12
Dec
09

Malaysia Negara ‘Sumpahan Minyak’

Dari Malaysia Kini

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ‘sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh – bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu – merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, “tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi,” katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time’, yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian – seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan “sehingga AS$100 bilion” (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang ‘authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.


21 Responses to “Malaysia Negara ‘Sumpahan Minyak’”


  1. 1 Boring Dec 12th, 2009 at 10:05 pm

    TIME TO CHANGED !…Nak comment macam mana pun tak guna lagi…asalkan Time To Changed Come GE13

    Reply

  2. 2 memangtakpandai Dec 12th, 2009 at 10:52 pm

    Patutnya hasil minyak digunakan untuk pembangunan infrastruktur. Macam bandar-bandar utama yang mana penggunaan minyak petrol banyak seperti di KL ni. Buatla system pengangkutan efficient so org guna public transport untuk ke pejabat. Penggunaan minyak petrol dan produktiviti pekerja tidak terbuang di dalam trafic jam.Ini dapat menggurangkan subsidi minyak . Penjimatan subsidi minyak boleh disalur ke luar pembangunan luar bandar. Ini orang suruh buat double tracking untuk kemudahan rakyat bergerak, dia buat double tracking for profit dia, hilang lagi duit rakyat RM1.5 bil. Lagi patut duit minyak disalur untuk membina sekolah yang selesa dan ada pengurusan sendiri. Kalau aku PM, duit hasil bumi malaysia ini aku buat 2 perkara je. Pengangkutan efficient untuk rakyat Malaysia bergerak yang dapat mengurangkan subsidi minyak dan memperkasa sekolah dari segi pembelajaran dan pengurusan. Baru ada cerdik pandai dan kos pengangkutan rendah, barang makanan pun murah. Ini tak, duit digunakan untuk selamatkan kroni-kroni spt kes Perwaja, PKFZ dan entah apa-apa lagi yang nak diselamatkan. Indonesia dan Thailand sekarang lebih maju walaupun pinjam duit IMF. Cuma tuhan tu masih sayangkan Malaysia sebab Petronas masih ada pengurusan yang cekap tanpa ada ahli politik yang terlibat. Itu pun ada yang nak masuk jarum….alahai Malaysia ku.

    Reply

  3. 3 angkasawan nasa Dec 12th, 2009 at 11:29 pm

    Pada Tahun 1974 Penubuhan Petronas adalah satu Perbadanan Kerajaan yang mana Ananda Krishnan Pernah menjadi Lembaga Pengarah Petronas dan kini Ananda Krisahan menjadi kaya berpunca sebagai saudagar Minyak yang berpangkalan di Singapore Ananda Adalah sahabat Rapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah (TRH). Sumpahan Minyak ini adalah kerana diperingkat awal penubuhan Petronas telah ujud seleweng maka tidak hairan pada ketika ini sumpahan tersebut memakan diri kita lihat KLCC yang mana di bena diatas tanah Ananda Krishana telah menjadi badi kepada seluruh kejayaan Petronas KLCC adalah bebanan atau “mendukung biawak hidup kepada Petronas” kos selangara Twin Tower setahun sahaja sudah boleh menbena Jambatan Gantung di seluruh negara termnasuk yang terbaru runtuh di kinta perak yang korbakan budak sekolah!! apa sepesilnya AK disisi UMNO?????????????? sehinggakan setiap projet Petronas Ananda Krishanan pasti telibat!!?? dari awal Penubuhan hinggalah sekarang?? apakah Ananda Krishnan Proksi UMNO?? dan Ananda pula mengambil kesempatan di atas Petronas untuk mejadi kaya raya?? saya terpaksa berterus terang demi “Rakyat” . supaya Rakyat sedar bahawa UMNO menipu Melayu!! DAP pun tidak pernah menipu melayu sampai sebegini hebat!!! PAS pun tidak pernah menipu Melayu islam sampai sebegini hebat !

    Merpati dua sejoli ini DAPPAS walau makan sepingan seorang guna sepit seorang guna tangan tertapi mereka tak pernah tipu Melayu!!! Berbanding UMNO yang amat tolong melayu pada hakikatnya merekalah kaki kelantong Melayu!!

    buat renungan “RAKYAT JELATA”

    Reply

  4. 4 dina Dec 13th, 2009 at 12:29 am

    Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang mendalam oleh semua rakyat Malaysia terutama golongan pemimpin atau ahli pemikirnya.

    Untuk beberapa dekat akan datang, pendapatan negara akan terhakis sama sekali jika kita hanya ashik bergantung kepada minyak sebagai sumber pendapatan utama negara.

    Malaysia akan kembali miskin dan menglami zaman yang sukar sepertimana di zaman 60an dahulu di mana pada waktu itu kita kurang mempunyai sumber industri perkilangan dan juga sumber asli yang terhad.

    Ditahun 80an adalah dekat dimana kita mula hebat dengan industri perkilangan dan perkembangan petronas membolehkan negara berkembang dengan pesat.

    Malangnya, globalisasi menyebabkan negara kita semakin hari semakin ketinggalan di dalam keupayaan industri perkilangan atau perkembangan teknologi dan pemikiran atau intelektual yang terlalu banyak bergantung kepada teknologi luar.

    Contohnya, dalam teknologi nuklear, sehingga sekarang kita masih lagi boleh mempertikaikan fungsi Pusat Tenaga Nuklear Malaysia yang sehingga sekarang tidak langsung menunjukkan prestasi yang membolehkan kita menggunakan teknologi tersebut untuk perkembangan Teknologi Negara. Yang kita dengar adalah teknologi perkembangan pertanian, Pokok pisang atau pokok padi. Sedangkan ada beratus ratus tenaga pakar professional di Pusat tenaga atom tersebut.
    Yang banyak di tonjolkan adalah seminar…seminar…seminar dan lawatan keluar negara.

