Archive for December 14th, 2009

14 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN 18(1)

Saya, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] akan mencadangkan.


“Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan ini membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang menunjukkan kejatuhan ketara pendapatan Petronas sebanyak RM58 billion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas yang diumumkan semalam yang menjejas kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 Negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini sekarang.”

(more…)

14 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

RANG UNDANG –UNDANG

bernama

Suatu Akta untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974.

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembangunan Petroleum (Pindaan) 2009.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 10
2. Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan memotong tanda noktah pada penghujung seksyen tersebut dan memasukkan perkataan-perkataan berikut: “dan perkataan ‘di luar pantai’ bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Ekslusif bagi Persekutuan dan diukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan”.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144). Pindaan ini memperjelaskan perkataan “di luar pantai (offshore)” agar ia mencerminkan maksud dan semangat sebenar semasa Akta tersebut digubal dengan pemahaman yang sama di antara Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan apabila bersetuju menyerahkan hak negeri-negeri keatas sumber hydrocarbon.

Pindaan ini juga bertujuan mengelak kekaburan di masa hadapan agar suatu regim fiskal yang jelas dapat ditentukan dalam industri minyak dan gas – pertikaian masa kini di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Ngeri khususnya Kelantan dan Terengganu memberi isyarat negatif kepada pelabur dalam sektor minyak dan gas di masa hadapan. Salah satu ciri yang diambilkira oleh pelabur dalam industri minyak dan gas ini ialah kejelasan, kestabilan, dan kepercayaan kepada sistem perundangan berhubung hakmilik sumber hydrocarbon. Tindakan Kerajaan masa kini yang mengeksploitasi segala kelopongan perundangan bercanggah dengan maksud dan semangat sebenar Akta tersebut dan memberi isyarat negatif kepada industri ini yang mesti dirumuskan dengan segera

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

14 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Ali Hashim

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

“Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita. (more…)

14 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Mstar

Pengerusi DAP dan peguam veteran, Karpal Singh hari ini berkata, beliau mengharapkan peguam negara akan mengeluarkan sijil fiat (yang berupa sijil kuasa) sebelum hujung tahun ini bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa Datuk V.K. Lingam atas pertuduhan cuba melobi pelantikan hakim-hakim.

Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menambah, sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar mana-mana peguam supaya menggunakan hak yang mereka ada untuk mendakwa Lingam, masa telah berlalu lebih sebulan tanpa ada apa-apa kebenaran diberikan oleh pejabat peguam negara untuk beliau berbuat demikian. (more…)