03
Dec
09

Lingkaran Kebejatan Yang Tak Kunjung Padam

Saya mengharapkan bulan-bulan terakhir ini, ekonomi negara mencatatkan perkembangan yang baik dan mulai melangkah keluar dari kelembapan serta kemelesetan yang menggugat kesejahteraan rakyat. Apatah lagi bahagian utara dan pantai timur semenanjung dilanda bencana alam yang tidak menentu. Sekiranya ekonomi memberi khabar gembira, sekurang-kurangnya rakyat boleh memulakan tahun 2010 berbekalkan keyakinan baru.

Namun, di sebalik berita muluk-muluk yang sering dimuatkan oleh media arus perdana, hakikatnya kedudukan ekonomi ibarat indah khabar dari rupa. Ekspot berkemungkinan besar merudum sekitar 10.5%, manakala, pengumuman MIER(Malaysian Institute of Economic Research)bahawa sasaran pertumbuhan ekonomi 5% untuk tahun hadapan perlu disemak semula serta negara memerlukan pakej ransangan ketiga yang berjumlah sekitar RM 8 billion tambah merunsingkan. Ini bermakna ketidakseimbangan belanjawan akan membengkak dan hutang negara bertambah.

Tambah merunsingkan, berkemungkinan tiada lagi subsidi gula dari kerajaan, cumanya alasan menteri bahawa ianya untuk memastikan kehidupan yang sihat ternyata tidak meyakinkan ramai orang. Apakah pihak kementerian sedar kesan penarikan subsidi ketika rakyat masih terhimpit akibat perlaksanaan dasar yang tempang, hanya membebankan, terutama kepada pengusaha-pengusaha makanan sederhana dan kecil-kecilan.

Saya kira ini sememangnya berkait rapat dengan kedudukan kewangan negara yang meruncing. Kerajaan sudah tidak berupaya menanggung kos subsidi, yang diakui bukanlah sedikit. Namun sekiranya, jumlah ketirisan yang merugikan negara segera ditangani, saya berpendapat ianya pasti dapat disalurkan kepada rakyat melalui banyak program yang bermanfaat.

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar kes berhubung isu pemecatan saya pada penghujung 98, Peguam Karpal Singh hari ini menegaskan dalam hujahnya bahawa Dr Mahathir telah bertindak tidak mengikut perlembagaan.

Merujuk kepada Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menyatakanYang di-Pertuan Agong adalah kuasa yang berhak untuk membatalkan pelantikan saya dalam Kabinet Malaysia berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa melantik mempunyai hak membatalkan pelantikan.

Seksyen 29 Akta Tafsiran dan Ordinan Klasa Umum 1948 jelas menyatakan mana-mana pihak yang berkuasa untuk melantik ke sesuatu jawatan ia juga termasuk mempunyai kuasa untuk memecat atau membatalkan pelantikan itu. Manakala pendakwa melalui hujah balasnya hanya menggunakan alasan dangkal kononnya isu ini remeh untuk dibicarakan. Alahai.

Justeru itu marilah kita bersama sama berdoa dan berusaha membawa negara ini keluar dari lingkaran kebejatan yang tidak kunjung padam ini.

ANWAR IBRAHIM


25 Responses to “Lingkaran Kebejatan Yang Tak Kunjung Padam”


  1. 1 hazim Dec 4th, 2009 at 1:02 am

    saya inggin berkongsi pandangan dgn DS mengenai isu banjir yg saban tahun melanda tanpa ada solusi yg meyakinkan….ini juga mengundang ketirisan wang utk membaik pulih kemusnahan akibat banjir…..dgn kemajuan teknologi yang ada sekarang kita boleh mengatasi masalah ini drpd berulang2…sbgai contoh spt yg dilakukan oleh negara Belanda….mereka membina rumah yang mampu terapung dipermukaan air apabila tiba musim banjir…saya tidak mengatakan contoh di Belanda itu praktikal dilaksanakan dimalaysia kerana ia melibatkan kos yg lebih besar…tetapi solusi yg diterapkan unsur teknologi dgn kos yang berpatutan harus dijana segera agar kami rakyat malaysia tidak disajikan dgn berita banjir setiap tahun.bencana kadang kala menjadikan kita lebih kreatif..lihat saja negara jepun yg sudah mampu membina rumah kalis gempa..point saya yg kedua mengenai perjuangan DS…saya menyokong penuh perjuangan DS selama ini spt keadilan utk semua,mendemokrasikan negara,dan membebaskan institusi2 negara dari cengkaman penguasa…namun begitu DS juga harus memperjuangkan perkara2 yg berada diluar dari politik spt permasalahan perubahan iklim dunia….saya dapat maklumat bahawa AL GORE rakan lama DS dianugerahkan anugerah Nobel atas sumbangan mengatasi masalah perubahan iklim dunia….beliau juga telah menulis buku berkaitan isu tersebut….DS boleh berkerja sama dgn Al Gore dlm isu ini dan akan membawa manfaat yg besar kepada negara…..teruskan perjuangan DS…

