Comments on: Malaysia Negara ‘Sumpahan Minyak’

By: Mohamad
Kepada En. Memangtakpandai, siapa yang melalut, anda yang lagi jauh sampai Taiwan, saya sampai Perak, Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sahaja. Lebih baik anda terus sampai ke Planet Pluto. Apa kena mengenanya Tengku Razaleigh jalan pergi sembahyang jumaat di Selangor, anda tahukah dia bangga semasa dia jalan ke masjid? Takkan sikap orang untuk temui Tuhan untuk merendah diri bersikap sedemikian? Saya rasa biasa tapi seronok bila Datuk Seri Hadi Awang dan Y.B. Nasharuddin Mat Isa bersama-sama pemimpin kerajaan Barisan Nasional di majlis sambutan Maulidur Rasul pada 1 muharram lepas. Seperti Tengku Razaleigh yang setia dengan UMNO, saya juga Datuk Seri Hadi dan Y.B. Nasharuddin juga sayangkan PAS, tapi tak tahulah, kalau perjuangan telah lari, sayang macam mana pun, terpaksa tinggalkan juga sebab agama, bangsa dan negara lebih patut disayangi seperti yang terpaksa dilakukan oleh bekas Yang DiPertua PAS sebelum ini, Allahyarham Datuk Asri Muda pada tahun 1980an dahulu. Kita lihatlah siapa yang menjadi luncai nanti, samada anda ataupun Barisan Nasional. Rakyat sedang menilai, lihatlah sendiri prestasi Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dalam pemerintahan negara sebagai bayangan keputusan Piliharanraya Umum ke-13 nanti. Telitilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.

By: memangtakpandai
Dah melalut pulak En. Mohamad ni…orang cerita pasal minyak dia ke usul arak pulak lepas tu ke Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Wah En. Mohamad ni macam Promoter Kasim Selamat. Tu yang saya katakan En. Mohamad ni dah ketinggalan zaman. Kesian saya kat En. Mohamad. Walaubagaimanapun. KULI tetap berjalan dengan bangga ketika bersembahyang jumaat bersama rakyat selangor. Teruskan KULI ‘you got nothing to lose!’. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!

By: Mohamad
Kepada En. Memangtakpandai, apa yang tidak disapu ke bawah tikarnya? Macam mana kes Adun Seri Kembangan berkaitan aduan salah guna wang kerajaan negeri? Begitu juga dengan kes Adun Pandamaran yang suka mencampuri dan menggangu tugas-tugas penguatkuasa? Macam mana pula dengan keputusan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan pengharaman judi dan arak yang disekat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Mengapa Selcat tidak mengambil tindakan terhadap mereka-mereka ini, tetapi selalu membuli Adun dari Barisan Nasional dan Pegawai Daerah? Apa cerita kes terminal Sentral Klang yang dibantah oleh penduduk dan pengusaha bas? Apa cerita kes menaikkan sewa bulanan rumah murah kerajaan kepada penduduk berpendapatan rendah?

Itu kes di Selangor, di Pulau Pinang pula macam mana dengan penduduk Kg. Buah Pala, adakah kerajaan negeri memberikan tanah lain kepada mereka? Adakah duit dua juta hasil premium tanah Kg. Buah Pala digunakan untuk membina rumah penduduk kampung berkenaan? Dulu berapi-rapi berceramah tentang kezaliman dan keadilan, tetapi siapa yang zalim sebenarnya? Apa sudah jadi dengan kes perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang mana sebelum pilihanraya Permatang Pasir dijanjikan kepada calon PAS yang menang, tetapi kini apa telah jadi? Mengapa sebelum itu telah ada calon lain yang dijanjikan ke jawatan berkenan? Siapa hendak diletakkan pada jawatan berkenaan? Siapa pula akan disingkirkan secara tidak patut?

