02
Dec
09

What Is Liwat Without Penetration?!

Dari PerakExpress
Oleh: M3M

Institusi Kehakiman kita sejak lebih 20 tahun yang lalu, hancur dan berterabur. Ini semua adalah gara-gara tangan durjana pemerintah UMNO/BN sejak Mahadhir mula menerajuinya. In fact, ia menjadi seperti badut yang ditertawakan oleh dunia.

Individu-individu yang terlibat secara langsung dalam sistem kehakiman kita, yang dipertanggungjawabkan untuk memberi keadilan kepada semua, telah terpalit dengan skandal-skandal yang memalukan. Baik para hakimnya…. Peguam Negara serta teamnya…. para peguam yang BN-friendlynya…. semuanya sudah tidak boleh dipercayai. Hancur lebur kredibiliti dan integriti mereka.

Pengendalian dan perjalanan perbicaraan….. pendakwaan serta pertuduhan, malah cara penyiasatan dijalankan sangat pincang dan begitu selective dan berat sebelah. Ia kelihatan memihak kepada kepentingan pihak pemerintah dan suku sakat mereka. Obvious sangat…

Lihat saja kes Mata Lebam Anwar… kes liwat Anwar… kes salah guna kuasa Anwar… kes rasuah Anwar… kes pembunuhan Norita Shamsudin… kes pembunuhan Altantunya… kes korek-korek pita Lingam… kes rampasan kuasa kerajaan Perak, semuanya menimbulkan tanda tanya yang amat besar, menimbulkan keraguan serta dipertikaikan.

Why??? Sebab… Mahkamah Malaysia sudah jadi mahkamah rimba!! Mahkamah kangaroo!!! Ia menjadi pentas, tempat badut-badut beraksi. Lakonan mereka sungguh lucu dan menggelikan hati sesiapa saja yang menontonnya. Dan… aksi-aksi mereka, kekadang melambau dan keji sekali. Ya… lawak dengan aksi-aksi yang terover, membuatkan orang rasa muak, meluat dan benci!!

Yang terkini adalah… penolakan mahkamah terhadap satu lagi kes liwat Anwar, yang melibatkan seorang lagi pelakon baru ciptaan Satu Malaysia…. si Sayfool The Coffee Boy!!

Siasatan berserta bukti sahih, menunjukkan no entry pada ‘belakang’ si Sayfool. Bukan hearsay tapi medical proof… medical findings… from dua reliable sumber, credible doctors from Hospital PUSRAWI dan HKL. Kedua-dua sumber menyatakan dengan jelas dan tegas, tidak ada tanda-tanda whatsoever, yang menunjukkan ada penetration pada dubur si Sayfool. Maknya…. si Sayfool tidak diliwat. Tapi… apa mahkamah Malaysia kata??

Apa ke giler nya budak sekor ni??? Mengaku diri diliwat tapi doktor sahkan tidak ada apa-apa yang masyuukkk!!! Mengadu sana… mengadu sini. Last-last, Pejabat Peguam Negara kesian dekat dia… dan kata ada kes.

Polis pun siasat itu… siasat ini, siasat orang tu… siasat orang ni, ambil itu…ambil ini, doktor pun ambil itu…. ambil ini, periksa orang tu… periksa orang nidan akhirnya keluarkan laporan yang menidakkan apa yang didakwa oleh si Sayfool. Tapi… apa kata mahkamah Malaysia??

Itu yang pelik bin ajaibnya…. Jabatan Peguam Negara dan mahkamah masih berkeras dan berdegil hendak meneruskan kes ini. Tak ke lawak namanya???

Satu lagi lawak maut ialah…. keengganan Mahkamah memberikan bahan bukti pertuduhan yang secukupnya kepada barisan peguam Anwar untuk membuat persediaan bagi membela diri. Apakah Anwar akan diperlakukan macam tahun 1998 dahulu, dalam kes mata lebamnya?? Tangan diikat… mata ditutup dan dibelasah separuh mati. Nampak gayanya… dalam kes ini, ‘tangan’ Anwar masih diikat di belakang dan ‘mata’nya masih ditutup. Siapa pulak punya angkara kali ini?? Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah Satu Malaysia!!!

Adilkah tindakan mereka ini??