    Reply

  2. 2 4RAKYAT Dec 4th, 2009 at 1:27 am

    a splendid artcile dato seri :-)

    my bahasa is improving just by reading your articles. keep it up dato seri. write write write more in bahasa so the audience is wider (i.e. including malay masses).

    4RAKYAT

    Reply

  3. 3 Zabidie Abas Dec 4th, 2009 at 9:30 am

    Anwar Bakal Melakar Sejarah Ekonomi Selangor
    ( http://amkj.blogspot.com )

    Rasmi sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. Ia bakal menjadikan Selangor makin gawat dengan pelaburan dan rangsangan baru.

    Anwar Ibahrim baru-baru ini telah diistiharkan sebagai Pemimpin Sejagat ke-32 dunia yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namanya langsung tidak tersenarai atau yang popular.

    Dalam sektor ekonomi dunia, Anwar ibrahim juga bukan sahaja terkenal di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Blok barat dan lainnya seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah nama Anwar Ibrahim telah tersohor.

    Pencatat agak janggal mendengar keluhan Tun Mahathir Mohamad bahawa RM1.00 akan bernilai RM1.00 kepada Selangor. Ungkapan berunsur permusuhan poliitik membuatkan mantan Perdana Menteri terpaksa berkata demikian.

    Perlu diingat kepada keyakinan rakyat pada Piliharaya Umum ke-12. Kehadiran Anwar Ibrahim menjadikan Pakatan Rakyat digeruni oleh Barisan Nasional. Ia disebabkan keyakinan rakyat bahawa Anwar mampu mengalas dan memangkinkan ekonomi negara.

    Sehingga hari ini sokongan pemimpin BN kepada Anwar Ibrahim kian mantap dan menyebabkan Najib Razak kian tidak lena tidur. Sehingga terpaksa Najib Razak ‘ minum bersama’ di Lobi Parlimen.

    Pencatat teringat peristiwa bilamana Pemuda UMNO Sekijang berduyun-duyun bersalaman dan mencium tangan Anwar Ibrahim pada Ramadhan lepas. Semasa ceramah di Air Manis, sumber mengatakan puluhan pemimpin UMNO Johor berada disitu.

    Reply

  4. 4 Zabidie Abas Dec 4th, 2009 at 9:31 am

    Anwar Bakal Melakar Sejarah Ekonomi Selangor
    http://amkj.blogspot.com

    Rasmi sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. Ia bakal menjadikan Selangor makin gawat dengan pelaburan dan rangsangan baru.

    Anwar Ibahrim baru-baru ini telah diistiharkan sebagai Pemimpin Sejagat ke-32 dunia yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namanya langsung tidak tersenarai atau yang popular.

    Dalam sektor ekonomi dunia, Anwar ibrahim juga bukan sahaja terkenal di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Blok barat dan lainnya seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah nama Anwar Ibrahim telah tersohor.

    Pencatat agak janggal mendengar keluhan Tun Mahathir Mohamad bahawa RM1.00 akan bernilai RM1.00 kepada Selangor. Ungkapan berunsur permusuhan poliitik membuatkan mantan Perdana Menteri terpaksa berkata demikian.

    Perlu diingat kepada keyakinan rakyat pada Piliharaya Umum ke-12. Kehadiran Anwar Ibrahim menjadikan Pakatan Rakyat digeruni oleh Barisan Nasional. Ia disebabkan keyakinan rakyat bahawa Anwar mampu mengalas dan memangkinkan ekonomi negara.

    Sehingga hari ini sokongan pemimpin BN kepada Anwar Ibrahim kian mantap dan menyebabkan Najib Razak kian tidak lena tidur. Sehingga terpaksa Najib Razak ‘ minum bersama’ di Lobi Parlimen.

    Pencatat teringat peristiwa bilamana Pemuda UMNO Sekijang berduyun-duyun bersalaman dan mencium tangan Anwar Ibrahim pada Ramadhan lepas. Semasa ceramah di Air Manis, sumber mengatakan puluhan pemimpin UMNO Johor berada disitu.

