08
Dec
09

Anwar Dakwa Kerajaan Gagal Tarik Pelabur Antarabangsa

Dari Harakah Daily
Oleh Hazayani Zakaria

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoal kegagalan kerajaan dalam menarik minat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam meletakkan Bursa Malaysia sejajar dengan pasaran antarabangsa sebagai sebuah destinasi penjanaan dana yang kondusif.

Namun beliau hairan mengapa usaha itu masih gagal menarik golongan pelabur luar.

“Saya terima baik langkah-langkah yang diambil kerajaan tapi masalahnya mengapa dengan kecekapan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti itu, kita masih gagal menarik minat peabur antarabangsa untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan,” katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

Anwar turut mendakwa kegagalan itu sebenarnya ada kaitan dengan krisis keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya ini ada kaitan dengan krisis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, datuk Najib yang seri dinafikan,” katanya.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan sejauhmana kebenaran langkah yang diambil kerajaan ini dapat menarik pelabur asing memandangkan data pelaburan menyatakan bahawa Bursa Malaysia berada di kedudukan tercorot brbanding Jakarta dan Singapura.

“Saya minta penjelasan daripada kementerian, apakah langkah yang diambil sekarang ini dapat menarik pelaburan sebab data pelaburan menyatakan sebaliknya,”soalnya.

Sebelum itu, datuk Nur Jazlan Mohamed (BN Pulai) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan syarikat antarabangsa untuk menyenaraikan saham mereka dalam Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) dalam jawapannya memberitahu Bursa Malayssai dan SC mengambil enam inisiatif dalam menarik pelabur antarabangsa antaranya menganjurkan taklimat kembara dan penyebaran risalah ke China, Vietnam dan India bagi menarik penyenaraian asing.


9 Responses to “Anwar Dakwa Kerajaan Gagal Tarik Pelabur Antarabangsa”


  1. 1 Boring Dec 8th, 2009 at 2:23 pm

    Who wants to come here to invest…the cost of doing business here in Malaysia is way too high compared to other Asia Country…due to Red Tape and Corruption.

    Our own Malaysian are not spared from all the corrupt Govn official and system in doing business here that encourage nothing but Corruption to get their approval,lisences etc etc before anything can get started.

    We local have to pay and this Foreigner have to pay as well but (X 3)

    As the current discovery that our auto part and everything are 10% higher then other countries without taking corruption into consideration. The Cost of doing business in Malaysia is very very HIGH !

    Reply

  2. 2 pengundi parlimen ptg pauh Dec 8th, 2009 at 3:44 pm

    nak pelingkup negara bolehlah parti umno nak tarik pelabur mereka tak bolr\eh kerana nama malaysia rosak dan busuk di arena antarabangsa.

    Reply

  3. 3 Mohamad Dec 8th, 2009 at 10:29 pm

    Kita sekarang susah benar nak tarik pelabur malah pelancong,yg kita senang tarik datang ialah kaki judi di kasino atas highland tu mcm2 bangsa luar,malah tak payah promosi buang duit,dia berdujun2 datang sendiri,ni kerja saya dulu tarik kaki judi….

    Reply

  4. 4 dulukini Dec 9th, 2009 at 12:35 am

    Inilah akibatnya apabila parti BN terlalu membusuk.

    Reply

  5. 5 memangtakpandai Dec 9th, 2009 at 3:30 pm

    Macamana nak tarik pelabur asing, Kita, rakyat malaysia nak projek, kena ada chop UMNO. Bila nak chop UMNO paham2 je la tentu-tentu 25% macam cerita 3 Abdul tu, lama-lama negara tergadai. Bila tuduh UMNO rasuah,dia tak mengaku. Yang heran masuk UMNO ni macam jumpa lampu ajaib. Yang bekas Guru Besar, Tukang Jaga lintasan keretapi dan Doktor Gigi kampung boleh jadi jutawan. Yang lulus tingkatan lima dilantik jadi Pengerusi urusan pengangkutan rakyat. Macamana nak selesai masalah rakyat. kalau selesai pun macam kerja budak tingkatan lima…macam telur separuh masak ..masa makan sedap lepas tu k*&^%# bau busuk…yang k@#%$^ tentu tak mengaku. Cubalah lantik golongan professional buat kerja baru ada integriti sikit. Alahai Malaysiaku..

