“MENGGILAP HARAPAN RAKYAT”
CROWN TOWER, JALAN PENDING KUCHING
O9.00 Pagi : Pendaftaran
10.00 Pagi Sesi 1 : Ucapan Cik Felicia Ling
Ketua Wanita Wilayah Persekutuan
“WANITA DAN KEMENANGAN PILIHAN RAYA.”
10.30 Pagi Sesi 2: Key Note Adress – Sdr Baru Bian
Pengerusi Majlis Pimpinan Sarawak
10.50 Pagi Sesi 3 : Ucapan Dato’ Hajjah Hafsah Harun
11.20 Pagi Sesi 4: Ucapan Datuk Seri Daniel Tajem
11.50 Pagi Sesi 5 : Ucapan Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Naib Presiden PKR
12.30 Tgh Hari Sesi 6 : Ucaptama Konvensyen PKR Sarawak
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
01.30 Ptg : Merarau/ Bersurai
02.30 Ptg: Sidang Media
03.00 Ptg: Pertemuan Dato Seri Anwar Ibrahim Bersama Pimpinan PKR Sarawak









go for it pkr! bravo.
just a thought..when you run a company,the board members dont fight in front of the staff.
same with when you rule a state in future.please if you can mps and adun,fight it out but
not in front of rakyat.
selangor for instance is a ‘business’ state and stability or rather the impression of it is
key.fighting in public gives the impression that bn is a more stable choice next time.
cheers
Reply
M&M Reply:
December 13th, 2009 at 10:11 am
Salam DSAI,
Saya melihat perkembangan ini sbg satu langkah yang baik ke arah mewujudkan hubungan yang positif di antara PKR semenanjung dgn PKR borneo. Eloklah jika peluang ini digunakan untuk mengambil berat ttg isu2 tempatan di sarawak.
Pada pandangan saya, dari segi kerjasama ada baiknya jika Pakatan Rakyat menjalinkan kerjasama yang kukuh dgn parti2 temapatan di sabah/sarawak (seperti SAPP di Sabah). Namun, sebagai ketua umum Pakatan Rakyat, adalah mustahak jika DSAI dapat mempertimbangkan secara adil dan saksama dalam mengagihkan kerusi apabila berlangsungnya pilihanraya negeri / pilihanraya umum. Ini bagi memastikan terdapat keseimbagan kerusi di antara agama dan kaum – sesuatu yang harus di ambil kira bagi mengelak monopoli kumpulan tetentu yang tentunya akan mengundang pelbagai isu dan masalah seandainya diabaikan.
Semoga DSAI tidak keberatan untuk mempertimbangkan situasi ini. Sebagai pemimpin rakyat adalah satu kemestian untuk DSAI dan rakan2 dalam PAS dan DAP untuk menegakkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negara.
Akhir kata, pastikan kesihatan DSAI sentiasa dalam keadaan terbaik agar usaha memperkasa Pakatan Rakyat menjadi kenyataan. Selamat berjaya saya ucapkan, moga Allah memberkati semangat maufakat di antara DSAI, TGNA/DSAHA dan LKS.
Sekian, wassalam.
Reply
MU utd sarawak Reply:
December 14th, 2009 at 4:46 pm
Sedangkan Selangor boleh PKR/PR tawan,inikan pula Sarawak,lawan tetap lawan sitaib dan kuncu2nya tok,sarawak negeri kaya Minyak/industri/pertanian/pelancongan dll sama mcm selangor,PKR harus tawan 2010…walauapa carapun PKR/PR harus tawan SARAWAK DAN SABAH…ENCANG POK ENCANG…….
Reply
Chelsea FC Sebuyoo Reply:
December 14th, 2009 at 10:40 pm
Napa nak koencangko lwn aston vill ngerudup inikan pulak raja jin BN…mudid jakko sia….encarik buah nyior ada kantau….puss3….