    Hasil konkrit yang boleh diguna pakai dalam meningkatkan industri tempatan amat kurang sekali apalagi sesuatu yang membolehkan kita mengekspot kembali apa yang kita capai.

    Kita nampaknya lebih hebat dengan Universiti-universiti yang bertaburan di sana sini. Tetapi hsil intelektual ini tidak sampai ketahap praktikal untuk perkembangan negara.

    Apakah ada statistik atau kajian diadakan mengenai perkembangan pusat pengajian tinggi menghasilkan terus perkembangan atau kemajuan produk-produk hebat untuk kemajuan negara ini.

    Pada pandangan saya, pemimpin negara ini kebanyakkannya banyak yang shok sendiri. Pemimpin bunga manggar. Perlu dilayan seperti raja dengan pukulan kompang dan sebagainya apabila melawat sesuatu kawasan. Pemimpin yang hanya untuk merasmikan atau menutup sesuatu majlis kemudian mereka akan terpapar di kaca-kaca TV dan menunjukkan yang mereka itu sangat sibuk.

    Budaya kepimpinan ini hendaklah dihapuskan. Seharusnya pendekatan baru diambil dimana setiap pemimpin seharusnya menunjukkan prestasi perkembangan realiti hasil perancangan yang telah ada. Bukannya perancangan budget negara dibuat dan setelah budjet tersebut habis digunakan dikira telah melakukan kerja dengan baik.

    Sebaliknya hendaklah setelah wang dikeluarkan, maka hendaklah menunjukkan perkembangan atau hasil langsung kepada negara dan juga rakyat keseluruhannya. Kita hendakkan prestasi yang terperinci seperti itu. Barulah tindakan susulan boleh dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

    Gunakan tenaga-tenaga pakar dalam industri yang rata-rata mempunyai pengalaman yang hebat untuk memajukan tempat kerja mereka bukannya seperti pekerja kerajaan yang sememangnya terlalu manja dibandingkan dengan pekerja swasta. Buat kajian bagaimana mereka ini begitu hebat bekerja. Hantar pegawai kerajaan berlatih di dalam industri swasta barulah mereka akan mendapat pendedahan sebenar apakah ertikata bekerja yang sebenarnya.

    Banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh kerajaan. Nampak gayanya..BN atau pemerintah UMNO sekarang ini tidak mampu untuk merubah negara ini ke arah yang positif. Apa yang berlaku adalah disebaliknya… mereka semakin binggung dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa kecuali hanya pandai menghabiskan duit negara.

    Maka, semua rakyat Malaysia. Marilah kita bangkit untuk merubah negara ini selagi masih boleh diselamatkan. Gunakanlah masa yag masih ada untuk kita mengubah nasib bangsa dan negara.

    Sokonglah PR agar kita dapat menyelamatkan negara ini….

    Reply

  5. 5 DenOrgKodah Dec 13th, 2009 at 8:31 am

    Kenyataan Tengku Razaleigh jelas memberi gambaran tentang salah guna hasil minyak. Hal ini membuktikan korupnya amanah dalam pengurusan hasil minyak. Tergambar difikiran saya, jika hasil minyak itu disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia secara adil dan saksama lebih mewah kehidupan dan tentu akan lebih selesa.

    Lebih jauh dari itu, kelihatan bagi saya betapa “tamaknya” Umno-BN kerana merompak harta rakyat dan kerajaan demi kepentingan diri.

    Saya tidak ada cadangan lain untuk semua melainkan tolak sampai jatuh Umno-BN dalam PRU akan datang.

    Reply

  6. 6 Abdullah Dec 13th, 2009 at 8:55 am

    Sepatutnya Tg Razaleigh tidak bubarkan Semangat 46, sebaliknya bergabong dengan Pakatan. Sekiranya itu yang dilakukan, sudah lama UMNO dan BN berkubur dan Pakatan menguasai Kerajaan. Maka tidak lagi Tengku perlu mengeluh tentang Sumpahan Minyak, sebaliknya menjadikan ‘Malaysia Negara Rahmat Minyak’. Walau apa pun masih tidak terliwat kerana kita masih ada minyak dan dapat menjadikan minyak sumber kebajikan rakyat, bukan alat penindasan dan rasuah. Marilah berjuang di dalam Pakatan Rakyat, bersam rakan-rakan lain.

    Reply

  7. 7 a7 Dec 13th, 2009 at 9:53 am

    Saya bersetuju degan pandangan Ku Li. Kekayaan negara hanya disalurkan kpd bebrapa kerat pemimpin dan ahli koporat dlm keadaan orang2 miskin terus melarat, golongan pertengahan ditindas dgn cukai yang tinggi – nesacaya sumpahan akan menjadi kenyataan. Kemudahan utk rakyat hanya akan dibina jika pihak ketiga dapat meraih untung.

    Sesungguhnya Allah maha melihat. Sehebat2 US sekali pun, andaikata perjuangan mereka berlandaskan prinsip hati busuk dan penindasan terhadap negara2 lemah memusnahkan dunia Islam – tunggulah saatnya di mana Allah SWT menurunkan pentunjuk yang pasti.

