10
Dec
09

SPRM Digesa Siasat Isu Salah Laku Setpol Najib

From Malaysia Kini

Dakwaan salah laku setiausaha politik perdana menteri, Datuk shafie Abdullah, diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), antaranya campur tangan dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan aduan itu kepada dua pegawai SPRM Kuala Lumpur, Hasan Yahya dan Mohd Yahya Mohd Rashid.

Kamaruzaman Mohamad berkata aduannya itu “cuma diterima sebagai maklumat” dan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan dahulu sebelum ia membuka kertas siasatan.

“Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut sama ada ia jadi kes atau tidak,” katanya.

“Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di Parlimen.”

Isnin lalu, ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa Shafie – yang juga ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan ketua bahagian Wangsa Maju, menyalahgunakan kedudukannya sebagai setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak.

Dalam aduannya, Kamaruzaman mendakwa Shafie turut: – menggunakan pengaruhnya untuk melantik ahli jawatankuasa sebuah surau di Setapak,

- membantu rakan mendapat kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),

- menamakan isterinya sebagai proksi dalam lembaga pengarah sebuah syarikat pemaju, dan,

- terlibat dalam urusan pembinaan sebuah kompleks membeli-belah di Sri Hartamas.


12 Responses to “SPRM Digesa Siasat Isu Salah Laku Setpol Najib”


  1. 1 ajc Dec 10th, 2009 at 9:58 pm

    Tak surprise langsung. Kebiasaan orang umno masuk politik pertama untuk bela kepentingan sendiri, kedua untuk membela kepentingan dan seterusnya. Untuk rakyat hanya dipergunakan.Bila berlaku sesuatu Melayulah di depan, bila line clear dialah sendiri enjoy.Salam.

    Reply

  2. 2 terasprima Dec 10th, 2009 at 10:31 pm

    assalamualaikum…

    syabas kepada wakil rakyat PR…banyak lg peluru yang kita ada…simpan skt untuk pilihanraya..
    mana dia pewaris..geng geng pembela melayu…hoi! malulah jika pasai masjid pun …orang bukan islam yang jaga…hampa buat apa…pi la arak kepala lembu lagi…Wakil rakyat PR nak jahanamkan melayu ni..hampa diam buat apa…bangkit2..

    Reply

  3. 3 ulan batar Dec 10th, 2009 at 11:42 pm

    Setpol Najib perasan diri dia interpol!!! itu pasal dia ikut suka tahan orang!!

    Reply

  4. 4 pundy mos B.S. Dec 11th, 2009 at 4:21 pm

    Siasat jgn tunggu waktu parah baru nak besar2an siasat,jgn melibatkan duit rakyat,baik cari duit halal aman jiwa…jgn kerana itu 7keturunan dilaknat..sendiri mau fikir/ingat…

    Reply

  5. 5 Boring Dec 11th, 2009 at 6:00 pm

    This is a Norm for all the BN and Umno leaders that we have being calling Abused,Arrogant And Corrupt for the past 52 years…Time To Changed !

    Reply

  6. 6 Anak Wangsa Maju Dec 11th, 2009 at 9:11 pm

    BERIKUT ADALAH KENYATAAN DATO’ DR. HAJI SHAFEI ABDULLAH MENGENAI TUDUHAN DAN FITNAH WEE CHOO KEONG KE ATAS BELIAU.

    “Saya tidak pernah kenal Wee Chee Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju secara peribadi. Tetapi sejak kebelakangan ini beliau lantang di Parlimen melontarkan tohmahan-tohmahan terhadap saya. Beliau mengatakan saya menyalah gunakan kuasa saya sebagai Setiausaha Politik. Beliau membangkitkan tentang saya mengamalkan rasuah politik wang untuk menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.

    Mengapa sekarang dibangkitkan isu ini? Pemilihan Bahagian UMNO telah lama berlalu.

    Wee Chee Keong juga menggunakan isu penjaja di Wangsa Maju untuk mensensasikan bahawa saya ‘memaksa’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak bertindak ke atas penjaja-penjaja.

    Pokoknya sebagai Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju saya bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat di Wangsa Maju lantaran Ahli Parlimennya telah gagal berbuat demikian.

    Saya tidak mempunyai kuasa untuk memaksa DBKL mengikut telunjuk saya. DBKL mempunyai kuasa dan bertindak mengikut prosidurnya. DBKL bukannya robot, DBKL di uruskan oleh kalangan yang boleh dirundingi sekiranya kita mempunyai sebab-sebab yang munasabah.

    DBKL tidak bertindak membabi buta. Mereka juga manusia, mempunyai perasaan dan bertindak di landasan undang-undang. Kuasa di tangan DBKL. Saya tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas DBKL. Walaubagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab.

