing umno nya kalau dia orang cari pasal dengan Tok Guru. By the way Anwar congrats on the court case, dont worry abang Anwar we have not abandoned you. Cuma kita diam diam watching aje. bila samsing umno nak perang kita akan turun ke medan ajar dia orang. Mana si anak Razak ni ia tu Najib boleh lari. Dia punya situasi memang macam cerita “Macbeth” tu. His hands are stained with the blood of Altantunya. Najib’s satu Msia is just another scam. Siape dia nak bedek lagi? Najib and UMNO say they are fighting for malay nationalism. what malay nationalism ni? dia sendiri anak orang Bugis. dah berapa century ka si Bugis ni sekeru atau screw kita melayu yang asli ni. You name me one UMNO President who is a pure Malay? there is non. The closest was Tunku but even he had Thai ancestory!

    Reply

  6. 6 Boring Dec 14th, 2009 at 2:00 pm

    Tok Guru is the prime target for Umno as he is the only one opposed PAS/UMNO unity plan…Long Live Tok Guru ! Time To Changed…Come GE13

    Reply

  7. 7 Mohamad Dec 14th, 2009 at 2:32 pm

    UMNO JUARA DIMATA RAKYAT,ITU KATA MUHJIDDIN MISAI KONTOT.KITA NAK MEMPERKASAKAN KRONI2 KITA DIMATA RAKYAT,SUPAYA SENANAG KITA KOREK,KOREK,KOREK DUIT RAKYAT…..

    Reply

    noh Reply:

    UMNO JUARA DIMATA RAKYAT dan sengsara di hati rakyat.

    Reply

  8. 8 Mohamad Dec 14th, 2009 at 4:51 pm

    Apa ini, kata dalam perbahasan di Parlimen, kerajaan berhak dan berkuasa ke atas perairan yang diluar milikan negeri, tapi di sini lain pula, apa cerita ini, sekejap begini, sekejap begitu. Pendirian boleh bertukar-tukarkah? Macam sesumpah pula boleh bertukar begini dan begitu. Kalau beginilah, apa gamaknya akan berlaku jika Pakatan Rakyat berkuasa, sekejap begini keputusannya, tak sampai sehari dah tukar keputusan baru, huru hara jadinya negara kita ini. Untuk negara yang aman dan makmur marilah kita sama-sama berjuang dengan Barisan Nasional, tolak Pakatan Rakyat yang banyak cakap kosong dan berbelit-belit. Berfikirlah dengan rasional tentang tulisan saya ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

    noh Reply:

    “Untuk negara yang aman dan makmur marilah kita sama-sama berjuang dengan Barisan Nasional”

    Mana ada aman bil ada pemimpin tangannya bergelumang dengan darah Altantuya. Sifu kamu TDM pun kata Umno dah kotor sekarang. Begitu juga kes-kes kematian di cawangan umno PDRM dan SPRM.

    Mana ada makmur, kantung Petronas dah dirobek umno, PKFZ, Perwaja dan Bakun dah ratusan bilion lesap mana hasilnya.

    Orang binggung pun boleh gila baca tulisan kamu ni.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En. Mohamad, Tulisan anda tentang cakap kosong berbelit-belit mengingatkan saya kepada TPM kita. Dulu dia kata SPM hanya 10 subjek lepas tu tukar ke 10 2. Kes Bahasa English dalam Math dan Sains ke BM juga berbelit-belit macam sesumpah kata anda. Naya anak bangsa, So TPM ni pun sesumpah ke? Kalau jadi PM parah rakyat macam ni….tak payah tunggu PR memerintah. Sekarang pun dah macam ni. Adakah BN cakap tak kosong atau berbelit-belit seperti isu royalti minyak kelantan? Tak payah jadi pejuang parti kalau prinsipnya sama. Inilah mengata dulang paku serpih…

    Reply

  9. 9 zaini889 Dec 14th, 2009 at 7:00 pm

    Syarat2 untuk menjadi PM negara ini:-

    1) Mesti pandai bunuh orang dengan bom
    2) Mesti pandai makan rasuah (Komisen haram)
    3) Mesti takut bini
    4) Mesti seorang yang penakut
    5) Mesti pandai rasuah polis, SPRM dan Hakim (Hakim bangang)
    6) Mesti pandai naik kan harga barang terutamanya minyak petrol
    7) Mesti pandai kebas duit petronas dan menyusahkan rakyat
    8) Mesti pandai kata orang ulama makan rasuah
    9) Mesti ada isteri yang pandai makan duit derma dan duit rakyat.
    10)Mesti ada isteri yang perasan cantik tapi gemok gedempol sebenarnya.
    11)Mesti pandai beli bini orang
    12)Mesti sudah kena tangkap khalwat dgn artis kat Port Dickson