Reply
Salam,
Kita orang bukan ahli PKR boleh datang ke…
Reply
kutty a/l langkau Reply:
December 13th, 2009 at 10:10 am
Kalau wakil orang penan pun berani datang!! kenapa you tidak!! PKR untuk dunia!!alam sekitar dan yang penting hutan serawak akan terpelihara!!!
Reply
noh Reply:
December 13th, 2009 at 11:58 am
PR FOR ALL
Reply
salam
robbis rahli sadri wayyasirli amri…
salam sejhtera DSAI dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat yang mempunyai pendirian dan prinsip perjuangan…bagi mana-mana pemimpin pakatan rakyat yang gelap mata dengan duniawi dan pangkat sila berambus atau letak jawatan atau masuk UMNO….
DSAI…agi idup agi gelaban (pepatah dari panglima perang sarawak kanang anak langkau)….selagi hidup selagi itu teruskan perjuangan menentang kemungkaran dan kezaliman….
DSAI…bawalah cahaya sinaran baru di tanah sarawak yang kian kelam dan gelap…semoga cahaya itu akan dapat memberi keterangan bagi rakyat sarawak yang cintakan keadilan dan keamanan…
DSAI…bawalah cahaya kejayaan itu di bumi sarawak untuk menerangi rakyat sarawak yang hidup dlm kegelapan dan ketakutan oleh momok momok dan juak juak BE END…
DSAI…semoga cahaya pembaharuan dan perubahan itu akan beri petunjuk kepada rakyat sarawak agar mereka dpt keluar dari kepompong gelap dan melihat jalan yang benar dan dapat melihat masa depan mereka dengan lebih jelas lagi
Reply
(Maaf diluar tajuk)
TAHUN 2010 KOS PERSEKOLAHAN KANAK KANAK MEMBEBANKAN RAKYAT
Dari Kacamata Halik Zaman:
Musim tamat cuti sekolah sudah tiba diambang pintu. Tatkala tibanya musim kembali ke sekolah, ibu bapa mula mencatur perbelanjaan kanak kanak sekolah. Ibu bapa terutamanya mereka yang berada di pedalaman dan di luar bandar yang miskin, mula mengatur perbelanjaan dek kerana kesempitan hidup. Setiap kali musim kembali kesekolah tiba, bebanan kehidupan yang terpikul di bahu mereka semakin berat untuk di pikul. Kasihan orang kampung dibebankan oleh Kerajaan UMNO/BN.
Tambahan peruntukan perbelanjaan keperluan sekolah anak-anak yang mahu dibayar sendiri oleh ibu bapa yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan UMNO/BN tahun 2010, seperti baju seragam sekolah, kasut, stokin, beg sekolah, alatan tulis, baju sukan, buku aktiviti harus disediakan tanpa mengira darjat kemiskinan. Bagi orang yang mampu berpendapatan tinggi, ianya bukan suatu yang menyukarkan, akan tetapi bagi orang kampung yang berpendapatan ala kadar ianya merupakan suatu bebanan igauan yang paling buruk sekali.
Tahu kah anda di anggarkan perbelanjaan kasar bagi seorang anak untuk kesekolah dalam anggaran RM350 – RM 400. Yuran tahunan sekolah, belum dipastikan jumlahnya, hanya akan di maklumkan setelah penggal pertama. Bayangkan bagi keluarga yang berpendapatan rendah, yang mempunyai 5 orang anak bersekolah, dapatkah anda bayangkan betapa susah dan sukarnya mereka untuk menyediakan peruntukan perbelanjaan anak-anak mereka sebesar itu pada setiap tahun ?
Kalau Kerajaan UMNO/BN teruskan juga membebankan ibu bapa yang tinggal diluar bandar dan dalam bandar dengan kos baju, seluar, kasut stokin dan beg sekolah , banyak anak-anak yang ibu bapanya orang miskin tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana kesempitan hidup. Akibatnya indek kanak-kanak buta huruf meningkat dari hari ke hari. Dan apabila ini terjadi, ruang untuk pengangguran serta gejala-gejala sosial seperti penagih dan pengedaran dadah serta penjenayah juga akan bertambah.