    Reply

  8. 8 tok_uban merah Dec 13th, 2009 at 10:38 pm

    bagai beruk dapat bunga…

    Reply

  9. 9 kung fu panda Dec 14th, 2009 at 12:08 am

    Pertamina!! sebuah badan yang sama macam Petronas yang ditubuhkan oleh Indonesia, tak buat menara pun!? baiknya ada TTower KLCC menbuat orang barat berasa orang malaysia tidak tinggal lagi diatas pokok sebagai mana sebelum ini angapan mereka suatu ketika dahulu, buruknya T Tower!! akan menbuat orang malaysia duduk di bawah pokok atau tinggal di atas pokok kelak !! apabila Negera kekeringan Minyak!! atau UMNO BN gagal mengunakan sumber alam ini dengan sempurna, apa makna kita punya gedung gedung mencakar langit kesudahanya Rakyat bercakar cakaran sesama sendiri!! saya setuju dengan pandangan TRH walau pun dia orang UMNO dia cukup tegar dalam menegakkan yang hak!! tetapi pada saya UMNO bukan tematu lagi tapi dah menbatu ini keran Peminpin UMNO bukan meminpin rakyat tetapi berkempin siang malam kerana takutkan bayangan PRU12 agar tak berulang pada PRU13.

    Reply

  10. 10 Mohamad Dec 14th, 2009 at 5:17 pm

    Semua kata-kata orang barat dipercayai oleh Pakatan Rakyat, mereka semua dengki dengan Malaysia sebab itulah ditohmah Malaysia dengan perkara-perkara yang bukan-bukan. Di Malaysia, di bawah pentadbiran Tun Mahathir selama 22 tahun, Malaysia aman dan makmur, bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam bidang ekonomi, tetapi ramai imigran dari negara jiran dan negara lain datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Kalau kata Dr. Mahathir salah guna kuasa dan menggunakan wang sesuka hati, maka negara kita akan menjadi seperti sesetengah negara yang tak payalah saya sebutkan, kaya dengan macam-macam hasil bumi, tetapi rakyat hidup merempat dan menjadi pelarian kerana masalah politik dan tidak cukup makan. Apakah ini terjadi di Malaysia, tidak, kita tidak merempat dan terpaksa berhijrah ke negara lain untuk mencari sesuap nasi. Kerajaan semasa di bawah pentadbiran Tun Mahathir banyak membantu rakyat dalam bidang pekerjaan, perniagaan, pendidikan, sarah hidup yang rendah, akhlak dan keagamaan, budaya dan hubungan kaum yang harmoni. Di barat diskriminasi antara orang kulit putih dan kulit hitam, prasangka antara orang kulit putih dengan orang dari Asia. Orang barat mengada-ngada nak tuduh kita teruk tapi mereka seratus kali lebih teruk dari kita, mereka perkauman, penipu, penjarah negara orang, suka mengapi-ngapikan negara orang, sikap mereka buruk dan teruk. Lihatlah apa yang mereka buat di Iraq, Afghanistan, Palestin, negara-negara di Afrika, mereka menggalakkan peperangan untuk industri senjata mereka. Bagi mereka nyawa manusia tidak penting selagi mereka dapat wang. Orang begini yang dipercayi oleh Pakatan Rakyat? Entah apa jadinya nanti jika kita dijajah sekali lagi kerana kelemahan pemikiran Pakatan Rakyat. Tak sedar lagikah tingkah laku buruk golongan tamak di barat (tak semua orang barat jahat, ada yang baik), mereka mempergunakan masyarakat negara-negara lemah untuk mereka menjana pendapatan. Saya berharap supaya kita insaf akan hal ini, untuk kewibawaan negara kita, bersama-samalah kita berjuang dengan Barisan Nasional untuk menjaga martabat dan status merdeka negara kita. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    EN. Mohamad, Ini dah zaman Najibla, bukan zaman mahathir. Rakyat sekarang terbuka mindanya untuk membaca artikel-artikel luar negara, tak seperti zaman Mahathir. Kita patut lihat di Taiwan dimana apabila parti memerintah ditukar, negaranya bertambah maju dan makmur. Tidak terikat pada stigma kemerdekaan. Bukankah kita sudah merdeka??

    Reply

    haisara Reply:

    Utk memangtakpandai.. biar lah mohamad komen, sekurang-kurangnya dapat juga kita ‘gauge’ fikiran org umno. Tak ada apa-apa pun selain dia suruh kita fikir dalam-dalam.