    Adakan PM sekarang ada ciri2 seperti diatas. Hidup Najib! Hidup Rosmah! BANGSAT KAMU BERDUA!!!!
    Kamu akan pasti dilaknat oleh rakyat…ada lagi makhluk bodoh dan bangang hidup lagi didunia ni.

    Reply

    xlanxdiablox Reply:

    hahaha. cmni la bagus. ade lawak2 skit. jgn tense sgt. hahaha.

    Reply

  10. 10 haji mokhtar Dec 15th, 2009 at 7:26 am

    salam DSAI…ibadah ni kan mendatangkan pahala,mana orang umno boleh terima.
    tapi yang rasuah…kroni mentedarah duit rakyat,niaya orang..bak kata mana yang haram je la semua tu dorang suka

    Reply

  11. 11 haisara Dec 15th, 2009 at 8:04 am

    Salam.

    I beg to differ. Leaders should serve the rakyat in a transparent and rightful manner.

    Saidina Khalid AlWalid r.a was asked if he was the leader by the Roman during the conquest of Syria., he replied “Yes, They will obey me if I obey Allah and if I disobey Allah the position is lost”

    So few of us supported you when so many denounced you. Numbers does not matter. It will be granted upon us if we stay true.

    TGNA integrity was intact until his SIL became CEO of PMBK. His remarks to YB Mahfuz should be exactly for himself.

    TGNA had served us well, the latest development makes us sad.

    Reply

  12. 12 monyetpp Dec 15th, 2009 at 11:35 am

    Ya, Tok Guru adalah ulama yang dipandang tinggi dan adalah kurang manis drpd bacaan akbar cara mereka “menghina”, “mencaci” beliau….

    Reply

  13. 13 Mohamad Dec 15th, 2009 at 12:37 pm

    Ni Mohamad mana pula ini, gunakan nama sama untuk hentam Barisan Nasional, tak patutlah, nanti keliru orang.

    Kepada Zaini889, entah apalah yang anda mengarutkan ini, kamu lihatlah di Malaysia, apakah keadaan itu berlaku? Apakah kamu ditangkap secara paksa dan rahsia dan dipukul sesuka hati kerana kamu menyokong pembangkang? Ataupun ahli keluarga kamu telah dibunuh dengan rahsia oleh pihak kerajaan? Atau harta benda kamu dirampas oleh pihak kerajaan? Tak payahlah kamu nak berteori tepi jalan, kamu ini masih tidak sedar diri, hidup aman damai di Malaysia, masih tak tahu bersyukur, anda sepatutnya dihantar ke Iraq, Pakistan, India, Bangladesh, Afghanistan, Palestin, Mindanao, Darfur, Rwanda dan lain-lain negara bergolak supaya kamu sedar diri dan insaf bahawa keadaan negara kita ini yang jauh lebih aman jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang bergolak dan hidup tidak tenteram. Semoga kamu insaf atas perbuatan anda ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

  14. 14 Mohamad Dec 15th, 2009 at 12:47 pm

    Kepada En. Monyetpp, begitu juga dengan Tun Mahathir yang dihormati di seluruh dunia, kalau di negara-negara membangun dan negara-negara dunia ketiga, beliau amat dikagumi dan dihormati kerana sikapnya yang membela masyarakat yang tertindas dan pemikiran beliau yang berkelas tinggi. Begitu juga dengan negara-negara maju lain termasuklah negara Amerika Syarikat yang memandang tinggi terhadap beliau meskipun mereka tidak suka dengan beliau kerana belia sentiasa menentang sikap buruk dan zalim Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan Israel untuk mengainaya umat Islam, tetapi Tun Mahathir dengan begitu lantang menentang tindakan mereka itu. Mengapakah rakyat Malaysia sendiri yang masih tidak sedar diri dan bersikap dengki dengan Tun Mahathir menghina dan mencaci beliau dan keluarga beliau sesuka hati. Tetapi lihatlah hati budi Tun Mahathir, beliau tak doakan orang yang mencacinya supaya ditimpa bala ataupun mengambil tindakan undang-undang terhadap pencaci yang bersikap buruk berkenaan. Lihatlah perbezaan Tun Mahathir yang bersikap tenang dan bertimbang rasa terhadap orang lain meskipun orang lain tidak berhati perut dan dengki dengan beliau. Anda perlu ingat, En. Monyetpp, rakyat di negara lain amat berharap mereka akan mendapat pemimpin seperti Tun Mahathir, tetapi lihatlah sikap sesetengah rakyat Malaysia yang tidak tahu bersyukur malah busuk hati dan dengki dengan kejayaan bangsa sendiri. Fikirlah dalam-dalam tulisan saya ini, sekian, terima kasih.

