Dari Harakah Daily
Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Mereka akan menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini.
Konvensyen bertujuan untuk membincangkan ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.
Pembentangan kertas ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.
‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.
Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.
Konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.
“Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa,” kata kenyataan itu.
“Diharap pihak tuan/puan dapat hadir atau menghantar wakil untuk hadir meliputi acara yang bersejarah ini. Pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat mulai hari ini di www.tinyurl.com/daftarmedia,” kata kenyataan itu lagi.
Konvensyen Pakatan Rakyat diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu.
Semalam Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim dilaporkan memberitahu persiapan rapi sedang giat dijalankan menjelang konvensyen tersebut.
Persiapan dibuat dengan kejasama ketiga-tiga parti yang mahu melihat program tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik.
“Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,”katanya.
“Lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan.”
Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk “Angin Pendamai” dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang sudah pun siap dalam masa seminggu.
Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.









salam,
Pd malamnya ada ceramah perdana x?
Reply
Alhamdulilah, muga semua rakyat Malaysia bersatu dan mempunyai kesedaran yang mantap tentang kezaliman UMNO BN. HARAPAN BARU untuk MALAYSIA .Insyallah, PAKATAN RAKYAT akan berjaya jadi pemerintah.Atur stratigi dan rapatkan sap. Selamat “berkonvensyen”.
Reply
Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan LIMA KAUM DI MALAYSIA iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
KALAU MASIH BERCERITA DAN MEMBEZAKAN SESUATU KAUM, IA MASIH BERSIFAT PENGASINGAN KAUM. CUBA GUAN “RAKYAT MALAYSIA” ATAU “MELAMBANGKAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA”
ORANG ASLI SEBAGAI PENDUDUK PRIBUMI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. NAMPAKNYA AKAN TERUS TERPINGGIR SEPERTI CIPTAAN UMNO SEJAK DAHULU KALA.
Reply
menarik ni, kena pi join sekaki
Reply
Ayahku dah berjanji pada 19 Disember ni kami tak akan turun ke laut sebab kami akan bertolak ke Shah Alam untuk melihat konvensyen yg penuh sejarah buat pertama kalinya ini…
Duit hasil tangkapan ikan 3 hari lalu yg aku kumpul akan digunakan utk beli baju t-shirt berwarna oren di bundle pekan sehari di kampung aku utk dipakai pada konvensyen tersebut dan sbg perbelanjaan utk kesana…
Kepada anak nelayan khususnya dan rakyat m’sia amnya, jom kita turun ramai-ramai dgn mengenakan baju berwarna oren…
Pedulikan mereka yg bersuara sumbang, jgn risau anak nelayan skrg merupakan pelajar terbaik SPM seluruh negara tempohari…
Reply
Angel TanWC Reply:
December 17th, 2009 at 10:51 am
Wow, I am also going to the convention. See you there.
Reply
Payah betul nak apply buat photo coverage semasa Konvensyen Pakatan Rakyat……
Saya dah daftar [mewakili Biro Peneangan Cabang Shah Alam & AMK Shah Alam] tetapi sampai sekarang tak dapat apa-apa maklumbalas. Sahabat-sahabat yang nak buat coverage dari PAS pun komplen perkara yang sama.
Kita ni buat kerja free demi parti, tetapi Urusetia Konvensyen semacam tidak selari dengan hasrat kepimpinan Parti.
Urusetia boleh tolong perjelaskan perkara ini ?
Reply
Kita kena buat kerja cara Pakatan Rakyat bukan cara UMNO/BN. Kita peduli apa kata mereka, janji kita kerja untuk perubahan dan kita berani untuk berubah bagi HARAPAN BARU untuk Malaysia.UMNO dah 52 tahun memerintah tapi maseh mentaliti penjajah.PR kena ada VISI dan MISI yang jelas, terang dan telus supaya penyokong dan rakyat nampak dan faham.Bukan retorik semata mata macam umno/bn. Dengan cara ini, saya percaya, insyaallah, penyokong dan rakyat terbanyak tidak mudah termakan sogokan umno/bn.Dalam demokrasi, perbezaan pendapat adalah biasa tetapi yang teruknya media pro umno/bn akan sesasikan perbezaan ini.Jadi saya minta hati hati taktik pihak lawan terutama pengampu dan penjilat umno/bn.Kalau kami di Sarawak, saya minta perjelaskan VISI dan MISI PR di sana.Umpamanya jika jadi pemerintah PR naikkan royalti dari 5% ke 15%, rakyat dipendalaman secara otomatik dapat Kad Pengenalan, jalanraya di bangunkan dengan pesat sebagai contoh. Lagi pinjaman PTPN jadi biasiswa.Lagi pekerjaan di tambah, badan kehakiman bebas, telus lagi berintigriti.Tiada campur tangan politik/eksikutif.Kurangkan hutang negara, optimumkan sumber negara dan banyak lagi visi dan misi kita.Jelaskan satu persatu.
Jadi, saya minta kita berkonvensyen secara bertamadun, budiman, berwibawa, tonjolkan kematangan pemimpin dan penyokong PR.Kita jangan makihamun,bercoloteh terlalu lama hal pihak lawan tetapi perjelaskan VISI dan MISI PR. Muga rakyat terbanyak mudah faham dan bertambah bersemangat untuk mencapai HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA.Jadi bagaimana dan cara apa untuk kita mencapai VISI dan MISI itu? Fikir fikirkanlah.Sekali lagi selamat “berkonvensyen”
Reply