Bagi golongan yang tidak mampu meneruskan persekolahan kerana faktor kemiskinan, kita tidak dapat menyalahkan mereka andai jalan pintas yang salah mereka pilih untuk mengecapi kesenangan hidup. Untuk menikmati kehidupan senang melalui pekerjaan yang baik tidak mampu mereka lalui lantaran bebanan kos kanak kanak kesekolah terlalu tinggi. Hanya yang mampu untuk anak anak orang kaya sahaja.
Apa peranan Kerajaan UMNO/BN dalam perkara ini ? Bagaimana mereka harus tangani situasi sebegini ? Apakah tindakan yang di ambil bagi meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan anak-anak mereka tanpa halangan ?
Setakat ini kita tidak nampak apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan UMNO/BN yang ada pada hari ini mengenai permasalahan diatas? Rakyat miskin sebagai pengundi, sudah turun temurun berpuluh tahun lamanya memberi peluang kerpada UMNO agar mengubah halatuju politiknya kearah pembangunan kehidupan pengundi miskin dikampung kampung, tapi malang sekali tekanan pula bertubi tubi, mana tidaknya rasakan lah kos persekolahan kanak kanak pada tahun 2010 kini diambang pintu.
Kita fikir tidak salah kiranya orang kampung memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kemampuan mereka dalam menangani hal-hal sebegini dengan baik ? Tekadkan hati dalam memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat kerana selama ini kebaikan dan keikhlasan Pakatan Rakyat sering di kaburi dengan mainan halus dan kasar politik para pemimpin UMNO.
Para pemimpin UMNO susah nak berubah melainkan orang kampung sendiri yang boleh merubahkannya. Ketaksuban orang kampung kepada para pemimpin UMNO akan merugikan anak cucu orang kampung sendiri, bila suatu hari nanti anda sudah tidak ada lagi didunia ini.
Reply
Saya hanya ahli biasa PKR Petra jaya,syabas PKR….
Salam Konvensyen,PKR Sarawak perlu mengetengahkan suara ahli2 PKR Sarawak yg betul2 memperjuangkan parti,mereka ini ada menyuarakan isihati(kerja penat2 ahli lain juga PKR pandang)so kalau boleh mohon YBhg Datuk Hajjah Habsah perlu ambil tahu kes seperti ini…
Kita perlu mengimbangkan ahli seperti ini…..sekian t.kasih
Reply
Hasbie Abg Samariang batu Reply:
December 14th, 2009 at 4:34 pm
Kamek nyokong dirik,bukan jak diperingkat atas kat akar umbi pun kenak diat juak apa sidaknya sik kerja juakkah kita sama mendukong utk mengimpiklasikan PKR unggul dimata rakyat sarawak diPilihanraya DUN 2010 nanti,sebenarnya kita PKR kuat disarawak tinggalagik org kita masih takut dari hakisan suara momok BN yg sering menakutnakutkan rakyat/kakitangan awam/peniaga2 dgn cara tok PKR harus menangkis momok pembohongan BN/PBB yg lapok kinektok pun masih dipakai,jaik betul BN ya……pandang2 jeling2lah….
Reply
Tahniah PKR bawalah Sarawak keluar dari rasuah pemimpin BN yang sentiasa mengaut keuntungan hasil Sarawak. Tengok sajalah semua keturunan dibawa masuk menjadi pembesar untuk menguasai hasil Sarawak. Rakyat tak dapat apa cuma di rampas tanah atas alasan projek kerajaan dan di bayar pampasan yang rendah. Akan tetapi semuanya untuk kepentingan pihak tetentu dalam kerajaan. Tengok saja Samarahan nampak saja membangun tapi segalanya bukan milik penduduk tempatan hanya milik orang luar. Hentikan segera mereka ini wahai PKR. Frm Anak Jati Kota Samarahan
Reply
Salam sejahtera semua. Salam perjuangan untuk DSAI dan semua pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak.