    Reply

  15. 15 Mohamad Dec 15th, 2009 at 12:52 pm

    En. Tebuan Madu, pandai sungguh anda bercakap hal agama, tapi lihatlah siapa yang terainaya sebenarnya? Sudah berpuluh tahun pemimpin Barisan Nasional menjadi mangsa kekejaman ceramah maki hamun oleh pihak PAS, DAP dan PKR, tak salahkah maki hamun orang sesuka hati, tapi lihatlah, di pihak Barisan Nasional, mereka tak balas balik, tetapi mereka berserah kepada Allah untuk menentukannya. Lihatlah macam-macam perkara tidak elok dilakukan oleh pihak PAS, DAP dan PKR untuk menumbangkan Barisan Nasional yang terbukti berwibawa memerintah dengan baik Malaysia yang tercinta ini, tetapi lihatlah Barisan Nasional masih menang setiap pilihanraya yang diadakan. Anda patut insaf dengan sikap dengki anda wahai En. Tebuan Madu, jangan tamak dan iri hati dengan kejayaan orang, malahan kita perlu berusaha untuk berjaya. Sekian, terima kasih.

    Reply

  16. 16 Mohamad Dec 15th, 2009 at 12:58 pm

    Kepada En. Sewel, janganlah anda bertindak sewel pula, untuk makluman anda, Bugis, Sunda, Jawa, Minangkabau, Acheh, Madura, dan lain-lain kelompok besar penduduk asal nusantara ialah Orang Melayu. Nama Bugis itu adalah nama suku kaum dalam bangsa Melayu. Sama juga macam orang cina, ada orang hakka, orang teochew, orang hainan dan lain-lain suku bangsa cina yang lain, jadi tak payahlah anda nak memutar belitkan fakta hingga merosakkan fakta sebenar. Bersikap jujurlah, yang betul mestilah kita kata betul dan yang salah mestilah kita kata salah, jadilah manusia yang berguna, sekian, terima kasih.

    Reply

    Nick Dion Reply:

    Mana satu Mohamad yang asli yang tahu misai Muhyuddin itu kontot yang faham rasuah korek-korek correct. Mohamad palsu membela Mahatir yang kita tahu keluarga Matahir paling kaya di malaysia malah anaknya merupakan rangking terkaya seluruh dunia, pada hemat saya Mohamad palsu ini sebahagian dari perompak harta negara serta mungkin ada sedikit terpalit darah gadis Mongolia di celah-celah jarinya. cuba periksa jari tangan tu.

    Reply

    Sewel Reply:

    maaf che mohd aku tak setuju ye. melayu adela melayu dan bugis adelah bugis! sekarang semua orang panggil themselves melayu, pasal boleh dapat contrak kerajaan, boleh dapat rumah murah, makan rasuah dapat kerja government etc etc. Member ketat saya dari Argentina pun tukar namanya dan call himself melayu. ade ade lah.

    Reply

  17. 17 IQpalsu Dec 15th, 2009 at 8:57 pm

    Salam
    I beg to differ. Semua akhbar sama saja, baik Utusan, Harakah atau Roket. Bukan begitu?