    Reply

  11. 11 Mohamad Dec 15th, 2009 at 5:43 pm

    Kepada En. Memangtakpandai, memang kini Tun Mahathir tidak lagi berperanan sebagai perdana menteri, tetapi saya memberi komen balas terhadap artikel di atas yang menyerang peribadi Tun Mahathir dengan menggunakan maklumat salah. Kalau anda kata perubahan kerajaan akan menjamin kemajuan sesebuah negara, anda sebenarnya silap, ianya tidak sebegitu. Sesebuah negara hanya boleh maju jika ia dipimpin oleh kerajaan yang berwawasan, berpendirian, berkelayakan, dan rajin berusaha. Lihatlah apa yang belaku di negara jiran kita, selepas pihak yang dituduh diktator ditumbangkan dalam demontrasi jalanan yang mengecewakan pemerintah tersebut, negara berkenaan bukan makin maju tapi makin teruk dengan masalah jenayah, rasuah, pendidikan menjunam, ekonomi jatuh, politik huru hara dan macam-macam kekacauan yang menyebabkan orang takut nak ke sana. Malahan kegiatan mengebom tempat-tempat awam juga menjadi seperti kebiasaan selepas era pemimpin yang tuduh diktator itu. Tetapi lihatlah apa yang dibuat oleh pemimpin yang kononnya memperjuangkan demokrasi itu. Mereka hanya tahu bercakap, tetapi tak tahu nak melaksanakannya. Bila berceramah beretorik dengan teori yang macam-macam, tetapi bila berkuasa baru tahu yang apa yang dicakap sebelum ini adalah kata-kata kosong yang tak boleh dilaksanakan. Semasa pemimpin yang dituduh diktator itu berkuasa matawang negara berkenaan agak tinggi, tetapi selepas kejatuhannya, matawang jatuh mendadak sehingga hampir 10 kali ganda. Anda sepatutnya berhati-hati dalam tindakan supaya anda tidak dimaki oleh orang kampung atau taman perumahan anda yang anda pengaruhi untuk menukar kerajaan, tetapi kerajaan yang mengambil alih itu, lemah dan tak berdaya mentadbiran hingga memusnahkan negara. Fikirkanlah tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En. Mohamad, Kan saya dah kata negara Taiwan, yang mana bentuk mukabuminya sama macam Malaysia tetapi tiada hasil minyak. Yang ada cuma hasil elektronik dan SME yang sama macam Malaysia. Kenapa nak tengok Thailand. Kenapa kita perlu membandingkan negara yang kemajuan ekonominya tak setara dengan Malaysia. Lagi pun negara Thailand ni masih lagi muda dari segi demokrasi berbanding dengan kita kerana sebelum ni negara tu di perintah oleh tentera. Buat masa sekarang kenapa ekonomi Thailand lebih baik dari kita?. Adakah kerajaan sekarang berwawasan, berpendirian, berkelayakan dan rajin berusaha?. Adakah GNP dan Index Korupsi Malaysia sekarang berubah kearah yang lebih baik? Tentu tidak itu fakta yang harus di terima oleh En. Mohamad. Salahkah kita memberi peluang kepada orang lain untuk memerintah? bukan asyik-asyik muka tu atau kaum kerabat dia je. Salah kah satu hari nanti kalau anak en mohamad sendiri menjadi PM atas kebolehannya dan bukan atas kabel En. Mohamad. Kekurangan pemimpin kah Malaysia ni? Yang sebenarnya En. Mohamad ni takut kepada perubahan atau pun En. Mohamad telah berada di comfort zone en mohamad sendiri. Paling tidak kerajaan PR beri RM20 subsidi setiap bulan untuk air di Selangor yang mana banyak membantu orang-orang luar bandar, sekurang kurangnya ibu-bapa kita di luar bandar tidak takut bekalan air di potong kerana kebanyakan mereka menggunakan air kurang dari jumlah itu. At least hasil negeri Selangor yang paling maju di Malaysia ni di kongsi oleh semua rakyatnya walaupun tak mampu untuk memberi banglo ‘Bali’ untuk setiap rakyatnya. Apa kerajaan BN beri semasa memerintah Selangor? Tolong tunjukkan saya menteri besar Selangor yang belum bergelar jutawan kalau en. Mohamad iklas. Adakah PR dengan mentadbir negeri seperti Selangor atau Kelantan seumpamanya kita akan jatuh bengkrap? Adakah negeri-negeri ini sekarang Bengkrap? Adakah negeri-negeri ini musnah? Fikirkanlah tulisan ini sedalam-dalmnya dan secara rasional. Adakah kita ingin satu hari nanti seorang pemimpin itu berdasarkan keturunannya atau partinya atau kebolehannya? Setelah keputusan PR12, barulah kita nampak pemimpin BN yang sedar mereka tidak menongkat langit. Yang sedar masa depan mereka terletak pada rakyat dan bukan kepada parti sehinggakan ada yang sanggup keluar masuk bilik mayat, minum bersama rakyat dan meredah banjir bersama rakyat. Salahkah rakyat menggunakan ‘kuasa’ mereka untuk memberi amaran kepada pemerintah? Janganlah kita mengugut rakyat dengan mengatakan dengan mengundi PR, negara akan musnah. Kedudukan orang Melayu tidak akan berubah seperti termaktub dalam perlembagaan. Yang merosakkan orang Melayu adalah pemimpin-pemimpin Melayu yang menyeleweng. Kita ni bukan Tuhan untuk menentukan masa depan. Mungkin dengan menukar kerajaan, negara kita semangkin maju dan makmur, seperti yang saya kata tadi Taiwan. Mungkin dengan menukar kerajaan kita telah mengeluarkan penyakit ‘kanser’ dari negara kita. Siapa tahu?. dan tentunya En. Mohamad sendiri tidak tahu dan begitu juga saya. Tetapi saya berbeza dari en. Mohamad kerana saya sedia berubah dan memberi peluang kepada sesiapa yang berkebolehan untuk menjadi PM negara ini untuk kebaikan saya dan keturunan saya. Siapa tahu.. dan tiada siapa pun tahu..

