Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri
Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan “proksi” perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.
Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam.
“Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.
“Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang.
“Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam,” aduan polis itu dipetik.
Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.
Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut “proksi” Najib.
Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin (foto atas, berkaca mata), yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube.
“Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara),” katanya dalam aduan itu.
“Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.”
Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan “dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan” selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.
Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.
Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.
Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.


















Saya amat kagum diatas ketabahan dan Istiqamah Dato’ Seri dalam perjuangan. Pada Saya Dato’ Seri telah berjaya melalui ujian yang amat getir dalam pelbagai bentuk dan cara. Tidak ada pemimpin lain di Negara ini yang telah melalui dugaan dan ujian yang amat besar seperti yang dilalui oleh YB. Dato’ Seri. Malah dikalangan pemimpin Dunia YB. Dato’ Seri merupa salah seorang yang tergolong dikalangan pemimpin yang yang paling teruji dan tercabar. Didalam Negara kita mungkin Allahyarham Dato’ Haron Idris kerana banyak jasanya pada bangsa dan Negara akhirnya merengkok dalam penjara.
Saya yakin terdapat ramai manusia waras di Negara ini yang dapat menilai Qualiti seorang pemimpin. Pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada Negara pemimpin yang sanggup dan berani menentang arus kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Hanya terdapat 2 org pemimpin di Negara ini yang berani menungkah arus ia itu Tun Dr Mahadzir dan YB. Dato’ Seri. Tun Dr Mahadzir telah berjaya membawa perubahan dari pembangunan infastruktur tetapi Dr Mahadzir masih gagal membawa perubahan kepada nilai kemanusiaan atau pembangunan manusia.
Masalah utama yang dihadapi Negara pada masa kini ialah kita kehilangan nilai, Kita kehilangan identiti bangsa, kehilangan budaya, keperibadian dsbnya. Kita telah meletak wang sebagai ukuran. Pada masyarakat ini yang bernilai itu hanya wang menyebabkan berlaku segala gejala yang amat menakutkan… Pemimpin rasuah,rakyat merompak/menyamun/meragut,penagihan dadah, merogol, berzinah, membunuh, menipu, memfitnah, mencaci dan menghina serta berbagai lagi kejadian yang berlaku setiap hari yang tidak lagi merasa janggal. Sehina mana kelakuan sesaorang itu tetapi ia akan digambarkan baik sekiranya ia mempunyai duit untuk melindungi keburukannya.
Saya yakin BN tidak mampu bertahan lagi sekiranya ia masih bergantung kepada membeli pengundi dengan habuan projek dsbnya. Masyarakat hari ini sedang meneliti dan menilai perubahan yang sedang dilakukan oleh BN/UMNO yang tidak dapat meyakinkan masyarakat akan membawa perubahan pada Negara. Sejauh mana kita berjaya membersihkan UMNO dari rasuah? sudah cukup untuk menjawab semua persoalan tersebut.
Keyakinan yang ditunjukkan oleh YB. Dato’ Seri untuk memulihkan ekonomi dengan pendekatan asas manusia yang berteraskan perbelanjaan berhemah,berakhlak, berilmu, berdidikasi, ikhlas, rajin, jujur dan taqwa disegenap lapisan masyarakat IsyaAllah ekonomi negara dapat di pulihkan dalam masa yang singkat dan mampu bersaing untuk jangka panjang. Ini terbukti dengan lapuran ketua odit Negara Kelantan dan Kedah walaupun Negeri miskin mampuan menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Reply
noh Reply:
December 5th, 2009 at 12:06 pm
“Mahadzir telah berjaya membawa perubahan dari pembangunan infastruktur tetapi Dr Mahadzir masih gagal membawa perubahan kepada nilai kemanusiaan atau pembangunan manusia”
APA GUNANYA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, HANYA UNTUK DIPANDANG SAJA, WALHAL RAKYAT
SABAN HARI MERUNGUT DAN MENGELUH DENGAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN YANG KIAN MENINGKAT
DAN MAHAL.
Pada masyarakat ini yang bernilai itu hanya wang menyebabkan berlaku segala gejala yang amat menakutkan… Pemimpin rasuah,rakyat merompak/menyamun/meragut,penagihan dadah, merogol, berzinah, membunuh, menipu, memfitnah, mencaci dan menghina serta berbagai lagi kejadian yang berlaku setiap hari yang tidak lagi merasa janggal. Sehina mana kelakuan sesaorang itu tetapi ia akan digambarkan baik sekiranya ia mempunyai duit untuk melindungi keburukannya.
SIAPA PUNYA KERJA NI. INILAH FLASAFAH YANG DIBAWA OLEH UMNO YANG DITERAJUI MAHATHIR.
Reply
dimana orang melayu umno yang garang dan tegas tapi bacul dan penakut bila mana melaungkan dulu kini dan selamanya melayu dan macam macam lagi. kalau mic, mca dan gerakan boleh lah umno tarik hidung mereka ikut telunjuk kata big brother.
Reply
guni setahil Reply:
December 5th, 2009 at 12:39 am
Rasanya Bala berhak bercakap dimana sahaja pesat Bekas KPN Rahim Noor bahawa “dimana bumi dipijak di situlah langit di junjung” dan seorang lagi Bekas KPN memiliki harta puluh jutaan ringgit dimana anak anak arwah berebut!!???