Tetapi dalam akhbar-akhbar nyamuk pembangkang kerajaan Barisan Nasional asyik dihentam dengan pelbagai tuduhan, setiap tingkah laku dan kata-kata pihak Barisan Nasional digunakan sebagai umpan politik untuk menghentam kerajaan. Misalnya sebelum ini berkaitan Tengku Razaleigh Hamzah berkenaan isu petroleum di luar perairan Kelantan, Tengku Razaleigh telah dibela oleh media nyamuk Pakatan Rakyat dan menuduh kerajaan mahu meminggirkan Tengku Razaleigh, tetapi bila ada kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri berkenaan hal berkenaan, mereka menghentam Tengku Razaleigh pula menggunakan kenyataan Timbalan Pedana Menteri. Sikap apakah ini. Begitu juga dengan isu Kota Seputeh, bila ada cadangan untuk mencalonkan Datuk Mukhriz sebagai calon di sana bila pilihanraya perlu diadakan, Pakatan Rakyta tuduh Barisan Nasional tak setuju Datuk Mukhriz bila ada beberapa pihak mencadangkan calon lain dari Datuk Mukhriz. Pihak yang mencadangkan itu hanya mencadangkan, tetapi melihat keadaan semasa di Kota Seputeh, Datuk Mukhriz boleh menang di sana kalau melihat bagaimana beliau boleh menang di parlimen Jerlun kerana kalau dilihat undi kepada Adun yang bertanding adalah mustahil beliau boleh menang. Ini kerana di DUN Ayer Hitam, PAS menang dengan majoriti lebih 500 undi manakala di DUN Kota Seputeh, Barisan Nasional menang dengan majoriti lebih 400 undi, kalau dilihat dari segi logik, untuk Parlimen Jerlun, Barisan Nasional kalah lebih dari 100 undi, tetapi apa yang ajaibnya, Datuk Mukhriz boleh menang hampir 3000 majoriti undi. Ini menunjukkan bahawa Datuk Mukhriz sangat berpengaruh di sana dan jika bertanding di DUN Kota Seputeh, hasrat PAS untuk menawan kerusi berkenaan akan tergugat kerana pengaruh kuat Datuk Mukhriz yang disenangi rakyat di parlimen Jerlun disebabkan sikapnya yang ramah dan suka membantu serta selalu melawat kawasan memerhati dan memberikan bantuan yang perlu kepada penduduk di parlimennya samada dari Barisan Nasional, Pakatan Rakyat,  atau atas pagar. Lagipun dengan karisma, pendidikan, pengalaman, dan akhlak beliau, saya rasa Barisan Nasional mempunyai peluang yang cerah seperti di Bagan Pinang di mana Barisan Nasional boleh menambahkan majoriti undi kemenagan berkali-kali ganda dari sebelumnya berdasarkan prestasi Barisan Nasional yang bersungguh dan bermati-matian membangunkan negara serta keupayaan calon yang berkualiti seperti Datuk Mukhriz di samping rakyat telah tahu tembelang sebenar Pakatan Rakyat yang memperalatkan mereka sebelum ini dalam Pilihahraya ke12, tahun lepas.

Malah dalam Pilihanraya ke-13 nanti, saya pasti Kedah, Pulau Pinang, Selangor akan kembali semula kepada Barisan Nasional malahan Kelantan juga boleh dirampas kembali oleh Barisan Nasional disamping mengekalkan pentadbiran di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan juga kerajaan persekutuan akan kekal ditadbir oleh Barisan Nasional. Melihat kepada kecenderungan rakyat sekarang, rakyat telah nampak sikap sebenar Pakatan Rakyat yang suka memperalatkan rakyat, menyalahgunakan sistem undang-undang untuk kepentingan peribadi atas terma hak asasi manusia, Pakatan Rakyat tak berapa reti mentadbir hingga negeri-negeri yang maju seperti Selangor dan Pulau Pinang telah tunggang langgang dikerjakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat suka menimbulkan isu-isu perkauman dan keagamaan untuk kepentingan politik tanpa menghiraukan keselamatan negera dan rakyat, Pakatan Rakyat suka berdemontrasi hingga mengganggu peniaga-peniaga mencari rezeki dan rakyat yang hendak membeli belah dan beriadah seperti yang berlaku di lembah Klang, Pakatan Rakyat tamak kuasa dan cakap lidah bercabang bila pada 31 Ogos 2008 dan 16 September 2008 bila mereka begitu terbuka menggesa ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak lompat parti, tetapi ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak tahu tentang muslihat Pakatan Rakyat yang mahu mempergunak mereka disamping mereka adalah orang yang setiakawan. Di Perak, bila Adun Bota menguji Pakatan Rakyat dengan melompat ke PKR, Pakatan Rakyat menyokong dengan penuh hati, dan menentang perletakan jawatan Adun berkenaan kerana dalam demokrasi boleh lompat parti, tetapi bila Adun Bota berkenaan lompat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional bersama-sama Adun Jelapang, Behrang dan Changkat Jering kerana merasa kecewa dengan sikap Pakatan Rakyat di Perak yang entah apa-apa, maka Pakatan Rakyat terus menggelabah dan melatah tak tentu pasal. Mereka menimbulkan kekacauan di Sidang Dun kerana tak mahu lepas kuasa yang sepatutnya sudah tiada di pihak mereka lagi, mereka menentang keputusan Sultan Perak melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai menteri besar baru dengan bedemontrasi dan menulis kata-kata keji terhadap Sultan Perak di blog-blog terutamanya di blog DAP. Mereka terus dengan sikap tak mahu mengalah yang tak kena pada tempatnya itu dengan mengadakan sidang DUN ‘haram’ di bawah pokok dan mengeluarkan resoluli ‘haram’ untuk mengenakan Barisan Nasional, selepas itu pula adakan pula di hotel, mungkin kat bawah pokok tak selesa sebab tiada penghawa dingin dan kerusi empuk serta meja mahal. Tak cukup dengan itu, mereka berkelakuan tidak sopan dihadapan Raja Muda Perak dengan memaki hamun serta memprovokasi dan bertidak tidak sopan terhadap Adun-Adun Barisan Nasional, malahan mereka tidak peduli bila Raja Muda Perak terpaksa membuang masa menunggu di situ lebih dari dua jam. Nasib baiklah itu Raja Muda Perak, kalau Tengku Mahkota Johor atau Sultan Johor, sudah lama bekas Speaker, V. Sivakumar, bekas Menteri Besar dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat telah kena tampar dan kena sekeh dan ditarik telinga keluar dari Dewan Persidangan. Sepatutnya anda di hadapan ketua negeri, bertindak sopan, bukannya bertindak seperti beruk lapar pisang. Tidak salah kalau mereka yang berkelakuan tak senonoh berkenaan ditampar, disekeh kepalanya dan ditarik telinga keluar dari dewan persidangan. Anda fikirkanlah semula tulisan saya ini dan bandingkan semula dengan tulisan anda itu sebelum anda menghentam Barisan Nasional. Berfikirlah dengan rasional, sekian, terima kasih.