    Reply

  18. 18 Mohamad Dec 16th, 2009 at 7:50 am

    Kepada En. Nick Dion, dari mana anda dapat maklumat yang keluarga Tun Mahathir yang paling kaya di Malayia? Kalau ikut laporan sebuah majalah ekonomi, orang tekaya dan tinggal di Malaysia ialah Ananda Krishnan, Tan Sri Robert Kwok meskipun rakyat Malaysia yang tekaya, tapi beliau tinggal di Hongkong. Malahan orang bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, nama ahli keluarga Tun Mahathir langsung tak kelihatan. Anda ini tuhankah sampai boleh tahu harta sebenar keluarga Tun Mahathir? Jangan sombong dan bersikap jahat dengan orang, nanti anda dapat dosa, malahan anda mungkin adakan mendapat pembalasan kerana ketidak senonohan anda itu. Apa kena mengena Tun Mahathir dan keluarganya dengan Altantuya, sebelum ini Pakatan Rakyat tuduh Datuk Seri Najib dan keluaganya berbabit denan pembunuhan berkenaan, tetapi kini dibabitkan lagi dengan Tun Mahathir dan keluarganya pula, apa semua ini? Fikirlah dalam-dalam tulisan saya ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

    jef Reply:

    kpd En.Mooooohamad kau ni macam pakar nasihat BN semua kau tahu ? org spt kau ini jgn ada dapat banyak project tak ? jgn lupa segala perbelajawan negara adalah wang Rakyat .adkah anda tahu skr nak beli insuran kereta lama pun susah dan mahal.maxis siapa yg dapat share baru ini?

    Reply

  19. 19 suri Dec 16th, 2009 at 4:30 pm

    orang sabah cakap kecian bah ini orang,,,,,,,,,,,

    betul2 simpati saya pada encik mohamad ni mungkin sekolah x tinggi dan jenis orang x suka baca buku dan suratkhabar agaknya. masih x tahu lagikah anak mahadir mohamad dato mokhzani mahadir berada di tangga ke 16 drp 40 org terkaya di malaysia.

    orang kalau cakap lebih tapi ilmu x ada..umpama solat 5 waktu tapi x ambil air wudhuk maknanya x sah lah…mcm ni lah encik mohamad ni…beria2 nak reply ulasan warga PKR di blog ini tapi semuanya cakap kosong x tahu fakta..pergi habiskan sekolah dulu lah encik mohmad baru masuk balik blog ni..

    Reply

  20. 20 farris Dec 16th, 2009 at 10:37 pm

    Encik Mohamad,

    Nak tanya gak berapa ringgit upah encik Mohamad duk tulis statement bodoh dan balas momment orang kat sini dgn takder fakta.

    Betul lah orang kata, kambing lagi mahal dari orang zaman sekarang.

    Kalau nak beli kambing, kurang2 ada 400-500 ringgit baru dapat sekor..
    Nak beli orang, hulur 200 ringgit pun dah tak senang duduk..meniarap terus pegi amik duit…pastuh, suruh buat aper pun sanggup. Sanggup kutuk Islam, cerca Ulama, fitnah pemimpin-pemimpin yang adil dan yang memperjuangkan hak-hak rakyat.

    Reply

  21. 21 Mohamad Dec 17th, 2009 at 8:22 am

    Kepada Saudari Suri, kalau Dato Mokhzani itu berada di tangga ke berapa terkaya pun, apa anda hendak dengkikan, anda perlu berusaha, beliau juga berusaha, beliau ada syarikat sendiri, beliau bekerja siang dan malam dengan gigih, bukannya duduk rumah dan goyang kaki. Kalau goyang kaki dirumah dan tak usaha apa-apa, mana boleh kaya?

    Mengapa anda mempermainkan dialek orang Sabah, pula, anda nak cari pasal dengan orang Sabahkah? Mana ada “Kecian”, orang Sabah panggil “Kasihan” atau “Kasian”. Kamu ini jangan suka membangkitkan kemarahan orang.

    Samada saya baca buku atau tidak atau belajar sampai tahap mana, tak payahlah anda nak perkecilkan, saya tak suka nak bangga-bangga diri, biarlah anda tak tahu tahap pendidikan saya. Tetapi anda mungkin boleh teka berdasarkan corak tulisan sayakan?

    Saya akan tetap menulis di blog ini untuk menentang keterukan sikap Pakatan Rakyat, tapi kalau ada perbincangan yang membawa kebaikan saya akan memberikan pandangan saya juga. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Wah marah nampak En. Mohamad….sabarr….sabar…25%.

    Reply

  22. 22 kayuapi Dec 18th, 2009 at 8:48 am

    mohamad ni dia mugkin kurang peka dgn keadaan politik,semasa sbb tu tulisannya kita jgn ambil kira..persetankan dgn tulisannya.