Ha ha ha ha…. What do you expect?? Itulah dia sistem kehakiman yang kita ada hari ini. Sistem kehakiman yang dikendalikan oleh kebanyakannya lembu-lembu serta kuda-kuda yang telah dicucuk hidung dan dikenyangkan dengan pangkat dan kedudukan. Yang mereka tahu ialah mooo… mooo dan yeee haaah!!

So, pada 25 Januari depan kes Anwar akan mula dibicarakan. Kita tengok sajalah bagaimana lembu-lembu badut ini memainkan peranan mereka.

Bagi kita…. LAWAN TETAP LAWAN!!!


26 Responses to “What Is Liwat Without Penetration?!”


  1. 1 Zul Dec 2nd, 2009 at 7:18 pm

    #what is Liwat without penetration?

    a. The bird was too small,
    b. It was done orally

    ha . . . ha ha.

    Reply

  2. 2 mahathir Dec 2nd, 2009 at 7:48 pm

    Liwat without penetration is without doubt means a conspiracy by desperate parties to tarnish and imprison the accused.

    Their plan is simple; imprison DSAI so that PR will be seen without a leader comes GE13. A leader that can bring together all parties to bring the fight to Barisan Najis. Once DSAI is imprisoned, they will intensify their efforts to shake PR so that PAS, PKR and DAP will go separate ways before GE13. In the state of confusion, Najis will announce snap GE and romp to victory. Sounds cunning?

    Apart from preparing for his defense, DSAI needs to also groom/promote other able leaders to show to the rakyat that PR have many talented leaders capable of taking over when required. Expect the worst and prepare proper Plan A, B, C and D in the event of DSAI’s imprisonment. Gather all leaders and put together plans acceptable to all parties to ensure continuous engagement towards liberating this country from the tyranny and corrupt practices of Barisan Najis.

    As a muslim, my prayer will always be with DSAI, aamiin.

    Reply

  3. 3 siva Dec 2nd, 2009 at 8:11 pm

    may Allah bless you DSAI. Api neraka menanti untuk pembunuh Altantuya dan si isteri ( Si pendek)

    Reply

  4. 4 Jajarbink Dec 2nd, 2009 at 8:40 pm

    Its called MONDO MAGIC ….in malay its can describe as CAK !!! CAK !!!

    Reply

  5. 5 Ex-ProUmno Dec 2nd, 2009 at 9:13 pm

    What Is Liwat Without Penetration?!
    Presumably, nobody on Earth can answer this question.
    Pelik, pelik, pelik, pelik………..

    Reply

  6. 6 maie58 Dec 2nd, 2009 at 11:45 pm

    manusia jenis ini mempersetankan kepercayaan dan keyakinan balasan selepas mati.apa yang dipentingkan hidup didunia ini ialah harta…harta…harta dan kuasa.cara bagaimana memperolihinya tak dipedulikan walaupun sekiranya terpaksa membunuh asalkan tercapai matlamat.jadi,rakyat semua perlu sedar dan bangkit menentang kezaliman.lawan tetap lawan sampai menang.

    Reply

  7. 7 layman Dec 3rd, 2009 at 2:44 am

    Samalah seperti perempuan mendakwa dirinya dirogol oleh anu bin anu, selepas diperiksa oleh doktor tak ada apa-apa kesan kemasukkan,luka-luka, selaput dara masih ada tetapi anu bin anu tetap didakwa merogol, hakim putuskan kes jalan.

    Pelik-pelik……apa punya hakim kat malaysia ini!!!! Perkara sebegini tak memerlukan seseorang itu pergi belajar undang-undang!!! Guna akal laaah!!!

    Reply

  8. 8 maw Dec 3rd, 2009 at 5:45 am

    Apabila manusia bertuhankan dunia,mereka dengan tanpa segan silu membuat kezaliman dan fitnah demi syaitan bertahta dihati.Memang tepat sekali antara tiga hakim dua diantara mereka akan dihumban keneraka.Bagi mereka yang yakin pada keadilan dan kebenaran tidak mustahil tembok thogut ini dihaspuskan.Lihatlah bagaimana tok umngok najib berfatwa islam lebih uatamakan tarbiah,intipati islam adalah rasa simpati belas kasihan terhadap pesalah.Kalaulah tok umngok najib beriman dengan fatwanya sendiri ,tok najis wajib turun mentarbiah penjual penagih arak,turun kepub pub,kekelab malam dan banyak lagi tempat hidangan pelacuran di-1malaysia ini untok tugasan tarbiah.Pesalah wajib ditarbiah terlebih dahulu,bukannya menangkap terus dihukum.Undang undang syariah wajib dijalankan keatas pesalah yang beragama islam saperti kes DSAI,mengapa tidak dijalankan sebagaimana sewajibnya?.Bukankah DSAI telah mengemukakann untok dibicarakan mengikut hukum islam?.Tok umngok najis jangan cuba memutar belitkan fatwa kamu sendiri[um25/08/09].Pindaan keatas dasar undang undang syariah patut memasukan elemen tarbiah.Memang tepat sekali umngok tok najis islam tak ada pun telur suku masak,bn/umngok najis memang bertopengkan islam dan berpakaian baju seragam ketuanan melayu sebagai perisai untok mematikan langkah seiapa saja yang bangun melawan demi keadilan dan kebenaran.LAWAN TETAP LAWAN.