    Reply

  6. 6 suri Dec 10th, 2009 at 1:37 am

    ..setuju dgn DSAI , antara faktor kurangnya pelabur adalah krisis keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap PM Najib…

    …kerajaan kita juga tidak produktif dlm menyusun sistem perekonomian secara total, amat jarang malah mungkin kita sendiri x pernah mendengar PM Najib becakap tentang bursa dan pelaburan…tentang fundimental,,,,tentang unjuran ekonomi dari tahap tahun pertama pemerintahanya hingga kini….kaitan krisis ekonomi dunia terhadapn negara kita juga kurang di bahaskan…malah kementerian2 yg berkaitan dgn pembangunan ekonomi sebenarnya adalah umpama perhiasan yg membazir duit kerajaan..kerana tidak ada inisiatif untuk mengaktifkan tujuan utama penubuhan2 jabatan dan kementerian yg berkaitan…salah satunya adalah IDS…….

    setiap tahun kerajaan mengumumkan bajet dlm belanjawan kpd IDS namun amat mengecewakan IDS sgt lemah dlm pengurusan…inilah faktor kelemahan ekonomi kita untuk menjana banyak eksport ke luar
    negara sebaliknya kita terlalu byk mengimport brg2 luar negara untuk menyeimbangkan permintaan dlm negara……..kita juga ada menara berkembar tertinggi di dunia, kita juga ada putrajaya, kita juga pernah ke everest , kita juga pernah ke bulan, kita juga ada kereta sendiri, sayangnya kita x seperti india yg semakin maju meninggalkan kita, kita x seperti korea yg bijak menjana ekonominya, kita terlalu jauh untuk di bandingkan dgn negara jepun, kita juga kini x layak berdiri sama gah dgn negara kecil singapura, …tapi rakkyat malaysia sejak era mahadir mohamad telah di didik jiwanya hanya berbuat sesuatu untuk ‘GAH’…akhirnya generasi kita malas berusaha,,hanya mengharap meminta …naik gaji.bagi bonus/loan sim cepat kaya…sehinggan bangsa bumiputera di tindas oleh kaum cina yg akhirnya memonopli ekonomi negara.

    point sya di sini…sekiranya generasi hari ini di didik dgn ilmu ekonomi (basic perniagaan) dari kecil percayalah akan wujud golongan yg pro eko… sekiranya ini berlaku kita x akan mengharap pelabur akan masuk negara kita ..apa pun harapan saya semoga ekonomi negara pulih secepat yg mungkin kerana org bisnes seperti saya sgt terasa dgn kenaikan cukai juga harga brg2…dan di harap DSAI akan menjadi PM Malaysia yg mungkin boleh mengatur semula sistem pentadbiran negara…..

    Reply

    Dahlan Reply:

    sdr suri saya sokong cadangan ini,Kerajaan sekarang hanya pandai berkata yg baik saja,realitinya pembohong,kita tidak diberi dorongan serta keyakinan utk sebaris memacmukan negara dan berdiri bersama2 mendokong harapan PM jika keyakinan nak menaikan ekonomi dan ingin setaraf negara maju bersatulah berkerja samalah demi negara malaysia,ini tak tenggok muka pegawai sombong bodoh dah meluat dan cadangan baik diketepikan seakan mereka saja yg pandai,ini dinamakan pandai badak ego tak keharuan…ovios2..

    Reply

  7. 7 akuorgmalaysia Dec 11th, 2009 at 10:12 pm

    tak payah tarik pelabur masuk…tarik je keluarga altantuya di mongolia masuk….

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Anwar Dakwa Kerajaan Gagal Tarik Pelabur Antarabangsa at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 8th, 2009 at 12:06 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031