    Reply

  5. 5 Zabidie Abas Dec 4th, 2009 at 9:33 am

    Anwar Bakal Melakar Sejarah Ekonomi Selangor
    http://amkj.blogspot.com

    Rasmi sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. Ia bakal menjadikan Selangor makin gawat dengan pelaburan dan rangsangan baru.

    Anwar Ibahrim baru-baru ini telah diistiharkan sebagai Pemimpin Sejagat ke-32 dunia yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namanya langsung tidak tersenarai atau yang popular.

    Dalam sektor ekonomi dunia, Anwar ibrahim juga bukan sahaja terkenal di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Blok barat dan lainnya seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah nama Anwar Ibrahim telah tersohor.

    Pencatat agak janggal mendengar keluhan Tun Mahathir Mohamad bahawa RM1.00 akan bernilai RM1.00 kepada Selangor. Ungkapan berunsur permusuhan poliitik membuatkan mantan Perdana Menteri terpaksa berkata demikian.

    Perlu diingat kepada keyakinan rakyat pada Piliharaya Umum ke-12. Kehadiran Anwar Ibrahim menjadikan Pakatan Rakyat digeruni oleh Barisan Nasional. Ia disebabkan keyakinan rakyat bahawa Anwar mampu mengalas dan memangkinkan ekonomi negara.

    Sehingga hari ini sokongan pemimpin BN kepada Anwar Ibrahim kian mantap dan menyebabkan Najib Razak kian tidak lena tidur. Sehingga terpaksa Najib Razak ‘ minum bersama’ di Lobi Parlimen.

    Reply

  6. 6 Zabidie Abas Dec 4th, 2009 at 9:33 am

    http://amkj.blogspot.com

    Rasmi sudah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor. Ia bakal menjadikan Selangor makin gawat dengan pelaburan dan rangsangan baru.

    Anwar Ibahrim baru-baru ini telah diistiharkan sebagai Pemimpin Sejagat ke-32 dunia yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak namanya langsung tidak tersenarai atau yang popular.

    Dalam sektor ekonomi dunia, Anwar ibrahim juga bukan sahaja terkenal di Asia Tenggara dan Timur Tengah. Blok barat dan lainnya seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah nama Anwar Ibrahim telah tersohor.

    Pencatat agak janggal mendengar keluhan Tun Mahathir Mohamad bahawa RM1.00 akan bernilai RM1.00 kepada Selangor. Ungkapan berunsur permusuhan poliitik membuatkan mantan Perdana Menteri terpaksa berkata demikian.

    Perlu diingat kepada keyakinan rakyat pada Piliharaya Umum ke-12. Kehadiran Anwar Ibrahim menjadikan Pakatan Rakyat digeruni oleh Barisan Nasional. Ia disebabkan keyakinan rakyat bahawa Anwar mampu mengalas dan memangkinkan ekonomi negara.

    Reply

    pakgah santan Reply:

    Orang yang macam Tun Mahaday tak pandai berniaga yang seringgit jadi seringgit dia tak tahu mengandakan wang sebab itu dia kata seringgit akan bernilai seringgit. jika orang pandai berniaga seringgit akan jadi sejuta. alahai!!! TDM zaman you jadi PM orang gaji puluhan ribu bangkrap kan BMF,Perwaja,Bank Islam (Rugi),FERRY Muhibah (Milik Pernas shiping) rugi kalau aku nak cerita orang yang TDM lantik gaji puluhan dan ratusan ribu kesudahanya rugi dan bankrap berjela jela!!!! TUN bila nak berkata kata tu pandang pandang jangan main sebut aja!!!

    sudahlah TUN ahli UMNO bolehlah you gelembong!! kasi goreng!!

    Rakyat tidak sesekali tidak!!!!

    Reply

  7. 7 copperheadgold Dec 4th, 2009 at 9:39 am

    Dear Sir,
    To built a house for our children to live in the future,the few fudamental pillars for the
    house are
    1.education…there are 400 ipts and only 40 ipta.passing mark for ‘add maths’
    is 20 percent!

    2.social….wahabi vs sunnah wal jemaah?

    3.judiciary…correct correct correct…

    4.police….musa hasan,macc,beng hock

    5.financial security…civil servant is very corrupt!

    6.sports…do e know any of our football players?

    if this is the pillar,would you let your children live in it?

    cheers..

    Reply

  8. 8 pribumisabah Dec 4th, 2009 at 9:55 am

    DSAI

    Perjuangan untuk keadilan perlu diteruskan dengan penuh ikhlas demi rakyat !!!!