    Reply

  9. 9 Al-Ayyubi Dec 3rd, 2009 at 7:53 am

    Salam

    Lawan memang tetap kena lawan. Lagi2 benda2 batil

    Cuma perlu berstrategi…sebab DSAI dah ada pengalaman silam yang lebih kurang sama cuma dulu kurang pertolongan coz kawan2 masih tak sedia.

    Sekarang ni harapnya kawan2 terus sedia bantu.

    Kalau DSAI menang, banyak kesan kepada institusi kehakiman Malaysia. Rujuk kes ADUN malas kat Kedah. Boleh bagi kesan kepada DUN Perak yang dirampas.

    Kalau kalah implikasi lagi besar. Sape2 sahaja lepas ni boleh tuduh orang tu wat ni wat tu coz bukti saintifik pun tak boleh lawan Pejabat Peguam Negara. Ini amat bahaya untuk semua termasuk pemerintah sekarang untuk masa akan datang. Ye lah…hari ni anda kuasa Pejabat Peguam Negara, akan datang ..Hanya Tuhan yang tahu…

    Oleh yang demikian, nasihat saya tak usahlah ganggu gugat prosiding mahkamah yang akan berlangsung. Ikut prosedur,,, yang salah tetap akan salah walaupun mahkamah dunia kata betul…Tapi ingat yang benar tetap akan mendapat kejayaan. Yakinlah…

    Reply

  10. 10 Ketua Mujahiddin Allah Dec 3rd, 2009 at 11:00 am

    Ketua Mujahiddin Allah Kembali Lagi…
    Jangan Risau DSAI, permainan ini sudah diketahui oleh seluruh pelusuk dunia mengenai penipuan Jabatan Peguam Negera dan Jabatan Kehakiman Malaysia.
    Lawak mereka sungguh ketara. Mana ada “rempah ratus” di dalam Tatacara Kanun Keseksaan yang diamalkan oleh mana dunia, kes rogol atau liwat boleh “diestablishedkan” tanpa ada kemasukan ke dalam faraj atau juboq.
    Perkara ini hanya berlaku di Malaysia SAHAJA. SEMUA UNDANG-UNDANG KARUT DUNIA BERCAMBAH DI MALAYSIA SAHAJA. AMAT MEMALUKAN ETIKA KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN NEGARA KITA.

    Reply

  11. 11 zulfikar Dec 3rd, 2009 at 2:47 pm

    SAYA DOAKAN DATO’ SERI DAN KELUARGA DAN SAHABAT2 YANG BERJUANG AGAR TERUS BERSABAR DAN KUATKAN HATI KERANA SEBIJAK MANA MANUSIA MERANCANG PERANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK2 PERANCANGAN..SEMEMANGNYA KITA YANG ADA AKAL YANG SEMPURNA, ADA ILMU. SUDAH TENTU TAU BAHAWA SKRIP INI SAMA SAJA DENGAN SKRIP TAHUN 1998 YANG DILAKUKAN OLEH DR MAHATHIR KPD DSAI. HANYA WATAK BERUBAH…WATAK DR. MAHADHIR DIGANTIKAN OLEH PM NAJIB. DAN WATAK PELAKON UTAMA DIAMBIL ALIH OLEH BAKAL JUTAWAN KITA SHAIFUL BUKHARI AZLAN..YANG BERLAGAK SEPERTI HERO DAN PEJUANG..KEPALA HOTAK DIA…APAPUN MUDAH2HAN KITA SEMUA DOAKAN AGAR PAKATAN RAKYAT TERAJU PEMERINTAHAN NEGARA PADA MASA AKAN DATANG..BUKALAH MATA ANDA..TOLAKLAH BN DAN UMNO. KERANA MEREKALAH PENIPU RAKYAT. MEREKA MENINDAS RAKYAT..DAN YB2 DAN KRONI MEREKA TERUS KAYA RAYA…