    Reply

  12. 12 Mohamad Dec 16th, 2009 at 11:42 am

    Kepada En. Memangtakpandai, sebelum ini kerajaan Taiwan diperintah oleh Pati Koumintang atau KMT pimpinan Lee Teng-hui sebelum ditumbangkan oleh Parti Demokratik Progresif pimpinan Chen Shui-bian, tetapi kerana kemampuan Parti Demokratik Progresif tidak setanding dengan Koumintang sebelum ini, maka rakyat Taiwan telah memberikan mandat semula Koumintang yang lebih berkelayakan dan berkemampuan. Rakyat menilai setiap pihak yang mentadbir, oleh itu, pihak yang berkelayakan dan berkemampuan dalam pentadbiran akan diangkat oleh rakyat untuk mentadbir negara, sebelum ini Parti Demokratik Progresif bersikap seperti pihak Pakatan Rakyat sekarang ini, beri itu, beri ini, buat itu, buat ini, tetapi akhirnya negara menjadi terancam bila China naik angin disebabkan sikap Taiwan yang tidak lagi menghormatinya seperti mana yang berlaku pada zaman Koumintang. Selain itu, polisi ekonomi dan pentadbiran yang tidak cekap menyebabkan masalah kepada negara, ditambah lagi krisis ekonomi, keadaan menjadi begitu teruk, akhirnya rakyat Taiwan kembali kepada Koumintang. Keadaan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjadi seperti di Taiwan nanti jika pihak Pakatan Rakyat masih lagi dengan sikap pembangkang mereka itu dan tidak mahu berusaha untuk memakmurkan negeri-negeri di bawah jagaan mereka. Rakyat tidak perlukan ceramah maki hamun dan fitnah serta mencaci orang itu dan orang ini, malahan rakyat juga tidak perlukan demontrasi ganas yang boleh menjejaskan ekonomi. Apa yang rakyat perlukan ialah keamanan dan kestabilan ekonomi serta pihak yang berusaha gigih tanpa menggunakan pendekatan radikal dan melampau. Rakyat perlukan pekerjaan untuk diberi makan pada diri sendiri dan keluarga, ceramah maki hamun, fitnah, dan mencaci orang serta demontrasi jalanan yang menyusahkan orang tidak akan mengenyangkan rakyat, malahan rakyat bertambah sengsara dengan keadaan itu bila ekonomi menjadi tidak stabil dan peluang pekerjaan makin menyusut. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan kembali kepada Barisan Nasional seperti mana Taiwan kembali kepada Koumintang sebelum ini. Ini kerana rakyat telah sedar pihak mana yang berusaha gigih dan pihak mana yang suka menangguk di air yang keruh dengan pelbagai isu yang bukan-bukan tetapi tiada hala tuju yang jelas.

    Berkenaan Barisan Nasional yang memerintah negara sejak merdeka, ia tidak menjadi masalah jika pihak yang memerintah itu berkelayakan dan berkemampuan. Apa yagn tak kenanya lagi, selama ini, Malaysia jauh lebih makmur dari negara-negara jiran meskipun mereka lebih awal merdeka dari kita, malahan negara jiran yang pernah menjajah kita pun tidak setanding kita lagi. Kamu mesti berfikiran rasional, janganlah kerana tamak kuasa politik kita nak ubah pemerintah sedia ada keapda pemerintah yang tak tahu apa yang boleh dilakukkannya, lihatlah apa yang berlaku di negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Apa yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat di sana? Projek pembangunan adalah dari pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri asyik berceramah menghentam orang itu dan orang ini, tetapi pembangunan negeri entah ke mana. Pihak Pakatan Rakyat hendaklah menjadi lebih beretika dan bertindak untuk kemajuan rakyat, banyakkan projek pembangunan samada dari segi material, rohani, kebudayaan, pendidikan, kesukanan dan lain-lain untuk belajar menjadi pemerintah yang baik. Kalau masih bertingkah laku begini, bagaimana orang nak sokong, orang takut negara musnah kalau dipimpin oleh orang-orang yang bermasalah dan tidak berkelayakan. Telitilah tulisan saya dalam-dalam, sekian, terima kasih.

    Reply

  13. 13 Mohamad Dec 16th, 2009 at 11:57 am

    Kepada En.Memangtakpandai, negeri Selangor maju sebelum dia diperintah oleh Pakatan Rakyat lagi, malahan sektor perindustrian di Selangor dipelopori oleh Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan Pakatan Rakyat jangan bongkak tak tentu pasal dengan maklumat yang bukan-bukan. Kerajaan Pakatan Rakyat tak perlu bersusah payah seperti Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang berusaha untuk memajukan Selangor, tetapi Pakatan Rakyat dapat Selangor masa dah maju. Berkenaan pembangunan di Selangor, pembangunan adalah lebih kepada pembangunan politik dan ceramah serta demontrasi itu dan ini. Pembangunan terhadap ekonomi, pendidika, budaya, dan lain-lain tertinggal di belakang, politik lebih diutamakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor, sebab itulah mereka paksa Adun Pelabuhan Klang letak jawatan bila dia sudah tidak sehaluan dengan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor yang entah apa-apa itu. Rakyat di sana sedang meneliti hal ini begitu juga di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan serta Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur. Bagaimana dengan kes kuil di penempatan majoriti Islam dan berhampiran dengan surau, penduduk bukan menentang pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam, tetapi minta dipindakan ke lokasi lain yang jauh dari surau itu, tapi akhirnya penduduk didakwa di mahkamah kerana bersikap perkauman, siapa yang mulakan dulu perkara ini?