    Reply

  9. 9 kulub amrin Dec 4th, 2009 at 10:25 am

    Dikala ekonomi Negara kian menbusung merkah busuk dilihat pembesar UMNO BN masih berbelanja sakan di LIMA09 Langkawi. Saya sama sekali celaru dengan ungkapan TDM yang bermadah berhelah mahukan Negara rantau ini menbuat perjanjian menbatasi pelumbaan SENJATA tapi dalam masa yang sama dia yang pelopori LIMA dan Anaknya Mirzan and the gang menbuat Niaga di sana. Peminpin yang bercakap berputar putar alam ini sudah dimamah zaman. Rakyat mahukan seorang peminpin yang bermutu lagi berjiwa rakyat. Tun setahu kita Negara Jepun yang dihalang oleh UN sejak perang dunia kedua tu pun tidak ketingalan mebangunkan Persenjataan mereka. kalau larangan UN boleh dipandang sepi apa barang perjanjian atau larangan di rantau ini!! . Satu kajian semula keatas Dasar Pertahanan Negara harus dilakukan ini kerana perbelanjaan Pertahanan Negara “tipah tertipu” kalau nak beli kapal MSS atau kapal OPV kenapa harganya terlalu mahal sedangkan harga besi duni jatuh merudum dengan lambakan besi dari russia. kalau setakat meletakan harga kerana teknology setakat teknology kapal MSS atau LST (bukan kapal perang)tak mermelukan teknology yang tinggi. kalau Zahid beli dari “Hanjin havy Ind Korea” untuk Kapal MSS. harap MP Pakatan Rakyat pantau perkara ini supaya harga MSS tersebut bertaraf harga “PATUT” kalau Zahid sama macam TDM putar alam juga say tak tahu nak kata apa lagi!!!!! saya sebagai kumpulan rakyat perihatin dengan kerjasama ULAM BATAR centre akan pantau pembelian MSS untuk TLDM. supaya tidak berlaku pembaziran sebagai mana menbazirnya projet landasan berkembar Rawang -Ipoh.

    Reply

  10. 10 Pak Cik UMNO Dec 4th, 2009 at 10:41 am

    Saya amat kagum diatas ketabahan dan Istiqamah Dato’ Seri dalam perjuangan. Pada Saya Dato’ Seri telah berjaya melalui ujian yang amat getir dalam pelbagai bentuk dan cara. Tidak ada pemimpin lain di Negara ini yang telah melalui dugaan dan ujian yang amat besar seperti yang dilalui oleh YB. Dato’ Seri. Malah dikalangan pemimpin Dunia YB. Dato’ Seri merupa salah seorang yang tergolong dikalangan pemimpin yang yang paling teruji dan tercabar. Didalam Negara kita mungkin Allahyarham Dato’ Haron Idris kerana banyak jasanya pada bangsa dan Negara akhirnya merengkok dalam penjara.

    Saya yakin terdapat ramai manusia waras di Negara ini yang dapat menilai Qualiti seorang pemimpin. Pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada Negara pemimpin yang sanggup dan berani menentang arus kerana mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Hanya terdapat 2 org pemimpin di Negara ini yang berani menungkah arus ia itu Tun Dr Mahadzir dan YB. Dato’ Seri. Tun Dr Mahadzir telah berjaya membawa perubahan dari pembangunan infastruktur tetapi Dr Mahadzir masih gagal membawa perubahan kepada nilai kemanusiaan atau pembangunan manusia.

    Masalah utama yang dihadapi Negara pada masa kini ialah kita kehilangan nilai, Kita kehilangan identiti bangsa, kehilangan budaya, keperibadian dsbnya. Kita telah meletak wang sebagai ukuran. Pada masyarakat ini yang bernilai itu hanya wang menyebabkan berlaku segala gejala yang amat menakutkan… Pemimpin rasuah,rakyat merompak/menyamun/meragut,penagihan dadah, merogol, berzinah, membunuh, menipu, memfitnah, mencaci dan menghina serta berbagai lagi kejadian yang berlaku setiap hari yang tidak lagi merasa janggal. Sehina mana kelakuan sesaorang itu tetapi ia akan digambarkan baik sekiranya ia mempunyai duit untuk melindungi keburukannya.

    Saya yakin BN tidak mampu bertahan lagi sekiranya ia masih bergantung kepada membeli pengundi dengan habuan projek dsbnya. Masyarakat hari ini sedang meneliti dan menilai perubahan yang sedang dilakukan oleh BN/UMNO yang tidak dapat meyakinkan masyarakat akan membawa perubahan pada Negara. Sejauh mana kita berjaya membersihkan UMNO dari rasuah? sudah cukup untuk menjawab semua persoalan tersebut.

