11
Dec
09

PKFZ: Bila Pula Giliran Pemimpin Kanan Kuala Dimensi?

Dari Harakah Daily

Selepas tiga pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) didakwa di Mahkamah Sesyen semalam, ramai pihak tertanya-tanya apakah sampai di situ sahaja atau ada lagi pendakwaan kepada pihak lain akan dibuat.

Ini kerana, sehingga kini hanya pegawai kanan sahaja yang didakwa manakala pemimpin yang terlibat dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) masih bebas.

Mereka yang masih bebas adalah pemimpin kanan Kuala Dimensi Sdn Bhd yang menjadi penjual tanah kepada PKFZ dan kemudiannya menjadi pemaju kepada projek yang menelan wang rakyat sekurang-kurangnya RM4.6 bilion ini.

Pengerusi Kuala Dimensi adalah Bendahari Umno, Datuk Seri Azim Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan BN, Datuk Seri Tiong King Sing dan timbalannya adalah Ketua Pemuda Umno Kapar, Datuk Faizal Abdullah.

Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O. C. Phang petang semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85juta antara Oktober 2004 dan Januari 2005.

(Carta bagaimana skandal PKFZ berlaku…dari akhbar Siasah)

Beliau bersama dua yang lain, Bernard Tan dan Stephen Abok merupakan tiga individu pertama yang didakwa atas kesalahan pecah amanah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan sejak dua tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Phang dibebaskan dengan ikat jamin RM350,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasportnya pada 12 Januari depan ketika kes disebut sekali lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swe juga mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas dua tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5.41juta.

Bernard turut didakwa atas 24 lagi pertuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM112.3juta kepada lembaga tersebut.

Mahkamah membenarkan Stephen dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 manakala Bernard diarah membayar ikat jamin RM250,000 dan kes disebut pada 4 Februari tahun depan.

Ketiga-tiga mereka pagi semalam ditahan dalam satu operasi bersama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rausah Malaysia (SPRM).

Tangkapan ini merupakan tangkapan pertama dalam skandal PKFZ yang menelan belanja sehingga RM12.5 bilion.

Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup berkata, dakwaan dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat Pengerusi LPK, Lee Hwa Beng dan siasatan SPRM.


24 Responses to “PKFZ: Bila Pula Giliran Pemimpin Kanan Kuala Dimensi?”


  1. 1 kulup amrin bin kulup kecut Dec 12th, 2009 at 12:00 am

    Yang ditangkap adalah macai!!!! mana Mentari dan peminpin UMNO yang telibat!!!! harap ketua SPRM yang baru ada Endok!!!edan!!!semoga kabarre waras!!!! harap dia lebih waras dari wang lepas!!!

    Apa yang diharap oleh saya semoga ada ketulusan dalam perundangan Negara sikap berpilih akan memusnahkan Negara dalam sudut jangka panjang apa bila kepecayaan Rakyat terhakis dan terus goyah terhadap UMNO BN.Selagi UMNO BN terus melindungi peminpin mereka dan kepentingan Parti dan Barisan Nasional. maka saya penuh percaya akan lahirlah lebih ramai lagi Rakyat macam saya.mungkin saya dilihat rakyat yang kerdil oleh sesetegah pihak tapi ada ramai lagi akan lahir diatas kesilapan yang di cipta oleh UMNO BN. persolanya sejauh mana UMNO BN akan menbuka jendela kebenaran!! ??

    Reply

  2. 2 Mesin ATM Dec 12th, 2009 at 12:45 am

    BN ATM machine…..marilah berjuang sama sama menuju kekayaan! 3 Billion sapu masuk kocek BN….makan duit rakyat…sedap sekali.

    Reply

  3. 3 augustine Dec 12th, 2009 at 7:09 am

    Three small fish have been brought to court to be charged under CBT. These innocent people are being used to cover up the real issue. There will be more arrested according to AG. Big fish are still swimming in the ocean while this small fry swim in the pond caught as kambing hitam. The real culprit are undercover and I dared say that nobody dare to charge them for the real issue. These three person are being chosen to represent the real culprit and under the Malaysian Law the powerful person will be protected whereas this small fry will be charged in and out of court. Do you believe this three person shallow 4.6 billion. Let us see what AG will say next time.

    Reply

  4. 4 rakan PR Dec 12th, 2009 at 11:19 am

    tangkapan dibuat kemudian didenda. DENDA SAHAJA?? MENGAPA TIDAK DIPENJARAKAN TERUS?

    UNTUNG BERBILLION TETAPI DIBAYAR DENDA CUMA RATUS RIBU SAJA??

    Reply

    ceta Reply:

    Itulah sahaja tahap kehakiman yang ada. Apa boleh buat?

    Reply

  5. 5 k1 Dec 12th, 2009 at 1:29 pm

    only ikan bilis and sotong kecil will be didakwa saja lah…big buaya like the bentulu samseng, mamaktir, CKC, LLS are all untouchable. If they are didakwa, I will eat my own shitt!

