05
Dec
09

Parlimen Agama Sedunia Dan Syarahan Herbert Feith

Ketibaan saya di Melbourne, dinanti rakan lama, Dr Abdul Rahim Ghouse. Tanpa berlengah kami terus menuju ke Pusat Konvensyen Melbourne bagi menghadiri Parlimen Agama Sedunia, sebuah forum yang menghimpunkan puluhan tokoh-tokoh tersohor, untuk mengungkapkan kepentingan hidup bersama, menjamin kerukunan merentasi kepercayaan dan memastikan agenda kedamaian tercapai.

Pihak penganjur mengundang saya untuk membicarakan perihal Tauhid, Pemerintahan dan Masyarakat. Saya tekankan tradisi pemikiran Ibnu Ashur dan As Shatibi, yang menyumbang kepada pemahaman maqasid al shariah. Apatah lagi ketika dunia dirundung krisis kewangan yang bersangkutan dengan peranan etika dan nilai. Kemudiannya saya menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Sheikh Isa.

Sekitar jam 6, memenuhi pula undangan menyampaikan Syarahan Sempena Memperingati Herbert Feith di Pusat Persidangan Kotaraya Melbourne. Saya menyampaikan syarahan yang bertemakan Asia Selepas Krisis, Pemulihan dan Perubahan. Syarahan ini merupakan usahasama Royal Melbourne Institute of Technology, Universiti Melbourne dan Universiti Monash.

Herb Feith merupakan ahli sains politik terkenal, berasal dari Vienna, yang menulis buku berjudul The Decline Of Constitutional Democracy in Indonesia. Buku tersebut merupakan rujukan klasik yang hampir setanding dengan karya B.Shrieke dan William Roff.

ANWAR IBRAHIM


3 Responses to “Parlimen Agama Sedunia Dan Syarahan Herbert Feith”


  1. 1 angkasawan nasa Dec 5th, 2009 at 11:19 am

    DSAI Sampaikan salam saya (rakyat) kepada Dr Rahim Ghouse semoga dewan perniagaan islam di sana terus menberi sokongan keatas usaha saudara demi kebaikan Islam di bumi “kangaru bar” tersebut. semoga usaha usaha Dr akan di berkati allah di dunia mahu pun di akhirat kelak. Dr ada ke nanpak Mufti UMNO kat sana!!? dari selangor ke atau dari Perak!

    Reply

  2. 2 orgkampungada masterje! Dec 7th, 2009 at 3:19 pm

    Bro Anuar,
    Lepasni tolong fikirkan bagaimana nak atasi masalah melayu dipulau pinang pulak!Takut orang putih diAustralia,berbisik sesama mereka….Yes!He liked person in Malay Story!Who!!!!Yes Pak Kaduk……..

    Reply

    kulub amrin Reply:

    Kenapa di cop melayu pulau pinang apakah melayu pulau pinang berbeza dengan melayu tanah besar kenapa ada beza di dibezakan bukankah kita “satu malaysia” kenapa harus dibeza bezakan apakah kerana mereka kebanyakan anak “mami” kamu nak beza bezakan!! anak mami atau anak apa pun kita “anak malaysia”. jasa Australia cukup besar di Pulau pinang suatu ketika dahulu Pangkalan TUDM di Pulau Pinang adalah milik Aust di bawah perjanjian “Lima saudara” pelancongan dan dunia perniagaan di Pulau Mutiara tersebut cukup rancak ketika itu. bagi merancakkan ekonomi Pulau Pinang ada baiknya Pangkalan tersebut di serahkan semula pada Aust. secara tidak langsung tempiasnya turut menbangunkan ekonomi orang melayu Pulau Pinang! ketika tentera aust berada di pulau pinang sebuah syarikat kilang pembuat roti milik seorang melayu menbekalkan roti kepangkalan tersebut. maka tidak siasia Francis Light Bin Mat saleh menbuka Pulau Pinang kesudahannya Yang Dipertua Pulau pinang datangnya dari orang Melayu Pulau pinang. banyak jasa mat saleh pada melayu pulau pinang thank you sir!!!! sekarang terpulang pada orang melayu maju mundur bangsa melayu pulau pinang terletak di tangan bangsa itu sendiri “yang pipis takkan datang melayang dan yang bulat takkan datang bergolek”. lupakan ketuanan melayu dan lupakan bumiputra dengan gelaran inilah orang melayu jadi selesa dan kaki meminta minta bagaikan peminta sedekah berlesen!!! ini adalah acuan UMNO sejak 52 tahun silam!! hingga kini. ayuh orang melayu harus berubah!!!

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031