    Keyakinan yang ditunjukkan oleh YB. Dato’ Seri untuk memulihkan ekonomi dengan pendekatan asas manusia yang berteraskan perbelanjaan berhemah,berakhlak, berilmu, berdidikasi, ikhlas, rajin, jujur dan taqwa disegenap lapisan masyarakat IsyaAllah ekonomi negara dapat di pulihkan dalam masa yang singkat dan mampu bersaing untuk jangka panjang. Ini terbukti dengan lapuran ketua odit Negara Kelantan dan Kedah walaupun Negeri miskin mampuan menunjukkan prestasi yang membanggakan.

    Reply

  11. 11 Sue Dec 4th, 2009 at 10:46 am

    Salam DSAI,

    Dendam kesumat terhadap DS masih lagi membengkak dalam hati perut UBN. Isu-isu yang penting tidak diutamakan dalam negara isu-isu remeh seperti kes DS (Sodomy 2)diberikan prioriti. Rakyat dah muak dengan drama-drama pembikinan UBN yang dilakukan untuk melindungi kepincangan-kepincangan yang tak sudah2.. paling sakit hati perkara rasuah yang menelan berbilion2 ringgit yang memberi kesan langsung pada rakyat secara sedar atau tak sedar.

    Permasalahan ekonomi, kelas menengah seperti saya merasai pahit maungnya. Setiap hari bergelut untuk bajetkan wang dengan kos kehidupan yang tinggi dan mengikuti polisi-polisi yang tak menentu oleh Kerajaan BN.

    Harap DSAI berasa cekal dan yakin bahawa saya sekeluarga sebagai rakyat marhaen akan sentiasa menyokong perjuangan DSAI.

    Reply

  12. 12 ulam batar Dec 4th, 2009 at 10:47 am

    Cadangan memansuhkan subsidi harga gula ada baik ada buruknya baik Rakyat tak kena potong kaki elak tempang sebagai mana ketempangan UMNO memerintah. kedua buruknya meburukkan lagi kos sara hidup kepada rakyat tempatan serta rakyat asing (perkerja asing) dan PATI. lumrahnya UMNO akan menbuat perbandingan harga dengan Negara luar sebagai menberi tahu bahawa UMNO masih waras dalam perancangan.

    Sikap menbandingkan dengan jiran tertanga tentang kemewahan rumah sendiri ini adalah tidak punya sikap semagat kejiranan serantau ini seolah olah menceritakan keburukan jiran kepada anak bini kita!!. adakah ini tauladan terbaik pada 2009 apa ini harus di beri “lima bintang” kepada UMNO!!

    Pada saya Isu Penyakit tidak harus di salahkan kepada gula!! UMNO harus megadakan “pendidikan kepada Rakyat melalui Kemterian kesihatan” tentang bahaya pengambilan gula bukan dengan menaikan harga gula dengan mematikan subsidi Gula?? kalau dak kaki gula mahan macam mana pun depa beli sama juga dengan kes Rokok mahal macam mana pun Rakyat tetap beli juga walau pun letak gambar penyakit pada kotak rokok kalau letak gambar potong kaki pada pembungkus gula pun sama. ini bukan soal harga tertapi soal didikan dan pencegahan sama juga dengan dadah mahal macam mana pun penagih tetap cari. jangan kerana gula “semut dan rakyat” kelaparan. mati semut kerana gula , mati rakyat kerana UMNO.

    Solusinya dari pandangan saya mendidik dan pencegahan bukan menaikan harga harap pembesar UMNO pergi masuk tadika atau belajar ABC semula. kalau tak tahu biar aku jadi Menteri. inilah bila UMNO dah perintah lebih 50 tahun partinya dan nyayok sebelum usia.

    pandangan ini tiada kena megena dengan semut dan teh tarik mahu pun yang mati kerana kencing manis atau yang hidup kerana kaya jadi toukeh gula (kouk group dan keroni UMNO segan nak sebut nama) . salam buat semua.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Saya segan nak sebuat nama keroni yang satu ni bukan apa dia adalah sedikit buat kerja sosial Masjid bukhari dijalan hang tuan,yayasan bukhari,Nasi Beryani Bukhari percuma bila buata sumbangan!! boleh dikatakan semuanya Bukhari!! tapi taklah sampai macam Iman Bukhari. walau apa pun terima kasih daun keladi!!

