02
Dec
09

Pakatan mahu Kementerian Pertahanan Beri Taklimat Dasar Kementerian

Dari Harakah Daily

Oleh Hazayani Zakaria

Jawatankuasa memantau hal ehwal Kementerian Pertahanan di bawah Pakatan Rakyat meminta kementerian berkenaan mengadakan satu taklimat mengenai dasar-dasar pertahanan kepada semua ahli parlimen khususnya jawatankuasa berkenaan.

Ahli Parlimen Machang dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, taklimat itu penting kerana isu pertahanan merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia serta membuka ruang kerjasama yang sihat di antara Pakatan dan kementerian.

Sehubungan itu, jawatankuasa itu akan menghantar satu surat rasmi kepada Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secepat mungkin berhubung perkara itu.

“Sekembali Menteri Pertahanan dari Langkawi, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau dengan segera dan ini bukan permintaan baru. Sewaktu saya bertugas di Kementerian Pertahanan dahulu, kementerian ini pernah mengadakan taklimat kepada Pemuda Umno Malaysia,” katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Menurutnya juga, taklimat berkenaan tidak bermaksud kementerian berkenaan perlu mendedahkan semua rahsia sulit mengenai kementerian yang sangat penting kepada negara itu tetapi ada perkara yang wajar diketahui oleh rakyat.

“Kita tahu dasar pertahanan terbahagi kepada dua iaitu dasar pertahanan yang sulit untuk kementerian dan pegawai tentera dan dasar pertahanan terbuka yang boleh dikongsi bersama oleh rakyat,” tegasnya.

Sebelum itu, Saifuddin membidas kenyataan Zahid dalam sebuah akhbar yang mendakwa isu-isu kementeriannya yang dibangkitkan wakil rakyat Pakatan semasa perbahasan di peringkat parlimen adalah bersumberkan maklumat yang separa benar yang diperoleh daripada internet.

“Saya akui internet menjadi senjata yang lumayan dengan maklumat.Contohnya mengenai ucapan menteri pada bulan sembilan lalu yang dimuatkan dalam laman portal rasmi Kementerian Pertahanan.

“Beliau (Zahid) menyebut sebanyak 16 unit pesawat MIG29 tersadai.Fungsi MIG29 untuk lakukan kerja pemintasan.Tapi kos untuk membiayai operasai MIG walaupun tiada musim perang sekarang ini ialah sebanyak 260 juta setahun.Tersadainya MIG29 akan menjimatkan 260 juta.

“Itu pengumuman rasmi menteri dalam laman portal kementerian pertahanan.Jadi untuk menjimatkan kos tidak perlu menjalankan operasi penerbangan.Bayangkan kalau peperangan berlaku MIG tidak berada dalam siap sedia,”

“Ini sumber sahih yang kami dapat.Adakah sumber dari laman portal itu juga separa benar?”soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga ahli jawatankuasa itu mahu nasib bekas perajurit negara dibela kementerian itu.

“Sepanjang sepuluh bulan setengah menjadi Menteri Besar saya didatangi bekas perajurit yang tiada tanah untuk membuat rumah, hanya dapat pencen 300 sebulan dan anak-anak masih bersekolah.

“Kami nak nyatakan bahawa hal ehwal bekas tentera merupakan tanggungjawab kepada kementerian itu sendiri,” tegasnya.

Beliau juga berkata, kementerian berkenaan seolah-olah mengabaikan kebajikan bekas pejuang negara.

“Jika diambil perhatian pula, hanyalah kepada pegawai kanan sahaja.Mereka yang dapat manfaat daripada tabungan-tabungan,apa sahaja program yang diadakan. Kakitangan bawahan menanggung penderitaan yang amat dasyat,” katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa berkenaan ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong.


3 Responses to “Pakatan mahu Kementerian Pertahanan Beri Taklimat Dasar Kementerian”


  1. 1 Dettol Dec 2nd, 2009 at 12:15 pm

    Kalau WargaTentera tak peka dengan kepekaan oleh wakil-wakil PR tentang hal dan nasib mereka, tak tahulah apa nak kata lagi.

    Kalau tak buta hati mungkin buta huruf kot.

    Reply

  2. 2 Maverick Dec 2nd, 2009 at 1:24 pm

    Fairdinkum ,
    the retired servicemens welfare should be taken care regardless of
    rank for their sacrifice is great in whatever circumstances. Three
    hundredRM pension per month what a bloody disgrace .

    Reply

    desperado Reply:

    300 pension? that is what they get for voting umNO-beEND in bukit gantang hahaha

    Reply

Leave a Reply