33 Responses to “Konvensyen Pakatan Rakyat”


  1. 1 Sivakumar Dec 8th, 2009 at 3:02 pm

    Cantik punya poster, Dato’ Seri!

    Saya berharap konvensyen ini merapatkan lagi hubungan antara ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS.

    Semoga Tuhan memberkati usaha ini dan eratkan lagi kerjasama mereka dan bagilah mereka menerima satu sama lain sebagai saudara walaupun lain agama atau bangsa.

    Sokongan saya tetap dengan Pakatan Rakyat, dari dulu, sekarang dan di masa akan datang.

    Reply

    a7 Reply:

    Salam DSAI,

    Di harap Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat dan diberikan semangat muafakat yang telus dan berpanjangan buat parti2 komponen Pakatan Rakyat.

    Saya bersetuju dengan cadangan yang dinyatakan oleh broooo… dan M&M di bawah. Semoga Dato’ Seri tidak keberatan untuk mempertimbangkannya..

    Sekian, wassalam.

    Reply

  2. 2 Nirman Dec 8th, 2009 at 3:26 pm

    Lambang Pakatan Rakyat ker yang kat atas tu? Cantik jugak. Baik register awal.. takut nanti ader org tiru pulak..

    Reply

    fz1303 Reply:

    DSAI,

    bagilah makna tersirat.
    TQ

    Reply

  3. 3 LAWAN TETAP LAWAN Dec 8th, 2009 at 3:35 pm

    KALAU LAMBANG PAKATAN RAKYAT SEPERTI DIATAS, SAYA AMAT SETUJU DAN GEMBIRA KERANA SAYA DAPAT LIHAT MAKNA LAMBANG PAKATAN TERSIRAT SERIBU MAKSUD, TERUSKAN DENGAN LAMBANG INI BARISAN NASIONAL PASTI TAK TIDUR LENA.

    Reply

    kecewa Reply:

    Hang ni cepat sangat memuji lah

    Ini komen aku pasal logo tu.

    Pasal hanya 3 parti sahaja? Buat2 parti2 lain hendak masuk, bagaimana? Tentulah kecil hati parti2 lain yang ingin masuk Pakatan Rakyat sebab hanya 3 parti pelopor aje yang di istiharkan didalam logo?

    Begitu jugak dengan bangsa! Kenapa 5 bangsa sahaja? Kecil hati bangsa2 lain nanti.

    Pakai bunga raya ni macam Pakatan Kaum perempuanlah sebab bunga adalah lambang kesukaan wanita.

    Sungguh kecewa aku dengan lambang ini. Mintak2, adalah perubahan logo yang lebih bermakna lagi. Logo yang melawan kejahatan dan kemungkaran dan kazilaman begitu. Loga dacing BN adalah sebagai contoh terbaik. Konon2 menegakkan keadilan tetapi cakap tidak serupa bikin. Simbol dacing simple dan bermakna sangat. Pakatan kena cari ilham baharu gunakan simbol yang mudah diterjemahkan. Jangan berserabut macam logo diatas tu.

    Sekian wasalam

    Reply

    MOHD NIZAR AHMAD Reply:

    Saya setuju dengan pandangan saudara.

    Selain itu, kita juga terlepas pandang warna psikologi yang mampu menyaingi warna biru-putih BN. Merujuk kepada logo Pakatan Rakyat, bukankah lebih baik kalau “Bunga Raya” tu berwarna merah iaitu warna original Bunga Raya. Barulah ada ciri-ciri nasional sikit.

    Secara keseluruhan, saya kurang yakin logo Pakatan Rakyat yang dicadangkan tu mampu beri saingan yang ampuh kepada BN kerana kurang ciri-ciri nasional dan too complicated. Kepada masyarakat bandar macam kita ni, kita mudah faham. Bagaimana pula kefahaman masyarakat luar bandar ? Mereka faham ke logo kita hanya dengan sekali pandang ?

    Reply

  4. 4 smy Dec 8th, 2009 at 3:56 pm

    selamat bersidang untuk PAKATAN RAKYAT, semoga Allah memberkati majlis ini.