    Reply

  12. 12 friday Dec 3rd, 2009 at 9:31 pm

    Hampir seluruh dunia tau keadilan di Malaysia tak boleh diharap.Yang nyata lagi terang salah, jadi tak salah, yang betul betul jadi tak betul.Awal awal lagi DSAI dah kata pada mula kes dia dibicara, dia tidak akan dapat keadilan yang sempurna kalau dibicara di Malaysia. Apa lagi dengan hakim hakim bandut yang gila harta dan pangkat.PM kita tak honour perjanjian oil royalty dengan Kelantan, apa lagi hakim hakim Malaysia pun sama lah.Bapa borek anak rentik kan.Kita sama-sama berdoa muga ALLAH menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Amin.Tiap saat dan detik kita mohon pertolongan ALLAH.Pasti yang haq akan menang dan yang batil akan mendapat kehancuran.

    Reply

  13. 13 Mohamad Dec 4th, 2009 at 6:31 am

    Saya berasa amat hairan mengapa pihak Pakatan Rakyat suka bertindak pilih kasih dalam sesuatu hal, lihatlah kalau pilihanraya mereka menang maka SPR adil, tiada pengundi hantu, pilihanraya aman, terbaik, itu dan ini. Tetapi kalau mereka kalah maka dituduh, SPR berat sebelah, ada pengundi hantu, undi pos tak boleh dipercayai, polis tak bagi permit ceramah, sedangkan hari-hari mereka ceramah, pilihanraya terburuk dan macam-macam lagi. Begitu juga halnya dengan kes Penasihat Umum Pakatan Rakyat yang gagal menggugurkan tuduhan salah laku seks luar tabii terhadap beliau, maka dituduh hakim bodoh, hakim berat sebelah, hakim rasuah, Barisan Nasional ugut hakim, mahkamah rimba, polis zalim, sprm berat sebelah, itu dan ini. Begitu juga bila ada tindakan salah atau tidak betul dari Pakatan Rakyat, kononnya kenalah guna budi bicara, semua manusia tidak sempurna, jadi maafkanlah, mereka tidak faham tentang Islam, tak apalah kita ajar perlahan-perlahan, itu konspirasi Barisan Nasional yang hendak menjatuhkan kredebiliti Pakatan Rakyatlah, hak peribadi kononnya jika seseorang berbuat tak senonoh, tak apa tak salah, hak peribadi katakan. Tapi kalau yang kena itu dari Barisan Nasional, baru khabar angin sahaja gegak gempita Malaysia ceramah maki hamun serta demontrasi ganas kononnya pemimpin Barisan Nasional tak bermaruah, salah tetap salah, hukum juga walaupun sepatutnya ada budi bicara (kes Kota Seputeh), padan muka Barisan Nasional, kena musibah, tak boleh kerjasama dengan orang bukan Islam, haram kononnya (tapi PKR dan PAS bekerjasama dengan DAP yang menentang konsep negara Islam PAS ok pula, perempuan tak boleh musabaqah (pertandingan bacaan Al-Quran) sebab suara itu aurat, tapi kalau pemimpin wanita PAS berceramah dan kalau dalam ceramah itu ada kata-kata kesat dan tidak patut, maka tak apalah, itu boleh, Al-Quran pun kutuk firaun dan abu lahab, itulah inilah, apa ini? Kalau Pakatan Rakyat semua betul tapi kalau Barisan Nasional semua salah. Apa semua pemimpin Pakatan Rakyat itu ulama-ulama maksumkah, termasuklah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, N. Gobalakrishnan, Nga Kor Ming yang boleh digelar ustaz kerana petik ayat Quran dan nak perintah mengikut Khalifah Umar bin Abdul Aziz, kalau begitu mereka boleh jadi imam, jurunikah, muftilah. Pakatan Rakyat memang pelik, tetapi lebih pelik lagi peminat-peminat Pakatan Rakyat yang masih tak sedar diri dipermainkan, nPakatan Rakyat, tetapi peminat setia yang berdemontrasi, bertindak ganas kononnya untuk demokrasi telah kena tangkap dan disumbat dalam penjara, tetapi dalang utama, pemimpin Pakatan Rakyat bebas dan suka hati girang serta mencari orang lain sebagai mangsa seterusnya untuk disumbat dalam penjara, nanti bolehlah mereka jadikan modal politik untuk hentam Barisan Nasional, tetapi nasib peminat setia Pakatan Rakyat dalam penjara macam mana? Meraka adalah bekas banduan, meskipun satu hari dalam penjara, maka anda dicap sebagai bekas banduan. Insaflah semua jangan terpedaya lagi dengan lakonan tahap unta pemimpin Pakatan Rakyat itu.