    Begitu juga dengan hal arak dan judi di Shah Alam, sebelum ini Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam yang juga dianggotai oleh orang bukan Islam bersetuju dengan usul untuk menghalang penjualan arak dan kegiatan perjudian di kawasan tadbirannya. Tetapi salah seorang exco Selangor selalu kacau bila ada operasi oleh pihak berkuasa terhadap premis arak, judi, kelab malam, rumah urut. Apa hal ini? Mana perginya Ahli Parlimen Shah Alam dalam menjaga keharmonian dan akhlak penduduk Shah Alam? Malah ahli majlis Bandaraya Shah Alam dari orang bukan bumiputera sendiri tidak suka kegiatan jual beli arak dan berjudi di Shah Alam kerana ia menyebabkan keruntuhan moral bukan sahaja dari orang Islam tetapi juga orang Bukan Islam, mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pakatan Rakyat yang begitu suka mencetuskan kontroversi yang bukan-bukan itu pergi? Beliau dipilih untuk membantu penduduk, bukannya untuk membuat kontroversi yang bukan-bukan. Saya berharap agar anda meneliti tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En. mohamad,
    At least media PR tidak menghalang fikiran kritis anda seperti didalam blog ini. Kerajaan PR menghadapi masaalah ‘Head-on’ dan tidak berselindung atau swept under the carpet seperti kerajaan BN. Adakah anda fikir jika kami menghantar komen seperti saudara ini akan di siarkan ke media BN? Hal kiul selesai tanpa pembaziran wang rakyat seperti zaman khir toyo yang membina tapak dengan hampir RM650k tapi tapak hanya tinggal tapak. Kerajaan Selangor pada masa ini hanya ‘menutup kebocoran’ akaun kerajaan selangor yang telah disalahgunakan. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa kerajaan BN telah menyalahgunakan kuasa semasa memerintah Selangor. Fikir-fikirlah zaman telah berubah saudara…dan diharap saudara tidak dilamun mimpi di siang hari

    Reply

    haisara Reply:

    En mohamad,

    Isu hasil petronas dah melarat jadi isu arak dll.
    Artikel ini sebenarnya adalah pandangan Tengku Razaleigh kepada pengurusan hasil Petronas. Beliau yang juga pengasas Petronas mendakwa hasil yang seharusnya menjana rakyat untuk lebih berjaya telah disalah gunakan untuk kepentingan politik BN sehingga ianya tidak lagi mendatangkan manfaat tetapi sebaliknya sebagai satu sumpahan kepada negara. Ianya digunakan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi secara jangka pendek sehingga negara menjadi terlalu bergantung kepada perolehan hasil Petronas. Selari dalam proses tersebut negara telah menjadi sebuah negara yang mempunyai 40% tenaga buruh tidak mahir dari luar. Hasil Petronas pada asalnya adalah untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan masyarakat yang bermaruah yang dapat mencapai tahap teknologi dan pendapatan per kapita yang tinggi.

    Soal campur tangan exco dalam menanggani isu arak di Selangor sebenarnya mohamad tak faham. Sebab itu lah ramai dari penyokong PR suruh hassan ali ini isi borang masuk umno. Hassan ali ini cara pemikirannya sama dengan en. mohamad. Mengikut akta aksaias 1976, bir tidak termasuk dalam istilah minuman keras kerana ia menggandungi peratus alkohol kurang drp 8.8 peratus.
    Penjualan bir tidak memerlukan lesen atau permit. Sehubungan dengan itu rampasan dari kedai 7 eleven tidak sah. (Siapa pemegang fancais 7 eleven – en mohamad carilah sendiri)
    Oleh itu kita kata kalaw nak halang penjualan bir ubahlah takrifan itu dulu supaya semua minuman beralkohol ditakrifkan sama. Semasa ada permohonan untuk menjual bir boleh gerakkan AJK mesjid berhampiran atau penduduk supaya dapat membuat bantahan. Kalaw ini tidak dilakukan jadi lawak lah tindakan tersebut. Daripada menjadi satu tindakan yang baik jadi satu tindakan yang bebal dan menghinakan sebab kena pulang balik. Kenapa tiada usul dari pej ugama dan mufti selama berpuluh puluh tahun memerintah dibawah umno untuk menyemak takrifan ini. Tiada siapa yang menghalang kerja hassan ali ini, semua tahu arak itu tak kira lah berapa peratus pun haram hukumnya. Ada mufti(arwah) Selangor yang menangkap dan menghalang peraduan ratu cantik umno buang. Pelesenan arak terletak dibawah kuasa Pejabat Daerah. Mohamad kena tanya umno bila nak ubah takrifan ini.

    Dalam soal tadbir negeri contoh yang jelas kita perolehi dari Perak. Semasa PR perintah dalam masa 10 bulan lebih hasil kutipan meningkat. Selama 52 tahun umno memerintah hasil tertinggi kutipan negeri berjumlah 530 juta dan zakat 40 juta. Dibawah PR hasil meningkat kepada 633 juta dan 58 juta bagi zakat. Ada lebihan 103 juta hasil dan 18 juta zakat. Dalam konteks zakat apakah tiba tiba ada ramai pertumbuhan org Islam di Perak selama 10 bulan? Jika dikira 2% pun ada penjanaan 900juta bagi org Islam di Perak. Fakta ini diambil dari Lapuran Audit yang memberi Perak 4 point. Ini menunjukan keyakinan rakyat bertambah, kerana dulu mungkin orang bagi terus zakat pada asnaf kerana ustaz umno asyik sibuk membuat phamplet dan seminar promosi Islam hadhari.

    Sepatut nya negara sudah setaraf atau dapat bersaing atas platform yang jauh lebih baik dengan negara maju yang lain tetapi bahana umno yang melakukan salah tabir urus hasil Petronas demi kepentingan politik mereka sendiri, perkara sebaliknya berlaku.

    Melihat kehadapan kita tiada pilihan, kita mesti berubah.

    Reply

  14. 14 Mohamad Dec 17th, 2009 at 10:40 am

    Kepada En. Memangtakpandai, apa yang tidak disapu ke bawah tikarnya? Macam mana kes Adun Seri Kembangan berkaitan aduan salah guna wang kerajaan negeri? Begitu juga dengan kes Adun Pandamaran yang suka mencampuri dan menggangu tugas-tugas penguatkuasa? Macam mana pula dengan keputusan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan pengharaman judi dan arak yang disekat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Mengapa Selcat tidak mengambil tindakan terhadap mereka-mereka ini, tetapi selalu membuli Adun dari Barisan Nasional dan Pegawai Daerah? Apa cerita kes terminal Sentral Klang yang dibantah oleh penduduk dan pengusaha bas? Apa cerita kes menaikkan sewa bulanan rumah murah kerajaan kepada penduduk berpendapatan rendah?