    Tidak ada gunanya saya menjadi Ketua Bahagian sekiranya tidak mampu membela nasib masyarakat. Saya perlu menjaga kebajikan warga Wangsa Maju.

    Sekiranya Persatuan Penjaja Wangsa Maju meminta saya membela nasib mereka saya akan bela. Tetapi akhirannya terpulanglah kepada DBKL untuk bertindak dan membuat keputusan.

    Untuk pengetahuan pembaca budiman, mereka yang saya bela adalah kalangan penjaja kecil yang berpendapatan kecil yang melayari kehidupan mencari sesuap nasi pagi dan petang.

    Hanya kerana saya seorang Setiausaha Politik di Kementerian Kewangan tidak bermakna saya hanya perlu melayan kalangan korporat dan menafikan kalangan penjaja kecil.

    Mereka juga rakyat, mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara. Mereka juga manusia yang mempunyai suara yang mahukan suara mereka di dengari apabila merasakan diri teraniaya. Mereka juga berada dalam gagasan 1MALAYSIA.

    Dayuslah saya sebagai Ketua Bahagian sekiranya saya tidak berani membela nasib mereka.

    Dayuslah saya sekiranya saya memekakkan telingan dari mendengar rintihan mereka.

    Semasa saya menjadi Ketua Pemuda Bahagian lagi dan sebelumnya, saya telah banyak kali memperjuangankan nasib kalangan yang memerlukan pembelaan.

    Mengapakah saya harus berhenti dari membela apabila saya menjadi Ketua Bahagian? Seperti mana dipermulaan tadi, saya katakan bahawa saya tidak kenal pada Wee Chee Keong.

    Tetapi sejak dia buat kecoh di Parlimen saya cuba melayari dalam internet tentangnya.

    Hasilnya saya menemukan sebuah blog http://www.malaysiawaves.com.

    Saya tak tahu siapa yang menulisnya tetapi dari apa yang saya fahami dari penulisannya ia mungkin seorang penyokong pembangkang.

    Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah Wee Chee Keong ini adalah masalah kepada semua orang waima kepada pembangkang sendiri. Bacalah dan nilaikan sendiri petikan dari blog tersebut.”

    Saya merupakan Anak Wangsa Maju… Saya rasa pembelaan kepada Dato’ Shafei juga perlu kerana saya lihat laporan yang diberikan Media dari pihak Kerajaan apatah lagi Pembangkang hanya berunsur sebelah pihak..

    SEKIAN
    Anak Wangsa Maju

    Reply

  7. 7 haji mokhtar Dec 12th, 2009 at 2:01 am

    kalau dah umno namanya mesti ada rasuah,projek,kronidan duit duit duit

    Reply

  8. 8 zul Dec 13th, 2009 at 2:00 am

    Terlalu cepat anda semua menjatuhkan hukuman.Tunggulah dulu.

    ajc,
    adakah semua yang masuk UMNO tu dah kaya raya ke? Semua yang masuk UMNO tu dapat project ke? Yang pipih tak datang melayang beb.

    Terasprima
    Itu bukannya orang kafir jaga., tapi mempertikaikan .. Sepatutnya bukan hanya UMNO sahaja yang mesti mempertahankan AGAMA tetapi semua pemimpin melayu dalam PR dan juga ULAMA2 dalam PAS. Mana perginya mereka semua??? Kerana nakkan kuasa mulut semua dak terkunci. Kalau dah dapat kuasa entahlah apa yang akan terjadi.. Lebih teruk agaknya.

    BORING
    Kalau anda katakan telah jadi begitu sejak 52 tahun yang lepas , ianya membawa makna Anwar Ibrahim juga terlibat sama. Atau dia terkecuali hanya pemimpin-pemimpin lain sahaja yang terlibat??

    Tuan hj mokhtar

    Persepsi tuan amat dangkal.HJ sepatutnya lebih bersifat terbuka. Rasuah bukan hanya ada pada UMNO tetapi pada semua.Kroni juga sama. HJ renung-renungkan lah..

    Reply

  9. 9 lostboys Dec 13th, 2009 at 4:02 am

    setpol is bloody fool

    Reply

  10. 10 zamy Dec 14th, 2009 at 10:32 am

    okey…mari kita lihat siapa yg keeeee…naaaaaa…..ataupun sapu bawah karpet lagi……Ummmmph No….Be eNd

    Reply

  11. 11 bath mateus Dec 17th, 2009 at 3:33 am

    great posting…it is really good
    Saya merupakan Anak Wangsa Maju… Saya rasa pembelaan kepada Dato’ Shafei juga perlu kerana saya lihat laporan yang diberikan Media dari pihak Kerajaan apatah lagi Pembangkang hanya berunsur sebelah pihak..

    Bathmate

    Reply

  1. 1 Tweets that mention SPRM Digesa Siasat Isu Salah Laku Setpol Najib at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 10th, 2009 at 5:15 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031