By: haisara
En mohamad,

Isu hasil petronas dah melarat jadi isu arak dll.

Artikel ini sebenarnya adalah  pandangan Tengku Razaleigh kepada pengurusan hasil Petronas. Beliau yang juga pengasas Petronas mendakwa hasil yang seharusnya menjana rakyat untuk lebih berjaya telah disalah gunakan untuk kepentingan politik BN sehingga ianya tidak lagi mendatangkan manfaat tetapi sebaliknya sebagai satu sumpahan kepada negara. Ianya digunakan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi secara jangka pendek sehingga negara menjadi terlalu bergantung kepada perolehan hasil Petronas. Selari dalam proses tersebut negara telah menjadi sebuah negara yang mempunyai 40% tenaga buruh tidak mahir dari luar. Hasil Petronas pada asalnya adalah untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan masyarakat yang bermaruah yang dapat mencapai tahap teknologi dan pendapatan  per kapita yang tinggi.

Soal campur tangan exco dalam menanggani isu arak di Selangor sebenarnya mohamad tak faham. Sebab itu lah ramai dari penyokong PR suruh hassan ali ini isi borang masuk umno. Hassan ali ini cara pemikirannya sama dengan en. mohamad. Mengikut akta aksaias 1976, bir tidak termasuk dalam istilah minuman keras kerana ia menggandungi peratus alkohol kurang drp 8.8 peratus.

Penjualan bir tidak memerlukan lesen atau permit. Sehubungan dengan itu rampasan dari kedai 7 eleven tidak sah. (Siapa pemegang fancais 7 eleven – en mohamad carilah sendiri)

Oleh itu kita kata kalaw nak halang penjualan bir ubahlah takrifan itu dulu supaya semua minuman beralkohol ditakrifkan sama. Semasa ada permohonan untuk menjual bir boleh gerakkan AJK mesjid berhampiran atau penduduk supaya dapat membuat bantahan. Kalaw ini tidak dilakukan jadi lawak lah tindakan tersebut. Daripada menjadi satu tindakan yang baik jadi satu tindakan yang bebal dan menghinakan sebab kena pulang balik. Kenapa tiada usul dari pej ugama dan mufti selama berpuluh puluh tahun memerintah dibawah umno untuk menyemak takrifan ini. Tiada siapa yang menghalang kerja hassan ali ini, semua tahu arak itu tak kira lah berapa peratus pun haram hukumnya. Ada mufti(arwah) Selangor yang menangkap dan menghalang peraduan ratu cantik umno buang. Pelesenan arak terletak dibawah kuasa Pejabat Daerah. Mohamad kena tanya umno bila nak ubah takrifan ini.