Di bumi Sarawak terdapat hamparan dan kurniaan yang maha berharga dari minyak dan hasil mahsyul hutan belantara yang terbentang luas. Cuma kerana eksploitasi dan manipulasi pimpinan kerajaan Rejim Taib telah menjadikan segala hasil ini tidak memberi impak yang sepatutnya kepada rakyat. Negeri kaya tetapi kekayaan itu untuk Rejim Taib dan rakyat masih kehausan pembangunan dan pemberian ehsan kerajaan.
Begitu juga dengan potensi politiknya. Perjuangan di Sarawak menyediakan ruang dan peluang untuk Pakatan Rakyat membela ketidakadilan dan kerakusan Rejim Taib menipu dan menekan rakyat. Namun perkara utama yang harus diperhatikan ialah kualiti kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat di Sarawak. Sesungguhnya sikap mementingkan diri dan bukannya membela rakyat sudah sekian lama melingkari pemikiran semua politikus dan politiking Sarawak. Budaya ini seakan menebal dan menenggelamkan kepentingan perjuangan rakyat.
Pengajaran daripada perjuangan Gabriel Adit dan beberapa pimpinan yang lari dari perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat membuktikan betapa rapuhnya semangat juang polikus Sarawak. Jika kepentingan dan kedudukan mereka terjejas maka mereka segera akan mengambil tindakan baru di mana mereka diberi kedudukan yang selesa untuk mendapatkan kuasa. Sedangkan rakyat dahagakan kepada perjuangan pembelaan dan bukannya kuasa pemimpin-pemimpin berkepentingan.
Kerana sikap inilah sejarah perjuangan parti-parti pembangkang di Sarawak tidak menggalakkan. Hanya tinggal golongan rakyat yang bijak dan berani bersuara yang mampu survive dalam politik Sarawak. Harapkan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang Sarawak semuanya mengutamakan kedudukan semata-mata. Golongan ini sanggup mengorbankan perjuangan rakyat demi kedudukan mereka.
Ayuh, DSAI bina dan perkukuhkanlah perjuangan di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak. Sesungguhnya rakyat Sarawak sudah sekian lama menanti kepimpinan yang benar-benar membela rakyat seterusnya membebaskan Sarawak daripada kerakusan dan penipuan Rejim Taib dan BN. Semoga selepas konvensyen ini akan semakin sedar dan nyata kepada golongan pemimpin-pemimpin Sarawak erti perjuangan rakyat. Rakyat Sarawak sudah bersedia dan semakin bersemangat untuk menghancurkan kubu Rejim Taib pada pilihanraya DUN akan datang. Cuma kepimpinan yang jitu dan benar-benar pahlawan diharapkan dapat ditampilkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat dalam perjuangan sebenar.
HIDUP PKR. HIDUP PAKATAN RAKYAT. HIDUP DSAI. LAWAN TETAP LAWAN.
Reply
harapan baru Reply:
December 16th, 2009 at 11:54 pm
tp ada sau halangan besar yg jentera PKR sarawak harus tau,, iaitu taktik penipuan BN Swk semasa proses pilihanraya dan pembuangan undi.. x ada gunanya berkempen sampe sik tido mlm tp peti undi kita dibuang dlm sungai.. jdi ,,saya nk cadangkn agar pkr sarawak berhabis2an menjaga peti undi semasa proses pengumpulan peti2 undi dari semua saluran… tok uban nie byk taktik penipu sama mcm kepala otak dia juga,,… minta semua ahli pkr sarawak bersiap siaga dengan selok belok penipuan BN smsa pilihanraya kelak… jgn jadi spt kes yg blaku smasa proses pengiraan undi di DUN Batang Ai tempoh hari… akhir kata slm maju jaya dn smoga beroleh kemenangan,,. yg benar pasti akn menang..