    Reply

  23. 23 batu geceh Dec 18th, 2009 at 7:51 pm

    betul tu kayu api,
    tulisan macam mohamad nie untuk bacaan umno totok shaja. pertahankan habis-habisan walaupun sampai tersungkur. dari gaya tulisan nampak macam bahan bacaan dia cuma utusan meloya n berita hairan je. kalau nak ditambah pun metro n kosmo je…hehehehe. apa boleh buat itu je yg mampu diulasnya.

    Reply

  24. 24 cormi Dec 19th, 2009 at 11:37 am

    en Mohamad ni, bersungguh2 yg BN 2 betul sgt. jgn terlalu tgok tv en mohamad???

    Reply

  25. 25 suri Dec 19th, 2009 at 12:17 pm

    selagi saudara masih nak menyibuk di sini saya pun x akan putus asa untuk cuci bersih2 awak encik mohamad…

    bukan pasal saya dengki dgn anak mahadir tu tapi nak bagi tahu fakta pada awak yg x tahu apa2 ni tentang hal yg betul….saya pun nak kaya lah juga ni encik mohamad tu pasal siang malam bekerja x henti ni ecik mohamad…bestya kalau kerja sendiri..sendiri juga yg atur masa.

    saya ni org sabah bah encik mohamad hari2 tangok puncak gunung kinabalu dari kk jangan takut, org sabah sporting semuanya..

    kalau encik mohamad dah cakap akan terus berada di blog ini…kena terima lah apa yg kami nak cakap kepada awak…berani joint berani tanggung risiko lah sebab fahaman awak adalah songsang pada kami di sini.

    dari corak gaya peulisan awak ni mmglah pernah sekolah ..org x sekolah mana tahu tulis dan baca..bezanya awak ni kurang membaca (jangan marah ya)…banyakkanlah membaca encik mohamad peruntukkan sebahagian wang saudara untuk beli buku ilmiah/politik/majalah dll yg bermanfaat untuk kita…dlm ilmu itu ada fakta dlm fakta ada kebenaran dlm kebenaran ada keihklasan..bila kita ikhlas menyampai sesuatu yang berguna semua org boleh merasa kebaikan yg ada…AMALKAN BUDAYA MEMBACA..SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

    Reply

  26. 26 Mohamad Dec 21st, 2009 at 8:30 am

    Kepada En. Memangtakpandai, saya tak marah, tapi saya nak nasihatkan saudari Suri yang lupa daratan itu.

    Kepada En. Kayuapi, ikut suka hati andalah nak persetakan tulisan saya atapun apa, saya tak peduli, saya akan tetap menentang ketidakmoralan Pakatan Rakyat yang selalu mengainaya Barisan Nasional.

    Kepada Saudara/i Cormi, saya jarang-jarang tengok televisyen, kalau tengok pun rancangan kegemaran saya ialah berbentuk dokumentari, perbincangan, berita, agama, sukan dan kalau filem atau drama ia bersifat berat yang mencabar minda serta memberi pengajaran. Takkan tengok benda-benda macam tu tak elok, bukannya ada unsur-unsur lucah dan tidak bermoral dalam program berkenaan kot? Kalau ceramah maki hamun, ok sangatkah? Dapat pahalakah kalau kita bersama-bersama bergembira mendengar caci maki menghina orang. Fikirkanlah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.

    Reply

  27. 27 Mohamad Dec 23rd, 2009 at 1:51 pm

    Kepada En. Sewel, anda ini memang sudah kategori teruk, bugis itu melayu juga. Perkataan Bugis itu merujuk suku dalam bangsa melayu. Macam orang Arab ada Quraisy, ada Kinanah, ada Khuza’ah, ada Bakr, ada Khazraj, ada Aus dan macam-macam lagi, tapi mereka tetap sebahagian dari bangsa Arab sebagaimana bugis, jawa, madura, minangkabau, acheh, brunei dan lain-lain suku dalam bangsa melayu, anda perlu terima hakikat ini, jangan nak pertikaikan hakikat pula. Apalah sikap anda ini? Entah apa-apalah anda ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Siapa Sentuh Tok Guru Nik Aziz Akan Dapat Tentangan – Anwar at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 14th, 2009 at 5:04 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031