Dalam soal tadbir negeri contoh yang jelas kita perolehi dari Perak. Semasa PR perintah dalam masa 10 bulan lebih hasil kutipan meningkat. Selama 52 tahun umno memerintah hasil tertinggi kutipan negeri berjumlah 530 juta dan zakat 40 juta. Dibawah PR hasil meningkat kepada 633 juta dan 58 juta bagi zakat. Ada lebihan 103 juta hasil dan 18 juta zakat. Dalam konteks zakat apakah tiba tiba ada ramai pertumbuhan org Islam di Perak selama 10 bulan? Jika dikira 2% pun ada penjanaan 900juta bagi org Islam di Perak. Fakta ini diambil dari Lapuran Audit yang memberi Perak 4 point. Ini menunjukan keyakinan rakyat bertambah, kerana dulu mungkin orang bagi terus zakat pada asnaf kerana ustaz umno asyik sibuk membuat phamplet dan seminar promosi Islam hadhari.

Sepatut nya negara sudah setaraf atau dapat bersaing atas platform yang jauh lebih baik dengan negara  maju yang lain tetapi bahana umno yang melakukan salah tabir  urus hasil Petronas demi kepentingan politik mereka sendiri, perkara sebaliknya berlaku.

Melihat kehadapan kita tiada pilihan, kita mesti berubah.

By: memangtakpandai
En.  mohamad,

At least media PR tidak menghalang fikiran kritis anda seperti didalam blog ini. Kerajaan PR menghadapi masaalah ‘Head-on’ dan tidak berselindung atau swept under the carpet seperti kerajaan BN. Adakah anda fikir jika kami menghantar komen seperti saudara ini akan di siarkan ke media BN? Hal kiul selesai tanpa pembaziran wang rakyat seperti zaman khir toyo yang membina tapak dengan hampir RM650k tapi tapak hanya tinggal tapak. Kerajaan Selangor pada masa ini hanya ‘menutup kebocoran’ akaun kerajaan selangor yang telah disalahgunakan. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa kerajaan BN telah menyalahgunakan kuasa semasa memerintah Selangor. Fikir-fikirlah zaman telah berubah saudara…dan diharap saudara tidak dilamun mimpi di siang hari

By: Mohamad
Kepada En.Memangtakpandai, negeri Selangor maju sebelum dia diperintah oleh Pakatan Rakyat lagi, malahan sektor perindustrian di Selangor dipelopori oleh Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan Pakatan Rakyat jangan bongkak tak tentu pasal dengan maklumat yang bukan-bukan. Kerajaan Pakatan Rakyat tak perlu bersusah payah seperti Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang berusaha untuk memajukan Selangor, tetapi Pakatan Rakyat dapat Selangor masa dah maju. Berkenaan pembangunan di Selangor, pembangunan adalah lebih kepada pembangunan politik dan ceramah serta demontrasi itu dan ini. Pembangunan terhadap ekonomi, pendidika, budaya, dan lain-lain tertinggal di belakang, politik lebih diutamakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor, sebab itulah mereka paksa Adun Pelabuhan Klang letak jawatan bila dia sudah tidak sehaluan dengan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor yang entah apa-apa itu. Rakyat di sana sedang meneliti hal ini begitu juga di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan serta Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur. Bagaimana dengan kes kuil di penempatan majoriti Islam dan berhampiran dengan surau, penduduk bukan menentang pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam, tetapi minta dipindakan ke lokasi lain yang jauh dari surau itu, tapi akhirnya penduduk didakwa di mahkamah kerana bersikap perkauman, siapa yang mulakan dulu perkara ini?

Begitu juga dengan hal arak dan judi di Shah Alam, sebelum ini Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam yang juga dianggotai oleh orang bukan Islam bersetuju dengan usul untuk menghalang penjualan arak dan kegiatan perjudian di kawasan tadbirannya. Tetapi salah seorang exco Selangor selalu kacau bila ada operasi oleh pihak berkuasa terhadap premis arak, judi, kelab malam, rumah urut. Apa hal ini? Mana perginya Ahli Parlimen Shah Alam dalam menjaga keharmonian dan akhlak penduduk Shah Alam? Malah ahli majlis Bandaraya Shah Alam dari orang bukan bumiputera sendiri tidak suka kegiatan jual beli arak dan berjudi di Shah Alam kerana ia menyebabkan keruntuhan moral bukan sahaja dari orang Islam tetapi juga orang Bukan Islam, mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pakatan Rakyat yang begitu suka mencetuskan kontroversi yang bukan-bukan itu pergi? Beliau dipilih untuk membantu penduduk, bukannya untuk membuat kontroversi yang bukan-bukan. Saya berharap agar anda meneliti tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.