Reply
Salam DSAI
Tahniah atas segala pencapaian DSAI skrg.
saya rs bagus adanya pembangkang yg bersuara dan rakyat tahu ape yg terjadi.
tetapi saya ada persoalan yg bermain di fikiran saya.
semasa DSAI berkempem utk pilihan raya lepas.DSAI membuat pelbagai manifesto.
tetapi apa yg saya nmpk ssame jugak.xde ape perubahan pun.
adakah sbb kerajaan pusat atau memang begitu cara utk menang pilihanraya?
skrg kalau dilihat di selangor paling byk terdapat tol
mengapa tidak DSAI memansuhkan tol tersebut sedangkan selangor negeri dibawah taklukkan PKR?
jika tidak dimansuhkan sepenuhnya pun. mansuhkanlah semasa rakyat pergi & pulang kerja.
630am-9am & 430pm-8pm…saya pecaya kalau di selangor dpt buat begitu.
byk jalan di KL & Selangor tidak akan mengalami kesesakkan lg.
KL ke Selangor je terdapat byk jalan.namun semua jalan tersebut ada tol masing2 & harganya agak mahal. dulu DSAI kata nk turun kn minyak..minyak xde pn tol pun jadi la….
1 lg…ada yg mengatakan DSAI ni pemungkin segala yg mustahil..ada yg kata kemungkinan tragedi 13 mei akan berulang semuanya akibat DSAI….DSAI kene ingat bahwanya ini negara melayu.
mmg kita berbilang kaum..namun melayu adalah penduduk asal.saya bukan anti bangsa lain.tp klu dapat dilihat skrg.kaum lain semakin memijak2 kaum melayu..perlahan2 kaum melayu dihalau keluar. DSAI patut mengambil langkah BN dgn membuat parti kompenan lain hanya sebagai peraih undi tetapi tidak membenarkan meraka membuat sesuka hati.mengambil alih negara & sebagainya.
semasa DSAI menang pilihan raya dulu…ramai yg mengatakan saje nk bg PKR menang nk tgk mcm mn PKR mentadbir negara..ape yg saya nmpk skrg PKR sama je mcm BN xde perubahan.
1 sbb yg nyata ahli BN masuk PR kemudian tukar BN blk then tukar lain…
Taik BN da campur dgn PR keputusannya same jugak.PR jugak dpt nama buruk.
mmg matlamat DSAI bagus tp kalau parti lain xdpt terima ini negara melayu dan buat seperti negara melayu…maka terpaksa DSAI membuat keputusan utk buang meraka.
Minta DSAI jgn mengadai maruah bangsa.
apa pun saya tidak menyokong BN…malah pilihan raya dulu saya pangkah Dr Lo’Lo’….
suara pembangkang bagus buat rakyat sedar tp jgn lupa
ahli PR juga manusia seperti ahli BN yg kemungkinan akn tamak & pentingkan diri sndr & jugak kroni..
kalau di perhatikan negara lain.parti pemerintah bertukar setiap kali ada pilihan raya..
sbbnya agar pemerintah tersebut tidak terlalu gila kuasa & harta.
Reply
harapan baru Reply:
December 17th, 2009 at 12:05 am
mengarut.. awak pernah bersua dgn DSAI face to face dn ahli PR yg lain? klu stkt tgk berita dan pastu buat persepsi sendiri itu hnyalh andaian.. andaian adalah andaian dn x smestinya org lain berprasangka spt anda… mslhnya, PR x menang penuh hari tu… kna lah anda byk bljr pengajian am lgi pas ni… bidang kuasa negeri dn pusat ada bidang2 kuasa masing2.. negeri x dpt usik bidang kuasa pusat, bgitu juga sebaliknya,…ttg isu tol… anda ingat mudah ke nk memansuhkn tol tnpa kuasa penuh menteri kerja raya dato shaziman mansor (umno)? byk prosedur dan perjanjian yg perlu dibyr pampasan nnti krna semua ni adlh tinggalan tun mahathir dulu… PR dn BN tetap spt minyak dan air… tampak spt persepsi anda tlh diracuni media perdana.. anda tahu yg media perdana byk mbuat penipuan dan fakta songsang thdp pemimpin PR dan negeri2 PR? saya org muda dn saya x rela ditipu spt nenek moyang sy selama ini oleh media2 munafik trsebut….