    Reply

  5. 5 bullet_7037 Dec 8th, 2009 at 5:24 pm

    salam DSAI n Bloggers,

    selamat berkonvensyen…pastikan agenda rakyat menjadi keutamaan
    btw, logo tu mmg mengancam la DS…..

    Reply

  6. 6 Rakyat Berdaulat Dec 8th, 2009 at 5:52 pm

    syabas DSAI, semoga PR akan terus maju untuk memimpin rakyat dan seterusnya menggantikan BN dimasa akan datang, dengan lapaz doa Allah memberkati dan memperkenankan perjuangan DSAI sehingga berjaya mengambil alih pemerintahan negara Malaysia insyallah…ya allah lindungilah DSAI dan sekeluarga dalam keadaan sihat walafiat dan peliharalah hambamu yang satu ini selamat dan sejahtera…..AMIN

    Reply

  7. 7 robert lim Dec 8th, 2009 at 6:59 pm

    saya amat setuju apa yg di katakan oleh sivakumar. SEMOGA TUHAN MEMBERKATI USAHA INI DAN ERATKAN LAGI KERJASAMA KITA SEMUA DAN BAGILAH KITA SEMUA MENERIMA SATU SAMA LAIN SEBAGAI SAUDARA WALAUPUN LAIN AGAMA DAN BANGSA. memang betul , tepat sekali. kalau nak capai kemajuan, kita kena bersatu. satu bangsa satu malaysia. sudah lama kita tunggu2. kita nakkan satu politik yg bolih bekerjasama antara satu sama lain, seperti pakatan rakyat. lambangnya pun cantik. HIDUP PAKATAN RAKYAT .

    Reply

  8. 8 M&M Dec 8th, 2009 at 7:34 pm

    Salam DSAI,

    Tahniah diucapkan dgn perlaksanaan konvensyen yang pertama. Moga Allah memberkati majlis tersebut dan seterusnya diberikan perpaduan yang kekal berpanjangan kpd ketiga tiga parti komponen, PAS, Keadilan dan DAP.

    Bersama2 kita memburu kecemerlangan, menghayati semangat muafakat tanpa mengira kaum dan agama.

    Sekali lagi saya ucapkan tahniah. Saranan saya, sebaik2nya biarlah konvensyen yang PERTAMA ini dibuka dengan ayat suci al-Quran diikuti dgn DSAI sendiri membuat ucapan penggulungan di hari penutupan majlis.

    Sekian, wassalam.

    Reply

  9. 9 Anak Nelayan Dec 8th, 2009 at 10:32 pm

    Aku pun setuju dgn lambang tu…cantik seperti bunga hasil gabungan lambang ketiga-tiga parti utama Pakatan Rakyat…

    Tidak mustahil sistem 2 parti akan menjadi kenyataan di Malaysia sebagaimana ‘mustahil’ kata orang sebelum ini bahawa BN akan kalah sptmana penangan 8 Mac tempohari…

    Tiada yg mustahil…di mana ada kemahuan dan persefahaman di situ ada jalan…

    Semoga Pakatan Rakyat tidak akan menghampakan harapan rakyat yg menggunung…

    Selamat berkonvensyen dgn tertib dan profesional….

    Reply

  10. 10 tok sagor Dec 9th, 2009 at 7:03 am

    Tuan, Tahniah PR rakyat marhain dari Sik, Baling, Balik Pulau, Kuala Kurau, Gerik boleh join bersidang sekali ???……………….

    Reply

  11. 11 Hot Degital Dec 9th, 2009 at 9:23 am

    Tahniah atas usaha Konvensyen dan selamat bersidang.

    RTM & TV3 elok benar buat siaran langsung. Masalah apa plak tak boleh. Umno yang tak betul tu boleh kamu siar berulang-kali. Siap tengah-tengah berita perdana lagi.

    Kamu kata adil tapi berat sebelah, itu penting diri namanya !