    pada saya yang dilihat ada kebaikan untuk rakyat dan sangup berkongsi kekayaan dengan rakyat secara terus saya sedia menberi “penarafan” dari Ulam batar centre. bermula pada 2010 Ulam batar centre akan menbuata penarafan kepada semua keroni UMNO dalam TOP10 terkaya di malaysia. kajian ini akan dilakukan demi menambah baik pemikiran rakyat. sesiapa keroni yang nak dapat penarafan terbaik mengunakan sukatan “metrokarsi” perlulah salurkan kekayaan tuan kepada rakyat terbanyak tertapi jika disalurkan pada UMNO BN tuan akan di pelantingkan dari list.

    Reply

  13. 13 lang suyo Dec 4th, 2009 at 8:11 pm

    rangsangan demi ransangan di lakukan oleh UMNO BN wang negara dilangsaikan untuk merangsang ekonomi Negara tertapi pacuan ekonomi kian lemah. untuk merangsang ekonomi bukan dengan cara rangsangan rangsangan diumpamakan mencampakkan “garam kelaut” laut tetap masin , oleh itu UMNO BN harus duduk semeja dengan semua pihak termasuk Pakatan Rakyat untuk memikirkan satu tempo baru dalam menagani isu ekonomi negara bukan dengan cara sendirian untuk menagkis bebanan ini. UMNO bertindak seolah oleh dialah “kudarat dan iradat” . oleh kerana UMNO BN bersikap memetingkan kebesaran yang mendada. hingga melupakan bahawa Negara ini milik rakyat, dikala susana getir UMNO BN dilihat masih berpatah arang untuk menagani secara solo. Rakyat hanya harus mendegar dan memandang serta patuh, NGO pula harus lihat dan tenung, PR hanya debat diparliment dan di siasat oleh SPRM apakah ini satu corak yang harus juntakan. apakah ini satu tamudun dikala kita berada dizaman cyber??. rangsangan yang dipinta buat kali ketiga boleh lah disamakan dengan “terbangnya kelip kelip di tegah hari rembang” umpama tiada makna!!

    Tiada sebarang Rapat umun atau pungutan suara untuk mendegar pandangan rakyat dalam memulihkan ekonomi Negara. nanpaknya seolah seolah hanya UMNO sahaja bagaikan dewa sakti di bumi malaya ini. kita lihat perkembangan seterusnya jika Negara kelembah ekonomi yang parah kita tunding jari pada UMNO.

    Reply

  14. 14 PP Boy Dec 4th, 2009 at 11:45 pm

    Kedegilan UMNO akan membawa padah pada rakyat nanti ekonomi dah kucarkacir dibuat si uban 11,dulu sibantut jaga ok jua,tapi ditukar di pej PM, kalau tak pandai jaga economi tak payah jadi menteri kewangan cari org yg lebih cerdikpandai setakat mcm dia saya pun pandai jadi menteri kewangan berijazahlagini,terlalu banyak putarbelit rakyat pasti kata ambil saja kau semua….keparahan ekonomi negara akan mengundang kesiksaan tax lagi pada rakyat hanya seMalaysia…….

    Reply

  15. 15 PP Boy Dec 4th, 2009 at 11:45 pm

    Kedegilan UMNO akan membawa padah pada rakyat nanti ekonomi dah kucarkacir dibuat si uban 11,dulu sibantut jaga ok jua,tapi ditukar di pej PM, kalau tak pandai jaga economi tak payah jadi menteri kewangan cari org yg lebih cerdikpandai setakat mcm dia saya pun pandai jadi menteri kewangan berijazahlagini,terlalu banyak putarbelit rakyat pasti kata ambil saja kau semua….keparahan ekonomi negara akan mengundang kesiksaan tax lagi pada rakyat hanya seMalaysia………

    Reply

  16. 16 PP Boy Dec 4th, 2009 at 11:45 pm

    Kedegilan UMNO akan membawa padah pada rakyat nanti ekonomi dah kucarkacir dibuat si uban 11,dulu sibantut jaga ok jua,tapi ditukar di pej PM, kalau tak pandai jaga economi tak payah jadi menteri kewangan cari org yg lebih cerdikpandai setakat mcm dia saya pun pandai jadi menteri kewangan berijazahlagini,terlalu banyak putarbelit rakyat pasti kata ambil saja kau semua….keparahan ekonomi negara akan mengundang kesiksaan tax lagi pada rakyat hanya seMalaysia………renung2.

    Reply

  17. 17 wan simunjan Dec 5th, 2009 at 1:29 am

    SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN.