    Saya mencabar Penasihat Umum PKR supaya bersedia dengan perbicaraan, kalau anda tak salah nak takut apa, ramai orang hadir sebagai pemerhati semasa perbicaraan anda, bukan dibuat di dalam penjara, tapi di mahkamah, maka kalau hakim tak adil, maka orang ramai boleh tahu, lainlah kalau anda memang betul-betul bersalah, maka anda takut orang lain tahu, maka macam-macam alasan anda berikan, tak adillah, tipulah, fitnahlah dan macam-macam lagi. Kalau anda ada di tempat kejadian bersama mangsa (Saiful) di tempat kejadian, anda buat apa disana, siapa lagi di sana. Berkaitan dengan teori Saiful lebih kuat dan muda dan mampu menentang dari dirogol oleh anda, teori itu kalau sekali pandang nampak betul tapi macam mana kalau anda arahkan orang ikat mangsa, dalam keadaan itu, dengan senang anda dapat rogol mangsa sebab mangsa tak berupaya menentang. Selain itu banyak kaedah lain seperti gunakan ubat memengsankan mangsa dan lain-lain yang boleh dibuat, jangan lihat pada luaran sahaja. Dalaman juga perlu, mengenai kesan di dubur Saiful, oleh kerana telah lama kejadian itu berlaku, maka kesan itu boleh hilang lebih-lebih lagi benda yang masuk dalam duburnya itu kecil, maka tak akan nampak sangat kesannya. Saya nasihatkan anda supaya pergilah bicara di mahkamah, tak payah nak putar belitkan fakta dan mengeruhkan keadaan yang sediakala keruh ini. Tak apalah kalau anda tak bersalah anda akan bebas, biarkan orang yang hendak fitnah anda itu dipenjarakan dan akan musnahlah hidup beliau jika betul-betul beliau memfitnah anda, tapi kalau anda didapati bersalah dengan bukti-bukti yang kukuh, maka bersiap sedialah dengan kemungkinan yang anda sendiri akan tahu, kerjaya politik anda akan musnah, anda akan dipenjarakan, nama anda akan mendapat contengan arang (ia dibuat oleh anda sendiri), malahan anda tidak akan dipercayai orang lagi. Ini baru di dunia, di akhirat tak tahu lagilah, bertaubatlah, mohon maaf pada Saiful dan semua pihak yang terlibat semoga anda terselamat di dunia dan di akhirat, itu pun jika anda betul-betul bersalahlah. Telitikan tulisan saya ini sejujurnya. Sekian, terima kasih.

    Reply

  14. 14 yma_kuantan Dec 5th, 2009 at 1:53 am

    Rakyat tidak sabar untuk mengetahui hujah YA Hakim bagi mensabitkan DSAI supaya DSAI dapat dipenjarakan setelah disahkan pakar bahawa tiada kesan jolokan di dalam dubur Saiful. Harapnya tiadalah Saiful nanti disuruh menungging di depan YA Hakim di dalam mahkamah untuk ditentukan sendiri oleh YA bahawa jolokan telah berlaku. Dulu Anwar dituduh meliwat Azizan yang kejap kejap betul kejap tak betul – dipercayai hakim sebagai saksi yang amat boleh dipercayai seteguh the Wall of Gibraltar. Bukan sahaja 1Malaysia akan gelak, 1World akan ketawakan kita.