Reply
As a muslim, i do fear of these types of myth and metaphorical reversing belief. Two out of plenty other movement running secretly and silently underground. Playing and toying with people’s daily activities, hobbies, career, mindset etc.
Illuminati – Many conspiracy theorists believe the Illuminati are the masterminds behind events that will lead to the establishment of such a New World Order. Confusing the issue further is the fact that there are also several modern fraternal groups which include the word “Illuminati” in their names.
Freemasonry – Now exists in various forms all over the world, with a membership estimated at around 5 million (including around 480,000 in England, Scotland and Ireland alone, and just under two million in the United States).The various forms all share moral and metaphysical ideals, which include, in most cases, a constitutional declaration of belief in a Supreme Being. While Freemasonry has often been called a “secret society”, Freemasons themselves argue that it is more correct to say that it is an esoteric society, in that certain aspects are private. The most common phrasing being that Freemasonry has, in the 21st century, become less a secret society and more of a “society with secrets”.The private aspects of modern Freemasonry are the modes of recognition amongst members and particular elements within the ritual.
Pendek kata, mengikut fakta my wife, those movement funded and run by most superpowers world leaders. Dia buat research dan mempunyai fakta bahawa semua President US adalah sebahagian besar dari associates group Illuminati. Kesan impaknya akan dikupaskan nanti. Antaranya, dengan adanya lambakan dan easy access to sex & pronografi industries. Kesannya utk membiulkan otak manusia terutamanya golongan muslim yang kuat beribadat dan pegangan dengan melalaikannya dan melalutkan fikirannya.
Reply
Teruskan usaha di Sarawak
Reply
congratulation BB…will swim and swam wiyh you together…..allah maha tahu dan
maha megerti..kalau undi kamek di petra jaya dont worry…let we be wiyh taib undi akan tahu kelak,taib banyak duit….to Dayak tolong jangan cakap lebih diam saja undi pandai saja
bye bye DPTSAJAN………
ALLAH BLESS US THANK YOU
Reply
DSAI..semoga seluruh rakyat Sarawak bangkit dan menolak habis habisan ketua dan pemimpin
BN yang kaki rasuah dan kaki bodek.Hidup DSAI hidup Pakatan Rakyat menentang penyagak BN
perampas tanah nenek moyang kita.
Reply
sALAM pERJUANGAN UNTUK SEMUA PEJUANG PKR DAN PAKATAN RAKYAT SARAWAK.
Konvensyen semalam di harapkan menjadi semangat perjuangan yang benar-benar ikhlas untuk rakyat bagi membina kekuatan untuk menJAHANAMkan pemerintahan REJIM TAIB. Semoga pemikiran dan perjuangan untuk mendapatkan kedudukan dan mementingkan perjuangan peribadi dapat DICUCIKAN dalam diri setiap peserta. Zaman telah berubah dan corak perjuangan pun berubah. Sesungguhnya PERJUANGAN PERIBADI DAN KEPENTINGAN KEDUDUKAN tidak akan mampu menarik sokongan rakyat. Rakyat sarawak sudah sekian lama DITAYANGKAN DAN DIADUNKAN dengan politik kepentingan diri demi kekayaan dan kuasa. Rakyat Sarawak memerlukan perjuangan yang mampu membela dan menjaga hak dan keadilan dalam hidup mereka.