    Reply

  6. 6 noh Dec 12th, 2009 at 3:38 pm

    GUNI 4 TAHIL, MUSANG DAN SPRM BARUA MAIN WAYANG. TAYANGAN SEMULA “PERWAJA IN THE MAKING”
    HEBOH 1MALAYSIA UBN BERTINDAK TEGAS DALAM KES PERWAJA, PENYUDAHNYA ABOK PUN TARAK, 15 BILION LENYAP HINGGA TAK TERKATA DAN MENJADI LUPA. KES PKFZ, TAYANGAN SEMULA PERWAJA, CUMA PELAKUNNYA LAIN, PENYUDAHNYA DUA KALI LIMA. KITA AKAN LIHAT BERSAMA DAN RAKYAT AKAN MENJADI HAKIM YANG AKAN DIPUTUSKAN DI PRU13. RAKYAT DAH MUAK DENGAN GELAGAT UMNO.

    Reply

  7. 7 memangtakpandai Dec 12th, 2009 at 8:03 pm

    Yang tiga orang ni tak fofular sangat. Yang rakyat nak tau siapa ‘kepala’ dia. Tiga siasatan dah dibuat. nak tunggu apa lagi. Inilah yang dikatakan ‘Lagi terang masih bersuluh’. Last-last nanti bila nak tangkap kepala, ada orang cakap ‘Tak tau under seksyen apa nak charge’?. Tanah koperasi rakyat,peladang dah dijual dan dah di convert ke berjuta-juta dengan hanya bermesyuarat. Kalau tak dimajukan negara boleh jimat berbilion-bilion. Inilah contoh projek BN. Bila proposed projek, mesti suku sakat ada share (chop UMNO) mana pelabur nak datang, yang ada kat PKFZ ni pun cabut lari tak tahan nak bagi makan suku-sakat ni. Macam Highway Pantai Timur,alignment nak berkali-kali, semua nak kasi lalu kawasan masing-masing. Yang kita rakyat, terpaksa ikut jalan lama berjam-jam, highway tak siap-siap. Dia orang apa susah, naik kapal terbang. Kita yang sengsara. Inilah penangan ‘Chop UMNO/BN’

    Reply

  8. 8 Boring Dec 12th, 2009 at 9:57 pm

    TIME TO CHANGED !

    Reply

  9. 9 Lee HS Dec 12th, 2009 at 11:56 pm

    Why it is so difficult to forbid any politician to be involved in business? There must be some ulterior motive. What is the purpose of a politician running a business entity when he is a people’s representative in the government? This is a wrong culture that UMNO Malaysia has cultivated. Pakatan Rakyat has banned any of its politician to apply for lands under their control. This shows its sincerity in promoting “rakyat’s” interest rather than politicians’ vested interest. When you mix the poltics and commerce then something is obviously very wrong.

    Reply

  10. 10 lostboys Dec 13th, 2009 at 3:58 am

    potong,,potong.potong,pootong,,potong,potong,pootong,,,potong saja lah….BN,BN,BN……

    Reply

  11. 11 za97 Dec 13th, 2009 at 11:56 am

    dia orang ni memang hantu duit,
    han tak tau ka,
    makan pun duit rakyat dalam perut depa

    Reply

  12. 12 tok_uban merah Dec 13th, 2009 at 10:43 pm

    hukum alam ikan kecik senang diperdaya…ikan besar susah sikit nak diperdaya…

    Reply

  13. 13 atas pagar Dec 14th, 2009 at 2:57 pm

    makcik tu hantam almost 250 million , tapi jamin hanya rm350,000 aje. What a small
    amount. kacang putih je tu !!

    Reply

  14. 14 Not Fair Dec 14th, 2009 at 3:40 pm

    It’s not fair to judge those arrested until they are proven guilty. They were merely performing their duty as an employee of their respective company. I have lost faith in this country. DSAI, when are you going to march to putrajaya as promised? We have been waiting far too long.