    Reply

  12. 12 no2ameno Dec 9th, 2009 at 9:43 am

    lambang nie cantik…tapi saya ader sikit cadangan….nak reka design logo, harapnya design yg mudah2 aje…baru nampak professional…lambang design PKR dan PAS looks simple and senang nak buat compare to DAP punya logo….logo ameno jgn cakap la, SERABUT teramat sangat….complicated..

    so bila gabung tiga2 nie, harap dapat simplekan logo yg beri pelbagai maksud tersirat….logo yg nie pun dah OK, cuma nya harap dapat lagik simplified lagik best…

    aper pun, saya suka jugak logo nie…mmg kalah la dacing nie…baru segi logo dah kalah lambang dacing…

    Reply

  13. 13 broooo... Dec 9th, 2009 at 10:57 am

    slamat bersidang…

    cantik lambang kat atas tu! memang sesuai lah…

    diharap ada kejutan pada konvensyen kali ini… sebagai persediaan awal ke arah PRU13.

    semoga bertambah erat & bersatupadu… jauh kan dari pertelagahan semasa bersidang.

    kalau boleh kerusi perwakilan tak dipisah kan mengikut parti, tiada had kawasan A untuk parti A, kawasan B untuk Parti B ataupun kawasan C untuk parti C.
    Melayu, Cina, India duduk berselerakkan tanpa perlu memikirkan lambang parti & agenda parti masing2. biarkan bendera parti berselerakan mewarnai seluruh persidangan.

    “BERSATU DALAM SATU PAKATAN” didalam usaha membebaskan Malaysia dari kongkongan rejim umno/bn.

    tonjolkan kesepakatan yang jitu & gariskan halatuju yang jelas, supaya rakyat bertambah yakin & bersemangat untuk terus mendokong perjuangan PAKATAN RAKYAT.

    teruskan & mantapkan perjuangan!!!

    LAWAN TETAP LAWAN… sampai umno/bn tumbang!!!

    Reply

  14. 14 paper_beg Dec 9th, 2009 at 1:40 pm

    Memang Terbaik la kalau logo PR camtu..aku sokong 100%..

    Reply

  15. 15 akuorgmalaysia Dec 9th, 2009 at 3:34 pm

    selamat bersidang pakatan rakyat….

    Reply

  16. 16 CD Dec 10th, 2009 at 12:40 am

    selamat bersidang pakatan rakyat….

    Reply

  17. 17 win win malaysians Dec 10th, 2009 at 1:43 am

    Tahniah diatas logo pr ini akan memberi satu dorongan dan kepuasan kepada penyokong2 PR,dan perlu ada huraian bermaksud tertentu dsai perlu huraikan supaya org faham tersirat dilogoni….
    SELAMAT KONVEN 19/12,Sekian tk.

    Reply

  18. 18 anwarZ Dec 10th, 2009 at 9:27 am

    salam DSAI…
    selamat dan teruskan perjuangan mensejahterakan negara tercinta.

    Reply

  19. 19 wan simunjan Dec 10th, 2009 at 4:59 pm

    Selamat berjuang dan menjana kekuatan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

    SEMOGA KONVENSYEN YANG AKAN DILANGSUNGKAN NANTI MAMPU MEMBUAHKAN STRATEGI DAN MEMBINA KEKUATAN UNTUK MENGGEGAR SARAWAK DALAM PR DUN TAHUN DEPAN( 2010@2011 ). SESUNGGUHNYA PELUANG TERBENTANG LUAS DI NEGERI SARAWAK. CUMA KEKUATAN SUMBER DALAMAN DAN KEMANTAPAN PIMPINAN AKAN MEMASTIKAN BUMI SARAWAK MAMPU DIGEGARKAN SEKALIGUS MEMBERI TUNJANG KEKUATAN UNTUK PRU 13 NANTI.

    JANGAN TERLEPAS PANDANG AKAN PELUANG DAN LUBUK PUAKA N21 SIMUNJAN DALAM MISI PKR DAN PAKATAN RAKYAT DI SARAWAK. SEMUA PENGUNDI BARU DAN PENGUNDI SEDAR SWERTA RAKYAT TERANIAYA DI KAWASAN SIMUNJAN HANYA MENANTIKAN KEHADIRAN SEORANG PANGLIMA PERANG YANG BENAR-BENAR MANTAP UNTUK MEMIKUL PANJI-PANJI PKR@PAKATAN RAKYAT DI SIMUNJAN. INSYA ALLAH RAKYAT AKAN MENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN MEMBUANG CALON BN DI SIMUNJAN.