Lihatlah dan renungkanlah PRINSIP PERJUANGAN PERIBADI DAN MENGUMPUL KEKAYAAN pemimpin-pemimpin dan YB BN di Sarawak. Dalam masa satu penggal atau dua penggal sahaja GAYA HIDUP mereka dah berubah. Rumah kecil menjadi BANGLO MEWAH. Tak cukup belanja menjadi BERLEBIHAN BELANJA. Tak mampu nak bagi derma dan sumbangan kini SENANG-SENANG BAGI PERUNTUKAN 5000 – 10000 setiapkali ada majlis bersama rakyat.
Sedangkan rakyat, sudah berpuluh tahun berusaha untuk meningkatkan ekonomi dan menyara anak bini tapi rumah masih senget dan bocor. Hutang menjadi keliling pinggang. Dulu mampu hidup dengan usaha titik peluh sendiri tapi kini menjadi PENGEMIS DAN PEMINTA SEDEKAH pada kerajaan. Rakyat yang telah bersusahpayah mengundi, HIDUP TAK BERUBAH-UBAH.
INGATLAH. DEMI UNTUK MENJATUHKAN REJIM TAIB SEMANGAT PERJUANGAN RAKYAT HARUS DIUTAMAKAN. BILA RAKYAT DIUTAMAKAN MAKA SEMESTINYA RAKYAT AKAN MEMBERI KUASA DAN KESENANGAN KEPADA KITA. NEGERI SARAWAK KAYA DENGAN SEGALA SUMBER ALAM MAKA BINALAH DAN BENTUKKALAH SARAWAK MENJADI NEGERI YANG MAMPU DIKONGSI KEKAYAANNYA OLEH SETIAP JIWA RAKYAT. KALAU SEBESAR NEGARA AMERIKA SYARIKAT DAN CHINA BOLEH DIBANGUNKAN MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU, INIKAN PULA SEBUAH NEGERI YANG SEBESAR SARAWAK. HANYA PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN SAHAJA MENJADIKAN SESEBUAH NEGARA YANG KAYA ITU TERUS MUNDUR DAN KETINGGALAN KEMAJUAN.
JIKA RAKYAT NAK MAJU DAN MENIKMATI KEKAYAAN BUMI SARAWAK INI DENGAN SAKSAMA MAKA BUANGLAH KEPIMPINAN YB2 DFAN PEMIMPIN BN YANG ADA HARI INI. BINA DAN BENTUKLAH KEPIMPINAN BARU YANG SANGGUP BERKONSI KUASA DENGAN RAKYAT. NEGERI MAJU RAKYAT SEJAHTERA. TERUSKANLAH USAHA MEMBONGKAR SEGALA PENIPUAN, PENYELEWENGAN DAN RASUAH DI KALANGAN PEMIMPIN2 DAN YB2 BN DI SARAWAK. MANA TAHU APA YANG MEREKA LAKUKAN HARI INI AKAN MEMBERI RUMAH BESI KEPADA MEREKA. SEMUANYA TERLETAK DI TANGAN KUASA RAKYAT YANG MAHUKAN KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN HIDUP.
Reply
ranger sarawak lu boleh datang tapi jgn sorang bawa isteri dan anak,tapi jgn masok dalam
Reply
harapan baru Reply:
December 17th, 2009 at 12:08 am
lu la masok dalam.sampai keluar najis berdarah.. suka buat fitnah kt anwar… apa lu ingat ini blog lu ka? lu maok kutuk anwar lu buat blog lu sndili la bahalol!!!!
Reply
Assalamualaikum…
Saya Pengundi yang setia pada ikatan PR parti untuk semua…
Dalam Konvensyen PKR hari itu.. perjuangan yang di ungkapkan harus di sertakan dengan usaha yang gigih dan jitu.. Perjuangan yang berlandaskan dunia dan akhirat pasti akan berjaya… Perkara yang terdahulu.. kita jadikan landas perjuangan yang mulia.. Insya Allah Piliharaya Negeri tahun hadapan di sarawak.. rejim Taib dan sekutunya kita akan kuburkan baut selamanya..
