07
Dec
09

Mahathir Pencetus Salah Guna BTN

Dari EraPakatan.com
Oleh Roziyah Mahamad

MAHATHIR merupakan pencetus kepada salah guna yang terdapat dalam modul Biro Tata Negara (BTN) dalam menyebarkan agenda Barisan Nasional ketika era pemerintahannya satu ketika dahulu. Propaganda mengutuk dan menghina pemimpin-pemimpin pembangkang telah disuapkan ke minda peserta agar tertanam perasaan benci terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada.

“Mahathir sendiri yang telah mewujudkan modul ini, kerana itulah dia tidak bersetuju modul ini dirombak dan mahu ia dikekalkan. Dia adalah pecetus kepada semua ini,” jelas Johari Abdul.

Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menjelaskan modul yang terdapat dalam BTN telah digunakan oleh Dr Mahathir pada ketika itu sepenuhnya untuk memburukkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana itu beliau langsung tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan dan tidak dirombak.

“Buktinya, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, hampir semua program BTN yang dijalankan oleh penceramahnya kebanyakkannya mencerca dan memfitnah Anwar sedangkan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dibicarakan dan masih belum ditentukan bersalah,” jelas Johari yang dihubungi wartawan Erapakatan.

Menurutnya, program yang dijalankan telah mengumpulkan semua pemimpin pembangkang dan melebelkan mereka sebagai pengkianat dan orang yang bakal memusnahkan Negara. Fitnah dan cacian sengaja dilemparkan bagi menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin pembangkang yang ada.

“Jika dikira sejak tahun 1998 hingga 2 september 2005, sudah berapa banyak fitnah dan cacian yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar? Sedangkan pada ketika itu Anwar masih belum ditentukan kesalahannya. Jadi saya memang tidak terkejut sama sekali dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan. Ini kerana dia sudah lama menggunakan modul BTN ini untuk menanam kebencian rakyat kepada Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin lain,” jelas Johari lagi.

Baru-baru ini Dr Mahathir telah memberi kenyataan mahu program BTN dikekalkan kerana bagi beliau modul itu cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa. Hal ini kerana BTN didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.


16 Responses to “Mahathir Pencetus Salah Guna BTN”


  1. 1 Ampatuan Jr Dec 7th, 2009 at 6:31 pm

    Hehehe….what goes around comes around eh?
    Dulu masa brother jaga BTN pun dia cucuk macam2 kat kursus BTN pasai orang lain,
    alahai,tak kan tak ingat kot? depa kata kita ni komando la,gurkha la,macam2 depa tudoh kita.
    Seronok masa kita sama-sama dok buat benda tu kan?
    Hehehehe….

    Reply

  2. 2 sham Dec 7th, 2009 at 7:14 pm

    memang betul BTN mengajar org melayu benci sesama Islam, benci cina dan wajib sokong parti sarkas UMNO. Mahathir penipu besar..org gila je yg percaya kat si pencacai ni

    Reply

  3. 3 celik Dec 7th, 2009 at 8:58 pm

    Siapa tak kenal Mahathir, MahaZALIM, MahaFITNAH …

    Reply

  4. 4 selamat pagi Dec 7th, 2009 at 9:07 pm

    masih bicara mahathir lagi ? aku pikir dia sudah mati ….

    Reply

  5. 5 noh Dec 7th, 2009 at 9:40 pm

    Lanyak Mahathir hingga lumat. Modal fitnah dan cacian yang diserapkan dalam BTN bakal menjadikan Mahathir cacing kepanasan.

    Reply

  6. 6 Nirman Dec 7th, 2009 at 9:48 pm

    Tembelang Dr. M dah pecah…

    Reply

  7. 7 hanisma Dec 7th, 2009 at 10:40 pm

    Dear TDM,

    With due respect, can you just leave the issue of BTN to the present leaders in the Malaysian government? Time has passed and changed. What was good during your helm (that was what you thought) has drastically changed now. Malaysians are wiser now and let them plan ahead for the betterment of their and their children’s future. They know what they want and your BTN concept is not relevant anymore now – full of hatred for non-Umno supporters, racist and bigotry. So dear Tun, just retire gracefully and leave Malaysia to the people who seek justice, democracy, fraternity and transparency to bring along with them come the new dawn. Adios!

    Reply

  8. 8 ulam batar Dec 7th, 2009 at 10:44 pm

    BTN atau “Benting Terahir Najib” amat perlu di pertahankan oleh TDM , sebab Najib sahaja yang dapat pertahankan TDM, kini dilihat TDM telah di beri ruang yang luas oleh Utusan Meloya untuk menengkah serta satu “medan selera” untuk TDM hentam DSAI sejak kebelakangan ini!!! ini bagaikan TDM pulak PM bukan Najib!!!!

    Reply

  9. 9 ah yong Dec 7th, 2009 at 11:00 pm

    malaysia boleh

    Reply

  10. 10 hamburger Dec 7th, 2009 at 11:11 pm

    pr kena buktikan spies bersikap neutral. bukan macam bn atau btn barisan tahi nasional

    Reply

  11. 11 Azmil Dec 8th, 2009 at 3:38 am

    ‘Salahguna’ membawa maksud sesuatu yang dilakukan dengan tidak mengikut atau memenuhi tujuan asal ia dibuat. Maka, istilah ’salahguna’ sebenarnya telah salah digunakan dalam isu BTN ini.

    Sememangnya tujuan asal BTN ditubuhkan adalah sebagai propaganda UMNO. Ia ditubuhkan untuk membasuh pemikiran rakyat, terutamanya generasi muda dan menerapkan bayangan jahat terhadap pihak pembangkang. Jadi, BTN tidak disalahguna – sebaliknya ia tepat memenuhi tujuan asal penubuhannya. Sebab itu, BTN perlu dihapuskan secara total.

