08
Dec
09

Harapan Memuncak Untuk Sidang Copenhagen

Persidangan Iklim Copenhagen telahpun bermula. Seramai 15 ribu orang hadir ke persidangan selama 14 hari itu yang bermula semalam. Bertempat di Pusat Bella, para peserta akan membincangkan selain dari mendengar pendapat yang diutarakan tokoh penting seperti Dr Rajendra Pachauri dan Dr Jonathan Pershing. Ramai juga yang menanti kehadiran sahabat saya Al Gore yang berusaha memastikan adanya satu tindakan berkesan bagi menjamin kelansungan bumi yang didiami ini.

Malah tersebar kencang khabar angin bahawa Gore akan bertemu penghuni Rumah Putih sebelum Obama ke persidangan tersebut pada 18hb Disember ini. Jelas kelihatan kebimbangan serta keperihatinan masyarakat terhadap isu alam sekitar dan perubahan iklim. Harapan masyarakat antarabangsa juga begitu tinggi agar persidangan kali ini berjaya menyatukan pemimpin dunia agar memilih jalan demi kepentingan sejagat. Tidak guna pembangunan sekiranya merusakkan lingkungan begitu pesan tokoh Gerakan Islam Masyumi; almarhum Pak Natsir kepada kita. Saya juga mengharapkan yang terbaik buat semua bersempena Persidangan Copenhagen ini.

Keseimbangan adalah teras utama bagi menggarap persetujuan bersama. Pembangunan tidak boleh diabaikan sema sekali. Makanya kebelakangan ini, laporan seumpama Stern Review, berupaya menjadi garis panduan melakar dasar nasional yang mengembalikan hala tuju pembangunan ke landasan yang tepat di samping memastikan agenda alam sekitar dan kelansungan bumi tidak terabai. Laporan itu juga ada menyebut kegagalan pasaran antara sebab yang memberi kesan lansung kepada kemusnahan alam. Ketidakseimbangan pastinya tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Perhatikan sahaja sikap teragak-agak kerajaan persekutuan menyangkuti tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Hanya selepas mendapat tekanan, barulah kabinet bersetuju membenarkan laporan tragedi tersebut dibuka kepada awam. Siapa dan apakah yang sebenarnya mahu dilindungi? Rakyat atau tauke kaya yang berkepentingan?

ANWAR IBRAHIM


4 Responses to “Harapan Memuncak Untuk Sidang Copenhagen”


  1. 1 adik Dec 9th, 2009 at 9:03 am

    pakcik anwar,

    saya harap…pakcik tak ada network secara langsung atau tidak langsung dalam Rothschild. saya harap sangat pakcik dapat merealisasikan apa jua rancangan ke jalan Allah.

    saya tak tahu kalau pakcik tahu yang Rothschild ni sedang implement their plans in Malaysia secara perlahan-lahan dan halus sehalusnya.

    saya berharap pakcik dapat menjadi pemimpin Muslim yang menuju ke jalan Allah.

    sekian,
    tq.

    Reply

  2. 2 Intan Sakinah Dec 9th, 2009 at 11:08 am

    Saya amat bersetuju pandangan DSAI dalam hal pentingnya keseimbangan dalam membina kesejahteraan yang menyeluruh.

    Ramai yang tidak menyedari bahawa setiap keputusan dan tindakan memberi kesan secara tidak langsung atau secara langsung kepada alam sekitar. Saya pernah terbaca tulisan seorang pakar alam sekitar tentang hubungan manusia dan alam sekitar.

    Katanya, hubungan manusia dengan alam sekelilingnya amat intim. Dia mencadangkan, ketika datangnya musim durian misalnya, patut kita menjamah durian kerana pada masa yang ditentukan zat makanan yang dihasilkan oleh ‘alam’ itu menjadi manfaat yang banyak kepada manusia. Begitulah halnya dengan kehidupan seharian.

    Al-Quran pernah memberi amaran kepada manusia, “Dunia rosak kerana tangan manusia”. Saya tidak bijak mentafsir. Tetapi, kenyataan itulah yang menjadi faktor langsung kesan dan akibat perbuatan manusia kepada alam seluruhnya.

    Maka, menjadi keyakinan kepada saya; setiap kerja mulia yang kita lakukan membawa rahmat kepada persekitarannya. Sebaliknya, Umno-BNlah sebagai ‘kepala negara’ serta yang selalu melakukan kerja honar di bumi Malaysia menjadi punca segala masalah di bumi tercinta.

    Umno-BN suka tambah masalah. Nak selesai masalah pun bila kepentingan diri dah rasa terjejas. Memang tak layak lagi Umno-BN jadi ‘kepala’! Silap haribulan habis semua gerabak tercampak dari landasan !

    Reply

  3. 3 rakyat malaysia Dec 10th, 2009 at 11:43 am

    salam,
    kadang kala saya singgah segenap di blog dsai untuk mengetahui perkembangan dsai.namun begitu saya agak tertanya2 apakah sumbangan dsai kepada rakyat selain ingin menegakkan keadilan. saya bukanlah penyokong kuat kerajaan mahupun pembangkang.saya hanya menilai dari sudut kemajuan dan kesan yang di nikmati rakyat.pada hermat saya.selain dsai menyertai ceramah, konvensyen dan sebagainya di luar negara.adalah lebih baik dsai menumpukan aktiviti di dalam negara.selangor khususnya.tidak perlu di ungkit kisah lampau kerana pakatan telah pun menguasai banyak negeri ni semenanjung ini.namun saya selaku rakyat malaysia,selangor khususnya masih belum merasai perubahan yang drastik di selangor.apakah pakatan hanya menyambung tanpa merancang perubahan.selain itu dsai yg kini selaku penasihat kewangan selangor, adalah di cadangkan supaya menaik taraf jalan2 yang terdapat di negeri ini.rawang khususnya.banyak lagi jalan rosak dan sempit terdapat di selangor ini.tolong jangan fokus di kawasan bandar semata2.tiada gunanya menyalahkan orang lain tanpa membawa perubahan kepada rakyat.ini hanyalah pendapat seorang rakyat yang masih di atas pagar untuk mengundi.tolong bawa perubahan.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Harapan Memuncak Untuk Sidang Copenhagen at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 8th, 2009 at 10:57 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031