    Reply

  15. 15 Mohamad Dec 14th, 2009 at 5:23 pm

    Apa ini, kalau tak tangkap kata penipu, tapi bila tangkap kata penipu juga, sikap apakah anda ini. Pihak berkuasa sedang meneliti keadaan ini, kalau ada orang yang bersalah akan ditangkap juga tak kiralah dia itu Sultankah, Perdana Menterikah, Menterikah, orang kayakah, orang miskinkah, tukang sapu, pengurus, penyelia, pemandu dan sesiapa sahaja akan ditangkap. Mungkin kamu kata ini helah politik, tetapi, keadilan akan nampak jika terdapat bukti untuk mendakwa mana-mana pihak yang bersikap curang dalam amanah tersebut. Jadi jangan tuduh tak tentu hala, di Selangor, kelakuan pihak-pihak yang suka kacau operasi pihak berkuasa macam mana? Tak ada tindakan diambil pun, buat-buat buta tak nampak pula, apa ini, pilih kasih? Bersikap jujurlah dalam hidup untuk mencapai ketenangan dalam hidup, sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En. Mohamad , kita nak kalau boleh tangkap dari bawah ke atas. Maksudnya kalau tebas pokok, cabut dari akar, bukan tebas ranting, akar dibiarkan macam lalang. Gaji penyiasat, pendakwa adalah hasil wang rakyat, jangan kita selesai masalah seperti menebas lalang. Buang masa. Kalau kita ingin bersikap jujur dalam hidup untuk capai ketenangan dalam hidup, banyaklah beribat dan bersedekah. Kalau ada sekelumit hati berkata sesuatu yang tidak betul walaupun ianya melibatkan kita atau orang disekeliling kita, hendaklah kita mengakuinya walaupun pahit sepahit jadam atau walaupun kita dah termakan duit rakyat atau haram. Hendaklah mengakuinya kerana benda yang salah tetap salah, walau dipintal semahunya. Amal Maaruf nahi mungkar. En. Mohamad.

    Reply

  16. 16 Mohamad Dec 15th, 2009 at 5:48 pm

    Kepada En. Memangtakpandai, terpulanglah pada anda, anda mempunyai prasangka negatif yang keterlaluan kepada kerajaan hinggakan tak pedulikan maklumat yang benar dari pihak kerajaan, tetapi masih memilih maklumat yang diragui kesahihanya.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    En. Mohamad, Saya tidak berprasangka negatif terhadap kerajaan. Kesemuanya adalah fakta. Apakah semua maklumat kerajaan benar? Adakah tiada suntingan dari pihak kerajaan? Jika semua maklumat kerajaan benar, kenapa sebelum ini Lapuran runtuhan Bukit Antarabangsa diletak didalam OSA? Apakah yang hendak disembunyikan oleh kerajaan?. Jika lapuran ini tidak bocor ke media bukan kerajaan, Adakah ianya akan didedahkan kepada umum untuk kebaikan rakyat? Adakah memilih maklumat seperti PKFZ yang diragui kesahihannya pada awalnya dan akhirnya terbukti kesahihannya adalah salah. Apakah komen anda tentang PKFZ? Kenapa anda tidak berkata yang isu PKFZ bermula dari zaman pemerintahan TDM? Anda ‘terlupa’? Setidak-tidaknya persepsi ini boleh membantu index ketulusan dan salahguna akta OSA oleh kerajaan yang memerintah baik dari BN atau PR. Akhirnya En. Mohamad dapat menerima persepsi di laman blog ini iaitu ‘we agree to disagree’ dengan memberi pilihan kepada kami semua memilih.

    Reply

    masihjahil Reply:

    kepada en Mohamad,bukanlan en Memangtakpandai tu berprasangka negatif yang keterlaluan pada kerajaan,tp dlm kes PKFZ ni,wang rakyat telah diperakui lesap oleh suruhanjaya penyiasatan..dan ianya bukan RM1 or RM10 waima RM1000..tp berbilion ringgit saudara..n kerajaan yang memerintah pada mase tu adalah daripada parti kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang iaitu Barisan Nasional..

    so ke manakah duit tersebut?..bagaimanakah projek sebegitu tinggi nilainya diluluskan?..siapa yang bertanggungjawab meluluskan dan memantau projek tersebut?..takkan la 3 org tu je yg terlibat..abis menteri/wakil rakyat yg meluluskan tu bagaimana?..mana pergi mereka semua..itulah yang dimaksudkan ‘akar atau umbi’ oleh en Memangtakpandai..bersihkan mereka tu dlu..kalau tidak lalang akan tumbuh semula..

    harap en Mohamad terbuka hati untuk menerima kebenaran..duit yg lesap itu adalah duit rakyat yang ade sebahagiannya kais pagi makan pagi..harap maklum!!

    Reply

    razack Reply:

    Entah2 mohamad ni pun dpt tempias kot dr projek PKFZ ni maklum lah projek kroni takkan tak dapat kot….ish..ish..ish..

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Ahh…ahhh…pandai kau razack,patut dia taknak komen…

    Reply

  17. 17 Mohamad Dec 21st, 2009 at 5:44 pm

    Iyalah tu En. Razack dan En. Memangtakpandai, saya kroni dan berjuta saya sapu duit kerajaaan. Entah apalah sikap anda ini, tak sabar, sepatutnya sabarlah sikit, nak siasat kes jenayah begini bukannya macam buat karangan budak darjah enam, kena kumpul bukti yang kukuh dan ambil masa, nanti bila sudah selesai kita tahulah keputusannya. Sekian, terima kasih.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention PKFZ: Bila Pula Giliran Pemimpin Kanan Kuala Dimensi? at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 12th, 2009 at 12:04 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031