Sebagai rakyat yang sayangkan negara ini berasa amat dukacita dengan apa yang belaku sejak kebelakangan ini sebuah negara yang cukup sifat telah tercemar dengan berbagai isu oleh bekas kakitangan kerajaan. Persolannya bagai mana seorang bekas ketua polis boleh memiliki harta puluhan juta ringgit? say tidak mahu bercerita lebih nanti saya dituduh derhaka pula. cuma saya nasihatkan kakitangan kerajaan jangan ikut jejak langkah UMNO BN.
Reply
NAK SURUH SIAPA SIASAT. SPRM DAN PDRM KAN CAWANGAN UMNO. KALAU SIASAT PUN AKAN DIBAWA KEMAKAMAH IAITU BAHAGIAN UMNO. TUMBANGKAN SAJA PARTI PUAKA NI DI PRU13 NANTI.
Reply
NAJIB AWAL-AWAL DAH NAFI YANG ADEKNYA TERLIBAT DENGAN KONSPIRASI INI. 1 MALAYSIA DAH TAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA NAJIB SEKARANG. SEJAK KES ALTANTUYA, SEKOI, SCORPINE, DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA 1 MALAYSIA TAK PERCAYA LAGI DENGAN KATA-KATA NAJIB KERANA RAKYAT DIDAHULUKAN MENGNGGUNG KOS BARANG KEPERLUAN HARIAN YANG KIAN MENINGKAT DAN MAHAL, PENCAPAIAN HIDUP MEWAH KERABAT DAN KRONI DIUTAMAKAN.
Reply
Betul,rakyat kini perlu bangkit dari tudur yang tak berapa nak lena.Buka mata,tengok sekeliling.Saya dari umur 10 tahun lagi dh mengenal politik,ikut bapa saya ke sana sini(bapa saya org BN)..selama 11 tahun ikut dia,macam2 saya lihat.Banyak korupsi dalam BN..banyak tangan ghaib..
Betul…1 malaysia(malaya)
Najib didahulukan,Koninya diutamakan… boneka RM….puaka niyang rapik punya pasangan…
Reply
Semuga Tuhan memberi perlindungan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya serta mempercepatkan proses pengambilalihan pemerintahan di Putra Jaya …Amin.
Reply
Kepada En. Pak Tongkol, slogan Pakatan Rakyat pula “Ceramah Maki Hamun Diutamakan, Demontrasi Ganas Didahulukan”, semuanya untuk dapat kuasa, cara salah pula itu. Jangan bertindak keterlaluan, berdosa dan tak patut hingga menyusahkan orang lain. Fikirlah tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Pak Tongkol, dalam Pakatan Rakyat, bukan sekadar tangan ghaib,malahan kaki ghaib, mulut ghaib, mata ghaib dan entah apa-apa ghaib lagi mungkin hidup pun di alam ghaib juga, dalam Pakatan Rakyat. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Noh, anda tinggal di mana sebenarnya semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri? Buat makluman anda masa zaman Tun Mahathir, kos sara hidup rendah, rakyat hidup aman damai, entah apa-apalah sikap kamu ini. Bersyukurlah jika diberi nikmat, tapi ini tidak, nak semua serba serbi percuma, kalau begitu anda buat sendirilah. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. SMY, entah apa-apalah kamu ini, mana ada orang yang garang dan tegas bacul, entah di mana anda belajar perkara ini, mungkin dalam hutan kot? Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. SMY, MCA, MIC dan Gerakan bukan mendengar kata tak tentu hala, tetapi mereka bekerjasam dan berkompromi dengan UMNO untuk kesejahteraan negara dan kaum masing-masing. Bukan macam DAP, perkauman terlampau, tak sedar diri, datuk nenek mereka diberikan kerakyatan oleh kemurahan hati orang Melayu/Bumiputera, tapi pihak DAP, tak tahu malu, minta itu dan ini lagi, tidak seperti MCA, MIC dan Gerakan yang tahu berterima kasih dan bertolak ansur, sikap seperti inilah yang diperlukan, bukan seperti DAP yang tak sedar diri itu. Sekian, terima kasih.
Reply
tak patut Reply:
December 22nd, 2009 at 10:54 pm
bodek enkou,pada zaman jepun.jepun menakluki negara china,maka pelombong2 beramai2 nak balik mempertahankan negarnya .tapi pihak british,tidak tahan dgn pengaliran pertukaran mata wang.kemungkinan akan jatuh matawangnya.maka pihak british membuat tawaran kewarganegaraan agar menabat hati pendatang2.masa tu pun belum wujud umno.cuma yg ko ni masih bermimpi atau blm lahir.toksah dok ko baca btn .klu ko pandai,ko takkan bersongkokol dgn pemikiran sempit umno.ko cubo ke pangkal jln.hrp2 ko akan matang.
Reply
saudara seperti mohamad ni la pencacai najis UMNO laknattullah…. perutnya sudah kenyang dengan rasuah menyababkan hati saudara mohamad ni hitam tak dapat membezakan pemimpin yg baik dan buruk… tula panyakitnya org2 BN terutama UMNO parti malayu petualang negara yang suka membuli bangsa lain…
Reply