    INGAT ! PASTIKAN PELUANG INI TIDAK DILEPASKAN BEGITU SAHAJA TANPA PERTIMBANGAN YANG SEWAJARNYA. KELEMAHAN BN SEMAKIN TERSERLAH DAN TAHUN DEPAN ADALAH WAKTU YANG PALING AMPUH UNTUK MENUMBANGKAN BN DI N21 SIMUNJAN. AYUH! DATANGLAH KE SIMUNJAN BERSAMA BENAK MEMBADAI KUBU RAPUH BN DI SIMUNJAN !

    Reply

  20. 20 edy antiBN Dec 11th, 2009 at 12:29 pm

    satu langkah menuju ke sistem dua parti.tanamkan azam dan bulatkan tekad untuk membantu dan membela rakyat malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.pakatan rakyat pasti meniti bibir setiap rakyat malaysia.i love pakatan rakyat.selamat bersidang pada semua perwakilan pkr,pas san dap.

    Reply

  21. 21 neo Dec 12th, 2009 at 2:56 pm

    Logo yang menarik dan penuh simbolik.

    Selamat bersidang dan terus mara gentarkan musuh.

    Reply

  22. 22 hmpdubumi Dec 12th, 2009 at 8:45 pm

    Salaam dan Selamat Sejahtera kepada semua pejuang Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia.

    Kata pujangga
    “Satu bangsa yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala bangsa yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.”

    Teruskanlah melangkah kearah melahir Bangsa Malaysia yang bermaruah dan disegani.

    Syabas kepimpinan Pakatan Rakyat.

    Reply

  23. 23 obi Dec 14th, 2009 at 9:16 am

    LAWAN TETAP LAWAN , LAWAN SAMPAI PECAH MEREKA!!!!!

    Reply

  24. 24 anakpanah Dec 14th, 2009 at 1:01 pm

    Lima kelopak bunga raya melambangkan 5 suku kaum terbesar di Malaysiaiaitu Cina, India, Melayu, Iban dan Kadazan.

    kata tak amalkan dasar2 perkauman.yang neh menatang apa? logo pon sebut pasai kaum
    ….

    puittt PENIPU RAKYAT ..

    hahah ..mcm taik aje ..tak habis2 menipu

    Reply

  25. 25 Azam Dec 15th, 2009 at 11:35 pm

    ahahha korang ni logo pun jadi hal ke??? perjuanagan tu yang penting!!!!!!!!
    logo parti kalau hebat sangat pun jadi kerajaan pun asyik menipu je.. buat hape…??!!!
    Apa2 pun…mmg best la kalau logo bunga raya tu jadi logo PAKATAN…hahahha kaler oren tu pun cool…sapa punye cadangan ni??!!!!!!
    terer lah…HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!!! HIDUP MALAYSIA!!!!!!!!

    Reply

  26. 26 mohd ali b. ismail Dec 19th, 2009 at 11:56 pm

    Tahniah DSAI, saya sangat gembira jika pendaftaran PR disegerakan, kami dah tak sabar menunggunya. Perkara mencipta logo PR seeloknya serahkan pada rakyat dengan cara mengadakan pertandingan memcipta Logo

    Reply

  27. 27 Mairaj Dec 20th, 2009 at 7:16 am

    Tahniah buat PR. Agenda perjuangan lebih penting. Logo tu nanti dulu. takut orang tak sempat kenal.

    Reply

  28. 28 org tepen Dec 22nd, 2009 at 12:02 pm

    Bagi saya logo tu kalu boleh buatlah pertandingan cipta logo..mungkin ada idea yg boleh disumbangkan oleh rkyt..Bagi saya suka logo yg simple dan mudah ingat…warna plak bagi yang terang sikit…tapi kalu pihak PR dah setuju logo nie saya go on jar…selamat berjuang PR!!!!!!!!!!!

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Konvensyen Pakatan Rakyat at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 8th, 2009 at 2:25 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031