03
Dec
09

Cerita Di Sebalik Tabir BTN

Dari Malaysia Kini

Oleh Hazlan Zakaria

‘Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika’.

Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.

Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu.

“Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik,” tambahnya.

Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu.

Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.

Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.

Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya.

“Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?… Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu,” katanya.

Sambil menyifatkannya sebagai “amat berat sebelah”, Chin berkata: “Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air.”

Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan.

“Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu),” katanya.

Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN ‘mewakili’ negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya.

Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN.

“Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka.

“Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang,” katanya.

Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.

Semalam, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai ‘bekas peserta kursus BTN’ mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk menyatakan pandangan mereka.

Ketuanya, Ahmad Shafei berkata mereka berasakan ia menjadi tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan pandangan berat sebelah terhadap kursus BTN.

Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini.


19 Responses to “Cerita Di Sebalik Tabir BTN”


  1. 1 putra Dec 3rd, 2009 at 1:49 pm

    Not surprising lah. BTN instructors are themselves being indoctrinated by Umno. Most are askhar pencen whilst the rest are all in Division 2 -Support grp officers. Their mentality macam Mahathir jugak and other Umno members. Apa nak heran sangat.

    No need to ban BTN. Just tell officers. Go there for Holiday only. You can listen to the instructors’ ramblings BUT never believe them.

    Reply

  2. 2 Fairdinkum Dec 3rd, 2009 at 2:17 pm

    Fairdinkum ,
    the nazi propaganda machine is what btn is believed to be and very soon
    all the attendees who have passed out from btn have to carry a little
    Red Book like in times of Mao’s. Malaysia Bolih !!!!!!!!!

    Reply

    tok kedehud Reply:

    Dalam perang dunia Pertama dan kedua tiada sisten sebagai mana yang diamalkan ala BTN apa yang pelik dunia sudah aman sistem perang saraf BTM pula yang diguna pakai. Nazi tak guna ala BTN tapi UMNO guna BTN. Mou zi tung perintah negara separuh benua asia pun tak guna ala BTN. kita negara sekang kera guna perang saraf. perperangan yang menbunuh minda ini sama zalim nya dengan perang berdarah ini kerana ada yang meraung dengan ceramah!! macam kena tambak he!! he!! kayu betul yang menagis dan meraung tu!! bapak dan mak dia mati pun dia tak nagis begitu!! nanpaknya para perserta ni lebih sayangkan dunia dari mak bapak!!

    Reply

  3. 3 baha Dec 3rd, 2009 at 3:15 pm

    Tahun lepas anak perempuan saya dapat masuk ke UITM Dungun. Dia sungguh seronok pada hari pertama & kedua. Pada hari ketiga dia call nak balik. Tak nak belajar disitu. Dah le teruk kena buli oleh senior, dia kena attend seminar BTN pulak. Dia naik menyampah sebab pelatih asyik kutuk DSAI. Dia bukan sokong sesiapa tapi terkejut & tak faham mengapa mereka perlu buat macam tu pada budak2 baru nak belajar, bukan nak berpolitik. Kalau nak suruh berpolitik pun, biarlah fair sikit. Bukan hentam sebelah aja. Budak2 sekarang bukannya bodoh sangat nak di brain-washed macam tu, kecuali yg sokong UMNO/BN membabi buta. Tahniah PR kerana berjaya memaksa BN menukar kursus BTN. Harap boleh memperkasakan rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, agama & fahaman masing2 ke arah Malaysia Baru. Itulah Harapan kami!

    Reply

  4. 4 memangtakpandai Dec 3rd, 2009 at 6:56 pm

    Kalau gambai DSAI dgn orang amerika dikatakan pengkhianat. Gambar Mahathir and Najib dengan Presiden Amerika tu apa? …lain kali tukar nama BTN tu kepada nama Biro Tukar Najib baru sesuaii.

    Reply

    kung fu panda Reply:

    kalau Anwar dengan US dikata Khianat,, tapi kalau Najib dan TDM bergambar dengan Presiden US di kata Khidmat! itulah UTUSAN MELOYA !!