    Reply

  15. 15 UMI FOR LITTLE KHALIFAH Dec 5th, 2009 at 5:16 pm

    TERLINTAS DIFIKIRAN SIAPAKAH SI KENA “LIWAT WITHOUT PENETRATION” TIADA IBU YANG PERLU DIINGATI TENTANG KESEKSAAN YANG DIALAMINYA. KENAPA TIADA WARTAWAN INGIN MENEMURAMAH DENGAN IBU YANG SAMA MERASAI KESEKSAAN ANAKNYA ITU. BARULAH HEBAT DAPAT SIMPATI IKHLAS JIKA IANYA BENAR-BENAR BERLAKU.
    IBU MANA YANG TAK SAYANG ANAK DIBUAT SEBEGITU RUPA UNTUK MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPALNYA JIKA IANYA BENAR-BENAR BERLAKU. RASANYA IBU JUGA AKAN MENDOA’KAN ANAK JIKA ANAK ITU BENAR-BENAR DI TEMPAT YANG BETUL TETAPI IBU JUGA SANGGUP ANAKNYA MENDAPAT BALASAN SETIMPALNYA DARI ALLAH S.W.T. JIKA ANAKNYA BERBOHONG KERANA KERJA ALLAH S.W.T. TAK BOLEH DIKOTAK KATIKKAN. SEBAGAI IBU SAYANGKAN ANAK TAK MAHU BERSUBAHAT MENGKHIANATI ALLAH S.W.T. TAPI SENTIASA MENDOAKAN ANAKNYA SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. WASALAM

    Reply

  16. 16 Mohamad Dec 6th, 2009 at 9:27 am

    Iyalah tu, Saudara/i YMA_Kuantan, hakim akan tipu dalam perbicaraan depan orang ramai. Hakim itu bukannya budak tadika ataupun orang yang tak pernah bersekolah, dia berpelajaran dan berkemahiran dalam bidangnya, sebab itu dia dilantik hakim. Apa-apa bidang pun ada etikanya, takkan hakim nak rosakkan etika tersebut, apatah lagi kalau terang-terang boleh nampak oleh orang hinggakan budak tadika pun tahu tindakan itu salah.

    Saya nasihatkan kepada anda supaya tak payahlah nak hina hakim-hakim di Malaysia, mereka telah berpengalaman dari kita, siapalah anda hendak menghina mereka sedemikian? Kalau anda menjadi hakim berkenaan, apa perasaan anda? Anda ini seperti semua peminat setia Pakatan Rakyat yang lain, apa yang Pakatan Rakyat buat semua betul, mulia, adil, amanah, telus, itulah, inilah, tapi kalau dipihak lain, semua salah, haram, tak bermoral, zalim, itulah, inilah, apa ini? Kita lihatlah nanti keputusannya, kalau betul salah, maka salahlah, maka kalau betul benar, maka benarlah, kita terimalah keputusan mahkamah. Sekian, terima kasih.

    Reply

  17. 17 Mohamad Dec 6th, 2009 at 9:33 am

    Kepada semua peminat Pakatan Rakyat yang menghina Saiful, sedarkah anda bahawa tindakan ini adalah salah? Kamu ingat berkenaan apa yang dihadapi oleh Saiful sekarang ini, ini melibatkan maruah, harga diri. Beliau telah menjadi kelapa ditebuk tupai oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Apakah anda hanya akan bertindak seperti Saiful selepas anda sendiri ditebuk oleh tupai berkenaan? Masa itu, barulah anda tahu bagaimana rasanya Saiful bila dia dihina dan dikeji oleh anda, kerana masa itu anda pula dikeji dan dihina, orang tak percaya pada anda, tapi tertuduh lebih dipercayai oleh plaintif. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Sedara Mamat yang Tak Sokong Mamat Reply:

    Nak kata bodoh takut marah/terasa..kalau tak kata makin menjadi-jadi. Tapi kau ni memang bodoh tahap tapir la mamat. Cipan pun tak mcm ni. Berambuslah dari sini, baca kes 98 dulu, pastu leave your comment again.

    Reply

  18. 18 ARASH Dec 7th, 2009 at 12:09 am

    Wahai Cik dungu Mohamad, anda jelas amat taksub dengan perjuangan UMNO. Marah-marah kepada penyokong PR kerana mudah terpwdaya dengan agenda DSAI. Nampak awak buta pekak dan mempertimbangkan langsung fakta-fakta dari mata lebam hingga pertuduhan liwat (1)dan menyimpan 3 billion dalam akaun-akaun bank. Amat dungu dan bertaraf bahalul otak yang nampak mengikut segala bentuk komen penyokong DSAI yang jelas lagi nyata dan sudah terang lagi bersuluh tentang segala rasuah dan skandal sex serta pembunuhan yang buktinya telah disembunyikan kebenarannya dari rakyat. Tetapi tetap kebenaran tetap kebenaran tak usah anda cuba berdalih untuk ‘turn over orang yang atas ‘pagar’. Manusia diberi akal dan boleh berfikir secara rasiona tapi anda berfikir secara emosional, padanlah gelap pandang kerana berselaput dengan sogokan demi sogokan.Gunalah akal yang benar-benar bersih dengan iman dan takwa!!