By: Mohamad
Kepada En. Memangtakpandai, sebelum ini kerajaan Taiwan diperintah oleh Pati Koumintang atau KMT pimpinan Lee Teng-hui sebelum ditumbangkan oleh Parti Demokratik Progresif pimpinan Chen Shui-bian, tetapi kerana kemampuan Parti Demokratik Progresif tidak setanding dengan Koumintang sebelum ini, maka rakyat Taiwan telah memberikan mandat semula Koumintang yang lebih berkelayakan dan berkemampuan. Rakyat menilai setiap pihak yang mentadbir, oleh itu, pihak yang berkelayakan dan berkemampuan dalam pentadbiran akan diangkat oleh rakyat untuk mentadbir negara, sebelum ini Parti Demokratik Progresif bersikap seperti pihak Pakatan Rakyat sekarang ini, beri itu, beri ini, buat itu, buat ini, tetapi akhirnya negara menjadi terancam bila China naik angin disebabkan sikap Taiwan yang tidak lagi menghormatinya seperti mana yang berlaku pada zaman Koumintang. Selain itu, polisi ekonomi dan pentadbiran yang tidak cekap menyebabkan masalah kepada negara, ditambah lagi krisis ekonomi, keadaan menjadi begitu teruk, akhirnya rakyat Taiwan kembali kepada Koumintang. Keadaan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjadi seperti di Taiwan nanti jika pihak Pakatan Rakyat masih lagi dengan sikap pembangkang mereka itu dan tidak mahu berusaha untuk memakmurkan negeri-negeri di bawah jagaan mereka. Rakyat tidak perlukan ceramah maki hamun dan fitnah serta mencaci orang itu dan orang ini, malahan rakyat juga tidak perlukan demontrasi ganas yang boleh menjejaskan ekonomi. Apa yang rakyat perlukan ialah keamanan dan kestabilan ekonomi serta pihak yang berusaha gigih tanpa menggunakan pendekatan radikal dan melampau. Rakyat perlukan pekerjaan untuk diberi makan pada diri sendiri dan keluarga, ceramah maki hamun, fitnah, dan mencaci orang serta demontrasi jalanan yang menyusahkan orang tidak akan mengenyangkan rakyat, malahan rakyat bertambah sengsara dengan keadaan itu bila ekonomi menjadi tidak stabil dan peluang pekerjaan makin menyusut. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan kembali kepada Barisan Nasional seperti mana Taiwan kembali kepada Koumintang sebelum ini. Ini kerana rakyat telah sedar pihak mana yang berusaha gigih dan pihak mana yang suka menangguk di air yang keruh dengan pelbagai isu yang bukan-bukan tetapi tiada hala tuju yang jelas.

Berkenaan Barisan Nasional yang memerintah negara sejak merdeka, ia tidak menjadi masalah jika pihak yang memerintah itu berkelayakan dan berkemampuan. Apa yagn tak kenanya lagi, selama ini, Malaysia jauh lebih makmur dari negara-negara jiran meskipun mereka lebih awal merdeka dari kita, malahan negara jiran yang pernah menjajah kita pun tidak setanding kita lagi. Kamu mesti berfikiran rasional, janganlah kerana tamak kuasa politik kita nak ubah pemerintah sedia ada keapda pemerintah yang tak tahu apa yang boleh dilakukkannya, lihatlah apa yang berlaku di negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Apa yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat di sana? Projek pembangunan adalah dari pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri asyik berceramah menghentam orang itu dan orang ini, tetapi pembangunan negeri entah ke mana. Pihak Pakatan Rakyat hendaklah menjadi lebih beretika dan bertindak untuk kemajuan rakyat, banyakkan projek pembangunan samada dari segi material, rohani, kebudayaan, pendidikan, kesukanan dan lain-lain untuk belajar menjadi pemerintah yang baik. Kalau masih bertingkah laku begini, bagaimana orang nak sokong, orang takut negara musnah kalau dipimpin oleh orang-orang yang bermasalah dan tidak berkelayakan. Telitilah tulisan saya dalam-dalam, sekian, terima kasih.

By: haisara
Utk memangtakpandai.. biar lah mohamad komen, sekurang-kurangnya dapat juga kita ‘gauge’ fikiran org umno. Tak ada apa-apa pun selain dia suruh kita fikir dalam-dalam.