    “henti beli Akhbar demi selamatkan dunia” tahukah kita pemanasan global kerana pokok ditebang untuk dapatkan kertas untuk buat surat khabar. kecairan kutub selatan kerana Utusan meloya!!

    Reply

  5. 5 Apollo 2020 Dec 3rd, 2009 at 7:05 pm

    BTN- Barisan Tolol Nasional. Sesuai dengan nama singkatannya, BTN dikawalselia para tolol-tolol BN yg malas membaca dan malas berfikir. Tolol-tolol ni kalau bg sebungkus gula 1 kg pun sanggup cium punggung tuan mereka. Apa la lu org dlm BTN, otak tak internasional langsung. Kalau otak mcm ni, sesuai tinggal di negara-negara miskin.

    Reply

  6. 6 hanisma Dec 3rd, 2009 at 9:10 pm

    Sekiranya BTN yang dipelopori oleh kerajaan BN diteruskan, maka akan wujudlah kumpulan-kumpulan militan yang akan taksub dengan rentak pemerintahan cara Umno yang telah mula kehilangan pengaruhnya. Kita tidak mahu timbulnya pemikiran ‘ala-Taliban’ menusuk di dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sekarang yang maha akan mengheret negara ini ke lembah kehancuran. Oleh itu, BTN perlu dihapuskan dengan segera, bukan diubah-suai sekalipun! Sekiranya diubah-suai juga, ia masih memihak kepada agenda-agenda dan ideologi-ideologi regim Umno! Let’s send BTN to Hell!

    Reply

  7. 7 rosli Dec 3rd, 2009 at 10:10 pm

    Salam,
    Pengalamn saya di Btn tahun 2001 di kem jugra.
    Saya pergi bersama abg2 dan pakcik2 polis dan juga org kerajaan (tajaan JPA)
    Masa penceramah bercakap, memang ada dia mengutuk pembangkang, katanya kerajaan sekarang bagus,
    pandai mengurus ekonomi, yg membanggakan, abg2 dan pakcik2 polis ni melentinglah, semua yg penceramah tu cakap, depa pintas, depa lawan balik, siap bagi hujah2 mengatakan kerajaan malaysia sangat korup. Terasa bangga, sebb bukan semua polis malaysia tak baik. Akhirnya, penceramah tu tak dpt habiskan ceramah, dan pulang awal.
    Seronok betul, pegi BTN macam pegi holiday.

    Tak sabar rasanya berada di bawah pemerintahan Tuan Guru dan DSAI.

    Reply

  8. 8 Erizawa Dec 4th, 2009 at 2:31 pm

    Saya ex-student UiTM di semenanjung ni. Saya menghadiri BTN dalam pada tahun 2004. Yang sebenarnya BTN ni xde mende pun. Macam si Putra cakap, pegi dengar je la..budak2 UiTM ni kalu x pegi BTN ni, for sure tak dapat kolej semester depan…UiTM ni sebenarnya pengampu BN, tambah2 si Ibrahim Abu Shah 2..isi kandungan BTN ni macam biasalah, yang best semua BN & yang x best semua pembangkang…tapi sekarang saya dah join gomen, pun kena pegi BTN jugak!!!adoi, memang membazir duit rakyat..tp yang bestnya, kebanyakan orang2 gomen semua PR punya side..pegi BTN pun macam xde mende dah bg kami…so,hope DSAI will lead Malaysia towards new Malaysia not 1Malaysia…

    Reply

    bn gile kuase Reply:

    encik ade email tak?