    SEKITAR TAHUN 2007/ 08 TUKARAN RM1 = 3200 RUPIAH INDONESIA.
    PENGHUJUNG 08 SUSUT KEPADA 3000 RUPIAH. SEKARANG NI PENGHUJUNG 09, TUKARAN RM1= 2700 RUPIAH.

    PADA PENDAPAT SAYA TERDAPAT 2 KEMUNGKINAN PERKARA INI BERLAKU :

    1. PENINGKATAN EKONOMI INDONESIA YANG SAMA2 TERLIBAT DALAM KRISIS EKONOMI DUNIA
    2. EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN MERUNDUM…….TERUK

    YANG HERAN KENAPA PEMIMPIN BN KATA EKONOMI KITA SEMAKIN PULIH ? SAMPAI BILA PEMIMPIN BN NI NAK MENIPU RAKYAT ?

    Reply

  18. 18 Ismail Farihin Dec 5th, 2009 at 11:04 pm

    Salam DSAI..

    Harapan dan doa saya agar YB DSAI akan memenangi kes mahkamah ini dengan bantuan Allah serta kehebatan YB Karpal Singh sebagai peguam DSAI.Kes ini melibatkan artikel Perlembagaan dan sebagai rakyat Malaysia setiap orang mempunyai hak dan keistimewaan yang diberi perlindungan oleh Perlembagaan.Apa yang terjadi kini ialah perlaksanaan kuasa YDPA dilaksanakan oleh kuasa kuasa pentadbir lain yang mentafsirkan Perlembagaan mengikut kehendak mereka sendiri tanpa berlandaskan prinsip keadilan sejagat.Kalau artikel Perlembagaan boleh dikotak katikkan oleh pihak pihak yang mempunyai kepentingan melampaui batasan perundangan dan keadilan,apakah kesudahannya akan berlaku nanti?Keluhuran Perlembagaan itu sendiri akan musnah dan hancur.Keselamatan rakyat tidak lagi terjamin oleh Perlembagaan Negara yang kita dokong selama ini.Semoga Allah akan memberi pertolonganNYA dan para Hakim yang mendengar perbicaraan ini akan diberi taufik dan hidayahNYA untuk menegakkan keadilan dan kebenaran..

    Amin….YaRabbalalamin.

    Reply

  19. 19 tebuan madu Dec 7th, 2009 at 5:32 pm

    RONGGO WARSITO seorang tokoh yang sering disebut oleh DS mempunyai pandangan umum semasa yang berkait rapat dengan lingkaran kebejatan yang tak kunjung padam. yang dimaksukdan oleh pujangga jowo itu adalah ZAMAN INI ZAMAN EDAN. sebagai anak jawa saya faham apa yang dimaksudkan ZAMAN EDAN. edan istilah jawa bermaksud GILA. dalam bahasa jawa ada istilah lain yang serupa digunakan seperti GENDENG, GEMBLONG atau MENGONG.

    di MALAYSIA situasi zaman edan itu nyata seolah-olah perkara biasa. umpamanya seperti penyalah gunaan undang-undang oleh pengamal undang-undang yg benar dikata salah yang salah dipertahankan. keadilan tidak kepada kebenaran dan kebenaran dianggap batil.

    saya masih ingat semasa saya sekolah rendah selepas 13 may 1969. RUKUN NEGARA dijadikan tonggak untuk perpaduan umah di malaysia.
    tetapi nyata 5 rukun itu seolah-olah tidak memberi motivasi positif dikalangan pengamal ZAMAN EDAN.

    contoh institusi kehakiman, SPRM, PDRM DAN LAIN-LAIN

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN tidak melandasi keputusan dalam penghakiman. mereka fikir tuhan tidak melihat mereka, apabila membuat keputusan yang tidak memihak kebenaran. correk, correk, correk……

    nyawa tidak berharga, muruah bukan keutamaan, kebenaran dianggap batil dan kebatilan dipertahankan. yang mulia dicaci yang bangsat dijulang dan diagong-agongkan.

    ITULAH ZAMAN EDAN….