    Itu kes di Selangor, di Pulau Pinang pula macam mana dengan penduduk Kg. Buah Pala, adakah kerajaan negeri memberikan tanah lain kepada mereka? Adakah duit dua juta hasil premium tanah Kg. Buah Pala digunakan untuk membina rumah penduduk kampung berkenaan? Dulu berapi-rapi berceramah tentang kezaliman dan keadilan, tetapi siapa yang zalim sebenarnya? Apa sudah jadi dengan kes perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang mana sebelum pilihanraya Permatang Pasir dijanjikan kepada calon PAS yang menang, tetapi kini apa telah jadi? Mengapa sebelum itu telah ada calon lain yang dijanjikan ke jawatan berkenan? Siapa hendak diletakkan pada jawatan berkenaan? Siapa pula akan disingkirkan secara tidak patut?

    Tetapi dalam akhbar-akhbar nyamuk pembangkang kerajaan Barisan Nasional asyik dihentam dengan pelbagai tuduhan, setiap tingkah laku dan kata-kata pihak Barisan Nasional digunakan sebagai umpan politik untuk menghentam kerajaan. Misalnya sebelum ini berkaitan Tengku Razaleigh Hamzah berkenaan isu petroleum di luar perairan Kelantan, Tengku Razaleigh telah dibela oleh media nyamuk Pakatan Rakyat dan menuduh kerajaan mahu meminggirkan Tengku Razaleigh, tetapi bila ada kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri berkenaan hal berkenaan, mereka menghentam Tengku Razaleigh pula menggunakan kenyataan Timbalan Pedana Menteri. Sikap apakah ini. Begitu juga dengan isu Kota Seputeh, bila ada cadangan untuk mencalonkan Datuk Mukhriz sebagai calon di sana bila pilihanraya perlu diadakan, Pakatan Rakyta tuduh Barisan Nasional tak setuju Datuk Mukhriz bila ada beberapa pihak mencadangkan calon lain dari Datuk Mukhriz. Pihak yang mencadangkan itu hanya mencadangkan, tetapi melihat keadaan semasa di Kota Seputeh, Datuk Mukhriz boleh menang di sana kalau melihat bagaimana beliau boleh menang di parlimen Jerlun kerana kalau dilihat undi kepada Adun yang bertanding adalah mustahil beliau boleh menang. Ini kerana di DUN Ayer Hitam, PAS menang dengan majoriti lebih 500 undi manakala di DUN Kota Seputeh, Barisan Nasional menang dengan majoriti lebih 400 undi, kalau dilihat dari segi logik, untuk Parlimen Jerlun, Barisan Nasional kalah lebih dari 100 undi, tetapi apa yang ajaibnya, Datuk Mukhriz boleh menang hampir 3000 majoriti undi. Ini menunjukkan bahawa Datuk Mukhriz sangat berpengaruh di sana dan jika bertanding di DUN Kota Seputeh, hasrat PAS untuk menawan kerusi berkenaan akan tergugat kerana pengaruh kuat Datuk Mukhriz yang disenangi rakyat di parlimen Jerlun disebabkan sikapnya yang ramah dan suka membantu serta selalu melawat kawasan memerhati dan memberikan bantuan yang perlu kepada penduduk di parlimennya samada dari Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, atau atas pagar. Lagipun dengan karisma, pendidikan, pengalaman, dan akhlak beliau, saya rasa Barisan Nasional mempunyai peluang yang cerah seperti di Bagan Pinang di mana Barisan Nasional boleh menambahkan majoriti undi kemenagan berkali-kali ganda dari sebelumnya berdasarkan prestasi Barisan Nasional yang bersungguh dan bermati-matian membangunkan negara serta keupayaan calon yang berkualiti seperti Datuk Mukhriz di samping rakyat telah tahu tembelang sebenar Pakatan Rakyat yang memperalatkan mereka sebelum ini dalam Pilihahraya ke12, tahun lepas.