    Reply

  9. 9 Al-Ayyubi Dec 4th, 2009 at 5:08 pm

    Salam

    Saya pun nak kongsilah tentang pengalaman join BTN. Memang diakui memang diwujudkan untuk membentuk jatidiri, citradiri dan akalbudi setiap warga Malaysia. Sebab tu tak pelik pada era akhir 1980an – lewat 1990-an BTN antara program yang memberikan impak besar kepada pembinaan diri pesertanya. Ditambahkan dengan penerapan nilai-nilai murni dan sebagainya. Sebab tu tak pelik DSAI, Datuk Hassan Ali dan ramai lagi pendokong PR hari ni suatu ketika antara pendokong kuat BTN

    Malangnya, selepas 1998, semuanya berubah sama sekali. Betullah apabila sesuatau amanah berada pada tangan2 yang bukan ahlinya, maka….akan berlakulah keburukan dan kerosakan…

    Ok, saya dah ikut BTN 3x… 1 x waktu belajar dan 2x dalam belia. sebab saya ikut lepas 1998 saya menjadi antara peserta yang malang coz doktrin yang disemai sangat tidak sesuai.

    Program 5 hari 4 malam

    Kami mula-mula dimaklumkan program untuk pimpinan belia negeri.

    Tapi yang datang semuanya pelajar sekolah yang datang pun ponteng

    Tapi doktrin yang disemai sangat menjijikkan….Bukan setakat perkauman malah ajak buat dosa & maksiat… Walaupun nak ambil hati peserta yang rata-ratanya belia tidak berkerja dan ada setengah2nya terlibat dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, tapi sangat mengaibkan dan menjijikkan.

    Banyaklah lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku …

    Tapi saya tak mahu blame BTN. Yang tak betul orang yang kendalikan….

    Baguslah kalau PR nak aturkan BTN sendiri. Biar masyarakat nilai mana yang terbaik. Zaman sekarang ni, untuk lawan kita bagi alternatif je

    Reply

  10. 10 JAMAL Dec 6th, 2009 at 8:21 am

    Salam

    Frankly speaking, mmg BTN program bertujuan untuk serapkan mind-set semua pesertanya supaya pro BN. tahun 2007, I went to BTN program in UITM SHAH ALAM. BTN in UitM Shah Alam sekadar program ceramah saja, dan tk perlu tinggal di dalam hutan atau di tepi laut, and it is compulsary. for those yg tk dtg, tkleh grad , tk dpt kolej and sbgainya.

    To make it short, the whole (or almost ) ceramah2 ialah mengenai kebaikan, kehebatan kerajaan malaysia, pemimpin2 nya and all that. PLEASE, we r not stupid, if we r, we wont be in IPT. kunun2nya nk serapkan semangat patriotisma, tp ceramah BTN is nothing but ceramah ‘Mari Sokong dan Undi BN’. Buang masa pelajar2 dan sangat menjengkelkan.

    UITM, please la stop jadi tukang ampu.
    *feels like its better for to commit suicide than attending BTN..duhh..*

    Reply

  11. 11 kotai Dec 6th, 2009 at 10:56 am

    Setuju!!! Apa niat kerajaan mewajibkan kursus BTN kepada pelajar IPTA?? Kami semua ada otak nak fikir mana baik dan mana buruk. jgn buat kami smua mcm korg yg ada otak xmao guna, sokong bnda yg dah nyata salah, memburukkan diri sendiri… Kita sokong kerajaan tp PTPTN tetap mkn riba, smpai tua pn xabis nak bayar, klau terus sokong BN makin besar perut deorg… PRU seterusnya, semua mahasiswa pakat tolak BN!

    Reply

  12. 12 noh Dec 6th, 2009 at 11:22 am

    SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL – MENYERLAHKAN KEBEJATAN UMNO YANG DIHASILKAN OLEH MAHATHIR.

    Reply

  13. 13 Sedara Mamat yang Tak Sokong Mamat Dec 8th, 2009 at 11:27 am

    mana Mohamad si bodoh tak berani komen ke kat sini? Ekau dah pergi BTN belum? Pergi la sekali tengok takpun dah merasa la tu sebab tu tak berani komen…Nazri aziz yang bebal tu pun ada jugak rasa najk bubarkan pogram pengkhianat ni.

    Cepat mamat, tulis la komen panjang ala pengampu kau tu. Tak sabau eden nak baca ni.