    Reply

    Rakyat Berdaulat Reply:

    Saudara/saudari yang seagama dan sebangsa, Islam dan Melayu,

    Tidak dapat dinafikan lagi zaman ini, adalah zaman gila dan rasuah.. semua orang jadi gila kuasa dan dirasuah sana sini..polis dirasuah, hakim dan peguam negara dirasuah, SPRM dirasuah, jabatan agama dirasuah, jabatan jabatan kerajaan dirasuah…semua rasuah..rasuah..rasuah sana sini..kiri kanan rasuah…oh rasuah oh rasuah..pegawai pegawai kerajaan dirasuah untuk mendapatkan projek rasuah…untuk dapatkan lisen rasuah…untuk dapatkan menang main bola pun rasuah, untuk dapatkan kemenangan dimahkamah rasuah..untuk dapatkan AP rasuah..untuk dapatkan kemenangan pilihan raya rasuah…untuk bunuh orang pun rasuah..untuk jatuhkan orang rasuah..rasuah tak boleh lagi dikawal dan dihapuskan…YA ALLAH HAPUSKANLAH RASUAH DAN ZAMAN GILA INI…BERILAH KEBAIKAN DAN KEMENANGAN KEPADA UMAT ISLAM YANG BERSIH TANPA RASUAH DAN GILA KUASA…AMIN..AMIN..AMIN YA RABBULLALAMIN.

    Reply

  20. 20 Mohamad Dec 17th, 2009 at 4:31 pm

    Kepada Pak Ngah Santan, kalau Tun Mahathir tak tahu pasal perniagaan, macam mana beliau dapat majukan ekonomi negara dengan begitu pantas dalam tempoh 22 tahun, ada Proton, Jambatan Pulau Pinang, Perodua, Modenas, penguasaan kerajaan terhadap Guthrie yang sebelum ini milik British, Putrajaya, Litar Sepang, Multimedia Super Corridor, KLIA, DRB-Hicom, dan macam-macam pembangunan dan perindustrian sepanjang beliau menjadi perdana menteri. Beliau meskipun bukan ahli perniagaan, tetapi beliau belajar dari ahli perniagaan berkenaan selok belok perniagaan dan ekonomi untuk kepentingan rakyat dan negara. Pak Ngah Santan yang pandai ini buat apa sekarang ini, ada syarikat kapal terbangkah? atau syarikat teknologi tinggi yang berkembang di seluruh dunia? Tak payahlah nak hina orang keterlaluan, lebih-lebih lagi orang yang kita hina itu lebih baik dari kita, kita hanya memalukan diri kita sendiri sahaja. Tun Mahathir telah mengharungi dua kali kemelesetan ekonomi pada tahun 1980an dan 1990an dan ianya berjaya diharungi dengan berkesan dengan usaha gigih dan kerjasama dengan semua pihak samada dari orang awam, swastan dan kerajaan. Tun Mahathir tak pula mendabik dada dan merendah-rendahkan orang lain. Anda perlu berusaha untuk memajukan diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara anda, bukannya sekadar seronok sendiri sahaja, contohi sikap Tun Mahathir yang selalu tenang, bersabar dan tekun dalam kerja. Sekian, terima kasih.

    Reply

  21. 21 Mohamad Dec 17th, 2009 at 4:41 pm

    Iyalah itu En. Rakyat Berdaulat, zaman ini zaman gila dan zaman rasuah, saya nak tanya anda, anda pernah terlibat rasuah tak? Kalau anda sendiri pernah buat, tak payahlah nak hina orang, perbaiki diri dahulu, kemudian perbaiki orang lain pula, jangan mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang terlebih. Saya terkejut juga bila mendengar cerita anda ini, sampai tahap begitu sekali rasuah, memang saya akui ada kerana terdapat orang-orang tamak di dunia ini termasuk di jabatan kerajaan, tapi tidaklah seburuk yang anda sangka itu, seolah-oleh kita dikelilingi oleh perasuah dan penerima rasuah sampai nak kahwin pun takut, tok kadi pun terlibat rasuah, nak sembahyang jemaah pun takut sebab imam penerima dan pemberi rasuah. Anda jangan keterlaluan sangat menuduh orang, ramai orang yang tak terlibat rasuah tetapi dituduh rasuah, terutama sekali pegawai kerajaan, mereka diperangkap dengan letak duit dalam keretalah, itulah, inilah, tetapi bila perbicaraan, si penuduh itu yang berniat jahat sebenarnya untuk kenakan pegawai kerajaan berkenaan kerana tak mahu terima rasuahnya sebelum ini berkaitan projek itu dan ini. Anda ini saya lihat terlalu idealis, terlalu berfantasi yang bukan-bukan lebih bila diapi-apikan oleh Pakatan Rakyat kesayangan anda itu. Telitilah tulisan saya ini sejujurnya, sekian, terima kasih.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Lingkaran Kebejatan Yang Tak Kunjung Padam at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 4th, 2009 at 12:53 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031