    Malah dalam Pilihanraya ke-13 nanti, saya pasti Kedah, Pulau Pinang, Selangor akan kembali semula kepada Barisan Nasional malahan Kelantan juga boleh dirampas kembali oleh Barisan Nasional disamping mengekalkan pentadbiran di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan juga kerajaan persekutuan akan kekal ditadbir oleh Barisan Nasional. Melihat kepada kecenderungan rakyat sekarang, rakyat telah nampak sikap sebenar Pakatan Rakyat yang suka memperalatkan rakyat, menyalahgunakan sistem undang-undang untuk kepentingan peribadi atas terma hak asasi manusia, Pakatan Rakyat tak berapa reti mentadbir hingga negeri-negeri yang maju seperti Selangor dan Pulau Pinang telah tunggang langgang dikerjakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat suka menimbulkan isu-isu perkauman dan keagamaan untuk kepentingan politik tanpa menghiraukan keselamatan negera dan rakyat, Pakatan Rakyat suka berdemontrasi hingga mengganggu peniaga-peniaga mencari rezeki dan rakyat yang hendak membeli belah dan beriadah seperti yang berlaku di lembah Klang, Pakatan Rakyat tamak kuasa dan cakap lidah bercabang bila pada 31 Ogos 2008 dan 16 September 2008 bila mereka begitu terbuka menggesa ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak lompat parti, tetapi ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak tahu tentang muslihat Pakatan Rakyat yang mahu mempergunak mereka disamping mereka adalah orang yang setiakawan. Di Perak, bila Adun Bota menguji Pakatan Rakyat dengan melompat ke PKR, Pakatan Rakyat menyokong dengan penuh hati, dan menentang perletakan jawatan Adun berkenaan kerana dalam demokrasi boleh lompat parti, tetapi bila Adun Bota berkenaan lompat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional bersama-sama Adun Jelapang, Behrang dan Changkat Jering kerana merasa kecewa dengan sikap Pakatan Rakyat di Perak yang entah apa-apa, maka Pakatan Rakyat terus menggelabah dan melatah tak tentu pasal. Mereka menimbulkan kekacauan di Sidang Dun kerana tak mahu lepas kuasa yang sepatutnya sudah tiada di pihak mereka lagi, mereka menentang keputusan Sultan Perak melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai menteri besar baru dengan bedemontrasi dan menulis kata-kata keji terhadap Sultan Perak di blog-blog terutamanya di blog DAP. Mereka terus dengan sikap tak mahu mengalah yang tak kena pada tempatnya itu dengan mengadakan sidang DUN ‘haram’ di bawah pokok dan mengeluarkan resoluli ‘haram’ untuk mengenakan Barisan Nasional, selepas itu pula adakan pula di hotel, mungkin kat bawah pokok tak selesa sebab tiada penghawa dingin dan kerusi empuk serta meja mahal. Tak cukup dengan itu, mereka berkelakuan tidak sopan dihadapan Raja Muda Perak dengan memaki hamun serta memprovokasi dan bertidak tidak sopan terhadap Adun-Adun Barisan Nasional, malahan mereka tidak peduli bila Raja Muda Perak terpaksa membuang masa menunggu di situ lebih dari dua jam. Nasib baiklah itu Raja Muda Perak, kalau Tengku Mahkota Johor atau Sultan Johor, sudah lama bekas Speaker, V. Sivakumar, bekas Menteri Besar dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat telah kena tampar dan kena sekeh dan ditarik telinga keluar dari Dewan Persidangan. Sepatutnya anda di hadapan ketua negeri, bertindak sopan, bukannya bertindak seperti beruk lapar pisang. Tidak salah kalau mereka yang berkelakuan tak senonoh berkenaan ditampar, disekeh kepalanya dan ditarik telinga keluar dari dewan persidangan. Anda fikirkanlah semula tulisan saya ini dan bandingkan semula dengan tulisan anda itu sebelum anda menghentam Barisan Nasional. Berfikirlah dengan rasional, sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Dah melalut pulak En. Mohamad ni…orang cerita pasal minyak dia ke usul arak pulak lepas tu ke Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Wah En. Mohamad ni macam Promoter Kasim Selamat. Tu yang saya katakan En. Mohamad ni dah ketinggalan zaman. Kesian saya kat En. Mohamad. Walaubagaimanapun. KULI tetap berjalan dengan bangga ketika bersembahyang jumaat bersama rakyat selangor. Teruskan KULI ‘you got nothing to lose!’. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!

    Reply

  15. 15 Mohamad Dec 21st, 2009 at 10:08 am

    Kepada En. Memangtakpandai, siapa yang melalut, anda yang lagi jauh sampai Taiwan, saya sampai Perak, Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sahaja. Lebih baik anda terus sampai ke Planet Pluto. Apa kena mengenanya Tengku Razaleigh jalan pergi sembahyang jumaat di Selangor, anda tahukah dia bangga semasa dia jalan ke masjid? Takkan sikap orang untuk temui Tuhan untuk merendah diri bersikap sedemikian? Saya rasa biasa tapi seronok bila Datuk Seri Hadi Awang dan Y.B. Nasharuddin Mat Isa bersama-sama pemimpin kerajaan Barisan Nasional di majlis sambutan Maulidur Rasul pada 1 muharram lepas. Seperti Tengku Razaleigh yang setia dengan UMNO, saya juga Datuk Seri Hadi dan Y.B. Nasharuddin juga sayangkan PAS, tapi tak tahulah, kalau perjuangan telah lari, sayang macam mana pun, terpaksa tinggalkan juga sebab agama, bangsa dan negara lebih patut disayangi seperti yang terpaksa dilakukan oleh bekas Yang DiPertua PAS sebelum ini, Allahyarham Datuk Asri Muda pada tahun 1980an dahulu. Kita lihatlah siapa yang menjadi luncai nanti, samada anda ataupun Barisan Nasional. Rakyat sedang menilai, lihatlah sendiri prestasi Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dalam pemerintahan negara sebagai bayangan keputusan Piliharanraya Umum ke-13 nanti. Telitilah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.

    Reply

Leave a Reply




chairulpw: @anwaribrahim datuk, I heard you are one of 'a man behind' anti-malaysia demonstration in jkrta. is that true?
5 hours ago
AnwarIbrahim: Blood money! @elicoopter_asi: CitJ @IanEMassey, 192flw: Kabul Bank bailout.Corruption at the highest Afghan Govt. http://bit.ly/arHgzf.#fb
5 hours ago
tunfaisal: Justice delayed is justice denied! Keadilan utk Saiful :) RT @anwaribrahim: 9pm: short appearance - Message: our land;justice for all.#fb
8 hours ago
za_ahmad: @bertsly56 @tengkusani @anwaribrahim Perjuangan rakyat apakebenda? Cacing kepanasan!
9 hours ago
bertsly56: RT @tengkusani: Anwar PENGKHIANAT dan bacul dah blok saya RT @za_ahmad: @tengkusani @anwaribrahim Motivated by perso ... http://tmi.me/13Ztd
10 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031