    Reply

  19. 19 suara orang muda Dec 7th, 2009 at 2:07 pm

    As Salam..
    xpayah la korang nak melayan pakcik mohamad tue..
    msti dia pembaca setia Utusan Malaysia..
    tue yg minda pun jadi camtu..

    pasal liwat…
    agaknye dia xtau kes sblm nie kot..
    jadi xpayah la mrh kan dia ye..
    org cmnie kite doa bkak kan ati dia je,,
    bkn pe ksian mcm buta hati sngat..
    “maaf la ye pakcik mohamad”

    Reply

  20. 20 suara orang muda Dec 7th, 2009 at 2:19 pm

    Buat pakcik mohamad..
    “Pakatan Rakyat buat semua betul, mulia, adil, amanah, telus, itulah, inilah, tapi kalau dipihak lain, semua salah, haram, tak bermoral, zalim, itulah, inilah, apa ini? Kita lihatlah nanti keputusannya, kalau betul salah, maka salahlah, maka kalau betul benar, maka benarlah, kita terimalah keputusan mahkamah.” kata mohamad (pakcik emosi)

    pakcik,,
    knyataan pakcik kat atas nie tnyata salah..
    memang benar, memang betul xde 1 pun parti
    politik yg bersih dari isu rasuah.
    tapi yg salah tetap salah,,
    yg betul kita tegakkan..
    jgn smpai benda yg salah pin kita m’ia kan..

    sekurang-kurang nya buat masa ini pakatan rakyat
    perjuangannya & perjalanannya setakat ini jauh lebih bersih dari
    BN yang pakcik mohamad sanjungi..

    adakah kita menghalalkan rasuah terutama yg
    melibatkan nilai2 yg tinggi??
    macam mana dgn hala tuju negara 10-20tahun
    akan datang kalau kita menghalalkan pemimpin2
    mengaut keuntungan..

    sedarlah kita jauh tertinggal berbanding
    negara2 lain..
    bukannya kita negara miskin,,
    tetapi soalnya pengurusan yg xcekap, xamanah..

    harap pakcik mohamad bdoa smoga tuhan buka pintu hati..
    dapat membuat penilaian dlm akal yg waras & banyak kan
    membaca sumber2 yg ada…
    biar kita baca dari kedua2 pihak,,
    kita dikurnia akal yg waras,,
    kita boleh tahu mana benar,, mana salah..

    sekian…

    Reply

    Sedara Mamat yang Tak Sokong Mamat Reply:

    pakcik mohamad ni warga nyanyuk – komen mcm budak skema pakai spek rambut belah tepi umur 18 tahun.

    menyampah aku tgk komen mengampu pakcik mohamad ni. Memang sah JKKK

    Reply

  21. 21 Mohamad Dec 10th, 2009 at 6:23 pm

    Seperti biasa, saya tidak terkejut dengan tingkah laku peminat-peminta setia Pakatan Rakyat di blog ini yang terus menghentam saya sepuas-puasnya dengan pelbagai gelaran buruk yang kini ditambahlagi dengan cipan, tapir, warga nyanyuk dan ada juga bermadah pujangga mempermainkan saya. Apalah anda semua ini, siapa yang emosi sebenarnya? Anda atau saya? Mengapakah anda semua beria-ia sangat supaya tidak ada perbicaraan berkaitan kes liwat Penasihat Umum PKR ini? Pelik saya dengan kelakuan anda ini. Apakah anda dan Penasihat Umum PKR mempunyai cita rasa yang sama, maka sebab itulah anda marah, kerana seperti pepatah siapa makan cili dia terasa pedasnya.

    Kepada Saudara Mamat yang Tak Sokog Mamat, anda ada bacakah dokumen berkenaan kes liwat pada tahun 1998 itu? Dari mana anda dapat, anda bekerja sebagai pustakawankah di pejabat mahkamah? Memang saya tak pernah tengok dokumen itu, saya mengaku. Tapi adakah anda benar-benar pernah melihatnya? Kalau anda sendiri pun tak tahu apa sebenarnya dokumen berkenaan, tak payah memandai nak kata orang bodoh atau itu dan ini, siapa yang bodoh tahap cipan seperti yang ditohmahkan pada saya oleh and itu sebenarnya?