    Reply

  14. 14 Mohamad Dec 11th, 2009 at 6:33 pm

    Oklah En. Sedara Mamat yang Tak Sokong Mamat, untuk memuaskan hati anda anda, saya akan tulis komen saya di sini, semoga anda berfikiran rasional membacanya. Saya memang tak setuju dengan komen-komen peminat setia Pakatan Rakyat yang suka menghentam sesuatu membuat tuli, anda perlu menilai sesuatu secara menyeluruh barulah membuat kesimpulan. Kursus BTN bertujuan untuk menyemai sikap sayangkan negara, bukannya kursus untuk menjahanamkan negara. Lihatlah sudah berapa lama kursus BTN diadakan, tak ada lagi kejadian perkauman di Malaysia. Ada anda lihat orang melayu lepas keluar BTN terus parang kepala orang cina dan india sesuka hati? Tak ada lagikan? Jadi jangan mengarut tak tentu pasal dan melalak terlolong sesuka hati bila mendapat komen-komen dari pihak yang kononnya telah pergi kursus BTN, tetapi penuh sikap curiga sampai sesi LDK (latihan dalam kumpulan) pun dituduh perkauman, apa ini? Kalau ada unsur-unsur yang tidak elok ia bukan bertujuan untuk merosakkan pemikiran peserta, tetapi untuk peserta berfikir tentang perpaduan dan juga supaya saudara tidak berkelakuan secara perkauman, sesi motivasi memang begini, kita kena tarik perhatian peserta supaya berfikir. Jadi tak perlulah anda merapu yang bukan-bukan, lebih baik anda belajar cara berfikir dengan betul, sekian, terima kasih.

    Reply

    ape bende la mohamad ni.. Reply:

    nak je aku l*mp**g mohamad poyo ni..ckp mcm bagus..ntah pernah pi ke tak btn tu..klu tak pernah, takyah ckp la wei…sume yg pi btn tau la bnyk agenda politik & sifat perkauman dlm btn ni..yg tak stuju tu, jenis org yg bnyk tido ms ceramah ngn LDK je tu..poyo la ko ni mohamad poyo..

    Reply

  15. 15 pro racer Dec 22nd, 2009 at 10:49 pm

    saya mmg tak pernah pg kursus BTN pun sbb study oversea. Bukan setakat campur pelbagai kaum tapi pelbagai bangsa juga, tak pernah ada masalah pun tak payah pergi kursus pun tak apa. Yang penting saya dpt pergi oversea sebab ada MARA. Wujudnya MARA sbb ada DEB dan wujudnya DEB hasil buah fikiran Mahathir. Yang dok di Uitm pun pikior2 samalah. Saya tidak menyokong mana2 parti politik sebab saya tak pernah taksub dengan mana2 pemimpin. The basic rule here is (ikut hukum syariah la) kalau yang bertanding itu ada islam dan non-islam maka WAJIB pangkah yang beragama islam. Biasanya kalau nak bagi ada check and balance agak2lah nak pangkah tu kalau dua2 bukan Ialam. Tapi saya tak akan pangkah DAP sbb terang2 pro non-malays and PKR mmg tak boleh control depa ni.Anyway saya mmg tak suka dengan Anwar Ibrahim sbb masa dipenjara dulu konon2nya sakit belakang pi imigresen pun pakai wheelchair, tapi ptg tu elok je dia main basketball dengan inmates. Husband I pun (pro-pembangkang) yg kebetulan kepenjara sg. Buluh menguruskan satu kes nampak dia sihat walafiat dalam bilik yang dikhaskan sedang menjamu selera kuih-muih yang dibawa oleh pelawatnya yang tersayang.Fikir2kan la. Dulu I sokong jg dia, tp dah tau cite sebenarnya tak jadi la. Tp saya setuju la BTN tu digubal semula tak pun dihapuskan, ganti dengan program2 kerohanian lg bagus. Jimat duit rakyat. kalau nk pakai duit rakyat biarlah berbaloi.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031