    Mengapa rakyat perlu dipaksa menjalani kursus BTN bila ianya berunsur politik. Yang turut menjadi sasaran pesertanya adalah para pelajar & mahasiswa. Menurut AUKU, pelajar dan mahasiswa adalah dilarang membabitkan diri dalam politik. Jadi, BTN telah melanggar undang2.

    Dan mengapa BTN diletakkan dibawah kerajaan dan bukan UMNO itu sendiri. Ini sekadar mengkaburi mata rakyat. Jika tidak dihapuskan pun, BTN perlu dihadkan kepada ahli UMNO sahaja dan menggunakan duit UMNO sahaja. Jangan bazirkan duit rakyat untuk menganjurkan program UMNO & jangan paksa orang lain.

    Reply

    Resit Rasmi Reply:

    Betul betul..

    Rasa kesian melihat mahasiswa mahasiswi sekarang di mana kah suara mereka. Kalau bersuara/memberi pendapat pasal politik sikit terus kena ambil tindakan. Ruang yang diberi hanya melalui bicara siswa itupun melalui RTM – tajuk perbincangan hanya isu isu dalam circle kampus sahaja (cinta di IPTA,Majlis Perwakilan Pelajar – yang nyata tidak berfungsi, pendaftaran subjek IPTA, pemilihan kursus). Semuanya dihadkan oleh kerajaan.

    Saya tahu ada yang akan bersuara: “kenapa pelajar nak sibuk2 isu politik, belajar sajalah!” – hai, inilah Malaysia kita. Pemikiran ala konservatif yang kolot lagi nyanyuk. Kalau begitu kenapa ada pro universiti dikalangan perwakilan pelajar melainkan politik untuk menyokong kerajaan semata mata.

    Dalam kes BTN dikecualikan pula – dibenarkan berpolitik, itupun berpolitik untuk UMNO. Diterapkan rasa benci pada pembangkang, bangsa lain, dimainkan dan disuruh menyanyi lagu “budak kecil main api @ tergadai tanah sendiri@bumi dipijak milik orang”. Nasib baik saya masih di alam persekolahan sewaktu menghadiri program ini serta masih kebudak budakan untuk ambil tahu apa tersirat disebalik modul yang diterapkan keminda saya.

    Apa akan jadi pada Malaysia for the next 10 years kalau angin perubahan yang cuba dibawa hanya bertiup sepoi sepoi bahasa tanpa ‘memusnahkan’ rumah yang perlu ‘dirobohkan’ kerana terlalu ‘uzur’ dan ‘buruk’ untuk ‘di didiami’.

    Sentimen perkauman dan ‘Ketuanan Melayu’ terus di hamburkan melalui utusan melayu-layukan malaysia untuk menakutkan rakyat terutamanya rakyat Melayu oleh orang yang dikatakan memperjuangkan bangsa melayu dan dalam masa yang sama menghisap darah melayu. Orang tua itu masih lagi bersuara walaupun diakhir akhir usianya dan persaraannya seolah olah Malaysia ini dia yang punya. Dendam yang tidak berkesudahan.

    Semoga dirahmati.

    Reply

  12. 12 ericind Dec 8th, 2009 at 5:55 pm

    Mamak ni pun satu,dah tua dah nyanyok lagi nak sibuk dgn politik,baik bermain2 dgn cucu2 kat rumah,ooi,org dak muak dgn hang,jgn jadi penyibuk lagi,insaf lah si mamak ooi..

    Reply

  13. 13 kepochi Dec 8th, 2009 at 9:38 pm

    jangan pandai nak mengata dulang paku serpih…

    Reply

  14. 14 Mohamad Dec 11th, 2009 at 5:44 pm

    Anda semua di sini jenis orang yes man, macam pecacai inggeris dulu, yes sir, yes sir, terima saja apa orang putih kata dan suruh buat. Dengan penuh semangat membuta tuli, anda menyerang dan menghentam habis-habisan Tun Mahathir. Kalau anda kata beliau jahat dan kejam serta tidak berhati perut, zalim, ganas itulah, inilah, tapi lihatlah sumbangan dia terhadap bangsa Melayu, rakyat Malaysia, masyarakat dunia. Masa pentadbiran Tun, rakyat hidup aman damai, makan pakai cukup, kos sara hidup rendah meskipun dicengkam kemelesetan ekonomi pada dekad 1980an dan 1990an, itu pun adan masih tak sedar diri lagikah, hina beliau dengan kata-kata yang bukan-bukan. Beliau bersusah payah bekerja siang dan malam untuk membangunkan negara yang mempunya lebih dari 23 juta orang masa itu, tetapi anda apa buat, ada sesetengahnya masih mengharap bantuan ibu bapa, diri sendiri pun tak terjaga, nak menghina orang pula, sikap apakah ini? Jangan keterlaluan sangat dalam menghina orang, lebih-lebih lagi orang yang kita hina itu lebih baik dari kita, dalam keadaan ini, kita telah menunjukkan nilai diri kita yang rendah dan tak berkualiti, apa hak kita nak hina orang yang lebih baik dari kita?

    Berhubung dengan tuduhan Tun memperalatkan BTN, anda semua pergi dulu kursus itu, baru tahu, ini tidak pergi kursus BTN pun tak pernah seperti Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu, mereka tak pernah pergi BTN tapi tunjuk macam pandai sangat seolah-oleh semua modul BTN mereka tahu, orang macam apakah ini? Fikirlah secara mendalam tulisan saya ini.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Mahathir Pencetus Salah Guna BTN at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 7th, 2009 at 7:19 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031