    Kepada Saudara Arash, di mana kerajaan sorokkan bukti berkaitan kejadian jenayah yang anda katakan itu? Saya mengajak anda semua berbincang secara berhemah, tetapi anda pula yang emosi lebih-lebih, bukan saya tuduh anda meliwat pun sebelum ini, tak tahulah kalau ada pernah meliwat atau diliwat orang. Anda sepatutnya bertindak rasional, tak perlu nak naik angin tak tentu pasal, tak bagus untuk kesihatan, ia boleh menyebabkan kita sakit jantung dan darah tinggi serta angin ahmar. Sila baca semula komen saya itu, saya bukan tuduh Penasihat Umum PKR itu terus salah dan kena penjarakan selama 20 tahun berdasarkan Seksyen 377 C berkenaan mengadakan hubungan seks di luar tabii tanpa kerelaan orang yang dinodai itu. Cuma apa yang saya katakan ialah, teruskan perbicaraan untuk membersihkan namanya jika dia tidak bersalah, tapi kalau bersalah, tak payahlah membuat keadaan huru hara begini, banyak fitnah timbul, hakim dikecam, mangsa dipersalahkan, polis dihina, peguam negara dikeji dan macam-macam perkara lebih buruk berlaku.

    Kepada Suara Orang Muda, kalau beginilah suara orang muda di Malaysia, apalah nak jadi dengan Malaysia akan datang, terima benda bulat-bulat tanpa tapis, cakap orang tak nak terima pakai, fikir pandangan diri sendiri sahaja, kalau menentang tu, tentang bulat-bulat tanpa fikir. Apa ini, suara orang muda apakebendanya ini? Suara orang muda yang tak berkeyakinan dan tak berpendirian adalah.

    Anda bertiga perlulah bersikap rasional, tak payah emosi terlebih, baru sahaja ada pandangan tak setuju terus maki hamun kata salahlah, zalimlah, jahatlah. Sebelum ini saya pernah katakan setiap perkara ada pelbagai sudut yang perlu diperhatikan sebelum sesuatu keputusan diambil atau tindakan diambil. Jangan terlalu gelojoh, nanti diri sendiri juga yang susah, bersikap tenang dan berfikir dengan jelas, barulah boleh mendapat keputusan yang baik. Sekian, terima kasih.

    Reply

  22. 22 Mohamad Dec 10th, 2009 at 6:31 pm

    Kepada saudara mamat yang tak sokong mamat, saya ada mendapat maklumat dari televisyen dan surat khabar sepanjang perbicaraan pada tahun 1998 itu berlangsung, berdasarkan kenyataan oleh En. Azizan yang mendakwa beliau telah diliwat oleh Penasihat Umum PKR, apakah tak logik perkara ini, mangsa telah mengenal pasti suspek salah laku seks berkenaan ada bertindak secara seksual terhadapnya. Selain itu, kalau dilihat pada tingkah laku Sukma Darmawan Sasmitaatmaja yang agak lembut itu, memusykilkan saya. Tapi oleh kerana tiada bukti mereka berdua pernah berasmara berdua dan dibebaskan oleh mahkamah, saya terimalah yang Sukma tak bermesraan dengan Penasihat Umum PKR. Saya tak keterlaluan macam geng-geng PKR, PAS dan DAP yang berdemontrasi di sana sini hingga menghuru harakan Kuala Lumpur. Inikah sikap orang kelas pertama dan otak milenium yang pernah dilontarkan oleh seorang peminat setia Pakatan Rakyat di blog ini, minta anda perhalusi dan fikirkan dalam-dalam tulisan saya ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

    neutral Reply:

    pakcik mohamad, adakah pakcik tau yg azizan tk buat medical examination utk kes liwat tu? adakah pakcik bole terus percaya kalau ada lelaki lembut mengaku diliwat oleh pemimpin UMNO? tanpa medical examination?

    semuanye terang lagi bersuluh. kalau pakcik tk nampak jgk, tk bole la kami buat apa. tp kami bersyukur sbb pasti ramai org lain SELAIN pakcik yg akan nampak ketidakadilan sistem perundangan kita.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention What Is Liwat Without Penetration?! at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 2nd, 2009 at 6:48 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031