Reply
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan kepada seluruh rakyat dinegara ini didakwa berpunca dari kehabisan sumber pendapatan negara akibat berleluasanya amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Oleh itu ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pagi tadi mendakwa GST tersebut lebih sesuai digelar ‘Gagau Semua Tempat’.
“Kerajaan kehabisan wang disebabkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, jadi fikir macam mana nak cari duit lalu perkenalkan GST, Gagau Semua Tempat,” katanya di Lobi Parlimen.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berpendapat GST sepatutnya dikenakan dulu kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang sebelum ini mendapat perlepasan cukai.
“Kerajaan masih beri perlepasan cukai pada beberapa syarikat komunikasi tempatan yang sudahpun berjaya sampai boleh tawar perkhidmatan di luar negara dan disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia sedangkan GST ini nak dikenakan pada rakyat.”
Jelasnya, perlepasan cukai itu menyebabkan beberapa syarikat telekomunikasi terbabit mendapat keuntungan perkhidmatan dan keuntungan hasil tidak membayar cukai.
Beliau turut menggesa kerajaan menyelesaikan masalah rasuah dan ketirisan yang merupakan punca perbelanjaan negara kian membengkak.
Beliau turut mendesak kerajaan agar mencegah masalah penyeludupan demi memastikan kerajaan mendapat hasil cukai yang sewajarnya.
Katanya, kerajaan dianggarkan kehilangan RM12.92 juta tahun ini disebabkan gagal membendung penyeludupan rokok dan pengenaan duti kastam.
Tambahnya lagi, dengan menangani beberapa masalah tersebut bukan sahaja membuatkan kerajaan tidak perlu gagau semua tempat, malah menyelamatkan rakyat dari terus terbeban.
Semalam Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.
Ianya bagaimanapun mendapat tentangan dan bantahan hebat oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Reply
sesungguhnya, saya merupakan penduduk pulau borneo.. berharap akan ada kemajuan di dalam negeri sarawak. skarang ni, perubahan pada negeri memang ada.. tapi, kalau difikirkan dgn logik melalui dana yg diserahkan kepada negeri sarawak, sememangnya sarawak mampu untuk berdiri gah dan setanding dgn negeri2 maju yg lain seperti kuala lumpur. diharap angkatan PKR dan DSAI dapat memainkan peranan penting untuk memajukan negeri sarawak yang hanya maju dimata kroni kroni nya sahaja.. merdeka kan pulau borneo yang sekian lama telah dijajah oleh angkatan yg sama waktu dengan nya.. borneo untuk rakyat, borneo is socialist republics.. yea, one day.. its will..
Reply
kamek pun mauk perubahan disarawak….bilalah nak bertukar pemimpin atasan kita..harta dah byk di kaut 7 keturunan tak abes…
dasr tamak dan haloba…insaflah wahai pemimpin sarawak….jgn lupa diri..kamu pun manusia jugak..bukan ungka…hehehe
ungka lagi mulia…tak rasuah.tamak..
Reply
salam pada semua:
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
BN telah menduduki lawas selama berpuluh tahun.
awang tengah bin ali hassan, henry sum agong.
saya bukan menyelar tetapi dah jemu.
ive spend many years in peninsular malaysia,
and what i found is diffrent between us in sarawak and peninsular terlalu jauh.
i still remember road from simpang trusan lawas to sundar been built since 1987.
tetapi hanya ditar pada tahun 2005. dan apa yang menyedihkan adalah jalan tersebut rosak hanya selepas 3 bulan.
siapakah contractor yang membuat jalan???
CAHAYA MATA SARAWAK..
JKR dan CAHAYA MATA SARAWAK..
what it mean here???or what happen in sarawak???
setahu saya CMS own by taib n kuncu2nya. so where our democration law???
kenapa CMS boleh mendapat contrak dari JKR???
dan kenapa setiap projek yang mereka buat tidak berkualiti???
all this because kuncu2 taib.
coz i dont inuff time…
i continue 2mrow again…
WE NEED CHANGES
Reply